Anda di halaman 1dari 76

RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

RAHSIA
KERJA
SINGAPURA
(VERSI PERCUMA)

OLEH:
NAJIB HALIM

2
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Dedikasi

Ebook ini saya dedikasikan istimewa untuk isteri


tercinta, Nuralina yang banyak memberi sokongan dan
nasihat. Kepada ibuku yang sangat kukasihi, Sareah dan
arwah bapaku yang sentiasa tegas dalam mengasuhku,
Halim yang mana keduanya sentiasa menjadi sumber
inspirasi.

Tidak lupa juga kepada ramai sahabat – sahabat dan


peserta – peserta Program Singapore Career Coaching
yang selalu memberi galakan.

Juga kepada Tuan Fazli Halim yang memberi cetusan


idea.

Dan kepada semua yang tidak saya nyatakan di sini.

Terima kasih kepada semua.

Najib Halim
Career Coach Singapore

3
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Hak Cipta Terpelihara Ó Sejak 2020 Najib Halim.


Versi Percuma Pertama – 2020,
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana – mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini
dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis.
Kebanyakan gambar digunakan adalah sekadar hiasan
tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu
sendiri.

Diterbitkan oleh Think Big Management And Enterprise


(JM0610866-D)
DT. 88, Kampung Pandan 1, Jalan Gambang, 26070
Kuantan, Pahang, Malaysia.
WhatsApp: +6012 – 222 2072
Email: najibhalim.scc@gmail.com

4
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Penafian

Naskhah ini dihasilkan untuk memberi maklumat umum


kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada
perunding atau pengamal profesional untuk sesuatu
keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.

Pengarang dan penerbit adalah sedaya upaya


memastikan eBook yang diterbitkan ini mengandungi
maklumat yang terkini dan tepat. Namun demikian,
pihak pengarang dan penerbit tidak bertanggungjawab
terhadap fakta dan maklumat yang terkandung di dalam
eBook ini, kerana perkembangan teknologi dan undang
– undang baru negara yang tidak dijangka. Pengarang
serta penerbitnya dengan ini secara jelas tidak
bertanggungjawab atas apa – apa risiko, kehilangan,
liabiliti sama ada secara peribadi atau tidak, yang
berlaku akibat penggunaan kandungan naskhah ini,
sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Method atau strategi yang disebut di dalam naskhah ini


mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak
dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada
semua pihak.

5
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Terma Dan Syarat Penggunaan

Ebook ini hanya untuk kegunaan individu yang telah


memberi nama dan email kepada kami sahaja (Personal
Use Right). Tiada Lesen “Private Label Rights” atau
“Master Resell Rights” disertakan pada eBook ini. Oleh
itu, anda tidak dibenarkan sama sekali menyalin,
mengubah, membuat kelas/seminar menggunakan
kandungan ini dan juga tidak dibenarkan menyebarkan
eBook ini secara percuma atau menjualnya kembali
sama ada dalam bentuk eBook atau bercetak.

6
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Isi Kandungan
Kata – kata Aluan Dari Penerbit 9
Kata – kata Aluan Dari Tuan Fazli Halim 10
Kata – kata Aluan Dari Tuan Zamzuri Abd Malik 11
Siapa Najib Halim? 13
Pembuka Kata 20

1.0 Kelebihan Bekerja Di Singapura 24


2.0 Khabar Angin Negatif 30
3.0 Gaji Singapura 33
4.0 Pentingnya Ilmu & Bimbingan 35
5.0 Siapa Yang Layak & Tidak Layak 38
6.0 Syarat – syarat 40
7.0 Pekerjaan Yang Anda Boleh Mohon 42
8.0 Siapa Scammer (Penipu)? 43
9.0 Persediaan 44
10.0 Step By Step Mohon Kerja 46
10.1 Memburu Kerja
10.2 Menghadiri Temuduga
10.3 Menerima Tawaran Kerja
10.4 Medical Check – up
10.5 Menyerahkan Dokumen Permohonan Pas
Kerja Di M.O.M
10.6 Membuka Akaun Simpanan Bank
10.7 Pas Kerja
11.0 Income Tax 54
7
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

12.0 Cara Masuk Singapura 56


13.0 Soalan & Jawapan Lazim 57
14.0 Nasihat 63
15.0 Program Kerjaya Kami 65
16.0 Anda Tidak Ingin Terlepas Info & Tips – tips Dari
Kami? 74
17.0 Hubungi Kami 76

8
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Kata – kata Aluan Dari


Penerbit
Assalaamualaikum dan salam sejahtera.

Ebook Rahsia Kerja Singapura (Versi Percuma) ini adalah


ebook pertama yang pihak kami terbitkan.

Sekalung penghargaan kepada Coach Najib Halim yang


bertungkus-lumus menyiapkan ebook ini semasa Hari
Raya Aidilfitri.

Diharap ebook ini dapat memberi manfaat kepada job


seeker di Malaysia khasnya.

Yang berkhidmat,

Anna Mohd
Penerbit
Think Big Management And Enterprise
26hb Mei 2020

9
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Kata – kata Aluan Dari Tuan Fazli Halim

Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima


kasih kepada Coach Najib Halim yang meminta idea -
idea dan cadangan dari saya dan sudi menulis ebook
Rahsia Kerja Singapura yang sedang berada di tangan
anda semua. Coach Najib Halim adalah satu nama yang
tidak asing lagi di negara kita apabila kita fikirkan
tentang kerjaya Singapura.

Ramai job seeker dari seluruh pelusuk tanahair datang


ke programnya hanya semata - mata ingin mendengar
tips- tips dan nasihat yang diberikan. Semoga ebook ini
dapat menanam minat dan memberi panduan kepada
lebih ramai job seeker Malaysia agar berjaya memburu
kerja di Kota Singa.

Fazli Halim
Founder Portal Info Kerjaya Malaysia

10
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Kata – kata Aluan Dari Tuan Zamzuri Abd Malik

Saya ucapkan tahniah kepada Saudara Najib atas


kelahiran ebook ini.

Saya percaya dengan kemahiran dan pengalaman yang


beliau ada, peluang bekerja di Singapura terbuka luas,
asalkan mereka yang mencari kerja boleh meningkatkan
kredibiliti masing-masing.

Sedangkan di Malaysia kemahiran dan pengalaman


calon selalu jadi taruhan, apatah lagi Singapura yang
memerlukan calon luar untuk menjadi lebih baik dari
calon tempatan.

Sentiasa ambil masa terluang untuk menambah ilmu


yang ada di samping berusaha memperbaiki resume
untuk kelihatan lebih profesional dan berketrampilan.

