Anda di halaman 1dari 14

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

RAGBI
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Ragbi bermula di sebuah sekolah di England pada tahun 1823 di mana seorang murid bernama William Webb Ellis telah dengan secara tidak sengaja, mengutip bola yang dihantar kepadanya dan membawanya ke gol semasa permainan bola sepak. Bermula daripada kejadian yang lucu dan aneh ini, ia dikatakan mula mendapat perhatian. Pada tahun 1870-an, peraturan permainan ragbi mula diperkenalkan. Para pemain telah dikurangkan kepada lima belas orang sepasukan. Hal ini kemudian diikuti dengan penubuhan persatuan ragbi oleh England, Wales, Scotland dan Ireland iaitu pada tahun 1880. Pertandingan ragbi antarabangsa yang pertama telah diadakan pada tahun 1871 iaitu di antara pasukan dari England dan Scotland. Permainan ragbi mula diperkenalkan di negara kita pada kurun ke-20 oleh orang British. Anak kapal perang British HMS Malaya, telah menghadiahkan sebuah piala pusingan untuk pertandingan ragbi di Malaysia dan piala tersebut dipertandingkan sehingga ke hari ini.

151

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEPERLUAN DAN ALATAN RAGBI


Bola ragbi yang berbentuk lonjong

28 - 30 cm

58 - 62 cm

100 m

69 m 22 m

Padang Ragbi

5.6 m 3m Aksi Pemain Ragbi Tiang Gol

152

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

BAGAIMANA RAGBI DIMAINKAN Ragbi merupakan permainan yang pantas dan lasak. Perlawanan di peringkat dewasa dijalankan selama lapan puluh minit (80 minit) dengan setiap separuh masa mengambil masa selama empat puluh minit (40 minit). Sepak mula dan pemilihan tempat permainan atau bahagian mana padang akan ditentukan oleh ketua pasukan dengan melambung duit syiling. Pemain-pemain pasukan yang membuat sepak mula mestilah berada di belakang pemain yang melakukan sepakan. Mereka harus berada dalam posisi yang membolehkan mereka mengawal keseluruhan kawasan permaian. Para pemain pasukan lawan pula mestilah berada tidak terlalu dekat dengan pemain yang membuat sepak mula. Pastikan pasukan lawan berada di belakang garisan sepuluh meter. Biasanya sepak mula dibuat secara tendang letak dan bola yang ditendang, mestilah mengatasi garisan sepuluh meter. Skor Terdapat dua cara skor yang asas dalam permainan ragbi iaitu try (percubaan) dan goal (gol). Try (Percubaan) Setiap try bernilai empat mata. Try berlaku apabila pemain berjaya membawa bola ke kawasan gol dan meletakkan bola di atas tanah. Kawasan gol ialah kawasan permainan di antara garisan gol dan garisan bola mati. Sebaikbaiknya try hendaklah dibuat di tengah-tengah tiang gol. Keadaan ini akan memudahkan tendangan gol yang menyusuli try itu. Kadangkala pengadil boleh memberikan try penalti. Keadaan ini berlaku apabila pemain daripada pasukan yang bertahan, sengaja melakukan kesalahan ketika sesuatu try hendak dibuat dan akibatnya pasukan penyerang akan mendapat try penalti. Try penalti dibuat di hadapan tiang gol pada kedudukan di tengah-tengah kawasan gol. Kedudukan ini memudahkan tendangan gol dibuat. Skor bagi setiap tendangan gol ialah tiga mata.

153

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(ii) Gol Pasukan yang berjaya membuat try akan diberi peluang membuat tendangan gol. Jika bola yang ditendang melepasi atas palang gol di antara dua tiang gol, dua (2) mata tambahan akan diberi. Skor tiga (3) mata juga akan diberi melalui tendangan drop kick iaitu tendangan secara lantun dan melepasi atas palang gol iaitu di antara dua tiang gol. Posisi Pemain dan Nama Posisi

2 6 14 4

1 5 8

3 7

FB

10 11 12 13
FB LW

RW

SH FH IC OC LW

SH FH IC OC RW

15

Pemain Hadapan (Forwards) 1. Hooker 2. Prop 3. Prop 4. Lock 5. Lock 6. Planker 7. Planker 8. Anchor

Pemain Belakang (Three QS/Back) 9. Skrum Half (SH) 10. Fly Half (FH) 11. Inside Centre (IC) 12. Outside Centre (OC) 13. Wing 14. Wing 15. Full Back (FB)

Tendangan sepak mula dikira sempurna apabila bola yang ditendang melewati garisan sepuluh meter pihak lawan 10 m 10 m

154

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Tendangan gol atau conversion yang bernilai 2 mata akan diberi selepas pemain berjaya membuat try.

Try disempurnakan apabila pemain meletakkan bola dengan kemas di atas tanah di kawasan gol

Meletakkan bola dengan menggunakan kedua-dua belah tangan

Meletakkan bola dengan sebelah tangan ke atas tanah dikira sudah memadai

Semasa permainan sedang dijalankan, iaitu ketika para pemain melakukan serangan, gol boleh diberikan melalui tendangan lantun (drop kick) dengan syarat bola mestilah melepasi atas palang gol.

