Anda di halaman 1dari 34

Diterbitkan oleh:

DSR Publishing Sdn Bhd


111B, Jalan BP 6/3, Bandar Bukit Puchong 2, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03-8066 9008
Fax: 03-8066 0200
Email: admin@dsrpublishing.com
Laman Web: http://www.dsrstore.com

TANYA BANKER
DSR Publishing Sdn Bhd

Edisi Pertama

Jun 2015

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua
bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada DSR
Publishing Sdn Bhd.
Segala strategi yang digariskan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tiada jaminan dikeluarkan untuk mengeluarkan sesuatu keputusan.
Segala nasihat, idea dan cadangan adalah ditulis sebagai panduan asas dan nasihat profesional mungkin diperlukan.
Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya, bagi kedua-duanya penulis dan penerbit secara khusus
tidak bertanggungjawab terhadap apa jua liabiliti, kerugian atau risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung ,
daripada penggunaan dan aplikasi daripada kandungan daripada ebook ini.

ISI KANDUNGAN
SOALAN 1:

Apakah Dokumen Asas Yang Diperlukan Untuk Memohon Pinjaman Perumahan?

SOALAN 2:

Apakah Itu CCRIS?

SOALAN 3:

Bagaimana Pihak Bank Menilai Kelayakan Saya?

SOALAN 4:

Bagaimanakah Bank Mengira Komitmen Kad Kredit Saya?

SOALAN 5:

Berapakah DBR Yang Maksima Dibenarkan Oleh Bank?

SOALAN 6:

Berapa Jumlah Pinjaman Yang Boleh Saya Perolehi?

SOALAN 7:

Berapa Market Value Hartanah Itu?

SOALAN 8:

Berapa Kadar Faedah (Interest Rate) Yang Dikenakan? Bagaimana Ianya Dikira?

SOALAN 9:

Apakah Mekanisma Faedah (Interest) Untuk Pinjaman Perumahan?

SOALAN 10:

Berapakah Tempoh Pinjaman (Tenure) Saya?

SOALAN 11:

Berapakah Effective Rate Untuk Pinjaman Saya?

SOALAN 12:

Apakah Jenis Pinjaman Yang Bakal Saya Dapat? Boleh Saya Demand Pakej
Mana Yang Saya Mahu?

SOALAN 13:

Berapa Tempoh Lock-In Period?

SOALAN 14:

Jika Saya Hendak Melangsaikan Hutang Lebih Awal Dari Lock-In Period,
Berapakah Jumlah Penalti Akan Dikenakan ?

SOALAN 15:

Siapa Tanggung Kos Peguam Untuk Perjanjian Pinjaman? Pihak Bank Atau
Peminjam?

SOALAN 16:

Siapa Tanggung Kos Valuer? Pihak Bank Atau Peminjam?

SOALAN 17:

Insurans Adakah Wajib Diambil Sekali Dengan Pinjaman?

SOALAN 18:

Jika Saya Bayar Lebih Contohnya, Lebih Rm500 Untuk Bayaran Bulanan Rm1000,
Adakah Bayaran Rm500 Itu Dikira Advance Payment Atau Prepayment?

SOALAN 19:

Berapa Lama Untuk Tahu Jawapan Dari Pihak Bank Sama Ada Permohonan Saya
Lulus Atau Tidak?

SOALAN 20:

Bolehkah Jika Dalam SPA Ada 2 Nama, Tapi Pinjaman Hanya 1 Nama?

SOALAN 21:

Bilakah Installment Pertama Akan Mula Dibayar?

PRAKATA

eBook ini dihasilkan atas kesedaran bahawa ramai yang pertama kali memohon pinjaman
perumahan tidak berapa faham apakah terma-terma yang digunakan oleh bank dan apakah
syarat-syarat ataupun kriteria yang pihak bank nilai untuk meluluskan pinjaman seseoran itu.

Semoga eBook ini dapat memberikan anda panduan untuk memohon pinjaman perumahan
akan datang.

