Anda di halaman 1dari 38

1

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Sebagai seorang atlet, kejayaan dalam sukan bersifat kompetetif sangat
bergantung kepada kekuatan otot. Oleh itu, keperluan kekuatan otot bagi sukan yang
bersifat pasukan seperti bola keranjang, bola tampar, bola jaring, bola tampar, ragbi dan
bola sepak merupakan tunjang untuk mencapai kejayaan, Kroon (2000); Rahumi &
Behpur (2005). Kemampuan atlet menghasilkan pergerakan otot adalah penting untuk
mendapatkan potensi kerja otot. Di dalam konteks ini, kekuatan otot memainkan peranan
penting untuk menghasilkan kuasa otot, Asmadi (2007). Bagi mendapatkan kuasa otot
itu, maka latihan bebanan hendaklah dilakukan secara sistematik.
Latihan bebanan merupakan latihan rintangan yang progresif dalam membantu
meningkatkan kekuatan otot. Latihan bebanan perlu sesuai dan sistematik agar
perkembangan kekuatan otot dapat ditingkatkan dengan optimum. Teknik juga
memainkan peranan penting dalam balingan bola aras kepala. Terdapat hubungkait yang
signifikan antara kelajuan dan teknik lakuan tangan yang membaling bola dengan
ketepatan untuk mencapai sasaran, Schmidt (1982), Eliasz et al. (1990), Hore (1996).
Kelajuan bola maksimum dicapai melalui koordinasi yang tepat dan sesuai melibatkan
seluruh sendi dan otot dalm pelakuan balingan bola, Atwater, A. (1979). Kekuatan dan
teknik saling berkait dan amat penting dalam membaling bola khususnya atas kepala.
Dengan melakukan pemulihan teknik, faktor kekuatan balingan diambil kira dalam
meningkatkan jarak balingan bola atas kepala.

2

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sewaktu saya mengajar kemahiran balingan bola atas kepala sebelah tangan,
saya mendapati seorang murid perempuan dan 12 orang murid lelaki, balingannya tidak
sampai pada pasangan masing- masing. Hanya lapan orang murid sahaja yang berjaya
membuat balingan dan sampai ke sasaran. Pada mulanya saya beranggapan mungkin
faktor kawasan aktiviti dan cuaca yang mempengaruhinya. Semasa aktiviti, permukaan
tanah tidak rata dan murid mengadu akan silau matahari semasa menerima hantaran
bola. Tindakan segera diambil dengan mengubah kedudukan bagi aktiviti balingan agar
murid tidak menghadap matahari dan aktiviti diubah ke kawasan permukaan yang rata.
Sehubungan itu, teknik balingan murid juga telah diperbaiki agar murid melakukan
lakuan balingan atas kepala dengan betul. Namun begitu, masalah masih lagi berlaku.
Hanya seorang murid perempuan dan dua orang murid lelaki sahaja yang bola
balingannya berjaya sampai ke sasaran dan selebihnya 10 orang murid lelaki
balingannya tidak sampai pada sasaran. Murid tidak dapat melakukan balingan bola
tinggi dengan baik menyebabkan bola tidak sampai ke pasangan yang menyambut bola.
Jelas disini saya dapati kekuatan murid dalam balingan bola atas kepala dengan
sebelah tangan lemah dan bola tidak sampai ke sasaran. Dengan mengambil kira aspek
kekuatan otot tangan untuk membuat balingan bola tinggi ke sasaran, sepatutnya bola itu
sampai kearah sasaran kerana jarak sasaran telah dikurangkan dan murid mudah untuk
membuat balingan. Keupayaan balingan untuk sampai kearah sasaran terletak dan
bergantung kepada kekuatan otot disamping dipengaruhi oleh persekitaran.
3

Pemerhatian dan pandangan saya ini tidak kukuh dan terdapat kelemahannya.
Daripada aspek kawalan kelas, terdapat beberapa orang murid yang tidak memberi
perhatian menyebabkan murid tidak fokus semasa mengikuti aktiviti seterusnya
memberi kesan dalam balingan bola tinggi. Akibatnya, suasana pengajaran dan
pembelajaran menjadi bosan dan murid tidak berminat untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti yang dilaksanakan. Pengajaran lakuan balingan bola tinggi lebih terarah
dan secara ansur maju whole-part-whole. Kaedah ini banyak membantu saya dalam
mengenalpasti keupayaan murid dalam jarak balingan bola atas kepala. Aktiviti yang
dirancang mengikut kesesuaian murid dan secara berperingkat. Mengaplikasi kaedah
bimbingan terarah terhadap murid- murid tersebut, kelemahan masih lagi timbul, bola
tidak sampai ke sasaran yang ditetapkan.
Saya sedar akan kepentingan kemahiran ini dalam sukan tertentu yang
melibatkan hantaran bola atas kepala dan masalah ini perlu diatasi. Sekiranya masalah
ini tidak diatasi murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diingini seterusnya
memberi kesan terhadap keyakinan mereka dalam bersukan.






4

1.3 Pengumpulan Data Awal

Berdasarkan masalah dihadapi, saya telah memilih kaedah pemerhatian dan
ujian. Ujian yang dilaksanakan ialah ujian pra dan ujian pasca. Pemerhatian dilakukan
terhadap jumlah balingan bola atas kepala yang berjaya dilakukan, kemudian direkod di
dalam borang yang disediakan. Ujian dilaksanakan bagi mencatat data prestasi balingan
murid sebelum dan selepas program intervensi dijalankan. Jika keputusan Ujian Pos
amali menunjukkan peningkatan yang signifikan dengan Ujian Pra amali, maka objektif
kajian tercapai. Keputusan yang diperoleh daripada ujian menjadi satu indikator yang
baik tentang pencapaian kemahiran yang diuji. Ujian pra dilaksanakan bagi
pengumpulan data awal, mencatat dan merekodkan jarak balingan dan jumlah balingan
yang sampai ke arah sasaran. Menurut Oshea (1976), keberkesanan sesuatu latihan
haruslah diikuti dengan pengujian bagi mengetahui keberkesanan latihan tersebut.
Melalui permerolehan data, program latihan intervensi dibuat. Analisis ujian pra telah
dirumuskan seperti jadual di bawah:-






5

Jadual 1: Keputusan Ujian Pra balingan bola atas kepala jarak lima meter
RESPONDEN
PERCUBAAN
(1 SET= 10 kali balingan) SKOR TERBAIK
SET 1 SET 2
A 5/10 4/10 5/10
B 4/10 4/10 4/10
C 5/10 3/10 5/10
D 4/10 5/10 5/10
E 5/10 - 5/10
F 3/10 2/10 3/10
G 4/10 3/10 4/10
H 2/10 - 2/10
I 3/10 2/10 3/10
J 4/10 2/10 4/10

Berdasarkan jadual di atas, 10 responden telah mengambil bahagian dalam ujian pra ini.
Kesemua responden akan melakukan balingan sebanyak 10 kali bagi satu set dan
responden perlu melakukan balingan sebanyak dua set. Bagi setiap set, jumlah balingan
yang berjaya mencapai sasaran terbanyak akan dikira sebagai skor terbaik responden.


6

2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Huraian Fokus Kajian

Berdasarkan masalah yang saya hadapi semasa pengajaran dan pembelajaran
yang lalu, saya dapati 10 orang responden yang melakukan balingan hantaran bola atas
kepala tidak sampai ke sasaran. Melalui 10 kali hantaran yang dilakukan, kurang
daripada enam kali murid berjaya melakukan hantaran tepat ke sasaran. Jarak yang
ditetapkan ialah lima meter. Jarak dikurangkan menjadi tiga meter, balingan bola masih
tidak sampai ke sasaran. Fokus terhadap permasalahan ini adalah kekuatan otot murid.
Arah sasaran balingan yang ditetapkan adalah tidak berubah tetapi hanya jarak
kedudukan sasaran sahaja yang berubah. Antara masalah yang dikenal pasti ialah:
2.1.1 Bola dibaling tidak sampai pada sasaran dalam jarak lima meter.
Kelemahan yang wujud pada murid- murid ini akan diatasi dengan latihan meningkatkan
kekuatan otot yang terlibat semasa balingan. Masalah ini tidak dapat diatasi secara
100%, tetapi secara amnya boleh dilihat melalui peningkatan jumlah skor balingan
terbaik ditunjukkan oleh murid setelah berlaku pemulihan dan penambahbaikan terhadap
kelemahan mereka. Peningkatan yang berlaku akan meningkatkan keyakinan mereka
dalam kemahiran sukan khususnya dalam balingan.



7

2.2 Tindakan/Intervensi

Masalah hantaran dalam permainan bola baling dikenalpasti di kalangan murid
Tahun 5 Harapan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Responden
mempunyai masalah dalam melakukan balingan bola atas kepala dengan satu tangan.
Melalui kaedah pra amali yang dilaksanakan, saya melakukan latihan bebanan bola
segar sebagai satu intervensi bagi meningkatkan jarak balingan mereka. Disini juga saya
mempelbagaikan jenis latihan menggunakan bola segar. Otot yang sama tidak boleh
dilatih serentak dalam tempoh latihan yang singkat kerana bagi mengelakkan daripada
otot cepat lesu seterusnya program latihan menjadi tidak efektif. Penerangan berkaitan
prosedur latihan diberi awal sebelum saya menjalankan intervensi ini. Intervensi ini juga
mungkin akan diubah suai daripada semasa ke semasa bergantung kepada kajian yang
akan dilakukan kelak. Periodisasi latihan dirancang selama empat minggu bagi
menjalankan intervensi.


3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai, murid- murid tahun 5 Harapan Sekolah Kebangsaan Haji Abu
Bakar dapat mencapai objektif berikut.
3.1.1 Meningkatkan jarak balingan bola atas kepala dalam permainan bola
baling.

8

3.2 Soalan Kajian

3.2.1 Adakah latihan bebanan mampu meningkatkan jarak balingan?
3.2.2 Adakah latihan bebanan ini sesuai digunakan dalam tempoh 4 minggu
intervensi?


4.0 KUMPULAN SASARAN

Bagi pemilihan sampel kajian, terdapat pelbagai pendapat mengenai jumlah
persempelan yang sepatutnya digunakan oleh para penyelidik. Menurut Gay (1976)
dalam Azizi (2007), jumlah sampel yang diperlukan bagi mewakili populasi dalam
sesuatu kajian adalah sebanyak 10% daripada jumlah populasi. Memandangkan jumlah
murid tahun 5 Harapan di sekolah ini hanyalah seramai 21 orang sahaja, adalah tidak
releven sekiranya dua orang responden sahaja dipilih sebagai sampel kajian. Justeru,
bagi mendapatkan hasil dapatan kajian yang menyeluruh, seramai sepuluh orang murid
telah dipilih sebagai responden.
Murid Tahun 5 Harapan, terdiri daripada 21 orang murid dengan 15 orang murid
lelaki dan enam orang murid perempuan. Kelas ini merupakan kelas yang kedua atau
kelas yang terakhir secara urutan akademik. Kesemua murid adalah berbangsa Melayu,
beragama Islam dan sihat tubuh badan. Melihat aspek mewakili sekolah dalam sukan,
enam orang murid perempuan sebagai pemain bola jaring, bagi murid lelaki pula, tiga
orang murid sebagai pemain sepak takraw, dua orang murid sebagai pemain hoki dan
9

lima orang murid sebagai pemain bola sepak dan selebihnya lima orang murid tidak
melibatkan diri dalam sukan mewakili sekolah.
Kajian ini melibatkan 10 orang murid lelaki, tiga orang pemain sepak takraw
sekolah, dua orang pemain bola sepak sekolah dan lima orang murid yang tidak
melibatkan diri dalam apa- apa jenis sukan peringkat sekolah. Pemilihan murid ini
dibuat kerana saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi kelas mereka dan
kajian yang dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap lakuan mereka semasa pengajaran
dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, masalah dikenalpasti dengan
balingan bola tinggi atas kepala dengan sebelah tangan murid.

Jadual 2: Latar belakang sukan responden








SUKAN RESPONDEN
Sepak takraw 3
Bola sepak 2
Tidak bersukan 5
10

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Prosedur pelaksanaan

Setelah ujian pra dilakukan, satu set program latihan dirancang dan dilaksanakan
secara sitematik. Tempoh intervensi adalah selama empat minggu. Segala data direkod,
ujian pra, lakuan balingan aras kepala semasa intervensi dan ujian pasca. Konsep latihan
yang dilaksanakan berdasarkan prinsip latihan, iaitu F (frequency), I (intensity), T (type)
dan T (time). Menurut Walker B. (2004), prinsip latihan FITT adalah satu cara yang
terbaik untuk mengawal dan memantau program latihan individu. Latihan perlu pelbagai
dan tidak tetumpu kepada hanya satu otot sahaja dalam tempoh latihan yang sama. Hal
ini akan menjurus kepada kumpulan otot yang dilatih cepat lesu dan kumpulan otot yang
tidak dilatih lemah seterusnya kecederaan mudah berlaku. Latihan yang dijalankan tidak
boleh pada otot yang sama setiap minggu bagi mengelakkan otot tersebut lesu dan
memberi tempoh masa untuk pemulihan otot tersebut. Latihan intervensi dilakukan
sebanyak tiga kali seminggu. Setiap minggu, responden akan melakukan aktiviti yang
berbeza menggunakan bola segar dan bola baling bersaiz satu terhadap otot yang
berbeza. Tempoh pemulihan dan rehat diberi penekanan agar responden tidak cedera
seterusnya program latihan dapat dijalankan sepenuhnya dan sempurna. Ujian post
kemudiannya dilakukan pada minggu keempat di akhir program latihan intervensi.





11


Rajah 1: Prinsip Tambah Beban

Apabila latihan bebanan dilakukan, otot yang terlibat akan menerima rangsangan.
Rangsangan tersebut akan membuatkan otot lesu kerana pengembangan dan pengecutan
otot berlaku semasa fleksi dan ekstensi lakuan. Bagi memulihkan otot yang terlibat
dengan latihan bebanan, rehat yang cukup di samping pemakanan yang seimbang perlu
diambil perhatian. Sekiranya proses pemulihan otot tidak berlaku, otot akan terus lesu
dan latihan bebanan yang dilakukan terhadap otot tersebut tidak berkesan seterusnya
akan menyebabkan kecederaan. Otot tidak akan kembali kepada kecergasan fizikal asal
dan tidak mencapai kecergasan overkompensesi.


12


Rajah 2: Bebanan latihan yang berlainan memberi kesan yang berlainan pada
pemulihan otot

Bebanan latihan yang berlainan juga mempengaruhi tahap perkembangan otot.
Sekiranya latihan bebanan dilaksanakan kurang bebanan sepanjang tempoh intervensi,
tempoh pemulihan otot yang lesu adalah singkat tetapi kecergasan overkompensisi yang
dicapai amat sedikit. Berbeza dengan latihan bebanan yang mencukupi. Tempoh
pemulihan otot yang lesu bersesuaian dengan program latihan yang dirancang iaitu
selama empat minggu intervensi. Sehubungan itu, kecergasan overkompensisi mencatat
pencapaian tertinggi seterusnya memberi kesan positif kepada kekuatan otot yang
dilatih. Program latihan seeloknya mengelak daripada latihan bebanan berlebihan kerana
tempoh pemulihan otot yang lesu adalah panjang dan tidak bersesuai dengan tempoh
empat minggu intervensi. Overkompensisi dicapai juga adalah yang paling rendah.
13

Jadual 3: Periodisasi Intervensi Dimodifikasi Berdasarkan Skoufas et al. (2003)
HARI/
MINGGU
MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4
AHAD
Aktiviti 1
(16/6/2013)
Petang:
- Ujian Pra
(40 minit)
- Latihan (40 minit)
9 set- (1 set= 6 kali
balingan)
Aktiviti 1
(23/6/2013)
Petang:
Petang 9 set- (1 set= 6 kali
balingan)
balingan)
Aktiviti 1
(30/6/2013)
Petang:
Petang 9 set- (1 set= 6 kali
balingan)
Aktiviti 1
(7/72013)
Petang:
Petang 9 set- (1 set=
6 kali
balingan)
ISNIN REHAT
SELASA
Aktiviti 2
(18/6/2013)
Petang:
Petang 6 set- (1 set= 6 kali
balingan)
Aktiviti 2
(25/6/2013)
Petang:
Petang 6 set- (1 set= 6 kali
balingan)
Aktiviti 2
(2/7/2013)
Petang:
Petang 6 set- (1 set= 6 kali
balingan)
Ujian Post
RABU REHAT
KHAMIS
Aktiviti 3
(20/6/2013)
Pagi:
- Latihan (30 minit)
3 set- (1 set= 6 kali
balingan)
Aktiviti 3
(27/6/2013)
Pagi:
- Latihan (30 minit)
3 set- (1 set= 6 kali
balingan)

Aktiviti 3
(4/7/2013)
Pagi:
-Latihan (30 minit)
3 set- (1 set= 6
kali balingan)

JUMAAT
REHAT
SABTU

Sesi latihan: Pagi - 7.45 pagi- 8.45 pagi
Petang - 5.00 petang- 6.00 petang

14

Aktiviti intervensi mengikut minggu:
1) Minggu 1
a) Aktiviti 1 (Balingan atas kepala dengan sebelah tangan)
i. Aktiviti secara individu dan statik.
ii. Menggunakan bola segar bersaiz 1 dengan berat 0.5 kg.
iii. Baling ke hadapan dengan sebelah tangan.

b) Aktiviti 2 (Walking Lunges with Twist).





