Anda di halaman 1dari 33

0

Permainan Galah Panjang: Keberkesanannya Dalam Mengurangkan Kesalahan


Gerak Kaki Permainan Bola Jaring Dalam Kalangan Murid Tahun 4

Oleh

Diana Binti Alipin
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.














1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. 1.0 PENDAHULUAN...................................................... 2-3

2. 2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Analisis Dan Tinjauan Masalah............................. 4
2.2 Isu Keprihatinan................................................ 5

3. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1. Objektif Umum...................................................... 7
3.2 Objektif Khusus..................................................... 7

4. 4.0 KUMPULAN SASARAN.............................................. 7

5. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan...... 8-10
5.2 Pola Kesalahan Dan Perancangan Kajian...... 11-13
5.3 Perancangan Cara Mengumpul Data.............. 14-19
5.4 Perancangan Cara Menganalisis Data............ 20- 21

6. 6.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

6.1 Jadual Pelaksanaan Tindakan............................. 22
6.2 Kos Kajian.............................................................. 23
6.3 Senarai Rujukan..................................................... 24
6.4 Lampiran



2

1.0 PENDAHULUAN
Pengkaji telah menjalani praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah di daerah
Kota Kinabalu. Pengkaji telah di beri tugasan untuk mengajar Pendidikan Jasmani
Tahun 2,4 dan 6 di sekolah tersebut selaras dengan subjek major pengkaji iaitu
Pendidikan Jasmani.
Semasa mengajar murid tahun 4 pengkaji mendapati masih banyak kemahiran
asas yang sepatutnya mereka kuasai tetapi mereka masih belum mahir sepenuhnya.
Pengkaji telah mengajar kemahiran mendarat dengan sebelah kaki dalam bola
jaring dan terdapat beberapa orang murid tidak dapat menguasai kemahiran tersebut
dalam masa yang singkat iaitu dalam 30 minit masa interaksi pengajaran dan
pembelajaran.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru telah menyebut butiran
mengajar kepada murid dalam langkah satu iaitu gerak kerja individu. Butir mengajar
yang disebutkan oleh guru termsuklah menerima bola dan mendarat sebelah kaki.
Kemudian,bagi penerima sebelah kaki melangkah sambil menghantar bola. Pemain
yang memegang bola dibenarkan berpaksi atas kaki mendarat untuk menukar arah.
Bagi mengukuhkan kefahaman dan visualisasi murid-murid terhadap lakukan ini,
guru telah meminta beberapa orang murid untuk membuat demonstrasi di hadapan
kelas. Murid-murid lain memerhatikan lakuan tersebut. Guru bersama murid
memperbetulkan kesilapan lakuan tersebut agar murid lain tidak mengulangi
kesilapan yang sama. Bagi ansur maju kepada murid, saya meminta murid untuk
melakukan lakuan mendarat dengan sebelah kaki dahulu tanpa bola. Apabila murid
melakukan lakuan ini, saya dapati murid tidak tahu kaki mana yang menjadi kaki
pertama mendarat. Akibatnya murid menggunakan, kaki kedua mendarat untuk
dijadikan bes dan murid pivot menggunakan kaki mendarat. Dalam permainan bola
jaring ini merupakan satu kesalahan yang dipanggil gerak kaki. Sekiranya hal ini
berlaku, bola akan diberikan kepada pihak lawan. Apabila guru bertanya mengapa
masih menggunakan kaki kedua sebagai bes, murid menjawab yang mereka tidak
tahu kaki pertama yang mendarat dahulu.




3

Pengkaji berpendapat bahawa lemahnya penguasaan asas mendarat sebelah
kaki dalam kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya latihan memandangkan
masa pnp bagi subjek pendidikan Jasmani hanya diperuntukkan 30 minit seminggu
untuk setiap kemahiran Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti
murid kelas ini tidak dapat mengaplikasikan permainan bola jaring dengan kemahiran
asas yang betul. Menurut Helen Tan(2005) dalam bukunya Bola Jaring kemahiran
gerak kaki merupakan kemahiran yang sangat penting dalam permulaan
pembelajaran. Walaupun seoran pemain boleh menyambut dan boleh membaling
bola dengan baik, dia tidak akan menjadi pemain yang baik sehinggalah dia boleh
bergerak dengan efisien di sekeliling gelanggang.
























