Anda di halaman 1dari 75

i

All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Pembuka kata
Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Saya Osman Affan,
Professional

Trainer

dalam

bidang

Motivasi

dan

Kemahiran

Belajar. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana


memilih untuk membaca ebook ini. Ini menunjukkan bahawa
anda mempunyai keinginan untuk memajukan diri anda terutama
sekali

dalam

kemahiran

menggunakan

perisian

Microsoft

PowerPoint.
Di dalam laman web saya, www.MotivasiBelajar.com, saya sering
kongsikan

teknik-teknik

motivasi

dan

kemahiran

belajar

yang

diperlukan untuk menjadi pelajar cemerlang. Beberapa bulan yang lalu,


saya mula berbincang mengenai kepentingan soft skills atau kemahiran
di luar kemahiran akademik yang diperlukan oleh pelajar untuk berjaya
dalam

hidup.

kemahiran

Beberapa

berkawan,

soft

skills

kemahiran

telah

saya

bercakap

di

kongsikan

seperti

khalayak

ramai,

kemahiran untuk meningkatkan keyakinan diri dan sebagainya.


Setelah saya fikirkan soft skills apakah lagi yang boleh saya kongsikan
bersama anda, saya terfikir tentang kemahiran menggunakan perisian
Microsoft PowerPoint. Perisian ini adalah amat penting jika anda mahu
membuat sebarang persembahan (presentation) tidak kira anda masih
belajar atau anda sudah bekerja. Di dalam era informasi ini, anda akan
jauh ketinggalan jika anda tidak tahu menggunakan perisian ini untuk
membantu presentation anda.
Dalam berkongsi tips ini, saya akan berikan 21 tips berdasarkan
pengalaman saya sendiri. Jika anda hadiri kelas-kelas komputer yang
mengajar perisian, mungkin banyak lagi perkara yang anda akan
pelajari. Namun, saya percaya anda tidak perlu tahu semua perkara
2
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

untuk menjadi lebih maju. 21 tips ini ialah tips-tips yang praktikal
menurut pandangan saya dan tips-tips ini sering saya kongsikan
bersama peserta semasa saya menjalankan program-program public
speaking

atau

presentation

skills.

Ia

juga

ditulis

berdasarkan

pemerhatian saya terhadap kesilapan-kesilapan utama yang dilakukan


oleh pelajar atau penceramah semasa menggunakan perisian ini.
Untuk memudahkan anda, 21 tips ini saya akan bahagikan kepada 3
bahagian.

7 tips pertama (tips 1 -7) 7 perkara yang perlu dielakkan.

7 tips kedua (tips 8 - 14) 7 perkara yang perlu dipelajari.

7 tips ketiga (tips 15 - 21) 7 petua untuk lebih maju.

Mengikut pengalaman saya sendiri, saya tidak pandai menggunakan


perisian ini walaupun setelah saya tamat pengajian sarjana muda saya.
Ini mungkin kerana tidak banyak presentation yang perlu saya lakukan
semasa saya belajar dalam bidang perakaunan dulu. Pertama kali saya
ingat

saya

gunakan

perisian

ini

ialah

semasa

saya

perlu

buat

presentation di hadapan senior managers di syarikat saya bekerja


PriceWaterHouseCoopers Chartered Accountant. Saya tidak cekap ketika
itu

tetapi

mujurlah

ada

sahabat

saya

yang

agak

maju

dalam

mengendalikan perisian ini.


Kini saya banyak menggunakan perisian ini untuk tujuan presentation di
dalam kursus-kursus dan ceramah yang saya jalankan. Saya rasa
perisian ini sangat hebat dalam membantu melancarkan perjalanan
kursus saya dan dalam membantu menarik perhatian peserta kursus
saya.

3
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Satu perkara yang anda perlu sedar ialah, tujuan anda kuasai tips-tips
Microsoft PowerPoint ini bukanlah supaya anda boleh gunakan kesankesan khas yang pelik-pelik dan menarik seperti ada rama-rama yang
terbang atau gambar kartun yang bergerak-gerak. Tetapi sebab utama
anda pelajari tips-tips ini ialah untuk anda majukan teknik anda
untuk

menyampaikan

idea

anda

secara

jelas

dan

teratur.

Maksudnya, dengan memajukan kemahiran anda dalam Microsoft


PowerPoint, anda akan majukan teknik anda berkomunikasi. Hasilnya,
sesiapa yang menonton atau mendengar ceramah anda akan dapat
faham dengan mudah apa yang anda cuba sampaikan.
Saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada anda semua. Jangan lupa
lawati laman web saya www.OsmanAffan.com dan juga blog saya
www.MotivasiBelajar.com untuk membaca petua-petua dan teknik
belajar berkesan yang saya kongsikan hampir setiap hari. Semoga kita
akan berjumpa di suatu hari nanti.
Selamat membaca.

Osman Affan

4
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Latar belakang penulis


Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur.
Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital
Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat
sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia. Jadi,
sejak kecil beliau telah dibesarkan dibeberapa tempat
berlainan seperti di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor
dan Sarawak. Apabila ayah beliau bersara dari tentera
semasa

beliau

berumur

tahun,

keluarga

beliau

berpindah ke Terengganu dan menetap di sana.

1988 adalah tahun pertama peperiksaan UPSR diperkenalkan. Osman


Affan merupakan salah seorang daripada pelajar yang menduduki
peperiksaan tersebut. Berkat usaha dan restu ibu bapa, beliau berjaya
mendapat 5A dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Tok Jiring. 3 tahun kemudian, beliau sekali lagi
mendapat

kejayaan

cemerlang

di

dalam

peperiksaan

SRP

dan

ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam


Shah, Klang. Di situ bakat beliau semakin menyerlah di dalam bidang
akademik dan juga kurikulum. Beliau mendapat kejayaan 6 agregat
dalam peperiksaan SPM pada tahun 1993 lalu ditawarkan untuk
melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Perakaunan
dan Kewangan.

Setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda, beliau bekerja di dalam


bidang pemasaran selama 8 bulan dan kemudian diterima bekerja di
sebuah syarikat Perakaunan terbesar di dunia iaitu Pricewaterhouse
Chartered Accountant. Beliau menimba pengalaman selama 3 tahun di
syarikat tersebut. Satu perkara yang amat mengejutkan beliau

5
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

sewaktu bekerja ialah, beliau mula rasakan yang minat beliau adalah
bukan dalam bidang perakaunan. Sejak kecil lagi beliau sudah
meminati bidang psikologi. Namun, beliau tidak pasti sama ada bidang
psikologi mempunyai bidang kerjaya yang baik. Setelah difikirkan
dengan teliti, Osman Affan membuat keputusan untuk meninggalkan
bidang perakaunan dan meneruskan minat beliau dalam bidang
psikologi. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana
di Universiti

Islam Antarabangsa

dalam

bidang

Bimbingan

dan

Kaunseling.

Kini,

beliau

mempunyai

perniagaan

sendiri

di

dalam

bidang

pendidikan. Selain mengendalikan Learning Centre ini, beliau banyak


membuat

program-program

kemahiran

belajar

dan

motivasi

di

peringkat sekolah, kolej dan universiti. Beliau juga terlibat dengan


Student Learning Enhancement Unit (SLEU) di Universiti Islam
Antarabangsa yang berperanan untuk membina modul kemahiran
belajar dan jatidiri bagi pelajar di peringkat sarjana muda.

Ketika usia remaja, Osman Affan adalah seorang pelajar yang sangat
aktif. Di sekolah rendah, selain menjadi ketua pengawas, beliau
banyak

mewakili

sekolah

dalam

aktiviti

seperti

perkhemahan

pengakap, bola sepak, menghafaz Al-Quran dan drama Bahasa


Inggeris. Di sekolah menengah pula, beliau aktif dan mewakili sekolah
beliau ke pertandingan hoki, catur, bola keranjang, silat olahraga dan
lontar

peluru.

Di

tingkatan

2,

beliau

pernah

terpilih

mewakili

Terengganu ke pertandingan catur yang diadakan di Sabah.

Di Kolej Islam Sultan Alam Shah, beliau dianugerahkan dengan


Anugerah Emas. Anugerah ini diberikan sempena kecemerlangan

6
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

beliau di dalam peperiksaan SPM dan peperiksaan Sijil Khas Kolej,


kecemerlangan beliau dalam aktiviti sukan iaitu sukan lontar peluru,
bola keranjang dan silat olahraga dan kecemerlangan kepimpinan
kerana memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar dan Presiden
Persatuan Silat Seni gayung Malaysia. Keaktifan beliau tidak terhenti
di setakat itu sahaja. Di Pusat Pendidkan Persediaan (PPP) ITM Shah
Alam, beliau terpilih sebagai presiden bagi persatuan pelajar yang
akan ke United Kingdom dan mewakili PPP ITM dalam sukan catur,
bola

keranjang

dan

juga

dalam

pertandingan

drama

antara

matrikulasi.

Minat

beliau

dalam

penulisan

berputik

apabila

beliau

cuba

menyampaikan mesej kemahiran belajar kepada para pelajar beliau.


Beliau sedar bahawa agak sukar untuk membuat pelajar sedar akan
kepentingan mempunyai kemahiran belajar. Usaha ini boleh menjadi
berkesan

apabila

pelajar

diberikan

cerita-cerita

menarik

yang

berkaitan dengan kemahiran belajar dan motivasi. Di situlah mulanya


Osman Affan menulis cerita-cerita pendek untuk pelajar beliau. Kini,
beliau kumpulkan hasil penulisan beliau ke dalam bentuk sebuah buku
untuk lebih mudah difahami.

