Anda di halaman 1dari 3

Agensi Kuanseling dan Pengurusan Kredit AKPK

Mungkin ada antara kita yang tidak pernah mendengar tentang Agensi Kuanseling dan
Pengurusan Kredit AKPK. Atau pun mungkin ada antara kita yang pernah mendengar tentang
AKPK tetapi tidak tahu atau kurang jelas tentang fungsi atau peranan AKPK.
AKPK adalah sebuah badan pengurusan kredit yang terletak dibawah Bank Negara Malaysia.
AKPK tidak memberi bantuan pinjaman kewangan tetapi membantu memberi khidmat
kuanseling berkenaan pengurusan kredit dan kewangan serta membantu mereka menyelesaikan
beban hutang dengan cara menyusun semula bayaran bulanan dengan kadar yang lebih rendah
sekaligus meringankan beban si penghutang.
Sekiranya anda mempunyai beban hutang yang mana anda sendiri tidak mampu menjelaskan
ansuran bulanan dan pihak bank atau agensi pengutip hutang serta pejabat peguam sering
menghubungi anda memaksa dan meminta anda untuk menjelaskan ansuran bulanan dengan
jumlah tertentu tetapi anda sememangnya tidak mampu untuk berbuat demikian. Dalam situasi
ini anda boleh meminta perlindungan dari AKPK. Dengan meminta perlindungan AKPK bank bank yang anda hutang tadi tidak lagi boleh menganggu hidup anda. Tetapi bukan semua jenis
hutang yang membolehkan anda mendapat perlindungan AKPK. AKPK hanya memberi
perkhidmatan kepada mereka yang mempunyai masalah hutang dengan bank-bank yang sah dan
berdaftar dengan bank negara yang berbentuk:
- Hutang Kad Kredit
Mereka yang mempunyai hutang kad kredit yang banyak dan tidak mampu menjelaskan ansuran
bulan seperti mana yang dituntut oleh pihak bank.
- Pinjaman Peribadi
Mereka yang tidak mampu menjelaskan ansuran bulanan pinjaman peribadi yang mereka buat
dengan pihak bank.
- Rugi Atas Jualan
Bermaksud, sekiranya kita tidak mampu menjelaskan ansuran kereta atau rumah, bank akan tarik
kereta kita atau menyita rumah kita. Selepas itu bank akan melelong kereta atau rumah kita itu
tadi. Jumlah hasil lelongan itu tadi mungkin tidak mampu mampu untuk menampung jumlah
hutang keseluruhan kita dengan pihak bank. Baki yang tidak mampu ditampung itulah digelar
rugi atas jualan dan biasanya pihak bank akan menyuruh si penghutang untuk menjelaskan baki
hutang tersebut. Contohnya, anda membeli kereta dan membuat pinjaman dengan bank sebanyak
RM90 000. Selepas 2 tahun anda menggunakan kereta tersebut anda mungkin telah membuat
pembayaran sebanyak RM 14 000. Selepas tempoh itu anda tidak mampu membayar ansuran
kereta dan kereta anda ditarik oleh pihak bank. Selepas anda tidak mampu mengambil semula
kereta anda dari pihak bank, bank akan melelong kereta anda. Pihak bank mungkin hanya
mampu melelong kereta anda pada harga RM40 000. Maka jumlah keseluran hutang anda RM 90
000 tolak jumlah yang telah dibayar oleh anda RM 14 000 dan tolak hasil lelongan RM 40 000
maka hutang anda dengan pihak bank masih berbaki RM 36 000. Baki RM36 000 itu pihak bank
akan meminta anda untuk jelaskan dalam tempoh dan jumlah tertentu. Jumlah tersebut selalunya
agak tinggi dan tempohnya agak singkat. (RM30 000 keatas membolehkan anda diisytiharkan

