Maksud/
Pengertian
Kebudayaan
Penutup/
kesimpulan /
rumusan
Perkembangan
kebudayaan di
Malaysia
Sejarah
Kebudayaan
di Malaysia
SOALAN 1
Menghuraikan perkembangan kebudayaan di Malaysia.
Pengertian Budaya
Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai
kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan
yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas
kepada pertumbuhan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan
oleh sarjana-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul
sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka
menganalisis dan membuat kesimpulan.
Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata
Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan
dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian
daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran
manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata
singkat daripada kebudayaan.
Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota
masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai,
peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil
dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya.
Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.
Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei,
Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania)
sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya
Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan
Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun
Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh
persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilainilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti
dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu
rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam
pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan
Kebangsaan.
(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang sesuai dan wajar boleh diterima.
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan
dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang
kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat
dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung
kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya
dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii)
Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Agama
atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara
serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam member panduan
kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak
emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di
samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh
sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan
penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
Objektif
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting
untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usahausaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga
objektif penting iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan
Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat dasar ini. Secara umumnya
pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan.
Perlu diingat bahawa di dalam pembentukan dan pewujudan satu Kebudayaan Kebangsaan,
proses penyerapan dan penerimaannya menambil masa yang lama, melangkaui satu generasi ke
satu generasi yang lain. Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru
usianya (iaitu sejak penerimaan prinsip asas gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada
tahun 1971) namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam
telahpun dilaksanakan.
Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan sejak kebelakangan ini.
Identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malaysia juga didapati di dalam perayaanperayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di
peringkat rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan identiti negara Malaysia
telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun, ada kalangan yang
mempersoalkan sejauh mana unsur-unsur kebudayaan lain telah diterapkan dalam proses
penwujudan Kebudayaan Kebangsaan itu. Sebenarnya persoalan ini tidak harus ditimbulkan.
Misalnya, Kerajaan Malaysia menyediakan pendidikan asas percuma selama 6 tahun yang
melibatkan sekolah-sekolah, guru-guru dan buku-buku dalam bahasa Tionghua dan Tamil. Di
peringkat menengah pula, Kerajaan dikehendaki oleh undang-undang untuk menyediakan guru
bahasa Cina atau Tamil sekiranya ibu-bapa kepada 15 atau lebih orang pelajar Cina dan India
meminta kelas-kelas bahasa ibunda. Di peringkat pengajian tinggi pula kerajaan telah lama
menubuhkan jabatan-jabatan pengajian Cina dan Tamil di Universiti Malaya. Program-program
dalam bahasa Cina dan Tamil kerap disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia. Tidak
ketinggalan juga Tahun Baru Cina, Deepavali, hari Wesak dan Krismas telah diisytiharkan
sebagai hari kelepasan am. Namun demikian ukuran secara terperinci terhadap pencapaian dan
kekesanan pelaksanaan dasar ini adalah sukar dibuat memandangkan bahawa pembentukan
sesuatu budaya negara bukanlah dapat diusahakan dalam satu atau dua dekad.
Antara kelemahan-kelemahan pencapaian dan masalah yang wujud kebelakangan ini
adalah berpunca daripada perkembangan sosioekonomi yang pesat di dalam suasana
perhubungan luar secara terbuka dan tidak terhad. Perkara ini jelas kelihatan di dalam
pencemaran bahasa yang tidak terkawal, penamaan dan perancangan taman-taman perumahan,
perbandaran, seni bina yang tidak sepenuhnya mencerminkan identiti Malaysia, kemasukan
unsur-unsur seni dan muzik luar yang tidak ada kaitan langsung dengan seni budaya asal
rantau ini. Kejayaan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini adalah bergantung kepada
peruntukan kewangan, kepakaran dan kecekapan pengurusan yang mengendali dan
melaksanakan dasar ini. Sokongan secara langsung atau tidak langsung oleh semua adalah
penting bagi kejayaan program dan aktiviti-aktiviti dasar ini.
Penutup
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia
yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan
budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta
mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa
yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan
cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan
akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang
dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan
memperlihatkan keperibadian kcbangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang
merdeka dan bermaruah.
