Anda di halaman 1dari 40

1

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG ) 2011 KKD 2063 - PEMBANGUNAN SAHSIAH

TUGASAN ILMIAH 2 & TUGASAN ILMIAH 3

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : SIMBA ANAK JELUM NO. KAD PENGENALAN ; 750816135964 NO. MATRIK : D20102046661 KUMPULAN : EL S06 PENSYARAH KUMPULAN : DR FAUZIAH HANIM JALAL FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

ISI KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

1. PENGENALAN

5-6

2. LIMA ASPEK CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN DALAM PENGAJARAN BERDASARKAN NILAI-NILAI BITARA.

7-15

3. ISU YANG MELANGGAR ETIKA PROFESION PERGURUAN - Pengenalan Etika - Penyalahgunaan Wang Kerajaan 16-31

4. KESAN ISU PENYALAHGUNAAN WANG KERAJAAN KEPADA PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU 32-36

5. KAITAN ISU DENGAN TEORI PSMBANGUNAN SAHSIAH

37-40

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

ARAHAN TUGASAN 2 & 3 : 1. Anda dikehendaki menjawab kesemua soalan tugasan yang diberikan. 2. Sila hantar tugasan 2 dan 3 anda dalam satu fail berbentuk softcopy sahaja kepada Pensyarah E-Learning anda. 3. Panjang tugasan 2 adalah antara 10 - 15 muka surat manakala tugasan 3 pula antara 20-25 muka surat.(Tidak termasuk rujukan atau lampiran) 4. Penulisan adalah dalam bentuk Times New Roman, fond 12 dan 1.5 spacing. 5. Setiap tugasan hendaklah disertakan senarai rujukan. 6. Penulisan hendaklah mengikut gaya UPSI/American Psychological Association (APA). 7. Tugasan 2 dan 3 perlu dihantar sebelum 23 Mei 2011.

1. TUGASAN 2 (20 %)

NO.

SOALAN

MARKAH

1.

Huraikan

lima

(5)

20 Markah

aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai Bitara. nilai-

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

2. TUGASAN 3 (30 %)

NO.

SOALAN

MARKAH

1(a)

Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan

10 Markah

1(b)

Huraikan

kesan isu tersebut

10 Markah

kepada pembangunan sahsiah guru.

1(c)

Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.

10 Markah

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

TUGASAN 2 1.1 PENGENALAN

Modal insan merupakan agen utama dalam suatu sistem. Semua organisasi atau institusi terdiri daripada beberapa lapisan kakitangannya. Bermula denga seorang pekerja pembersihan sehingga seorang pengurus. Semua individu yang membentuk sebuah institusi atau organisasi perlu memainkan peranan masing masing untuk menjaya visi dan misi institusi atau organisasi mereka. Kesediaan semua individu dalam institusi atauorganisasi ini untuk menjalankan peranan masing masing akan dapat menjana kejayaan institusi atauorganisasi mereka.

Bagi memastikan kejayaan institusi atau organisasi, modal insan yakni manusia sebagai pengerak utama harus mempunyai kemahiran, kecekapan, kelulusan yang diperlukan. Ini bagi memastikan mereka mampu menyumbang kepada kejayaan institusi atau organisasi mereka.

Bagi sebuah institusi pendidikan misalnya, bermula dengan murid, guru, penolong penolong kanan, Guru Besar, kakitangan bukan mengajar perlu sama sma memainkan peranan untuk menentukan kejayaan visi dan misi institusi pendidikan mereka. Dalam konteks ini, sebuah institusi persekolahan memerlukan guru guru yang berkelayakan dengan kemahiran dan kecekapan yang berbeza. Guru sebagai penggerak utama perlu mempunyai nilai- nilai yang tinggi dalam diri supaya profesionalisma dan kreadibiliti mereka sebagai warga akademik dapat dikekalkan dan dimantapkan. Nilai nilai akan membantu menaikkan tahap kreativiti dan inovasi guru dengan melahirkan idea idea baharu untuk sistem, adat kaedah dan lain lain.

Pembentukkan nilai nilai ini di pengaruhi oleh pendidikan, latihan, ekonomi, budaya, pengalaman, kepercayaan, masyarakat
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

dan persekitaran. Faktor pendidikan misalnya, akan membekalkan guru guru dengan kemahiran sebagai seorang guru untuk mata pelajaran tertentu. Misalnya, guru yang mengajar mata pelajaran Matematik yang mempunyai kelulusan dalam Pengajian Matematik akan mempunyai kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran itu berbanding dengan guru yang mempunyai kelulusan Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran Matematik. Di samping kelulusan, latihan dan pengalaman turut menyumbang kepada kecekapan seseorang guru itu. Pepatah ada mengatakan jauh perjalanan luas pandangan. Pengalaman dalam bidang pendidikan akan memberikan pendedahan kepada guru untuk menjadi guru yang lebih cekap dan berkemahiran dari semasa ke semasa. Contohnya, guru yang baru menamatkan pengajian, yang baru ditempatkan di sekolah dengan seorang guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama lebih daripada sepuluh tahun. Pastinya guru yang telah lama berkhidmat itu mempunyai tahap kecekapan, kemahiran dan kesediaan yang lebih baik daripada guru baru tersebut. Ini kerana pengalaman mematangkan dan mengajar kita menjadi lebih baik. Pengalaman memberikan kita ilmu yang kebanyakkan tidak dapat kita pelajari di bilik darjah, dewan kuliah atau kelas tutorial.