Saya suka cadangkan calon mencari jalan untuk


menunjukkan kemahiran dan pengalaman bermula dari
resume lagi. Kemudian cari cara untuk menunjukkan
kemahiran dan pengalaman sewaktu proses temuduga.
Jika perlu melakukan demonstrasi, maka silakan.
Ini yang membezakan kalian dengan calon lain.

11
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Untuk bakal calon saya ucapkan selamat berjaya. Ambil


dan hayati tips, pengalaman dan cara yang dikongsi oleh
Saudara Najib dalam ebook ini.

Untuk Saudara Najib, tahniah sekali lagi. Teruskan


mendidik generasi Malaysia yang bakal berkhidmat di
luar negara.

Zamzuri Abd Malik


Career Coach for Future Growth.
AgileShift Certified, Axelos, UK
NLP Practitioner, NFNLP, US
Train The Trainer Certified, HRDF, Malaysia

12
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Siapa Najib Halim?

Siapa Najib Halim?

Okey, biar Anna terangkan sikit. Tuan Najib Halim ni


orang Malaysia juga. Lahir di Kuantan, Pahang dan kini
berhijrah ke Johor Bahru selepas menetap beberapa
lama di Singapura. Beliau bekerjaya selama 8 tahun di
Singapura sebelum berkecimpung sepenuh masa
sebagai Perunding Kerjaya (Career Coach) dan telah
membimbing ramai job seeker Malaysia yang nak cari
kerja dan bina kerjaya di Singapura.

13
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

“Berapa lama Najib Halim dah buat career coaching


secara professional ni?”

Tuan Najib Halim ni dah buat career coaching secara


praktikal hampir 10 tahun. Program yang diberi nama
Singapore Career Coaching atau singkatannya SCC ni
sudah lebih 80 batch. Maksudnya dah buat lebih 80 kali.

Ini antara photo - photo beliau bersama para peserta


Singapore Career Coaching.

14
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

15
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Dan kebanyakan peserta - peserta ini sudah bekerja di


Singapura!

Berkesan ke kaedah yang diajarkan?

PROVEN la beb..!

Ini contoh screenshoot dari watsap sebagai testimoni.

16
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

17
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Job seeker yang sudah biasa bekerja di Singapura pun


ramai yang sudah berjumpa dengan beliau. Kebanyakan
mereka ni nak sangat jumpa semata - mata nak belajar
satu – dua teknik iaitu strategi bagi mendapatkan kerja
sasaran yang tidak diiklankan oleh agensi pekerjaan dan
majikan atau disebut "Hidden Job Hunting Strategy"
yang disusun sendiri oleh Tuan Najib Halim.

18
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Mahal ilmu dan 10 tahun pengalaman beliau ni, kan?

"Hanya manikam mengenal jauhari",

- Anna Mohd

19
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Pembuka Kata
‫( ٱﻟﱠرْﺣَٰﻣِن ٱﻟﱠرِﺣﯾِم‬ ِ ‫ِﺑْﺳِم ٱ ٰ ﱠ‬
‫ب ٱْﻟ ٰﻌََﻠِﻣﯾَن‬
ِ ّ ‫( َر‬ ِ ‫ٱْﻟَﺣْﻣد ُ ِ ٰ ﱠ‬
‫ﻋَﻠﻰ آِل ُﻣَﺣﱠﻣٍد‬
َ ‫ﻋَﻠﻰ ُﻣَﺣﱠﻣٍد َو‬ َ ‫ﺻ ِّل‬ َ ‫ﻟﻠﱠُﮭﱠم‬

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH lagi


MAHA PENYAYANG.
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam.
Ya ALLAH, berilah selawat kepada Muhammad dan
keluarga Muhammad.

Ebook Rahsia Kerja Singapura Versi Percuma (ERKSVP)


yang berada di tangan Tuan & Cikpuan ini adalah ditulis
atas cetusan idea dan cadangan Tuan Fazli Halim, yang
menjadi sahabat seperjuangan saya dalam hal - hal
bisnes.

Ia disiapkan di sepanjang Hari Lebaran Aidilfitri dalam


suasana negara dan dunia dilanda pandemik wabak
Covid – 19 yang telah meragut lebih dari 346, 434 nyawa
(angka semakin meningkat) dan ketika ini sempadan
Malaysia – Singapura ditutup sepenuhnya untuk laluan
harian warga Malaysia yang bekerja di Singapura.

20
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Walaubagaimanapun apabila keadaan pulih


sepenuhnya nanti (inshaaALLAH), Republik Singapura
akan tetap menjadi pilihan utama job seeker Malaysia
dan perantau negara lain yang ingin bekerja di luar
negara. Ini adalah disebabkan faktor kedudukan
strategik dan taraf ekonomi negara tersebut yang lebih
teguh di antara negara – negara Asia Tenggara yang lain.

Ebook ringkas ini saya hadiahkan kepada Tuan &


Cikpuan yang bercita – cita untuk memulakan kerjaya di
Singapura. Ia sudah cukup memberi sedikit panduan
dan gambaran kasar. Anda dah boleh mula mencari
kerja dan bekerja di sana apabila sempadan kedua – dua
negara buka nanti. Namun begitu, mungkin masih ada
banyak lagi ilmu, tips dan panduan yang perlu anda tahu
bagi mempersiapkan diri memburu kerja dan membina
kerjaya hingga berjaya di bumi Temasek tersebut.

Mengapa ilmu kerjaya sangat penting?

Ia penting kerana dengan mengaplikasikan ilmu kerjaya,


anda dapat menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga
untuk mendapatkan peluang dan tawaran pekerjaan
yang bagus. Anda mungkin juga akan terlepas pelbagai
peluang walaupun mempunyai kelayakan jika tidak
mempunyai kelebihan dalam ilmu ini.

21
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Ramai job seeker kita ditipu scammer. Ada juga yang


mendapat tawaran kerja namun bukan kerja yang
sesuai. Lebih ramai yang gagal mendapatkan sebarang
kerja setelah berbulan – bulan mencari kerja. Alasannya
susah, tiada kuota dan sebagainya.

“Jawapan ringkas yang boleh


saya berikan ialah carilah
ilmu kerjaya.

Melaburlah sedikit dalam


ilmu kerjaya dengan membeli
buku atau hadir ke program
kerjaya dan anda akan
melihat buahnya pada masa
hadapan.”