(Sumber : Pejabat Perdana Menteri)
Anika budaya
Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan
ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk
mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif dan moden;
tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise.
Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya
terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan.
Inovasi
Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang
tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta
dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan
itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan.
boleh merupakan suatu dorongan atau impian penting bagi orang ramai untuk bekerja lebih kuat.
Fenomenon budaya popular itu berbagai-bagai, adakala berasaskan kepada keperluan
asas. Dalam masyarakat moden kini kita dapati keperluan-keperluan asas itu juga semakin
bertambah bergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian
sebagai keperluan asas, orang ramai mendapatkan pakaian umumnya kurang menitikberatkan
lagi tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu. Tetapi kini orang
berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan.
Unsur-unsur fesyen dan jenama selalu menjadi pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini
lebih menekankan kepada keperluan sosial. Dalam memahami keperluan atau kepentingan yang
lebih mengutamakan kepada keindahan dan kepuasan diri tidak dapat dipisahkan daripada
kepentingan sosial sebagaimana yang diberikan nilai oleh anggota-anggota masyarakat.
Keperluan individu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh keperluan sosial. Dalam keadaan
ini, budaya popular yang terbina adalah berasaskan kepada citarasa golongan majoriti yang
mempengaruhi individu. Kedua-dua pihak iaitu individu dan masyarakat saling mempengaruhi.
Individu sebagai anggota masyarakat adakala dapat memainkan peranan mempengaruhi citarasa
anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat.
Budaya popular yang berkembang pesat dalam masyarakat moden merupakan
penghasilan industri budaya yang berasaskan kepada kegiatan komersial. Unsur-unsur budaya
menjadi tumpuan pengusaha yang menjadikan sebagai bahan-bahan yang dapat dikeluarkan
secara besar-besaran bagi mengisi kepentingan dan keperluan orang ramai. Dalam keadaan ini
unsur-unsur budaya itu menjadi barang-barang dagangan sebagaimana barang-barang dagangan
yang lain juga. Misalnya, unsur-unsur hiburan didapati semakin penting menjadi bahan
dagangan. Bahan-bahan budaya kini dapat disebarkan secara meluas dengan terdapatnya
berbagai-bagai kemudahan teknologi moden seperti pengangkutan dan saluran media massa.
Industri budaya dapat berkembang pesat, terutama apabila kemudahan teknologi moden didapati
semakin digunakan dengan meluas. Teknologi moden memainkan peranan penting dalam
membolehkan penawaran bahan-bahan budaya popular yang berbagai-bagai bentuk tersebar luas
dalam pasaran.
Pemisahan budaya kepada sub-budaya rakyat, popular dan elit adalah berasaskan kepada
kelas sosial. Pada satu pihak menerangkan bahawa kita membicarakan tentang gaya hidup
kelompok-kelompok sosial yang berkaitan. Hal ini kerapkali menimbulkan kekeliruan antara
sub-budaya dan kelas sosial. Misalnya, apabila membicarakan budaya rakyat bermakna kita
berusaha menerangkan gaya hidup kelas tani, budaya tinggi pula menyatakan kelas berada yang
merupakan kelas elit di bandar. Sub-budaya itu menyatakan gaya hidup kelompok-kelompok
sosial. Setiap kelompok sosial sudah pasti tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan
masyarakat yang lebih luas, namun demikian perbezaan gaya hidup mereka melahirkan
perbezaan sub-budaya, tetapi pada paras yang lebih luas perbezaan sub-budaya di antara
kelompok-kelompok sosial itu tidak menonjol. Namun demikian, suatu pola umum dapat
dinyatakan sebagai sub-budaya yang berbeza antara kelompok-kelompok sosial itu berasaskan
kepada kedudukan sosio-ekonomi. Sub-budaya itu tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhan
masyarakat dan budaya. Dalam konteks ini fenomenon budaya popular tersebar luas merintasi
kelompok-kelompok sosial.
RUMUSAN
Perkembangan kebudayaan tersebar luas merentasi kelas sosial. Perkembangannya yang
menawarkan kegiatan komersial memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada negara, dan
memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang yang terlibat dalam industri itu.
