Anda di halaman 1dari 34

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

Nama :
No Matrik :
Email :
Pusat Pembelajaran :
Semester : MEI 2018

1
Isi Kandungan

No Item Muka Surat


1 Pendahuluan 3-4
2 Kaedah Pengumpulan Data Pendidikan Inklusif di Sekolah 5-6
2.1Tempat dan sekolah dipilih
2.2 Pemilihan Responden
2.3 Pengalaman Mengajar Responden Pertama
2.4 Pengalaman Mengajar Responden Kedua
2.5 Proses Wawancara Responden
3 Kompetensi Guru Pendidikan Inklusif 7-10
3.1.1 Kompetensi Pedagogi
3.1.2 Kompetensi Keperibadian
3.1.3 Kompetensi Sosial
3.1.4 Kompetensi Profesional
4 Wawancara dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 11-19
4.1 Pembelajaran Kolaborasi
4.2 Pembelajaran Koperasi
4.3 Kegunaan Visual dan Teknologi Maklumat
4.4 Pembelajaran Melalui Alat Permainan
5 Kesimpulan 20
6 Lampiran 21-32
7 Rujukan 33-34

2
1.0 Pendahuluan

Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu pendidikan yang ditawarkan kepada murid
berkeperluan khas (MBK) untuk belajar bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam bilik
darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam
keadaan normal tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan.
Choong Lean Keow.(2009) berdasarkan pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Pendidikan inklusif (PI) merupakan satu peluang pendidikan umum yang diberikan kepada
semua kanak-kanak yang bermasalah di Malaysia , ini termasuk kanak-kanak cacat. Kanak-
kanak cacat khasnya, yang mempunyai potensi belajar adalah ditempatkan dalam kelas biasa di
bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru-guru
biasa. Kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada peringkat permulaan
akan ditempatkan di dalam kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP).

Abdul Rahim (1994),Pembelajaran Inklusif adalah pendidikan yang diberikan kepada


murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid
normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Kamariah Jalil(1995),Dalam erti
kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa di
mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti
pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.

Alimin (2005) menjelaskan bahwa pendidikan inklusi adalah sebuah proses dalam
merespon kebutuhan yang beragam dari semua anak melalui peningkatan partisipasi dalam
belajar, budaya dan masyarakat, dan mengurangi eklusivitas di dalam pendidikan. Pendidikan

3
inklusif mencakup perubahan dan modifikasi dalam isi, pendekatan-pendekatan, struktur dan
strategi yang dapat mengakomodasi kebutuhan semua anak seseuai dengan kelompok usianya.
Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf
hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program
Inklusif akan dapat memastikan bahawa perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan
sepenuhnya. Seterusnya peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak
lain juga dapat diluaskan. Pengagihan perkhidmatan dan sumber yang lebih adil.

2.0 Kaedah Pengumpulan Data Pendidikan Inklusif di Sekolah

4
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan inklusif amat penting di negara
kita.Penekanan terhadap kualiti, kejayaan dan keberkesanan pendidikan inklusif amat penting
dan berkaitan rapat dengan tanggungjawab dari pihak sekolah dan ahli masyarakat. Di sini saya
telah mengambil beberapa kaedah untuk mengumpul data tentang pendidikan inklusif di
sesebuah sekolah.

2.1 Tempat dan Sekolah Dipilih


Saya telah memilih sebuah sekolah yang mengandungi pendidikan inklusif berdekat bandar
ipoh.Nama sekolah ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pasir Puteh, Ipoh,Perak.

2.2 Pemilihan Responden


Saya telah memilih tiga responden dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pasir Puteh,
Ipoh,Perak. Responden pertama ialah Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) Pasir Puteh, Ipoh,Perak iaitu Puan Khoo Lai Ling dan dua orang guru akademik biasa
iaitu Puan Lim Lai Fun dan Cik Chow Kuan Yuen.

2.3 Pengalaman Mengajar Responden Pertama


Puan Khoo Lai Ling, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pasir
Puteh, Ipoh,Perak juga merupakan seorang pendidik yang cemerlang dalam pengurusan
pentadbiran pendidikan di sekolah tersebut.Puan Khoo mempunyai 20 tahun pengalaman
mengajar di sekolah rendah.Beliau berpengalaman merancang,mengurus dan menjalankan
pelbagai aktiviti pendidikan inklusif di sekolah.Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan( Pendidikan Khas) dengan kepujian pada tahun 2014.Beliau mengajar kelas tahun 1,
subjek matematik,kelas ini mempunyai 3 orang murid kelainan upaya iaitu murid lembam “slow
learner” dalam pembelajaran.

2.4 Pengalaman Mengajar Responden Kedua

5
Puan Lim Lai Fun mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar di sekolah rendah.Beliau
mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(Pendidikan Khas) dan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan(Sekolah Rendah) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Beliau juga banyak
mengambil berat pendidikan inklusif bagi murid kelainan berupaya di sekolah tersebut.Beliau
mengajar kelas tahun 4, subjek Bahasa Cina ,kelas ini mempunyai 2 orang murid kelainan upaya
iaitu murid lembam “slow learner” dalam pembelajaran.

2.5 Proses Wawancara Responden


Segala proses temu bual dijalankan di Bilik Kaunseling SJKC Pasir Puteh.Saya memilih Bilik
Kaunseling kerana suasana bilik tersebut baik, selesa dan memudahkan proses temu bual
dijalankan dalam keadaan tenang. Proses temu bual dalam bentuk kumpulan, saya bersama
dengan tiga orang guru akan duduk dalam benetuk bulatan untuk memudahkan kita
berkomunikasi dan mendapat data yang jelas yang mereka sampaikan kepada saya.