Salam hormat,
DSR GROUP

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-1Apakah dokumen asas yang diperlukan untuk memohon


pinjaman perumahan?
Berikut adalah dokumen asas yang diperlukan apabila memohon pinjaman perumahan:

Salinan kad pengenalan

Salinan 3 bulan slip gaji terkini / 6 bulan bagi yang berniaga

Salinan penyata KWSP terkini

Salinan dokumen berkaitan pembelian rumah seperti Sales & Purchase Agreement
(SPA) atau Contract of Sale (Jika menang auction) atau geran

Salinan borang EA

Salinan Penyata Bank 3 bulan (Akaun gaji masuk)

Bukti pendapatan lain (sebagai sokongan) beserta Penyata Bank

Tambahan dokumen bagi yang bekerja sendiri

Borang pendaftaran perniagaan

6 bulan penyata bank syarikat

6 bulan penyata bank peribadi

Borang pengisytiharan cukai

Tambahan bagi pemilik syarikat Sendirian Berhad

Borang 9

Borang 24

Borang pendaftaran perniagaan

6 bulan penyata bank syarikat

6 bulan penyata bank peribadi

Pengisytiharan cukai pendapatan

2 tahun penyata kewangan

Akaun untung rugi syarikat

*Pastikan semua dokumen dalam keadaan lengkap untuk memudahkan dan


mempercepatkan proses pinjaman.

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-2Apakah itu CCRIS?


CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System. Ia adalah satu sistem yang
diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM ) yang mensintesis maklumat kredit mengenai
peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam. Rekod ini
adalah selama 12 bulan.
Anda boleh ke Bank Negara untuk cetak sendiri CCRIS anda atau boleh email permintaan
untuk CCRIS anda ke bnmtelelink@bnm.gov.my jika anda berada jauh dari Kuala Lumpur.
Apakah maklumat yang boleh anda dapat dalam CCRIS? Sila lihat pada rajah di sebelah.

A Outstanding Loans
Housing loans, hire purchase, credit cards, personal loans, overdraft etc.

Outstanding Amount, Limits, Payment Behavior, and Legal Status if any

B Special Attention Account

Biasanya akaun yang dibawah kategori Non-Performing Loan.

C Application For Credit

Menunjukkan berapa permohonan pinjaman dan berapa amount pinjaman yang


diminta.

D Total Outstanding Balance

Menunjukkan jumlah keseluruhan pinjaman anda

E Limit

Menunjukkan jumlah had pinjaman-pinjaman anda

F Installment in Arrear in last 12 months

Menunjukkan berapa banyak kali anda lambat membayar installment anda.

Angka 1 menunjukkan 1 kali lambat, 2 bermakna 2 kali lambat/tidak bayar, dan


seterusnya.

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-3Bagaimana pihak bank menilai kelayakan saya?


Kelayakan anda diketahui melalui Debt Burden Ratio (DBR). Ia juga bergantung kepada
pattern pembayaran anda untuk komitmen hutang yang terdahulu berdasarkan CCRIS.

Front End DBR

Front End DBR adalah satu pertiga dari jumlah pendapatan anda.

Contohnya, jika pendapatan anda adalah RM5,000, Front End DBR anda adalah RM1,666.67.
Bermakna, jumlah bayaran bulanan yang anda layak adalah maksimum RM1,666.67

Back End DBR

Satu lagi pengiraan adalah Back End DBR.

Contoh pengiraan Back End DBR:

DBR (Debt Burden Ratio) = Komitmen Pinjaman / Jumlah Pendapatan x 100

Contohnya, komitmen bulanan anda adalah seperti berikut :

Kereta

= RM500

Personal Loan = RM500


Loan ASB

= RM800

Jumlah pendapatan bersih termasuk gaji, pendapatan sampingan, dividen ASB dan
sebagainya (mesti mempunyai bukti / penyata ) = RM5,000

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

DBR

= (RM500 + RM500 + RM800 )

/ RM5,000

= RM 1,800/ RM5,000 X 100


= 36%

Kebanyakan bank hanya menghadkan DBR sehingga 70% sahaja.

