Anda di halaman 1dari 20

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Pembiakan adalah proses penghasilan individu baru yang dikenali sebagai progeni atau zuriat. Proses ini
penting bagi kesinambungan spesies.Pembiakan terbahagi kepada dua,
iaitu pembiakan aseks dan pembiakan seks.

                                             
PEMBIAKAN ASEKS
Proses menghasilkan zuriat baru tanpa kehadiran gamet atau sel pembiakan
Hanya perlukan 1 induk
Boleh berkembang biak melalui belahan dedua, pertunasan, pembentukan spora, pembiakan vegetatif atau
penjanaan semula
Zuriat menyerupai induk secara mutlak
Memerlukan masa yang pendek
Contoh : Paramesium dan Amoeba

  
PEMBIAKAN SEKS
Proses menghasilkan zuriat baru melalui percantuman gamet jantan dan betina
Memerlukan dua induk : jantan dan betina
Proses melibatkan persenyawaan, perkembangan dan kelahiran   
Zuriat mempunyai sifat yang berbeza daripada induk
Memerlukan masa yang panjang

Contoh : Burung dan Ikan 


Testis
Untuk menghasilkan sperma dan juga hormon (testosteron) 

Urethra
Salur untuk menyalurkan air kencing keluar dari badan

Kelenjar Prostat
Untuk merembeskan bendalir keruh

Vesikel Semen

Untuk merembeskan bendalir bagi membantu sperma bergerak  

OVARI
Ovari menghasilkan ovum (gamet betina) dan hormon wanita (estrogen)
--> PENGOVULAN

TIUB FALLOPIO (OVIDUKTUS)


Salur  untuk mengangkut ovum dari ovari ke uterus
Tempat berlaku nya percantuman sperma dan ovum
--> PERSENYAWAAN

UTERUS
Melindungi embrio semasa proses kehamilan
Tempat berlaku nya penempelan zigot
--> PENEMPELAN

KEDATANGAN HAID (menstruation)


Proses pengeluaran berkala bagi darah dan lapisan uterus melalui faraj

KITAR HAID (menstrual cycle)


1. Perubahan bulanan yang berkala yang berlaku pada dinding uterus, ovari dan faraj
2. Berlaku pada kitaran 28 hari

FASA HAID 
Lapisan dinding uterus dengan salur darah meruntuh. Tisu-tisu dan darah dikeluarkan apabila haid berlaku

FASA PEMBAIKAN
Membina semula dinding uterus, menjadi lebih kaya dengan salur darah yang lebih tebal

FASA SUBUR
Pengovulan (ovari menghasilkan ovum) berlaku pada hari ke-14

FASA PRA-HAID
1. Dinding uterus terus menebal dan diselaputi dengan rangkaian luas salur-salur darah dalampersediaan untuk
persenyawaan dan penempelan
2. Jika persenyawaan tidak berlaku, tisu-tisu dinding akan meruntuh semula bagi memulakan kitar haid yang
baru.
SPERMA DAN OVUM 
Sperma dan ovum merupakan pasangan yang diciptakan sejak dari dulu lagi. Walaupun berlainan sifat dan saiz,
namun mereka lah pasangan paling ideal yang diciptakan oleh Sang Pencipta. Sperma merupakan sel yang
paling kecil dalam badan manusia, manakala pasangannya Ovum adalah sel yang paling besar dalam badan
manusia!
  
Dalam berjuta-juta sperma yang dipindahkan ke ovari wanita, hanya beberapa ratus sahaja yang aakan berjaya
sampai ke tiub Fallopio. Dan dalam beberapa ratus sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya bercantum
dengan ovum. Sperma yang paling laju, paling cergas, paling baik! Sila bersyukur..

Hebatnya lagi, apabila ada satu sperma yang berjaya bercantum dengan ovum, secara automatik sperma tadi
akan merembeskan sejenis bendalir yang akan membentuk perlindungan ke seluruh ovum, menyebabkan
sperma lain kehampaan terhalang daripada memasuki ovum tadi. 
BAGAIMANA KEHAMILAN BOLEH BERLAKU?

Proses pertama bermula selepas seminggu wanita mengalami haid. Pada hari ke-13,14,15dalam kitar haid bagi
seseorang wanita, ovari akan menghasilkan benih perempuan, iaitu juga dikenali sebagai ovum. Proses ini
dinamakan proses Pengovulan.

 Seterusnya, ovum tadi akan bergerak ke Tiub Fallopio, dan akan bercantum dengan sperma di sini, bagi
membentuk zigot. Proses ini pula dinamakan proses Persenyawaan.