Untuk mencapai tahap tenaga mahir yang tinggi dan mampan, guru perlu mempelajari, memahami dan mengamalkan nilai nilai yang membentuk personaliti Bitara. Bitara bermaksud unik, unggul,tiada tolok bandingnya, satu-satunya dan lain dari yang lain. Nilai nilai Bitara yang terdiri daripada enam aspek iaitu, integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota, serta kreatif dan inovatif akan dapat melahirkan individu guru yang bersahsiah tinggi dan mempunyai semangat jati diri yang kental.

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

1.2 LIMA ASPEK CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN DALAM PENGAJARAN

Di sini akan dihuraikan lima daripada nilai di atas bagi menghuraikan ciri ciri guru berkesan dalam pengajaran. Lima daripada enam nilai Bitara yang akan dibincangkan ialah, integriti, professional, semangat berpasukan, berorientasikan pelangan serta kreatif dan inovatif. Nilai Bitara

Integriti

Profesional

Berorientasikan Pelanggan Semangat Berpasukan

Kreatif & Inovatif

A. INTEGRITI Integriti berasal dari perkataan Bahasa Inggeris yeng bermaksud keutuhan perwatakan seseorang dari segi yang baik. Dalam Kamus Dwibahasa, DBP, 1985, integrity bermaksud kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan ketulusan. Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan lain lain. Kualiti ini mendokong tahap profesionalisma seorang guru. Setiap agama dan kepercayaan di dunia menyarankan penganutnya agar melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Agama suci, agama agung iaitu, agama Islam menganggap segala pemikiran, amalan dan tingkah laku yang dilakukan dengan niat kerana Alah S.W. T sebagai ibadah. Prinsip pertama Rukun Negara telah menggariskan Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai panduan untuk dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa Allah S.W.T maha
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

mengetahui, mendengar, melihat dan memahami, seorang individu harus mengajar dirinya supaya sentiasa berusaha melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran yang merosakkan diri dan orang lain.

Dalam konteks pendidikan, seorang guru, harus memahami, menghayati dan mengamalkan nilai Bitara, integriti yang mempunyai empat pentunjuk iaitu, adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Jika seorang guru memahami, menghayati dan mengamalkan petunjuk ini, sudah pasti beliau akan menjadi guru yang berkesan.

Integriti

Adil

Amanah

Akauntabiliti

Telus

Seorang guru yang adil akan hadir ke sekolah tepat pada masanya. Beliau juga akan masuk ke kelas untuk memulakan pengajarannya tepat pada masa dan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Semasa di sekolah dan didalam kelas guru ini tidak membuat kerja atau aktiviti yang tidak berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang guru. Sekiranya guru mengamalkan nilai ini, isi pelajaran akan dapat disampaikan kepada murid dengan berkesan dan ini akan menyumbang kepada kejayaan pengajarannya di dalam kelas.

Bersih, cekap dan amanah, merupakan antara cogan kata yang sering kita dengari. Guru sebagai agen perubahan dan role model yang mendidik, membimbing dan menyampaikan maklumat kepada anak muird perlu bersikap amanah. Untuk menjadi seorang guru yang berkesan, guru harus menuyampaikan isi pelajaran menggunakan fakta yang yang benar dan bersedia untuk berbincang dengan murid. Sikap keterbukakan ini akan menjadikan guru orang yang senang didampingi. Di samping itu guru yang amanah akan menjaga dan menghargai harta dan kemudahan yang dibekalkan dan disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Guru yang amanah juga tidak akan menyalahgunakan kedudukannya sebagai ahli
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

akademik untuk kepentingan diri sendiri. Sikap yang amanah akan menjadikan seorang guru itu guru yang berkesan.

Ketelusan perlu dimiliki oleh seorang guru untuk menjadi guru yang berkesan. Guru harus melaksanakan tugas dengan adil dan telus pada masa yang telah ditetapkan.

Untuk menjadi guru yang berkesan, guru juga harus menunjukkan sikap akauntabiliti. Guru berkesan akan melaksanakan pengajarannya berdasarkan rancangan dan sukatan yang telah dirancang. Ini akan mengelakkan daripada ada isi pelajaran yang harus disampaikan tertinggal atau tidak dapat disampaikan kepada murid.

B. PROFESIONAL Menurut Kamus Dewan, Edisi kelima, profesional bermaksud, kemampuan dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Dalam konteks pendidikan, guru perlu bersiap siaga untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang baru selaras dengan anjakan paradigma dunia pendidikan. Seandainya guru sentiasa memperlangkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang baru nescaya guru dapat menyampaikan pelajaran dengan lebih menarik dan berkesan selain dapat mencapai objektif pengajaran. Disamping membantu anak murid guru yang mengamal sikap profesionalisma akan ringan tulang untuk membantu rakan sejawat dan bersedia membaiki kelemahan an kekurangan diri. Misalnya, dari seorang guru yang hanya mempunyai Diploma Perguruan, guru harus berusaha meningkatkan tahap pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, misalnya Ijazah Perguruan.