Ini bermakna, anda mempunyai ruang lagi untuk installment sebanyak:


70% - 36% = 34%

34% X RM 5,000 = RM1,700 (bayaran ansuran maksimum sebanyak RM1,700 sahaja)

Namun begitu, dalam kes ini, Front End DBR anda lebih rendah, bermakna, anda hanya boleh
memohon pinjaman yang bayaran bulanannya hanya RM1,666.67 sahaja.

Jika anda menggunakan loan calculator (boleh download application DSR di Android atau
pergi ke mana-mana website loan calculator), anda akan dapati berdasarkan installment
RM1,666.67 itu, pinjaman perumahan yang layak anda mohon adalah sekitar RM350,000,
dengan tempoh 35 tahun.

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

Contoh jawapan yang anda akan perolehi di imoney.com beserta kadar faedah (interest
rate) untuk bank-bank di Malaysia.

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

Untuk memudahkan anda, di sini disertakan panduan untuk anda berdasarkan


gaji/pendapatan bersih.

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-4Bagaimanakah bank mengira komitmen kad kredit saya?

Dalam pengiraan DBR, bank akan mengambil 5% dari limit kad kredit anda.

Contohnya, jika limit kad kredit anda adalah RM5,000, komitmen bulanan anda adalah RM250
dan ini akan dikira dalam pengiraan Debt Burden Ratio.

Oleh itu, jangan letak banyak sangat limit kad kredit anda ya !

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-5Berapakah DBR yang maksima dibenarkan oleh bank?


Debt Burden Ratio (DBR) ialah jumlah komitmen anda dibahagikan dengan jumlah income bulanan.
Semakin tinggi ratio DBR, maka semakin tinggi komitmen anda. Ini adalah untuk pihak bank
menentukan berapakah Margin of Financing yang anda layak.

Nisbah ini adalah berbeza mengikut bank. Kebiasaanya 60% - 70% dan sesetengah bank akan
memberikan lebih tinggi.

Jika yang bergaji tinggi kemungkinan maximum DBR adalah 80%.

Tetapi, ia bergantung pada bank tersebut juga.

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-6Berapa jumlah pinjaman yang boleh saya perolehi?


Jika DBR tadi mengira kelayakan, Market Value rumah tersebut dan juga kelayakan Margin of
Finance (MOF) anda menentukan berapakah jumlah pinjaman yang anda sebenarnya.

Mengikut regulation Bank Negara, untuk pinjaman rumah pertama dan kedua, MOF adalah
sebanyak 90%, manakala MOF untuk rumah ketiga adalah sebanyak 70%.

Margin of Finance bermaksud margin pinjaman yang diperolehi bersandarkan Market Value
rumah tersebut.

Sebagai contoh, Market Value rumah yang anda nak beli itu adalah RM220,000.

Margin of Finance yang anda layak adalah 90%, bermakna, jumlah pinjaman yang anda dapat
adalah 90% dari RM220,000 iaitu RM198,000.

Baki 10% lagi iaitu sebanyak RM22,000 perlu dibayar secara tunai sebagai down payment.

Kebiasaannya, untuk rumah pertama dan kedua Margin of Finance adalah 90%. Tetapi, tidak
mustahil untuk pihak bank menurunkan MOF atas faktor-faktor tertentu seperti tiada rekod
yang kukuh.

10

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-7Berapa Market Value hartanah itu?


Sebelum membeli rumah, adalah amat penting untuk kita mengetahui harga pasaran
sesebuah hartanah yang ingin kita beli. Harga pasaran ini adalah daripada valuer.

Jika harga hartanah yang dibeli melebihi harga pasaran, maka anda perlu bersedia untuk
tambah jumlah perbezaan antara nilai perlu dibayar kepada penjual/owner dengan jumlah
pinjaman diperolehi.

Contohnya,
Market Value

= RM220,000

Pinjaman (90%)

= RM198,000

Harga Jual

= RM250,000

Bermakna, anda perlu sediakan wang tunai sebanyak RM250,000 RM198,000 = RM52,000.

Bagaimana nak semak market value?

Anda boleh semak dengan banker di kawasan hartanah anda. Berikan maklumat seperti :

Alamat penuh

Land area

Built-Up Area

Ada renovation atau tidak

Pemandangan (Mengadap KLCC/swimming pool/lebuhraya)

11

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-8Berapa kadar faedah (Interest Rate) yang dikenakan?