Latar belakang Osman Affan yang lebih lanjut boleh didapati di


www.OsmanAffan.com/kenali.htm

7
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

"Kemahiran Belajar adalah sememangnya bidang Osman


kerana beliau juga dahulu seorang pelajar yang sangat
cemerlang. Tetapi yang lebih penting ialah, kebolehan
beliau untuk mengajar dan memotivasikan pelajar di dalam
suasana yang ceria dan menyeronokkan adalah sangat
mengkagumkan!
Pelajar dapat memahami beliau dengan mudah dan sesi
beliau sentiasa menyeronokkan, penuh dengan maklumat
berguna dan disampaikan dengan cara yang sangat unik!
Saya sangat mengesyorkan beliau.
Dr Irfan Khairi
Jutawan Muda Malaysia
Penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet
Terbongkar
Osman telah mengadakan beberapa program motivasi dan
bengkel kemahiran belajar untuk SLEU sejak awal tahun 2005.
Beliau telah berjaya mendapat maklum balas yang baik daripada
pelajar setiap kali beliau menjalankan sesi beliau. Semangat
beliau untuk menjalankan sesi yang baik dapat dilihat melalui
persediaan beliau dalam menyediakan bahan dan persembahan
yang menyeronokkan. Beliau adalah sangat professional dalam
menyampaikan ceramah beliau.
Asst. Professor Dr. Norazian Md Nor
Lecturer/ Head for Student Learning Enhancement Unit (SLEU)
International Islamic University, Gombak

BA(HONS) Accounting & Finance


University of Plymouth, United Kingdom
Master of Education (Counseling & Guidance)
Universiti Islam Antarabangsa Gombak

Osman Affan di Rancangan Motivasi 'Get Set Go', RTM 2

"Pernahkah anda terfikir mengapa pelajar cemerlang kelihatan seperti langsung tidak
belajar tetapi mereka masih boleh mendapat keputusan peperiksaan yang
cemerlang? Bolehkah anda jadi seperti mereka? Petikan & terjemahan daripada rancangan
Get Set Go, RTM 2 Tajuk: The Mental Preparation Towards Becoming An Excellent Student

Program Osman Affan di sekolah-sekolah


Antara program-program yang dijalankan oleh Osman Affan di
sekolah-sekolah












SmartStudy Memory Skills


SmartStudy Time Management Skills
SmartStudy Note-taking Skills
SmartStudy Mental Preparation Towards Becoming An
Excellent Student
SmartStudy Stress Management
Program Kepimpinan Pengawas dan Ketua Kelas
Program Kaunseling Rakan Sebaya
Program Kreativiti dan Penyelesaian Masalah
Program Pembentukan Shahsiah Cemerlang
Program Khas Menyerlahkan Potensi Diri

All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com
Universiti Islam Antarabangsa
Osman Affan merupakan salah seorang penceramah utama bagi
Student Learning Enhancement Unit (SLEU) di Universiti Islam
Antarabangsa Gombak. Pelbagai program telah beliau kendalikan
untuk pelajar sejak tahun 2005

Creating Solution

Antara program-program berkaitan pelajar yang dikendalikan oleh


Osman Affan di UIA ialah:






Fear Factor





Kenali Potensi Diri


Universiti Kebangsaan
Malaysia

Training of Trainers TUDM


Open Universiti Msia

Pemasaran Internet
Politeknik SMZA Dungun TRG

Presentation Skills
Uni. Teknologi Mara Kedah

SmartStudy Skills
Yayasan Telekom

Fear Factor - Teknik meningkatkan keyakinan diri


Examination Strategies - Teknik persediaan menghadapi
peperiksaan.
Presentation skills - Teknik mempersembahkan hasil kerja
dan teknik bercakap di depan khalayak ramai.
Study Skills workshop - Teknik-teknik motivasi diri dan
kemahiran belajar.
Stress Management Skills - Teknik mengawal tekanan
perasaan menjelang peperiksaan.
Peer Tutor Training - Teknik berkomunikasi dan mendidik
rakan sebaya.
Creating Solution - Teknik minda, Fizikal dan Aksi dalam
menyelesaikan masalah.

Osman Affan di beberapa IPTA & IPTS lain

Study Skills Workshop

Peer Tutor Training

Kursus Keusahawanan
Kolej Polytech Mara
Cheras

Presentation Skills

Examination Strategies

Team Building - TUDM


Open University Malaysia

Gerbang Kerjaya
Universiti Putra Malaysia

Persediaan Temuduga
Graduan
Graduan Seluruh Pahang

Usahawan Kreatif
Universiti Malaya

SmartStudy Skills
Kolej Kemahiran Tinggi Mara

SmartStudy Skills
UITM Seri Iskandar Perak

Team Building
Kolej Komuniti Bentong

Effective Facilitators
Pensyarah Uniten

Modal Insan
IKM Besut

SmartStudy
9 Skills
Universiti Darul Iman

All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Hasil tulisan Osman Affan di Akhbar dan Majalah


Osman Affan menulis ruangan teknik motivasi dan teknik belajar di
Akhbar Sinar Harian dan Majalah Fokus SPM terbitan Karangkraf Sdn
Bhd.
Osman Affan pernah menulis untuk ruangan teknik belajar di akhbar
Sinar Harian dari awal Januari hingga akhir Mac 2007.

Ebook pertama Osman Affan bertajuk 7 Teknik


Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan
Boleh dimuat turun percuma di
www.OsmanAffan.com/ebook.htm

Hasil tulisan Osman Affan yang diterbitkan oleh PTS Milennia dan True
Wealth Sdn Bhd.

10
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Isi kandungan
Pembuka kata
Latar belakang penulis

BAHAGIAN 1:
Tip
Tip
Tip
Tip
Tip
Tip
Tip

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7

Latar belakang berwarna putih


Animasi yang tidak relevan
Bunyi yang tidak relevan
PowerPoint vs PowerSentances
Tulisan yang kecil
Paparkan semua isi sekaligus
Guna terlalu banyak animasi berbeza

BAHAGIAN 2:
Tip
Tip
Tip
Tip
Tip
Tip
Tip

#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14

#15
#16
#17
#18
#19
#20

7 perkara yang perlu dipelajari.

Slide Master
Imej, audio dan video
Slide Transition
Custom Animation
Slide Show
Copy & Paste
Tiru persembahan orang lain

BAHAGIAN 3:
Tip
Tip
Tip
Tip
Tip
Tip

7 perkara yang perlu dielakkan.

7 petua untuk lebih maju.

Pelajari complimentary software


Gunakan tutorial percuma
Letakkan tanda pada slide
Teruskan mencuba
Bina persembahan yang lancar
Teruskan mencuba

Kesimpulan
Program Mastering Presentation Skills oleh Osman Affan

1
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #1

Tip

Microsoft

pertama

ialah,

PowerPoint
elakkan

yang

daripada

menggunakan background berwarna


putih

sahaja.

mungkin

tidak

Kadangkala

anda

mempunyai

masa

yang mencukupi untuk bersedia lalu


anda cuma gunakan latar belakang
tanpa apa-apa warna dan hiasan.
Apa akan jadi jika anda menggunakan warna putih itu sahaja sebagai
latar belakang?


Pertama, anda kelihatan seperti tidak bersedia, dan membuat


kerja pada saat akhir. Saya biasa melihat pelajar yang membuat
presentation menggunakan latar belakang begini. Ia kelihatan
seolah-olah pelajar tersebut tidak serius dalam presentation
beliau.

Kedua, anda tidak kelihatan professional. Ada bermacam-macam


latar belakang yang boleh anda gunakan tetapi anda tidak
menggunakan satu pun daripadanya. Orang yang

melihat

presentation anda mungkin terfikir bahawa anda belum pandai


menggunakan powerpoint dan belum berpengalaman dalam
membuat presentation. Jadi, mereka memandang rendah pada
presentation anda.


Ketiga, presentation anda tidak akan mempunyai daya tarikan.


Ia kelihatan sangat hambar.

2
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Mungkin

ada

antara

anda

yang

berkata anda suka warna putih jadi


anda

gunakannya.

Tidak

salah

menggunakan warna putih, tetapi


anda mungkin boleh tambah dengan
beberapa

warna

lain

supaya

ia

nampak lebih menarik. Sekurangkurangnya, letakkan warna seperti


gambar kedua yang saya berikan. Ia kelihatan lebih menarik.

Anda

perlu

ingat,

PowerPoint

Microsoft

digunakan

untuk

membantu pendengar presentation


anda memahami apa yang anda
sampaikan
visual.

melalui

Jadi,

tunjukkan

apa

secara

rangsangan
yang

anda

visual

mesti

mampu menarik perhatian mereka.


Jadi, untuk tip pertama ini, elakkan daripada menggunakan latar
belakang satu warna putih sahaja. Jika anda bandingkan slide pertama
(latar belakang putih), slide kedua (latar belakang putih dan hiasan
berwarna biru) dan slide ketiga (latar belakang gambar pudar bersama
warna kontra merah dan kuning), yang mana paling menarik?
Kebanyakan jawapan yang saya terima ialah slide ketiga yang paling
menarik.
Dalam masa yang sama, elakkan daripada menggunakan latar
belakang yang terlalu gelap seperti warna hitam pekat atau warna
yang

terlalu

garang

seperti

warna

merah

terang.

Ini

akan
3

All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

mengganggu

konsentrasi

penonton

anda. Jika anda menggunakan warna


latar belakang yang terlalu terang juga,
ia akan membuat tulisan anda tidak
jelas.

4
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #2
Tip kedua ini adalah sangat penting. Ini adalah kesalahan utama bagi
mereka yang jarang membuat presentation dan yang baru berjinakjinak dalam membuat powerpoint presentation. Jika anda lakukan
kesilapan ini, serta-merta anda akan kelihatan seperti amatur atau
budak-budak baru belajar.
Kesilapan itu ialah meletakkan imej animasi
dalam presentation anda. Maksudnya, bila anda
buat presentation, ada imej kecil atau besar
yang bergerak-gerak. Imej animasi ini pula tidak
ada kena mengena dengan presentation anda.
Anda

cuma

letakkan

kerana

anda

suka

melihatnya. Kadang-kadang anda letak kerana


imej itu nampak comel, geram pula kalau tidak letak. Namun anda
perlu tahu, apabila ada imej yang bergerak-gerak tu, ada beberapa
kesan utama.


Anda mengganggu konsentrasi penonton anda.


Apabila

ada

benda

yang

bergerak

dalam

powerpoint anda, tumpuan penonton sama ada


akan tertumpu kepada pergerakan itu kerana
mereka sukakan benda itu atau mereka akan
rasa terganggu kerana pergerakan itu boleh menyakitkan hati.


Kedua, dalam presentation, anda memerlukan 100% tumpuan


daripada penonton supaya mereka dapat faham apa yang anda
katakan.

Tetapi,

apabila

ada

pergerakan

itu,

penonton

5
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

pasti tidak akan dapat menumpukan perhatian mereka 100%


kepada anda. Jadi, anda yang akan rugi.


Ketiga, saya percaya hanya kanak-kanak kecil sahaja yang suka


benda

yang

bergerak-gerak seperti

animasi

kartun.

Jika

presentation anda untuk kanak-kanak kecil pun, saya tidak


galakkan gunakan animasi begini kerana ia masih lagi mencuri
tumpuan penonton anda.


Animasi yang bergerak begini kadangkala boleh membuat


penonton anda merasa pening. Ini disebabkan sesetengah
animasi mengeluarkan warna yang terang dan ia berkelip-kelip.
Ini mudah membuat penonton pening dan mula merasa benci
untuk melihat presentation anda.

Semasa saya belajar A-level di Shah Alam dulu, saya aktif menyertai
kelab teater hingga pernah bertanding untuk mewakili Selangor. Satu
perkara yang diajar oleh pengarah teater saya ketika itu (Sekarang ni
bergelar Dr. Sam, Phd in Physics), bila kita berada di depan penonton,
kita perlu tamak sikit. Bukan tamak apa, tamakkan perhatian mereka.
Jadi, kalau ada apa-apa kat atas pentas yang boleh mencuri perhatian
penonton kita, kita mesti elakkan atau hapuskan.
Sama

seperti

powerpoint

presentation

ini,

elakkan

daripada

meletakkan sesuatu yang mencuri perhatian penonton anda.

6
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #3
Tips

yang

ketiga

agak

mudah.

Elakkan

daripada

menggunakan bunyi-bunyi yang tidak berkenaan. Anda


mungkin pernah lihat presentation yang mengeluarkan
pelbagai bunyi setiap kali perkataan atau gambar keluar
kan? Kadang-kadang ada bunyi yang keluar setiap kali
slide bertukar atau apabila isi penting muncul. Ada bunyi
orang tepuk tangan, orang bersorak, bunyi machinegun, bunyi kereta
berhenti kecemasan dan bermacam-macam bunyi lagi.
Pada

pendapat

saya,

bunyi-bunyi

itu

bertujuan

membantu

penerangan anda jika anda membuat sebarang animasi yang


melibatkan imej bergerak. Animasi akan jadi lebih menarik apabila
ada bunyi. Tetapi bunyi-bunyi itu telah disalah gunakan dengan
mengeluarkannya setiap kali perkataan keluar atau setiap kali slide
bertukar.
Ada beberapa akibat jika anda gunakan bunyi-bunyi yang tidak
berkenaan ini:


Presentation anda kelihatan tidak professional dan kelihatan


seperti anda sedang membuat presentation untuk kanak-kanak
5-6 tahun. Adakah itu imej yang cuba anda tonjolkan dalam
presentation anda?

Penonton

anda

akan

rasa

terganggu

dengan

bunyi-bunyi

tersebut. Jika anda lihat sesiapa yang membuat presentation


dengan bunyi-bunyi begini, cuba lihat reaksi penonton-penonton
lain. Saya pasti ada penonton yang akan tersenyum sinis kerana
bunyi-bunyi sangat tidak sesuai digunakan.

7
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Anda tidak akan dapat menyampaikan mesej presentation anda


dengan baik. Ini kerana penonton anda akan hilang tumpuan
mereka beberapa ketika setiap kali anda keluarkan bunyi-bunyi
yang tidak sesuai itu.

Saya sendiri pernah melihat jurulatih (trainer) yang membuat


kesilapan ini dalam persembahan mereka. Apa yang terjadi, saya
lihat penonton asyik ketawa kecil apabila bunyi-bunyi itu keluar
(walaupun mesej yang sedang disampaikan adalah sangat serius!).
Jadi,

elakkan

daripada

melakukan

kesilapan

yang

menjatuhkan imej presentation anda. Namun, jika anda rasa


ada bunyi yang perlu anda gunakan untuk membantu
menerangkan

mesej

anda,

jangan

ragu-ragu

menggunakannya.

8
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #4

Tip yang keempat ini saya pelajari


semasa

saya

sedang

mengikuti

pengajian Sarjana di Universiti Islam


Antarabangsa.

Saya

sedang

belajar

Psikologi Pendidikan dibawah didikan


Dr

Norazian.

membuat

Ketika

itu

presentation

pelajar
untuk

mendapat markah dalam semester pertama.


Ketika membuat presentation, ada pelajar yang menulis terlalu banyak
ayat di slide powerpoint (lihat contoh yang saya berikan). Dr Norazian
agak marah melihat powerpoint yang begitu. Jadi beliau berkata, ini
PowerPoint ke PowerSentence ni? Pelajar-pelajar bersama-sama
ketawa mendengar komen ini termasuklah pelajar yang membuat
presentation tersebut. Ada benarnya komen ini walaupun bunyinya
agak kelakar.
Jadi, tip yang keempat ini ialah, jangan tulis terlalu panjang dalam
powerpoint slide anda hingga ia menjadi powersentence.
Tujuan PowerPoint digunakan ialah untuk meringkaskan isi-isi anda
supaya mudah anda terangkan. Anda cuma menulis isi penting sahaja,
kemudian anda terangkan tentang isi tersebut dengan lebih lanjut.
Ada beberapa akibat utama jika anda tulis panjang begini.


Anda pasti akan cuba membaca apa yang anda tulis terus
daripada skrin projector. Jadi akan mula menghadap skrin

9
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

projector, bukan menghadap penonton anda. Tidak bagus


bukan?


Bukan sahaja anda yang akan membaca apa yang terpapar di


skrin, penonton anda juga akan turut membacanya. Akibatnya,
penonton tidak akan memberi perhatian kepada anda dan mula
sibuk membaca.

Jika semua sudah anda tuliskan dan paparkan di skrin, apa lagi
yang hendak anda terangkan?

Presentation anda akan jadi sangat hambar dan membosankan


kerana anda hanya membaca daripada skrin projector.
Apa yang anda perlu lakukan ialah,
ringkaskan

ayat-ayat

anda

kepada

kata kunci dan isi penting sahaja.


Ingat, anda perlu terangkan dengan
lebih lanjut tentang isi penting itu. Ini
membuat anda kelihatan seperti anda
benar-benar tahu tentang apa yang
anda katakan itu.
Jadi mulai hari ini, ringkaskan apa yang anda tulis di slide powerpoint
anda. Jangan takut untuk bercakap menghadap penonton. Ceritakan
kepada penonton apa maksud isi penting yang terpapar di skrin
projector anda.

10
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #5
Tip hari ini ialah berkenaan saiz tulisan
yang anda gunakan. Ada masanya,
anda mungkin menulis dengan saiz
tulisan yang terlalu besar. Namun, ini
jarang

mendatangkan

masalah.

Masalah akan timbul jika saiz tulisan


anda terlalu kecil. Jadi tip hari ini ialah
elakkan daripada menggunakan saiz tulisan yang terlalu kecil. Ini
menyukarkan penonton anda membacanya dan mereka akan cepat
hilang tumpuan dan mula merasa bosan jika mereka tidak dapat
membaca apa yang anda tulis di atas slide powerpoint anda.
Berdasarkan pengalaman saya, saya yang paling kecil atau minimum
yang sesuai digunakan ialah saiz 28. Saiz 28 ini sesuai jika anda
menggunakan

font

Times

New

Roman

atau

arial.

Jika

anda

gunakan font seperti Bernard MT Condensed contohnya, saiz 28


mungkin masih agak kecil.
Satu perkara yang anda perlu tahu, saiz tulisan anda bergantung
kepada berapa ramai penonton anda dan berapa besar skrin dan
tempat anda membuat presentation nanti. Jika anda membuat
presentation untuk 25 orang dan tempat presentation itu kecil sahaja,
anda tidak perlu gunakan font yang terlalu besar. Namun jika anda
membuat presentation di dalam dewan besar dan dihadiri lebih
100 orang, anda patut gunakan saiz tulisan yang lebih besar.
Satu masalah yang sering diajukan kepada saya mengenai saiz
tulisan ialah, jika anda menulis dengan saiz yang besar, nanti tak

11
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

muat pula ruang di dalam slide powerpoint tu. Hmmm jika anda baca
tip #4, anda mungkin tahu bahawa di dalam slide powerpoint, anda
patut

tulis

hanya

isi

penting,

bukan

keseluruhan

ayat.

Jika

anda letakkan terlalu banyak isi dan ayat dalam satu slide, saya
pasti ruang yang ada tidak akan mencukupi.

12
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #6

Tip yang keenam ialah, jika anda ada


banyak isi yang ingin anda paparkan di
dalam slide anda, jangan paparkan
semuanya sekali gus. Sebab utamanya
ialah,

penonton

anda

akan

sibuk

membaca semua isi anda dan mula


sangka

yang

mereka

sudah

tahu

semua yang anda ingin katakan.


Dengan memaparkan semua isi anda sekaligus juga akan membuat
slide anda kelihatan penuh dengan isi dan perkataan setiap masa.
Secara psikologinya, penonton mudah rasa penat kerana terfikir terlalu
banyak perkara yang perlu mereka dengar daripada anda. Jika isi anda
keluar satu persatu, penonton anda tidak akan terasa terlalu penat
kerana isi itu keluar sedikit demi sedikit.
Anda perlu pelajari bagaimana anda boleh keluarkan isi penting anda
satu persatu dengan menggunakan Custom Animation. Saya akan
ceritakan juga tentang teknik menggunakan Custom Animation ini
dalam tips akan datang.

13
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #7
Tip

yang

ketujuh,

sesuatu

yang

perlu

anda

elakkan

semasa

menggunakan microsoft Powerpoint ialah, jangan gunakan terlalu


banyak animasi dalam sesuatu presentation. Contohnya, katakan
anda paparkan 7 isi penting dalam slide anda dan isi penting itu keluar
satu persatu. Ramai pelajar yang terlalu seronok menggunakan
animation hingga mereka gunakan 7 jenis animasi yang berbeza untuk
setiap isi. Contohnya, isi pertama keluar dengan animation fly in, isi
kedua keluar dengan animation grow and turn, isi ketiga dengan
compressed dan seterusnya.
Walaupun cara ini tidaklah salah, tetapi ada beberapa akibat yang
mungkin anda tidak sedari:


Presentation anda kelihatan tidak seragam. Mana tidaknya, satu


animasi keluar begini dan satu animasi lagi keluar begitu.
Perbezaan ini sedikit sebanyak akan mengganggu konsentrasi
penonton anda.

Presentation anda akan jadi presentation untuk menunjukkan


kebolehan

anda

menggunakan

animasi,

bukan

untuk

menyampaikan mesej dengan jelas. Jadi, anda harus fikir


semula kenapa anda buat presentation tersebut. Adakah animasi
yang berbeza anda lakukan tadi akan membantu penonton
memahami mesej anda atau sebaliknya?


Animasi yang terlalu banyak jenis akan menghalang penonton


daripada melihat kelancaran mesej yang anda ingin sampaikan.

Presentation anda juga boleh kelihatan huru-hara jika anda


gunakan terlalu banyak jenis animasi dalam satu slide.

14
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Cadangan saya, jika dalam satu slide ada 7 isi, gunakan animation
yang sama. Jika anda gunakan animasi fly in-'from top, gunakan
animasi ini untuk kesemua 7 isi tadi. Di dalam slide seterusnya pula,
anda boleh gunakan animasi lain untuk isi-isi yang lain.

15
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #8

Menu utama Microsoft PowerPoint

Sekarang kita sudah masuk ke tip yang kelapan. Tips ke 8 hingga 14


adalah tips-tips untuk anda pelajari dalam Microsoft PowerPoint. Untuk
anda

kuasai

perisian

ini

dan

mampu

menggunakannya

untuk

membantu anda dalam membuat presentation, anda mesti mahir


dalam asas-asasnya. Untuk pengetahuan anda juga, tips-tips ini
adalah apa yang saya biasa lakukan. Ia tidak semestinya cara yang
terbaik kerana ada terlalu banyak cara untuk mengolah PowerPoint
anda. Jadi, jika anda rasa cara yang saya gunakan sesuai dan mudah
bagi anda, anda boleh turut sama gunakan cara ini.
Tip yang ke-8 ini, saya akan ceritakan tentang Master Slide. Setiap
kali

anda

ingin

gunakan

perisian

PowerPoint,

anda

perlu

pilih

background yang anda inginkan. Seperti yang sudah terangkan dalam


tips yang lalu, background atau latar belakang slide anda mestilah
sesuai supaya perkataan yang anda paparkan kelihatan jelas dan
menarik.
Selama ini, mungkin anda hanya gunakan design templates sebagai
latar belakang slide anda Lihat menu utama perisian PowerPoint anda
(seperti gambar di atas). Design template anda boleh perolehi dengan

16
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

klikslide show  klik animation scheme  Design Templates .