Zigot yang sudah sedia tersenyawa itu akan bergerak ke uterus, atau pun juga lebih dikenali sebagai dinding
rahim. Di sini akan berlaku proses Penempelan, bermaksud zigot tadi yang sudah menjadi embrio dalam
perjalanannya akan menempel dan membesar di dinding rahim tersebut menjadi fetus dan akhirnya menjadi
bayi. 

Pemakanan Ibu Hamil


1. Zat Besi
Ibu yang hamil perlu memastikan ada mengambil Zat Besi yang mencukupi. Ini kerana ia dapat membantu
mencegah anemia dan juga membantu membina sel-sel darah. Ibu boleh mendapatkan Zat Besi daripada
sumber seperti Telur dan Sayuran Hijau
2. Vitamin D
Vitamin D juga tidak kurang pentingnya. Vitamin D berfungsi untuk membantu menyerap kalsium dan fosforus
yang diperlukan oleh badan untuk menguatkan tulang dan gigi. Sumber Vitamin D adalah makanan seperti hati
dan minyak hati ikan.

3. Protein
Protein membantu dalam membina sel-sel baru untuk pertumbuhan. Sumber protein adalah seperti daging
merah dan kacang.

4. Asid Folik
Ini adalah antara makanan yang paling diperlukan oleh ibu ketika hamil, iaitu Asid Folik. Asid Folik membantu
untuk menentang penyakit. Sumber asid folik adalah seperti susu.

1. Memahami Sistem Pembiakan Manusia


Antara tujuan utama penyelidikan yang berkaitan dengan pembiakan manusia adalah bagi memahami sistem
pembiakan manusia dan cara operasinya. Maka dengan pemahaman terhadap sistem ini maka manusia dapat
mengoptimumkannya dalam membantu mereka di luar sana yang memerlukan.

2. Membantu Golongan Yang Bermasalah


Penyelidikan dan kajian yang dijalankan juga mampu membantu mereka yang bermasalah dengan sistem
pembiakan. Gejala seperti kemandulan yang diakibatkan oleh ketumbuhan dan kecacatan yang mungkin boleh
dirawat dan dibetulkan semula.

3. Merawat Penyakit Seks


Penyalahgunaan kaedah kawalan pembiakan juga boleh mendorong kepada penularan penyakit seks seperti
siflis dan gonorhea. Justeru itu kajian seperti ini boleh membantu mengekang daripada terus merebaknya
penyakit ini. Setidak-tidaknya, kajian yang dilakukan mampu merawat penyakit-penyakit tersebut.

Kemandulan
Kemandulan ialah kegagalan untuk menghasilkan anak.  Kedua-dua, lelaki dan perempuan mungkin menjadi
mandul. 

Adakah lelaki itu mandul apabila testisnya tidak menghasilkan sperma? 


Adakah perempuan itu mandul apabila ovarinya tidak menghasilkan ovum?
Ya, kedua-dua soalan di atas adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dan perempuan mandul.

Apakah sebab-sebab lain kemandulan?

Jadual di bawah menunjukkan beberapa sebab kemandulan lelaki dan perempuan serta rawatannya.
Persenyawaan In Vitro (IVF)
Persenyawan in vitro ialah persenyawaan yang berlaku di luar badan perempuan.  Ovum yang tersenyawa
membahagi dan berkembang menjadi embrio di luar badan.  Embrio kemudiannya ditempelkan pada dinding
uterus perempuan dan berkembang menjadi fetus.

Pencegahan Kehamilan
Pencegahan kehamilan membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk merancang sama ada mahu
memiliki anak atau tidak.
Pencegahan kehamilan juga membenarkan mereka untuk memilih bilangan anak dan waktu untuk memiliki
anak.
Kaedah pencegahan kehamilan menghalang perempuan yang telah berkahwin daripada hamil.  Kaedah yang
digunakan sama ada oleh lelaki atau perempuan, bergantung pada kepercayaan agama, latar belakang sosial
dan pilihan mereka.  Kaedah yang digunakan juga bergantung pada pasangan yang telah berkahwin itu sama
ada mahu memiliki anak atau tidak pada masa hadapan.

Jadual di bawah menunjukkan kaedah pencegahan kehamilan dan keberkesanannya:.


Kaedah pencegahan kehamilan sementara ialah kaedah yangmembenarkan pasangan yang telah berkahwin
untuk memiliki anak apabila pasangan tersebut berhenti menggunakan kaedah-kaedah ini. 
Kaedah pencegahan kehamilan kekal ialah kaedah yang tidak membenarkan pasangan yang telah
berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja kaedah-kaedah ini digunakan.

