Anda di halaman 1dari 31

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYANGGAH

DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR


MENGGUNAKAN BOLA RINGAN

Kertas Cadangan ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
Pendidikan Jasmani (Sekolah Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TAWAU

2015

Pengesahan Penyelia

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk
tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
Pendidikan Jasmani (Sekolah Rendah)

Tandatangan

: ....................................................

Nama Penyelia : ENCIK AMIN TAN TUA


Tarikh

: .....................................................

Halaman Pengakuan

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya


sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ...........................................................
Nama Penulis : ...........................................................
Tarikh

: ...........................................................

Halaman Dedikasi

Terima kasih yang tidak terhingga


Kepada Allah S.W.T. dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Untuk suami tersayang dan anak-anak
Adik beradik yang dikasihi

Yang dihargai,
Pensyarah Penyelia

Yang dirindui,
Rakan-rakan seperjuangan sekalian

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur kehadrat
ilahi, kerana dengan limpah kurnianya akhirnya penyediaan kertas cadangan kajian
tindakan ini dapat saya laksanakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada suami dan anak-anak


tercinta kerana sokongan dan dorongan yang diberikan selama ini. Terima kasih
yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya, Encik
Amin Tan Tua yang banyak membantu dan membimbing saya dalam penyediaan
kertas cadangan kajian ini.

Sekalung tinggi penghargaan juga buat sahabat-sahabat seperjuangan yang


banyak membantu dan memberi galakan tanpa rasa jemu. Buat pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini, terima kasih juga diucapkan
dan semoga Allah membalas jasa kalian.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana kemahiran menyangga
dalam permainan bola tampar dapat ditingkatkan menggunakan bola ringan.
Responden dalam penyelidikan ini terdiri daripada 5 orang murid dari Tahun 6 Aktif
yang belum pernah mempelajari kemahiran khusus mengenai permainan bola
tampar. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca, temubual dan pemerhatian.
Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru Pendidikan Jasmani dalam sesi
pengajaran kemahiran bola tampar dan kemahiran yang lain.

ABSTRACT

The purpose of the study was to determine the extent to the usage of light ball in
teaching volleyball digging skill which could be effective in helping to increase pupils
skill in implementing the vollyball digging skill. The respondents consisted of 5 pupils
from Year 6 Aktif who does not have any proper knowledge about volleyball.The data
for this study was collected using pre- and post-tests,interview and observation.
Hopefully this study can help PEs teachers in teaching others volleyball skills.

KANDUNGAN
Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN

ii
iii
iv
v
vi
vii
ix

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

1
2
3

2.0 FOKUS PENYELIDIKAN


2.1 Pengenalan
2.1 Isu dan Penyataan Masalah
2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Penyelidikan

4
4
6

3.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN


3.1 Pengenalan
3.2 Tujuan Penyelidikan
3.3 Objektif Penyelidikan
3.4 Persoalan Penyelidikan

4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN


4.1 Pengenalan
4.2 Kumpulan Sasaran Penyelidikan
4.3 Reka Bentuk Penyelidikan
4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan
4.5 Kaedah Pengumpulan Data Penyelidikan
4.6 Cara Menganalisis Data Penyelidikan

10
11
12
13
15

5.0 REFLEKSI

16

6.0 SENARAI RUJUKAN

16

LAMPIRAN

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Pendidikan Jasmani merupakan elemen penting sebagai satu tunjang utama

mata

pelajaran

yang

diajardisekolah-sekolah

Malaysia.Pendidikan

Jasmanimerupakan satu proses perkembangan untuk meningkatkan prestasi


manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki
(Wee Eng Hoe, 2009). Reka bentuk Pendidikan Jasmani memberikan peluang
kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti
fizikal yang dijalankan. Terdapat tiga tunjang utama sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Tumpuan diberikan khusus
kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif
dan rekreasi (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Pusat Perkembangan
Kurikulum,

2002).

Permainan

bola

tampar

merupakan

salah

satu

bidang

pembelajaran yang terkandung dalam tunjang keemahiran.


Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Permainan
ini dipelopori oleh William G. Morgan pada tahun 1895 di Holyoke. Permainan ini
diperkenalkan oleh beliau apabila mendapati corak permainan bola keranjang terlalu
lasak bagi peringkat umur pertengahan. Pada mulanya, William G. Morgan
menamakan permainan ini sebagai Mintonette . Oleh sebab bola yang dimainkan
boleh melambung, nama permainan ini ditukar kepada

volleyball atau bola

tampar.
Bola tampar merupakan satu sukan permainan dikalisifikasikan katogeri
sebagai permainan berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam orang pemain
dan enam orang pemain simpanan. Permainan bola tampar merupakan satu sukan
permainan yang direkabentuk untuk mengelakkan pertembungan fizikal secara
langsung di antara para pemain (FIVB Coach Manual, 2011), di mana dua pasukan

yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan
lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan.
Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut
tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan,
lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Walaupun kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar merupakan
kemahiran asas, sebilangan besar pemain menghadapi masalah dalam menguasai
kemahiran

menyangga.

Kemahiran

ini

adalah

penting

kerana

kemahiran

menyanggah dapat mengelak bola terjatuh di kawasan sendiri atau membuat


hantaran

liar

kepada

rakan

sepasukan

semasa

sedang

bermain.

Antara

permasalahan yang dikenal pasti pemain tidak melakukan lakuan yang betul serta
kurang keyakinan diri semasa menerima bola daripada pihak lawan.
Justeru itu, pengkaji telah mencadangkan untuk menggunakan bola ringan
dalam pengajaran kemahiran permainan bola tampar. Pengkaji percaya penggunaan
bola ringan mampu meningkatkan kemahiran murid menyanggah bola . Skoufas D
dan rakan-rakan ( 2002 ) dari fakulti Pendidikan Jasmnai dan Sains Sukan, Aristotle
University of Tessaloniki , Greece membuktikan pasukan yang melakukan latihan
dengan bola ringan menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih berbanding
pasukan yang menggunakan bola sebenar.

Lantaran itu, pengkaji juga percaya

bahawa penggunaan bola ringan dalam pengajaran kemahiran menyanggah mampu


meningkatkan keyakinan

diri murid dan seterusnya mempengaruhi pencapaian

dalam menguasai kemahiran menyanggah yang difokuskan.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Pemerhatian dan pengalaman sebagai guru Pendidikan Jasmani di salah

sebuah sekolah di daerah Semporna, pengkaji mendapati sebilangan besar muridmurid tahun 6 tidak dapat menguasai kemahiran lakuan menyanggah bola dengan
betul seperti yang terkandung dalam hasil pembelajaran Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani Tahun 6 (HSP PJ KBSR , 2002).
Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa mengajar kemahiran bola tampar,
murid didapati sangat sukar untuk mempelajari kemahiran yang diajar. Sering kali
terdengar perkataanSusahlah cikgu tidak pandai lah cikgukeluar dari mulut
murid-murid. Pelbagai kaedah telah digunakan oleh pengkaji termasuklah kaedah
demonstrasi, tayangan video dan kad gambar namun masalah masih berlaku.
Pengkaji berpendapat masalah berlaku mungkin kerana murid kurang meminati
permainan ini berbanding dengan bola sepak dan badminton. Selain itu, murid juga
mungkin berasa sukar dan kurang yakin untuk mempelajari kemahiran menyanggah
bola. Dalam satu kajian yang dijalankan di Jepun mendapati hanya 19% sahaja
murid yang berminat dalam permainan bola tampar (Prof. Hiroshi Toyoda, 2007).
Kemahiran menyanggah dipilih sebagai fokus kajian walaupun terdapat
banyak masalah lagi dalam kemahiran bola tampar yang lain. Berikut merupakan
masalah yang dikenalpasti sering dilakukan oleh murid ialah murid sukar melakukan
fasa lakuan kemahiran menyanggah dengan betul, murid kurang yakin untuk
melakukan kemahiran menyanggah bola tampar dan fasa lakuan kemahiran
menyangga tidak dilaksanakan dengan betul. Setelah meneliti masalah yang
dihadapi oleh murid, terdetik di hati pengkaji untuk melakukan sesuatu untuk
mengatasi masalah itu. Oleh sebab itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk
mengubah suai cara pengajaran kemahiran menyangga dengan menggunakan bola
ringan. Inesiatif ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan murid semasa
melakukan aktiviti seterusnya melihat hasil keberkesanannya sama ada berlaku
3

perubahan terhadap prestasi kemahiran menyanggah mereka selepas beberapa sesi


pengajaran.

1.3

Refleksi Nilai Pendidikan


Kajian ini dilaksanakan untuk mendukung cita-cita dan hasrat Falsafah

Pendidikan di Malaysia iaitu usaha berterusan ke arah lebih mempertimbangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Selain itu,
kajian ini juga diharapkan berperanan dapat membudayakan pembelajaran
Pendidikan Jasmani melalui aspek interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan
alat (HSP PJ KBSR, 2002).