Budaya Melayu tradisional pernah berkembang secara popular masa lalu dalam konteks
budaya rakyat. Budaya popular tradisional itu berbeza daripada budaya popular moden yang
telah mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Perkembangan ekonomi, teknologi dan
pendidikan moden memainkan peranan penting dalam melahirkan fenomenon budaya popular
moden Melayu. Ini boleh dikesan sejak perkembangan bandar-bandar moden semasa
pemerintahan kolonial. Budaya popular Melayu merupakan urban product yang membawa
ciri-ciri kemodenan dan pembandaran.
Perkembangan budaya popular moden membawa kesan-kesan perubahan sosial dan
budaya yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Budaya popular yang tersebar luas itu
membawa kemerosotan kepada budaya tradisi, sedangkan dalam konsep pembinaan budaya
kebangsaan, unsur-unsur budaya tradisional itu sangat penting sebagai lambang jatidiri negara.
Kesannya itu meletakkan budaya rakyat itu menghadapi masalah untuk dapat diterima ramai.
Walau bagaimanapun, Kementerian yang terlibat berusaha di samping memulihara ialah
menghidupkan berbagai jenis seni tradisional dengan cara melibatkan industri budaya dalam
kegiatan pelancongan.
Budaya Melayu tradisional menyatakan aspek ekspresif dan simbolik kehidupan orang
Melayu. Berbagai usaha dilakukan dalam menentukan tradisi itu tidak lenyap begitu sahaja.
Walau bagaimanapun dalam proses globalisasi yang pesat kini, orang Melayu menyedari kesankesan yang kurang baik dibawa oleh bahan-bahan budaya popular dari negara-negara
maju(Negara-negara zaman pemerintahan kolonial) itu. Ini memberi kesedaran masyarakat
Melayu untuk mengembali dan mempertahankan identiti Melayu itu. Antaranya, ialah dengan
berusaha meletakkan warisan tradisi budaya Melayu di tempat sewajarnya. Namun, unsur-unsur
budaya tradisi itu boleh dipopularkan apabila unsur-unsur budaya itu dapat disesuaikan dengan
keperluan semasa.
Perkembangan budaya popular Melayu itu juga menyatakan dengan jelas dinamiks
budaya Melayu itu. Dan dalam pembinaan budaya kebangsaan, peranan budaya moden dalam
konteks budaya popular itu perlu juga diberikan tumpuan. Tetapi tidak semua bahan budaya
popular itu dapat dianggap penting dalam pembinaan budaya kebangsaan. Pertimbangan mutu
sangat penting dalam meletakkannya sebagai budaya kebangsaan. Adakala orang berpendapat
bahan-bahan budaya popular bermutu rendah, hanya mementingkan pulangan ekonomi sematamata. Walau bagaimanapun kita tidak boleh ketepikan nilai mutu itu, memandangkan penawaran
bahan-bahan budaya itu ialah untuk kepuasan orang ramai. Oleh itu perkara mutu itu juga
sentiasa diberikan perhatian agar penawarannya itu mendapat perhatian orang ramai.
Perkembangan budaya popular itu, terutama bahan-bahan budaya popular dari negaranegara maju dalam konteks global memberikan persaingan kepada perkembangan budaya
popular Melayu. Pengusaha dan mereka yang terlibat dalam industri budaya berusaha
meningkatkan mutu pengeluaran dan ini merupakan cabaran bagi perkembangan budaya popular
Melayu agar dapat bersaing di pasaran.
Pembangunan dalam penawaran bahan-bahan budaya popular Melayu boleh dianggap
sangat penting untuk mengimbangi pesatnya kemasukan bahan-bahan budaya dari negara-negara
maju. Bahan-bahan budaya popular Melayu masih berteraskan kepada nilai-nilai sosial yang
diberikan oleh ajaran Islam. Dengan ini dapat memberikan pilihan kepada orang Melayu yang
kian terdedah dengan bahan-bahan budaya dari luar.