Seterusnya, saya akan mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam pendidikan inklusif kepada responden untuk menjawab. Di samping
itu, saya juga merekod pandangan dan pengalaman PdP pendidikan inklusif mereka yang
disampaikan melalui temu bual.(Rujuk Lampiran 1)

3.0 Kompetensi Guru Pendidikan Inklusif

6
Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran(PdP) Puan Khoo Lai Ling di sekolah
tersebut.Kompetensi guru dalam pendidikan inklusif amat penting untuk dikuasai supaya murid
kelainan upaya dapat menguasai objektif pembelajaran.Djohar(2006) menyatakan kompetensi
guru terkait dengan kewenangan melaksanakan tugasnya, dalam hal ini dalam menggunakan
bidang studi sebagai bahan pembelajaran yang berperanan sebagai alat pendidikan, dan
kompetensi pedagogi yang berkaitan dengan fungsi guru dalam memperhatikan kelakuan murid
dalam pembelajaran . 

Menurut Puan Lim Lai Fun, dari pengertian di atas dapat disimpulkan bahwa kompetensi
guru adalah hasil dari penggabungan dari kemampuan-kemampuan yang banyak jenisnya, dapat
pengetahuan, keterampilan, dan tingkah laku yang harus dimiliki, dihayati, dan dikuasai oleh
guru dalam menjalankan tugas keprofesionalannya. Beliau mengambil contoh seperti
berdasarkan pendapat Suparlan (2008) , kompetensi guru bermakna menambahkan bahawa
standard kompetensi guru dipilih ke dalam tiga komponen yang saling berkaitan, iaitu
pengelolaan pembelajaran, pengembangan profesi, dan penguasaan akademik.Kompetensi yang
harus dimiliki oleh tenaga guru antara lain iaitu kompetensi pedagogi, keperibadian, profesional
dan sosial yang diperoleh melalui pendidikan inklusif.

3.1.1 Kompetensi Pedagogi


Dalam pendidikan inklusif, kompetensi pedagogik meliputi pemahaman guru terhadap
murid kelainan upaya, perancangan dan pelaksanaan pembelajaran, hasil belajar, dan
pengembangan murid tersebut untuk mendedahkan pelbagai potensi yang dimilikinya.

Menurut Puan Khoo Lai Ling, sebagai guru, kita perlu memahami murid kelainan upaya
secara mendalam, memahami murid kelainan upaya dengan memanfaatkan prinsip-prinsip
perkembangan kognitif dan memahami murid kelainan upaya dengan memanfaatkan prinsip-
prinsip keperibadian.

7
Kedua, kita hendaklah merancang pembelajaran, termasuk memahami landasan pendidikan
untuk kepentingan pembelajaran murid kelainan upaya (MKU)di dalam kelas, memahami
landasan pendidikan, menerapkan teori pengajaran dan pembelajaran dan menentukan strategi
pembelajaran berdasarkan MKU

Kita melaksanakan pembelajaran menfokus kepada MKU adalah berdasarkan kesesuaian


bahan bantu mengajar(BBM) untuk pembelajaran MKU dan melaksanakan pembelajaran yang
kondusif di dalam kelas.Seterusnya, merancang dan melaksanakan penilaian pembelajaran
memiliki MKU iaitu merancang dan melaksanakan penialian atau ujian (assessment) dan hasil
belajar secara berkesinambungan dengan pelbagai cara dan kemudian kita akan menganalisis
hasil penialian MKU dan hasil belajar untuk menentukan tingkat ketuntasan belajar (mastery
learning) dan memanfaatkan hasil penilaian pembelajaran untuk memperbaiki kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran secara umum.

Selain itu, kompetensi pedagogi guru yang berkesan dapat mengembangkan MKU dalam
proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) dan untuk menentukan pelbagai potensi mereka, ini
dapat membantu mereka menghasilkan keseronokan belajara bersama dengan murid biasa di
dalam kelas.

3.1.2 Kompetensi Keperibadian dalam Pendidikan Inklusif

Dalam pendidikan inklusif, kompetensi kepribadian merupakan kemampuan personal yang


mencerminkan keperibadian yang mantap, stabil, dewasa, arif, dan berwibawa, menjadi teladan
bagi murid kelainan upaya (MKU)dan berakhlak mulia.

Keperibadian guru yang mantap dan stabil bermakna guru bertindak sesuai dengan normal
hukum, bertindak sesuai dengan normal sosial dan memiliki konsistensi dalam bertindak sesuai
dengan norml.Seterusnya, keperibadian yang dewasa ini menampilkan kemandirian dalam
bertindak sebagai pendidik dan memiliki sifat profesional sebagai guru.Bagi keperibadian yang
arif bermakna guru pendidikan inklusif perlu menampilkan tindakan berdasarkan kemanfaatan

8
murid kelainan upaya, sekolah, dan masyarakat serta menunjukkan minda terbuka dalam berfikir
dan bertindak dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

3.1.3 Kompetensi Sosial dalam Pendidikan Inklusif

Kompetensi sosial merupakan kemampuan guru pendidikan inklusif untuk berkomunikasi


dan bergaul secara efektif dengan murid kelainan upaya(MKU), sesama murid biasa, ibubapa
dan masyarakat sekitar. Kompetensi ini menunjukkan guru mampu berkomunikasi secara efektif
dengan MKU dalam proses pengajaran dan pembelajaran(PdP).Guru dapat memahami keperluan
dan tahap penguasaan MKU melalui ujian atau aktiviti didik hibur di dalam kelas.