Melalui

penggunaan

bola

ringan

dalam

pembelajaran

kemahiran

menyangga bola tampar, pengkaji berharap dapat menarik minat murid untuk
mempelajari kemahiran ini. Di samping itu, pengkaji juga percaya bahawa
penggunaan bola ringan akan dapat memudahkan penguasaan kemahiran
menyanggah bola tampar murid.

Merujuk kepada 16 nilai murni dan nilai saintifik yang digariskan di dalam
huraian sukatan pelajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani, pengkaji berharap
penyelidikan ini dapat menerapkan nilai keyakinan dan kesungguhan pada diri murid.
Selain itu, nilai kerjasama dan toleransi juga diterapkan di dalam kajian ini. Harapan
besar pengkaji ialah ingin melihat permainan ini bejaya dikuasai dengan baik oleh
murid-murid malahan permainan bola tampar ini mendapat tempat di hati murid.
Sekaligus, akan dapat melahirkan para pemain bola tampar yang berpotensi
mewakili pasukan sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan nanti.
4

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Pengenalan
Bahagian ini akan membincangkan tentang fokus kajian tindakan ini yang
mana meliputi aspek isu dan permasalahan penyelidikan serta tinjauan literatur
berserta kajiaan yang lalu berkaitan dengan tajuk kajian. Di samping itu, kajian ini
juga bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku di sepanjang
pemerhatian pengkaji dalam suasana sesi pengajaran dan pembelajaran. Fokus
utama kajian ini ialah penggunaan bola ringan menggantikan bola tampar sebenar
dalam mengajar kemahiran menyanggah bola . Penglibatan murid sebagai
persampelan kajian melibatkan seramai lima orang Pelajar Tahun 6 amatlah penting
untuk melihat impak dan keberkesanan terhadap prestasi mereka selepas melalui
intervensi yang dijalankan.

2.2

Isu dan Penyataan Masalah Penyelidikan


Kajian ini berfokuskan kepada pembelajaran kemahiran menyanggah ataupun

digging dalam permainan bola tampar. Penyelidikan ini dilaksanakan untuk melihat
keberkesanan penggunaan bola ringan dapat meningkatkan kemahiran serta
keyakinan murid dalam mempelajari kemahiran menyanggah bola tampar.
Kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang utama dalam permainan bola
tampar. Melalui pengalaman dan pemerhatian yang dilalui oleh pengkaji sepanjang
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati seramai lima
orang pelajar tahun 6 sangat sukar menguasai kemahiran menyanggah bola. Jika
murid tidak dapat menguasai kemahiran ini, sudah tentu murid akan sukar
mempelajari kemahiran bola tampar yang lain.

Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah menggunakan bahan bantu


mengajar pada iaitu bola ringan semasa mengajar kemahiran menyanggah bola
tampar. Dalam KBSR, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai cara
untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan (Yusuf Hashim, 1997).
Justeru itu, penyelidik telah memilih bola ringan sebagai bahan bantu mengajar
untuk kemahiran menyanggah.

Pengkaji memilih bola ringan sebagai bahan bantu mengajar kerana seperti
yang diketahui umum kanak-kanak sukakan bola yang berwarna- warni. Tidak
dinafikan bola tampar biasa juga mampu menarik perhatian murid, namun pengkaji
berpendapat dan mengambil keputusan tepat menggunakan bola ringan sebagai
alternatif membantu memperbaiki kelemahan penguasaan kemahiran menyanggah
bola dalam kalangan murid.

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses

pembelajaran adalah amat penting ( Mok Son Sang, 2008). Pengkaji beranggapan
penggunaan bola ringan lebih banyak menarik perhatian murid serta membantu
mereka meningkatkan keyakinan semasa mempelajari kemahiran menyanggah.
Pengkaji juga berpendapat dengan menggunakan bola ringan sebagai bahan bantu
mengajar dapat memudahkan murid memahami dan mempelajari kemahiran
menyanggah bola tampar. Keadaan bola ringan yang lembut serta ringan
memudahkan murid untuk mempelajari fasa-fasa lakuan kemahiran menyanggah
nanti.

