Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Pantun merupakan genre kesusasteraan tradisional Melayu yang telah digunakan dengan

agak luas di dalam masyarakat Melayu dan berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara

sejak ratusan tahun lampau. Genre yang dianggap sebagai simbol artistik masyarakat Nusantara

dan lambang kebijaksaan berfikir itu sering kali dijadikan sebagai alat komunikasi dan salah satu

wadah yang penting dalam meluahkan serta menyampaikan hasrat. Pantun bersifat ringkas,

romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Genre yang

begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia

merupakan khazanah yang tidak tertanding nilainya. Di Nusantara, disebabkan dahulunya bahasa

Melayu adalah bahasa lingua franca atau bahasa perantara, secara tidak langsung pantun

berkembang sehingga wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek malahan pantun juga

dikenalpasti turut berkembang di selatan Burma, Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja,

Vietnam dan Filipina (http://seminarpantun.usm.my/).

Kemunculan disiplin kesusasteraan bandingan membuka ruang dan kesempatan kepada

kajian kesusasteraan menjadi lebih menarik, mencabar dan bersifat glokal. Sebagai satu disiplin

dalam kerangka kajian kesusasteraan, kesusasteraan bandingan berpijak di atas landasan teori

dan pendekatan yang bersifat antara disiplin. Kesusasteraan bandingan membuka ruang untuk

pelbagai perbandingan dibuat, misalnya kajian pengaruh, tema, genre dan sebagainya. Aspek-

aspek ini dapat memberi gambaran bagaimana sesebuah sastera nasional itu menunjukkan

persamaan dan perbezaan dalam sesebuah sastera nasional yang lain. Justeru, esei ini akan

mengupas perhubungan antara pantun di alam Melayu dengan pantun di Filipina yang dikenali

sebagai tanaga dalam konteks pendekatan generik serta genetik.

1
Asal Usul Pantun

Dalam memberi pengertian pantun, beberapa maksud telah dikemukakan oleh tokoh-

tokoh terkenal termasuklah Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba. Menurut Za’ba, pantun itulah

kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul (1983: 1). Pengertian

pantun tersebut sudah memadai untuk menunjukkan bahawa pantun merupakan salah satu

ciptaan asli masyarakat Melayu. Hal ini dikukuhkan lagi dengan menurut Za’ba dalam bukunya

Pelita Bahasa Melayu Penggal II bahawa pantun sebenar-benarnya adalah hak milik

masyarakat Melayu (1962: 164)

“Pantun ini ialah cara karangan berangkap yang betul-betul hak Melayu dari asal dan
betul-betul mengandungi semangat Melayu. Dan lagi ialah kaedah Melayu yang sejati
bagi mengubahkan alun perasaan ‘”syair” yang sebenar, iaitu menggambarkan fikiran-
fikiran hiba, sayu, sedih, suka, sindir, giat dan warna-warna perasaan yang indah
seperti hal ehwal berkasih-kasih dan pujuk rayu yang lembut antara kekasih dengan
kekasihnya.”

Pantun boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud pantun.

Kebiasaannya, pembayang maksud diambil daripada pemerhatian sumber alam sebagai pemula

bicara sebelum penyampaian maksud pantun tersebut. Pembayang yang digunakan

menggambarkan secara langsung kehidupan masyarakat Melayu yang akrab dengan bidang-

bidang pertanian dan kelautan manakala maksud pantun pula menepati penyampaian hasrat dan

luahan pemikiran Melayu. Penggiat pantun, Abdul Halim Salleh dalam kertas kerja ‘Berbalas

Pantun dan Kaedahnya’ menguatkan lagi hujah tersebut dengan menjelaskan :

“Pantun yang baik sepatutnya memiliki dua baris pembayang dan dua baris maksud.
Kata-katanya harus diambil daripada kata-kata yang indah.” (www.utusan.com.my)

2
Hal ini disokong oleh kenyataan Za’ba dalam bukunya Kumpulan Pantun Melayu (1983: 21) :

“Bahagian pembayang maksud itu hendaklah cantik iaitu menggunakan sesuatu


keindahan alam di sekeliling – warna yang cantik, bau yang wangi, bunyi yang yang
sedap, daun-daun, bunga-bunga, burung-burung, awan dan sebagainya. Maksud yang
sebenarnya dikatakan oleh pantun itu hendaklah cantik juga serta ringkas tetapi
mengandungi tujuan yang luas atau susunan kata yang menarik hati. Jika dibahaskan
dengan kias ibarat terlebih baik. Maksud sebaik-baiknya hendaklah dibayangkan oleh
bahagian pembayangnya itu dengan syarat persamaan bunyi atau dengan gambaran
kias ibarat sahaja.”