Bagaimana ianya dikira?
Interest rate bagi pinjaman perumahan biasanya diambil sebagai peratusan Kadar Asas/Base
Rate (BR). Base Rate ini diimplementasikan bermula 2 Januari 2015.

Contohnya, jika BR semasa ialah 4.00%, kadar faedah ke atas BR + 0.45% pinjaman akan
menjadi 4.45%.

Di bawah adalah contoh Base Rate yang dikenakan oleh bank-bank di Malaysia.

12

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-9Apakah mekanisma faedah (interest) untuk pinjaman


perumahan?

Terdapat dua jenis mekanisma kiraan faedah untuk pinjaman perumahan iaitu:

Monthly Rest
Faedah pinjaman adalah dikira berdasarkan baki tertunggak dari bulan sebelumnya.

Daily Rest
Faedah pinjaman dikira berdasarkan baki tertunggak dari hari sebelumnya. Bilangan hari
dalam setahun yang digunakan dalam pengiraan Daily Rest Interest adalah berbeza dari
bank ke bank.

Jika anda seorang yang selalu membuat bayaran awal dan kerap, mekanisma kiraan daily rest
adalah lebih sesuai untuk anda dan lebih menjimatkan.

13

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-10Berapakah tempoh pinjaman (tenure) saya?


Tempoh pinjaman adalah antara faktor yang penting untuk menentukan jumlah installment
anda dan bergantung kepada usia pemohon.

Contohnya, Bank XXX menawarkan pakej pinjaman yang mempunyai tempoh maksima 35
tahun atau sehingga umur pemohon mencapai 70 tahun, yang mana lebih pendek.

Jika anda berusia 25 tahun, anda boleh memohon pinjaman maksima sehingga 35 tahun.

Tapi, jika anda berusia 45 tahun, pihak bank hanya akan memberikan tempoh maksima
selama 25 tahun sahaja (70-45 = 25).

Lebih pendek tempoh pinjaman, lebih tinggi bayaran installment anda.

14

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-11Berapakah Effective Rate untuk pinjaman saya?


Effective Rate menunjukkan kos faedah yang dikira secara tahunan yang anda perlu tanggung
sepanjang tempoh pinjaman. Lebih rendah Effective Rate, lebih rendah kos faedah di
sepanjang tempoh pinjaman.

Anda boleh download application yang boleh kira berapakah Effective Rate untuk loan anda.

15

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-12Apakah jenis pinjaman yang bakal saya dapat? Boleh saya


demand pakej mana yang saya mahu?
Antara pakej pinjaman perumahan yang ada dalam pasaran Malaysia hari ini adalah:

a) Term Loan (Monthly Rest)


Merupakan pinjaman dengan jadual pembayaran yang tetap. Malah, bukan mudah bagi
peminjam untuk membuat pembayaran tambahan kepada pinjaman mereka. Mereka
perlu menulis surat kepada bank dengan jelas untuk meminta sebarang pembayaran yang
boleh dilakukan.

b) Semi- Flexi Loan (Daily Rest)


Untuk pinjaman jenis ini, bank membenarkan anda untuk membuat bayaran tambahan
bagi mengurangkan prinsipal tetapi perlu memaklumkan kepada bank.

Malah, jika sebelum ini anda pernah memasukkan sejumlah wang untuk membayar
prinsipal, pihak bank membenarkan pengeluaran semula jumlah tambahan itu, tetapi
anda mungkin akan dicajkan yuran pemprosesan antara RM10 hingga RM50 bergantung
kepada bank.

c) Flexi Loan (Daily Rest)


Pihak bank akan menyediakan Akaun Semasa yang berkembar dengan Akaun Pinjaman.
Untuk pinjaman jenis ini, peminjam boleh memasukkan dan mengeluarkan wang dalam
akaun semasa tanpa perlu ada sebarang bayaran yuran pemprosesan mahupun prosedur.