4

2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPERIHATIAN :
2.1: TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid tahun
4, saya mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak dapat menguasai
kemahiran mendarat satu kaki dengan betul dalam permainan bola jaring.
Murid-murid tidak dapat mengenalpasti kaki yang perlu dijadikan paksi.
Setelah menerima bola, seharusnya murid hanya dibenarkan berksi di atas
kaki mendarat untuk menukar arah. Murid cenderung juga mengheret kaki
mereka. Dalam permainan bola jaring adalah menjadi satu kesalahan jika
pemain mendarat dengan sebelah kaki contohnya kanan dan meletakkan kaki
kiri di atas lantai dan melangkah ke sesuatu arah menggunakan kaki kanan
semula. Ini disebut sebagai kesalahan gerak kaki. Apa yang pengkaji dapat
perhatikan pola kesalahan tersebut kerap dilakukan oleh sebilangan murid.
Hasil dari lakuan tersebut murid juga cenderung mengheret kaki mereka
dimana ia juga merupakan satu kesalahan dalam permainan bola jaring.
Fokus kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji adalah bagaimana untuk
mengelakkan murid memilih paksi kaki yang salah semasa menukar arah
apabila mendarat dengan sebelah kaki mereka selepas mendapatkan bola
dan mendarat? saya memilih fokus ini kerana kemhiran mendarat sebelah
kaki merupakan kemahiran asas dalam bola jaring. Jika kemahiran ini tidak
diajar dengan sepenuhnya dan murid tidak dapat menguasai kemahiran ini,
murid-murid tidak akan dapat bermain dalam permainan ini dengan sempurna.
Jika murid tidak dapat mengaplikasikan kemahiran mendarat dengan betul ia
akan menjadi satu kesalahan dalam permainan bola jaring.
Namun , pengkaji perlulah mencari satu intervensi yang
menyeronokkan disamping murid dapat memperbaiki kesalahan dalam lakuan
mereka. Menurut John Amos Comenius ( 1592 1670 ), pendidikan perlu
memberi pengalaman yang positif dan perlu juga memeberikan kebebasan
kegembiraan dan keriangan kepada kanak-kanak. Permainan tradisional
merupakan permainan yang mempunyai unsur yang untuk dan sepatutnya
tidak dilupakan begitu sahaja. Seperti yang telah diperhatikan, selitan
permainan tradisional dalam aktiviti yang dijalankan memberikan
keseronokkan kepada murid pelbagai peringkat umur. Menurut Thomas et al.
5

(1998), guru juga harus membuat pertimbangan mengenai gender,
kematangan dan saiz badan pelajar semasa membuat perancangan. Selain
itu, mereka akan mengenali permainan tradisional ini melalui pengalaman
mereka sendiri. Menurut Teori John Dewey, pendidikan perlu disepadukan
dengan kehidupan kanak-kanak. Ini adalah disebabkan pembelajaran perlu
dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen. Ini bermaksud
pengalaman sendiri adalah pengalaman yang cukup berharga dan boleh
diingati dan tidak akan dilupakan. Rink (2002) mencadangkan dan
menggalakkan guru-guru Pendidikan Jasmani yang berminat membawa
pelajar kepada tahap tanggungjawab yang lebih tinggi. Guru mempunyai
pelbagai pendekatan pembelajaran yang tidak semestinya tunjuk ajar secara
terus tapi mencipta persekitaran untuk mencapai kemahiran jasmani. (Zawiah
Abas,1993).

2.1.1 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
2.1.1.1 Kebolehtadbiran
Dari aspek kebolehtadbiran, saya memilih permasalahan ini kerana
sekolah tempat saya menjalankan praktikum kali in mempunyai kelengkapan
yang cukup untuk mengajar kemahiran bola jaring seperti gelanggang dan
padang, serta bola dan tiang gol bola jaring.
2.1.1.2 kepentingan
Dari aspek kepentingan pula, saya menjalankan kajian mendarat
sebelah kaki dalam bola jaring kerana ia merupakan kemahiran yang asas
dalam bola jaring dan ianya terkandung dalam huraian sukatan pelajaran
tahun 4. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran tersebut. Setelah selesai
pnp saya, hasil pemerhatian tidak berstruktur yang saya lakukan saya
mendapati terdapat 7 orang murid saya masih tidak dapat menguasai
kemahiran tersebut. Justeru pengkaji mengambil inisiatif untuk memperbaiki
masalah kemahiran asas gerak kaki untuk ketujuh-tujuh orang murid tersebut.
Kajian yang dibuat oleh oleh Zuber (1999), mendapati, umumnya guru tidak
menghadapi masalah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan jasmani kecuali masalah kekurangan rujukan dan saiz
kelas.

6

2.1.1.3 Kebolehgunaan
Kajian dan intervensi ini sesuai digunakan oleh semua murid Tahap
Dua di sekolah rendah. Intervensi yang menggunakan pendekatan latihan
yang menggunakan permainan tradisional ini dapat digunakan dengan
menyesuaikan permainan seperti Galah Panjang sewaktu fasa Kemuncak
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk menguji penguasaan
murid-murid berkaitan tajuk kemahiran asas gerak kaki dalam bola jaring.