Sebagai contoh dapat dihayati dengan menikmati keindahan yang dimaksudkan itu

melalui pantun-pantun dibawah ini (1996: 2-3) :

Tarik dayung berderap-derap,


Hendak melawan sampan kotak;
Tuah laksana bunga dedap,
Sungguh merah berbau tidak.

Malam ini malam jumaat,


Pasang dian kepala titi;
Tepuk bantal panggil semangat,
Semangat datang dalam mimpi.

Terang bulan di pintu kurung,


Cahayanya sampai ke daun kayu;
Kalau Allah hendak menolong,
Air pasang kapal pun lalu.

Pinjamkan saya pisau raut,


Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Melihat umpan di kaki gunung.

Pantun bermula sebagai sastera lisan sama seperti sastera-sastera Melayu yang lain. Menurut

Liaw Yock Fang, pantun pertama kali muncul dalam Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat

popular sezaman serta pantun juga disisipkan dalam syair-syair seperti Syair Ken Tambuhan

(1975: 285). Antaranya ialah pantun yang menceritakan tentang kisah Singapura dilanggar todak

seperti berikut :
3
Carik baju raja,
Dilompati todak;
Bukan di sahaja,
Sebab akal budak.

Telur itik dari Senggora,


Pandan terletak dilangkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.
(1974: 84)

Terdapat pantun bagi setiap fasa kehidupan masyarakat Melayu yakni daripada pantun kanak-

kanak, dewasa hingga ke peringkat tua. Maka tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pantun

merupakan salah satu rujukan sosiobudaya masyarakat Melayu kerana ia merakamkan pelbagai

aspek kehidupan dan merangkumi segala peringkat usia.

Selain daripada digunakan atau dipersembahkan di dalam majlis-majlis rasmi atau

digunakan untuk upacara-upacara tertentu misalnya merisik, pantun juga telah menjadi darah

daging yang sebati di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Pantun telah menjadi

wahana dan medium untuk menyampaikan hajat dan hasrat, melahirkan ucap selamat, sanjung

dan puji, di samping menjadi penghibur, alat berjenaka dan bergurau senda serta menguji

ketajaman akal, menyindir dan menasihati. Bahkan pantun dengan masyarakat Melayu tidak

akan terpisah umpama irama dan lagu (2006: 48).

Perhubungan Pantun Melayu dan Tanaga Filipina

Lingua franca atau bahasa perantara merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara

sistematik untuk tujuan perhubungan antara masyarakat yang berlainan bahasa ibundanya khususnya
4
bahasa ketiga yang berbeza daripada bahasa ibunda kedua-dua belah pihak tersebut.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Lingua_franca). Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu

telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-

berzaman. Hal ini dapat dibuktikan apabila seorang pengembara China bernama I-Tsing telah

singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masihi. Dalam perjalanannya dari China ke India, beliau

menyatakan bahawa bahasa Melayu digunakan dengan meluasnya di Palembang. Francois

Valentijn pernah meriwayatkan bahawa kerajaan Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dengan pedagang-

pedagang dari Eropah dan Asia Barat. Menurut Reid (2005: 32) :

“Bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan di Asia Tenggara. Penduduk dari kota
besar perdagangan diklasifikasikan sebagai orang Melayu kerana mereka berbicara
dalam bahasa itu dan memeluk agama Islam, walaupun keturunannya berasal dari
Jawa, India, Cina dan Filipina... Setidak-tidaknya mereka yang berjualan dan
berdagang di pelabuhan-pelabuhan besar berbicara dalam bahasa Melayu, seperti
berbicara dalam bahasa mereka sendiri”

Natijahnya, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu yang

secara tidak langsung turut memberi kesan kepada tersebarnya genre pantun Melayu ke kawasan

lain termasuklah Filipina. Bahkan kedudukan geografi antara Tanah Melayu ketika itu dan

Filipina tidaklah jauh maka kemungkinan besar pantun wujud di Filipina adalah berpunca

daripada bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. Tambahan pula, pada zaman dahulu,

kegiatan perdagangan sangat pesat di Nusantara dan memungkinkan bahawa pedagang-pedagang

itu sendiri yang membawa genre pantun ke Filipina sehingga digubah secara kreatif bersesuaian

dengan masyarakat di sana kemudian dikenali sebagai tanaga.