Bahan-bahan budaya dari barat, di samping terdapat nilai-nilai yang patut dicontohi,
terdapat pula nilai-nilai yang dinyatakan dalam perlakuan yang bercanggah dengan nilai-nilai
sosial Melayu dan Islam. Perlakuan itu boleh menimbulkan konflik nilai dan mempengaruhi
golongan muda yang seterusnya boleh membawa berbagai-bagai masalah sosial atau kelainan
budaya.
Kini penyebaran bahan-bahan budaya dari negara-negara maju semakin meluas dalam
berbagai saluran yang tidak mungkin boleh diawasi lagi. Oleh itu, ketahanan diri individu perlu
diperkukuhkan. Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai moral dan akhlak yang tinggi
berasaskan Islam bagi membolehkan mereka berhadapan dengan penyebaran bahan-bahan
budaya yang tidak sesuai dengan budaya Melayu dan Islam.
Bahan-bahan budaya popular itu juga memainkan peranan penting dalam membawa
orang Melayu mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Selain itu, melaluinya dapat
dipupuk nilai-nilai sosial secara berkesan kepada orang ramai. Budaya popular itu yang sentiasa
berubah menyesuaikan dengan perubahan cita rasa budaya ramai menyalurkan berbagai-bagai
nilai sosial, adakala nilai-nilai sosial itu bercanggah dengan tradisi budaya Melayu dan Islam.
Perkembangan budaya popular itu yang merupakan sebahagian kehidupan moden terdapat kesankesan baik dan buruknya. Impaknya yang begitu meluas sentiasa disedari anggota-anggota
masyarakat. Anggota-anggota masyarakat Melayu perlu dilengkapkan dengan ketahanan diri
yang kuat, terutama asas Islam dan pendidikan, agar orang Melayu mampu menerima cabaran
dan dapat bersaing dalam berbagai bidang dan lapangan berikutan pesatnya proses kemodenan,
urbanisasi dan globalisasi. Bahan-bahan budaya popular itu mendapat populariti berasaskan
peranannya membawa perubahan, pembaharuan dan menyatakan gaya hidup moden dan
bandaran.
Tidak dapat dinafikan lagi peranan fenomenon budaya popular itu dalam kehidupan
masyarakat Melayu moden kini yang perkembangannya semakin meluas dan merupakan
sebahagian daripada fenomenon budaya moden. Semua pihak perlu memahami kepentingan dan
peranan budaya popular dari aspek positifnya, iaitu budaya popular itu boleh memberikan
sumbangan penting dalam pembangunan masyarakat dan budaya. Untuk meletakkan budaya
Melayu sebagai budaya kebangsaan yang berteraskan Islam, maka budaya popular itu perlu
digunakan seluasnya agar dapat memberikan kesan yang baik, terutama kepada generasi muda.
Bahan-bahan budaya popular itu juga boleh digunakan dengan berkesan sebagai saluran
pemupukan nilai-nilai sosial yang berteraskan Islam, khususnya ke arah pembangunan orang
Melayu. Dalam perancangan pembangunan sosial dan kebudayaan, peranan dan kepentingan
fenomenon budaya popular perlu diberikan pertimbangan serius sebagai fenomenon yang dapat
membawa perubahan masyarakat dan budaya, seterusnya meningkatkan peradaban Melayu.
Penutup/ke
simpulan
Konsep
Bentuk
Ciri-ciri
Fungsifungsi
Istilah Moden.
Dalam Kamus Dewan (1984), istilah moden bermaksud masa sekarang,yang
terbaharu, muktahir, dan terkini.Berdasarkan Kamus Dewan, kita dapat merumuskan bahawa
istilah moden itu dipakai untuk maksud yang terkini.Manakala Syed Naquib al-Attas pula telah
memberikan konsepnya tersendiri dengan hanya meminjam istilah tersebut dan menyatakan
bahawa proses pemodenan dalam masyarakat Melayu bermula sejak mereka memeluk
Islam.Dengan yang demikian Syed Muhammad Naquib al-Attas telah membawa kita jauh ke
belakang setidak-tidaknya pada abad ke 13 iaitu tarikh yang tertulis pada batu bersurat di Kuala
Berang, iaitu sekitar tahun 1275M.
Kesimpulan.