Selain ingin mengkaji keberkesanan penggunaan bola ringan dalam


membantu murid mempelajari kemahiran menyanggah bola tampar, pengkaji juga
ingin mengkaji pengaruh keyakinan murid yang terhasil daripada penggunaan bola
ringan dalam uasaha meningkatkan

pembelajaran kemahiran menyanggah bola

tampar. Menurut Mohd Sofian dalam buku Psikologi Kejurulatihan keyakinan diri

telah diperakui oleh atlet dan jurulatih sebagai satu ciri psikologikal yang paling
kritikal dalam mempengaruhi prestasi persembahan sukan ( Vealy 1986).
Oleh sebab itu, penkaji berpendapat penggunaan bola ringan dapat
meningkatkan keyakinan diri murid dan seterusnya membantu meningkatkan
kemahiran menyangga mereka. Hal ini, kerana apabila murid berasa yakin bahawa
mereka dapat melakukan fasa-fasa lakuan kemahiran menyangga menggunakan
bola ringan maka mereka tidak mempunyai masalah untuk mengaplikasikan
kemahiran tersebut apabila menggunakan bola tampar biasa kelak. Minat boleh
dirujuk sebagai daya pengerak yang mendorong kita untuk lebih memberi perhatian
terhadap seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh menjadi
pengalaman yang dirangsang oleh kegiatan itu sendiri ( Crow dan Crow, 1983).

Kesimpulannya, kebanyakan pendapat menyatakan betapa pentingnya bahan


bantu mengajar yang bersesuaian serta keyakinan yang terhasil daripada
penggunaan bahan bantu mengajar tersebut dalam mempelajari suatu kemahiran.
Oleh sebab itu pengkaji ingin melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan bola
ringan ini dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran seramai lima orang
murid tahun 6.

2.3 Tinjauan Literatur berkaitan Isu Penyelidikan


Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan untuk melihat hubungan antara
bahan bantu mengajar terhadap prestasi pelajar atau sampel yang dikaji.

Gapor (2007) menyatakan bahawa terdapat 11 prinsip dalam latihan sukan


permainan. Menurut beliau berdasarkan prinsip latihan sukan yang kedua iaitu
prinsip ansur maju adalah usaha menambah beban kerja dan kemahiran mesti
berlaku secara beransur-ansur. Ia tidak boleh dibuat secara mendadak atau drastik.
Berdasarkan pendapat ini, pengkaji percaya dengan menggunakan bola ringan di
awal pengajaran mampu membantu murid menguasai kemahiran secara beransuransur.

Pendapat tersebut disokong lagi oleh Frank (2007), juga menyatakan bahawa
apabila melatih perkembangan kemahiran kanak-kanak, situasi pengajaran perlu
dimodifikasikan. Antara cadangan yang beliau berikan termasuklah menggunakan
peralatan yang lebih ringan, peralatan lebih kecil, dan mengecilkan kawasan
permainan. Bertepatan dengan pendapat ini, pengkaji telah menggunakan bola
ringan sebagai alat bantu mengajar dalam pembelajaran kemahiran menyanggah
bola tampar.

Bryan (2009) menyatakan, segala alatan yang dibawa ke bilik darjah


digunakan bagi membantu penyampaian pelajaran supaya minat pelajar meningkat
dan dapat dikekalkan. Justeru itu, pengkaji juga mengambilkira pendapat ini dalam
kajian di mana pengkaji memilih bola ringan yang berwarna-warni yang mampu
menarik minat murid.

Menurut Wee (2006) salah satu kaedah pengenalan bola tampar yang boleh
digunakan bagi pemain-pemain baharu ialah dengan memperkenalkan kaedah yang
paling mudah untuk mempelajari kemahiran-kemahiran asas.

Zainal dan Habiballah (2008) menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan


yang ketara di antara penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap
prestasi pemain bola tampar. Berdasarkan kepada pernyataan ini, pengkaji percaya
bahawa penggunaan bola ringan tidak akan menggangu proses pembelajaran
kemahiran menyanggah malah dapat memudahkan murid untuk mempelajari
kemahiran ini.

Menurut Sofian (2004) dengan Vealy (1986) menyatakan bahawa keyakinan


diri telah diperakui oleh atlet dan jurulatih sebagai satu ciri psikologikal yang paling
kritikal dalam mempengaruhi prestasi persembahan sukan. Oleh sebab itu, pengkaji
percaya,

keyakinan

yang

wujud

melalui

penggunaan

bola

ringan

dalam

pembelajaran kemahiran menyanggah bola tampar akan meningkatkan penguasaan


murid terhadap kemahiran ini.