Rajah 3: Contoh pelakuan aktiviti Walking Lunges with Twist
i. Menggunakan bola segar bersaiz 1 dengan berat 1.0 kg.

c) Aktiviti 3 (Balingan atas kepala dengan kedua tangan)
i. Aktiviti dilakukan secara individu.
ii. Menggunakan bola segar bersaiz 2 dengan berat 1.5 kg.
iii. Baling bola segar sejauh mungkin.
15

2) Minggu 2
a) Aktiviti 1 (Balingan atas kepala dengan sebelah tangan)
i. Aktiviti secara individu dan statik.
ii. Menggunakan bola segar bersaiz 1 dengan berat 0.5 kg.
iii. Baling ke hadapan dengan sebelah tangan.

b) Aktiviti 2 (Medicine Ball Single Leg Butt Blasts)




Rajah 4: Contoh pelakuan aktiviti Medicine Ball Single Leg But Blasts

c) Aktiviti 3 (Melambung bola segar ke atas)
i. Menggunakan bola segar saiz 2 berat 1.5kg.
ii. Aktiviti dilakukan secara statik.
iii. Bukaan kaki seluas bahu.
iv. Bola segar di bawa daripada bawah, dilambung ke udara.
v. Biar bolas segar jatuh ke lantai.


16

3) Minggu 3
a) Aktiviti 1 (Balingan atas kepala dengan sebelah tangan)
i. Aktiviti secara individu dan statik.
ii. Menggunakan bola segar bersaiz 1 dengan berat 0.5 kg.
iii. Baling ke hadapan dengan sebelah tangan.

b) Aktiviti 2 (Reaching Romanian Deadlift)




Rajah 5: Contoh pelakuan aktiviti Reaching Romanian Deadlift






17

c) Aktiviti 3







Rajah 6: Contoh pelakuan aktiviti 3


4) Minggu 4
a) Aktiviti 1 (Balingan atas kepala dengan sebelah tangan)
i. Aktiviti secara individu dan statik.
ii. Menggunakan bola segar bersaiz 1 dengan berat 0.5 kg.
iii. Baling ke hadapan dengan sebelah tangan.




18

5.2 Cara Mengumpul Data

Cara pengumpulan data pertama ialah dengan menggunakan kaedah ujian. Ujian
ini di lakukan secara amali. Ujian pertama ialah pra-amali kemudian diikuti dengan
intervensi. Berdasarkan masalah murid, balingan bola atas kepala tidak sampai pada
sasaran, intervensi latihan bebanan bolas segar dilaksanakan. Ujian ini dimodifikasi
daripada ujian yang dilakukan oleh Zapartidis et al.: Throwing stability in team
handball. Antara peralatan yang digunakan ialah bola baling, marker dan borang skor.
Tempoh masa bagi murid untuk melakukan balingan ialah selama lima minit bagi satu
set dengan 10 kali balingan bola atas kepala. Jarak balingan ke arah sasaran ialah lima
meter . Skor diambil berdasarkan jumlah balingan terbanyak yang boleh dilakukan
dalam jarak lima meter.


6.0 DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Data diperoleh dengan cara melakukan ujian pra-amali dan pasca-amali. Kajian
bertulis dibuat melalui hasil dapatan skor bagi kedua- dua ujian pra- pasca. Data jarak
balingan murid akan dibandingkan bagi melihat perbezaan yang dicatat terhadap jarak
balingan atas kepala sebelum intervensi dan selepas intervensi. Data dianalisis dalam
bentuk graf bagi melihat sama ada berlaku peningkatan atau penurunan dalam jarak
balingan murid. Data juga dianalisis berkaitan dengan lakuan balingan bola atas kepala,
membentuk graf melalui pemerolehan data yang diambil semasa aktiviti intervensi dan
melihat adakah perkembangan lakuan memberi kesan terhadap keputusan ujian post.
19

6.1 Analisis Ujian Pra

Ujian dilaksanakan berdasarkan ujian Zapartidis et al.: Throwing stability in team
handball dan telah dimodifikasi bersesuaian dengan responden. 10 responden
mengambil tempat dalam ujian tersebut dan dikehendaki melakukan dua set balingan
dengan setiap satu set 10 kali ulangan balingan atas kepala. Skor tertinggi balingan
diambil berdasarkan pencapaian responden dalam dua- dua set balingan. Jarak yang
ditetapkan tidak berubah antara set iaitu tiga meter dan tempoh maksimum ujian bagi
satu set bagi seorang responden ialah lima minit.










20

Jadual 4 : Rekod keputusan Ujian Pra balingan bola atas kepala dengan jarak lima meter
RESPONDEN
PERCUBAAN
(1 SET= 10 kali balingan)
SKOR TERBAIK
( _/10)
PERATUS
SET 1 ( /10) SET 2 ( /10)
A 5 4 5 50%
B 4 4 4 40%
C 5 3 5 50%
D 4 5 5 50%
E 5 - 5 50%
F 3 2 3 30%
G 4 3 4 40%
H 2 - 2 20%
I 3 2 3 30%
J 4 2 4 40%



21


Rajah 7: Analisis Skor Terbaik Balingan Responden Ujian Pra

Berdasarkan jadual dia atas, responden A, C, D dan E telah mendapat skor
balingan tertinggi dengan lima kali balingan. Responden B, G dan J telah mendapat skor
balingan tertinggi sebanyak empat kali balingan. Manakala responden F dan I mendapat
skor terbaik dengan balingan tiga kali. Responden H mendapat skor terbaik paling
sedikit iaitu sebanyak dua kali balingan.





