Anda di halaman 1dari 7

Arahan Tugasan : 1.

HASILKAN SATU PENULISAN PANDUAN MENGENAI


PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN KECEDERAAN .

1.1 Pengenalan dan pengelasan jenis kecederaan luaran dan dalaman a. Kecederaan
luaran b. Kecederaan dalaman Jawapan : Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
kecederaan dapat didefinisikan sebagai keadaan cedera ( luka, patah dan
sebagainya ). Dalam sukan, kecederaan boleh berlaku dalam apa jua sukan atau
permainan yang dimainkan. Antara penyebab berlakunya kecederaan dalam
sukan ialah apabila berlaku pertembungan dengan permukaan, objek dan pemain
lain dan ianya adalah satu kebiasaan, kesan pertembungan yang berlaku
menghasilkan daya dinamik yang tidak dijangka pada anggota badan dan sendi
dan boleh menjadi punca atau penyebab kepada berlakunya kecederaan dalam
sukan. Selain itu, faktor lain yang turut menyumbang kepada berlakunya
kecederaan dan sukan turut berpunca dari kurangnya latihan dan penyesuaian
dengan sukan yang dilakukan serta tidak melakukan regangan yang betul atau
tidak melakukan sebarang aktiviti regangan sebelum bersukan. Antara kesan atau
kecederaan lazim yang sering berlaku dalam sukan ialah Konkusi atau lebam
kecederaan ini disebabkan oleh kerosakan kepada saluran darah yang kecil yang
menyebabkan pendarahan dalam tisu Konkusi atau lebam terhasil akibat impak
yang dikenakan terhadap anggota badan menerusi pelanggaran bertekanan tinggi.
Kecederaan otot - trauma kepada otot yang disebabkan oleh aktiviti regangan yang
berlebihan dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya koyakkan pada otot.
Terseliuh - kecederaan pada sendi, yang disebabkan oleh ligamen yang dipaksa
untuk bekerja di luar kemampuan sendiri. Luka - lelasan atau tusukan pada
permukaan kulit. Patah tulang berlakunya kepatahan tulang pada tubuh
badan. Kecederaan kepala - gegaran otak atau kerosakan otak yang serius.
Kecederaan tulang belakang - kerosakan kepada sistem saraf pusat atau tulang
belakang. Dislokasi (dislocation) - berlaku apabila hujung tulang sendi terkeluar
dari kedudukan normal. Sekiranya tulang sendi terkeluar sebahagian sahaja,
keadaan ini disebut sebagai dislokasi separa (partial dislocation atau
subluxation). Sendi-sendi yang lazim terlibat ialah bahu, siku, ibu jari, jari tangan
dan rahang bawah. Lutut terkunci (locked knee) - keadaan di mana tulang rawan
sendi lutut terkoyak atau terkeluar dari kedudukan normalnya. Kecederaan ini
berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:- sepakan kencang yang tidak
mengena sasaran (bola sepak), jatuh tangga dan berpusing secara mengejut
ketika berdiri di atas satu kaki. Antara punca punca berlakunya kecederaan
adalah adalah seperti kecederaan Intrinsik (kecederaan tak langsung),
kecederaan yang disebabkan oleh atlit sendiri. Kecederaan seperti 'overstrecthing'
dan 'muscle pull' iaitu kecederaan yang melibatkan otot, tendon dan ligamen.
Biasanya kecederaan ini tidak seteruk kecederaan ekstrinsik atau kecederaan
Iangsung. Ekstrinsik (kecederaan langsung) Kecederaan yang disebabkan oleh
pukulan atau hempap ke badan, contohnya pelanggaran dengan lawan, dipukul
lawan dan terkena objek seperti bola, raket atau kayu pemukul. Kecederaan
Lebihguna (Overuse Injury), kecederaan yang disebabkan oleh tekanan yang kuat
ke atas sesuatu tisu umpamanya tulang, ligament dan tendon. Sekiranya tekanan
yang dikenakan itu terlalu kerap dan banyak maka kerosakan yang berlaku dan
melampaui tahap pemboleh baik biasanya perkara berikut mungkin berlaku iaitu
patah, terseliuh, kecederaan teruk pada ligament dan tendon dan kerosakan otot.
Pada keadaan ini seseorang akan memalui kesakitan dan bengkak. Heat Injuries
(kecederaan kepanasan) berpunca dari kepanasan boIeh mengakibatkan pelbagal
kecederaan atau membawa maut. Peningkatan tahap kepanasan akan berlaku
berpunca dari radiasi matahari dan persekitaran. Badan akan kehilangan banyak
air. Ini mungkin akan mengakibatkan 'heat exhaustion', 'heat cramp' dan
'heatstroke'.' Heat Cramp' ialah kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan
garam dan elektrolit dalam badan. Untuk melegakan kekejangan ialah
dengan melakukan regangan, aplikasi rawatan ais dan urutan. 'Heat
Exhaustion' pula ialah kepanasan yang melampau yang berlaku hasil daripada
'peripheral vasodilation hilang kawalan sistem saraf dan berlaku tekanan
dalam pembuluh darah. Disebabkan pembuluh darah tersumbat peredaran
darah dalam badan menjadi perlahan. Kaedah rawatan yang boleh digunakan
ialah rehatkan mangsa, baringkan dan tinggikan kaki. Bukakan
peralatan dan pakaian. Bagi proses 'cooling down' boleh dilakukan dengan
membasahkan badan mangsa dengan air sejuk. Jika
mangsa berada dalam keadaan sedarkan diri, bagi minum air sejuk.
'Heatstroke' berlaku apabila sistem penyejukbekuan badan teriebih guna atau
tahap peredaran darah menjadi sangat perlahan oleh itu mekanisma perpeluhan
terhad untuk mengatasi kehabisan paras cecair. Rawatan bagi kecederaan ini
ialah dengan cara meletakkan ais atau tuala sejuk pada badan, rendam atlit ke
dalam air sejuk. Sponging badan dengan air sejuk atau alkohol. Tanggal
pakaian dan peralatan bagi mencegah penahan panas badan. Bagi atlit yang
dalam keadaan sedarkan diri dibenarkan minum air. a. Kecederaan Luaran Dalam
Sukan Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah
kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut : Luka : kulit
terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang berlaku
menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran
darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius. Melepuh : Berlaku
disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang lain . Tisu
cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung. Melecet : Berlaku apabila
bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak
tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera b. Kecederaan Dalaman
Dalam Sukan Kecederaan ini berlaku apabila satu keadaan luka atau kerosakan
yang berlaku terhadap otot, tendon, tulang, ligament serta lain lain tisu sistem
mokuloskeletal yang diperoleh melalui penglibatan dalam sukan. Terseliuh :
berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak,teregang atau terpulas disebabkan
bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba. Otot terkoyak : Berlaku koyakan
dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot-otot secara
drastik,ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban yang dikenakan atau
dihentakkan terus ke otot. Otot kejang : Berlaku kekejangan pada otot, apabila
otot kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara.Kekejangan berlaku
disebabkan ketidakseimbangan atau kekurangan air dan elektrolit ( natrium dan
klorida ) dalam otot kesan akibat perpeluhan dan kurang daya tahan. Dislokasi :
Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi
disebabkan pergerakan anggota badan luar daripada julat pergerakan yang biasa.
Hal ini mengakibatkan ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan koyak.
Fruktur : Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan
tepat , sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan
fraktur terbuka. Kontusi : Berlaku kecederaan pada salur darah atau
salurandarah halus terputus disebabkan daya hentakan. Akibatnya kesan lebam
pada permukaan kulit atau pendarahan dalaman. Konkusi : Berlaku dibahagian
kepala disebabkan daya hentakan atau pukulan yang mengakibatkan mangsa
tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi boleh menyebabkan kecederaan otak yang
serius. 1
. Kecederaan lebih guna
Ia biasanya disebabkan oleh tekanan yang berulang dikenakan pada dikenakan pada satu-
satu tempat samada tisu, tulang , ligamen dan tendon. Jika ketelaluan kecederaan aka
terkumpul sehingga ia melebihi mekanisme pemuliharaan tisu berkenaan. Pada tahap ini atlet
akan mengalami rasa sakit bengkak dan terdedah kepada kecederaan.