3.1.4 Kompetensi Profesional dalam Pendidikan Inklusif

Kompetensi profesional merupakan penguasaan guru pendidikan inklusif dalam bidang bahan
bantu mengajar dan proses pembelajaran murid kelainan upaya(MKU) secara luas dan
mendalam.Guru pendidikan inklusif perlulah menguasai dan memahami bahan bantu mengajar
(BBM) yang ada dalam kurikulum sekolah, memahami struktur pendidikan dalam kelas, konsep
dan memahami hubungan konsep antar mata pelajaran terkait dan menerapkan konsep-konsep
keilmuan dalam kehidupan sehari-hari.BBM yang disediakan mestilah sesuai dengan murid biasa
dan murid kelainan upaya di dalam kelas.

Guru pendidikan inklusif hendaklah menguasai struktur pengajaran dan pembelajaran(PdP)


di dalam kelas supaya dapat merancang dan menggunakan langkah-langkah PdP yang efektif
terhadap MKU semasa PdP dijalankan. Seterusnya, kajian kritis PdP untuk MKU perlu
dilakukan supaya guru pendidikan inklusif dapat memahami tahap penguasaan MKU, kelemahan
dan kekuatan MKU dalam PdP dan BBM yang sesuai atau BBM diperbaiki pada masa depan
untuk MKU.

9
4.0 Wawancara dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam
Pendidikan Inklusif

Menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) Perkataan Pengajaran dan
Pembelajaran adalah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk

10
yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar
atau mengajarkan.

4.1 Pembelajaran Kolaborasi dalam Pendidikan Inklusif


Untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid
kelainan upaya, pembelajaran kolaborasi adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
sesuai digunakan dalam pendidikan inklusif.

Puan Khoo Lai Ling berkata bahawa kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan
murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan
bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang,
merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh
guru.  Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai
dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.  Prinsip pembelajaran ini
ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan. Ini bermakna setiap kumpulan
mestilah bercampur dengan murid kelainan upaya supaya murid yang cemerlang boleh
membimbing dan membantu murid kelainan upaya menjalankan proses pembelajaran semasa
pengajaran dan pembelajaran disampaikan oleh guru.

Puan Khoo Lai Ling juga mengambil kajian literatur seperti berikut proses pengajaran dan
pembelajaran kolaborasi merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat
mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan.Muhd. Fauzi (2008),guru pendidikan inklusif
memerlukan kemahiran asas supaya dapat menjalankan satu proses pengajaran yang baik
seterusnya membawa kepada proses pembelajaran murid-murid kelainan upaya.

Di samping itu, Puan Lim Lai Fun berkata bahawa pendekatan kolaborasi dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan inklusif boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latihan
kemahiran kerja, bengkel terlindung, pelbagai kaedah terapi dan aktiviti luar bilik darjah.

11
4.1.1 Latihan Kemahiran Kerja
Menurut Puan Lim, latihan kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid kelainan
upaya(MKU) dalam bermasalah pembelajaran. Saya juga memastikan matlamat utama latihan ini
adalah untuk memberi kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi, dan kemahiran asas berkaitan
pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

(a) Latihan Dalaman (Berbentuk Projek)


Guru pendidikan inklusif akan melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang
dengan baik. Contohnya;
 perkebunan dan penjualan hasil tanaman semasa Hari Kantin Sekolah
 aktiviti-aktiviti perniagaan seperti membuat aiskrim, biskut, kek,kuih dan lain -lain
 memelihara ikan, burung dan lain-lain

Semua latihan dalaman disediakan tersebut dapat membimbing murid kelaian upaya(MKU)
menguasai kemahiran asas dalam kehiduapan sendiri pada masa hadapan.

(b) Latihan Kerja yang Melibatkan Pihak Luar atau Kerja Luar
Guru boleh cuba mendapatkan barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan
(assemble) dalam waktu persekolahan atau membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil
kraftangan murid seperti batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual. Aktiviti tersebut amat
menarik dan dapat membantu MKU memperoleh ilmu dan kemahiran baru dari segi teknologi.
(c) Latihan Kerja Sebenar
Latihan kerja sebenar ialah usaha mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja
seperti mencuci kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Saya juga sentiasa
merancang laithan kerja sebenar dengan meminta MKU dihantar bekerja di tempat sebenar dan
pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.

12
Gambar1 : Pembelajaran Kolaborasi

4.2 Pembelajaran Koperatif dalam Pendidikan Inklusif

Secara umum, strategi koperatif memerlukan murid-murid bekerjasama dalam kumpulan


bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi
antara satu sama lain secara berstruktur.Pembelajaran Koperatif juga merupakan satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik untuk membantu murid kelainan upaya(MKU)
menguasai kemahiran,ilmu pengetahuan dalam PdP bersama-sama dengan murid normal di
dalam kumpulan.

Puan Khoo berkata , banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh


beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis
dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh Kagan (1988)
untuk digunakan sebagai pendekatan utama.

Menurut Arends(2001) menjelaskan bahawa kaedah perbincangan digunakan oleh guru


untuk mencapai tiga objektif pengajaran iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu murid
membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu murid menguasai
kemahiran komunikasi dan proses pemikiran.

13
Puan Khoo mengambil kajian literatur Pendekatan Kooperatif Kagan (1998), dalam
pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang
disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.

Struktur pembelajaran +  Isi kandungan  =  Aktiviti.

Puan Khoo juga mengambil contoh Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya
berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu
dan peluang yang sama untuk berjaya.  