Motivasi dalaman juga telah dikaitkan dengan keseronokan dan pengalaman


kecekapan dan minat yang diperoleh daripada melakukan aktiviti-aktiviti tertentu.
Pendapat ini juga telah dinyatakan oleh Sofian (2002). Berdasarkan pernyataan
beliau, penyelidik percaya bahawa apabila murid berasa seronok, cekap dan boleh
menguasai kemahiran menyanggah bola tampar menggunakan bola ringan, maka
akan timbullah motivasi dalaman murid. Secara langsung, motivasi dalaman yang
timbul akan membantu dalam meningkatkan pencapaian penguasaan kemahiran
murid apabila menggunakan bola sebenar kelak.

Bandura (1977) menyatakan keyakinan diri darjah kepercayaan seseorang


individu mempersembahkan sesuatu perlakuan untuk mencapai matlamat tertentu.
Juga dipercayai boleh mempengaruhi pemilihan, usaha, corak pemikiran, reaksi
9

emosi dan sikap persembahan individu. Marcus dan Owen (1992), Morris (1995)
pula menyatakan bahawa keyakinan diri merujuk kepada tahap kepercayaan
seseorang individu mengenai kebolehan mereka untuk mempersembahkan sesuatu
persembahan yang spesifik berkaitan dengan sukan dan sikap senaman yang ingin
mereka baiki. Pendapat tokoh-tokoh ini telah dikemukakan oleh Sofian (2003).

Skaufas et al, (2002) dalam penyelidikan mereka mendapati penggunaan


bola ringan dalam latihan merejam bola baling dapat meningkatkan kekuatan
rejaman pemain bola baling. Penyelidikan ini merupakan bukti utama yang
menunjukkan

bahawa

penggunaan

bola

ringan

dapat

membantu

dalam

meningkatkan kemahiran murid. Oleh sebab itu, pengkaji berpendapat penggunaan


bola ringan ini juga boleh digunakan dalam pembelajaran kemahiran menyangga
bola tampar murid.

3.0

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1

Pengenalan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk

mengenalpasti keberkesanan

penggunaan bola ringan terhadap prestasi kemahiran menyanggah bola seterusnya


dapat meningkatkan kemahiran menyanggah bola tampar murid

selepas

menggunakan bola ringan. Sehubungan itu, mengesan tahap keyakinan diri yang
terhasil setelah murid menggunakan bola ringan dalam sesi pembelajaran kemahiran
menyanggah. Justeru itu, pengkaji telah memilih sampel dalam kalangan murid
Tahun 6 di salah sebuah sekolah di dalam daerah Semporna.

10

3.2

Objektif Kajian
Melalui kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang perlu

dicapai, berikut merupakan objektif kajian;


i. Meningkatkan kemahiran menyanggah (digging) bola tampar dengan
menggunakan bola ringan.
ii. Mengenalpasti tahap keyakinan diri terhadap penguasaan kemahiran menyanggah murid
selepas menggunakan bola ringan.
iii. Melihat

keberkesanan

penggunaan

bola

ringan

terhadap

prestasi

kemahiran

menyanggah bola tampar.

3.3

Persoalan Kajian

i. Adakah penggunaan bola ringan dapat berperanan membantu murid meningkatkan


kemahiran menyanggah bola dalam permainan bola tampar?
ii. Adakah penggunaan bola ringan dapat membantu membina tahap keyakinan dalaman
diri murid untuk meningkatkan kemahiran menyanggah bola murid?
iii. Adakah terdapat keberkesanan terhadap peningkatan kemahiran menyanggah selepas
penggunaan bola ringan ianya dapat membantu meningkatkan prestasi kemahiran
menyanggah bola murid?
3.4

Hipotesis Kajian
Bagi membantu pengkaji untuk menjayakan kajian ini, hipotesis nul akan

digunakan untuk menyokong kajian ini dibuat. Berikut adalah hipotesis yang
dijangka:

11

Ho1:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi peningkatan


prestasi kemahiran menyangga ujian pra dan ujian pos dengan
kaedah penggunaan bola ringan.

Ho2:

Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi peningkatan


prestasi kemahiran menyangga ujian pra dan ujian pos dengan
kaedah penggunaan bola ringan.

4.0

METODOLOGI KAJIAN

4.1

Pengenalan
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk

menjalankan kajian dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab persoalan
atau permasalahan dalam kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif,
metodologi yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka
bentuk, kaedah pengumpuan data, penentuan populasi dan kaedah penganalisisan
data.