Kesusasteraan Melayu adalah hasil usaha orang-orang Melayu sendiri.Ianya bukan
berasal dari India, Arab-Parsi, ataupun Jawa.Usaha melabelkan kesusasteraan Melayu sebagai
mempunyai pengaruh atau elemen di atas dilakukan oleh penjajah barat.Dan dengan itu, tidak
hairanlah jika istilah moden juga adalah hasil agenda tersembunyi penjajah.Tokoh-tokoh seperti
Ismail Hussein adalah di antara anak tempatan yang mula mendpat pendidikan peringkat menara
gading yang diterajui oleh barat.Jadi sudah tentulah timbul kekaguman terhadap istilah-istilah
baruatau ilmu-ilmu baru yang dibawa oleh barat.
Moden membawa maksud karya-karya yang mempunyai cirri-ciri mendidik, beradap,
berakhlak dan mampu memberikan kesedaran kepada pembaca.Manakala karya-karya yang tidak
mempunyai ciri-ciri ini kita katakana sebagai tidak moden.Bagi pengarang-pengarang yang
berkarya dengan mengekalkan cirri-ciri penulisan tersebut, maka kita boleh katakana mereka
sebagai tokoh sastera moden dan karya-karnya pula boleh kita katakana sebagai mengekalkan
tradisi sastera moden.
Maksud
Drama
Format
skrip drama
Ciri-ciri
Drama
Menjelaskan dan menghuraikan
ciri ciri drama
Jenis-jenis
Drama
Skrip
Drama
Stail dan
perwatakan
Struktur
Drama
Elemenelemen
Drama
SOALAN 3
Menjelaskan dan menghuraikan ciri-ciri dan konsep drama.
PENGENALAN
Sebelum menulis sebuah skrip drama, kita terlebih dahulu perlu mengetahui apakah itu drama.
Jika kita pernah menonton drama pentas atau lebih dikenali sebagai teater. Kita perlu tahu apa
yang dimaksudkan dengan drama dan apakah yang membezakannya daripada teater.Selain itu
kita perlu tahu bahawa teknik menulis skrip drama itu berbeza daripada menulis novel dan
apakah yang membezakan skrip drama pentas daripada drama televisyen.
MAKSUD DRAMA
Drama berasal daripada perkataan dran (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan.
Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan
manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu
bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan
sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang
mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi
prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui
dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti
kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan
drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah
yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera,
drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni
busana dan seni tari.
Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan
penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan
maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara
individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu
dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh
khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater.
CIRI-CIRI DRAMA
Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:
Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan
dipentaskan.
Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang
diwujudkan.
Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam
plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.
Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam
plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama.
Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik.
Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan
masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya
masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.
Harus dilakonkan.
Jenis-jenis drama
Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama, iaitu:
a)Tragedi.
b)Komedi.
c)Melodrama.
a)Tragedi - sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya.
Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui
tragedi itulah yang utama.
b)Komedi - Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya
serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya
digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan kepuasan
penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan kedukaan .Drama begini dikenali juga
sebagai tragik-komedi.
c)Melodrama - Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan
keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca atau penonton.
Antara jenis-jenis drama yang lain:
a)Tragi-Komedi - Mengandungi unsur-unsur kesedihan dan unsur-unsur lucu.
b)Opera -Mengemukakan cerita yang digabungkan dengan muzik.
Pantomim - Lakonan dipersembahkan melalui gerak badan dan memek muka yang berlebihan
untuk menyatakan aksi dan perasaan watak.
Bangsawan - Para pelakon membentuk dan mengubah sendiri dialog-dialog yang ingin
disampaikan.
ELEMEN DRAMA
Elemen drama yang perlu diketahui oleh bakal penulis skrip ialah:
a)Tema/Pemikiran.
b)Plot.
c)Latar.
d)Babak.
e)Adegan.
f)Bahasa.
g)Ekonomi, emosi dan keseimbangan.
a)Tema/Pemikiran
Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati
cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam
skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah
atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas
selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja dapat
menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain
atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang
tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau
memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis
dinamakan sebagai sub-teks.
b)Plot
Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang dibina
melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui
dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini,
konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama.
Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan
perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau
naratif. Mengikut E.M. Forster cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut
urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan
apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu.
Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater, usaha menarik perhatian
penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah tugas yang cukup penting.
Sebuah plot mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens dan di sinilah kesemua
binaan dramatik memberi tumpuan. Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina
(tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti kelihatan hampir
mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling
penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah plot yang
monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar dan
mendatar.
Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip.
Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip anda, Apa
yang akan berlaku selepas ini?, atau yang sama maksudnya, Saya tahu apa yang akan berlaku,
tetapi bagaimana ia akan berlaku? Atau, Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya tahu
bagaimana ia akan berlaku, tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak balas
kepadanya?
Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik skrip anda supaya
pembaca atau penonton anda dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam drama
anda. Seseorang mungkin mengatakan tema utama sesuatu drama itu mesti jelas. Bagaimanapun
dalam sebuah skruktur skrip drama yang baik, ia terletak pada persoalan. Contohnya, siapakah
yang melakukan pembunuhan itu, lelaki manakah yang akhirnya berjaya memiliki gadis itu, atau
bagaimana bila sesorang suami mengetahui yang isterinya berlaku curang dan memiliki kekasih
lain?
Apabila penonton atau pembaca telah mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya, maka
jangkaan mereka akan tertumpu kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke
mana tumpuan drama tersebut akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul.
Bagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek. Satu
elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh itu,
sebuah struktur skrip drama memerlukan suspens sampingan. Jadi suspens sampingan ini akan
mendukung elemen suspens yang utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan
atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama
tersebut.
Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu
peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu
akibat yang wajar. Ia merupakan hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu,
seseorang penulis perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar watak,
tempat dan waktu, dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu adalah munasabah.
c)Latar
Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui
latar. Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia
hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk
memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen,
drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke
satu babak yang lain.
d)Babak
Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan
masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.
e)Adegan
Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.
f)Bahasa
Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu,
bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama.
Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang
disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan
mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan
sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan.
Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan
tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk
menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat
memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang
diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar
menarik perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam
mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.
g)Ekonomi, emosi dan keseimbangan
Secara keseluruhannya struktur sesebuah drama bergantung kepada keseimbangan dalam semua
elemen. Setiap suatu elemen tersebut mestilah memberikan sumbangan dalam membentuk corak
dan pola sesebuah drama itu. Setiap suatu elemen itu sentiasa berkaitan dan bergantungan antara
satu sama lain. Satu aspek yang mesti juga diberi perhatian oleh penulis skrip ialah faktor
ekenomi. Hai ini demikian kerana drama ialah satu bentuk komunikasi yang elemen masa
memainkan peranan yang penting. Oleh itu, faktor masa perlu diberikan perhatian. Selain itu,
drama juga merangkumi aspek emosi. Hai ini demikian kerana sesebuah drama itu dihasilkan
untuk manusia dan emosi memainkan peranan penting dalam soal komunikasi kemanusiaan.
STRUKTUR DRAMA
Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three act structure).
Sejak drama tragedi Greek, drama Elizabeth (Inggeris) hingga drama moden dan lakon layar
filem, kesemua struktur skripnya dipecahkan kepada tiga bahagian. Perbandingannya adalah
seperti kehidupan manusia yang terbahagi semasa dilahirkan, dewasa dan akhir hayatnya.
Sebelum memulakan sebarang bentuk tulisan, kita perlu mempunyai asas yang kukuh. Hal ini
demikian kerana asas yang teguh akan mendukung struktur, konsep dan visi sesebuah drama. Ia
akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah. Tanpa asas
yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan
sebagai writers block.
Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan
penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita.
Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan
penulisan skripnya ialah:
a) Fokus
b) Logik
c) Perwatakan.
a)Fokus
Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara mereka berfungsi
memerlukan fokus atau tumpuan. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan cerita kita berbentuk
linear, non-linear (spiral) atau selari. Sentiasa memberikan tumpuan yang kukuh akan
menjadikan proses penulisan kita mudah dan lancar. Fokus memerlukan beberapa pertimbangan.