Salah Guna Kawalan Kehamilan


Kaedah pencegah kehamilan telah banyak disalahgunakan oleh remaja kejadian ini meruntuhkan akhlak
mereka.  Penyalahgunaan kawalan kehamilan di kalangan remaja telah meningkatkan hubungan seks luar nikah
dan sekaligus jumlah kehamilan luar nikah.  Hal ini membawa kepada masalah pengguguran bayi dan buang
bayi kerana mereka masih muda dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Pengetahuan tentang pencegah kehamilan turut disalahgunakan oleh pasangan yang dewasa yang tinggal
bersama tanpa kahwin untuk mengelakkan perempuan daripada mengandung. 

Kebaikan Dan Keburukan Kawalan Kehamilan Kepada Masyarakat


Kawalan kehamilan mempunyai kebaikan dan keburukan kepada masyarakat.  Jadual di bawah menerangkan
beberapa kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan kepada masyarakat.
Kawalan kehamilan kepada masyarakat
Kebaikan Keburukan
·         Pasangan berkahwin dapat  ·         Menggalakkan masalah sosial seperti
merancang bilangan anak. seks luar nikah dan hubungan seks secara
·         Pasangan berkahwin dapat rambang.
merancang masa yang sesuai untuk ·         Meningkatkan masalah pengguguran
menerima cahaya mata. bayi di kalangan remaja
·         Penggunaan kondom boleh ·         Pengambilan pil pencegah kehamilan
mengelakkan penyakit kelamin. jangka masa panjang akan menganggu kitar
haid dan menyebabkan kemandulan
·         Meningkatkan masalah penyakit
kelamin seperti AIDS, Herpes, Gonorrhea
dan Sifilis.

Kepentingan Penyelidikan Pembiakan Manusia


Kepentingan penyelidikan tentang pembiakan manusia ialah:
 Menyelesaikan masalah suami atau isteri yang tidak mempunyai anak
 Membantu pasangan suami isteri menjalani perancang keluarga untuk merancang bilangan anak yang
mereka kehendaki.
 Membantu pasangan suami isteri menggunakan cara yang sesuai untuk mencegah kehamilan
 Mengesan kecacatan fetus.  Kini, pembedahan telah dilakukan ke atas fetus untuk memperbaiki
kecacatannya dalam kandungan ibu.
Tumbuhan berbunga membiak secara seks. Bunga sebenarnya adalah merupakan struktur pembiakan bagi
tumbuhan yang berbunga. Pada bunga, ada organ pembiakan yang boleh menghasilkan gamet jantan dan
gamet betina. 

Gamet jantan boleh dijumpai dalam butir debunga yang dihasilkan dalam struktur bernama anter. Manakala
gamet betina pula ialah ovum yang terdapat di dalam struktur yang bernama ovul.

Berikut adalah penerangan kepada bahagian yang terdapat pada bunga

a) Sepal 
Melindungi bunga semasa dalam peringkat kudup (belum berkembang)

b) Ranggi
Mempunyai nektar bergula di dasarnya. Biasanya ranggi berwarna dan berbau

c) Stamen
Stamen ialah bahagian jantan bunga, yang terdiri daripada anter dan filamen.

d) Pistil
Pistil ialah bahagian betina bunga, yang terdiri daripada stigma, stil dan ovari.

Pendebungaan ialah satu proses pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma. Terdapat 2 jenis
pendebungaan, iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk. Bagi berlakunya pendebungaan,
ada agen pendebungaan yang memainkan peranan. Yang paling utama adalah serangga dan angin. Agen
pendebungaan yang lain adalah burung, kelawar dan air. 
Pendebungaan Sendiri
Pendebungaan sendiri adalah pendebungaan yang berlaku pada bunga yang sama, atau pada bunga yang
berbeza tapi dari pokok yang sama.

Pendebungaan Kacuk
Pendebungaan kacuk ialah proses pendebungaan yang berlaku pada bunga daripada pokok yang berbeza,
namun masih daripada spesies yang sama.
Kelebihan Pendebungaan Kacuk
1. Percampuran baka yang menghasilkan kepelbagaian baru yang mempunyai ciri yang lebih baik daripada
kedua-dua pokok induk
2. Memberi hasil tanaman yang bermutu tinggi, misalnya buah yang lebih besar dan lebih manis
3. Mempunyai rintangan terhadap serangan daripada serangga dan penyakit serta lebih tahan terhadap
perubahan keadaan persekitaran 
Tahukah anda bahawa buah adalah terhasil daripada bunga pada tumbuhan? YA. Proses
pendebungaan (percantuman gamet jantan dan gamet betina) akan menghasilkan buah.
Kita mulakan dengan gamet jantan yang terkandung dalam butir debunga.