Akhir kata dari saya, teruskan berimpian, bercita – cita


dan melakukan tindakan yang tepat bagi membina
kerjaya di Singapura. Orang lain boleh berjaya. Maka
anda pun boleh juga berjaya seperti mereka. Apabila

22
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

sudah berjaya, berkhidmatlah kepada ibu bapa,


keluarga, masyarakat, negara dan agama yang tercinta.

Semoga sedikit perkongsian ilmu dari penulis yang fakir


ini menjadi amalan yang diterima dan diredhai-NYA.

Najib Halim
Career Coach Singapore

23
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

1. KELEBIHAN BEKERJA DI
SINGAPURA
Guys.. Ada banyak kelebihan bila anda bekerja di
Singapura. Dalam bab ini, saya senaraikan 6 kelebihan.
6 sahajakah yang ada? Kalau nak senaraikan dengan
lebih terperinci, mungkin saya boleh tulis 101 kelebihan.
Tapi, cukup dengan 6 ini pun sudah boleh buka hati
sesiapa sahaja bagi memulakan langkah pertama. Tak
percaya? Jom baca.

Ø Boleh Bekerja Secara Sah

Apa sahaja taraf kelulusan – walaupun tak ada sijil SPM


sekalipun, anda layak untuk mendapatkan pas kerja
secara sah dari Kementerian Tenaga Manusia / Ministry
of Manpower Singapore (MOM). Bila anda bekerja dan
mempunyai pas kerja, secara automatiknya anda akan
dilindungi oleh Akta Pekerjaan negara republik
berkenaan.

Jadi, nak bekerja pun tak perlu risau kena tangkap atau
berlaku perkara yang tak diingini semasa waktu bekerja.

24
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Ø Nilai Tukaran Matawang Tinggi

Sumber: Google

Semasa ebook ini mula ditulis, S$1.00 bersamaan


dengan RM3.06. Kadar tukaran ini boleh berubah –
ubah setiap hari, bahkan setiap jam. Namun, dalam
tempoh satu tahun ni saya lihat kadar tukaran wang
stabil pada paras RM3.00 untuk setiap Sing Dollar.
Kadang – kadang naik sikit dan kadang – kadang turun
sikit. Tapi akan stabil semula pada harga RM3.00.

Anda perlu faham. Matawang ni tak macam harga


saham boleh jatuh menjunam atau naik ke langit dalam
sekelip mata.
25
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Jadi, anda tak perlu nak risau jika nilai RM akan naik
lebih tinggi yang akan mengakibatkan nilai tukaran Sing
Dollar ke RM menjadi rendah. Jika ia berlaku pun, ia
akan mengambil masa beberapa tahun atau mungkin
puluhan tahun.

Pada tahun 2010, semasa saya mula bekerja di sana,


kadar tukaran S$1.00 hanya bersamaan RM2.25 sahaja.
Waktu itu bila tiba – tiba dapat tukaran RM2.50 kami
akan senyum hingga ke telinga. Tapi mulai tahun 2016,
Ringgit jatuh mendadak pada paras RM3.00 sehinggalah
sekarang.

26
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Sumber: Google

Dengan kadar RM3.00 bagi setiap Sing Dollar ini


bermakna gaji anda berlipat 3 kali ganda berbanding
bekerja di Malaysia.

• Jika gaji anda hanya S$1,000 bila tukar


dapatlah RM3,000.

• Gaji S$2,000 tukar dapat RM6,000.

• Gaji S$5,000 tukar dapat RM15,000.

Ø Sebelah Malaysia Sahaja

Tak jauh mana pun. Cuma sebelah Johor Bahru. Jarak


antara checkpoint Malaysia dan Singapura hanyalah 1
kilometer. Jalan kaki pun boleh sampai.

Jadi, anda boleh bekerja balik hari. Boleh juga balik


kampung setiap minggu atau dua minggu sekali.
Terpulang pada diri masing – masing dan bergantung
pada cuti yang syarikat beri nanti.
27
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Jika nak dibandingkan bila bekerja di Australia, Korea


Selatan, Jepun, U.K, U.S.A dan sebagainya, anda tentu
tak sanggup nak balik kampung setiap bulan, kan?

Ø Boleh Guna Sijil Akademik Malaysia

Ya, sijil akademik di Malaysia diikhtiraf Singapura. SPM,


Diploma, Degree, Master dan PhD semuanya diikhtiraf.

Bagaimana pula jika tiada sijil SPM, boleh bekerja di


sana?

Boleh. Ada beberapa jenis pekerjaan yang layak anda


mohon.

Ø Boleh Buat Loan Bank

Anda nak mohon pinjaman rumah, kereta, motor dan


personal? Anda layak. Bank di Malaysia menerimapakai
slip gaji syarikat Singapura.

Ø Boleh Belajar Budaya Kerja

28
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Haa.. Benda ini kita tak boleh dapat di negara kita. Nak
belajar, anda perlu bekerja dengan syarikat besar dan
lagi bagus jika bekerja dengan syarikat bertaraf
antarabangsa. Dengan adanya pengalaman anda
bekerja di syarikat Singapura ini mungkin akan
membuat anda “diintai”oleh syarikat – syarikat
Singapura, Malaysia dan negara – negara barat.

Ada peserta saya bertanya, bolehkah kita belajar secara


sambilan di institusi pengajian tinggi di sana, ambil short
atau long time course? Boleh. Sijil – sijil Singapura ni
laku sangat - sangat jika anda nak bekerja di U.K, U.S.A,
Australia dan lain – lain negara termasuklah negara
republik itu.

29
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

2. KHABAR ANGIN NEGATIF


Sebelum saya bekerja di Singapura, khabar angin yang
tak elok tentang bekerja di sana dah viral meluas satu
Malaysia. Dah tersebar di serata ceruk kedai kopi.

Ø Tak Boleh Balik Malaysia

Ini khabar angin paling biasa saya dengar. Pekerja tak


boleh balik kerana pasport kena pegang dengan pihak
tertentu. Betul ke atau ia cuma sekadar khabar angin?
Jangan terkejut. Khabar angin ni ada kebenarannya. Jika
anda menggunakan khidmat agensi pekerjaan yang
jenis nak pegang pasport dan potong gaji setiap bulan,
perkara ini memang akan berlaku. Anda tak boleh balik
kampung sehinggakan kesemua caj agent fee telah anda
bayar. Habis bayar barulah agensi akan pulangkan
pasport.

Tak semua agensi pekerjaan nak potong gaji setiap


bulan dan pegang pasport pekerja. Jadi, anda perlulah
bijak memilih.

30
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Ø Kena Tipu

Kena tipu dengan penipu kerja atau biasa kita sebut


scammer. Ya, tak dinafikan lagi. Scammer kerja memang
wujud dan bergerak aktif. Susah nak selamat dari ditipu
scammer jika tak ada ilmu kerjaya. Saya selalu menulis
status berkenaan hal ini di akaun media massa saya.

Ø Kena Jual

“Jangan kerja sana Minah, nanti kau kena jual baru kau
tau”. Kata – kata ni anda pernah dengar? Ha ah, dah
biasa kan. Kawan – kawan kita mesti suka usik macam
ni. Jangan bimbang, saya tak pernah jumpa kes jual
orang di sana. Walaubagaimanapun, jika anda
menggunakan khidmat agensi yang pegang pasport,
situasi ini seakan - akan menjual orang. Agensi
pekerjaan buat temuduga kerja di Malaysia. Kemudian
mereka hantar anda ke tangan agensi pekerjaan
Singapura yang akan uruskan semua hal di sana. Macam
kena jual, kan.

Ø Kerja Macam Hamba Abdi

Betul ke ada kerja macam hamba abdi ni? Ingatkan


zaman jahiliyah je ada hamba abdi ni. Hehehe. Jangan
31
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

bimbang. Tak ada hamba abdi di Singapura ni. Namun


begitu, kerja 3D (dirty / kotor, dangerous / bahaya and
difficult / susah) ni ada macam di Malaysia juga dan
syarikat yang teruk pun ada di sana.

Jadi, anda perlu bijak memilih syarikat dan jenis kerja


yang sesuai dengan kelayakan serta kebolehan. Tak
boleh “tangkap – muat” macam orang lain.

32
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

3. GAJI SINGAPURA
Ø Tiada standard gaji minimum yang ditentukan
pemerintah Singapura sepertimana yang
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Ø Pekerja Am atau buruh kasar biasanya bergaji


basic lebih atau kurang S$1,000 (Rm3,000)
sebulan. Gaji basic ini tidak termasuk elaun,
overtime dan lain – lain imbuhan.

Ø Anggaran secara umum, jika pekerja am


membuat kerja lebih masa, mungkin
pendapatan mereka boleh mencecah S$2,500
(Rm7,500) sebulan. Ada juga pekerja kita yang
pendapatannya mencecah lebih dari S$3,000
(Rm9,000) sebulan. Ini semua bergantung
kepada tawaran gaji syarikat dan jumlah kerja
lebih masa yang dibuat.

Ø Tawaran gaji untuk pemegang Diploma dan


Degree adalah lebih tinggi dari calon yang
memiliki dan tiada SPM.

Ø Jumlah tawaran gaji mungkin berbeza antara


calon. Ia berdasarkan kelulusan akademik,

33
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

pengalaman kerja, kemahiran kerja, syarikat,


jenis pas kerja dan sebagainya.

34
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

4. PENTINGNYA ILMU &


BIMBINGAN KERJAYA
“Mengapa ramai pekerja kita di Singapura tidak
bekerja dalam bidang kepakaran atau kerja yang
mereka idamkan, boleh kerja cleaner dan operator
kilang je ke?”

“Mengapa ramai job seeker mengeluh tak dapat


tawaran kerja setelah mencari beberapa bulan?”

“Mengapa job seeker selalu stuck dan mengatakan


sudah tiada kuota untuk pekerja Malaysia?”

“Mengapa segelintir pekerja Malaysia ditipu oleh


agensi pekerjaan dan juga scammer?”

“Mengapa kebanyakan pekerja kita tidak dapat


membangunkan kerjaya mereka setelah beberapa
tahun bekerja di sana?”

35
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Banyak lagi persoalan.. dan jawapannya sentiasa ada


dalam ilmu dan bimbingan kerjaya.

Coach selalu dengar soalan “nak bekerja Singapura pun


kena ada ilmu ke?” Soalan ini adalah soalan yang
biasanya disoal oleh job seeker uneducated.

Sebenarnya banyak persoalan dalam bidang kerjaya


hanya boleh dijawab oleh seseorang yang pakar dalam
bidang kerjaya yang dipanggil sebagai Perunding
Kerjaya atau di barat mereka dipanggil Career
Consultant / Career Counselor / Career Coach.

Mengapa ramai rakyat Malaysia kurang mengetahui


wujudnya pakar kerjaya seperti ini berbanding negara –
negara membangun yang lain? Kerana bidang ini tidak
sepopular bidang lain untuk diceburi dan lambat
berkembang di Malaysia.

Mungkin hanya segelintir mahasiswa di universiti yang


terdedah dengan ilmu kerjaya apabila pihak universiti
menjemput Perunding Kerjaya menyampaikan ilmu
dalam seminar sehari. Kebelakangan ini juga pihak
penganjur Career Event dan Job Fair telah mempunyai
kesedaran dengan menjemput pakar – pakar kerjaya
tanahair dan luar negara bagi memberi taklimat dalam
acara mereka.

36
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Jika anda benar - benar serius nak bina kerjaya di


Singapura, anda patut mempertimbangkan untuk
menimba sedikit ilmu dan mendapatkan khidmat
nasihat yang hanya sesuai untuk diri anda sendiri
daripada perunding – perunding kerjaya yang
terkenal di tanahair.

37
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

5. SIAPA LAYAK DAN TIDAK


LAYAK
Layak

ü Warga Malaysia Kelahiran Semenanjung: Lelaki dan


wanita berumur 18 tahun genap dan ke atas.

ü Warga Malaysia Kelahiran Borneo (Sabah, Sarawak


dan Wilayah Persekutuan Labuan): Lelaki
Bumiputra (Melayu, Kadazan, Bajau, Dusun dll)
berumur 35 tahun ke atas. Lelaki Bukan Bumiputra
seperti kaum Tionghua dan India layak bekerja
berumur dari 18 tahun genap dan ke atas. Jika ada
Degree, calon lelaki Bumiputra tersebut layak
memohon kerja walaupun belum cukup umur 35
tahun. Wanita sama ada Bumiputra atau Non-Bumi
boleh bekerja berumur dari 18 tahun genap dan ke
atas.

38
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Tidak Layak

ü Warga Malaysia Kelahiran Borneo (Sabah, Sarawak


dan Wilayah Persekutuan Labuan): Lelaki
Bumiputra bawah umur 35 tahun dan tidak
mempunyai Degree kecuali jika mendapat surat
sokongan dari syarikat yang ingin mengambilnya
bekerja. Surat ini hendaklah dikemukakan kepada
M.O.M ketika membuat permohonan pas kerja.