Anda boleh lihat rekaan-rekaan latar belakang yang anda boleh
gunakan. Cuma klik pada mana-mana rekaan yang
anda mahu gunakan. (imej disebelah menunjukkan
beberapa

rekaan

yang

sedia

ada

di

dalam

PowerPoint)
Namun, jika anda ingin lebih maju dan kelihatan
lebih

professional,

saya

cadangkan

agar

anda

mencipta latar belakang anda sendiri. Ini adalah


kerana:


Anda boleh cipta latar belakang yang lebih


relevan atau sesuai dengan apa yang anda
persembahkan. Contohnya jika anda sedang
membuat

presentation

tentang

perniagaan

beras, anda boleh gunakan gambar beras


sebagai latar belakang.


Dalam

training

saya,

jika

saya

jalankan

program bersama UIA, saya akan gunakan


latar belakang gambar UIA sendiri. Pernah
juga saya gunakan gambar sekolah tertentu
semasa

membuat

presentation

di

sekolah

tersebut. Gambar itu saya olah supaya ia


sesuai dengan tema presentation saya. Saya
akan ajarkan teknik dalam tips yang akan
datang nanti. Anda boleh jadi lebih kreatif.
Jika anda jadi lebih kreatif, presentation anda akan jadi lebih
menarik. Anda juga akan rasa seronok dan tidak sabar untuk
membuat presentation anda.

17
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Hari ini, jika anda belum biasa menggunakan powerpoint, cuba


gunakan beberapa background yang berbeza. Jika anda sudah biasa,
cuba pilih background bagaimana yang sesuai digunakan berdasarkan
7 tips yang telah saya berikan sebelum ini.

Tips #8.1
Apabila anda membuat design latar belakang di master slide, setiap
kali anda klik untuk keluarkan slide baru, design yang anda gunakan di
master slide ini akan keluar. Jadi, anda perlu fikirkan latar belakang
yang sesuai untuk presentation anda. Ada beberapa tips untuk rekaan
atau design untuk master slide anda.


Gunakan warna yang menyerlahkan tulisan anda. Anda boleh


gunakan kombinasi warna terang seperti merah atau biru
dengan warna yang lembut seperti warna kuning atau biru
muda. Anda lihat dan cuba sendiri kombinasi warna manakah
yang sesuai untuk anda.

Jika anda mahu gunakan gambar, pastikan gambar itu tidak


terlalu terang hingga menggangu penonton melihat tulisan anda.
Apa yang saya biasa lakukan ialah, saya akan turunkan
transparency

gambar

tersebut

menggunakan

perisian

Macromedia Fireworks. (Lihat contoh).

18
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Jika anda mahu gunakan gambar


dan

anda

tidak

menggunakan

tahu

cara

perisian

lain

untuk mengolah gambar tersebut,


anda boleh insert gambar tersebut
dahulu ke slide, dan right klik 
Klik format picture  Colour 
Washout. Kemudian anda boleh
olah berapa
dengan

terang gambar

mengawal

itu

brightness.

Anda akan mendapat kesan yang


sama seperti gambar itu diolah oleh perisian lain seperti
Macromedia Fireworks atau Photoshop.

19
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Sekarang saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh gunakan Slide


Master ini. Lihat pada menu utama Microsoft PowerPoint. Ikuti langkah
berikut.
1. Buka New File

2. klik view  Master  Slide Master.

20
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Anda akan lihat gambar di bawah. Kebiasaannya saya akan delete


semua kotak-kotak yang ada itu. Caranya ialah klik pada kotak-kotak
itu dan tekan button delete pada papan kekunci anda.

Setelah anda delete semua kotak, ia kelihatan kosong begini.

21
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

3. Lukiskan sebarang hiasan atau garisan pada kotak kosong itu


menggunakan Drawing tools yang terdapat di bahagian bawah
perisian powerpoint anda.
4. Setelah selesai, cuma klik close master view.
5. Selepas ini, setiap kali anda klik new slide, anda akan lihat latar
5

belakang yang anda reka tadi keluar.

22
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #9

Tip hari ini adalah untuk anda pelajari bagaimana mahu memasukkan
audio seperti muzik atau bunyi khas, bagaimana memasukkan imej
atau gambar dan bagaimana memasukkan klip video. Seperti yang
saya

ada

terangkan

sebelum

ini,

PowerPoint

membantu

anda

mewujudkan persembahan visual yang menarik. Ini boleh dilakukan


dengan memasukkan imej, gambar dan klip video. Presentation anda
juga boleh jadi menarik jika anda boleh masukkan muzik atau kesan
bunyi khas pada mana-mana tempat yang sesuai.
Kita mulakan dengan bagaimana memasukkan imej dahulu. Mudah
sahaja. Pada panel utama anda, klik insert > Picture > From file.
Kemudian buka folder di mana anda menyimpan gambar yang hendak
anda masukkan itu. Klik pada gambar itu dan klik ok. Jika gambar itu
besar, anda akan lihat ia memenuhi slide anda. Kadangkala ia jauh
lebih besar daripada saiz slide anda. Apa yang perlu anda lakukan
ialah mengecilkan gambar itu dengan klik pada bucu gambar itu, drag
ke dalam hingga ia menjadi lebih kecil.
Anda juga boleh masukkan imej berbentuk animation. Setelah anda
masukkan imej yang berbentuk animation, ia akan bergerak apabila
anda memulakan slide show.
Ada beberapa tips untuk imej dan gambar:

23
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Gambar sangat bagus untuk untuk membuat presentation anda


lebih jelas. Gunakan gambar yang berkenaan dan jika boleh,
gambar yang tidak sensitif. Saya pernah buat satu program
untuk pelajar UIA yang disertai oleh pelajar luar negara iaitu
daripada

negara-negara

ceritakan

penderitaan

Afrika.

orang-orang

Kebetulan,
yang

saya

tidak

tengah

mempunyai

makanan yang cukup dan menderita kebuluran. Gambar-gambar


yang saya tunjuk pula kesemuanya adalah orang-orang daripada
benua afrika. Jadi gambar-gambar ini membuat peserta saya
agak tidak selesa dan mereka menyatakan perasaan mereka
kepada saya selepas program tersebut. Walaupun saya tidak ada
niat hendak membuat sesiapa merasa sensitif, saya perlu lebih
berhati-hati dengan apa yang saya tunjukkan.


Jika anda ada kamera digital, proses menggunakan gambar ini


akan jadi lebih mudah. Jika anda ceritakan tentang kawasan
perumahan yang kotor contohnya, anda boleh ambil gambargambar sebenar dan tunjukkan kepada penonton anda.

Jika anda tidak ada gambar yang sesuai dan anda masih
memerlukan gambar untuk membantu presentation anda, anda
boleh cari gambar-gambar itu diinternet. Contohnya, masuk ke
www.google.com. Klik pada image dan taip gambar apa yang
anda cari. Apabila anda sudah jumpa gambar yang anda
mahukan, right klik pada gambar itu, dan save picture as di
dalam komputer anda.

Selamat mencuba.
Tips #9.1
Sekarang saya akan terangkan bagaimana mahu memasukkan bunyi
atau muzik ke dalam powerpoint presentation anda. Mula-mula, klik
24
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

insert > Movies and Sound > Sound from file. Kemudian muzik atau
file bunyi mana yang anda ingin masukkan. Satu tip untuk anda, anda
patut save file muzik ini ke dalam folder yang sama dengan file
powerpoint anda. Ini akan memudahkan anda terutamanya jika anda
terpaksa memindahkan file powerpoint ini ke komputer lain.
Setelah anda insert muzik seperti langkah diatas, anda akan ditanya,
How

do

you

want

the

sound

to

start

in

the

slide

show?

[Automatically] [When Clicked]


Jika anda klik automatically, bunyi itu akan terpasang dengan sendiri
apabila anda membuka slide tersebut. Jika anda klik when clicked,
bunyi itu akan terpasang apabila anda klik pada icon speaker yang
keluar pada slide itu.

Kalau bunyi muzik anda itu pendek dan anda mahu ia


berbunyi berulang-ulang kali, anda boleh right click
pada ikon speaker, dan klik edit sound object. Kemudian
klik pada loop until stopped. Ini bermaksud, bunyi atau
muzik anda akan sentiasa berbunyi berulang-ulang kali hingga anda
menukar slide atau menghentikannya dengan sengaja.

Anda juga boleh klik pada hide


sound icon during slide show. Ini
akan menyembunyikan icon berupa
speaker

itu

ketika

muzik

25
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

dimainkan. Nampak lebih professional.


Tips #9.2
Hari ini, kita akan pelajari bagaimana hendak memasukkan klip video
ke dalam power point presentation anda. Selalunya, di dalam program
yang saya jalankan, saya selalu tunjukkan klip-klip video yang
menarik dan kelakar. Satu tujuannya ialah, peserta akan dapat
menumpukan perhatian mereka kepada mesej yang cuba saya
sampaikan.
Disamping itu, klip-klip video yang menarik dan kelakar boleh menarik
perhatian peserta saya untuk mendengar apa yang saya cuba
sampaikan. Apa yang menarik ialah, saya tahu apa reaksi peserta saya
setiap

kali

melihat

beberapa

klip

video

yang

saya

tunjukkan.

Contohnya ada satu klip video ini, kalau saya tunjukkan, pasti semua
peserta program saya akan ketawa terbahak-bahak. Jadi, apabila saya
mahukan reaksi tertentu dalam program saya, saya akan tunjukkan
klip video.

Ramai yang bertanya kepada saya daripada mana saya dapat klip-klip
video itu semua. Jawapannya mudah sahaja. Anda masuk ke manamana search engine, dan taip funny videos. Anda akan lihat beratus-

26
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

ratus malah beribu-ribu laman web yang menunjukkan klip video


menarik dan kelakar. Namun, anda perlu pilih klip video yang sesuai.
Tidak semua klip video berkenaan dan sesuai untuk ditunjukkan.
Berhati-hati jika anda terambil klip-klip yang bersifat perkauman, iklan
arak atau menunjukkan gambar-gambar yang tidak sopan. Klip video
begini perlu dielakkan. Setelah anda jumpa klip video yang sesuai,
selalunya ada panduan bagaimana mahu menyimpannya (download)
ke dalam komputer anda. Selalunya juga, anda perlu right click pada
video tersebut dan save target as ke dalam komputer anda.
Setelah anda ada klip video di dalam folder powerpoint anda, klik
insert > Movies and Sounds > Movie from file. Sama seperti tips
memasukkan muzik semalam, anda akan ditanya sama ada mahu klip
video itu terpasang secara automatik atau anda mahu klik sendiri
untuk memasangnya. Selalunya saya biarkan ia terpasang dengan
sendiri apabila slide itu terbuka. Ia kelihatan lebih lancar. Tetapi ia
terpulang kepada anda.
Setelah klip video itu ada pada slide, anda boleh klik pada video itu
dan besarkannya hingga memenuhi keseluruhan slide. Anda perlu
berlatih untuk memainkan video ini secara lancar. Setelah anda
masukkan klip video itu, cuba gunakannya berulang-ulang kali. Setiap
kali saya membuat slide saya akan cuba berulang-ulang kali daripada
slide pertama hingga ke slide terakhir. Itulah cara saya dapat lihat
sama susunan slide saya itu lancar atau tidak.