Tanaga

Sejenis puisi yang berasal dari Filipina, mengandungi empat baris. Setiap baris tersebut

mempunyai tujuh suku kata dengan skema rima seperti AAAA, ABAB, AAAB, ABBA dan
5
AABB. Pada abad ke-16, Vim Nadera mengganggap tanaga berpunca daripada Friars Juan de

Noceda and Pedro de Sanlucar apabila mereka berkata “Poesia muy alta en tagalo, compuesta de

siete silabas, y cuatro versos, llena de metafora.” (Tanaga ialah puisi tinggi dalam Tagalog,

terdiri daripada tujuh suku kata dan empat baris yang penuh dengan metafora). Seseorang yang

menulis tanaga kebiasaanya dipanggil sebagai 'tanagista'.

Secara tradisinya, tanaga seperti Haiku Jepun, iaitu tidak mempunyai tajuk sendiri.

Diturunkan secara lisan dan mengandungi pengajaran moral serta kod etika. Suatu ketika dahulu,

bentuk puisi ini hampir pupus ditelan arus zaman namun dihidupkan kembali oleh Cultural

Center of the Philippines dan National Commission of the Arts serta kumpulan puisi seperti

PinoyPoets (http://tanaga.blogspot.com). Berikut adalah contoh bentuk puisi tanaga dan

terjemahan dalam bahasa Inggeris yang jelas menunjukkan persamaan dengan pantun Melayu :

Catitibay ca tolos
sacaling datnang agos!
aco’I momonting lomot
sa iyo,I popolopot
Oh be resilient you Stake
Should the waters be coming!
I shall cower as the moss
To you I shall be clinging

Pendekatan Genetik dan Generik dalam Tanaga

Dalam kesusasteraan bandingan, terdapat dua model kajian iaitu transnational yang

bererti merentasi negara, ruang serta masa manakala interdisciplinary bermaksud

6
membandingkan karya sastera dengan karya bukan sastera. Setiap model tersebut mengandungi

pelbagai jenis pendekatan atau kaedah. Model transnational misalnya mengandungi lima

pendekatan iaitu tematik (Thematic), generik (Generic), genetik (Genetic), keselarian (Parallel)

dan konsentrik (Concentric).

Bagi melihat hubungan antara pantun Melayu dengan tanaga, maka pendekatan genetik

dan generik sesuai untuk diaplikasikan ke atas kajian yang dijalankan. Pendekatan generik

adalah satu pendekatan yang mengkaji dua buah karya sastera yang mempunyai persamaan

daripada segi jenisnya atau genre. Pendekatan genetik pula bermaksud satu kajian perbandingan

yang berasaskan antara hubungan baka atau genetik dengan teks sastera. Bagi mengkaji

hubungan pantun Melayu dengan tanaga, pendekatan genetik lebih banyak digunakan atas faktor

kesesuaiannya dalam kajian yang dijalankan.

Dalam konteks ini, pendekatan genetik mempunyai pelbagai dimensi iaitu kajian

pengaruh, kajian transformasi, kajian diterima dan sumber asli kajian. Kaedah utama pendekatan

ini merangkumi dua bahagian atau sudut iaitu kajian aspek ekstrinsik (luaran) dan kajian aspek

intrinsik (dalaman). Bagi kajian aspek ekstrinsik, kaedah akan memperlihatkan pada sejarah

sesebuah teks tersebut, pengarang yang dikaji, masyarakatnya, perjalanan dan perdagangan.

Kajian aspek intrinsik pula merujuk pada perkara-perkara seperti genre, subjek, tema, watak,

stail, rima dan plot yang ada dalam sesebuah teks sastera. Matlamat kajian pendekatan genetik

ini adalah untuk memahami hubungan antara teks atau persamaan teks serta latar belakang

sesebuah budaya. Hal ini kerana menerusi kajian yang dijalankan dengan membandingkan

kedua-dua teks tersebut akan memperlihatkan titik-titik persamaan yang mungkin wujud antara

teks tersebut serta jalinan hubungan yang diwujudkan daripada teks asal kepada teks yang baru.

7
Disamping itu juga, pendekatann ini bertujuan bagi memastikan hubungan teks sumber

iaitu asli dengan teks baru adalah berdasarkan pada yang asal. Dengan cara tersebut, maka dapat

dikenalpasti sama ada teks yang baru itu mengamalkan kesetiaan atau sebaliknya pada teks yang

asal. Bagi mengenalpasti teks-teks tertentu yang mempunyai hubungan dengan teks yang lain,

pelbagai kaedah boleh digunakan termasuklah kaedah menafsir. Tafsiran ini penting kerana

melalui cara itu, kita akan mengetahui asal usul sesebuah teks tersebut sama ada ianya datang

daripada idea yang asli atau dipengaruhi oleh unsur-unsur lain. Hal ini disebabkan terdapat

sesetengah teks sastera itu bukanlah berasal daripada yang ketulenan pengarang tersebut

sebaliknya dicedok daripada hasil tulisan orang lain kerana mereka dipengaruhi dengan unsur

seperti penjajahan, populariti teks asal, plot yang menarik dan sebagainya.

Pemahaman yang tinggi turut dituntut dalam proses mengetahui kewujudan hubungan

antara teks-teks tertentu. Pada masa kini, teks sedemikian boleh dikenalpasti dengan mudah

melalui bahasa kerana terdapat pengarang yang mengambil idea daripada teks asal, tidak

melakukan perubahan yang ketara sebaliknya hanya menyesuaikan bahasa di negara mereka

(1968: 29). Ramai berpendapat dan merumuskan bahawa pendekatan genetik ibarat satu

pendekatan yang mendedahkan kepada khalayak tentang peniruan yang dilakukan oleh mereka

yang menciplak karya asal. Sebenarnya, menurut Pushkin, peniruan tidak semestinya

menandakan kemiskinan modal berkarya seseorang penulis itu. Sebaliknya peniruan itu ada

kalanya menunjukkan satu penghormatan atau kepercayaan yang begitu besar terhadap penulis

yang ditirunya itu dengan tujuan mewujudkan suatu bentuk karya lain yang tidak kurang juga

estetiknya.

Aplikasi Teks

8
Berdasarkan pendekatan generik, pantun Melayu dan tanaga merupakan dua jenis atau

genre yang sama iaitu masing-masing berbentuk pantun. Bermodelkan pada pantun yang berasal

daripada masyarakat Melayu, tanaga hampir mempunyai persamaan dengan pantun Melayu

dengan mempunyai skema rima yang teratur iaitu ada kalanya ABAB, AABB dan sebagainya.

Berpandukan pada contoh pantun yang dipaparkan di atas maka dapat disimpulkan bahawa

pengaruh tanaga itu datangnya daripada pantun Melayu yang merupakan satu bentuk puisi

Melayu sejati.

Kebiasaannya pantun terdiri daripada dua, empat, enam atau lapan baris yang mempunyai

ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Pantun terbahagi kepada dua

bahagian sama banyak rangkapnya iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud

pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan

dua ayat maksud. Bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat

ayat maksud dan demikianlah seterusnya (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantun). Bukti bahawa

tanaga hampir menyamai pantun dapat dilihat dalam buku Introduction to Modern Pilipino

Literature oleh Epifanio San Juan yang menyatakan bahawa (1974: 34) :

“In its concentration and in the esthetic theory behind its highly equivocal perception of
reality, the tanaga resembles the Malay pantun”

Hal ini menunjukkan bahawa tanaga sebenarnya berumbikan daripada puisi tradisi

Melayu iaitu pantun. Secara keseluruhannya, dengan menggunakan pendekatan genetik, maka

dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa bahagian tertentu didapati tanaga mengikut

konvensi pantun dan dibahagian yang lain lari daripada konvensi. Daripada segi persamaannya,

baik pantun mahupun pantoum, kedua-duanya mempunyai skema yang tidak jauh bezanya. Kita

sedia maklum bahawa pantun empat kerat kebiasaannya mempunyai rima atau bunyi akhir di

hujung baris yang sejajar.

