Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular
dalam kalangan murid tahun 5 dengan menggunakan latihan fartlek sebagai intervensi. Kajian
ini telah dijalankan ke atas 25 orang responden yang berumur 11 tahun di salah sebuah sekolah
di daerah Tawau. Tinjauan awal telah dijalankan melalui pemerhatian ketika proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung di padang. Keputusan pemerhatian yang telah dijalankan
mendapati murid mengalami masalah dalam kecergasan daya tahan kardiovaskular apabila
murid tidak dapat melakukan aktiviti pemanasan badan Dinamic Streching yang telah
disediakan dan turut menunjukkan tanda tanda kepenatan. Menurut analisis yang dibuat
mendapati seramai 6 orang murid berada di tahap yang bermasalah. Keputusan ujian naik turun
bangku mereka ketika Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) bulan Mac
juga menunjukkan skor yang tidak memuaskan. Sehubungan itu, latihan fartlek diperkenalkan
kepada responden. Intervensi ini dilaksanakan selama 4 minggu iaitu selepas menjalankan
ujian pra dan sebelum menjalankan ujian pasca. Bagi menguji keberkesanan intervensi ini ujian
Harvard Step telah digunakan semasa ujian pra dan pasca. Hasil analisis data mendapati
kesemua responden telah menunjukkan peningkatan skor yang diperolehi dalam ujian pasca
berbanding ujian pra. Terdapat 6 responden yang berjaya memperolehi skor yang
menyebabkan kelas pencapai mereka meningkat dari purata tinggi kepada bagus dan purata
rendah kepada purata tinggi menurut norma bagi ujian Harvard Step. Berdasarkan hasil kajian
ini, pengkaji mencadangkan pada kajian seterusnya masa bagi intervensi harus dipanjangkan
bagi memperolehi kesan yang lebih ketara

Anda mungkin juga menyukai