Nilai professional mempunyai empat petunjuk iaitu, beretika, beriltizam, cinta ilmu dan kompeten

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

10

Profesional

Beretika

Iltizam

Cinta Ilmu

Kompeten

Seorang guru yang beretika akan sentiasa mendahulukan kehendak organisasi yang diwakilinya. Seorang guru yang sentiasa menjaga maruah diri, rakan setugas dan anak murid akan disenagi oleh semua orang. Guru yang disengai oleh rakan sejawat dan anak murid akan membantunya menyampaikan pelajaran dengan lebih berkesan di dalam kelas.

Bebanan tugas seorang guru amat berat dan menuntut pengorbanan yang kadang kala tak terfikir oleh akal fikiran. Namun begitu, sikap iltizam dalam melaksanakan tugas akan membantu guru itu untuk mencapai kejayaan. Guru yang mempunyai sikap iltizam akan berusaha untuk merancang aktiviti atau tugasnya dengan baik.

Seiring dengan anjakan paradigma dunia pendidikan, seorang guru harus memiliki sikap mencintai ilmu. Pepatah mengatakan, tuntutlah ilmu sampai liang lahad. Maksudnya, guru harus berusaha memperbaiki diri dari semua aspek. Dengan menghadiri majlis majlis ilmu, perbincangan ilmiah, guru akan dapat bertukar tukar maklumat di samping menambah pengetahuan yang sedia ada. Guru sebagai cermin murid perlu menunjukkan sikan ingin belajar yang tinggi untuk merangsang murid berusaha dalam pelajaran mereka seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang. Kini kita bukan saja dapat menambah pengetahuan secara luar talian, tapi juga secara atas talian. Jika dua puluh tahun yang lalu untuk menambah ilmu di dada kita hanya ada buku-buku, suratkhabar, televisyen dan radio sebagai medan ilmu. Tapi kini, maklumat boleh diperolihi di hujung jari. Ilmu yang sarat di dada akan membantu guru menjadi guru yang lebih berkesan melalui persembahan dan penyampaian yang lebih menarik.

Jangan sekadar melepas batuk di tangga. Guru yang mengamalkan nilai professional akan berusaha menyiapkan
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

11

tugas, misalnya mengajar dengan berkualiti dan efisyen dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Cabaran bagi setiap sesi pengajaran bagi seorang guru adalah, memastikan isi pelajaran yang disampaikan dapat difahami oleh semua murid.

C. SEMANGAT BERPASUKAN Nilai Bitara seterusnya yang harus ada pada seorang guru ialah, semangat berpasukan. Semangat berpasukan bermaksud kesediaan untuk bekerja bersama sama sebagai satu kumpulan dalam sebuah institusi. Di sekolah, Guru Besar, Guru - guru Penolong Kanan, guru biasa, kakaitangan bukan mengajar dan anak murid harus mempunyai hala tuju yang sama bagi menjayakan visi dan misi sekolah.

Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan, iaitu, muafakat, fokus matlamat, hormat menghormati dan rasa bangga menjadi sebahagian daripada institusi.

Semangat Berpasukan

Bangga

Muafakat

Fokus Matlamat

Hormat - menghormati

Muafakat membawa berkat. Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa, sebagai satu pasukan, guru harus mempunyai pemuafakatan dengan ketua, rakan sejawat dan anak muird agar semua kekeliruan dapat dielakkan. Guru juga harus menyemai sikap bersatu padu dikalangan rakat sejawat dan anak murid.

Sebagai sebuah organisasi, semua ahlinya harus mempunyai matlamat yang sama dan fokus pada matlamat tersebut. Misalnya, matlamat pada tahun semasa ialah untuk mencapai keputusan UPSR sebanyak 80%. Semua ahli harus jelas dan fokus dalam usaha mencapai target ini.
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

12

Dalam sebuah institusi yang mempunyai ahli yang berbeza, sikap hormat menghormati adalah salah satu kunci kepada kejayaan. Setiap ahli dalam organisasi harus menanamkan sikap saling mempercayai. Guru yang baik dan prihatin akan menghormati muridnya dengan menjaga pertuturan. Guru yang sentiasa menunjukkan sikap ini akan disenangi dan disayangi anak murid. Ini akan membantu penyampaian yang berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung, Saya bangga menjadi warga... Jika guru memiliki rasa bangga dan bersyukur terhadap sekolah, nescaya guru akan berjuang untuk mengharumkan nama sekolah dengan menjalankan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.

D. BERORIENTASIKAN PELANGGAN Pelanggan utama guru ialah murid. Oleh itu, guru harus merancang perkhidmatan yang akan diberikan bersesuai dengan keperluan pelanggannya. Empat bahagian dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan ialah, responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Berorientasikan Pelanggan

Responsif

Proaktif

Mesra

Berkualiti

Guru yang responsif adalah guru yang cekap dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik tanpa menunggu arahan. Manakala guru yang proaktif pula adalah guru yang sentiasa bersemangat dalam setiap apa yang dilakukannya. Sikap responsif dan proaktif perlu dimiliki oelah seorang guru agar guru dapat menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai pendidik dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat. Guru yang bersemangat dalam pengajran akan merangsang murid untuk mengkuti pelajaran yang
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

13

disampaikan oleh guru. Ini juga akan menyuntik semangat kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan.