Peraturan umur di atas adalah berdasarkan


pemerhatian / kajian saya ke atas situasi semasa
sebenar dan bukan berdasarkan penyataan rasmi pihak
M.O.M Singapura.

Peraturan umur di atas boleh berubah dari semasa ke


semasa.

39
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

6. SYARAT – SYARAT
Syarat Umum

Syarat – syarat umum warga Malaysia bekerja di


Singapura, antaranya:

ü Berumur 18 tahun genap dan layak (sila rujuk Bab


5)

ü Sihat tubuh badan

ü Memiliki Pasport Antarabangsa (masih sah


melebihi dua tahun)

Syarat Khas

Manakala syarat – syarat khas atau tambahan pula akan


ditetapkan oleh syarikat yang buka tawaran kerja
tersebut, sesuai dengan jenis pekerjaan. Peraturan ni
tak ada keseragaman dan bukan pula satu kewajipan.
Maksudnya ada syarikat menetapkan peraturan ZZZ
untuk jawatan KKK namun begitu untuk jawatan yang
sama pihak syarikat lain tidak mewajibkan peraturan
ZZZ itu. Sama macam di Malaysia juga.

40
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Sebagai contoh:

• Syarikat tertentu dari sektor pembuatan jenis


Semikonduktor mewajibkan calon pekerja operator
tidak rabun warna;

• Calon pekerja frontliner seperti cashier, sale


assistant, penyambut tetamu dan jawatan
supervisor ke atas mestilah berkebolehan bercakap
dalam Bahasa Inggeris sekurang – kurangnya
Singlish (broken English);

• Calon pekerja Engineer mestilah mempunyai


kelayakan sekurang – kurangnya Degree dalam
bidang yang berkaitan.

41
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

7. PEKERJAAN YANG BOLEH


ANDA MOHON
ü Hampir semua jenis pekerjaan dalam semua jenis
industri anda boleh mohon jika anda layak, kecuali
pekerjaan dalam perkhidmatan keselamatan
negara seperti polis, tentera, imigresen, bomba dan
seumpamanya.

ü Pekerjaan kolar biru seperti operator kilang dan


sebagainya serta pekerjaan kolar putih iaitu
pekerjaan dalam pejabat, boleh anda mohon jika
anda layak.

ü Industri yang anda boleh mohon adalah termasuk


sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan,
proses dan marine shipyard.

42
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

8. SIAPA SCAMMER (PENIPU)?


Ramaikah scammer pekerjaan di Singapura? Ramai.
Hampir setiap hari akan ada mangsa scammer.

Bagaimana nak kenalpasti siapakah scammer?

Antara ciri – ciri scammer ialah:

ü Mereka akan iklankan jawatan kosong di media


massa, dan;

ü Mereka minta anda bank – in kan sejumlah wang


ke dalam akaun bank personal bertujuan untuk
mendaftar medical check – up atau sebab alasan
– alasan lain, dan;

ü Mereka beri jaminan bahawa anda akan


mendapatkan kerja tersebut atau wang anda
akan dikembalikan.

Di bawah ini link kepada Channel Telegram kami. Di


dalamnya ada contoh skrip whatsApp sebenar dari
scammer. Saya akan kemaskini ia dalam aplikasi
Channel Telegram ini:

https://t.me/sgscamalert
43
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

9. PERSEDIAAN
Coach nak beritahu, persediaan sangat penting sebelum
memulakan pemburuan kerja dan bekerja di Singapura.

Antara persediaan yang boleh dibuat ialah..

• Persediaan Mental

Anda perlu faham bahawa banyak perkara yang tak


sama bila bekerja di negara orang. Bersikap terbuka
adalah cara yang terbaik.

• Persediaan Emosi

Ramai orang berjaya hanya kerana ada sifat sabar.


Jika anda tidak suka bersabar atau tidak mahu
melatih diri menjadi orang yang sabar, Singapura
bukanlah pilihan yang tepat.

• Persediaan Modal Wang

Anda perlu miliki sedikit modal untuk memulakan


kerjaya di Singapura. Ini bagi menampung belanja
anda semasa mencari kerja dan selepas mendapat
kerja sementara menunggu gaji bulan pertama.

44
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

• Persediaan Ilmu

Bukan sahaja ilmu dan skill dalam bidang pekerjaan


anda itu penting, malahan ilmu dalam memburu
kerja Singapura pun tak kurang pentingnya.
Sekiranya ilmu dalam ebook ringkas ini tidak
mencukupi bagi anda, anda perlulah mencari lagi
sehingga cukup ilmu dan panduan sehingga
dengannya anda berjaya mendapat kerja yang
sesuai dengan diri anda sendiri.

Kami di ThinkBig, memberi anda banyak pilihan


dalam memberi ilmu panduan dan bimbingan yang
sesuai dengan bajet anda.

45
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

10. STEP BY STEP MOHON


KERJA
Berikut adalah langkah demi langkah bagaimana
memburu kerja di Singapura.

Memburu Kerja

Menghadiri Temuduga Kerja

Mendapat Tawaran Kerja

Membuat Medical Check - up

Menyerahkan Dokumen Permohonan Pas Kerja Di M.O.M

Membuka Akaun Simpanan

Mendapat Pas Kerja

46
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

10.1 Memburu Kerja

Ada pelbagai kaedah, strategi atau cara mencari


dan memohon kerja kosong. Antaranya..

a) Menggunakan job portal. Contohnya JobStreet,


Gumtree, Indeed dan sebagainya.

b) Memohon jawatan kosong menggunakan


website rasmi syarikat di bahagian “career”.
Sebagai contoh website bagi Restoran Starbucks
di Singapura ialah: https://www.starbucks.com.sg/careers/career-
center

c) Membaca iklan jawatan kosong dalam surat


khabar. Saya suka sarankan anda baca surat
khabar yang hanya boleh dibeli di Singapura.
Antaranya ialah News Street Times dan Berita
Harian. Ni tak sama dengan edisi di Malaysia tau.

d) Membaca iklan jawatan kosong di media massa.


Contohnya fesbuk, channel telegram dan
sebagainya.

e) Bertanya kepada kawan – kawan.

f) Dan banyak lagi..

47
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Sudah tahu kekosongan kerja? Seterusnya apa


yang perlu dibuat? Anda perlulah terus buat
permohonan dan menunggu panggilan
temuduga kerja.