(a) Ganjaran kumpulan

Murid kelainan upaya dan murid normal akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka
mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan.
Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti
berkumpulan. Aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan terutamanya
MKU.

(b) Tanggungjawab individu

Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan


kejayaan sesuatu kumpulan. Saya yakin bahawa kumpulan campuran murid normal dengan
murid kelaian upaya ini akan mendorong murid cemerlang boleh membimbing rakan-rakan
sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.

( c )Peluang yang sama untuk berjaya

14
Dalam aktiviti kumpulan, ia merujuk kepada pencapaian murid diukur berdasarkan
peningkatan prestasi masing-masing. Oleh itu, semua murid termasuklah MKU juga berpeluang
meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.Ini
akan membawa keyakinan dan kebanggaan kepada MKU selepas menghabiskan tugasan mereka.

Selaian itu, setiap murid juga perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran
untuk bekerja secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesebuah
kumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya, kemahiran menguruskan sebarang konflik yang
timbul di dalam kumpulan.

Dalam penilaian kumpulan, saya akan bersama dengan ahli kumpulan berbincang dan
menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki. Murid
normal dan murid kelainan upaya(MKU) akan mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang
perlu diperbaiki atau dihentikan supaya mereka mendapat idea dan cara pelaksanaan tugasan
dengan cara yang betul.

Pembelajaran koperatif juga merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan MKU dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama.

Gambar 2 : Pembelajaran Koperatif di dalam kelas inklusif

15
4.3 Kegunaan Visual dan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Inklussif

Daryanto(1993) berpendapat bahawa pembelajaran visual ertinya semua alat berbentuk


visual yang digunakan dalam proses pembelajaran yang boleh dinikmati melalui panca-indera
mata. Media visual (image atau perumpamaan) memegang peranan yang sangat penting dalam
proses belajar. Media visual boleh mempercepatkan pemahaman dan mengukuhkan ingatan.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif, guru boleh menggunakan
pelbagai alat teknologi atau bahan visual supaya lebih mudah difahami oleh murid kelainan
upaya terutamanya murid lembam”slow learner”.

Gambar 3: pembelajaran visual dalam kelas inklusif

Pada pendapat Puan Khoo Lai Ling, pelaksanaan menggunakan visual dan persembahan
“power point” dalam bentuk visual untuk mengajar adalah konsep yang sangat berkesan kepada
murid kelainan upaya(MKU).Biasanya, guru menggunakan carta,poster,gambar rajah dan peta
sebagai bahan visual dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan
inklusif.Bahan visual dan persembahan”power point” ini digunakan untuk menjadikan kurikulum

16
lebih mudah dipelajari supaya MKU mudah menguasai objektif pembelajaran harian.Ini juga
merupakan satu akttiviti didik hibur untuk menarik perhatian MKU terhadap gambar dipaparkan
di papan putih.

Selain itu, guru pendidikan inklusif juga merancang pelbagai aktiviti kumpulan untuk semua
murid termasuklah MKU.Mereka bekerjasama untuk melaksanakan tugasan mereka yang
diberikan oleh guru.Contohnya, tugasan kumpulan perlu mewujudkan jadual harian,tanda
nama,lebel dan simbol untuk bahan kelas dan arahan bertulis di dalam kelas, ini boleh memberi
kesan positif kepada pembelajaran murid di dalam kelas.

Melalui penilaian dilakukan oleh Puan Khoo Lai Ling, Didapati bahawa pelaksanaan visual
dan persembahan”power point” dalam bentuk visual dapat membantu dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran pendidikan inklusif dijalankan dengan berkesan.Kegunaan item visual ini
sangat penting dalam kelas inklusif.Ia boleh menarik minat semua murid termasuklah MKU
dalam menjelaskan idea atau membantu mereka memahami objektif pembelajaran harian.

4.4 Pembelajaran Melalui Alat Permainan dalam Pendidikan Inklusif


Bagi murid-murid 'main' merupakan aktiviti didik hibur yang menarik di dalam kehidupan
seharian mereka. Melalui aktiviti bermain, murid-murid dapat belajar berkenaan diri dan alam
persekirannya. Pembelajaran melalui alat permainan adalah satu pendekatan yang terancang dan
berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,
menggembirakan dan bermakna.Pendekatan ini sesuai digunakan dalam kelas inklusif untuk
mengeratkan hubungan murid kelainan upaya(MKU) dengan murid lain dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak menekankan bahawa cara yang paling baik
untuk kanak-kanak belajar ialah melalui bermain. Isenberg & Quisenberry (2002) pula
menyatakan bahawa, kajian ke atas otak menunjukkan bahawa main merupakan perencah

17
(scaffold) kepada perkembangan kanak-kanak, saluran untuk pertambahan struktur sistem saraf
dan cara untuk kanak-kanak mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam
kehidupan masa hadapan.

Pada pendapat Puan Lim Lai Fun, untuk membolehkan murid-murid bermain secara
berkualiti, mereka memerlukan bahan alat mainan yang dapat merangsang perkembangan emosi,
rohani, intelek, sosial dan jasmani mereka serta yang membolehkan mereka membina kemahiran
berkomunikasi dan berfikir dengan aktif dalam menyelesaikan masalah.Di dalam kelas inklusif,
guru akan mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan dan menjalankan tugasan diberikan
oleh guru, contohnya aktiviti permainan kad suku kata, permainan kuiz, teka silang kata dan lain-
lain.Guru juga terlibat dalam aktiviti permainan mereka untuk membimbing dan mengajar murid
kelainan upaya(MKU) untuk menguasai objektif pembelajaran harian.

