Anda di halaman 1dari 2

TOPIK 1 ASAS ETIKA DAN KONSEP MORAL 1.

Konsep Moral Perkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. 2. Konsep Etika Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

Contoh 1 Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakanrakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah. 1.3 Konsep Akhlak Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh. Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya. Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi: i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

3. Nilai Etika bagi seseorang pelajar Berikut adalah etika yang perlu ada bagi seseorang pelajar dalam usaha menggapai matlamat sebagai pelajar cemerlang: a. ADAB SEORANG PELAJAR. Bertakwa kepada Allah (swt) Berdisiplin dan sentiasa memelihara adab diri. Bijak menguruskan Masa Menjaga kesihatan diri. Berwawasan tinggi. Konsisten atau istiqamah. