Anda di halaman 1dari 6

PENULISAN

ESEI 2

Jurnal yang dipilih ialah Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan


Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008 yang ditulis oleh Muhamad Hafiz
Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya dari Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia. Kajian tersebut adalah untuk mengukur dan
mengumpul data berkaitan dengan kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
atlet skuasy SUKMA Negeri Johor 2008 yang mengandungi lima komponen
asas iaitu Daya Tahan Kardiovaskular, Daya Tahan Otot, Kekuatan Otot,
Komposisi Badan dan Kelembutan. Ujian yang digunakan untuk mengukur
lima komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan merangkumi Ujian
Multi-Staget, Ujian Push-Upt, Ujian Sit & Reach, Ujian Endurance Crunch dan
Ujian Skinfoldt. Menurut Corbin dan Linsay (1994) kecergasan fizikal sebagai
kecergasan keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisien dan
berkesan. Kecergasan fizikal sewajarnya mengandungi sebelas komponen
yang dapat member sumbangan kepada kualiti hidup secara total dan
dikiatkan dengan kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan, menikmati
riadah, menjadi sihat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi
keadaan kecemasan.
Sekiranya anda mahu melakukan sesuatu ujian, anda haruslah
mengetahui akan konsep-konsep yang perlu ada dalam ujian dan penilaian.
Konsep-konsep yang penting dalam ujian dan penilaian ialah kesahan,
kebolehpercayaan, objektiviti dan norma-norma. Kesahan didefinisikan
sebagai ketepatan , kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen
yang membolehkan data-data diinferenkan (Fraenkel Jack. R dan Norman. E.
Wallen, 1996: 153). Untuk menjamin kesahan ujian yang tinggi, pentadbiran
prosedur kajian yang akan dijalankan mestilah mempunyai tujuan tertentu.
Dalam kajian tersebut, ujian pre dan ujian post telah diadakan untuk menguji
tahap sebenar Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan mereka. Dalam
ujian pre, atlet diminta menjalankan ujian yang sama seperti ujian post tanpa
mengira cara pengurusan atau sasaran kumpulan yang diuji. Kesahan
instrumen sesuatu pengukuran dikatakan sah apabila ia benar-benar
mengukur apa yang sepatutnya diukur.
Dalam kajian tersebut, perlaksanaan ujian pre telah menjamin kesahan
ujian yang tinggi. Hal ini demikian kerana ujian tersebut telah memastikan

persediaan yang dilakukan adalah memadai dan pentadbiran dapat


dijalankan dengan lancar. Persediaan ujian pre adalah merangkumi kesemua
persediaan

termasuklah

prosedur

ujian,

arahan

yang

diberi,

aktiviti

memanaskan badan, peralatan dan kemudahan, boring skor pemarkahan dan


menganggarkan masa ujian yang diperlukan dan memberi ujian yang wujud
sebelum pentadbiran ujian tersebut. Perlaksanaan ujian pre membantu atlet
dalam kajian ini lebih memahami ujian yang akan dijalankan kerana mereka
akan dimaklumkan prosedur ujian. Ia dapat menghindarkan terlepas pandang
segelintir prosedur, dimensi dan bentuk ujian tersebut. Selepas mengenal
pasti prosedur, tujuan ujian juga harus dimaklumkan. Arahan yang jelas dan
tepat dapat membantu meningkatkan kesahan ujian tersebut. Sekiranya atlet
salah faham arahan penguji, ia akan menyebabkan ujian tersebut dikehendaki
ulang sekali dan ia akan menjejaskan markah atlet sehingga merendahkan
kesahan ujian. Tambahan pula, semua peralatan dan kemudahan yang
diperlukan seperti tilam yang digunakan untuk Ujian Push-Up, bench sit
berscala bagi Ujian Reach and Sit dan juga penanda tempat yang betul harus
disediakan sebaik-baik sehari sebelum ujian dilakukan supaya dapat
menghindarkan masalah yang akan timbul semasa ujian sedang berlangsung
sehingga menjejaskan kesahan ujian.
Dalam kajian ini, ia menunjukkan jurulatih permain skuasy kurang
mementingkan latihan kecergasan fizikal dan lebih memberi tumpuan kepada
latihan kemahiran. Kedua-dua jenis latihan yang diberi kepada atlet adalah
tidak sesuai dengan ujian yang dijalankan. Seorang pemain skuasy
memerlukan penglibatan kebanyakan daripada bahagian badan semasa
dalam

pertandingan.