Di samping itu, Puan Lim Lai Fun berkata bahawa pembelajaran melalui alat permainan
menjadi fitrah murid di mana proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan
memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi. Belajar melalui bermain memberi peluang
kepada MKU belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa kongkongan daripada guru.

Gambar 4 : Pembelajaran Melalui Alat Permianan dalam kelas inklusif

18
5.0 Kesimpulan
Dalam menghadapi arus globalisasi dalam dunia pendidikan ini, guru perlu bersiap sedia
dengan ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran bagi menjadikan
suasana kelas lebih menarik seterusnya dapat menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan terutamanya pendidikan inklusif.

Sebagai seorang guru pendidika inklusif, kita haruslah melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan tentang pendidikan inklusif sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran(PdP) di kelas inklusif. Oleh itu, perancangan guru seharusnya lebih kreatif dari
segi mengadakan pelbagai kemudahan dan sumber rujukan supaya aktiviti PdP menjadi lebih
bermakna dalam mendorong proses PdP menjadi lebih sempurna kepada murid kelainan
upaya(MKU).

Dalam proses membentuk kumpulan, guru perlu mempelbagaikan cara untuk


membahagikan kumpulan supaya MKU dapat merasai pengalaman bersama murid-murid yang
lain.Selain itu, guru perlu mengambil kira aspek kesesuaian tempat sekiranya ingin menjalankan

19
kaedah simulasi agar murid-murid berasa selesa semasa mempersembahkan simulasi
mereka.Strategi pengajaran yang berpusatkan murid seperti pembelajaran koperatif,
pembelajaran kolaborasi, pembelajaran visual dan teknologi maklumat dan pembelajaran melalui
alat permainan ini perlu diberi keutamaan sewaktu menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif.
Selepas itu, penilaian adalah sangat pentingi dijalankan kerana guru pendidikan inklusif
boleh melibatkan diri bersama dengan semua murid termasuklah murid kelainan upaya(MKU)
untuk memberi pandangan dan idea seterusnya dapat membina hubungan sosial dalam kalangan
murid.

6.0 Lampiran 1

Temu bual responden pertama Puan Khoo Lai Ling

Tarikh : 22.6.2018 ( hari Jumaat)


Masa :9.00pagi
Tempat : SJKC Pasir Puteh,Ipoh, Bilik Kaunseling
Watak : Puan Khoo Lai Ling, Penolong Kanan Pentadbiran

Kerryn Wong : Selamat pagi, Puan Khoo.Apa khabar?

Puan Khoo : Khabar baik. Selamat pagi, Cikgu.

Kerryn Wong : Terima kasih atas kesudian puan menghadiri temu bual dengan saya tentang tajuk
pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif di sekolah anda.

Puan Khoo : Terima kaish.Haraplah idea dan pengalaman saya dalam pendidikan inklusif dapat
membantu anda menyempurnakan tugasan kerja.

Kerryn Wong : Terima kasih.Bolehkah kita mula sesi temu bual? Sata telah sediakan beberapa
soalan berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.

20
Puan Khoo : Boleh.

Kerryn Wong : Soalan pertama.Bolehkah puan terangkan pengalaman mengajar kelas inklusif di
sekolah ?

Puan Khoo : Bailkah.Saya mempunyai 20 tahun pengalaman mengajar di sekolah


rendah.Biasanya saya merancang,mengurus dan menjalankan pelbagai aktiviti
dalam kelas inklusif di sekolah ini.Saya pernah memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan( Pendidikan Khas) dengan kepujian pada tahun 2014.Pada
tahun ini, saya mengajar kelas tahun 1, subjek matematik,kelas ini mempunyai 3
orang murid kelainan upaya iaitu murid lembam “slow learner” dalam
pembelajaran.
Kerryn Wong : Wah..Puan Khoo memang profesional dan mempunyai pengalaman yang hebat
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.
Puan Khoo : Haha… boleh tahanlah.Kita kena cari pengalaman dan mengubah suai kurikulum
unutk memudahkan murid kelaian upaya belajar.

Kerryn Wong : Betul itu.Murid kelainan upaya memerlukan satu kurikulum yang sesuai untuk
mereka dan membimbing mereka menguasai pembelajaran.Saolan yang kedua
ialah apa kompetensi guru dalam pendidikan inklusif?

Puan Khoo :Erm…kompetensi guru dalam pendidikan inklusif amat penting untuk dikuasai
supaya murid kelainan upaya dapat menguasai objektif pembelajaran.Saya
mengambil literature Djohar( 2006:130),boleh katalah bahawa kompetensi guru
terkait dengan kewenangan melaksanakan tugasnya, dalam hal ini dalam
menggunakan bidang pembelajaran sebagai bahan pembelajaran yang
berperanan sebagai alat pendidikan, dan kompetensi pedagogi yang berkaitan
dengan fungsi guru dalam memperhatikan kelakuan murid dalam pembelajaran.
Contonya , dalam kompetensi pedagogi,kita perlu memahami murid kelainan
upaya secara mendalam, memahami murid kelainan upaya dengan
memanfaatkan prinsip-prinsip perkembangan kognitif dan memahami murid
kelainan upaya dengan memanfaatkan prinsip-prinsip keperibadian.Kedua, kita

21
hendaklah merancang pembelajaran, termasuk memahami landasan pendidikan
untuk kepentingan pembelajaran murid kelainan upaya (MKU)di dalam kelas,
memahami landasan pendidikan, menerapkan teori pengajaran dan
pembelajaran, menentukan strategi pembelajaran berdasarkan MKU, kompetensi
yang ingin dicapai serta menyusun rancangan pembelajaran berdasarkan strategi
yang dipilih.