Yang utama adalah dengan mengetahui watak-watak (siapa mereka?), latar, sifat dan
perkembangan mereka. Fokus juga memerlukan perwatakan dan cerita secara keseluruhan
mempunyai matlamat yang jelas pada akhirnya.
b)Logik
Apabila kita menghasilkan cerita dengan segala perwatakannya, tema dan ruang tempat, kita
sebenarnya terlibat dengan penciptaan. Segala perwatakan, tema dan ruang masa serta tempat
mempunyai peraturannya sendiri sebagaimana sebuah dunia dicipta. Sebab itu penulis drama
sering dikatakan mencipta sebuah dunia. Akan tetapi dunia bagaimanakah yang dicipta itu?
Bagaimanakah kehidupannya? Drama mengangkat atau meniru realiti (kehidupan), tetapi realiti
yang bagaimana? Oleh itu realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam konteks ceritanya,
perwatakan dan temanya. Di sinilah logik drama tersebut diukur.
c)Watak dan Perwatakan
Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita
untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita, dan kuasa merekalah yang
menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah elemen terpenting dalam drama. Wataklah yang
menggerakkan plot cerita. Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan.
Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama, tetapi pada saya sesebuah drama
mempunyai dua watak utama, iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan
watak antogonis (watak yang menentang idea penulis). Pertentangan idea ini akan menimbulkan
konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang
menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun
antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.
STAIL DAN PERWATAKAN
Drama merupakan karya seni yang mempunyai sifat sosial yang paling luas. Drama bersifat kerja
berkumpulan kerana gabungan pekerja seni yang lain dan juga kerana reaksi penonton yang
bersifat langsung (hal ini tentu berbeza daripada reaksi penonton yang menonton filem atau
televisyen). Skrip drama yang menjadi sebahagian daripada cabang sastera bersifat tetap dan
kekal secara keseluruhan, tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan (dilakonkan) di
atas pentas, produksi teks (skrip) akan berlaku perbezaan. Hal ini demikian kerana pelakon akan
memberikan reaksi yang berbeza kepada penonton yang berbeza dan juga kesan daripada mood
pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Gabungan antara nilai yang tetap dan berubah
inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang membezakannya daripada drama yang
dirakamkan secara mekanikal, iaitu filem, drama radio dan drama televisyen.
SKRIP DRAMA
Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan cerpen,
pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa
yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala dalam sesebuah naskhah drama,
seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi,
latar atau tempat, dan dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal
inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah
naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui
dialog pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama
yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsurunsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan
yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan
marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur
suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.
Format Skrip Drama Pentas
Skrip drama pentas mempunyai formatnya yang sendiri. Anda wajar mengikut format yang
standard apabila menulis skrip supaya ia mudah dibaca, difahami oleh pengarah drama dan yang
penting ia menunjukkan yang anda memahami genre sastera yang anda tulis. Dalam format
penulisan skrip, anda perlu memuatkan perkara-perkara yang berikut:
a)Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama anda), judul sumber
asal (novel) jika skrip drama itu karya adaptasi, nama dan tempat terbit (jika diterbitkan) dan
tahun.
b)Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira 150 patah
perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak, tema dan perjalanan cerita
dan yang penting mampu menarik minat pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama anda.
c)Watak dan senarai watak Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama
anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat
tertentu watak itu.
d)Pecahan babak juga perlu.
e)Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa dan watak. Oleh
itu, ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula.
f)Format atau stail menaip skrip terdapat beberapa bentuk. Lihatlah bentuknya daripada beberapa
skrip yang pernah anda baca.
Di sini kami sertakan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis, petikan babak 12
drama Patah Sayap Terbang Jua tulisan Othman Haji Zainuddin yang diadaptasi daripada
novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail.
BABAK 12
12. DERETAN KEDAI/ SINGAPURA/MALAM
Wahab masuk ke kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik
yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari
jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh
lampu. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong Kemayuran.
WAHAB (Menyanyi)
Kiri jalan, kanan pun jalan
Nona manis endung disayang
Lateralala lala lala.
Di tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan
Pesan pun jangan
Sama-sama
Menanggung rindu.