10.2 Menghadiri Temuduga Kerja

Apabila anda dipanggil untuk hadir ke temuduga


kerja atau walk – in interview, anda bolehlah
datang ke lokasi temuduga yang dibuat pada
tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Temuduga biasanya dibuat di..

a) Bandar dalam negeri anda, atau

b) Kuala Lumpur, atau

c) Johor Bahru, atau

d) Singapura

Coach nak beritahu.. ramai yang tak tahu,


sebenarnya anda boleh cuba request kepada
pegawai HR untuk ditemuduga secara online
menggunakan aplikasi – aplikasi seperti Skype.
Aplikasi ni ditentukan oleh pihak syarikat.
48
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Cubalah. Jika dibenarkan, anda dah tak perlu


hadir ke lokasi tempat temuduga. Dah jimat masa
dan wang ringgit. Kan?

10.3 Mendapat Tawaran Kerja

Apabila anda ditawarkan sebarang pekerjaan,


anda boleh bertanya dengan lebih terperinci
mengenai semua info termasuklah status sama
ada kontrak atau tetap, gaji basic, elaun, bonus,
waktu bekerja, berapa hari bekerja seminggu dan
lain – lain lagi.

Selepas mengetahui info – info tu, anda boleh


buat salah satu daripada 3 tindakan ini. Sama ada
menolak, menerima atau negotiate untuk
dapatkan tawaran yang lebih baik.

Anda sudah suka dan ingin terima tawaran kerja


tu, apa nak dibuat? Anda perlu datang ke pejabat
dan tandatangani Contract of Employment atau
disebut Perjanjian Pekerjaan.

Kontrak apa ni? Kena ikat ke?

Jangan bimbang. Surat kontrak ni sama je dengan


surat kontrak yang kita tandatangan bila bekerja
di Malaysia. Antara kandungan surat ni ialah
49
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

berapakah tawaran gaji dan elaun, jumlah cuti,


berapa hari tempoh percubaan, berapa hari kena
beri notis berhenti kerja dan lain – lain.

Nasihat coach, baca semua isi kandungan dalam


surat ni sebelum tandatangan. Jangan skip – skip
tau.

Kemudian, pihak syarikat akan mohon pas kerja


kepada Ministry of Man power Singapore
(selepas ini kita sebut M.O.M).

Ada tiga jenis pas kerja yang biasa kita guna.

i) Work Permit (WP)

ii) S-Pass

iii) E-Pass

Apakah jenis pas kerja yang sesuai untuk


anda?

Ia bergantung kepada kelulusan akademik anda.

ü Work Permit untuk calon pekerja yang


tidak memiliki ataupun memiliki SPM.
50
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

ü S-Pass untuk calon pekerja yang


memiliki Diploma ataupun sijil – sijil
kemahiran yang diikhtiraf.

ü Manakala E-Pass pula untuk mereka


yang memiliki sekurang – kurangnya
Degree.

Namun begitu, jenis pas kerja yang akan anda


miliki itu juga bergantung kepada tawaran pihak
syarikat. Anda boleh bertanya kepada pegawai
HR.

Setiap jenis pas kerja yang ditawarkan oleh


M.O.M mempunyai kelebihan dan kekurangan
tersendiri.

10.4 Membuat Medical Check – up

Untuk calon pekerja pas kerja jenis Work Permit,


jika permohonan berjaya, anda akan
mendapatkan Work Permit Temporary (WPT)
dalam masa 3 hari dari tempoh permohonan pas
dibuat.

Dengan memiliki WPT ni, anda sudah layak


bekerja di syarikat berkenaan. Ia laku hanya
51
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

selama 30 hari. Dalam masa 30 hari ini, sambil


anda bekerja, majikan anda akan minta anda
pergi ke klinik di Singapura untuk melakukan
check – up.

10.5 Menyerahkan Permohonan Pas Kerja Di


M.O.M

Jika lulus check - up, majikan anda akan berikan


anda dokumen – dokumen untuk anda hantarkan
ke bangunan pejabat M.O.M bagi membuat
permohonan lengkap pas kerja, melakukan
thumb print dan sebagainya. Kad Work Permit
akan anda miliki seminggu selepas itu.

10.6 Membuka Akaun Simpanan Bank

Sebaik sahaja anda selesai melakukan thumb


print ke dalam sistem permohonan pas kerja,
pegawai M.O.M akan memberikan anda surat
WPT yang berchop tarikh satu minggu ke
hadapan bagi mengambil kad Work Permit. Surat
ini anda perlu bawa bersama untuk membuka
akaun simpanan di Bank POSB di cawangan Kaki
Bukit.

Ada syarikat yang tidak membenarkan anda


bekerja melainkan sesudah siap kad Work Permit
52
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

ini. Maksudnya anda perlu buat check – up dan


submit dokumen di M.O.M yang diberikan oleh
pegawai HR terlebih dahulu sebelum dibenarkan
bekerja. Cara ini adalah sama dengan jenis pas
kerja S-Pass dan E-Pass.

10.7 Pas Kerja

Kad pas kerja yang anda miliki itu laku selama dua
tahun. Jangan salah faham. Anda bukan diikat
dua tahun. Bukannya tak boleh berhenti kerja
dalam tempoh dua tahun tu.

Coach jelaskan sekali lagi, anda boleh berhenti


kerja pada bila – bila masa!

Namun begitu, anda perlu fikirkan income tax


sebelum buat keputusan untuk berhenti kerja.

53
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

11. INCOME TAX


Income Tax atau disebut Cukai Pendapatan. Ramai yang
takut bab ni. Sebenarnya tak semua pekerja layak untuk
dikenakan cukai. Rileks la. Tak perlu takut pun.

Secara ringkas, ada tiga situasi sahaja yang akan


mewajibkan anda bayar cukai pendapatan, iaitu:

A)Berhenti dalam tempoh bekerja antara hari ke 61


hingga hari ke 182 (awal bulan ke – 3 hingga akhir
bulan ke – 6);

B) Berhenti kerja dalam tempoh bekerja hari ke 183


sehingga akhir tahun (awal bulan ke – 7 hingga ke
atas) SERTA mempunyai pendapatan mencecah
S$20, 000 atau ke atas;

C) Tidak berhenti kerja dan pendapatan mencecah


S$20, 000 atau ke atas setahun.

Jadi, jika salah satu situasi di atas berlaku ke atas anda,


maka wajiblah anda membayar cukai pendapatan.

54
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Mahal ke income tax ni?

Tidak mahal untuk jenis B dan C di atas. Cuma 2% dari


jumlah pendapatan tahunan. Itupun anda boleh dapat
diskaun jika layak.

Manakala jenis A pula sangat mahal iaitu sekitar 15%


dari jumlah pendapatan selama tempoh bekerja di
syarikat itu.