Seorang guru yang mudah didampingi adalah seorang guru yang mesra. Guru yang mesra dan bersedia berkhidmat untuk murid akan mencipta suasana pengajaran dan pembelajaran yang tenang, aman, tidak tertekan dan seronok. Jika pelajar seronok mendengar guru mengajar, seronok mahu belajar kemahiran baharu, pastinya guru tersebut akan dapat merangsang kesediaan murid untuk belajar. Ini akan membantu dalam penyampaian pengajaran yang berkesan di dalam kelas.

Ciri terakhir dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan ialah kualiti. Perkhidmatan berkualiti ialah perkhidmatan yang dapat memuaskan dan memenuhi keperluan pelanggan iaitu murid. Pengajaran yang disampaikan harus berdasarkan maklumat yang tepat, lengkap, padat dan terkini. Penggunaan Teknologi Maklumat menyumbang kepada peluang untuk mengemaskini pengetahuan dari semasa ke semasa. Guru yang berkualiti akan berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baharu.

E. KREATIF DAN INOVATIF Ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai Bitara yang akan dihuraikan seterusnya ialah kreatif dan inovatif. Kreatif dan inovatif bermaksud kebolehan individu mengembangkan idea baru daripada sumber asal serta kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan suatu idea sama ada dalam sesuatu kaedah, sistem, adat dan sebagainya. Empat petunjuk bagi kreatif dan inovatif ialah berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan nilai tambah. Kreatif & Inovatif

Berdaya cipta
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

Penambahbaikan Berterusan

Rebut Peluang

Nilai Tambah

14

Untuk menjadi seorang guru yang berkesan, guru harus sentiasa memikirkan idea, pendekatan baru yang menarik untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Setiap tahun guru akan dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid yang berbeza tahap kebolehan mereka. Oleh itu guru perlu bersedia memikul tanggungjawab untuk mendidik anak murid ini dengan melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan baharu. Guru harus bijak dan kreatif dalam penerokaan dan pencarian ilmu tambahan bagi menyampaikan maklumat terkini, betul dan mantap kepada murid muird di dalam kelas.

Guru yang kreatif dan inovatif akan melakukan penambahbaikan berterusan dalam cara mengajar, mencuba pendekatan baru untuk menyampaikan isi pelajaran, mempelbagaikan teknik mengajar dan menyediakan pelbagai bentuk latihan. Semua ini akan merangsang pembelajaran yang berkesan.

Perubahan berlaku pada bila bila masa dan di mana mana sahaja. Oleh itu, guru harus merebut segala peluang untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Guru juga harus merebut peluang untuk menunjukkan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki. Peluang yang diberikan harus digunakan sebaiknya.

Petunjuk guru kreatif dan inovatif yang keempat ialah nilai tambah. Nilai tambah membawa maksud segala input atau maklumat baharu yang berkaitan dengan pelajaran. Guru yang kreatif akan sentiasa memberikan input dan maklumat baru hasil dapatan daripada bacaan, carian melalui internet, perbincangan sesama rakan dan seterusnya menyampaikan kepada anak murid dan rakan sejawat yang lain.

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

15

RUMUSAN Sebagai kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang berkesan dalam pengajaran seorang guru harus memiliki sikap integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan serta kreatif dan inovatif. Guru yang memiliki ciri ciri ini akan dapat menjadi guru yang berkesan selain disenangi, disayangi dan dihormati bukan saja oleh anak murid tetapi juga oleh rakan sejawat.

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

16

TUGASAN 3

PENGERTIAN ETIKA

Apabila kita membicarakan etika, satu perkataan yang sinonim dengannya ialah moral, yang sangat berkait rapat malah seringkali diberi pengertian yang sama. Kita lihat perkaitan di antara etika dan moral dalam penjelasan di bawah.

Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Greek. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan (2002), ethos bermaksud nilai moral, sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu bangsa. Manakala etika membawa pengertian satu sistem atau prinsip moral. Ia tidak lari daripada satu lagi kata sinonimnya iaitu moral yang diertikan sebagai prinsip apa yang dikatakan betul dan apa yang dikatakan salah. Feeny, Christensen & Moravcik (1996) meminta para profesional supaya bertindak dengan penuh beradab kerana ia mencerminkan perkara yang betul dan salah.Thiroux (2001), pula melihat etika sebagai satu teori mengenai tindakan individu, penafsirannya terhadap sesuatu kejadian dan mengapa individu bertindak sedemikian. Ia juga merupakan satu falsafah mengenai moral yang mementingkan tindakan seseorang individu bukannya. Dapatlah kita membuat rumusan bahawa etika sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhi oleh kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersifat sejagat. Etika sebagai disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan garis panduan tindakan individu yang piawai, yang mewajarkan tindakannya Etika bertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai, kepercayaan dan tanggungjawab dalam sesuatu profesion. Ia mampu menjadi satu norma dan standard perlakuan-perlakuan ahli organisasi dan interaksi antara ahli-ahli organisasi tersebut Dengan kata lain, etika bertindak sebagai cermin tingkah laku moral manusia.
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