Namun, ada bank yang mengenakan caj bulanan lebih kurang RM10 sebagai maintenance
fee.

d) Term Loan + Overdraft (Monthly Rest)


Ini adalah gabungan term loan dan juga fasiliti overdraft dari bank.

16

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-13Berapa tempoh lock-in period?


Lock-in period adalah tempoh anda perlu kekal membayar bayaran bulanan pinjaman anda.

Dalam memilih pinjaman rumah, lock in period adalah penting untuk diambil kira.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjual rumah tersebut dengan kadar segera, amat
sesuai memilih lock in period yang pendek atau tiada langsung.

Jika sebaliknya anda ingin menyimpan rumah itu lama, lock-in period tidak menjadi isu.

Biasanya interest rate akan berbeza mengikut lock in period. Lebih lama lock-in period, lebih
rendah interest rate yang bank tawarkan.

17

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-14Jika saya hendak melangsaikan hutang lebih awal dari lock-in


period, berapakah jumlah penalti akan dikenakan ?
Jika anda menjual rumah tersebut kurang dari tempoh lock-in period, anda akan dikenakan
Early Settlement Penalty.

Penalty yang dikenakan adalah di antara 2% - 5% daripada jumlah baki pinjaman belum jelas,
ataupun daripada jumlah pinjaman awal, bergantung kepada pihak bank.

Walaubagaimana pun, boleh minta diskaun dengan menulis surat rayuan.

18

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-15Siapa tanggung kos peguam untuk Perjanjian Pinjaman?


Pihak bank atau peminjam?
Secara amnya, kos peguam akan dibayar oleh peminjam. Walau bagaimanapun, ada bank
yang menawarkan kos peguam secara percuma sebagai sebahagian dari pakej pinjaman
tersebut.

Ia dipanggil Zero Entry Cost. Zero-entry-cost bermaksud kos guaman, valuer dan lain-lain
ditanggung bank.

Terdapat juga pakej pinjaman di mana amaun kos peguam dimasukkan sekali dalam jumlah
pinjaman, tambahan dari jumlah pinjaman anda yang 90% tadi.

Kos peguam bergantung kepada jumlah pinjaman yang dimohon.

19

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-16Siapa tanggung kos valuer? Pihak bank atau peminjam?


Valuer diperlukan untuk menilai hartanah yang anda beli itu untuk melindungi bank.

Sama juga seperti kos peguam, siapa yang bayar untuk kos valuer selalunya bergantung
kepada pakej yang anda ambil ketika memohon pinjaman.

Zero-entry-cost bermaksud kos guaman, valuer dan lain-lain ditanggung bank.


Sekiranya anda bayar sendiri, interest rate yang anda dapat kemungkinan rendah.

Kos valuer bergantung kepada market value hartanah tersebut.

20

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-17Insurans Adakah wajib diambil sekali dengan pinjaman?


Dalam pelaburan, perlindungan adalah amat penting. Jika ada sesuatu berlaku kepada kita
iaitu kematian atau Total Permanent Disability (TPD), insurans akan membayar balik pinjaman
anda itu tanpa menyusahkan waris kita. Oleh itu, jangan melabur tanpa perlindungan.

Apa perbezaan diantara MRTA/MLTA?

a) Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)


o Bayaran sekali gus, sekali sahaja
o Murah.
o Coverage akan berkurangan tahun demi tahun.
o Jika anda menjual rumah tersebut, MRTA anda akan terbatal.
o Contohnya, jumlah pinjaman anda adalah RM600,000 bagi tempoh 35 tahun. 15
tahun kemudian, anda meninggal dunia atau mengalami TPD dan meninggalkan
satu jumlah pinjaman yang belum dijelaskan sebanyak RM350 ,000. Dengan
mengandaikan bahawa coverage pada waktu ini adalah RM 400,000, syarikat
insurans akan membayar RM 350,000 kepada bank manakala bakinya RM50,000
akan dikreditkan kepada penama anda.

b) Mortgage Level Term Assurance (MLTA)


o Bayaran secara ansuran sehingga tamat tenure.
o Mahal.
o Coverage tidak berkurangan tahun demi tahun.
o Jika anda menjual rumah tersebut, MLTA boleh digunakan untuk melindungi
hartanah baru yang bakal dibeli nanti.
o Contohnya, jumlah pinjaman anda adalah RM600,000 bagi tempoh 35 tahun. 15
tahun kemudian, anda meninggal dunia atau mengalami TPD dan meninggalkan
satu jumlah pinjaman yang belum dijelaskan sebanyak RM350 ,000. Syarikat

21

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]
insurans akan membayar RM 350,000 kepada bank manakala bakinya RM250,000
akan dikreditkan kepada penama anda.