155

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEKNIK DAN KEMAHIRAN


1 Hantaran
Bola dipegang kemas sebelum membuat hantaran

Apabila membuat hantaran, ia perlu melihat sasarannya

Selepas hantaran, segera berundur ke belakang

2 Tekel (Takle)
Membuat tekel dari hadapan

Membuat tekel dari belakang

156

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Membuat tekel dari sisi

3 Mengelak/Mengacah

Gerakan mengelak dan mengacah yang bijak, boleh mengelirukan pemain lawan

MENENDANG BOLA
1 Tendangan Torpedo

157

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2 Tendangan Letak untuk Tendangan Bebas atau Penalti

3 Tendangan Lantun (Drop Kick)

Tendangan bola yang melantun dari tanah

PERATURAN DALAM PERMAINAN RAGBI


1 Skrum

Skrum dilakukan apabila seorang atau beberapa pemain melanggar sesuatu peraturan

158

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

6 2 4 8 5 3 7 1

9 3

7 5 1 4 2 6 8

Posisi pemain ketika skrum 1. Hooker 2. Prop 3. Prop 4. Lock (Barisan ke-2) 5. Lock (barisan ke-2)

: 6. 7. 8. 9. Planker (Penyerang Sayap) Planker (Penyerang Sayap) Anchor Skrum Half

2 Menghantar Bola
3

Hantaran bola hanya boleh dilakukan sama ada ke belakang atau ke sisi (1 & 2). Hantaran ke depan (3) adalah kesalahan asas yang tidak sepatutnya dilakukan.

2 1

3 Menendang Bola Tendangan dilakukan pemain adalah untuk tujuan mara ke kawasan lawan. Bola yang ditendang mestilah masuk ke kawasan permainan supaya hantaran seterusnya dapat dilakukan, bukan tendangan terus ke kawasan gol. Tendangan harus dilakukan jika terdapat masalah di pihak lawan seperti padang dan bola licin atau gangguan pancaran matahari yang menyebabkan bola susah ditangkap dengan kemas.

4 Menyangga Lantunan Bola (Knock On) Apabila pemain menjatuhkan bola yang ditangkap atau yang sedang dibawa atau menepis bola ke hadapan, ia adalah menjadi satu kesalahan. Oleh itu skrum akan dibuat pada tempat kejadian tersebut. Jika tidak, permainan akan diteruskan seperti biasa.

159

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5 Tekel
Tekel pada kaki pemain Tekel pada paha pemain

Tekel dibenarkan hanya pada bahagian pergelangan kaki, paha, pinggang dan badan. Tekel sesekali tidak boleh dilakukan pada leher atau kepala. Jika pemain melakukan tekel sebegini, dia boleh dibuang padang.

Tekel pada badan pemain

6 Ofsaid

Ofsaid diertikan apabila pemain berada lebih hampir pada gol lawan berbanding rakan sepasukan pemain yang memegang bola.

7 Berbaris (Line Out)

Bola atau pemain yang membawa bola menyentuh garisan tepi atau terkeluar dari kawasan permainan dianggap bola keluar. Keadaan ini memerlukan para pemain berbaris (line out) untuk meneruskan permainan.

160

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Secara lazimnya, berbaris (line out) melibatkan pemainpemain penyerang (forward) dan hooker pula akan melontar bola masuk.

CADANGAN LATIHAN DAN KEMAHIRAN


1 Latihan Hantaran/Menerima

Latihan Hantaran Secara Berpasangan

Latihan hantaran berpasangan diulang dari kiri ke kanan dan sebaliknya

Latihan hantaran menuju ke sasaran sama ada secara statik, berlari atau berjalan

161

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Latihan Hantaran Secara Berkumpulan Para pemain berbaris sejauh 3 meter jaraknya. Mulakan hantaran ke arah kiri. Sebaik sahaja hantaran dibuat, pemain yang menghantar bola akan berlari ke belakang barisan untuk menerima hantaran bola daripada pemain kelima. Latihan ini dilakukan secara bergilir-gilir oleh pemain-pemain berikutnya dan dibuat secara berulang-ulang beberapa kali.

2 Latihan Kemahiran Mengelak/Mengacah

Latihan dibuat dengan menggunakan kayu pancang. Pemain berlari dengan mengelak kayu pancang. Langkah kaki hendaklah dikawal agar tidak mudah hilang imbangan diri. Latihan ini kemudian ditukar dengan larian sambil membawa bola.

162

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Turutan pergerakan bagi aksi mengacah dengan bola untuk mengelirukan pemain lawan

163

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3 Latihan Tekel

Latihan tekel pada kaki, pinggang dan badan. Ingat! Tekel pada leher dan kepala adalah dilarang sama sekali.

4 Latihan Menendang Rajah untuk panduan latihan tendang dan sambut bola

Latihan tendang dan menyambut bola

164

Anda mungkin juga menyukai