Anda di halaman 1dari 1

PROSES PERMOHONAN DMP

Langkah 1: Permohonan DMP Talian


- Maklumat yang berkaitan digunakan untuk penyerahan dalam permohonan
talian, termasuk butir-butir peribadi , aliran tunai (pendapatan & perbelanjaan ),
dan maklumat pemiutang.
- Selepas taklimat tersebut, pelanggan yang ingin menyertai program DMP AKPK
boleh menentukan waktu kaunseling dengan kaunselor AKPK dan menyediakan
dokumen relevan yang diperlukan sebelum menghadiri sesi kaunseling.

Langkah 2: Dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadiri


sesi kaunseling
- Laporan Kredit terkini dari Bank Negara Malaysia
- Laporan terkini bagi semua pinjaman dari institusi kewangan yang berkenaan
- Slip gaji terkini jika bekerja
- Jika bekerja sendiri, sila sediakan bukti pendapatan seperti penyata bank
terkini, penyata KWSP (jika ada), sebarang bukti atas kos dan pendapatan
perniagaan.
- Dokumen undang-undang jika ada
- Penyata gaji 3 bulan terkini
- Numbor Akaun Simpanan
- Alamat Email

Langkah 3: Sesi Kaunseling


- Dengan dokumen lengkap, pelanggan boleh menghadiri sesi kaunseling khas
dengan kaunselor kredit AKPK di mana-mana cawangan yang berdekatan.
- Sewaktu sesi kaunseling, kaunselor kredit akan membuat penialaian atas
pendapatan, perbelanjaan dan semua jumlah pinjaman dan akan cuba
menstruktur semula bayaran bulanan mengikut kemampuan and yang
munasabah.
- Jika anda masih juga tidak mampu untuk membayar bayaran bulanan tersebut,
pihak kami akan cuba memberi beberapa cadangan dan pilihan lain bagi
menyelesaikan masalah kredit anda.

Langkah 4: Pengaktifan DMP


- Seterusnya, anda dikehendaki membuat bayaran pertama seperti yang
diperlukan dalam tempoh 10 hari dari tarikh anda mendapat pemberitahuan
kelulusan DMP Online.
- Jika anda gagal untuk membuat bayaran pertama seperti yang dicadangkan,
anda dikehendaki untuk berbincang semula dengan kaunselor kami di mana-
mana cawangan yang berdekatan.

Langkah 5: Pengesahan Kemasukan Program PPK


- Sekiranya bayaran penuh pertama telah diterima, surat pengesahan akan
dikirim ke pos alamat pelanggan.
- Seterusnya, pihak bank akan mengeluarkan Surat Perjanjian Baru dan anda
dikehendaki untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai