Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Masalah

Sebagai kajian kursus untuk Pendidikan Jasmani, saya telah memilih tajuk ‘ Kesan

memanaskan badan terhadap jaringan statik dalam permainan bola keranjang’.

Dalam pengajaran kemahiran permainan ini, kemahiran menjaring bola merupakan

tektik untuk merebut markah bagi satu-satu pasukan pada set permainan. Sekiranya

pemain-pemain boleh menguasai kemahiran permainan tetapi tidak cekap untuk

menjaring bola, maka pasukan pemain tidak akan mendapat sebarang markah untuk

memenangi permainan.

Pada pengalaman melatih pasukan bola keranjang, saya telah perhatikan bahawa

kelemahan menjaring merupakan masalah kerugian mendapat point dan pemain perlu

dilatih dan didedahkan dengan teknik yang sesuai dan persediaan yang berkesan

untuk memenangi set permainan.

Dalam perhatian saya, didapati kekurangan aktiviti memanaskan badan sebelum

memulakan permainan adalah satu kelemahan yang melibatkan jaringan bola yang

tidak tepat oleh pemain. Kajian ini akan saya menyelidik secara mendalam kesan dan

1
cara memperbaiki latihan untuk meningkatkan pencapaian jaringan pemain,

khususnya jaringan statik.

Prinsip memanaskan badan merupakan suatu tajuk yang hebat diperdebatkan di

kalangan pengkaji-pengkaji fisiologi senam. Faktor utama kepentingan senaman

memanaskan badan ialah untuk mengelakkan diri daripada kecederaan. Tubuh badan

pemain memerlukan masa untuk memanaskan serta buat persediaan bagi

melaksanakan aksi-aksi yang kompleks. Dengan ini dapat memastikan badan mereka

bertahan lebih lama dan mengelak kecederaan ringan atau serius, mengelak

kekejangan otot, dan membantu membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih

baik.

Mungkin apabila pemain sedang beraksi di gelanggang bola, fikiran terganggu atas

sebab-sebab yang mengakibatkan pemain hilang fokus dan memberi kesan buruk

pada permainan. Senaman memanaskan badan dapat membuat mental pemain

menjadi lebih tenang sekaligus membantu mereka agar sentiasa fokus dengan kerja

yang dilakukan.

Dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji jurulatih sukan, dengan senaman

memanaskan badan yang sesuai atau berkesan, ia mampu meningkatkan prestasi dan

keupayaan badan ketika bersukan. Apabila melakukan senaman memanaskan badan,

ia dapat membantu pergerakan darah ke seluruh otot badan yang akan memberikan

tenaga kepada badan untuk terus bergerak dan berupaya melakukan sesuatu

permainan dengan cekap.

Kemahiran menjaring bola merupakan kemahiran yang penting dalam permainan

bola keranjang. Saya berharap, sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan

mengaplikasikan kaedah ini untuk murid-murid yang lain supaya dapat menguasai

kemahiran ini juga.

2
1.2 Pernyataan Masalah Kajian

Beberapa kelemahan dalam kaedah jaringan statik dalam permainan bola keranjang

dikenalpasti seperti berikut:

~pemain tidak dapat menjaring bola keranjang dengan tepat ,

~ragu-ragu dengan teknik menjaring dengan berkesan,

~kekurangan pengetahuan kemahiran dan latihan memanaskan badan sebelum

melakukan jaringan yang baik.

Kajian ini cuba menyelidik adakah memanaskan badan secara aktif serta berkaitan

memberi kesan yang positif dan ketara terhadap kemahiran menjaring bola

keranjang. Kemahiran menjaring banyak melibatkan pergerakan-pergerakan

kompleks iaitu unsur-unsur ketepatan, koordinasi, ‘timing’ dan keyakinan.