bangkrap). Maka anda boleh meminta perkhidmatan dari AKPK dalam membantu anda
menyelesaikan hutang tersebut dan mengelakkan anda dari diisytihar bangkrap.
Bagaimana AKPK membantu anda:
Seperti yang saya katakan tadi AKPK tidak menawarkan bantuan dalam bentuk kewangan atau
dengan kata lain memberi pinjaman kewangan kepada anda. AKPK boleh membantu:
- Mengurangkan ansuran bulanan yang perlu anda bayar lebih 50%. Contohnya, anda mungkin
didesak oleh pihak bank untuk membayar minimum RM500 sebulan ansuran hutang kad kredit
anda. Kegagalan anda membayar membayar mengikut jumlah tersebut menyebabkan faedah atau
pun bunga hutang anda bertambah. AKPK boleh membantu anda mendapatkan ansuran yang
lebih rendah mengikut kemampuan anda dalam sekitar RM250 sebulan atau kurang pada itu.
- Anda mungkin mempunyai hutang dengan 2 atau 3 buah bank, dan melalui AKPK hutanghutang ini akan boleh dikumpulan dan anda hanya perlu membayar satu jumlah ansuran bulan
yang lebih rendah dan kadar feadah yang dikenakan juga jauh lebih rendah berbanding bank.
- Mengelakkan anda dari diiytiharkan bangkrap oleh pihak mahkamah bagi kes yang melebihi
RM30 000
- Menenangkan hidup anda dari diganggu pihak bank atau agen pemungut hutang.
Bagaimana Proses Mendapatkan Perkhidmatan AKPK:
- Anda boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2575 bagi memilih perkhidmatan yang anda
mahukan. Untuk pengurusan hutang seperti yang disebut diatas anda boleh memilih "Pengurusan
Kredit"
- Anda akan dihendaki menghadiri "Taklimat AKPK" terlebih dahulu dimana - mana cawangan
AKPK seluruh negara. Tarikh, masa dan lokasi boleh anda pilih berdasarkan jadual yang
ditetapkan oleh AKPK.
- Semasa sesi taklimat sekitar 2 jam, anda akan diberi penerangan lengkap berkenaan program
"Pengurusan Kredit" oleh pegawai AKPK. Anda juga boleh bertanyakan soalan dan perkara perkara yang anda kurang jelas semasa sesi soal jawab. Jangan lupa untuk menandatangi rekod
kehadiran anda selepas tamat sesi taklimat tersebut, kerana jika tidak proses seterusnya tidak
boleh berjalan kerana nama anda tiada dalam rekod.
- Selepas selesai sesi taklimat anda boleh membuat keputusan sama ada mahu meneruskan
program tersebut atau tidak. Dan sekiranya anda mahu teruskan untuk mendapatkan khidmat
AKPK, anda boleh menghubungi AKPK sekali lagi untuk tetapkan temujanji dengan Pegawai
Kredit (kuanselor) AKPK. Tarikh, masa dan tempat juga boleh anda tentukan sendiri berdasarkan
kekosongan jadual AKPK. Semasa pertemuan kali kedua ini anda akan diminta untuk membawa
salinan kad pengenalan, slip gaji terkini, penyata - penyata bank hutang anda, penyata caruman
kwsp, surat peguam sekiranya ada dan rekod CRIS yang boleh didapati di cawangan bank
negara.
- Sebelum anda berjumpa pegawai AKPK anda akan diminta menyenaraikan kesemua hutang
dan perbelanjaan bulanan anda dalam satu borang yang disediakan oleh AKPK. Maklumat ini
diperlukan untuk pihak AKPK melihat kemampuan kewangan anda dan jumlah bayaran yang
bakal ditetapkan.
- Semasa berjumpa pegawai AKPK anda akan diminta untuk menerangkan serba sedikit
berkenaan masalah hutang anda dan pegawai AKPK akan membuat pengiraan berdasarkan
kemampuan anda untuk membayar ansuran hutang anda.

- Selepas itu anda akan diminta untuk membuat bayaran pada jumlah tertentu yang telah
dipersetujui setiap bulan sebelum 30 hari bulan.
- Keadah bayaran bulanan boleh dibuat terus ke akaun AKPK di mana -mana cawangan maybank
seluruh negara (kuanter, atm atau online). Perkara ini akan diterangkan oleh pegawai AKPK.
Syarat - Syarat Untuk Mendapat Perkhidmatan AKPK
- Seseorang itu mestilah belum disytiharkan bangkrap atau pun muflis oleh pihak mahkamah
- Belum menerima arahan untuk hadir ke mahkamah
- Mempunyai pendapat yang positif
Syarat dan Kesan
- Anda perlu menjelaskan jumlah bayaran bulanan yang dipersetujui dengan AKPK setiap bulan
sebelum 30 hari bulan tanpa gagal walaupun sebulan. Sekiranya anda gagal membayar sebulan
sahaja ansuran, anda akan terkeluar dari program Penguruan Kredit AKPK dan anda tidak layak
untuk mendapatkan perkhidmatan AKPK lagi selepas itu.
- Dalam tempoh anda mendapatkan perkhidmatan AKPK ini misalnya 30, 60 bulan atau lebih,
anda tidak boleh membuat sebarang permohonan pinjaman atau kad kredit dari mana - mana
bank. Jika hutang berkaitan kad kredit, kad anda akan dibatalkan. Dengan kata lain anda
"blacklist" dalam tempoh tersebut.
- Nama anda akan dibersihkan semula selepas anda selesai membayar kesemua hutang anda
dalam tempoh yang ditetapkan atau lebih awal dari itu.
(Apa yang boleh dikatakan program AKPK ini berkonsepkan menolong dan dalam masa yang
sama menghukum agar kita bijak menguruskan kewangan kita)

Anda mungkin juga menyukai