55
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

12. CARA NAK KE


SINGAPURA
Mudah sahaja cara nak ke Singapura.

• Naik bas CW1 dari Larkin Sentral untuk ke Stesen


MRT Kranji

• Kemudian, naik Train MRT hingga lokasi tujuan


anda

• Jika dah sampai di Stesen MRT tujuan tapi masih


jauh dari lokasi tempat yang nak dituju, maka anda
boleh berjalan kaki, naik bas henti – henti, teksi
atau GrabCar.

• Banyak lagi cara yang anda boleh guna.

56
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

13. SOALAN & JAWAPAN


LAZIM

• Passport kena buat sendiri ke?

Ya.

Anda perlu buat sendiri passport anda di jabatan


imigresen dengan caj Rm200 bagi tempoh 5 tahun.

Sila pastikan passport anda sudah siap 1 minggu


sebelum masuk ke Singapura untuk elak masalah di
imigresen.

• Di mana nak buat passport?

Anda perlu buat passport di Jabatan Imigresen. Lebih


mudah, singgah sahaja di mana-mana UTC terdekat.

Urusan penghasilan passport hanya mengambil masa 2


jam sahaja.

57
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

• Orang Malaysia boleh kerja apa di sana?

Semua boleh.
Apa sahaja industri, apa sahaja bidang, apa sahaja
jawatan yang ada kekosongan, semuanya boleh.

Hatta nak jadi eksekutif dan kerjaya professional pun


boleh, asalkan anda layak dan ada jawatan kosong
dibuka. Kecuali kerja gomen.

• Kalau tak boleh speaking English, boleh ke?

Boleh, ada kerja yang sesuai untuk anda.

Ada kerjaya yang tidak memerlukan anda


berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris seperti
housekeeper hotel, pencuci pinggan, pencuci kereta
dan banyak lagi.

• Tak ada sijil termasuk sijil SPM, boleh apply?

Boleh, tak ada masalah.

Ada kerja yang sesuai. Lebih bagus sijil yang anda


miliki, lebih bagus kerja yang anda bakal terima nanti.
58
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

• Tak ada transport sendiri, boleh ke kerja di sana?

Boleh.

Banyak pengangkutan awam di Singapura. Anda boleh


bergerak lebih pantas dengan kenderaan awam.

• Pekerja kena bayar permit kerja?

Tak perlu.

Majikan anda nanti yang akan bayar permit setiap


bulan tanpa menolak gaji anda.

• Gaji kena tolak untuk EPF/KWSP (CPF)?

Tak.

Anda tidak akan membuka dan mencarum akaun CPF


di sana. CPF hanya layak untuk warganegara dan
penduduk tetap (PR) Singapura sahaja.

59
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

• Jadi tak ada KWSP ke nanti?

Ya, anda tak terima KWSP dari majikan tetapi boleh


buat caruman sendiri di Malaysia.

Buka satu akaun, simpan sebahagian duit gaji anda ke


KWSP tersebut.

• Berapa gaji minimum di Singapura?

Tak ada standard rate gaji seperti di Malaysia.

Namun selalunya gaji basic di sana lebih atau kurang


dari S$1000 bersamaan Rm3000 (jika tukaran $1 =
Rm3)

• Mahal tak kos jika nak duduk di Singapura?

Mahal!

Sebilangan kecil rakyat Singapura sendiri pun lebih


suka ulang alik tinggal di Johor.

60
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

• Kuota kerja sentiasa ada?

Ya, kuota kerja sentiasa ada.

Cuma kebanyakan kerja yang ada kuota itu tidak


dipaparkan secara umum kerana khuatir dimanipulasi
oleh Job Seeker dan agensi yang tidak
bertanggungjawab.

Jadi saya akan ajar cara untuk teroka kerjaya yang


tersembunyi ni dalam SCC nanti.

• Gaji nanti masuk akaun bank mana?

Majikan anda akan buka satu akaun bank di Bank POSB


nanti tanpa perlu bayar apa-apa.

Anda boleh keluarkan duit dari bank tersebut dan


pindahkan ke akaun bank Malaysia.

61
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

• Boleh sambung belajar sambil bekerja?

Boleh.

Anda boleh sambung belajar sambil bekerja asalkan


tidak mengganggu kerja anda.

• Siapa boleh bantu untuk dapatkan kerja di


Singapura?

Saya boleh bantu anda dapatkan kerja yang bagus di


Singapura melalui program Singapura Career Coaching
(SCC)

62
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

14. NASIHAT
• Semua rakyat Malaysia yang layak bekerja di
Singapura mampu untuk mendapatkan sebarang
pekerjaan di sana.

• Jika anda tetap gagal mendapatkan kerja di sana


meskipun sudah mencarinya beberapa bulan, maka
yang seringkali menjadi masalah sebenar itu ialah
diri anda sendiri. Mungkin juga anda perlukan lebih
banyak ilmu, bimbingan dan konsultasi (khidmat
nasihat).

• Mereka yang selalu berkata bahawa di Singapura


sudah tiada kuota kerja, sudah susah dapat tawaran
kerja, sudah susah nak mohon Work Permit ini
sebenarnya kurang berpengetahuan. Mereka
seperti ini ramai dan coach jumpa setiap tahun.

• Adalah satu perkara biasa walaupun sudah bekerja


beberapa tahun di Singapura tetapi masih tidak
pandai mencari kerja di sana. Jadi, jangan marah
atau berdendam pada kawan – kawan anda di sana
yang tidak dapat membantu mencari kerja untuk
anda.

63
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

• Jika anda benar – benar serius ingin mencari kerja


atau membina kerjaya di Singapura, coach boleh
bimbing. Sila baca dan pilih program – program
yang sesuai dengan diri anda di helaian yang berikut
ini.

64
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

15. Program Kerjaya Kami


Setakat ini, kami ada 7 Program Kerjaya Singapura
Anjuran Think Big Management And Enterprise:

1) Program Guna Khidmat Agensi Pekerjaan


Singapura (GAPS)

METHOD: Group WhatsApp


YURAN: PERCUMA
TAHAP ILMU KERJAYA: Tiada

Ini adalah group watsap bersama Agensi


Pekerjaan yang kami pilih. Hanya satu syarikat
agensi pekerjaan.

KELEBIHAN:

ü Dengan menggunakan method ini, Agensi ini


tidak akan membuat potongan gaji ataupun
memegang pasport anda.