Masalah yang saya hadapi akan dapat diatasi sekiranya saya menumpukan kepada

pengaplikasian sasaran dalam latihan memanaskan badan. Melalui teknik ini, murid-

murid yang tidak dapat menjaring dengan baik akan dapat ditingkatkan. Berdasarkan

pengalaman, sebelum melakukan sesuatu aktiviti sukan, kita akan melakukan aktiviti

senaman ringan iaitu memanaskan badan.

Melalui pemerhatian yang saya buat, murid-murid tidak mengambil serius semasa

melakukan aktiviti memanaskan badan dilakukan. Sikap murid yang tidak

mempunyai sikap intrinsic menyebabkan mereka tidak mencapai prestrasi dan mudah

berputus asa. Kesannya jika kajian ini tidak dijalankan, murid dikhuatiri tidak lagi

berminat untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Objektif pembelajaran

seterusnya mungkin tidak tercapai sekiranya murid-murid tidak dapat menguasai

kemahiran menjaring dengan tepat. Perasaan kecewa akan merungsingkan mereka

kerana tidak dapat mengumpul markah apabila permainan bola keranjang dijalankan.

3
1.3 Soalan Kajian

~Adakah kesan memanaskan badan terhadap ketepatan jaringan statik dalam

permainan bola keranjang?

~Benarkah aktiviti memanaskan badan yang sesuai boleh memberi kesan-kesan

positif terhadap ketepatan menjaring secara statik dalam permainan bola keranjang?

1.4 Objektif Penyelidikan atau Kajian

Objektif Am : Kajian ini bertujuan

~ untuk meningkatkan penguasaan murid/pemain terhadap kemahiran menjaring

dalam permainan bola keranjang melalui pengaplikasian sasaran latihan

pemanasan badan.

~ meningkatkan kesedaran intrinsik murid terhadap kepentingan latihan

memanaskan badan yang betul.

Objektif Khusus :

1. Mendapatkan perbezaan yang ketara dalam prestasi jaringan statik bola

keranjang selepas memanaskan badan dan tanpa memanaskan badan.

2. Mendapatkan kemajuan yang ketara dalam jaringan statik bola keranjang

selepas memanaskan badan.

3. Meningkatkan kemahiran motor halus pemain.

4. Mengenal pasti kekurangan pemain dalam melakukan kemahiran menjaring

dalam permainan bola keranjang.

1.5 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian

4
Kajian yang akan dijalankan bertujuan untuk mengetahui secara mendalam kesan-

kesan memanaskan badan terhadap ketepatan jaringan statik dan sambil itu

diharapkan hasil kajian yang diperolehi dapat memperkuatkan lagi tuntutan bahawa

memanaskan badan memperbaiki ketepatan pada amnya.

Hasil kajian nanti mungkin dapat memberi maklumat yang berguna kepada guru

Pendidikan Jasmani, jurulatih-jurulatih dan pemain-pemain supaya penguasaan

kemahiran jaringan yang tepat dalam permainan bola keranjang. Ia juga boleh

diaplikasikan kepada aktiviti kompleks yang lain dalam permainan bola jaring, bola

baling, bowling, atau mengawal serta menjaring gol dalam permainan bola sepak.

1.6 Batasan Penyelidikan atau Kajian

Kesan memanaskan badan terhadap ketepatan jaringan statik dalam permainan bola

keranjang untuk 20 orang murid lelaki Tahun 5 di SJK C Jerlun, Kuala Kangsar.

2. TINJAUAN LITERATUR

Beberapa bahan bacaan dan kajian yang ada kaitan dengan kajiselidik dalam bidang

memanaskan badan dirujuk dan terdapat pandangan yang bertentangan. Antara

mereka termasuk Frank (1972) yang mendapat tinjauan dan rumusan menyatakan

“Persoalan yang logik bukan samada memanaskan badan itu berfaedah atau tidak,

bahkan apakah jenis memanaskan badan yang boleh memberi faedah kepada sesuatu

lakuan dan seseorang pelaku yang berbeza.”