Kerryn Wong : Bagus idea yang diberikan oleh puan.Saya harap kompetensi pedagogi ini boleh
membantu guru pendidikan inklusif.Soalan seterusnya, apakah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam kelas inklusif ?

Puan Khoo : Erm…biasanya saya menggunakan pembelajaran kolaboratif dalam


aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas inklusif.Pembelajaran
kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat
serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan
bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat.  Ahli
kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk
menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru.
Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling
percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai
situasi. 

Kerryn Wong: Oh…nampaknya pembelajaran kolaboratif merupakan satu


pendekatan pembelajaran yang sesuai bagi murid kelainan upaya.

Puan Khoo: Ya, betul itu. saya mengambil kajian literatur Muhd Fauzi(2008), beliau
menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran kolaborasi
merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat
mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Guru pendidikan
inklusif memerlukan kemahiran asas supaya dapat menjalankan satu

22
proses pengajaran yang baik seterusnya membawa kepada proses
pembelajaran murid-murid kelainan upaya.

Kerryn Wong :Selain pembelajaran kolaborasi digunakan oleh puan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di kelas inklusif.Ada kaedah pendekatan
pembelajaran lain yang biasa digunakan oleh puan?

Puan Khoo :Ya, ada. Selain pembelajaran kolaborasi digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif. Saya juga
menggunakan pembelajaran visual dan teknologi maklumat “ICT”
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kerryn Wong : Oh...konsep yang bagus ini penggunaan visual dan ICT dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Macam mana prose
pembelajaran visual dan ICT ini berjalan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran?

Puan Khoo : Baik. Saya akan menggunakan visual dan persembahan “power point” dalam
bentuk visual untuk mengajar adalah konsep yang sangat berkesan kepada
murid kelainan upaya(MKU).Biasanya, saya menggunakan carta,poster,gambar
rajah dan peta sebagai bahan visual dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan inklusif.Bahan visual dan persembahan”power point” ini
digunakan untuk menjadikan kurikulum lebih mudah dipelajari supaya MKU
mudah menguasai objektif pembelajaran harian.Ini juga merupakan satu
akttiviti didik hibur untuk menarik perhatian MKU terhadap gambar dipaparkan
di papan putih.Saya berasa pelaksanaan visual dan persembahan”power point”
dalam bentuk visual dapat membantu dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pendidikan inklusif dijalankan dengan berkesan.Kegunaan item
visual ini sangat penting dalam kelas inklusif.Ia boleh menarik minat semua
murid termasuklah MKU dalam menjelaskan idea atau membantu mereka

23
memahami objektif pembelajaran harian.

Kerryn Wong : Bagus ini.Saya juga amat belajar menggunakan dua pendekatan pembelajaran
ini untuk mengajar dalam kelas inklusif.Saya rasa sangat bangga bahawa puan
sukacita berkongsi pengalaman mengajar yang baik kepada saya.
Puan Khoo :Haha…saya harap pengalaman tersebut boleh membantu anda melengkapkan
tugasan anda.Semoga anda berjaya.

Kerryn Wong : Terima kasih, Puan Khoo.Saya berharap kita akan jumpa lagi pada masa akan
datang.

Puan Khoo :sama-sama.

Temu bual responden kedua Puan Lim Lai Fun

Tarikh : 25.6.2018 ( hari Isnin)


Masa :2.00 petang
Tempat : SJKC Pasir Puteh,Ipoh, Bilik Kaunseling
Watak : Puan Lim Lai Fun, Guru AKademik Biasa

Kerryn Wong : Selamat petang, Puan Khoo.Apa khabar?

Puan Lim : Hi, khabar baik. Selamat petang, Cikgu.

Kerryn Wong : Terima kasih atas kesudian puan menghadiri temu bual dengan saya tentang tajuk
pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif di sekolah anda.

Puan Lim : Terima kaish.Haraplah pengalaman mengajar saya dalam pendidikan inklusif dapat
membantu anda menyempurnakan tugasan kerja anda.

Kerryn Wong : Terima kasih.Bolehkah kita mula sesi temu bual? Sata telah sediakan beberapa
soalan berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.

24
Puan Lim : Boleh.

Kerryn Wong : Soalan pertama.Bolehkah puan terangkan pengalaman mengajar kelas inklusif di
sekolah ?

Puan Lim : Ok…baiklah.Erm…saya mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar di sekolah


rendah.Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(Pendidikan Khas)
dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(Sekolah Rendah) dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Sebelum ini saya juga banyak mengambil berat
pendidikan inklusif bagi murid kelainan berupaya di sekolah tersebut.Tahun ini
saya mengajar kelas tahun 4, subjek Bahasa Cina ,kelas ini mempunyai 2 orang
murid kelainan upaya iaitu murid lembam “slow learner” dalam pembelajaran.
Kerryn Wong : Wah..Puan Lim memang profesional dan mempunyai pengalaman yang hebat
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.
Puan Lim : Haha…biasa saja.

Kerryn Wong : Ok…apakah pandangan cikgu terhadap kompetensi guru pendidikan inklusif?