Kecederaan lebih guna sering dapat dilihat pada pelari jarak jauh: 1500 meter ke atas termasuk
pelari marathon, pemain tenis, badmiton dan golf. Mereka biasya mempunyai sejarah dari segi
perubahan mendadak dalam kekerapan atau intensity sesuatu aktiviti dimana tubuh mereka
belum bersedia. Contohnya jika atlet biasa berlari 4 kilometer selang sehari dan tiba-tiba
jurulatih bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara 10 kilometer dengan persediaan
hanya 2 minggu. Pertambahan jarak secara mendadak akan menyebabkan lebih beban dan
mikrotrauma berlaku khususnya terhadap kaki atlet lalu mengalami kemungkinan pelbagai
jenis kecederaan.
Teknik yang baik juga mungkin menyebabkan kecederaan sebegini. Contoh pelaksaan
backhand secara kurang betul akan menyebabkan berlakunya tennis elbow. Membuat pilihan
kurang tepat terhadap peralatan juga salah satu sebab kecederaan lebih guna boleh berlaku.
Contohnya raket yang terlalu berat atau saiz grip yang tidak betul akan menambahkan lagi
kecederaan tennis elbow tadi.

1. FAKTOR KECEDERAAN SUKAN i. LESSLLEY TINGGI ii. KHAIRULNISA

2. PENGENALAN Kecederaan sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang


disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan. Kecederaan sukan
berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
3. FAKTOR EKSTRINSIK : Pakaian. Selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan
membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yg ketat menjerut peredaran darah
membawa kesan buruk Peralatan . Sesuai dgn umur, ketinggian dan keupayaan fizikal
individu terutama oleh kanak-kanak dan remaja
4. Peralatan keselamatan. Pemakaian peralatan keselamatan perlu diwajibkan bagi
melindungi daripada sebarang kecederaan. Persekitaran. Selamat dan sesuai untuk
menjalankan aktiviti. Bebas daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan risiko
kemalangan dan kecederaan.
5. FAKTOR INTRINSIK : 1.Kesihatan Memastikan atlet bebas daripada masalah
kesihatan.Persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum melakukan sebarang
aktiviti. 2. Kecergasan Memastikan setiap atlet mempunyai tahap kecergasan yang
optimum sebelum melakukan sebarang aktiviti. 3. Pemakanan Memastikan setiap atlet
mengamalkan pemakanan yang seimbang
6. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan
yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami
kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan
memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada
kecederaan sukan.
7. Jenis-jenis kecederaan sukan yang biasa ditemui adalah : Ketegangan dan
kecederaan otot Kecederaan lutut Kebengkakan otot Kecederaan pada tendon Achilles
Kesakitan pada tulang tibia Fraktur Sendi yang beralih
8. LANGKAH PENCEGAHAN 1. Memanaskan badan: meningkatkan intensiti
pergerakan membolehkan jantung, peparu dan saluran darah disesuaikan dengan
peningkatan kadar kerja bagi mengurangkan tekanan dan risiko kecederaan jantung
menambah keyakinan atlet terhadap keupayaan dirinya membolehkan atlet memberi
tumpuan terhadap permainan. otot menerima darah yang mencukupi
9. 2. Gerak Kendur mengurangkan kelesuan otot dan meningkatkan keanjalannya,
tendon dan ligamen kerana suhu dalaman adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal
utama. menguraikan asid laktik dari pada bhg sendi otot yang menyebabkan kelesuan.
mempercepatkan kemalian darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah
dipam oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan.
10. Langkah pencegahan yang lain : Nasihat untuk mengurangkan risiko
kecederaan sukan Jangan membengkokkan lutut anda lebih dari separuh semasa
latihan lutut Jangan memusingkan lutut anda semasa bersukan Semasa jatuh dari
posisi melompat pastikan lutut anda bengkok semasa mendarat
11. Pastikan latihan memanaskan badan yang mencukupi sebelum aktiviti sukan
Jangan melakukan aktiviti yang berlebihan Amalkan latihan menyejukkan badan
selepas aktiviti sukan Memakai kasut sukan yang sesuai untuk bersukan Berlari di atas
permukaan lembut dan rata.

Ketegangan dalam otot juga akan berkurangan dan ini menyebabkan otot itu
menjadi releks. Kelebihan membolehkan pergerakan eksplosif seperti
menendang bola atau berlari pecut di mana aksi-aksi tersebut melibatkan
penguncupan sekumpulan otot besar dan disusuli dengan regangan maksimum
otot-otot tersebut.
Otot menerima darah yang mencukupi

Terdapat beberapa sebab kesengalan otot ini berlaku. Salah satu sebab
ialah terdapat kekoyakan kecil pada fiber otot dan juga kekejangan otot
akibat daripada kekurangan bekalan oksigen ke otot.

Sengal otot boleh dielakkan dengan melakukan aktiviti pada kadar yang
rendah dan tingkatkan intensiti aktiviti tersebut secara berperingkat.