Menurut Singer (1972), kajian yang dijalankan membayangkan memanaskan badan

akan mewujudkan suatu keadaan persediaan serta persiapan yang lebih tinggi untuk

melakukan semua aktiviti. Kesimpulannya beliau percaya bahawa keadaan

sedemikian akan menimbulkan suatu prestasi yang lebih baik.

5
Pada tahun 1977 setelah tinjauan lebih mendalam, Singer mencadangkan bahawa

memanaskan badan mungkin lebih berfaedah bagi acara-acara yang melibatkan

pergerakan-pergerakan yang cepat dan laju daripada aktiviti-aktiviti seperti acara trek

atau renang yang banyak melibatkan pergerakan. Beliau juga menegaskan bahawa

ada kemungkinan besar memanaskan badan akan meletakkan seseorang dalam suatu

keadaan persediaan dari segi psikologi untuk menghadapi sesuatu cabaran. Beliau

mengatakan bahawa memanaskan badan mungkin dapat membantu seseorang

melepaskan ketegangan serta memberi lebih banyak keyakinan kepadanya. Manusia

biasanya akan melakukan sesuatu dengan lebih baik jika mereka mempercayai

bahawa mereka memang boleh mencapainya.

Hasil kajian Burke (1957) menunjukkan bahawa seseorang atlit yang mempunyai

daya fizikal yang tinggi, memanaskan badan oleh dijalankan selama 30 minit dengan

beban yang berat. Akan tetapi, beliau menegaskan bahawa kekuatan atau intensi dan

jangkamasa memansakan badan itu mesti disuaikan dengan keperluan individu.

Beliau mengatakan biasanya tanda-tanda kenaikan suhu badan adalah berpeluh.

Pada tahun 1958, Thompson telah membuat satu kajian ke atas dua puluh orang

pemain bola keranjang di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat untuk

menentukan sama ada memanaskan badan memberi faedah kepada jaringan layang.

Hasil kajiannya menunjukkan bahawa memanaskan badan memberi faedah yang

ketara kepada jaringan layang. Thompson(1958) dalam kajian lain telah

menunjukkan bahawa memanaskan badan boleh meninggikan ketepatan dalam

permainan bowling.

Antara pengkaji-pengkaji lain yang banyak menyumbangkan fikiran dan pendapat

terhadap keberkesanan memanaskan badan untuk meningkatkan prestasi permainan

termasuk Jensen dan Morgeaegg (1965), Bakker (1968) yang mendapati bahawa

6
memanaskan badan memberi kesan positif terhadap presatasi melakukan jimnastik

dan perbuatan servis dalam permainan bola tampar. De Vries (1966) pula

mengatakan bahawa memanaskan badan dapat memperbaiki pergerakan yang terlibat

dengan sesuatu aktiviti itu, manakala Raseh dan Burke (1977) berpendapat bahawa

memanaskan badan secara berkaitan memang berfaedah untuk aktiviti-aktiviti yang

terlibat dengan koordinasi dan faktor-faktor pembelajaran jika dibandingkan dengan

aktiviti-aktiviti yang sebahagian besarnya terlibat dengan fungsi-fungsi fisiologi

sahaja.

Walaubagaimana pun, pengkaji seperti Filipponi (1951), MNiddlebrook (1966),

Hodgkins (1957), Hipple (1955) merumuskan hasil kajian mereka bahawa

memanaskan badan tidak memberi kesan ketara yang boleh memperbaiki prestasi

pemain dalam satu-satu kemahiran.

Dengan rujukan literatur yang disemak, jelasnya kelihatan bahawa data-data atau

bukti-bukti kajian yang diperolehi daripada kajian-kajian yang telah dibincangkan

adalah bertentangan serta tidak membawa keputusan yang pasti.

3. METODOLOGI PENYELIDIKAN

Metodologi sesuatu penyelidikan dimaksudkan dengan struktur logikal yang

digunakan daripada awal hingga akhir bagi memenuhi tujuan sesuatu kajian. Ia

merangkumi teknik penyelidikan serta cara mendapat dan menganalisis data itu.

(Abdullah Taib 1991).

Rasional metodologi dapat ditakrifkan sebagai kaedah yang teknikal untuk

menjalankan penyelidikan atau kajian. Ia melibatkan beberapa langkah prosedur

yang tertentu bagi mencapai sesuatu tujuan penyelidikan.

7
3.1 Prosedur Kajian/Reka Bentuk Penyelidikan

Dua puluh orang pemain lelaki bola keranjang Tahun 5 dari SJK C Jerlun Kuala

Kangsar dipilih sebagai sampel untuk kajian ini. Berat badan dan ketinggian mereka

akan direkodkan.

Ujian kemahiran menjaring dari Kemahiran Asas Permainan Bola Keranjang dari

buku bertajuk ‘Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Bola Keranjang’ (Jabatan

Pendidikan Perak 2000), dan ‘Modul latihan sukan untuk guru penasihat Kelab

Sukan sekolah Bola Keranjang’ (KPM 2012). Lima belas kali percubaan jaringan

telah diberikan untuk setiap sesi ujian. Jumlah ujian ialah sebanyak enam kali, iaitu

tiga kali dengan adanya rawatan memanaskan badan dan tiga kali tanpa sebarang

rawatan memanaskan badan.

3.2 Sampel Kajian

~ Dua puluh orang pemain lelaki bola keranjang Ttahun 5 dari SJK C Jerlun Kuala

Kangsar dipilih sebagai sampel untuk kajian ini.

3.3 Instrumen

~Pemerhatian: Pemerhatian saya terhadap sekumpulan murid semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani permainan bola keranjang sebelum

membuat keputusan untuk membuat kajian. Pemerhatian lebih berfokus kepada

kesan latihan memanaskan badan dalam menjaring. Hasil pemerhatian saya, murid

yang membuat latihan memanaskan badan dalam keadaan yang tidak serius dan

bergurau menyebabkan mereka tidak dapat melakukan jaringan dengan tepat. Ini

dapat dilihat apabila mereka hanya boleh menjaring dua kali melepasi gawang dalam

10 kali percubaan.

8
~ Ujian Pra: Ujian pra merupakan ujian awal untuk memperoleh data tinjauan awal

bagi mengenal pasti masalah kemahiran menjaring. Semasa ujian pra sebanyak 10

kali percubaan menjaring diberikan kepada setiap murid. Semasa ujian dijalankan,

saya meletakkan sasaran untuk murid menjaring ke arah sasaran. Murid berdiri 12

meter dari gawang gol. Murid akan berlari ke arah gol sebanyak tiga langkah dan

melakukan kemahiran menjaring. Saya menggunakan borang penilaian menjaring

semasa murid melakukan aktiviti menjaring. Apabila ujian selesai dilaksanakan,

borang skor akan disimpan dan dianalisa. Keputusan borang skor tidak akan

dibincangkan bersama murid. Selesai membuat ujian, saya akan mengajar latihan

sasaran memanaskan badan dan mengajar semula teknik menjaring bola keranjang.

~ Ujian Pos: Ujian Pos merupakan ujian untuk mendapatkan data dari hasil

pembelajaran yang telah dilaksanakan bagi menilai tahap penguasaan murid

terhadap kemahiran yang telah diajar. Ujian pos masih menggunakan borang skor.

Semasa mereka melakukan ujian tersebut, penyelidik akan mencatatkan skor yang

disediakan. Hasil ujian ini akan dibandingbeza dengan ujian pra bagi menganalisis

sama ada pendekatan yang telah digunakan berkesan atau tidak. Pengumpulan data

untuk ujian pos akan dianalisis dan dibandingkan dengan ujian pra. Jika terdapat

peningkatan maka ujian dikira berjaya dan mencapai objektif. Sekiranya tidak

terdapat peningkatan atau data tidak berubah melalui ujian pos maka pendekatan

yang digunakan perlu diubah dan diperbaiki lagi.