Oleh

itu,

program

suaian

fizikal

yang

dapat

mempertingkatkan komponen kelembutan, kekuatan otot, kuasa dan


ketangkasan harus diberi kepada atlet. Selain itu, pada pendapat saya,
beberapa peningkatan yang dikenalpasti dalam data ujian pre dan ujian post
yang diperolehi mungkin disebabkan oleh sikap subjek itu sendiri yang kurang
menekankan aspek kecergasan fizikal mereka. Hasil kajian yang telah
dijalankan oleh Raurama (1994) menyatakan bahawa tabiat melakukan
aktiviti fizikal mempunyai kesan positif terhadap kecergasan fizikal. Ini
menunjukkan bahawa setiap latihan dan aktiviti yang dilakukan akan memberi

kesan kepada tahap kecergasan fizikal seseorang sama ada semakin


meningkat atau menurun.
Menurut jurnal tersebut, saya juga mendapati bahawa terdapat
peningkatan min untuk semua komponen ujian yang telah dijalankan bagi
ujian pre dan ujian post. Peningkatan min tersebut menunjukkan perbezaan
yang ketara. Keadaan tersebut menunjukkan ujian tersebut mempunyai
kepercayaan

yang

rendah.

Menurut

Mohd.

Majid

Konting

(2005),

kebolehpercayaan ialah ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur


pembolehubah atau gagasan. Ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur
sesuatu ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan
sebaliknya. Menurut Ahmad Hashim (2004) jumlah sampel atau subjek kajian
akan mempengaruhi keputusan sesuatu ujian yang dijalankan. Pada
pendapat saya, berlakunya keadaan ini adalah kerana jumlah subjek yang
tidak ramai dan ia telah mempengaruhi aras signifikan ujian tersebut. Dalam
kajian tersebut, hanya 6 atlet skuasy wanita sahaja dipilih untuk menjalani
latihan dan diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Dalam ujian yang kedua,
kepenatan atlet, motivasi, keadaan sekeliling dan kesilapan mengukur akan
mempengaruhi keputusan dan menjejaskan kepercayaan ujian tersebut.
Bagi menjamin kesahan ujian yang tinggi, penguji harus menyediakan
borang skor pemarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau
individu dan masukkan semua nama peserta dalam borang skor pemarkahan
sebelum ujian dilakukan. Pengurusan masa akan lebih berkesan kerana atlet
boleh bergilir-gilir melakukan ujian di stesen-stesen yang ditetapkan dan
pentadbir atau pelajar juga boleh mengisi markah dengan cepat selepas
melakukan ujian tersebut. Ia bukan sahaja membantu dalam pengurusan
ujian tetapi juga dapat menjaminkan kelancaran ujian. Perancangan ujian dan
aktiviti juga amat penting untuk memaksimumkan keberkesanan ujian
tersebut. Sebagai contohnya, penguji haruslah memilih prosedur penilaian
yang berkesan, jangan beri ujian yang melibatkan kumpulan otot yang sama
dan jangan rancangan untuk mentadbir ujian yang memenatkan seperti
marathon. Perancangan masa aktiviti juga diperlukan dalam mentadbir ujian
bagi meminimumkan kekeliruan dan memaksimumkan penggunaan masa
yang ada. Sekiranya perancangan aktiviti dan masa aktiviti tidak dibuat

dengan baik, kesahan ujian tersebut akan terjejas kerana kemungkinan besar
akan berlaku kekeliruan dalam kalangan penguji dan atlet.
Ahmad

(2004)

menyatakan,

hubungan

antara

kesahan

dan

kebolehpercayaan adalah dalam bentuk sehala. Sesuatu ujian itu mungkin


boleh dipercayai tetapi tidak semestinya sah digunakan. Begitu juga dengan
ujian yang boleh menghasilkan keputusan yang tekal dan konsisten tetapi
tidak mengukur apa yang sepatutnya diukur. Jika sesuatu ujian itu tidak dapat
memberikan keputusan yang tekal setelah diulang uji, maka ia tidak mungkin
sah untuk digunakan. Kebolehpercayaan sesuatu ujian sepatutnya diperoleh
terlebih dahulu sebelum melakukan kesahan ujian. Objektiviti sesuatu ujian
juga berkait rapat dengan kebolehpercayaan. Tanpa objektiviti ujian, nilai
kebolehpercayaan sesuatu ujian akan menjadi kurang. Oleh itu, hubungan
antara objektiviti dengan kesahan adalah sama penting.

Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka
Cobin and Nobel (1980). Physical activity and health related fitness in middle
aged men. Journal of Medicine and science in Sports and Exercise.
Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjung Malim,
Perak.Quantum Books
Fraenkel, J.R., and Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate
Research. USA: Mc. Fraw-Hill Inc.
Raurama (1994) Physical Fitness Research Qoarterly For Exercise and Sport

Anda mungkin juga menyukai