2.1.1.4 Kolaborasi
Apabila saya membuat kolaborasi dengan guru yang mengajar
matapelajaran Pendidikan Jasmani sebelum ini pada kelas yang sama, guru
tersebut murid-murid tersebut sememangnya pasif dan kurang berminat
dengan aktiviti fizikal. Helion dan Fry(1995), pula mencadangkan penyesuaian
aktiviti boleh dilakukan berdasarkan prinsip rangkaian perkembangan dan
kemahiran motor pelajar. Namun sebagai seorang guru, saya fikir perlu untuk
mereka menguasai kemahiran tersebut seperti yang telah dinyatakan dalam
huraian sukatan pelajaran yang telah di tetapkan oleh KPM. Guru Pendidikan
Jasmani perlu membentik persekitaran pembelajaran yang selamat relevan
dan bermakna kepada pelajar, dan mereka bentuk program yang mengajar
kemahiran interaksi sosial yang positif(Silverman,1999).

2.1.1.5 Kerelevanan
Kajian ini dilihat relevan dengan pembangunan kemahiran murid-
Murid serta pembangunan sukan di sekolah. Jika murid-murid dapat
menguasai kemahiran asas dalam bola jaring kemungkinan peningkatan
prestasi mereka di dalam permainan-permainan yang dipertandingkan akan
meningkat dari masa ke semasa. Mereka mungkin berpotensi untuk menjadi
atlet pada peringkat yang lebih tinggi lagi.






7

2.1.1.6 Kawalan
Kajian yang baik merangkumi perkara-perkara seperti subjek kajian,
peralatan, lokasi serta cara perlaksanaan intervensi yang mudah dikawal.
Subjek kajian terdiri daripada murid-murid saya sendiri dan mereka bersetuju
untuk menjadi subjek kajian dengan izin ibu bapa. Peralatan yang digunakan
pula mudah didapati di stor sukan sekolah. Kawasan padang akan digunakan
secara maksimum untuk menjalankan intervensi yang telah dirancangkan.
Intervensi akan diadakan pada waktu PnP Pendidikan Jasmani sahaja dan
tidak mengganggu waktu PnP yang selainnya


2.2 ISU KEPRIHATINAN
Semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati
banyak kesalahan yang murid lakukan semasa pengkaji mengajar kemahiran
asas dalam bola jaring. Namun, pengkaji hanya memfokuskan kepada satu
bahagian kecil untuk diperbetulkan iaitu kemahiran asas gerak kaki selepas
mendarat dengan sebelah kaki. Hal ini kerana, ia merupakan kemahiran yang
asas dan perlu dikuasai oleh setiap murid. guru juga menjalankan beberapa
intervensi bagi memperbaiki lakuan murid. Menurut Mok Soon Sang, 1990,
penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan,kemajuan dan
pencapaian murid. justeru guru menggunakan ujian pra dan pasca untuk menilai
kemajuan murid.












8

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengurangkan pola kesalahan gerak
kaki dalam bola jaring.

3.1 OBJEKTIF UMUM

Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan kesalahan gerak kaki murid tahun 4
dalam kemahiran asas gerak kaki permainan bola jaring.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS
3.2.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam mendarat satu kaki dalam bola
jaring.
3.2.2 Mengurangkan pola kesalahan murid iaitu kesalahan gerak kaki selepas
mendarat dan menerima bola dengan satu kaki.
3.2.3 Menguji keberkesanan permainan galah panjang dalam mengurangkan
pola kesalahan gerak kaki dalam permainan bola jaring.

3.3 SOALAN KAJIAN
3.3.1 Adakah kemahiran mendarat satu kaki dalam bola jaring dapat
diingkatkan?
3.3.2 Adakah pola kesalahan gerak kaki selepas mendarat satu kaki
dalam kalangan murid dapat dikurangkan?
3.3.3 Sejauh manakah keberkesanan permainan galah panjang dapat
mengurangkan kesalahan gerak kaki dalam kalangan murid?

4.0 KUMPULAN SASARAN
Bilangan murid : Orang murid tahun 4 Sekolah Kebangsaa n Mutiara,
Kota Kinabalu Sabah.
Jantina : Perempuan
Kelas : 4 Zamrud
Prestasi akademik : Semua murid dapat menguasai kemahiran 3M dengan
baik
9

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan


BIL

TINDAKAN

TARIKH

CATATAN

1

Mengenalpasti kesalahan murid
- Pola kesalahan murid yang dilihat dalam
pnp

28/1-9/2/2013

/

2

Mengenalpasti punca kesalahan
- Menilai pnp dan aktiviti yang dipilih
semasa pnp

11/2-15/2/2013

/

3

Memilih sampel

14/2/2013

/

4

Menjalankan ujian pra terhadap sampel

18/2/2013

/

5

Mencari satu tajuk yang bersesuaian dengan
masalah dan cara rawatan
- Kemahiran asas gerak kaki dalam bola
jaring

19/2-22/2/2013

/

6

Berbincang dengan pensyarah mengenai tajuk

26/2/2013

/

7

Berbincang dengan guru Pendidikan Jasmani di
sekolah tentang pola kesalahan gerak kaki murid.

28/2/2013

/







8

Mencari intervensi yang bersesuaian dan
melaksanakannya
- Intervensi pertama: lompat melintasi

4-8/3/2013

/


10

gelung dengan sebelah kaki.
- Menilai kelemahan intervensi pertama dan
membuat penambahbaikkan.





9

Memperbaikki intervensi pertama dan merancang
intervensi kedua serta melaksanakannya
- Intervensi kedua: lari dan lompat ke dalam
gelung dengan sebelah kaki.
- Kaki kedua mendarat bertukar paksi di
luar gelung.
- Gelung disusun secara zigzag.
- Menilai keberkesanan intervensi kedua
dan membuat penambahbaikan


11-15/3/2013

/

10

Memperbaiki intervensi kedua dan merancang
intervensi ketiga serta melaksanakanya.
- Intervensi ketiga: permainan galah
panjang dimana peraturannya diubahsuai
mengikut kesesuaian kemahiran asas
gerak kaki.
- Menilai keberkesanannya

8-12/4 /2013

*tidak dapat
dilaksanakan
kerana ujian
bulan April
sedang
berjalan.
Di tangguhkan
hingga 15-
19/4/2013



11

Menjalankan kajian pasca

15-19/4/2013


Tidak dapat
dilaksanakan
kerana terdapat
penyeliaan
bersama
pensyarah
pembimbing.

11

12 Mengumpul data 15-19/4/2013

x


13

Menganalisis data

15-19/4/2013


x

10

Membuat kesimpulan

15-19/4/2013


x
Jadual 5:Jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan
Petunjuk :
/ : dilaksanakan
X: belum dilaksanakan

5.1.1 Reka Bentuk Kajian
Model kajian yang saya ingin aplikasikan adalah model Gelung Kajian
Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988). Proses kajian tindakan melibatkan refleksi
ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu
menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses
pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.
Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah
itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan
Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti
mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.Satu kritikan
terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya . Oleh itu,
seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu
memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak
disampaikan.
12


Rajah 1: Model Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & Mctaggart, 1988)
Menurut Mohd Sofian Omar Fauzee (2006) saiz kelas yang terlalu besar
memberi kesan ke atas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Jumlah bilangan pelajar yang ramai dalam satu satu masa akan
menjejaskan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Seandainya
bilangan murid terlalu ramai, maka dua orang guru seharusnya perlu dalam
pengajaran dengan menggunakan kaedah Team Teaching, (Rink, 2000).











13

5.2 Pola Kesalahan Dan Perancangan Kajian


BIL

GAMBAR HIASAN

PENERANGAN

1




i. Kesalahan gerak kaki berlaku
apabila murid menerima bola dan
mendarat dengan sebelah kaki.
ii. Murid cenderung tidak berpaksi
pada kaki mendarat untuk
menukar arah.

2





Intervensi pertama:
i. Murid dminta melangkah melintasi
gelung.
ii. Murid melangkah dengan sebelah
kaki melintasi gelung, dan mendarat
dengan sebelah kaki.
iii. Kaki kedua seterusnya akan
mendarat untuk memberi imbangan
kepada murid.
iv. Lakuan tersebut dilakukan tanpa
menerima bola.
v. Penilaian melalui pemerhatian
berstruktur dan senarai semak guru.
vi. Lakuan sebenar murid dinilai seperti
situasi sebenar iaitu dengan
melompat dan mendapatkan bola
serta mendarat dengan sebelah kaki.
14


BIL

GAMBAR

PENERANGAN

3



Intervensi kedua:
i. Murid diminta untuk lari secara
zigzag.
ii. Setiap bucu zigzag terdapat sebuah
gelung dimana murd perlu
melangkah kedalam gelung dengan
sebelah kaki.
iii. Murid dikehendaki berpaksi atas kaki
mendarat dan menukar arah
iv. Lakuan ini dilakukan tanpa bola.
v. Penilaian melalui pemerhatian
berstruktur dan senarai semak guru.
vi. Lakuan sebenar murid dinilai seperti
situasi sebenar iaitu dengan
melompat dan mendapatkan bola
serta mendarat dengan sebelah kaki.

4




Intervensi ketiga:
i. Permainan galah panjang yang
diubahsuai.
ii. Lakuan sebenar murid dinilai seperti
situasi sebenar iaitu dengan
melompat dan mendapatkan bola
serta mendarat dengan sebelah kaki.
vii. Penilaian melalui pemerhatian
berstruktur dan senarai semak guru.
viii. Rujuk lampiran 2





15

Gelanggang Permainan Galah Panjang

Rajah 1: Ilustrasi Permainan Galah Panjang
*Murid yang mengawal dibenarkan meletakan hanya satu kaki pada garisan








16

5.3 Perancangan Cara Mengumpul Data
Data penyelidikan akan dikumpul melalui ujian. Dua ujian yang akan
dilaksanakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca.Proses pengumpulan data
dalam penyelidikan kualitatif memberi peluang kepada penyelidik untuk
mendapat data yang berciri seperti berikut:
i. memberi bermakna dan penting kepada peserta kajian,
ii. data yang tidak dijangka atau diandai oleh penyelidik,
iii. data yang mendalam serta dapat menjelaskan sesuatu isu yang
dikaji (Mack, Woodsong, Mackqueen, Guest, & Namey, 2005).
5.3.1 Permerhatian Berstruktur
Pemerhatian dalam kajian kualitatif boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu:
i) Pemerhatian Tidak Turut Serta
ii) Pemerhatian Separa Turut Serta dan
iii) Pemerhatian Turut Serta.
Ketiga-tiga bentuk pemerhatian ini melibatkan pengkaji berada di
persekitaran yang membenarkan peserta bertingkahlaku secara semulajadi.
Perkara yang membezakan ketiga jenis pemerhatian ini ialah tahap
penglibatan pengkaji dalam aktiviti yang dilakukan oleh peserta kajian.
Dalam Pemerhatian Tanpa Turut Serta pengkaji hanya memerhati dan
mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta
atau persekitaranya. Pengkaji ingin menggunakan kaedah pemerhatian
tanpa turut serta.
5.3.1.1 Borang Pemerhatian
Borang pemerhatian adalah satu dokumen yang disediakan untuk
merekod apa yang diperhatikan secara sistematik dan teratur. Dalam borang
pemerhatian itu, aspek-aspek yang tertentu untuk direkodkan semasa
pemerhatian dijalankan. Rujuk lampiran 1.


17

5.3.1.2 Langkah-Langkah Menjalankan Pemerhatian
1. Berada di lokasi kajian
Pengkaji pergi ke komuniti atau persekitaran di mana terdapat populasi
yang dapat memberi jawapan kepada soalan kajian. Peserta boleh terus
bertingkahlaku secara natural dalam persekitaran mereka. Sebagai
persediaan kepada proses pemerhatian, pengkaji perlu mengenalpasti invidu
yang dapat memberikan maklumat terbanyak kepadanya.
2. Membuat Catatan
Semasa berada dalam persekitaran yang dikaji, pengkaji mencatat
segala maklumat yang diperolehi dalam buku nota lapangan. Maklumat ini
diperolehi melalui pemerhatian tingkahlaku, perbualan personal, dan juga
peristiwa yang berlaku dalam persekitaran tersebut. Maklumat yang
diperolehi dari media masa di kawasan tersebut juga boleh dijadikan sumber
data. Walaupun selalunya data pemerhatian adalah dalam bentuk teks,
catatan juga boleh dilakukan dalam bentuk rajah dan peta minda (untuk
menggambarkan sesuatu hubungan, kronologi peristiwa, kedudukan kuasa,
dll. Dalam proses ini, pengkaji perlu sentiasa berhati-hati mencatatkan
pemerhatiannya secara empirikal tanpa melakukan interpretasi mengikut nilai
pengkaji sendiri.
5.3.2 Temubual Berstruktur
Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di
mana bentuk dan kandungan soalan-soalan yang ingin ditanya adalah
terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu sahaja. Misalnya, satu
sin soalan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang cara guru
membetulkan kesilapan ejaan pelajar dibentuk atau gubah terlebih dahulu
agar pengkaji dapat menyoal peserta atau respondan secara sistematik.



18

5.3.2.1 Persediaan Menemubual: Protokol Soalan
Penyelidik perlu membuat persediaan dengan mencari maklumat asas
tentang tajuk kajian dan elemen-lemen dalam kajiannya seperti teori,
fenomena terkini serta faktor-faktor yang mempengaruhi. Pengetahuan ini
membantu penyelidik membina instrumen kajian yang disebut sebagai
protokol soalan (Hill, Knox, Thompson, Williams, Hess, Ladany, 2005).
Protokol soalan adalah senarai soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik
untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya. Protokol soalan perlulah
mengikut susunan berikut:

Bil. Jenis Soalan Penerangan Contoh
1 Soalan
Pengenalan
Membolehkan peserta
memperkenalkan diri

terangkan tentang diri anda dari aspek:
pengalaman ,umur, jantina,
2 Soalan
Transisi
Memperkenal topik
yang hendak dikaji dan
meminta respon
peserta terhadap
pengetahuan asas
tentang topik tersebut.
Apakah yang anda faham tentang bola
jarig?
pernahkah anda bermain bola jaring
sebelum ini?