~ Temu bual: Temu bual merupakan salah satu darpada kaedah untuk mendapatkan

data bagi kajian yang dijalankan. Data yang dikumpul biasanya tertumpu kepada

hasil maklum balas daripada responden terhadap kajian yang dijalankan. Apabila

ujian pra dan pos telah dijalankan,saya akan mengumpulkan murid dan mengedarkan

borang temu bual kepada murid. Melalui borang temu bual ini, saya akan mengetahui

9
pendapat dan apa yang mereka rasa semasa melakukan ujian setelah membuat latihan

sasaran dalam aktiviti memanaskan badan dalam meningkat ketepatan menjaring

mereka.

3.4 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data adalah merupakan satu prosedur yang sistematik dan standard

untuk memperolehi data yang diperlukan bagi kajian ini. Dalam prosedur ini,

beberapa pertimbangan telah diambilkira iaitu antaranya tarikh ujian dan

pengumpulan data dilakukan, masa ianya dilakukan, sampel untuk diuji dan

mengenal pasti cara pengumpulan data.

Sepanjang perlaksanaan kajian ini dijalankan, pengumpulan data dibuat melalui

instrumen seperti tercatat di atas, iaitu dengan proses pemerhatian, ujian pra, ujian

pos dan temu bual.

Ujian menjaring bola keranjang yang digunakan dalam kajian ini adalah satu ujian

yang terkandung di dalam bateri ujian kemahiran asas permainan bola keranjang

sepertimana digariskan dalam buku “ Panduan Pelaksanaan kokurikulum Bola

Keranjang” yang dihasilkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak 2000. Salah satu

sebab ujian ini dipilih ialah kerana ianya mudah ditadbirkan, dan ujian ini

mempunyai angkuli kepercayaan (reliability coefficients) yang tinggi.

3.5 Analisis Data

Kajian ini adalah bertujuan supaya mengesan sama ada aplikasi atau penggunaan

prosedur-prosedur memanaskan badan boleh memperbaiki prestasi jaringan statik

dalam permainan bola keranjang. Data-data yang diperlukan dalam kajian ini

diperolehi daripada 20 orang pemain lelaki di SJK C Jerlun Kuala Kangsar.

10
Analisis dapatan data dilakukan bagi memudahkan tindakan pengesanan dan

mengemaskini dapatan yang telah dihasilkan. Dapatan ujian pra dan pos akan

dikumpulkan berdasarkan analisis deskriptif bertujuan memberi gambaran tentang

data yang diambil seperti min (mean), jumlah (sum), sisihan piawai (standard

deviation) varian (variance) dan purata (range).

Penganalisisan data akan dilakukan dengan menjumlahkan peratus yang diperoleh

hasil daripada percubaan. Kemudian saya akan membuat sebuah graf untuk melihat

perubahan dan pencapaian subjek.

SENARAI RUJUKAN

Clayne R. Jensen. (1972). Health education, physical education, and recreation


series. USA: Lea & Febiger

David L. DeVries. (1980). Teams-games-tournament: the team learning approach .


USA: Educational Technology

Johnny Unitas. (1979). Improving health and performance in the athlete. USA :
Prentice-Hall

Mary Phyl Dwight et.al. (1997). Team handball: steps to success. USA : Human
Kinetics

Paul Gamble. (2009). Strength and conditioning for team sport : sport-specific
physical preparation for high performance. USA: Taylor & Francis

Susan S. Adler. (2008). PNF in practice: an illustrated guide. Germany : Springer

Jabatan Pendidikan Perak (2000). Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Bola


Keranjang.