27
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #10
Tip yang ke-10 ialah mengenai penggunaan slide transition. Slide
transition ialah bagaimana cara anda mahu anda slide anda bertukar
dari satu slide ke slide yang lain. Contohnya, dari slide satu ke slide 2,
anda mungkin mahu slide 1 pudar sedikit demi sedikit dan terus
hilang, kemudian slide kedua terus muncul. Anda boleh pilih jenis slide
transition yang anda mahu dengan klik slide show > Slide
transition. Anda akan lihat jenis-jenis slide transition di sebelah
kanan power point anda seperti imej di bawah.
Anda perlu mencuba jenis transition mana yang anda perlukan. Lihat
pada modify transition, ada dua perkara yang anda perlu pelajari di
sini. Pertama, speed. Ini adalah berapa laju anda mahu sldie anda
bertukar. Jika anda pilih slide transition box in, dan anda klik speed
fast, slide anda akan bertukar dengan sangat laju. Jadi, anda boleh
pilih kelajuan yang sesuai untuk presentation anda.
Kedua,

sound.

Jika

anda

mahu

slide

anda

bertukar

sambil

mengeluarkan bunyi tertentu, anda boleh klik di sini. Anda boleh pilih
bunyi bagaimana yang anda mahu.
Di bahagian advance pula, anda boleh pilih sama ada mahu slide itu
bertukar secara automatik selepas beberapa ketika atau anda mahu
klik sendiri untuk menukarkannya. Contohnya, katakan anda klik pada
automatically after dan letakkan 1 minit. Selepas slide itu terbuka
selama 1 minit, ia akan bertukar sendiri ke slide seterusnya tanpa
anda menekan apa-apa butang.
Tips daripada saya:

28
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Jika anda menggunakan bunyi, jangan gunakan terlalu kerap. Ia


akan mengganggu presentation anda dan ia boleh membuat
presentation anda kelihatan tidak professional.

Gunakan

jenis

slide

transition

yang

boleh

membantu

memudahkan penonton anda memahami presentation anda.


Jangan pilih kerana anda suka dan seronok melihat animasi
perubahan slide itu.


Elakkan menggunakan terlalu banyak jenis slide transition. Slide


transition yang elok ialah yang seragam sepanjang presentation
anda. Perbezaan jenis transition hanya dilakukan jika ia perlu
dan dapat membantu presentation anda.

Anda boleh pilih satu jenis slide transition dan apply to all
slides. Ini akan membuat presentation anda seragam dan
menarik.

29
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #11
Tip ke 11 ini ialah tip kegemaran saya. Kebanyakan peserta program
atau pelajar selalu bertanya tentang tip ke 11 ini. Tip ke 11 ini ialah
berkenaan Custom Animation. Custom animation ialah fungsi-fungsi
yang

anda

boleh

gunakan

untuk

mempelbagaikan

cara

mempersembahkan isi kandungan presentation anda.


Jika dulu presentation hanya dibuat menggunakan OHP Projector atau
lebih lama lagi,menggunakan kad manila atau kertas mahjong. Cara
ini,

penonton

anda

akan

terus

dapat

melihat

kesemua

isi-isi

presentation anda sekaligus. Dengan menggunakan custom animation,


anda boleh mengeluarkan isi kandungan presentation anda satu
persatu dan dengan pelbagai cara.

Sebagai permulaan, cuba buka custom animation. Caranya, klik Slide


Show > Custom Animation. Kemudian, anda akan lihat beberapa
ikon custom animation di sebelah kanan power point anda.

30
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Anda dapat lihat ikon Add effect dalam imej di bawah. Add effect ini
cuma akan aktif jika anda klik sesuatu yang hendak anda animasikan
di dalam slide anda.

Contohnya, jika anda klik pada mana-mana kotak tulisan dalam slide
anda, ikon add effect ini akan kelihatan aktif (ada warna, tidak
berwarna kelabu pudar). Apabila anda lihat ikon ini aktif, cuba klik
pada ikon tersebut. Anda akan lihat 4 jenis custom animation yang
anda boleh gunakan iaitu Entrance, Emphasis, Exit dan Motion Path.
hari ini, saya akan terangkan fungsi keempat-empat perkara ini satu
persatu.
Entrance - Apabila anda gunakan effect entrance pada tulisan, tulisan
itu tidak akan muncul semasa slide show. Tetapi setelah anda klik
mouse anda atau klik down arrow button, tulisan itu akan keluar. Jadi,
gunakan effect ini untuk mengeluarkan isi presentation anda satu
persatu.
Emphasis - Ini digunakan untuk menguatkan presentation anda untuk
sesuatu isi. Contohnya anda sudah keluarkan tiga isi penting.
Kemudian, anda mahu menekankan kepentingan isi ketiga. Jadi, anda
gunakan Emphasis untuk membesarkan tulisan itu, menukar warnanya
atau apa saja jenis emphasis yang anda suka.
31
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Exit - Katakan anda sudah senaraikan 10 isi penting di dalam slide


anda. Kemudian anda mahu terangkan tentang isi yang ke sepuluh.
Jadi, anda boleh gunakan Exit ini untuk mengeluarkan 9 lagi isi tadi.
Kesannya, isi itu akan hilang dengan cara yang anda mahukan.
Motion Path - Anda boleh gunakan ini untuk membuat sedikit animasi
di dalam presentation anda. Contohnya, anda ada gambar orang
sedang berjalan. Gambar itu tidak bergerak. Tetapi anda boleh
gunakan motion path ini dengan membuat gambar itu bergerak ke
mana-mana sahaja yang anda mahu.
Jangan risau jika anda masih kurang faham. Insyaallah saya akan
terangkan dengan panjang lebar tentang tip ke 11 ini. Saya jika anda
boleh kuasai tip ke 11 ini, anda kelihatan lebih professional semasa
menggunakan power point.

Tips #11.1
Hari ini, kita lihat lebih lanjut mengenai custom animation. Untuk
memulakan tip hari ini, buka slide baru, dan taipkan perkataan
Custom animation. Biarkan kotak tulisan itu aktif.
Apabila ia aktif, ia kelihatan seperti imej diatas.
Saya akan gunakan contoh custom animation
Entrance hari ini. Ini bermaksud, perkataan di
sebelah hanya akan keluar apabila saya mahu ia
keluar. Apa yang perlu anda lakukan, klik Add
Effect > Entrance > Fly in. Secara automatik
anda akan lihat bagaimana effect fly in ini untuk

32
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

tulisan custom animation anda. Anda lihat ia terbang dari bawah


bukan?
Perkara utama yang ingin saya terangkan
hari ini ialah mengenai 3 fungsi ini; Start,
Direction

dan

animation,

Speed.
fungsi

ini

Dalam

custom

sangat

penting

kerana ia adalah penentu kepada bagaimana


anda mahu mengolah pergerakan isi penting
presentation anda. JIka anda tidak pernah
menggunakannya,

anda

mungkin

tertanya-tanya

apa

yang

dimaksudkan dengan on click, From bottom dan very fast. Saya


akan terangkan satu persatu.
Start - ia bermaksud bagaimana anda mahu ia bermula. Start
terbahagi kepada 3 pilihan iaitu on click, with previous dan after
previous. Jika anda pilih on click, perkataan custom animation anda
hanya akan muncul apabila anda klik mouse anda (atau tekan down
arrow button). Anda boleh mencuba effect ini. Setelah anda klik on
click, tekan button view show(klik slide
show > View Show, atau anda boleh tekan
butang F5). Anda akan lihat slide show anda
tidak ada perkataan custom animation tadi.
Tetapi, apabila anda klik down button arrow
atau klik mouse anda, perkataan itu akan
muncul daripada bawah dengan sangat laju.

33
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Jika anda klik With previous ,perkataan custom animation tadi


akan keluar bersama effect sebelumnya. Tetapi disebabkan hanya ada
satu effect dalam slide ini, ia akan keluar sebaik sahaja slide bertukar.
Cuba anda klik with previous dan tekan button view show. Lihat apa
yang berlaku.
Jika

anda

klik

after

previous

ia

akan

keluar

selepas

effect

sebelumnya. Katakan anda ada tiga effect untuk tiga tulisan anda. Jika
tulisan yang kedua anda klik after previous ia akan keluar dengan
automatik selepas effect tulisan pertama. Jika anda klik after previous
untuk tulisan ketiga, ia akan keluar secara automatik selepas effect
kesan kedua. Untuk lebih mudah faham, anda perlu mencubanya.
Cuba buat tiga kotak tulisan dan letakkan effect untuk setiap satu
tulisan. Cuba olah fungsi Start ini dan lihat sendiri apa kesannya.
Anda boleh beri saya soalan jika anda kurang faham bahagian ini
supaya saya dapat terangkan dalam bentuk lain pula.

Tips #11.2
Kita

sambung

tip

semalam.

Saya

telah

terangkan apa yang dimaksudkan dengan


start. Hari ini saya terangkan dua lagi fungsi
di dalam custom animation iaitu direction dan
Speed.

34
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Direction bermaksud dari arah mana anda mahu effect itu masuk. JIka
anda klik pada direction, ada beberapa arah yang diberikan (direction
ini cuma ada untuk beberapa jenis effect sahaja, bukan kesemuanya).
Jadi, anda boleh pilih arah mana yang anda
mahu. Contohnya, jika anda mahu membuat
anak panah (yang menghala ke atas) anda
fly in semasa presentation, is sesuai jika
anda menggunakan direction from bottom.
Jadi, nanti anak panah anda akan meluncur
masuk daripada bawah slide dengan arah
yang

betul

(bukan

anak

panah

yang

bergerak terbalik). JIka anda mahu cuba,


lukiskan satu anak panah menggunakan
drawing tools, dan gunakan effect fly in.
Lihat bagaimana anak panah anda bergerak masuk ke dalam slide.

Seterusnya ialah speed. Ia bermaksud jika


anda gunakan fly in, berapa laju anda mahu
objek anda itu bergerak? Adakah anda
mahu

ia

bergerak

dengan

perlahan,

sederhana atau sangat laju. Ini bergantung


kepada effect yang anda perlukan.
Jika semua isi penting dan gambar anda
bergerak

dengan

terlalu

perlahan,

kadangkala ia boleh jadi membosankan dan membuat penonton anda


jadi tidak sabar. Seperti yang saya kata, ia terpulang kepada anda.

35
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Baiklah, saya sudah terangkan bagaimana 3 fungsi Start, Direction


dan Speed ini berfungsi. Sekarang mari kita cuba buat. Tadi anda ada
satu kotak tulisan custom animation bukan? Sekarang, aktifkan kotak
tulisan itu > klik edit > copy > paste. Anda akan lihat satu
salinan perkataan custom animation. Ulang langkah tadi sekali lagi.
Jadi sekarang anda ada 3 kotak tulisan custom animation itu.

Klik pada tulisan pertama > add effect > Entrance > Fly in.
Pada Start, klik on click, direction From top dan speed slow.
Klik pada tulisan kedua > add effect > Entrance > Fly in. Pada
start klik after previous, direction from left dan speed medium.
Klik pada tulisan ketiga > add effect > Entrance > Fly in. Pada
start klik after previous, direction from right dan speed very fast.
Setelah selesai semuanya, klik slide show > view show. Anda akan
lihat tidak ada apa-apa pada slide anda. Kemudian, klik mouse anda
sekali. Anda akan lihat ketiga-tiga tulisan itu akan keluar mengikut
turutan. Selamat mencuba.