3 Soalan Kunci Soalan Utama yang
menghasilkan jawapan
kepada soalan kajian
Pada pandangan anda apakah faktor-
faktor mempengaruhi yang
menyebabkan masalah gerak kaki ketika
anda mendarat?
bagaimanakah anda menangani
masalah masalah tersebut?
apakah latihan akan mengurangkan
masalah tersebut?
4 Soalan
Penutup

Memeriksa jika
peserta mahu
memberikan komen.
apakah kesan latihan tersebut
terhadap lakuan anda?
Jadual 3: Soalan Kajian Untuk Sampel
19

2. Kemahiran Menemubual
Memberi penerangan yang jelas kepada peserta tentang tujuan dan prosedur
kajian, dan bagaimana temubual ini berbeza dari perbualan biasa. Pengkaji perlu
menerangkan tentang senarai soalan yang telah disediakan dan meminta peserta
menjawab secara bebas, iaitu tiada jawapan yang betul atau salah.
3. Mendokumentasikan Temubual
Data temubual merupakan perbualan antara penyelidik dan peserta yang
dirakam melalui pita suara, video dan juga nota. Penyelidik kini mempunyai pelbagai
pilihan teknologi perakam data yang membolehkan rakaman dilakukan tanpa
menganggu keselesaan peserta semasa temubual. Apapun teknologi rakaman yang
digunakan, penyelidik perlu mematuhi etika dengan memastikan segala rakaman ini
mendapat kebenaran dari peserta. Temubual mendalam perlu mendapat informed
consent atau persetujuan bermaklumat daripada peserta yang boleh dinyatakan
secara lisan yang dirakam, ataupun secara bertulis dengan menandatangi surat
kebenaran.

5.3.3 Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Senarai semak adalah satu dokumen yang telah disenaraikan aspek-aspek
pemerhatian dan penyelidik hanya diperlukan membuat tanda untuk merekod aspek-
aspek pemerhatian ini. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji dalam tajuk latihan
melangkah melintasi gelung dalpat mengurangkan kesalahan gerak kaki dalam
kalangan murid tahun 4 dalam permainan Bola Jaring, adalah pemerhatian
berstruktur, ujian pra dan ujian pasca dan temubual berstruktur. Berikut merupakan
kriteria yang diambil kira semasa murid menjalankan ujian kemahiran asas gerak
kaki:




20

5.3.3.1 Organisasi sampel semasa ujian kemahiran asas gerak kaki







Rajah 5: organisasi semasa melakukan ujian
Petunjuk :



Penghantar bola



Sampel yang diuji

G

Guru










X
X
X
X
G
21

Ujian kemahiran asas gerak kaki dalam permainan bola jaring
Kemahiran
yang diuji
Indikator prestasi dan pemarkahan
Cemerlang
10-8 markah
Sederhana
7-4 markah
Lemah
3-1 markah
Gerak kaki
Mendarat
dengan
sebelah kaki
- Berdiri dengan
kaki dibuka
seluas bahu
dan seimbang.
- Lari ke
kanan/ke kiri
sambil
menghulur
tangan dan
menerima bola
dan mendarat
atas kaki
kanan/kiri di
dalam gelung
dengan kemas
dan terkawal.
- Pergerakan
larian kemas
dan lancar.
- Lutut
dibengkokkan
sedikit untuk
serap daya.
- Bersedia dan
peka untuk
bertindak
- Berdiri
dengan kaki
dibuka seluas
bahu tetapi
kurang
seimbang
- Lari ke
kanan/ke kiri
sambil
menghulur
tangan dan
menerima
bola dan
mendarat
atas kaki
kanan/kiri di
dalam gelung
tetapi kurang
kemas dan
terkawal.
- Lutut kurang
dibengkokka
n sedikit
untuk serap
daya.
- Kurang
bersedia dan
peka untuk
bertindak
- Berdiri dengan
kaki tidak
dibuka seluas
bahu dan tidak
seimbang
- Lari ke
kanan/ke kiri
tidak menghulur
tangan dan
menerima bola
dan mendarat
atas kaki
kanan/kiri di
dalam gelung
dengan tidak
kemas dan
terkawal.
- Lutut tidak
dibengkokkan
sedikit untuk
serap daya.
- tidak bersedia
dan tidak peka
untuk bertindak
Jadual 4: Kriteria Yang Diuji Semasa Ujian Pra Dan Pasca


22

Data yang dikutip adalah data kuantitatif dan kualitatif. Borang senarai semak
adalah seperti berikut:
Murid

Percubaan

A

B

C

D

E

F

G

1


2


3


4


5


6


7


8


9


10


JUMLAH

Jadual 4: Borang Ujian Pra Dan Ujian Pasca Kemahiran Asas Gerak Kaki Bola Jaring
PETUNJUK :
/ : Lakuan Adalah Betul
X : Lakuan Adalah Salah.