Bahagian Pendidikan Guru (2012). Modul latihan sukan untuk guru penasihat Kelab
Sukan sekolah Bola Keranjang. KPM 2012

11
LAMPIRAN

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bulan Jun Julai Ogos

Minggu 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Aktiviti

Merancang tindakan

pengumpulan maklumat

Membuat jadual

perlaksanaan tindakan

Mengumpul maklumat

awal (pemerhatian)

Temu bual/tidak formal

Menulis proposal kajian

Ujian Pra

Perlaksanaan latihan

sasaran /Treatment

12
Ujian Pos

Kumpul dan analisis data

Menulis laporan

BORANG MAKLUMAT MURID

Nama:_________________________ Jantina:___________

Kelas:_________________________ Umur: ____________

Berat:_________________________ Tinggi: ____________

Nama Bapa:___________________ Pekerjaan:__________

Nama Ibu: ____________________ Pekerjaan:__________

Tahap Kesihatan:_______________________________________

Permainan yang diminati: 1..____________________________

2..___________________________

Tahap penglibatan dalam permainan: _______________________

1. Rumah

2. Sekolah

3. Daerah

4. Negeri

13
MAKLUMAT DIRI SAMPEL KAJIAN

Sampel Bangsa Tinggi Berat BMI Tahap Penglibatan

10

11

12

13

14

15

14
16

17

18

19

20

Skrip Temu Bual

Bil Soalan Ya Tidak

1. Adakah anda berminat terhadap permainan bola keranjang?

2. Pernahkah anda bermain bola keranjang?

3. Adakah anda pernah belajar kemahiran bola keranjang di sekolah?

4. Pernahkah anda menonton perlawanan bola keranjang?

5. Adakah pengajaran yang dijalankan guru sebelum ini melibatkan

aktiviti memanaskan badan?

6. Adakah pengajaran memanaskan badan diajar oleh guru membantu

anda meningkatkan kemahiran menjaring anda?

7. Adakah pengajaran menjaring dengan target meningkatkan

kemahiran menjaring anda?

8. Adakah memanaskan badan menarik minat anda menjalani

kemahiran menjaring?

9. Adakah rakan-rakan membantu anda dalam meningkatkan

kemahiran menjaring?

10. Adakah anda semakin minat dengan permainan bola keranjang?

15
11.Adakah perasaan anda setelah menjalani latihan sasaran dalam meningkatkan

kemahiran menjaring bola keranjang?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

12. Adakah menjaring dengan tepat dalam latihan memanaskan badan dapat

meningkatkan kemahiran menjaring bola keranjang anda? Nyatakan sebab.

______________________________________________________________

____________________________________________________________

16
Nama:_____________________
0 1 2 3 4 5
Jantina :__________umur:____ markah

Tidak sangat jarang kadang- agak kerap kerap


pernah jarang kadang

1. Berlari 3 langkah

2. Lihat penjaga gol

3. Bawa bola ke atas kepala

4. Rejam di penjuru gol

5. Ikut lajak

Jumlah markah LAMPIRAN

BORANG PEMERHATIAN

17
SKOR UJIAN PRA MENJARINGKAN GOL

DALAM LATIHAN MEMANASKAN BADAN

Sampel Percubaan Skor Peratus Skor

1 2 3 4 5

S1

S2

S3

S4

S5

S6

S7

S8

S9

S10

S11

S12

S13

S14

S15

S16

S17

S18

S19

S20

18
SKOR UJIAN MENJARINGKAN GOL SELEPAS AKTIVITI

PENGAPLIKASIAN SASARAN DALAM LATIHAN MEMANASKAN BADAN

Sampel Percubaan Skor Peratus Skor

1 2 3 4 5

S1

S2

S3

S4

S5

S6

S7

S8

S9

S10

S11

S12

S13

S14

S15

S16

S17

S18

S19

S20

19

Anda mungkin juga menyukai