4.2

Kumpulan Sasaran Kajian


Pengkaji akan menjalankan ujian Pra dan Pasca (ujian amali kemahiran

menyangga bola tampar), pemerhatian serta temubual ke atas responden yang


terdiri daripada 5 orang murid Tahun 6 (2 orang lelaki 3 orang perempuan) di salah
sebuah sekolah dalam daerah Semporna. Murid yang dipilih hanya mengetahui
serba

sedikit

mengenai

kemahiran

menyanggah

bola

tampar

berdasarkan

pengalaman lalu mereka melihat orang bermain bola tampar. Rasional pemilihan
murid Tahun 6 sebagai sampel ialah kerana tidak pernah mempelajari kemahiran ini
secara khusus. Keadaan ini dapat digunakan sepenuhnya oleh pengkaji untuk
mengajar responden menggunakan bola ringan. Pengkaji juga memilih murid Tahun
12

6 ini sebagai responden kerana mereka merupakan ahli kelas yang diajar oleh
penyelidik. Faktor ini memudahkan pengkaji untuk menjalankan pengajaran
kemahiran menyanggah menggunakan bola ringan setiap minggu ke atas murid
yang dipilih. Sesi pembelajaran kemahiran menyanggah menggunakan bola ringan
dilaksanakan setiap minggu pada setiap kali waktu Pendidikan Jasmani.

13

4.3

Reka Bentuk Penyelidikan


Kajian ini dijalankan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran tentang

proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik menggunakan model Kemmis dan


McTaggart (1988) satu lingkaran dalam pelaksanaan penyelidikan tindakan ini.

Tinjauan
Masalah
menyangg
a di
kalangan
murid
tahun 6

Rumus
an /
Reflek
si

Bola
Tamp
ar

Perancan
gan
Penggun
aan bola
getah

Pelaksanaan
Ujian Pra
Intervensi
Ujian Pasca
Analisis
Data

Rajah 1: Model Kemmis & McTaggart (1988)


Pengkaji memilih model ini sebagai kerangka penyelidikan kerana pengkaji
berpendapat langkah-langkah dalam model ini mudah difahami di samping terdapat
banyak rujukan berkenaan dengan model ini. Selain itu, pengkaji juga memilih model
ini kerana model ini sesuai dengan tajuk penyelidikan yang ingin dijalankan oleh
pengkaji iaitu dengan pelaksanaan secara berperingkat yang akan mengambil masa
selama lebih dari dua minggu yang mana akan melibatkan gelung kedua.

14

4.4

Pelan Tidakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan

Bil

Perkara

Tahun 2015
JAN FEB

1.
2.

Taklimat tugasan KKBI


Mengenalpasti
tajuk

3.

penyelidikan
Mengenalpasti

4.

penyelidikan
Mengumpul maklumat
mengenai

MAR

APR

MAY

JUN

JUL

OGOS

fokus

penulisan

proposal/contoh5.

contoh proposal
Merujuk/membaca
literatur yang berkaitan
dengan

6.

pelbagi

sumber
Membincangkan
menentukan
fokus

dan
tajuk

penyelidikan

7.

dengan penyelia
Menulis
draf

8.

proposal
Menulis

9.

proposal
Pembentangan

draf

proposal

4.5

Kaedah Pengumpulan Data Kajian

4.5.1

Ujian Pra dan Pasca


Pengkaji akan menjalankan ujian Pra dan Pasca (ujian amali kemahiran

menyanggah bola tampar) dengan menggunakan rubrik penilaian kemahiran bola


tampar sebagai instrumen kajian bagi mengukur pencapaian objektif pertama.
Melalui ujian yang dilaksanakan, pengkaji dapat melihat peningkatan atau penurunan
prestasi murid setelah pembelajaran kemahiran menyanggah menggunakan bola
ringan dilaksanakan ke atas mereka. Lampiran A menunjukan contoh rubrik penilaian

15

SEPT

kemahiran yang digunakan manakala Lampiran B merupakan contoh borang


penilaian untuk setiap murid.

4.5.2

Pemerhatian
Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian yang direkodkan secara

diskriptif

oleh

penyelidik

sepanjang

pembelajaran

kemahiran

menyanggah

menggunakan bola ringan dilaksanakan. Pemerhatian juga akan dilakukan oleh


pengkaji secara terperinci. Melalui pemerhatian ini, pengkaji dapat melihat
perkembangan kemahiran menyanggah murid dari masa ke semasa. Penggunaan
kaedah pemerhatian ini adalah bagi tujuan menyokong bahan bukti yang diperoleh
untuk meningkatkan kesahihan dapatan kaedah penilaian ujian pra dan pasca.