0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
A B C D E F G H I J
S
K
O
R

T
E
R
B
A
I
K

B
A
L
I
N
G
A
N

RESPONDEN
22

6.2 Analisis Ujian Pasca

Ujian pasca dijalankan bagi mengkaji keberkesanan latihan bebanan menggunakan bola
segar terhadap skor balingan tertinggi responden. Ujian yang sama digunakan dengan
ujian dimodifikasi daripada ujian Zapartidis et al.: Throwing stability in team
handball. Data ujian pasca akan dibandingkan dengan data ujian pra, dianalisis dan
dijelaskan secara terperinci. Kesemua 10 responden menjalani kadar intensiti latihan
yang sama, jenis aktiviti latihan yang sama dan tempoh masa latihan yang sama.
responden akan melakukan balingan sebanyak dua set dengan setiap satu set 10 kali
balingan. Balingan yang paling banyak dalam satu- satu set dikira sebagai skor terbaik
balingan responden.









23

Jadual 5 : Rekod keputusan Ujian Pasca balingan bola atas kepala jarak lima meter.
RESPONDEN
PERCUBAAN
(1 SET= 10 kali balingan)
SKOR TERBAIK
( _/10)
PERATUS
SET 1 ( /10) SET 2 ( /10)
A 7 5 7 70%
B 6 4 6 60%
C 6 5 6 60%
D 7 6 7 70%
E 8 6 8 80%
F 5 3 5 50%
G 7 - 7 70%
H 5 3 5 50%
I 5 4 5 50%
J 8 5 8 80%



24


Rajah 8: Analisis skor terbaik balingan responden Ujian Pasca

Berdasarkan data diatas, responden E dan J mencatat skor terbaik balingan paling
banyak iaitu sebanyak lapan kali. Manakala responden A, D dan G mencatat skor terbaik
balingan yang kedua tertinggi iaitu sebanyak tujuh kali. Responden B dan C mencatat
skor terbaik balingan sebanyak enam kali, Responden F, H dan I berjaya melakukan skor
terbaik balingan sebanyak lima kali daripada 10 kali balingan, merupakan catatan
balingan paling sedikit bagi skor terbaik balingan.




0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
A B C D E F G H I J
S
K
O
R

T
E
R
B
A
I
K

B
A
L
I
N
G
A
N

RESPONDEN
25


Rajah 9: Analisis perbandingan skor terbaik balingan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Secara keseluruhannya di dalam jadual diatas, terdapat peningkatan yang amat
ketara dalam skor terbaik balingan dan lakuan balingan aras kepala responden. Analisis
terhadap ujian pra dan post membuktikan bahawa terdapat hubungan dalam pemulihan
teknik lakuan balingan aras kepala dengan kekuatan balingan responden. Perubahan data
pada ujian pasca yang berlaku adalah melihat kepada keberkesanan intervensi yang
dijalankan kepada responden. Responden C menunjukkan peningkatan sebanyak 10%.
Manakala responden A, B, D, F dan I menunjukkan peningkatan skor terbaik balingan
sebanyak 20%. Peningkatan sebanyak 30% telah direkodkan oleh responden E, G dan H
berbandaing ujian pra sebelum ini. Hanya responden J sahaja yang meningkat dengan
secara mendadak iaitu sebanyak 40%, peningkatan tertinggi skor terbaik balingan.


A B C D E F G H I J
UJIAN PRA 50% 40% 50% 50% 50% 30% 40% 20% 30% 40%
UJIAN PASCA 70% 60% 60% 70% 80% 50% 70% 50% 50% 80%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
P
E
R
A
T
U
S

S
K
O
R

T
E
R
B
A
I
K

B
A
L
I
N
G
A
N

26

7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI
7.1 Dapatan Kajian

Semasa sesi waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dalam
kemahiran balingan bola baling aras kepala tahun 5 Harapan, sepuluh murid didapati
balingan bola atas kepala tidak sampai ke sasaran. Masalah yang dikenalpasti ialah
kurang kekuatan menyebabkan hantaran tidak sampai ke arah sasaran. Terdapat satu
aspek yang perlu dipertingkatkan iaitu kekuatan balingan. Berdasarkan analisis data
yang telah dibuat, pemilihan latihan dan kaedah pemulihan yang dipilih telah
meningkatkan kadar jumlah skor terbaik balingan bola atas kepala pada ujian pasca yang
dilaksanakan.
Penggunaan bola segar dipilih sebagai latihan bebanan bagi meningkatkan
kekuatan balingan kerana simulasi latihan, penggunaan bola dan lakuan tangan
bersamaan dengan lakuan sebenar balingan bola aras kepala. Kesemua responden telah
menunjukkan peningkatan dalam jumlah skor terbaik balingan bola atas kepala tetapi
tidak ketara kerana program latihan yang dirancang khususnya latihan bebanan
menggunakan bola segar tidak mampu meningkatkan secara drastik terhadap kekutan
otot. Terdapat peningkatan berbeza dicatatkan oleh responden iaitu sebanyak 10%, 20%,
30% dan 40%. Beberapa masalah dikenalpasti yang memberi kesan terhadap
peningkatan pada skor terbaik balingan atas kepala.
Antara faktor yang dikenalpasti mempengaruhi jumlah skor terbaik balingan atas
kepala ialah kehadiran semasa latihan, kesungguhan semasa latihan, pemakanan, tahap
27

pemulihan otot dan perbezaan individu yang dimiliki oleh responden. Hal ini dilihat
responden J telah menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu sebnyak 40% kerana faktor
kehadiran yang penuh, kesungguhan di samping mendapatkan rehat untuk pemulihan
yang cukup. Sehubungan itu, faktor cuaca juga mempengaruhi responden kerana
perbezaan waktu latihan bebanan sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi responden.
Murid- murid di sekolah ini kurang mendapat pendedahan tentang permainan bola
baling menyebabkan pelakuan balingan yang tidak tepat dan seterusnya tidak wujud
kesedaran untuk meningkatkkan kekuatan balingan mereka. Situasi responden secara
kognitifnya lebih lemah daripada murid yang lain menyebabkan responden tidak sedar
akan kepentingan kekuatan otot bagi semua jenis sukan khususnya dalam permainan
bola baling. Faktor minat juga mempengaruhi prestasi responden.
Pemilihan kaedah latihan dengan cara demonstrasi juga merangsang
perkembangan kognitif responden untuk melakukan pelakuan dengan tepat. Hal ini
kerana menjalani latihan bebanan memerlukan pemerhatian yang terperinci oleh penguji
bagi mengelakkan kecederaan berlaku khususnya sepanjang latihan intervensi empat
minggu. Hasilnya peningkatan terhadap jumlah skor terbaik balingan atas kepala
ditunjukkan dengan secara purata kesemua responden melebihi 10%. Peningkatan yang
ditunjukkan juga dibantu oleh jadual latihan yang sistematik dan berkesan. Latihan tidak
boleh dilaksanakan terhadap otot yang sama pada setiap hari dalam tempoh seminggu
latihan intervensi bagi mengelakkan otot lesu seterusnya mengganggu prestasi keputusan
ujian pasca. Sesi pemanasan badan dan regangan otot yang terlibat sangat dititik
beratkan bagi mengelak berlakunya kecederaan di samping memaksimumkan keupayaan
otot untuk bekerja.
28

Secara keseluruhannya, latihan bebanan menggunakan bola segar berjaya
meningkatkan kekuatan balingan bola atas kepala responden yang terlibat. Hasil kajian
juga telah menunjukkan peningkatan prestasi balingan bola atas kepala responden
dengan sekurang- kurangnya 10%. Hasil dapatan kajian ini juga disokong oleh hasil
dapatan kajian Robert U, Newton & Kerrp. McEvoy (1994) dalam kajiannya Baseball
Throwing Velocity: A Comparison of Medicine Ball Training and Weight Training,
menyatakan terdapat peningkatan dalam kelajuan bola dan kekuatan balingan bola
selepas melalui latihan bebanan menggunakan boloa segar . Sehubungan itu, hasil
dapatan kajian ini juga disokong oleh hasil dapatan kajian Skoufas D. et al (2002) dalam
kajiannya The Effect of Handbalkl Training With Underweighted Balls on The Throwing
Velocity of Novice Handball Players, kelajuan balingan meningkat secara signifikan
(p<0.05) dengan sebanyak 6.6%. Penggunaan bola segar sebagai latihan bebanan bagi
meningkatkan kekuatan balingan adalah pilihan yang sesuai kerana simulasi latihan
menggunakan bola segar adalah sama dengan simulasi balingan bola atas kepala dalam
permainan bola baling. Dapatan kajian ini memberikan jawapan kepada soalan- soalan
kajian dan ini jelas menunjukkan keberkesanan bola segar sebagai latihan bebanan
meningkatkan jarak balingan bola atas kepala.

7.2 Refleksi

Kajian ini telah dijalankan bagi meningkatkan kekuatan balingan murid- murid
Tahun 5 Harapan dalam kemahiran balingan bola atas kepala bagi permainan bola
baling. Pengkaji telah menggunakan kaedah latihan bebanan menggunakan bola segar
29

sebagai latihan untuk meningkatkan kekuatan balingan murid. Penggunaan bola segar
sebagai satu latihan bebanan bagi meningkatkan kekuatan balingan atas kepala adalah
releven kerana beban yang digunakan terhadap murid sebagai intervensi sesuai dan
periodisasi latihan yang dirancang sistematik.
Berdasarkan analisis data yang dibuat, terdapat peningkatan terhadap jumlah
skor terbaik balingan bola atas kepala selepas empat minggu intervensi. Objektif umum
bagi kajian ini telah tercapai iaitu murid dapat meningkatkan jarak balingan bola atas
kepala dalam permainan bola baling. Hal ini penting bagi memenuhi objektif umum dan
menjawab persoalan yang wujud dalam tempoh kajian. Walaupun peningkatan tidak
drastik ditunjukkan terhadap jumlah skor terbaik balingan bola atas kepala tetapi
peningkatan ini adalah bersesuaian dengan tempoh intervensi latihan yang terhad dan
singkat. Peningkatan ini juga mempengaruhi kemahiran murid- murid untuk lakuan
khususnya balingan yang boleh diaplikasi dalam pelbagai jenis sukan seterusnya
meningkatkan motivasi murid untuk bersukan.
Semasa kajian dilaksanakan, terdapat kekuatan yang dikenalpasti seterusnya
membantu menjayakan kajian ini. Kekuatan pertama yang dikenalpasti ialah sumber
alatan yang mudah didapati iaitu bola segar yang menjadi alatan penting yang digunakan
semasa aktiviti intervensi. Pihak sekolah memiliki bola segar yang pelbagai pemberatan
iaitu seberat 0.5 kg, 1.0 kg dan 1.5 kg. Pemberatan yang pelbagai ini penting kepada
pengkaji bagi merancang periodisasi latihan yang betul, lengkap dan sistematik.
Sehubungan itu, kawasan aktiviti bagi latihan intervensi adalah selesa dan mudah
dikendalikan kerana latihan dilakukan di kawasan sekolah. Kekuatan kedua ialah
disiplin latihan yang dilaksanakan terhadap murid yang fleksibel dan selesa. Murid-
30

murid perlu mengikuti segala latihan yang dirancang sepanjang tempoh empat minggu
intervensi kerana latihan yang dilaksanakan adalah berkenaan dengan latihan bebanan
dan berkait rapat dengan kekuatan otot. Bagi menghasilkan keputusan yang diingini dan
objektif umum tercapai, aktiviti dilakukan mengikut apa dirancang dan berubah daripada
semasa ke semasa bagi mengelakkan murid burn out semasa latihan seterusnya
mengganggu tumpuan murid.
Terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti mengganggu kelancaran
kajian ini. Kelemahan utama ialah komitmen yang diberikan oleh murid- murid terhadap
aktiviti yang dilaksanakan oleh pengkaji sepanjang tempoh empat minggu intervensi.
Kehadiran murid yang tidak konsisten sedikit sebanyak memberi kesan terhadap
program latihan yang dirancang seterusnya mengurangkan motivasi mereka untuk
berlatih. Hasilnya, murid melakukan aktiviti dengan tidak bersungguh- sungguh dan
kebanyakkan mereka bermain dan tidak fokus. Namun begitu, kelemahan ini dapat
diatasi dengan mempelbagaikan aktiviti dan menekankan peneguhan positif serta
ganjaran. Hal ini dapat menarik minat murid kembali untuk melakukan aktivit yang
dirancang dengan bersungguh- sungguh. Hasil dapatan yang memberangsangkan ini
akan dijadikan sebagai satu inspirasi untuk terus menigkatkan kaedah dan mutu
pengajaran di sekolah.




31

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
8.1 Cadangan Untuk Guru

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang dilakukan, pengkaji cuba memberi
beberapa cadangan dan strategi yang dirasakan sesuai dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani bagi topik balingan bola atas kepala dalam permainan bola baling bagi Tahun 5.
Antara cadangannya ialah guru perlu mempersiap diri dengan ilmu berkaitan dengan
kaedah pengajaran Pendidikan Jasmani. Kaedah yang dikenalpasti sesuai dengan
pengajaran bagi kemahiran ini ialah kaedah demonstrasi. Guru akan menunjukkan
pelakuan sebenar, memberi gambaran sebenar berkenaan dengan pelakuan yang akan
dilakukan dan menetapkan tujuan murid untuk melakukan pelakuan tersebut.
Teknik secara langsung dilihat sebagai salah satu teknik pengajaran Pendidikan
Jasmani yang sangat membantu murid dalam proses membina skema baharu berkaitan
dengan kemahiran yang dipelajari. Teknik ini mementingkan guru. Seseorang guru
membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila
sesuatu aktiviti itu bermula. Teknik ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku
(Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam
melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru
dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang
betul. Teknik ini juga sama seperti kaedah demonstrasi iaitu secara tunjuk cara.

32

Pengajaran secara part- part- whole dilihat sebagai satu cara pengajaran yang
paling berkesan dalam pengajaran bagi kemahiran balingan bola atas kepala dalam
permainan bola baling. Murid perlu didedahkan berkenaan dengan lakuan secara
berperingkat dan mengikut aras kesukaran yang sesuai. Hal ini bermaksud murid
menguasai satu aspek ke satu aspek (part) sehingga di akhirnya murid menguasai
sepenuhnya lakuan (whole). Pembelajaran yang berlaku terhadap murid lebih sistematik
dan guru boleh melakukan pemulihan lakuan serta merta. Di akhir pengajaran dan
pembelajaran, semua murid dapat melakukan lakuan kemahiran bola baling seterusnya
objektif psikomotor yang dirancang tercapai.
Sehubungan itu, peneguhan positif amat penting semasa pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran
setelah sesuatu perlakuan yang positif ditunjukkan akan menyebabkan perlakuan itu
diulangi dan diperkuatkan lagi. Semasa pengajaran dan pembelajaran, peneguhan positif
akan memberikan suatu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan semasa pengajaran dan
pembelajaran ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas murid melakukan
lakuan balingan bagi kemahiran bola baling dengan betul dan tepat, memberikan
senyuman, menepuk bahu murid, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif
yang diberikan oleh guru dapat mendorong murid menghasilkan kerja yang bermutu
tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku
yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika
memberi peneguhan.

33

8.2 Saranan Untuk Kajian Pada Masa Depan

Setiap kajian perlu penambahbaikan bagi memurnikan penulisan kajian dan
pemerolehan data. Penambahbaikan terhadap kajian ini pada masa hadapan, variasi
latihan bebanan terhadap otot yang dilatih bukan sahaja menggunakan bola segar tetapi
menggunakan kaedah latihan bebanan tradisional. Kaneko et al. (1983), program latihan
menggunakan bola segar meningkatkan kekuatan tetapi kurang berbanding latihan
bebanan tradisional. Menurut Holf dan Almasbakk (1995), latihan kombinasi antara
plyometrik dan penggunaan bola segar akan memberikan impak yang lebih terhadap
peningkatan kekuatan otot seterusnya meningkatkan jarak balingan murid.