9
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

sa sermon umalulong
ng dasal at orasyon
nang walang sumang-ayon
naghamong magpakulong! (http://tanaga.blogspot.com/)

Namun begitu, adakalanya skema tanaga berbeza dengan pantun iaitu menggunakan rima A-A-

B-B. Selain itu, baris dalam setiap rangkap turut hampir sama yang mana tanaga menggunakan

tujuh suku kata dalam setiap baris berbanding dengan pantun Melayu cenderung menggunakan

lapan hingga dua belas suku kata dalam setiap baris. Perbezaan antara pantun Melayu dan tanaga

adalah daripada aspek alam. Pantun Melayu lebih ke arah menjadikan alam persekitaran sebagai

intipati dalam sesebuah pantun itu manakala tanaga pula, sukar untuk melihat unsur-unsur alam

digunakan di dalam bentuk puisi mereka. Walaubagaimanapun, kesemua itu adalah lumrah

apabila sesebuah hasil karya itu ditiru oleh orang lain. Menurut Sohaimi Abdul Aziz, semua

perbezaan tersebut merakamkan aktiviti sedemikian yang tidak mudah menerima sesuatu itu

tanpa adanya pengubahsuaian. Hal ini adalah perkara biasa dan hakikat tentang genre itu sendiri

bersifat envolve atau berkembang (1991: 70).

Kesimpulan

10
Demikianlah daripada perbincangan ini, jelas terdapat beberapa ciri keselarian antara tanaga

Filipina dan pantun Melayu seperti mana yang dibuktikan melalui contoh-contoh puisi yang

dipaparkan. Persamaan ini menunjukkan bahawa betapa kuatnya pengaruh pantun di alam

Melayu ke atas tanaga di Filipina sehingga penyair-penyair di sana menerbitkan puisi-puisi yang

hampir sama cirinya dengan pantun Melayu. Kelahiran tanaga sebenarnya boleh diibaratkan

suatu penyimpangan daripada tradisi. Walaupun kelihatan seperti pelanduk dua serupa namun

hakikatnya terdapat perbezaannya. Bak kata-kata Salleh Yaapar yang penulis gubah sedikit

dalam satu seminar yang berbunyi, jika diambil tanaman sebagai analogi, pantun ialah benihnya

sementara tanaga adalah pohonnya dan benih itu tercampak jauh ke laut tetapi kerana baik

mutunya maka tumbuhlah pohonnya hingga merendang, hatta menjadi sebuah pulau (2002: 6).

Bibliografi

11
Alwi Salim. 1983. Puisi Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aripin Said. 1996. Puisi Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Epifanio San Juan. 1974. Introduction to Modern Pilipino Literature. United States: Twayne
Publishers

James T. Collins. 2005. Bahasa Melayu Bahasa Dunia - Sejarah Singkat. Jakarta: Yayasan Obor
Indonesia

Liaw, Y.F. 1975. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klassik. Singapura: Pustakan Nasional

Md. Salleh Yaapar. 2002. “Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau : Mengamati Hubungan Pantun Melayu
dan Pantoum Barat” dalam Seminar Antarabangsa Pantun anjuran bersama Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia di Kuala Lumpur.

Mohd Taib Osman. 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal Pub.

Noriah Mohamed. 2006. Sentuhan Rasa dan Fikir Dalam Puisi Melayu Tradisional. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sohaimi Abdul Aziz. 1991. “Pantun dan Pantoum: Suatu Pendekatan Generik” dalam Dewan
Sastera Keluaran April..

Ulrich Weisstein. 1968. Comparative Literature and Literary Theory: Survey and Introduction.
London: Indiana University Press.

Za’ba. 1962. Pelita Bahasa Melayu II. London: Macmillan and Co. Limited

Za’ba. 1983. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sumber Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lingua_franca, 2 April 2011, 11:06 p.m

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantun, 30 Mac 2011, 11:00 a.m

http://seminarpantun.usm.my/ 1 April 2011, 8:43 p.m

http://tanaga.blogspot.com, 5 April 2011, 8:30 p.m

12

Anda mungkin juga menyukai