17

KEPENTINGAN ETIKA KEPADA GURU

Sebagai satu profesion, dunia perguruan akan berubah dari masa ke semasa. Nilai, peranan dan tanggungjawab guru juga akan turut berubah. Guru sebagai satu entiti yang begitu unik kerana pelanggan guru itu bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa, masyarakat, sektorsektor pekerjaan, Dalam pengurusan Pendidikan pula, etika yang baik mampu mengujudkan budaya kerja yang cemerlang dan hasilnya ialah ia berjaya mengeluarkan para pelajar yang bakal menjadi ahli masyarakat yang berkualitI. Kod etika dapat membantu pentadbir sekolah memberi argumentasi terhadap masyarakat jika mereka mempunyai pemahaman tentang kod etika guru ini.Selain itu, etika perguruan juga dapat berfungsi sebagai panduarah dalam membantu guru melaksanakan apa yang dianggap betul. Dengan itu, guru mampu menjadi role model kepada anak-anak muda.Masyarakat memandang tinggi profesion-profesion yang lain dan melihat guru sebagai satu profesion tidak setaraf doktor atau peguam atau jurutera yang mempunyai etika yang tetap dan dikawal oleh satu badan pemantau yang berhak menghukum ahli-ahlinya. Jadi etika perguruan amat penting untuk mengembalikan keyakinan masyarakat bahawa amalan profesionalisme perguruan berasaskan persetujuan bersama.

PRINSIP

ETIKA

KERJA

KEMENTERIAN

PELAJARAN

MALAYSIA

Prinsip Pertama: Niat yang Betul

Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian melaksanakan tugas dengan niat yang betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama, selaras dengan nilai kerja yang dicadangkan. Terdapat empat jangkaan nilai kerja yang diharapkan daripada amalan prinsip pertama ini, iaitu: a. Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi,
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

18

matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia; b. Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara; c. Memberikan sumbangan bermutu; dan Sentiasa membarui niat untuk kebaikan.

Prinsip Kedua: Perlakuan yang baik.

Berdasarkan prinsip ini, semua warga Kementerian diseru agar melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Warga

Kementerian diminta agar mengamalkan nilai-nilai yang berikut semasa melakukan tugas mereka. Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa; Memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan

Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya menjadi penggerak ke arah kebaikan. Berikut merupakan apa yang disarankan berdasarkan prinsip ini.

Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan; Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik.

Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan

Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa berusaha


D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

19

melaksanakan apa yang dikatakan. Aspek ini amat penting kerana salah satu elemen yang amat penting dalam pengurusan organisasi hari ini ialah memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan kepuasan kepada mereka. Untuk mematuhi prinsip ini, perlakuan-perlakuan seperti yang berikut haruslah menjadi amalan: Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain; Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab

Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab. Semua warga

Kementerian perlu mengamalkan perlakuan-perlakuan seperti berikut: Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam ajaran agama; Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan betul.

NILAI-NILAI ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Nilai Pertama: Amanah

Secara umumnya, amanah bermaksud sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan Berikut merupakan beberapa amalan amanah yang dikemukakan: Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh

tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai; Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan;
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

20

Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi;

Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan Bertanggungjawab penyalahgunaan kuasa. melaporkan penyelewengan dan

Nilai Kedua: Benar

Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai benar pada niat dan perbuatan. Antara perlakuan yang diharapkan daripada warga Kementerian yang memperlihatkan nilai ini adalah seperti yang berikut: Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi mahupun mengharapkan balasan; Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji; Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh; Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan tidak mengelirukan; dan Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

Nilai Ketiga: Bijaksana

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai bijaksana sebagai menggunakan pemikiran dengan bijaksana dengan membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa serta keadaan. Amalan-amalan yang diperakukan termasuklah: Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

21

menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah; Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti; Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam

menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan serta emosi; dan Sentiasa meningkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.

Nilai Keempat: Bersyukur

Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan penghargaan atas nikmat atau pemberian yang diterima. Perlakuanperlakuan yang dicadangkan ialah: Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai hak; Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah; Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa; dan Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.

Nilai kelima: Dedikasi

Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Amalan-amalan atau nilai yang diharapkan adalah seperti berikut: Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah; Sanggup perkhidmatan; Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan berkorban masa dan tenaga demi kepentingan

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

22

memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti; Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut; dan Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.

Nilai keenam: Ikhlas

Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. Amalan-amalan yang mencerminkan nilai ini adalah seperti berikut: Menerima tanggungjawab dengan rela, hati yang suci, tidak berpurapura atau berusaha mengelakkan daripada tanggungjawab; Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; dan Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih.

Nilai Ketujuh: Penyayang

Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai serta mengambil berat. Ia dapat ditunjukkan seperti berikut: Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong atau suka meninggi diri; Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk; Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas; Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

23

mesra; dan Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.

PEMATUHAN ETIKA PERGURUAN

Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu perkara yang harus kita perbincangkan ialah Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara terperinci kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti. Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2) Seorang pegawai tidak boleh: (a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan

persendiriannya; (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya; (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa (i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri; (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (e) kurang cekap atau kurang berusaha; (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab;
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

24

(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan (j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.

Profesion perguruan di Malaysia juga mempunyai kod etikanya yang dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Lampiran etika ini terdapat di bahagian awal Buku Rancangan Mengajar guru-guru. Kita perhatikan etika berkenaan.

Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia 1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar. 1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktorfaktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 1.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 1.6 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.

2. Tanggungjawab Terhadap Ibubapa


D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

25

2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. 2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 2.3 Menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya . 3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

Kesimpulan Etika Perguruan

Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masih dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut. Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian

Pelajaran dalam Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa memberangsangkan, para guru harus bersyukur kerana tugas guru merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama dan menjadi agenda utama kerajaan.

Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina. Bermula dengan teori-teori yang berkaitan, permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikuti dengan rasionalnya pembentukan sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada pada seorang guru dan tanggungjawab seorang guru.Masalahnya, walaupun kita mempunyai etika, peraturan dan undang-undang, masih berlaku banyak kes pelanggaran etika perguruan sama ada oleh guru-guru atau pengetua. Radzuan Hassan (1997) membangkitkan isu salahguna wang di kalangan pentadbir sekolah. Abdullah Bakri (1990) pula menimbulkan persoalah pengabaian tugas oleh guru-guru dan pengetua terutama dalam soal
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

26

pelaksanaan pengajaran. Akhir sekali, Asnah Abdul Hamid (1996) menambah kepincangan di kalangan profesional perguruan yang gagal menjadikan nilai dan etika profesional sebagai garis panduan semasa menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab profesional mereka.

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

27

(a)

ISU

YANG

MELANGGAR

ETIKA

PROFESION

PERGURUAN

ISU: PENYALAHGUNAAN WANG KERAJAAN. Sejak akhir akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi.

Kod Etika KPM Dalam Nilai Amanah:

Sentiasa

menjalankan

tugas

yang

diberikan

dengan

penuh

tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai; Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dan peruntukan dalam Perintah Am Bab D(c)dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri dan Tatasusila Profesion Perguruan Perkara 4; ceraian ii , iaitu, tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

Perkaitan dengan isu di atas, nilai amanah juga merupakan satu percanggahan besar terhadap amalan salahguna wang atau rasuah.

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

28

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (2002), dalam http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/tatatertib.htm., yang

mengendalikan kes-kes melibatkan guru siswazah, banyak kes-kes tatatertib yang tidak dihantar atau lewat sehingga lebih setahun kepada pihak Pihak Berkuasa Tatatertib SPP. Daripada laporan ini, nyata sekali perlakuan pelanggaran etika berlaku oleh pihak tertuduh dan di peringkat pegawai yang bertanggungjawab. Badan Pencegah Rasuah, seperti yang dilaporkan oleh Marzita Abdullah (2004), dalam http://www.mypendidik.net/portal/modules pula melaporkan kebanyakan pentadbir pendidikan melakukan penyalahgunaan kuasa secara sengaja. Beberapa kes seperti

penerimaan wang daripada kontraktor, pemberian tiket kapalterbang, pembiayaan hotel dan pemalsuan dokumen kerja pembaikan dilakukan dengan sengaja oleh pentadbir sekolah. Sebagai pegawai

perkhidmatan awam mereka telah melanggar tata kelakuan dan tatatertib Perintah Am Bab D; Bahagian II; Peraturan 4(2) dalam halhal berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa. Adalah disarankan guru-guru tidak membelakangkan kepentingan profesion perguruan mereka daripada kepentingan peribadi. Jabatan Perkhidmatan awam pula dicadangkan bertindak meluaskan larangan berpolitik kepada semua guru bukan sahaja kepada penjawat awam kumpulan A.

Selain daripada itu, Unit Tatatertib Jabatan Pelajaran Negeri harus telus dalam menjalankan tugas mereka dengan melaporkan kes-kes pelanggaran etika kepada pihak-pihak yang berkenaan dengan segera setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membuat pendakwaan ke atas mereka. Kita tidak mahu pegawai-pegawai pendidikan.

Sekolah sebagai agen sosialisasi yang paling penting bertindak untuk melahirkan warga yang mempunyai nilai-nilai sosial ( Mukherjee, 1978). Selain daripada itu ia berfungsi sebagai sebuah institusi pembangunan sumber manusia yang melahirkan komoditi modal
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

29

manusia yang mempunyai sahsiah yang terpuji (Institut Aminudin Baki, 1997). Kamarudin Kachar (1989) pula menegaskan, peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin pendidikan untuk melaksanakan dasar sistem pendidikan negara agar matlamat-matlamatnya tercapai. Pemimpin sekolah, terutamanya, harus memiliki kecekapan,

kebolehan dan sifat-sifat adil, amanah, berdedikasi, berdaya usaha, bertanggungjawab, berdisiplin berakhlak tinggi.

Jelas kepada kita bahawa penerapan nilai dan moral terpuji harus ada dalam diri setiap insan yang bernama guru. Nilai dan moral terpuji ini menjadi garis panduan kepada guru-guru yang diikat dalam istilah etika perguruan. Profesion perguruan Malaysia juga mempunyai etika perguruannya sendiri dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.

Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku.

Punca Berlakunya salah gunawang

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.