Puan Lim : Erm…pada pandangan saya, kompetensi guru adalah hasil dari penggabungan dari
kemampuan-kemampuan yang banyak jenisnya, dapat pengetahuan, keterampilan,
dan perilaku yang harus dimiliki, dihayati, dan dikuasai oleh guru dalam
menjalankan tugas keprofesionalannya. Beliau mengambil contoh seperti
berdasarkan pendapat Suparlan (2008:93) , kompetensi guru bermakna
menambahkan bahawa standard kompetensi guru dipilih ke dalam tiga komponen
yang saling berkaitan, iaitu pengelolaan pembelajaran, pengembangan profesi, dan
penguasaan akademik.

Kerryn Wong :Bagus idea ini. Soalan seterusnya, apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran
digunakan dalam kelas inklusif ?

25
Puan Lim : Ah…biasanya saya bersama dengan Puan Khoo juga menggunakan pendekatan
kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.Pembelajaran
kolaborasi ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latihan kemahiran
kerja, bengkel terlindung, pelbagai kaedah terapi dan aktiviti luar bilik darjah.
latihan kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid kelainan upaya(MKU)
dalam bermasalah pembelajaran. Saya juga memastikan matlamat utama latihan
ini adalah untuk memberi kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi, dan
kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan.

Kerryn Wong : Oh..baugs idea ini.Bagaimanakah latihan kemahiran tersebut dilakuan oleh
cikgu?

Puan Lim :Baik,yang pertama Latihan Dalaman (Berbentuk Projek), saya akan
melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.
Contohnya; perkebunan dan penjualan hasil tanaman semasa Hari Kantin
Sekolah,aktiviti-aktiviti perniagaan seperti membuat aiskrim, biskut, kek,kuih
dan lain -lain dan memelihara ikan, burung dan lain-lain.Kedua, Latihan Kerja
yang Melibatkan Pihak Luar atau Kerja Luar,saya boleh cuba mendapatkan
barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan (assemble) dalam waktu
persekolahan atau membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil kraftangan
murid seperti batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual. Aktiviti tersebut amat
menarik dan dapat membantu MKU memperoleh ilmu dan kemahiran baru dari
segi teknologi.Ketiga,
Latihan Kerja Sebenar,saya akan mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu
latihan kerja seperti mencuci kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di
sekolah. Saya juga sentiasa merancang laithan kerja sebenar dengan meminta

26
MKU dihantar bekerja di tempat sebenar dan pemantauan dibuat oleh pegawai
kerja.

Kerryn Wong : Bagus laithan kemahiran ini disediakan kepada murid kelas inklusif.Kaedah
pembelajaran amat berguna kepada murid kelainan upaya untuk menguasai
kemahiaran asas dalam kehidupan harian.

Puan Lim : Ya, betul itu.Kemahiran asas tersebut baik untuk semua murid.

Kerry Wong :Erm..puan, ada kaedah pembelajaran lain digunakan dalam kelas inklusif?

Puan Lim : Ada..saya juga menggunakan cara pembelajaran melalui alat permainan di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas inklusif. Tujuan saya menggunakan
kaedah ini untuk membolehkan murid-murid bermain secara berkualiti, mereka
memerlukan bahan alat mainan yang dapat merangsang perkembangan emosi,
rohani, intelek, sosial dan jasmani mereka serta yang membolehkan mereka
membina kemahiran berkomunikasi dan berfikir dengan aktif dalam
menyelesaikan masalah.Di dalam kelas inklusif, saya amat mementingkan
pembelajaran melalui alat permainan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Pembelajaran permainan merupakan satu konsep pembelajaran
yang baharu dan ia dapat mengajar kemahiran sosial murid dan kerja
berpasukan.Contohnya aktiviti permainan kad suku kata, permainan kuiz, teka
silang kata dan lain-lain.Guru juga terlibat dalam aktiviti permainan mereka untuk
membimbing dan mengajar murid kelainan upaya(MKU) untuk menguasai
objektif pembelajaran harian.

Kerryn Wong : Menarik juga kaedah pembelajaran melalui alat permainan ini.

27
Puan Lim :Haha..ya, betul itu. Pembelajaran melalui alat permainan juga menjadi fitrah murid di
mana proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan
memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi. Belajar melalui bermain
memberi peluang kepada MKU belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa
kongkongan daripada guru.

Kerryn Wong : Bagus ini.Saya juga amat bangga boleh menggunakan dua pendekatan
pembelajaran ini untuk mengajar dalam kelas inklusif.Saya rasa sangat bangga
bahawa puan sukacita berkongsi pengalaman mengajar yang baik kepada saya.

Puan Lim :Haha…saya harap pengalaman tersebut boleh membantu anda melengkapkan
tugasan anda.Semoga anda berjaya.

Kerryn Wong : Terima kasih, Puan Lim.Saya berharap kita akan jumpa lagi pada masa akan
datang.
Puan Lim :sama-sama.

Temu Bual Puan Khoo Lai Ling kali ke -2

Tarikh : 25.6.2018 ( hari Isnin)


Masa :3.00 petang
Tempat : SJKC Pasir Puteh,Ipoh, Bilik Kaunseling
Watak : Puan Khoo Lai Ling, Penolong Kanan Pentadbiran

Kerryn Wong : Selamat pagi, Cikgu Chow .Apa khabar?Kami jumpa lagi untuk temu bual.

Puan Khoo : Khabar baik. Selamat pagi, Cikgu.Ya, saya ada maklumat tambahan untuk
membantu cikgu supaya dapat melengkapkan tugasan cikgu dengan lebih
sempurna.

28
Kerryn Wong : Terima kasih atas kesudian puan menghadiri temu bual dengan saya tentang tajuk
pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif di sekolah anda.

Puan Khoo : Terima kaish.Haraplah idea dan pengalaman saya dalam pendidikan inklusif dapat
membantu anda menyempurnakan tugasan kerja.