Tips #11.3
Masih lagi dalam tips menggunakan custom animation. Hari ini, saya
ingin terangkan bahawa untuk satu tulisan atau objek, anda boleh

36
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

gunakan lebih daripada satu effect. Saya akan tunjukkan contoh


bagaimana mahu menggunakan lebih daripada satu effect kepada satu
tulisan atau objek.
Di slide anda, taipkan custom animation. Biarkan tulisan itu aktif.
Kemudian, klik slide show > custom animation. Ada 4 effect yang
saya mahu anda gunakan ke atas perkataan tadi.
1. Pertama, (sambil tulisan itu aktif), klik add effect > Entrance
> Fly in. Untuk effect ini, pada bahagian start klik on click,
direction from top dan speed medium.
2. Kemudian, biarkan tulisan itu aktif lagi, klik add effect >
Emphasis > Change Font Size. Pada start, klik after previous,
Font size 150% dan speed medium.
3. Klik sekali lagi pada add effect > Motion path > Up. Pada start
klik after previous, path unlocked dan speed medium.
4. Akhir sekali, klik pada add effect > Exit > Fly out. Pada start
klik after previous, direction To bottom dan speed fast.

Setelah anda selesaikan lakukan 4 langkah ini, anda akan lihat tulisan
anda tadi begini. (gambar tulisan custom animation). Anak panah
berkepala merah itu adalah motion path, menunjukkan ke arah mana
tulisan itu akan pergi. Anda juga akan lihat pada bahagian custom
animation di sebelah kanan power point begini.

37
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Setelah selesai 4 langkah ini juga, klik slide show > view show. Klik
mouse anda sekali. Apa yang anda lihat?
Jika anda lakukan dengan betul, selepas anda klik mouse anda, anda
akan lihat tulisan custom animation itu turun dari atas. kemudian,
secara automatik ia akan menjadi besar dan kemudian bergerak ke
atas. Akhir sekali, ia akan bergerak ke bawah dengan laju dan hilang.
Inilah effect yang telah anda pelajari tadi.
Untuk lebih maju, anda perlu cuba buat pelbagai effect lain pula. Saya
percaya anda sudah faham fungsi effect entrance, exit, emphasis dan
motion

path.

Esok

saya

akan

terangkan

satu

lagi

tip

dalam

teknik

dalam

menggunakan motion path.


Tips #11.4
Dalam

tip

hari

ini,

saya

ingin

kongsikan

satu

menggunakan effect motion path. Mula-mula, lukiskan satu kotak


pada

slide

anda.Terpulang

kepada

anda

mahu

gunakan

kotak

berwarna apa. Saya telah lukiskan satu kotak berwarna merah seperti
di dalam gambar di bawah.

Tip

hari

ini

mudah

sahaja

sebenarnya.

Saya

mahu

tunjukkan

bagaimana mahu buat effect supaya kotak itu bergerak ke kanan,

38
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

kemudian bergerak ke atas. Bunyinya agak mudah tetapi selalu saya


mendapat soalan bagaimana mahu melakukan perkara ini.
Langkah-langkahnya:
1. Klik add effect > Motion path > Right. (Start - On-click, path
- unlocked, speed - medium). Selesai sahaja anda lakukan
anda akan lihat preview kotak itu bergerak ke kanan.
2. Biarkan kotak itu aktif, klik add effect sekali lagi > motion path
> Up. (Start - after previous, path - unlocked, speed medium.)

Sekarang, cuba anda klik slide show > view show. Apakah yang
terjadi? Anda akan lihat, kotak itu bergerak ke kanan, kemudian ia
hilang sekejap dan muncul ditempat asal dan bergerak ke atas bukan?
Apa

yang

kita

mahu

lakukan

ialah,

apabila

ia

bergerak

ke

kanan,berhenti dan terus bergerak ke atas daripada tempat ia


berhenti. Bagaimanakah cara melakukannya? Mudah sahaja.

Lihat kotak anda. Setelah anda letakkan 2 effect tadi, anda akan lihat
dua anak panah berkepala merah bukan. Sekarang, klik pada anak
panah yang menghala ke atas itu. Ia akan aktif. Gerakkan anak panah
39
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

itu ke kanan menggunakan right arrow button di papan kekunci anda.


Gerakkan anak panah itu betul-betul di atas hujung anak panah yang
lagi satu. Kemudian, klik slide show > view show sekali lagi. Apa
yang anda lihat?
Ya, anda akan lihat kotak itu bergerak ke kanan dan kemudian terus
bergerak ke atas tanpa balik semula semula ke tempat asalnya.

Setelah anda memahami konsep ini, anda boleh buat beberapa kesan
atau pergerakan lain mengikut kehendak anda. Apa yang penting,
dengan pengetahuan asas ini, anda perlu cuba lagi banyak kali dengan
effect yang berlainan pula. Anda akan jadi lebih cekap dalam masa
yang sangat singkat.
Selamat mencuba.
Tips #11.5
Kita sudah pelajari 4 bahagian dalam tip ke 11. Tip ke 11 iaitu custom
animation adalah untuk membantu anda membuat animasi supaya
presentation anda jadi lebih jelas dan menarik. Anda perlu ingat,
tujuan anda pelajari tip ini bukanlah supaya anda boleh gunakan
kesemua jenis effect dalam semua slide anda. Custom animation

40
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

bertujuan

untuk

membantu,

bukan

menjadi

pertunjukan

utama. Jadi elakkan menggunakan effect yang tidak berkaitan malah


mengganggu presentation anda.
Satu tip untuk anda pastikan sama ada custom animation anda
membantu atau mengganggu, anda boleh tanya sahabat anda atau
sesiapa yang boleh memberi komen terhadap presentation anda ini.
Saya sendiri, selepas selesai buat sesuatu effect yang baru untuk
presentation saya, saya sering bertanya kepada isteri saya tentang
pendapat beliau. Isteri saya bukan berada di dalam bidang training.
Jadi komen beliau adalah seperti komen orang biasa yang bakal
menjadi penonton presentation saya. Selalu juga saya mendapat
maklum balas dan idea yang bernas daripada isteri saya sendiri. beliau
akan memberi komen jika beliau rasa sukar untuk memahami apa
yang saya cuba sampaikan melalui effect pada slide saya.
Esok kita akan pelajari tip yang seterusnya, tip 12, berkenaan dengan
view show.

41
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #12

Tip ke 12 adalah berkenaan penggunaan view show. Semasa anda


hendak membuat presentation, anda perlu klik slide show > View
Show. Saya biasanya cuma akan klik pada satu ikon di sebelah kiri,
bawah power point (seperti imej di bawah. Jika anda mahu lebih
cepat, cuma tekan kekunci F5.

Kepada yang sudah tahu tip ini, jangan ketawa jika anda rasa perkara
ini terlalu mudah. Saya pernah pergi ke satu mesyuarat di mana
presenter mempersembahkan slide beliau tanpa menekan button view
show. Satu lagi masalah yang biasa timbul bagi sesiapa yang jarang
menggunakan power point ialah, bagaimana mahu menukar slide ke
slide seterusnya, atau bagaimana hendak balik semula ke beberapa
slide awal.
Begini. Apabila anda sudah menekan button view show, banyak button
pada papan kekunci yang anda boleh gunakan untuk bergerak ke slide
seterusnya. Untuk bergerak ke depan (ke slide seterusnya), anda
boleh tekan mana-mana button ini pada papan kekunci:


Enter

Pg Dn (Page Down)

Arrow ke bawah

Arrow ke kanan

42
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Untuk berpatah balik ke belakang semula (ke slide sebelumnya), anda


boleh tekan mana-mana button in pada papan kekunci:


Pg Up (page up)

Arrow ke atas

Arrow ke kiri

Dengan mengetahui tip ini, anda akan kendalikan slide show anda
dengan mudah, lancar dan kelihatan yakin dengan apa yang anda
lakukan. Saya percaya ramai yang tidak tahu atau tidak berapa pasti
akan tip ini kerana saya juga pernah lihat trainer yang right click
setiap kali mahu menukar slide. Cara ini membuang masa, tidak lancar
dan membuat anda kelihatan seperti seorang amatur.

43
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #13
Tip 13 adalah tip berkenaan Copy & Paste. Secara umum, copy
bermaksud salin dan paste bermaksud tampal. (hehe, teringat masa
mengajar kelas Bahasa Inggeris, kena terangkan maksud perkataan
kepada student.

)Tahukah anda, jika anda copy satu imej atau

tulisan pada satu slide dan paste pada slide yang lain, imej itu akan
muncul pada kedudukan yang sama?

Katakan anda ada dua slide kosong. Pada slide pertama, dengan
menggunakan drawing tools, lukiskan pada slide pertama seperti yang
saya lukiskan di dalam imej di sebelah. Anda boleh juga lukiskan 3
imej lain jika anda mahu. Setelah anda lukiskan pada slide pertama,
aktifkan ketiga-tiga imej itu. (cara mengaktifkan ketiga-tiga sekali,
tekan button Shift pada papan kekunci (jangan lepaskan) dan klik
pada 3 imej itu satu persatu) Anda akan lihat ketiga-tiga imej itu aktif.
(Setelah ketiga-tiga imej itu aktif, anda boleh lepas button Shift tadi)

44
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Kemudian, klik Edit > Copy atau tekan Ctrl-C. Klik pada slide kedua,
klik Edit > Paste atau tekan Ctrl-v. Anda akan lihat ketiga-tiga imej
itu semua muncul dalam slide kedua di kedudukan yang sama.
Apakah gunanya mengetahui bahawa jika kita copy dan paste, ia akan
muncul dikedudukan yang sama?
1. Kadangkala anda mahu membuat tajuk pada beberapa slide
anda. Anda tidak perlu menaip satu persatu pada setiap slide.
Anda cuma perlu taip pada satu slide, copy dan kemudian paste
pada slide-slide yang seterusnya. Ia memudahkan kerja anda.
2. Hasil kerja anda boleh kelihatan seragam. Katakan anda ada 6
slide dengan tajuk Teknik menghafal pada bahagian atas slide
anda. Jika anda taip satu persatu, kedudukannya mungkin tidak
seragam dan tidak sama. Ia tidak kelihatan cantik jika itu
berlaku.

Jika

anda

gunakan

teknik

copy

dan

paste

ini,

kedudukan tajuk-tajuk itu akan sama dan apabila slide anda


bertukar, tajuk itu seolah-olah langsung tidak bergerak.
3. Anda boleh lakukan animasi anda sendiri. Contohnya, pada slide
kedua tadi, delete kotak pertama dan kedua. Aktifkan kotak
Action > Klik Add effect > Motion Path > Up. Klik Start
After previous, path unlocked dan speed fast.

45
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Sekarang, klik pada slide pertama tadi > Klik view show atau F5.
Anda akan lihat ketiga-tiga imej Mind, Body & Action itu. Tekan enter
(untuk pergi ke slide seterusnya). Anda akan lihat dua kotak itu hilang
secara automatik, dan kotak Action itu akan bergerak ke atas.
Ini adalah contoh animasi menggunakan tulisan yang saya gunakan
dalam presentation saya. Apabila kotak action itu naik ke atas, saya
akan keluarkan isi-isi berkenaan action dibawah kotak action itu.
Anda perlu mencuba sendiri tip ini dan buat beberapa jenis animasi
mengikut kehendak anda. Apabila anda faham konsep ini, anda boleh
gunakannya untuk membuat presentation anda lebih mudah difahami.

