Anda di halaman 1dari 18

BAHASA ROJAK

Definisi Bahasa Rojak


Bahasa rojak merupakan percakapan yang mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan.

BAHASA PIJIN
Bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa yang terbentuk tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.
A+B = C

Bahasa A bercampur dengan bahasa B menjadi bahasa C. Bahasa C tidak boleh dikategorikan sebagai bahasa A atau bahasa B. Bahasa Pijin bersifat sementara kerana tiada penutur asli. Bahasa Pijin dikaitkan dengan bahasa pasar.

Bahasa pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya. Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal, sebaliknya dipelajari kemudian.

Percampuran bahasa melahirkan suatu bentuk bahasa baru dan kemudian dijadikan bahasa pertuturan daripada beberapa kelompok ras tertentu atau suku tertentu, maka bahasa pijin itu disebut bahasa kreol. Istilah kreol berasal dari bahasa Portugis crioulo (gabungan dari kata criar mengangkatdan akhiran oulo keaslian yang dimasalahkan).

Istilah ini bermula dari sejarah perbudakan di Afrika. Pada zaman ini, anak Afrika (yang dilahirkan dari hubungan skandal antara majikan berdarah Portugis dengan budak wanita berdarah Afrika) menggunakan bahasa kreol. Ibu bapa dan kanak-kanak tersebut juga menggunakan bahasa yang sama. Bahasa kreol Afrika ini merupakan sebuah bahasa yang berkosa-kata Portugis.

Sebagai contoh, bahasa pijin ini digunakan oleh para pedagang untuk bertukar-tukar barang dagangan mereka atau berjual beli. Begitu juga dengan bahasa para pekerja di ladang atau di kilang ketika bertutur sesama sendiri atau dengan majikan mereka.

Istilah bahasa pasar diketengahkan oleh ZaBa apabila beliau membicarakan gaya bahasa dan bentuknya dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu. Menurutnya beliau, bahasa pasar merupakan bahasa kacukan BM dengan bahasa lain seperti cina dan India. Daripada segi pertuturan, pelat penyebutan bahasa dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.

Ciri bahasa Pijin


1. Menyalahi hukum D-M Kereta api sebagai api kereta Makan Nasi sebagai Nasi makan Orang itu sebagai itu orang

Menggunakan perkataan punya

Rumahnya sebagai dia punya rumah Orang pandai sebagai pandai punya orang

Mengabaikan penggunaan penjodoh bilangan


kami ada sebuah kereta sebagai kita olang satu keleta Budak itu mencuri dua ekor arnab sebagai itu budak curi saya punya arnab.

Membezakan penggunaan kata ganti nama

Kami/ kita sebagai kita olang/kita worang. Saya disebut sebagai gua Kamu disebut sebagai lu

BAHASA PASAR
Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan)

Punca Wujudnya Bahasa Pasar 1. Orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sifat ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung, mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu. 2. Penguasaan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa Melayu akan berkurangan. Masyarakat yang selalu menggunakan bahasa pasar untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian akan mengalami masalah untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik terutamanya bagi golongan muda dan pelajar. Menurut kebiasaan, penggunaan bahasa melayu yang betul hannya digunakan ketika majlis formal sahaja. Untuk penggunaan harian, pengguna lebih gemar menggunakan bahasa tempatan bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Ini sekaligus menyebabkan cebisan peluang dalam mempraktikkan bahasa Melayu yang sebenar makin sukar.

3.

Faktor-faktor Penggunaan Bahasa Rojak


1. Sikap rakyat Malaysia yang suka mengagungagungkan Bahasa Inggeris 2. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Melayu 3. Cara didikan keluarga dan persekitaran 4. Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik

Isu yang timbul


1. TV3 telah menukarkan karnival Sure Heboh kepada Jom Heboh. 2. Penggunaan bahasa rojak dalam penulisan karangan peperiksaan, menghantar SMS 3. Trend bahasa rojak sebagai bahasa harian: - We all semua - Baca paper - Kuat lihai - Halo macha

Bahasa pijin

Bahasa kreol

Tiada penuturnya yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pertama(bahasa ibunda) Pola bahasa pijin sukar untuk dikenal pasti.

Mempunyai penuturnya tersenidiri yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda.


Pola bahasa kreol boleh dikenal pasti.

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_pijin http://khairuddin3838.tripod.com/Bahasa_Kreol.ht m http://teachinginmalaysia.blogspot.com/2011/08/b ahasa-pijin-pasar.html http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_kreol http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_rojak http://www.scribd.com/doc/76424908/Bahasa-PijiDan-Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

Anda mungkin juga menyukai