Tengok kelok ini untuk perbezaan antara MRTA / MLTA.

22

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-18Jika saya bayar lebih contohnya, lebih RM500 untuk bayaran


bulanan RM1000, adakah bayaran RM500 itu dikira advance
payment atau prepayment?

Untuk mengurangkan interest yang perlu anda bayar kepada bank sepanjang tempoh
pinjaman anda, anda boleh membuat bayaran tambahan setiap bulan.

Contohnya, bayaran bulanan anda sepatutnya adalah RM1,000, tapi anda bayar RM1,500.

Tambahan sebanyak RM500 sebulan.

Tapi anda perlu tahu dan maklumkan kepada bank, jumlah tambahan RM500 ini adakah
ditolak principal untuk mengurangkan interest (Advance Payment) atau dianggap bayaran
awal untuk installment bulan-bulan hadapan dan tiada pengurangan prinsipal (Pre-Payment)?

23

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-19Berapa lama untuk tahu jawapan dari pihak bank sama ada
permohonan saya lulus atau tidak?

Biasanya, masa yang diambil ialah diantara 1 atau 2 minggu untuk pinjaman diluluskan dari
masa dokumen lengkap diberikan.

Untuk mengelakkan sebarang kelewatan, semak senarai dokumen yang perlu dihantar ke
bank di soalan sebelum ini.

ATAU,

Anda boleh hadiri Seminar Loan Profile oleh DSR Group untuk pelajari bagaimana anda boleh
buat banker dengan mudahnya luluskan pinjaman anda dengan cepat, sebab anda sudah buat
90% kerja mereka.

Boleh terus layari www.seminardsr.com untuk pendaftaran segera.

24

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-20Bolehkah jika dalam SPA ada 2 nama, tapi pinjaman hanya 1


nama?
Sesetengah bank tiada masalah. Ia dipanggil third party loan.

Sebagai contoh, hanya profile suami digunakan untuk memohon pinjaman, tetapi dalam SPA,
nama suami dan isteri tertera sebagai pembeli bersama.

25

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

-21Bilakah installment pertama akan mula dibayar?


Kebiasaannya untuk subsale, installment pertama akan mula dibayar selepas pihak bank
mengeluarkan wang untuk melangsaikan hutang owner lama.

Bagi rumah yang dibeli dari pemaju dan masih dalam pembinaan lagi, pihak bank akan
membayar kepada pemaju mengikut progress projek rumah tersebut. Dalam tempoh ini,
anda hanya perlu membayar interest sahaja. Setelah siap 100%, barulah anda perlu
membayar installment yang penuh.

26

[TANYA BANKER : 21 SOALAN YANG PERLU ANDA TANYA BANKER


DSR GROUP SEBELUM SIGN LETTER OFFER]

TAHNIAH !
Kini anda sudah boleh demand dengan banker maklumat-maklunat ini untuk memudahkan
anda membuat keputusan, pakej pinjaman mana yang lebih menguntungkan.

Ingat, pelabur hartanah kelas pertama akan lebih berhati-hati memilih pakej pinjaman yang
menjimatkan dan juga untuk memudahkan mereka beli dan beli hartanah lagi.

Jika anda mahukan maklumat tambahan tentang pelaburan hartanah, jemput hadir ke
seminar-seminar DSR Group. Anda boleh layari www.dsrgroup.my untuk maklumat terkini.
Semoga berjaya !