4.5.3

Temubual
Kaedah temubual juga digunakan untuk mengetahui masalah yang dihadap

ioleh

murid

sepanjang

menjalankan

pembelajaran

menggunakan bola ringan. Kaedah temubual terbuka

kemahiran

menyanggah

ini akan dijalankan oleh

penyelidik sebanyak 2 sesi. Sesi pertama ketika pembelajaran kemahiran


menyangga menggunakan bola ringan dilaksanakan di mana pengkaji telah memilih
secara rawak 5 orang murid untuk ditemu bual. Sesi kedua pula akan dilaksanakan
setelah ujian Pasca dilaksanakan.
Temubual terbuka:
Sesi 1:
Bil

Soalan

Respon

16

Adakah penggunaan bola


ringan memudahkan anda
mempelajari
kemahiran
menyangga bola tampar?

Adakah penggunaan bola


ringan
meningkatkan
keyakinan diri anda terhadap
kemahiran ini?

Apakah masalah yang kamu


hadapi ketika mempelajari
kemahiran
menyangga
menggunakan bola ringan?

Jadual 1: Soalan temu bual

4.6 Cara Menganalisis Data Penyelidikan


Penyelidik akan menggunakan tiga instrumen dalam menganalisis data iaitu melalui
ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temubual. Analisis yang dilakukan adalah
bertujuan untuk meningkatkan pemahaman penyelidik tentang keputusan atau
dapatan data mengenai keberkesanan penyelidikan yang akan dilaksanakan.

4.6.1

Ujian Pra dan Pasca

Instrumen ujian pra adalah berdasarkan rubrik penilaian kemahiran bola tampar yang
diperoleh daripada sumber Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali (bola
tampar dan bola baling), pendidikan jasmani

(semester 4)

ipgm. Pemilihan

responden adalah di kalangan mereka yang mendapat markah dalam kategori lemah
dan sederhana lemah.

17

4.6.2 Pemerhatian
Instrumen kedua ialah rekod pemerhatian. Instrumen ini yang akan membantu
menyokong dapatan ujian pra dan pasca yang mana pemerhatian juga dilakukan
berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam rubrik penilaian permainan bola tampar.
Pemerhatian ini dilakukan dengan kriteria sebanyak 10 yang perlu dikuasai oleh
responden untuk mencapai tahap cemerlang.

4.6.3

Temubual

Instrumen ketiga ialah temubual. Instrumen ini adalah bertujuan sebagai kayu ukur
objektif kedua. Soalan temubual ini terbahagi kepada tiga soalan yang mana cuma
ingin

melihat

tahap

keyakinan

responden

meningkat

atau

tidak

setelah

menggunakan bola ringan. Temubual ini diadaptasi daripada penyelidikan Zainal


Abidin Zainuddin, Habiballah Yusoff. (2008).

5.0

REFLEKSI

Sepanjang proses menyiapkan kertas cadangan penyelidikan tindakan ini, pelbagai


aspek telah dipertimbangkan terutamanya dari pemilihan tajuk, pemilihan responden,
penggunaan model yang bersesuaian, dan sebagainya yang mana memberi
gambaran kepada penyelidik sendiri tentang arus pergerakan penyelidikan yang
akan dilaksanakan kelak.

18

Walaubagaimanapun, penyediaan kertas cadangan ini hanyalah langkah


awal yang mana keberhasilannya akan dapat dilihat apabila intervensi dilaksanakan
kelak. Oleh yang demikian, penyelidik berharap agar cadangan kertas cadangan
penyelidikan ini akan mendapat sokongan dan bimbingan yang sepenuhnya
daripada pelbagai pihak, terutamanya pensyarah penyelia dalam memberi
sumbangan idea yang amat memberangsangkan dan membantu penyelidik
menyediakan satu penyelidikan yag memberi impak yang besar dalam penguasaan
kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar.

Segala kerjasama dan bimbingan yang diberikan sepanjang proses


penyiapan kertas cadangan ini didahulukan dan diakhiri dengan penghargaan
setinggi-tinggi terima kasih. Sekian.

6.0

BIBLIOGRAFI

Andrea Boucher, Evelyn Wiseman. Movement discovery: physical education for


children.
Bryan Coombs. (2009). Sucessful teaching. Heinmann Publishers (Oxford) Ltd.
London.
Frank W. Dick. ( 2007). Sports training principles. A & C Black (publishers) Ltd.
London
Hiroshi Toyoda, Basic teaching process and materials for 7 to 12 year old children
and beginners, FIVB Volleyball at School Symposium University of
Saskatchewan, Saskatoon, CANADA.