34

9.0 SENARAI RUJUKAN

Fathloun M., Hermassi S., Chelly M. & Bernsbaa A. (2011). Relationship Between
Medicine Ball Explosive Power Test, Throwing Ball Velocity and Jump
Performance in Team Handball Players. Jurnal tidak diterbit. Institute of Sport
and Physical Education, Ksar Said, Tunisia. No. 4.
Hong J., Kim J., Hong J. & Chun K. (2012). Electromyograph Analysis During
Isokinetic Testing of Shoulder Joint in Elderly People. Journal of Biomechanical
Science and Engineering. Vol 7, No. 4.
Lidor R., Falk B., Arnon M., Cohem Y., Segal G. & Lander Y. (2005). Measurement of
Talent in Handball Team: The Questionable Use of Motor And Physical Tests.
Journal of Strength and Conditioning Research. 19(2), 318- 325.
Mario A., Cardoso M. dan Juan Jose G. (2006). In- Season Resistance Training and
Detraining In Professional Team Handball Players. Journal of Strength and
Conditioning Research. 20 (3), 563-571.
Martinez A., Chirosa D., Martin L., Chirosa I. & Cuadrado Reyes J. (2011). The Effect
of Training on Throwing Velocity in Team Handball. Tesis diterbitkan.
Universiti Granada. Vol. 12 (48), 729- 744.
Marques M., Tillaar R., Vescovi J. & Gonzalez- Badillo J. (2007). Relationship Between
Throwing Velocity, Muscle Power and Bar Velocity During Bench Press in Elite
Handball Players. International Journal of Sports Physiology and Performance.
2, 414- 422.
Oberg E. (2007). Physical Activity Prescription: Our Best Medicine. Research Review
Integrative Medicine . Vol 6, No. 5.
Rivilla- Garcia J., Grande I., Sampedro J. & Van Dan Tillaar R. (2010). Influence of
Opposition On Ball Velocity in Handball Jump Throw. Journal of Sports Science
and Medicine. 10, 534-539.
Rivilla- Garcia J., Martinez I., Grande I. & Molinueva J. (2011). Relation Between
General Throwing Tests With A Medicine Ball and Specific Test to Evaluate
Throwing Velocity With And Opposition in Handbal. Journal of Human Sport &
Exercise. Faculty of Education University of Alcante. Volume 2, issue 2, 414-
426.
Robert U., Newton dan Kerry P. McEvoy (1994). Baseball Throwing Velocity: A
Comparison of Medicine Ball Training and Weight Training. Journal of Strength
and Conditioning Research. 8(3), 198- 203.

35

Skoufas D., Skoufa E., Christodoulidis T., Papadopoulou S., Patikas D. dan Zaggelidis
G. (2008). The Effect of Arm and Forearm Loading on The Throwing Velocity of
Novice Handball Players: Influences During Training and Detraining. Journal of
Physical Training. Nov 2008.
Steven Bain dan Carl McGown (2006). Motor Learning Principle and The Superiority of
Whole Training in Volleyball. Tesis tidak diterbitkan. Universiti Washington:
Jabatan Orthopaedik dan Perubatan Sukan.
Skoufas D., Stefanidis P., Michalidis C., Hatzikotoulus K. & Kotzamanidou M. (2002).
The Effect of Handball Training With Underweighted Balls On The Throwing
Velocity of Novice Handball Players. Aristotle University of Thessaloniki:
Department of Physical Education and Sport Science.
Vincent J., Traywick L. & Washburn L. (2012). Increasing Physical Activitiy As We
Age: Strength Training With Medicine Ball. Universiti Arkansas: Jabatan
Pertanian dalam Negeri. Terbitan Artikel FSFCS37.
Wagner H., Pfusterschmeid J., Duvillard S. $ Muller E. (2011). Performance and
Kinematics of Various Throwing Techniques in Team Handball. Journal of
Sports Science and Medicine. 10: 73-80.
Wagner H. dan Muller E. (2008). The Effects of Differential and Variable Training on
The Quality Parameters of A Handball Throw. Journal of Sports Biomechanics.
7(1): 54- 71.
Wayne L. dan Westcott (2010). Effects of Strength Training on Resting Energy
Expenditure. Petikan daripada artikel Health & Fitness Coliumn: ACMSs
Certified News. Vol 20 (1).
Zapartidis I., Gouvali M., Bayios I. & Hatziharistos D. (2010). Kinematic Throwing
Stability During A Simulated Handball Game. Serbian Journal of Sports
Sciences. 4(3), 83-90.
Zapartidis I., Nikolaidou M-E., Vareltzis I. & Kororos P. (2011). Sex Difference in The
Motor Abilities of Young Male And Female Handball Players. Journal of Bio.
Sport. 28: 171- 176.





36

LAMPIRAN A


BORANG SKOR UJIAN BALINGAN BOLA ATAS KEPALA
TAHUN 5 HARAPAN
(Modifikasi daripada ujian Zapartidis et al.: Throwing stability in team handball)

BIL. NAMA MURID
RES.
PERCUBAAN
(1= 10 kali balingan)
SKOR
TERBAIK
1 2
1
A

2
B

3
C

4
D

5
E

6
F

7
G

8
H

9
I

10
J








37

LAMPIRAN B


PROSEDUR PELAKSANAAN
UJIAN BALINGAN BOLA ATAS KEPALA TAHUN 5 HARAPAN


a) Sebelum
1. Penyiapan tempat bagi menjalankan ujian.
2. Kumpul responden di satu kawasan.
3. Penerangan awal berkenaan ujian yang bakal dihadapi oleh responden.
4. Melakukan sesi pemanasan badan beramai- ramai.
5. Responden diuji mengikut giliran.

b) Semasa
1. Kesemua responden perlu menyelesaikan ujian bagi set 1 (10 kali balingan).
2. Rehat diberi kepada responden selama 2 minit kemudian sambung untuk ujian
set 2 (10 kali balingan).
3. Responden tidak dibenarkan keluar daripada kawasan ujian.
4. Skor balingan bola atas kepala responden dicatat.

c) Selepas
1. Sesi cooling down oleh semua responden.
2. Kawasan ujian dikemas.

38

LAMPIRAN C

LAKARAN ORGANISASI UJIAN


P

X1 x2
5 meter


Petunjuk

- Marker
X1 - Pembaling bola (responden)
X2 - Penerima bola
P - Penguji

Anda mungkin juga menyukai