Jika mendapat tawaran kerja, anda akan bekerja


dan mendapat gaji dari syarikat dan bukannya
dari agensi. Maksudnya, selepas anda mendapat
pas kerja, anda sudah tiada hubungan dengan
pihak agensi terbabit.
65
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

KEKURANGAN:

ü Tiada ilmu kerjaya yang diberikan dan tiada


bimbingan serta konsultasi dari Perunding
Kerjaya;

ü Kekurangan Program GAPS ini juga ialah


anda perlu menunggu di dalam group
watsap hingga pihak agensi buka peluang
dan buat temuduga. Mungkin lebih sebulan
atau lebih lama;

ü Anda juga tidak mendapat pilihan kerja yang


banyak apabila menggunakan agensi
pekerjaan. Apa yang dibuka, itu sahaja yang
boleh anda mohon. Tak boleh nak order –
order.

Adakah kerja di Singapura ni sikit sangat


memandangkan tak banyak kerja yang dibuka
oleh agensi?

Sebenarnya jawatan kosong yang ada kuota


untuk warga Malaysia di Singapura itu BANYAK!

66
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Namun begitu, agensi – agensi pekerjaan di


Singapura tak tahu semua kerja kosong di sana.
Mereka tahu kerja kosong yang dibuka oleh client
(syarikat yang mengambil khidmat mereka untuk
mendapatkan pekerja) mereka sahaja.

67
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

2) Program Ilmu: Ebook Rahsia Kerja Singapura


Versi Percuma (ERKSVP)

METHOD: Ebook (ebook ini)


YURAN: PERCUMA
TAHAP ILMU KERJAYA: Basic Ringkas

KELEBIHAN:

ü Ilmu asas ringkas;


ü Percuma.

KEKURANGAN:

ü Ilmu asas tidak lengkap;


ü Tiada pendedahan ilmu Hidden Job Hunting
Strategy;
ü Tiada bimbingan dan konsultasi dari
Perunding Kerjaya.

68
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

3) Program Ilmu: Ebook Rahsia Kerja Singapura


Versi Lengkap (ERKSVL)

METHOD: Ebook
YURAN: (sila rujuk kami)
TAHAP ILMU KERJAYA: Basic Lengkap
TARIKH RELEASED: Akan Datang

KELEBIHAN:

ü Ilmu asas lengkap;


ü Harga ebook yang murah.

KEKURANGAN:

ü Tiada pendedahan ilmu Hidden Job Hunting


Strategy;
ü Tiada bimbingan dan konsultasi dari
Perunding Kerjaya.

69
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

4) Program Ilmu: Video Rahsia Kerja Singapura


(VRKS)

METHOD: Video Rakaman


YURAN: (sila rujuk kami)
TAHAP ILMU KERJAYA: Basic Lengkap
TARIKH RELEASED: Akan Datang

KELEBIHAN:

ü Ilmu asas lengkap;


ü Harga program yang murah.

KEKURANGAN:

ü Tiada pendedahan ilmu Hidden Job Hunting


Strategy;
ü Tiada bimbingan dan konsultasi dari
Perunding Kerjaya.

70
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

5) Program Ilmu: Singapore Career Talk (SCT)

METHOD: Seminar dua jam di Johor Bahru


YURAN: PERCUMA
TAHAP ILMU KERJAYA: Basic Ringkas
TARIKH: Satu kali setiap bulan Disember (sila
rujuk kami)

KELEBIHAN:

ü Ilmu asas ringkas;


ü Percuma.

KEKURANGAN:

ü Ilmu asas tidak lengkap;


ü Tiada pendedahan ilmu Hidden Job Hunting
Strategy;
ü Tiada bimbingan dan konsultasi dari
Perunding Kerjaya.

71
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

6) Progam Ilmu: Webinar Career Talk (WCT)

METHOD: Seminar secara online


YURAN: (sila rujuk kami)
TAHAP ILMU KERJAYA: Basic Lengkap

KELEBIHAN:

ü Ilmu asas lengkap;


ü Harga program yang murah.

KEKURANGAN:

ü Tiada pendedahan ilmu Hidden Job Hunting


Strategy;
ü Tiada bimbingan dan konsultasi dari
Perunding Kerjaya.

72
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

7) Progam Ilmu & Bimbingan: Singapore Career


Coaching (SCC)

METHOD: Ilmu, bimbingan dan konsultasi di


Johor Bahru & Singapura secara online dan
offline
YURAN: (sila rujuk kami)
TAHAP ILMU KERJAYA: Advanced & Masterclass

KELEBIHAN:

ü Ilmu kerjaya tahap Advanced dan


Masterclass;
ü Dapat mempelajari Hidden Job Hunting
Strategy;
ü Dapat bimbingan praktikal;
ü Dapat sertai trip ke Singapura setiap bulan
bersama coach;
ü Dapat konsultasi (khidmat nasihat) setiap
hari;
ü Dapat senarai agensi pekerjaan yang tidak
potong gaji dan tak pegang pasport;
ü Dapat hadir temuduga kerja saringan yang
dianjurkan oleh agensi pekerjaan bersama
kami (pilihan);
ü Dapat menjadi ahli SCC seumur hidup.

73
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

16. ANDA TIDAK INGIN


TERLEPAS INFO DAN TIPS –
TIPS DARI KAMI?
Sila follow / subscribe akaun media massa kami di..

Akaun Personal Fesbuk


https://www.facebook.com/najibhalim.scc/

Akaun Fan Page Fesbuk


https://www.facebook.com/jkspura

https://www.facebook.com/coach.najib

https://www.facebook.com/hakpekerjasg

Akaun Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCkx9MWOSJvY
vPW4GDJ5FEdA

74
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

Akaun Channel Telegram


https://t.me/jkspura

https://t.me/sgscamalert

Website
https://www.najibhalim.com

75
CAREER COACH NAJIB HALIM
RAHSIA KERJA SINGAPURA (VERSI PERCUMA)

17. HUBUNGI KAMI


Anda ada sebarang kemusykilan mengenai program –
program kami atau ingin memberi sebarang maklum
balas mengenai ebook ini?

Kami amat mengalu – alukan anda menghubungi kami


melalui cara di bawah:

WhatsApp (text): +6012 – 222 2072


Email: najibhalim.scc@gmail.com

“Jika orang lain boleh bekerjaya di


Singapura, mengapa tidak anda.
Mereka ni sama je dengan anda. Tak
banyak perbezaan pun. Anda nak
biarkan mereka sahaja yang bolot
Dollar Singapore? Terpulanglah pada
anda. Jalan dah terbentang. Peluang
sudah dibuka luas.
Nak tunggu apa lagi?” - NH

76
CAREER COACH NAJIB HALIM

Anda mungkin juga menyukai