Apabila ada sebutir debunga mendarat atas stigma, butir debunga itu akan mula mengeluarkan satu tiub
debunga (macam akar). Manakala nukleus yang berada dalam butir debunga akan membahagi kepada 2 gamet
jantan.

Tiub debunga tadi akan tumbuh dan memanjang melalui stil, sehinggalah ke mikropil ovul yang mengandungi
gamet betina.

Maka disitulah akan berlakunya percantuman gamet jantan dan gamet betina yang dinamakan proses
PERSENYAWAAN.

Hasil daripada persenyawaan tadi, OVARI AKAN JADI BUAH dan OVUL AKAN JADI BIJI BENIH.

Dalam bahasa yang lebih mudah nak faham :

1) Butir debunga mendarat atas stigma


2) Butir debunga keluarkan tiub debunga
3) Tiub debunga memanjang sehingga ke mikropil
4) Gamet jantan bertemu gamet betina
5) Persenyawaan berlaku
6) Ovari jadi buah
7) Ovul jadi biji benih 
Senang kan?
Perlu diingat, bahawa HANYA SATU BUTIR DEBUNGA sahaja yang akan berjaya sampai ke nukleus ovum
untuk disenyawakan.

Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini, biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam
biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio
yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).

Makanan disimpan dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon, seperti
jagung. Namun ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji kacang hijau.

Bahagian yang berbeza pada biji benih, dan ada fungsi yang tersendiri

Kulit Biji
1) Testa - melindungi biji benih
2) Hilum - tempat biji benih melekat pada buah
3) Mikropil - bukaan yang membenarkan air dan udara masuk

Embrio
1) Plumul - bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
2) Radikel - bahagian embrio yang membesar menjadi akar
3) Kotiledon - menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih

Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baharu yang dikenali sebagai RADIKEL.
Kemudiannya mengeluarkan pucuk baharu yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin
mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri apabila
daun baharu mulai tumbuh. 
Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air, udara dan suhu yang
sesuai. .*Biji benih TIDAK perlukancahaya matahari untuk bercambah

Biasanya, tumbuhan berbunga membiak secara seks dengan menghasilkan biji benih. Sebagai contohnya,
bunga matahari yang membiak dengan menggunakan biji benih. Namun, ada juga tumbuhan berbunga yang
membiak secara aseks, iaitu dengan menggunakan bahagian tumbuhan itu sendiri. Sebagai contohnya, tebu
membiak menggunakan batang, dan lobak merah membiak menggunakan akar. Pembiakan yang sebegini
dinamakan PEMBIAKAN VEGETATIF.

Bahagian vegetatif yang boleh digunakan untuk membiak adalah seperti :

1) Akar
keledek, lobak merah

2) Batang (tuber/rizom)
kentang, halia
3) Batang (batang rayap)
kiambang, rumput karpet

4) Batang (bebawang)
bawang, pokok lili

5) Daun
pokok setawar, begonia
Agen pendebungaan adalah apa-apa bahan yang boleh menyebabkan berlakunya pendebungaan kepada sesuatu
tumbuhan itu. Ada banyak agen pendebungaan, tetapi yang paling utama adalah serangga dan angin. Agen
pendebungaan yang lain adalah kelawar, burung dan air.
Terdapat perbezaan yang jelas bagi bunga yang didebungakan oleh serangga dan juga bunga yang didebungakan
oleh angin.

Serangga
1. Bunga besar / gugusan bunga kecil yang padat
2. Ranggi berwarna terang dan berbau
3. Anter pada kedudukan yang mudah bersentuh dengan serangga
4. Stigma pada kedudukan mudah bersentuh dengan serangga, melekit, berbentuk rata atau bercuping
5. Butir debunga sedikit. Butir debunga kasar atau melekit supaya mudah melekat pada serangga
Angin
1. Bunga kecil
2. Ranggi berwarna putih, hijau atau pudar serta tidak berbau
3. Anter tergantung longgar pada filamen halus, panjang dan bergoyang ditiup angin
4. Stigma panjang, bercabang dan berbulu untuk menambahkan luas permukaan bagi memerangkap butir
debunga yang ditiup angin
5. Butir debunganya banyak, kecil dan ringan supaya mudah dibawa angin

Boleh lihat perbezaan pada bunga yang didebungakan oleh serangga dan bunga yang didebungakan oleh angin
melalui jadual di bawah. 

Anda mungkin juga menyukai