Salam hormat,
DSR GROUP

27

INI ADALAH SENARAI PERUNDING HARTANAH YANG DAPAT


MEMBANTU ANDA DALAM URUSAN PEMILIKAN HARTANAH
Profession

Nama

Email

Nombor
Telefon Bimbit

Nama Facebook

Kawasan
jajahan

Website

REN

Norul Ain Yusoff

ipropertyjb@gmail.com

011-1993-2224

JDT Hartanah

Johor

REN

Faizal Effendi Sulaiman

faizal_effendi23@yahoo.com

012-333-6878

Faizal Sulaiman

Selangor and KL

faizaleffendi.agentweb.my

REN

Muhammad Zafran Ali

ilovethermodynamics@gmail.
com

014-621-1420

Zafran Ali

REN

Erman Taib

Ermantaib@gmail.com

012-217-2004

Erman Taib

Ampang,
Cheras, Kajang,
& Bangi

www.thehartanah.com

REN

Mohd Firdaus
Jamaluddin

mfirdausj87@gmail.com

019-378-0887

MFJ PROPERTY
BUILDER

Sekitar kawasan
Kuala Lumpur &
Selangor

*REN = Real Estate Negotiator

PENAFIAN : GROUP JUGA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DENGAN APA JUA TRANSAKSI ANDA DENGAN PERUNDING HARTANAH DI ATAS.

MAHUKAN LEBIH PAKEJ ILMU?


BUKU JEJAK PELABUR HARTANAH
Menjadi kaya, bahagia dan berjaya merupakan impian setiap manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan taraf pendidikan. Dalam buku Jejak Pelabur Hartanah,
DSR mendedahkan kepada anda garis panduan untuk memulakan pelaburan
hartanah secara pantas, selamat dan berkesan.

Harga RM35.90

BUKU PELABUR HARTANAH GENIUS


Pelaburan hartanah adalah instrumen yang melibatkan strategi yang betul dan
berkesan. Tidak semua pelabur boleh kenal pasti strategi yang mudah dan sesuai
untuk dilakukan oleh para pelabur hartanah yang baru bermula. Hanya yang
genius sahaja yang mampu mengaut keuntungan dalam hartanah.

Harga RM35.90

BUKU ILMU DUIT


Buku Celik Duit, Celik Kekayaan adalah buku yang menjawab masalah-masalah
virus kewangan yang melanda dalam masyarakat Malaysia.

Harga RM35.90

CD PELABURAN HARTANAH : BAHAGIA SESUDAH DERITA


Dalam CD Pelaburan Hartanah ini, DSR dedahkan kepada anda garis panduan
untuk memulakan pelaburan hartanah secara pantas, selamat dan berkesan.
FORMAT : MP3

Harga RM29.90

DVD PEMBIAYAAN SEMULA HARTANAH


Ketahui bagaimana proses pembiayaan semula, bilakah masa yang sesuai untuk
memohon pembiayaan semula dan bagaimana pembiayaan semula boleh
membantu pelabur untuk mendapatkan lebih wang untuk pelaburan seterusnya.

Format : DVD
Harga RM29.90

DVD SAYA GENIUS DUIT


Untuk mencapai status Financial Freedom, kita perlu mengawal setiap sen yang
keluar dan masuk ke akaun kita. Percayalah bahawa setiap jutawan yang original
tahu ke mana setiap aliran tunainya pergi. Pengurusan kewangan yang betul serta
pengorbanan adalah sangat penting untuk menjadi seorang yang kaya dan
berjaya.

Format : DVD

Harga RM97.00

DVD KAYA DAN BEBAS DENGAN HARTANAH


Setiap pelabur hartanah perlu menjadikan strategi cashflow sebagai salah satu
strategi yang harus dipraktikkan secepat mungkin. Alangkah indahnya jika kita
tidak perlu risau memikirkan tentang sumber perbelanjaan hidup kita ! Hidup lebih
tenang. Bekerja pun lebih tenang. Semua perbelanjaan kita ditampung oleh orang
lain. Kita kaya dan bebas mengatur kehidupan kita sendiri ! Kita mampu untuk
bersara jauh lebih awal !

Harga RM97.00

Format : DVD

Dapatkan produk-produk DSR Publishing di www.dsrstore.com.


Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-8066-9008.