Ini berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri, Seseorang itu tahu bahawa perbuatan itu dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

30

dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya masalah ini, mungkin nampak nya tidak lah masalah besar namun ini tidak boleh dibiarkan berleluasa. Pihak pemimpin sama ada Pengetua atau Guru Besar, malah pihak Jabatan pendidikan negeri dan kementerian khas tidak tegas dan kurang prihatin terhadap masalah ini mengakibatkan berleluasa tanpa disedari.

c) Modenisasi.

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya masalah ini. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Bagi guru di sekolah khasnya berlaku apabila pembukaan tender kantin setiap dua tahun sekali biasanya berlaku tanpa disedari oleh pihak luar. Perlumbaan mendapatkan tander kantin juga berlaku. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati Guru Besar atau pegawai pengurusan dalam pembuat keputusan pemilihan. Penggunaan wang sebagai hadiah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender tersebut, disamping mempercepatkan bayaran sebagainya.

Antara Langkah Mencegah Salahguna Wang Adalah Seperti Berikut : Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

31

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala ini. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan salahguna wang sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. Memasukkan Bahaya Salahguna wang Dalam Sistem Pendidikan Benci kepada salahguna wang akan dapat dihayati dalam diri

sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci salahguna wang membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada gejala ini. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah ini jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu mereka akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. Memudahkan Urusan Menggunakan ICT Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu

diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat guru-guru Malaysia.

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

32

1 (B)

KESAN PENYALAHGUNAAN WANG TERHADAP

PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU.

Pengenalan

Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang

dipilih oleh guru dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan sejajar dengan jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita menggembirakan yang menggambarkan sahsiah guru yang baik seperti guru bertindak berani untuk menyelamatkan anak muridnya dan ketabahan guru menghadapi harungan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang

membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun, tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru juga turut menjadi fokus utama media massa dan para penyelidik seperti

penyalahgunaan wang kerajaan, kes khalwat, sumbang mahram, penderaan, rogol hinggalah kepada ketagihan dadah. Pendedahan tentang penglibatan guru di dalam fenomena ini menyedarkan kita tentang betapa tingginya harapan masyarakat dan negara terhadap peranan yang dimainkan oleh guru sebagai pendidik dan pembimbing kepada golongan muda yang merupakan generasi yang bakal

menerajui negara kita.Melalui sahsiah diri yang ditonjolkan, seseorang guru akan dilihat kewibawaannya. Sahsiah diri yang baik akan menggambarkan diri seorang guru yang berkaliber, berjaya dan berwibawa. Sebaliknya, guru yang menampilkan peribadi yang tidak baik adalah guru yang gagal, tidak berkarisma dan tidak memenuhi aspirasi negara.Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid murid. Antara kesan terhadap pembangunan sahsiah guru ;

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

33

Kesan Isu Salahguna Wang Terhadap Pembangunan Sahsiah Guru Dari Aspek Peribadi. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini terhadap diri guru itu sendiri adalah Aspek diri guru merupakan aspek yang ada dalam dirinya yang menyebabkannya bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Antara ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya, tingkah laku yang telah biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan pemikirannya. Contoh isu sahsiah guru bagi kategori ini hilang keyakinan diri kerana hilang maruah diri apabila didapati bersalah dan disoal siasat oleh Jabatan dan sekolah. Ini akan mengakibatkan kemerosotan prestasi kerja guru tersebut dan akan menjejaskan sekolah. Lebih memberi tekanan pencapaian murid di

kepada individu guru itu jika

perkara ini dilaporkan kepada polis dan dibawa ke mahkamah.

Kesan Isu Salahguna Wang Terhadap Pembangunan Sahsiah Guru Dari Aspek Keluarga. Aspek keluarga iaitu sama ada seseorang guru dapat menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bapa atau pun anak yang baik. Contoh isu sahsiah guru yang negatif bagi kategori keluarga ialah guru yang mendera isteri dan anak-anaknya. Tidak dapat menjalankan tanggungjawab kerana emosi yang sangat terganggu apabila disabit kesalahan tersebut,lebih menyedikan lagi nilai kepercayaan keluarga terhadap dirinya turut terjejas.Secara tidak langsung maruah keluarga juga turut terpalit.

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

34

Kesan Isu Salahguna Wang Terhadap Pembangunan Sahsiah Guru Dari Aspek Masyarakat Tindakan guru yang menjurus kepada kesan yang timbul daripada masyarakat mahupun negara. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak anak mereka.Masyarakat hilang kepercayaan dan kurang menghormati guru yang melanggar etika dan tatatertib. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak dibendung .

Kesan Isu Salahguna Wang Terhadap Pembangunan Sahsiah Guru Dari Aspek Sekolah Pentadbiran sekolah mula dipersoalkan setelah wujud penglibatan kakitangan sekolah dalam salah laku penyalahgunaan wang .Sebarang jawatan tidak lagi sesuai diberikan kepada guru berkenaan.PIBG juga masuk campur dalam pengurusan sekolah lebih-lebih lagi perkaraperkara yang berkaitan kewangan.Keadaan ini menjejaskan sahsiah guru lain di sekolah tersebut bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah seperti kehadirannya di sekolah, mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan serta mematuhi segala peraturan dan etika perguruan yang digariskan adalah amat penting. Kesimpulannya, daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak anak mereka. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

35

tidak terus menular dan menjadi semakin teruk, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan

mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Perbincangan mengenai salahguna wang adalah penting kerana kegiatan ini akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan sebegini, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang dengan ini akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Kesan yang paling besar daripada gejala salahguna wang ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah sekolah menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti , pengabaian kepentingan anak murid atau pelajar dari segi pengurusan yang baik seperti kebersihan kantin dan sebagainya. Budaya ini juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah (salahguna wang) yang tidak terbendung.