46
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #14
Tip ke 14 adalah tip terakhir dalam tips 7 perkara yang perlu
dipelajari. Saya ulangi, 21 tips Microsoft Power Point saya bahagikan
kepada 3 bahagian.


7 tips pertama (tips 1 -7) saya namakan 7 perkara yang perlu


dielakkan.

7 tips kedua (tips 8 - 14) saya namakan 7 perkara yang perlu


dipelajari.

7 tips ketiga (tips 15 - 21) saya namakan 7 petua untuk lebih


maju.

Jadi, tip ke 14 ialah, anda perlu pelajari dan majukan teknik anda
menggunakan perisian Microsoft Power Point dengan melihat cara
orang lain membuat presentation mereka.
Contohnya begini, katakan anda menghadiri mana-mana seminar atau
mendengar

presentation

daripada

sesiapa,

perhatikan

cara

persembahan power point mereka. Jika ada cara presentation mereka


yang menarik, fikirkan bagaimana agaknya cara mereka lakukan. Jika
anda lihat mana-mana animation yang menarik, fikirkan bolehkah
anda lakukan perkara yang sama.
Satu cara paling cepat untuk lakukan perkara ini ialah dengan
meminta salinan presentation tersebut (dalam bentuk softcopy).
Selalunya,

jika

sahabat

anda

atau

seseorang

yang

anda

kenali membuat presentation, tentu tidak ada masalah jika anda mahu
meminta salinan presentation tersebut. Namun, anda perlu bersedia
jika presenter tidak dapat memberikan softcopy tersebut.

47
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Seperti saya sendiri, ramai juga yang meminta salinan softcopy


presentation yang saya jalankan. Namun, saya perlu meminta maaf
kerana tak dapat berikannya. Ini adalah kerana, softcopy power point
presentation saya adalah satu daripada Intellectual Property saya. Ia
tidak boleh diedarkan begitu sahaja kerana saya perlu menjaga hasil
kerja saya itu.
Namun, jika ada yang meminta salinan itu kerana mahu pelajari teknik
animation, saya akan berikan satu salinan contoh di mana mereka
boleh pelajari teknik-teknik tersebut. Ada satu salinan softcopy power
point

yang

anda

boleh

download

secara

percuma

iaitu

www.awesomebackgrounds.com .
Setelah ada download softcopy tersebut, klik F5 dan perhatikan
animation yang ditunjukkan. Anda mungkin rasa kagum atau pelik
kerana animation-animation itu seolah-olah dibuat menggunakan
perisian lain, bukan powerpoint. Setelah anda lihat slide show
tersebut, ada dua bahagian yang anda perlu perhatikan untuk pelajari
bagaimana ia dilakukan. Bahagian-bahagian itu ialah:


Custom animation

Slide Transition

Semasa saya mula belajar untuk memajukan diri saya dalam power
point,

saya

telah

download

softcopy

daripada

awesomebackgrounds.com ini. Saya belajar bagaimana menggunakan


custom animation dan slide transition di sini. Setelah saya kuasai asas
ini,

saya

jadi

lebih

yakin

untuk

belajar

kegunaan

lain

untuk

mencantikkan lagi presentation saya. Bagi saya, ini adalah tip paling
utama bagaimana saya majukan teknik penggunaan power point saya.

48
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Jadi, jangan lupa download softcopy power point percuma ini dan
pelajari teknik-teknik menarik yang digunakan. Mula juga perhatikan
bagaimana sahabat anda atau sesiapa sahaja buat power point
presentation mereka.

49
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #15
Tip yang ke 15 ialah, untuk kelihatan lebih cekap dan mahir dalam
menggunakan power point, anda perlu pelajari beberapa perisian
lain. Contohnya, saya pelajari perisian Macromedia Fireworks dan juga
windows movie maker untuk membantu beberapa aspek dalam power
point presentation saya.
Perisian fireworks adalah untuk saya olah gambar, buat animasi atau
membuat background powerpoint saya sendiri. Jika anda lihat contoh
gambar background dalam power point saya di tip-tip lepas, saya
gunakan perisian fireworks ini. Selain daripada fireworks, perisian
yang lebih kurang sama (malah lebih baik) ialah perisian photoshop.
Pentingkah pelajari perisian lain..? Ya, sangat
penting. Bayangkan jika anda mahu belajar memasak. Adakah anda
akan belajar menggoreng, merebus, mengukus dan memanggang
sahaja?

Tentu

tidak

kan?

Anda

perlu

belajar

juga

memotong

(bawang,sayur, ayam & daging) dan memilih bahan yang sesuai untuk
di masak. Maksudnya, untuk mahir dalam sesuatu ilmu, anda perlu
pelajari beberapa ilmu lain disekitarnya.
Sama seperti saya sendiri, walaupun saya adalah professional trainer
dalam

motivasi

dan

kemahiran

belajar,

selain

menambahkan

pengetahuan saya dalam bidang psikologi, saya juga pelajari tentang


komputer dan perisiannya.
Saya perlu belajar tentang teknik pemasaran kerana teknik pemasaran
(marketing) banyak boleh dikaitkan dengan kebolehan menarik minat
sewaktu memberi ceramah), dan saya juga perlu pelajari tentang

50
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

menguruskan laman web. Hasilnya, saya dapat kongsikan bidang


kepakaran saya dalam laman web saya seperti apa yang saya lakukan
di blog ini
Jadi, mulai hari ini, pelajari beberapa perisian lain yang boleh
membantu kemahiran penggunaan perisian power point anda.

51
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #16
Tip yang seterusnya untuk anda memajukan penggunaan Microsoft
Power Point anda ialah dengan menggunakan maklumat tutorial
percuma yang mudah didapati di internet. Anda perlu ingat, anda tidak
perlu tahu semua mengenai powerpoint. Ini kerana, tujuan anda
belaajr powerpoint bukanlah untuk menjadi seorang pensyarah yang
mengajar powerpoint. Jadi, tidak perlu tahu kesemuanya.
Namun, mana-mana bahagian penggunaan powerpoint yang anda
tidak tahu, anda boleh cari maklumat cara penggunaannya di internet
secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah, masuk ke enjin
pencari dan taip powerpoint tutorial. Jika anda lihat hasilnya seperti
imej yang saya tunjukkan, anda pasti tahu sebenarnya banyak
maklumat yang anda boleh perolehi dengan mudah untuk belajar
powerpoint.

Malah, inilah cara utama bagaimana saya majukan cara penggunaan


powerpoint saya. Apabila saya terlihat sesuatu yang menarik, saya
akan

fikirkan

bagaimana

mahu

membuatnya

di

powerpoint.

Contohnya, beberapa minggu lepas ketika menemani anak saya


menonton Disney Channel, Make way for Noddy, saya terlihat satu
animasi mudah yang menunjukkan bagaimana pintu garaj tertutup
dari atas dan naik semula. Apabila ia naik semula, ada satu imej baru
yang muncul di dalam garaj itu.

52
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Ini membuat saya terfikir bagaimanakah caranya untuk membuat


kesan begini untuk powerpoint. Saya fikir, menarik juga jika saya
tukar slide saya dengan menunjukkan pintu garaj turun daripada atas
dan naik semula. (Saya gunakan drawing tool untuk buat pintu
garaj ringkas seperti imej disebelah). Apabila pintu itu naik semula,
ada slide baru yang saya tonjolkan. Setelah beberapa kali mencuba
dan mencari idea melalui tutorial powerpoint di internet, saya dapat
caranya. Walaupun isteri saya kata ia kelihatan kelakar kalau saya
gunakan, saya masih berpuas hati kerana berjaya mencari cara untuk
membuatnya.
Jadi,

gunakan

tutorial

percuma

di

internet

untuk

memajukan

penggunaan perisian power point anda.

53
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #17
Jika anda mahu membuat presentation, pernahkah anda merasa
bimbang jika anda terlupa mahu katakan sesuatu yang penting? Ya,
inilah satu perkara yang saya selalu bimbangkan semasa saya mulamula menceburi bidang profesional training dahulu. Namun, satu
keindahan menggunakan power point ialah, anda boleh letakkan
semua isi penting yang ingin anda katakan di slide anda.
Katakan

anda

mahu

bercerita

tentang

satu

kisah

semasa

menerangkan sesuatu fakta. Kadang-kadang, apabila anda terlalu


sibuk

menerangkan

tentang

fakta

itu,

anda

terlupa

hendak

menceritakan kisah yang anda mahu ceritakan tadi. Jadi, apa yang
boleh anda lakukan dengan mudah ialah, letakkan di slide anda isi
seperti Kisah seorang saintis dan seekor kutu, atau Mengapa mudah
mengantuk selepas makan.
Walaupun tips ini nampak mudah, saya jarang melihat penceramah
menggunakannya.

Selalunya,

seseorang

penceramah

bergantung

kepada apa yang mereka ingat. Jadi, peluang untuk lupa adalah lebih
besar.

Kadang-kadang, anda tidak perlu tulis isi yang anda mahu katakan.
Anda boleh letakkan gambar. Gambar sangat menarik jika anda
gunakan. Contohnya, dalam program saya, ada saya ceritakan tentang
sejenis ulat bulu yang suka berjalan mengikut ulat bulu yang lain. Ulat
bulu

ini

dinamakan

processionary

caterpillar.

Jadi,

untuk

54
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

mengingatkan saya sendiri supaya bercerita tentang ulat bulu ini, saya
letakkan gambar ulat bulu ini di slide yang berkenaan. (Di mana mahu
cari gambar begini? Mudah sahaja, cari di enjin pencari )
Ada masanya, saya akan gariskan atau warnakan dengan warna
tertentu isi kandungan yang saya tunjukkan. Apabila saya lihat ada
garisan di bawah tulisan atau warna tulisan itu berlainan daripada isi
kandungan lain, saya tahu slide selepas itu ada sesuatu seperti video
clip atau gambar khas yang ingin saya tunjukkan.
Jadi, letakkan semua isi penting anda di slide supaya anda tidak
terlepas untuk menceritakannya.

55
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #18
Tip ke 18 ialah, jika anda membuat power point presentation, anda
mesti rancang perjalanan presentation anda dari awal hingga akhir.
Maksudnya, anda perlu susun slide-slide anda mengikut turutan apa
yang anda persembahkan. Pelik, ada ke sesiapa yang tidak susun
presentation mereka?
Sudah tentu ada. Ramai pula tu. Maksud saya di sini ialah, saya lihat
ramai presenter yang apabila membuat power point presentation,
terpaksa melompat dari satu slide ke slide lain tanpa mengikut
turutan. Katakan presenter sedang menunjukkan slide ke 10, tiba-tiba
dia exit slide show dan melompat ke slide yang ke 25. Lebih teruk lagi,
presenter ini akan melompat ke file powerpoint yang lain pula.
Jika anda melompat dari satu slide ke slide yang lain dengan tidak
teratur, anda akan kelihatan seperti membuat kerja di saat akhir.
Penonton anda juga akan jadi tidak tentu arah, kerana sukar untuk
memahami presentation yang tidak teratur ini.
Jadi, rancang presentation dari awal hingga akhir. Pastikan apabila
anda membuat slide show, anda tidak perlu keluar daripadanya lagi.
Anda boleh terus klik slide show anda dari slide pertama hingga akhir
mengikut turutannya.