19

Hj. Gapor Ahmad. (2007). Kejurulatihan dan sains sukan. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Mark D. Tillman, Chris J. Hass, Denis Brunt and Gregg , Bennett, jumping and
landing techniques in elite womens volleyball.
Mohd Sofian Omar Fauzee. (2003). Psikologi sukan: aplikasi teori dan praktikal.
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2004). Psikologi kejurulatihan ; membantu membina
ketahanan mental atlet. Karisma Publications Sdn. Bhd. Selangor.
Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2002). Psikologi sukan; konsep dalam latihan dan
pengajaran sukan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Musa Sulaiman, Jabatan Pengajian Melayu, Back to basics fokus kepada inovasi
sumber pengajaran dan pembelajaran
Skoufas D, Stefanidis P, Michailidis C., Hatzikotoulas K, Kotzamanidou M. (2002).
The effect of handball training with underweighted balls on the throwing
velocity of novice handball players. Department of Physical Education and
Sport Science, Aristotle University of Thessaloniki, Greece.
Stephen A. Mitchell, Judith L. Oslin, Linda L. Griffin. Sport foundations for elementary
physical education: a tactical games approach.
Wee E. H. (2006). Bola tampar. Fajar Bakti Sdn Bhd. Selangor.
Zainal Abidin Zainuddin, Habiballah Yusoff. (2008). Kesan penggunaan bola getah
dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan
atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

20

LAMPIRAN
RUBRIK PENILAIAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR.
INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
KEMAHIRAN
YANG DIUJI

Menyangga Bola

Indikator Prestasi

Bersedia, kaki dibuka seluas bahu, badan


dibongkok ke hadapan, kedudukan lutut di
hadapan kaki, bahu di hadapan lutut.
Tangan dan lengan di atas lutut, jauh daripada
badan dan selari dengan peha.
Kekalkan kedudukan badan semasa awal
pergerakan.
Tangan tidak disatukan semasa pergerakan.
Lutut dan pinggul menghadap sasaran.
Luruskan kedua-dua belah tangan.
Kontak bola di bahagian lengan bawah.
Luruskan lutut semasa menyangga.
Pandangan mata mengikut bola ke sasaran.
Berat badan dipindahkan ke hadapan.
Sangga dengan ketinggian kira-kira 2 meter di
atas kepala.
Dapat mengawal bola dalam petak ukuran 2
meter x 2 meter lima kali tanpa henti.

Cemerlang
( 10 8 Markah )
Dapat
menyangga
bola
dengan
melakukan
lebih
daripada 8 indikator
prestasi
yang
dinyatakan dengan
betul.

Sederhana
( 7 4 Markah )
Dapat menyangga
bola
dengan
melakukan
4
hingga 7 daripada
indikator prestasi
yang dinyatakan
dengan betul.

Sumber: Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali ( Bola Tampar dan Bola Baling), Pendidikan Jasmani

Lemah
( 3 1 Markah )
Dapat
menyangga bola
dengan
melakukan
1
daripada
3
indikator prestasi
yang dinyatakan
dengan betul.

BORANG PENILAIAN UJIAN PRA/PASCA


(KEMAHIRAN MENYANGGA BOLA TAMPAR)
LAMPIRAN B
Nama murid : ____________________
Bil

Jantina: ___________________
Indikator Prestasi

Bersedia, kaki dibuka seluas bahu, kedudukan lutut di hadapan kaki, bahu di hadapan
lutut.badan dibongkok ke hadapan,

Tangan dan lengan di atas lutut, jauh daripada badan dan selari dengan peha.

Kekalkan kedudukan badan semasa awal pergerakan.


Tangan tidak disatukan semasa pergerakan.

Lutut dan pinggul menghadap sasaran.


Luruskan kedua-dua belah tangan.

Kontak bola di bahagian lengan bawah.

Luruskan lutut semasa menyangga.

Pandangan mata mengikut bola ke sasaran.

Berat badan dipindahkan ke hadapan.

Sangga dengan ketinggian kira-kira 2 meter di atas kepala.

10

Dapat mengawal bola dalam petak ukuran 2 meter x 2 meter lima kali tanpa henti.

P
1

P
2

P3

Catatan

*Tandakan (/) pada petak berkenaan.*Satu markah setiap petak yang ditandakan. Petunjuk:P1(Percubaan 1), P2(Percubaan 2),
P3(Percubaan 3)
(Adaptasi daripada penyelidikan Zainal Abidin Zainuddin, Habiballah Yusoff. (2008)

Anda mungkin juga menyukai