Anda di halaman 1dari 2

Laporan Ujian yang telah dijalankan.

(Pentadbiran dan Pengelolaan)

Pentadbiran dan Pengelolaan Ujian a. Pengenalan: Sekolah Kebangsaan Felda Cerul Sekolah Kebangsaan Felda Cerul, Kemaman merupakan sekolah yang menyertai secara aktif Kejohanan Olahraga Sekolah Rendah di Peringkat Daerah Kemaman. Secara umumnya, pencapaian atlet sekolah ini bolehlah dibanggakan. Pada tahun 2004, kontinjen ini telah menduduki tempat ketiga secara keseluruhan diperingkat daerah Kemaman. Manakala tahun ini (2005), kontinjen sekolah ini telah berjaya berada ditempat kelima. Sepanjang latihan olahraga pada tahun ini, penulis juga terlibat secara langsung terhadap latihan yang telah dijalankan. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat kelemahan yang ketara dalam aspek kecergasan atlet kami. Pada pemerhatian penulis, atlet ini dilihat kekurangan dari segi aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kuasa. Keadaan ini dapat dikesan apabila mereka kelihatan cepat penat dan kurang berkeupayaan melakukan sesuatu pergerakan dengan cepat. b. Komponen kecergasan yang dipilih (kuasa) Seperti dimaklumi kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran. Daripada dua bahagian ini terdapat 11 komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, kekuatan, daya tahan otot, kelembutan, komposisi badan, ketangkasan, imbangan, koordinasi, kuasa, kelajuan dan masa tindakbalas. Berdasarkan 11 komponen, penulis telah mengambil keputusan untuk memilih komponen kuasa sebagai komponen ujian yang akan dijalankan kepada atlet terpilih. Komponen ini dipilih apabila didapati atlet kurang berkeupayaan melakukan sesuatu pergerakan dengan cepat. Kuasa merupakan keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dengan cepat. Ia merupakan gabungan kekuatan dan kelajuan. Kuasa otot adalah aplikasi kuasa dalam satu lingkungan masa yang singkat. Didapati bahawa penilaian yang khusus dan tepat untuk kekuatan otot, daya tahan otot dan kuasa otot amat sukar diperolehi. Ini kerana garisan pemisah diantara ketiga-tiga ini amat nipis sekali. Misalnya, bangkit tubi kerap kali dikaitkan dengan mengukur daya tahan otot tetapi sekiranya hanya sedikit sahaja ulangan yang dapat dilakukan maka ianya mengukur mengukur kekuatan. Sekiranya bangkit tubi dilakukan dengan pantas, maka ianya bolehlah digunakan untuk mengukur kuasa. Namun melalui pembacaan, penulis merumuskan bahawa ujian yang akan dijalankan inil iaitu lompat jauh berdiri lebih mengukur kuasa. c. Perlaksanaan Ujian Selepas berbincang dengan Ketua Jurulatih SKFC, En Syahrine b Arshad, beliau bersetuju untuk membantu penulis mengadakan ujian kecergasan fizikal kepada atlet kami. Kami bersetuju untuk mengadakan ujian itu pada 2/5/2005 (Isnin). Berdasarkan maklumat daripada En Syahrine, beliau mengatakan bahawa beliau pernah mengadakan ujian ini kepada atlet beliau. Keadaan ini membolehkan saya untuk membanding keputusan ujian ini dengan keputusan yang telah dibuat dulu. Terlebih dahulu atlet-atlet dipanggil dan diberi penerangan mengenai ujian yang akan dijalankan.

Selepas taklimat dan tunjuk cara, atlet memanaskan badan dan berlatih secara bersendirian dengan bimbingan guru. Sebelum itu, semua atlet yang terpilih untuk ujian ini telah disahkan oleh Ketua Jurulatih tidak mengidapkan penyakit kronik dan didapati sihat pada waktu ujian. Saya telah memilih tempat ujian di padang sekolah yang mempunyai rumput yang tebal sedikit supaya atlet dapat melakukan lompatan tanpa menyakitkan kaki/tumit mereka. Selepas diperhatikan keadaan murid bersedia, saya menjalankan ujian tersebut dan hasilnya dilaporkan seperti berikut: Borang Pemarkahan Ujian Kecergasan (Sekolah Kebangsaan Felda Cerul, Kemaman) Nama Ujian : Ujian Lompat Jauh Berdiri Tarikh : 2/5/2005 (Isnin) Bil. Nama Murid Skor Mentah Pencapaian Gred Catatan

25% pertama = Cemerlang 25% kedua = Baik 25% ketiga = Sederhana 25% keempat = Lemah Selepas ujian ini dijalankan atlet diberi rehat dan diberi taklimat mengenai kepentingan ujian kecergasan kepada diri sendiri. Mereka juga diberitahu bahawa ujian ini hanya merupakan salah satu ujian kecergasan. Murid digalakkan untuk berlatih dengan guru mengenai ujian-ujian kecergasan lain dan seterusnya membuatnya secara sendirian, bersama rakan atau keluarga mereka. Guru akhirnya menerapkan unsur kepekaan mengenai kecergasan boleh membantu mereka dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa letih dan lesu. Perbincangan Hasil Ujian: Hasil daripada ujian didapati atlet yang telah mencatatkan skor tertinggi ialah 190 cm iaitu Mohd Faezuan b. Saupe. Manakala atlet yang telah mencatatkan skor terendah ialah 149 cm iaitu Mohd Asrull b. Tamrin. Purata catatan skor 12 orang atlet ini ialah 169.5 cm. Selain itu, didapati bahawa 5/12 orang telah mencatatkan skor lebih daripada 180 cm. Berdasarkan maklumat lisan ketua jurulatih, skor mereka pada kali ini telah meningkat sedikit berbanding ujian yang dijalankan pada kali pertama. Pada pendapat penulis, perubahan ini merupakan hasil daripada latihan yang berfasa yang diadakan pada setiap hari semenjak 3 bulan sebelum ini. Namun pada pemerhatian penulis, skor mereka ini masih boleh ditingkatkan jika latihan mengenai kuasa otot dapat dijalankan dan lebih dititikberatkan sepanjang latihan selepas ini. Latihan olahraga ini akan berterusan dan Pos Ujian untuk ujian kecergasan ini akan diadakan menjelang sebulan selepas ujian ini diadakan. Oleh demikian atlet ini telah diingatkan supaya mengekalkan tahap kecergasan bagi mencatatkan skor yang meningkat secara signifikan pada Pos Ujian nanti. Kesimpulan: Hasil daripada ujian ini dapatlah disimpulkan bahawa atlet ini masih berada pada tahap yang boleh ditingkatkan kecergasan fizikal mereka. Kuasa kaki yang ada pada mereka adalah antara aset penting untuk berjaya dalam bidang olahraga. Oleh yang demikian, peningkatan kuasa kaki akan menjadi tumpuan saya dan jurulatih olahraga lain bagi memastikan mereka ini mencapai tahap kecergasan fizikal optimum pada setiap masa terutamany

Anda mungkin juga menyukai