56
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #19
Tip ke 19, gunakan animasi untuk menggambarkan isi kandungan
anda.
Semasa anda membuat presentation, lebih separuh daripada penonton
anda ialah cenderung kepada visual dan auditori. Maksudnya, mereka
suka lihat dan dengar. Anda akan dapat menarik perhatian mereka
dengan

lebih

melibatkan

baik

jika

anda

gunakan

penggunaan

bunyi

juga.

animasi

Tetapi

yang

pastikan

mungkin
ia

tidak

bercanggah dengan tip 2 dan 3.


Saya berikan contoh. Dalam program saya, saya selalu ceritakan kisah
seorang saintis dan seekor kutu di mana saintis ini mahu melatih kutu
ini untuk melompat tidak lebih daripada satu balang kaca. Selama ini
saya hanya bercerita mengenai kisah ini. Namun, setelah saya pelajari
sedikit asas membuat animasi menggunakan macromedia fireworks,
saya buat sedikit animasi menunjukkan bagaimana kutu itu melompat
keluar daripada balang kaca. Hasilnya, saya dapat menceritakan kisah
ini dengan lebih baik.
Saya faham jika anda kata anda tidak pandai membuat animasi.
Jangan risau, Anda mungkin boleh dapatkan khidmat sesiapa atau
anda boleh gunakan mana-mana animasi sedia ada yang sesuai
dengan presentation anda. Apa-apa pun, jangan mengalah sebelum
mencuba.
Selain daripada animasi, klip video juga sangat menarik untuk
digunakan. Saya selalu gunakan klip video untuk menerangkan mesej
saya. Anda boleh cari klip-klip video yang sesuai atau kelakar dengan

57
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

menaip funny videos di enjin pencari. Cuma, anda perlu berhati-hati


supaya tidak menunjukkan klip video yang tidak sesuai. Tidak semua
klip video yang sesuai digunakan. Dalam simpanan saya, ada lebih
400 video klip. Namun, cuma ada lebih kurang 20 sahaja klip video
yang sesuai untuk presentation saya. Jadi, perlu sabar semasa
mencari klip video yang sesuai.
Kesimpulannya, fikirkan bagaimana anda boleh menggunakan animasi
untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang mesej anda.

58
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #20
Tip ke 20 ini amat mudah. Tip ini kata, Keep on trying, teruskan
mencuba. Mengapa saya beri tip ini? Mudah sahaja.
Saya mula meningkatkan kebolehan saya menggunakan power point
pada tahun 2005 semasa saya menyambung pengajian di peringkat
Master

di

UIA.

Ketika

itu

saya

mengambil

subjek

Educational

Measurement & Statistics. Kebetulan, pensyarah saya ketika itu mahu


membuat satu kelainan. Selain daripada belajar statistik, pensyarah
saya mahu semua pelajar membuat satu portfolio apa yang telah
dipelajari menggunakan power point. Portfolio ni nak senang cerita,
kita panggil buat nota la.
Ketika itu juga, pensyarah saya tidak tahu bagaimana bentuk dan cara
ia

patut

dilakukan.

Jadi

dia

serahkan

kepada

pelajar

untuk

melakukannya dengan cara masing-masing.Pensyarah cuma akan


memeriksa portfolio ini setiap 4 minggu. Oleh kerana modul ini
mengambil masa 3 bulan, jadi pensyarah akan memeriksa portfolio ini
sebanyak 3 kali.

Saya pun mula lah cuba membuat portfolio ini. Susah juga. Saya lihat
semua pelajar lain macam dah banyak dilakukan dalam minggu

59
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

pertama dan kedua. Saya masih lagi tidak ada idea. AKhirnya, di akhir
minggu ketiga, saya dapat idea bagaimana saya mahu lakukannya.
Jadi saya buat portfolio ini mengikut idea saya. Hasilnya, apabila
pensyarah saya periksa di akhir minggu keempat, dia memilih portfolio
saya sebagai contoh. Saya jadi seronok. lebih banyak saya pelajari
untuk memperbaiki portfolio saya itu. Di akhir minggu ke lapan,
pensyarah memeriksa semua portfolio pelajar satu persatu di dalam
kelas. Apabila saya mahu hantar untuk diperiksa, pensyarah saya
suruh saya hantar akhir sekali nanti.

Akhirnya,

bila

meminta

saya

tiba

saya

berdiri

di

menghantar
hadapan

portfolio

dan

saya,

ceritakan

pensyarah

kepada

kelas

bagaimana saya buat keseluruhan portfolio saya itu. Ada antara


pelajar

seperti

tidak

percaya

apa

yang

saya

tunjukkan

itu

menggunakan microsoft powerpoint. Mereka sangka saya gunakan


perisian lain.
Di akhir semester, saya mendapat A+ dalam subjek ini dan saya
diberitahu yang pensyarah saya tadi menggunakan portfolio saya tadi
sebagai contoh untuk kelas beliau di semester seterusnya. Itu
merupakan satu pencapaian yang memberi kenangan manis kepada
saya semasa mengikuti pengajian Master tersebut.

60
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Persoalannya, bagaimana saya dapat lakukan dan hasilkan portfolio


terbaik ketika itu menggunakan power point? Mudah juga, saya guna
tip ke 20 ini, keep on trying.
Banyak ketikanya saya rasa susah untuk menggunakan power point
ini. Apabila apa yang saya buat tidak menjadi, kadang-kadang rasa
sakit hati sampai rasa nak tendang komputer saya tu. (Rasa je, tak
pernah seumur saya tendang komputer

) Apabila apa yang saya

nak buat tak menjadi, dan apabila saya terus mencuba, ada satu
perkara pelik berlaku. Perkara pelik itu ialah, saya akan pelajari
sesuatu yang lain, yang lebih hebat. Jadi, setiap kali ada masalah dan
apabila saya terus mencuba, saya yakin bahawa saya akan pelajari
sesuatu yang baru dan hebat. Tak ada lah rasa tension sangat bila dah
berfikiran macam ni.
Saya percaya, kesemua 21 tips yang saya berikan kepada anda ini
adalah berasal daripada pengalaman saya menghasilkan portfolio tadi.
Jika anda gunakan kesemua tips-tips ini, saya percaya anda juga akan
majukan kebolehan anda menggunakan perisian Power Point ini.

61
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Tip #21
Ini adalah tip terakhir dalam siri tips Microsoft Power Point ini. Tip ini
berkata, Keep on improving, terus majukan diri anda.
Seperti yang saya katakan di awal tips ini dahulu, Microsoft Power
Point adalah satu perisian yang mempunyai fungsi yang sangat
banyak. Anda tidak perlu tahu kesemuanya baru boleh anda jadi
seorang yang dikatakan pandai menggunakannya. Saya percaya tipstips

yang

saya

kongsikan

disini

boleh

membantu

memajukan

kebolehan anda menggunakan power point ini.


Seperti kata tip terakhir ini, jangan sekali-kali berhenti belajar kerana
anda rasa anda sudah tahu semuanya. Saya sendiri pun masih lagi
belajar perkara-perkara yang baru. Kadang-kadang perkara baru itu
saya pelajari daripada seseorang yang masih baru menggunakan
perisian ini. Ini terjadi kerana, kita selalunya belajar perkara yang
berlainan. Jadi, walaupun anda sedang melihat presentation seseorang
yang baru menggunakan perisian ini, jangan rasa anda lebih baik.
Jangan malu untuk belajar apa yang baru dan menarik yang dapat
anda saksikan dalam presentation seseorang itu.
Akhir kata, saya ucapkan selamat berjaya kepada anda semua.
Selamat memajukan kemahiran penggunaan perisian power point
anda. Jika anda sudah kuasai tips-tips ini, jangan lupa kongsikan dan
ajarkan kepada kawan-kawan yang lain pula.
Selamat mencuba.

62
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Apakah perasaan anda apabila anda berada di


depan khalayak ramai begini?

63
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Mahukah anda pelajari cara-cara untuk:


Menghilangkan rasa gementar apabila berdiri di khalayak ramai,
Menarik perhatian penonton agar berminat mendengar apa yang bakal
anda katakan,
Menyampaikan isi kandungan ceramah yang memenuhi kehendak
pensyarah dan mampu menarik perhatian penonton,
Memukau penonton dengan gaya percakapan dan persembahan yang
interaktif, dan
Berbicara seperti seseorang yang berpengalaman dan professional.

Hadiri kursus Mastering Presentation Skills yang


dianjurkan oleh Osman Affan.
Kemahiran bercakap di hadapan khalayak ramai dan membuat
presentation adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Di dalam
program satu hari ini, anda akan pelajari:
Bahagian Pertama The Presentation
Di dalam bahagian ini, anda akan pelajari bagaimana caranya mencari
dan menyusun idea bahan yang perlu anda persembahkan, agar ia
kelihatan menarik dan lancar. Anda juga akan pelajari The art of
presenting, satu teknik di mana anda mampu menarik perhatian
penonton walau topik apa sahaja yang anda persembahkan.
Bahagian kedua The Presenter
Di dalam bahagian ini, anda akan pelajari perkara terpenting iaitu
bagaimana mahu mengawal rasa gementar. Anda juga akan pelajari
bagaimana mahu kelihatan yakin dan tenang meskipun anda masih
merasa gementar di dalam hati. Anda akan pelajari teknik mengawal
suara anda supaya anda kelihatan berpengalaman dan tidak
kehilangan suara meskipun bercakap dalam jangka masa yang lama.

64
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

www.MotivasiBelajar.com

Kemudian anda akan pelajari beberapa perkara yang patut dielakkan


semasa membuat persembahan atau bercakap dikhalayak ramai.
Contohnya, anda akan pelajari tentang cara bergerak semasa
bercakap agar penonton sentiasa fokus kepada apa yang anda
sampaikan.
Bahagian ketiga The PowerPoint.
Di dalam bahagian ini, anda akan lihat 21 tips Microsoft PowerPoint
secara praktikal. Jika keadaan mengizinkan, anda akan lihat beberapa
contoh penggunaan perisian ini yang boleh membuat anda kelihatan
sungguh hebat, yakin dan berpengalaman semasa membuat
persembahan.
Berikut adalah contoh tentatif program ini:
9.00 9.30 am

Introduction to Public Speaking


Common problems in public speaking

9.30 - 10.30 am

Part 1 - The Presentation


 The Content
 The Flow
 The Art of Presenting

10.30 11.00 am

Break

11.00 12.00 am

Part 2 - The Presenter


 The Fear
 The Voice
 Exercise

12.00 1.00 p.m.

Getting the audiences attention


 Exercise for part 1 and 2

1.00 - 2.15 pm

Lunch / Zohor

2.15 - 4.15 pm

The PowerPoint Presentation

4.15 5.00 pm

Final exercise
Conclusion

Untuk menganjurkan program ini ditempat anda, sila hubungi En Arif atau Pn Elly
di talian 03-4260 1103, 012-6566118 atau 012-902 8747
(Program ini boleh dijalankan di dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu)

65
All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

Anda mungkin juga menyukai