Pandangan Islam Mengenai Salahguna Wang

Budaya ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan mereka yang teribat, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh atTirmizi yang bermaksud :
D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

36

Penerima dan pemberi rasuah (salahguna wang) akan ditempat dalam api neraka.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah (salahguna wang) terhadap kedua-duanya. serta orang yang memberikan jalan

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

D046661 SIMBA ANAK JELUM EL-S06

37

1 (C) KAITKAN ISU TERSEBUT DENGAN SATU (1) TEORI PEMBANGUNAN SAHSIAH.

Pengenalan

Sahsiah diri seseorang banyak dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu kefahaman dirinya, nilai dan etika yang menjadi pegangannya. Perkaitan isu penyalahgunaan wang kerajaan dengan teori keperluan Abraham Maslow adalah bersifat humanistik kerana isu

penyalahgunaan wang ini adalah berkait dengan nilai kemanusiaan, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil.

Pendekatan humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam memperkembangkan potensi seseorang individu. Dalam keadaan ini, konsep humanistik sangat penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil. Abraham Maslow dan Carls Rogers

merupakan pelopor kepada psikologi kemanusiaan. Perspektif humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi seseorang individu. Abraham Maslow berpendapat bahawa perkembangan

personaliti/sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya. Teori Hierarki Keperluan Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Motivation and Personality pada tahun 1954.

PANDANGAN MASLOW TERHADAP MANUSIA

a. Maslow melihat manusia dengan pandangan yang optimistik. Fokus kajian Maslow adalah terhadap kesihatan psikologi berbanding

dengan penyakit, tentang perkembangan manusia berbandingkan


D046661 SIMBA JELUM EL-S06

38

kejumudan,

tentang potensi

dan kebaikan manusia

berbanding

kelemahan manusia.

b. Setiap individu memiliki kebebasan, dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu untuk mencapai kesempurnaan dan dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar. Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan yang mana buruk bagi memenuhi keperluannya dan memperkembangankan potensinya.

c. Keperluan adalah diwarisi tetapi tingkahlaku untuk mencapainya adalah dipelajari. Oleh itu personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam kehidupan dan asuhan sejak kecil, warisan dan persekitaran dan faktor personal dan persekitarannya

d. Personaliti manusia adalah unik. Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan manusia adalah universal tetapi bagaimana cara manusia memenuhi keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku ini dipelajari. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama.

e. Beliau mengakui pentingnya pengalaman di zaman awal kanakkanak dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang tetapi beliau percaya manusia mempunyai potensi untuk menguruskan

kehidupannya. Manusia akan lebih produktif dan lebih gembira jika dia dapat mempelajari dan menggunakan segala potensi ini.

f. Warisan manusia pada dasarnya adalah baik, tetapi beliau juga tidak menafikan akan wujudnya kejahatan. Pada pendapat Maslow, kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupan tetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna.

D046661 SIMBA JELUM EL-S06

39

Rumusan

Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa berdasarkan teori Maslow ini, manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif, jika wujud sifat negatif seperti sikap agresif atau egoistik itu menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa dan ingin memenuhi kehendak hidup dengan jalan yang mudah seperti isu yang dikaitkan disini iaitu menyalahgunakan wang kerajaan di sekolah bagi kepentingan peribadi. Manusia juga bersifat bebas dalam had-had tertentu. Manusia bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai.

Abraham Maslow juga menerangkan segala keperluan ini sebagai semulajadi yang bermakna kualiti yang diperturunkan biologi yang kuat pengaruhnya terhadap secara tingkahlaku.

Bagaimanapun segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya, oleh ketakutan dan dengan tidak menyetujuinya. Sungguhpun segala keperluan ini diwarisi sejak lahir, tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan ini adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza dari seseorang dengan seseorang yang lain. Keperluan-keperluan ini telah disusun mengikut urutan dari keperluan yang paling kuat (utama) kepada keperluan yang lemah. Keperluan di peringkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan.

Menurut Maslow lagi keutamaan keperluan ini boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi contohnya dalam keadaan kegawatan ekonomi, orang mungkin akan kehilangan pekerjaan menyebabkan keperluan fisiologi akan kembali menjadi

keutamaan. Pendapatan guru yang stabil dan konsisten menyebabkan ada dikalangan guru masih lagi mahu menyalah gunakan wang

kerajaan bagi memenuhi kepentingan peribadi dan bermewah. Ini


D046661 SIMBA JELUM EL-S06

40

dilakukan atas sikap yang tidak mempedulikan kesan dan akibat pada diri sendiri, keluarga masyarakat , murid dan sekolah.

D046661 SIMBA JELUM EL-S06

Anda mungkin juga menyukai