Kerryn Wong : Terima kasih.Bolehkah kita mula sesi temu bual? Sata telah sediakan beberapa
soalan berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.

Puan Khoo : Boleh.

Kerryn Wong : Soalan pertama.Bolehkah puan terangkan pengalaman tambahan mengajar kelas
inklusif di sekolah ?

Puan Khoo : Baik.erm..saya mempunyai 8 tahun pengalaman mengajar di Sekolah Jenis


Kebangsaan (Cina) Pasir Puteh, Ipoh, Perak dan 5 tahun berkhidmat di Sekolah
Jenis Kebangsaan (Cina) Wan Hua 1.Saya pernah terlibat aktiviti merancang
program pendidikan inklusif di sekolah dan menjadi guru bimbingan kepada guru
baharu dalam bidang PdP pendidikan inklusif di sekolah.Beliau mempunyai
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(Sekolah Rendah) dari Universiti Kebangsaan
Malaysia.Tahun ini saya mengajar kelas tahun 4, subjek matematik,kelas ini
mempunyai 2 orang murid kelainan upaya iaitu murid lembam “slow learner”
dalam pembelajaran.

Kerryn Wong : Wah..Cikgu Chow memang profesional dan mempunyai pengalaman yang hebat
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.
Puan Khoo : Haha…sama-sama saja.

Kerryn Wong : Cikgu, apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan oleh cikgu dalam
kelas inklusif?

Puan Khoo :Erm…saya juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam aktiviti

29
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas inklusif.Kaedah ini sesuai dam
memerlukan murid-murid bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu
masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu
sama lain secara berstruktur.Pembelajaran Koperatid juga merupakan satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik untuk membantu murid kelainan
upaya(MKU) menguasai kemahiran,ilmu pengetahuan dalam PdP bersama-sama
dengan murid normal di dalam kumpulan.
Terdapat banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa
tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis
dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh
Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama.

Kerryn Wong :Oh. Ya..kaedah pembelajaran koperatif juga merupakan satu kaedah yang bagus
kepada murid kelainan upaya.

Puan Khoo : Ya, betul itu. Saya mengambil contoh Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran
koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran
kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya.  Dalam
Ganjaran kumpulan,murid kelainan upaya dan murid normal akan diberikan
ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada
sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Kedua,Tanggungjawab
individu,ini bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan
kejayaan sesuatu kumpulan. Saya yakin bahawa kumpulan campuran murid
normal dengan murid kelaian upaya ini akan mendorong murid cemerlang boleh
membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab
menguasai pelajaran.

30
Ketiga,Peluang yang sama untuk berjaya,ia merujuk kepada pencapaian murid
diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Oleh itu, semua murid
termasuklah MKU juga berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka
tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.Ini akan membawa keyakinan dan
kebanggaan kepada MKU selepas menghabiskan tugasan mereka.

Kerryn Wong : Baik juga tiga ciri pembelajaran koperatif tersebut digunakan dalam kelas
inklusif.

Puan Khoo : Ya, saya berasa menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dapat
menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara bersemuka. Murid normal dan
murid kelainan upaya dapat melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian
bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.Dalam
penilaian kumpulan, saya akan bersama dengan ahli kumpulan berbincang dan
menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang
dikehendaki. Murid normal dan murid kelainan upaya(MKU) akan mengenal pasti
tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan supaya mereka
mendapat idea dan cara pelaksanaan tugasan dengan cara yang betul.
Kerryn Wong : Bagus ini.Saya juga amat bangga boleh menggunakan pendekatan pembelajaran
koperatif ini untuk mengajar dalam kelas inklusif.Saya rasa sangat bangga
bahawa puan sukacita berkongsi pengalaman mengajar yang baik kepada saya.

Puan Khoo :Haha…saya harap pengalaman tersebut boleh membantu anda melengkapkan
tugasan anda.Semoga anda berjaya.

Kerryn Wong : Terima kasih, Puan Lim.Saya berharap kita akan jumpa lagi pada masa akan
datang.

31
Puan Khoo :sama-sama.

7.0 Rujukan

Jurnal :

Abdul Rahim (1994). Pembelajaran Inklusif dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah
Rendah: Perspektif Guru Besar : Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu
Lintang.

Kamariah Jalil (1995). Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Berasaskan Projek: Satu Kajian Kaedah

32
Pembelajaran Dalam Pendidikan Inklusif, Universiti Teknologi Malaysia.

Buku :

Alimin (2005). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Arends (2001). Educational psychology: A cognitive view. New York: Holt,Rinehart & Winston.

Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Daryanto(1993) Making Sence Of Teaching, Buckingham: Open University Press.

DBP. (1993) Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Dewan bahasa & Pustaka.

Djohar (2006). Educational psychology: A cognitive view. New York: Holt.

Isembery& Quisenberry (2002). Effective teaching Behaviors In The College Classrom : A


Critical Incident Technique From Student's Perspective. International Journal Of Teaching
and  Learning in Higer Education , 299-309.

Kagan (1998). Teachable oment. The art of teaching in primary school. Buckingham. Open
University Press.

Muhd.Fauzi (2008). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ngainun naim (2009). Effective Learning and Teaching. Medicine Today , 60

Superlan(2008). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Shahabuddin(2007). Ilmu Pendidikan : Pedagogi (edisi pertama). Kuala Lumpur : Heinemann


(Malaysia) Sdn. Bhd.

Slavin(1990). Budaya dan Pembelajaran. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

33
34

Anda mungkin juga menyukai