Mitos 1: risiko tinggi kecederaan


Sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat data yang sangat sedikit pada
kecederaan yang berkaitan dengan latihan kekuatan belia. Apa yang wujud,
bagaimanapun, segelintir laporan kes menggariskan kecederaan serius daripada
penyalahgunaan peralatan latihan berat badan, dan beberapa kecil kajian melaporkan
kadar kecederaan yang tinggi dalam program angkat berat belia dan powerlifting
kompetitif.
Dalam 1990, American Academy of Pediatrics berhati-hati disyorkan terhadap
penyertaan dalam kekuatan latihan sebelum mencapai kematangan fizikal. Laporan ini
sebenarnya merujuk kepada angkat berat, powerlifting dan bina badan, yang melibatkan
penggunaan beban maksimum dan pergerakan mengangkat sangat teknikal yang tidak
pernah disyorkan untuk orang muda.
Apapun, mesej bahawa "berat tidak baik untuk anak-anak muda" mengambil memegang
dan kesangsian awam latihan kekuatan berlarutan. Sekarang kita tahu bahawa latihan
kekuatan seliaan dan umur yang sesuai adalah aktiviti yang selamatuntuk kanak-kanak
dan remaja, dan cara yang baik untuk meningkatkan kecergasan otot, komposisi badan
dan kesihatan psikologi.
Malah, sewajarnya menjalankan program latihan kekuatan mempunyai banyak risiko
yang lebih rendah kecederaan daripada banyak sukan remaja popular seperti bola
sepak, bola sepak atau bola keranjang - aktiviti yang ibu bapa gembira mendaftarkan
anak-anak mereka dalam tahun demi tahun. Ironinya, penyertaan dalam latihan kekuatan
boleh sebenarnya mengurangkan risiko kanak-kanak yang cedera apabila mereka
bermain sukan.

Mitos 2: mengangkat berat Aksi pertumbuhan


Anda mungkin pernah mendengar pada satu ketika bahawa latihan kekuatan boleh
membantutkan pertumbuhan kanak-kanak. Tuntutan ini berdasarkan kepercayaan yang
bertahan yang latihan kekuatan menyebabkan kerosakan kepada "plat pertumbuhan".

plat pertumbuhan (atau plat epiphyseal) adalah kawasan yang semakin meningkat dr
tulang tisu pada hujung tulang panjang seperti tulang paha dan lingkungan. Plat ini
menjadi tulang keras apabila orang muda mencapai kematangan fizikal, tetapi lebih
lembut semasa pembangunan dan oleh itu lebih mudah terdedah kepada kerosakan.

Walaupun menakutkan untuk mempertimbangkan, kecederaan plat pertumbuhan adalah


sebenarnya perkara biasa, yang merupakan sekitar 15 untuk 30% daripada semua
kecederaan tulang pada kanak-kanak. Kebanyakan kecederaan menyelesaikan
sepenuhnya dengan rawatan, tetapi pada masa yang jarang berlaku ia boleh
menyebabkan keabnormalan pertumbuhan.
Ia tidak cukup jelas mengapa latihan kekuatan dianggap lebih cenderung untuk
merosakkan plat pertumbuhan daripada aktiviti fizikal yang lain, tetapi salah faham
umum ini telah bertahan ujian masa. Pada bahagian-kurangnya satu sebab seolah-olah
disebabkan oleh salah tafsir mengapa atlet elit dalam sukan seperti angkat berat dan
gimnastik adalah konsisten pendek.
cerita panjang pendek (bergurau), atlet kecil adalah lebih sesuai untuk sukan ini, dengan
cara yang sama bahawa menjadi tinggi adalah satu kelebihan dalam bola keranjang.
Oleh itu, ahli sukan pendek lebih sangat diwakili pada peringkat atasan persaingan, di
mana kita cenderung untuk melihat mereka. Ini tidak ada kena mengena dengan jumlah
yang tinggi latihan atau mengangkat berat berat. Walaupun latihan kekuatan sering
dipersalahkan, yang benar adalah kecederaan pertumbuhan plat berlaku lebih kerap
semasa sukan yang dianjurkan.
Meluas penyelidikan mengenai keselamatan program latihan kekuatan belia telah
mendapati tiada bukti yang menunjukkan mereka mempunyai kesan buruk ke atas
pertumbuhan, dan tidak ada apa-apa bukti bahawa latihan kekuatan semasa yang
semakin meningkat tahun kesan ketinggian dewasa akhir.

Adakah kanak-kanak dan remaja m


Semakin hari semakin tambah bilangan kanak-
kanak melibatkan diri dalam bidang sukan.
Menurut artikel New York Times, ibu bapa di
Minnesota menyewa jurulatih peribadi untuk
meningkatkan kemahiran sukan anak mereka.
Hal ini demikian kerana ibu bapa yang percaya
bahawa penglibatan diri dalam sukan
memudahkan kanak-kanak untuk masuk ke
universiti yang bagus. Namun, bukan semua
jurulatih peribadi mempunyai kelayakan yang
diiktiraf dan profesional. Jurulatih yang tidak
didedahkan ilmu pengetahuan yang profesional
kurang mementingkan aspek masa rehat yang
cukup dan teknik mengajar yang betul sehingga
mengakibatkan kecederaan lebih guna dalam
kalangan atlet muda.

Anda mungkin juga menyukai