23

5.4 Perancangan Cara Meganalisis Data
Data dikumpul menggunakan instrumen pemerhatian tidak berstruktur,
temubual dan ujian pra dan pasca. Melalui senarai semak yang telah disediakan
dalam ujian yang dilakukan, kiraan bilangan lakuan yang betul dan salah dihitung
dalam ujian pra dan ujian pos selepas sketiga-tiga intervensi di jalankan. Data
kemudian ditukarkan kepada graf untuk melihat kemajuan dan hasil intervensi yang
dilakukan untuk ketujuh-tujuh orang murid. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih
untuk membuat analisis data secara manual. Cara ini lebih bersesuaian dengan cara
pelaksanaan kajian dan cara pengumpulan data yang pengkaji gunakan.
Bagi menganalisis instrumen pemerhatian pula, pengkaji menggunakan
pemerhatian tidak berstruktur. Langkah yang perlu diambil sekiranya melakukan
pemerhatian tidak berstruktur adalah kirakan kekerapan murid yang melakukan
kesalahan dalam 10 kali percubaan setiap seorang dalam kemahiran asas dan
peratusan dan susunkan mengikut keutamaan (ranking).Disamping itu, guru juga
mengambil video semasa setiap intervensi dijalankan. Melalui peerhatian tidak
berstruktur, guru menilai perlakuan murid melalui video tersebut. Catatan ringkas
dibuat dalam buku catatan semasa pemerhatian dibuat. Guru mereflek semula
kesesuaian intervensi yang dilaksanakan terhadap murid
Instrumen temubual turut digunakan. Dalam instrumen temubual pola jawapan
murid terhadap soalan yang sama dicatat. Data tersebut merupakan data kuantitatif
dan dimasukkan dalam jadual kekerapan jawapan untuk ketujuh-tujuh orang murid.
data itu kemudiannya dimasukkan dalam jadual dan ditukarkan kepada graf untuk
analisis maklumat. Data ditafsirkan kemudian, pengkaji membuat kesimpulan hasil
dari graf tersebut.





24

5.4.1 Jenis Data
a. Kuantitatif- data dalam bentuk yang melibatkan angka atau nilai-nilai yang
diwakili dengan angka. Pengkaji menggunakan data senarai semak dalam
ujian pra dan ujian pasca. Kemudian, pengkaji memindahkan data ke dalam
graf kemudian membuat perbandingan. Ini bagi memudahkan perbandingan
sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.
b. Kualitatif data dalam bentuk huraian, pendapat atau penerangan
Data yang diperolehi sewaktu pengkaji membuat pemerhatian berstruktur dan
temubual berstruktur. Data akan direkodkan mengikut subjek. Ini bagi
memudahkan pengkaji melihat keberkesanan permainan galah panjang dalam
mengurangkan kesalahan gerak kaki murid yang dijalankan kepada setiap
subjek. Setelah itu, pengkaji akan membuat perbandingan min sewaktu ujian pra
dan ujian pasca. Seterusnya, dapatan akan dikira secara peratusan bagi melihat
dengan lebih jelas peningkatan setelah intervensi dijalankan terhadap kajian.
Keputusan kajian akan dianalis dan disediakan dalam bentuk graf.

5.4.2 Proses Analisis Data

Kumpul data
Asingkan data
mengikut jenis /
tujuan kajian
Susun data untuk
dianalisis
Laksanakan analisis
mengikut cara yang
ditetapkan
Janakan keputusan
dan persembahan
grafik
Membuat
intepretasi
Membuat
keputusan
25

6.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil Tindakan Tarikh Pelaksanaan Catatan
1 Menganalisis topik dan literatur review 29 Jan 2013
2 Memilih fokus kajian 6 Jan 2013
3 Menulis proposal kajian :-
a. Pendahuluan
Refleksi Pengajaran dan
Pembelajaran Lalu
2 Feb 2013
4 Merujuk kepada pensyarah
pembimbing
12 Februari 2013
5 Menulis proposal kajian :-
b. Fokus kajian / Isu keprihatinan
Tinjauan dan analisis masalah
c. Objektif kajian / Soalan kajian
d. Kumpulan sasaran



18 Februari 2013













26

Bil Tindakan Tarikh Pelaksanaan Catatan
6 Menulis proposal kajian :-
e. Pelaksanaan kajian
Perancangan langkah-langkah tindakan
Perancangan cara mengumpul data
Perancangan cara menganalisis data
f. Perancangan pelaksanaan tindakan
Jadual pelaksanaan kajian tindakan
Kos kajian
Senarai rujukan
Lampiran


19 Februari 2013-
29 Mac 2013

7 Menghantar proposal kajian 4 April 2013
8 Notifikasi penerimaan proposal kajian 5 April 2013
9 Pelaksanaan tindakan 1 Mac 2013 30 Jul 2013
10 Mentadbir instrumen Semasa praktikum
11 Pengumpulan data Semasa praktikum
12 Menganalis data Semasa praktikum
Jadual 6: Perancangan Pelaksanaan Tindakan











27

6.2 Kos Kajian



BIL

ALATAN/BAHAN

KUANTITI

HARGA
SEUNIT

JUMLAH

1

Pita penanda

1 gulung

RM1.20

RM1.20

2

Kon leper

16 buah

RM0.50

RM8.00

3

Wisel

1 buah

RM1.00

RM1.00

4

Bola Jaring

2 biji

RM32

RM64

5

Gelung

4

RM3.00

RM12

JUMLAH


RM86.20

*Semua peralatan diperolehi dari pihak sekolah kecuali pita penanda.





























28

6.3 Senarai rujukkan

Buku

Wilma Shakespear,(2006), Bola Jaring Meniti Tangga Kejayaan, Kuala
Lumpur, Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd

Helen Tan,(2006), Bola Jaring, Selangor Darul Ehsan, Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd

Mohd Sofian Omar Fauzee,(2006), Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani,
Shah Alam Selangor, Karisma Production Sdn. Bhd

Rink. J. E . (2002). Teaching Physical Education For Learning(4th.ed.). New
York:McGraw-Hill

Silverman, S.(1999). What Factors Influence Physical Education Classes In
Urban High Shools? Journal Of Physical Education, Recreation, And
Dance,70(1), 8

Callahan , J. F Clark, L. H & Kellough, R..D,(1998).teaching In The Middle And
Secondary School, Prentice-Hall, Inc. New Jersey

Helion, J. G & Fry, F. F (1995). Modifying Activities For Developmentel
Appropriateness, Journal Of Physical Education, Recreation And Dance, 66,57-59

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee.(1990). Pedagogi , Pengajaran Dan
Persediaan Mengajar. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Zaiwiah Abas.(1993). Persepsi Guru Pendidikan Jasmani Terhadap
Pelaksanaan Matapelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Latihan Ilmiah.
Universiti Putra Malaysia, Serdang

Zuber Hassan .(1999). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan Sekolah Rendah , Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya
29

6.4 Lampiran

LAMPIRAN 1
Nama Murid : _________________
Gambar lakuan murid :-










Gambar lakuan sebenar :-





Lampiran 2
Intervensi Ketiga :Permainan Galah Panjang Yang Diubahsuai.


30


Lampiran 2
Peraturan permainan galah panjang
1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang tau gelanggang.
Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain.
Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5
meter.
2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan
ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga
gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang.
3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga
gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan
menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau
belakang.
4. *Kumpulan menjaga dibenarkan untuk memijak garisan hanya sebelah
kaki pada garisan dan satu kaki boleh berada di luar garisan.
5. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya
ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya
mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.
6. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi
garisan yang dijaganya.
7. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa
disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
8. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir
melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain
yang ingin berhenti.
*peraturan yang telah diubahsuai oleh pengkaji



31

Refleksi tugasan
Kami telah menerima tugasan PJM 3116 iaitu Kaedah Dalam Penyelidikan
Tindakan. Tugasan ini memerlukan kami untuk menyediakan satu kertas kerja
perancangan kajian tindakan kami. Kertas kerja ini mengkehendaki kami untuk
mencari satu permasalahan mengenai semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, kemudian mencari satu intervensi terbaik bagi menyelesaikan masalah
tersebut.
Terdapat beberapa masalah yang saya dapati dalam perlakuan murid dalam
satu-satu kemahiran. Saya telah memilih kemahiran permainan dalam bola jaring
iaitu kemahiran asas gerak kaki dalam mendarat satu kaki. Kertas cadangan ini
disediakan bertujuan membantu subjek kajian dalam mengurangkan masalah gerak
kaki dalam permainan bola jaring yang mereka pelajari. Intervensi yang dipilih ialah
intervensi menggunakan permainan tradisional iaitu permainan galah panjang
disesuaikan dengan subjek kajian. Murid-murid tahun empat dari kelas yang diajar
oleh pengkaji dipilih untuk menjadi subjek kajian. Latihan secara berkala digunakan
sebagai intervensi dengan tiga aktiviti yang telah dipilih oleh pengkaji iaitu saya
sendiri.
Kajian Tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha
mempertingkat mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap
situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru. (Elliott dan
Adelman, 1976) Kajian Tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki
atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru
menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-
amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan tersebut. (Mc Niff,
1988).
Setelah membuat perancangan kajian tindakan yang akan saya laksanakan
pada semester akan datang, saya mendapati beberapa kepentingan yang terdapat
dalam subjek ini seperti dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih
berkesan. Selain itu tugasan ini juga dapat mempelbagaikan teknik pengajaran,
memudahkan pencapaian kefahaman pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki
amalan sendiri.
32

Melalui kajian ini juga akan meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk
jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik
yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat
penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Membentuk budaya penyelidikan
sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan.
Sebagai seorang guru, saya beranggapan yang tugasan sebagai seorang
guru bukan hanya mengajar semata-mata. Namun saya perlu membimbing murid
saya sehingga murid dapat mencapai apa yang sepatutnya mereka patut ketahui.
Oleh itu penting untuk seorang guru untuk kreatif dalam pnp mereka agar murid
dapat menguasai kemahiran yang di ajar.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang
membantu saya dalam memberikan pandangan dan menilai hasil tugasan.

Anda mungkin juga menyukai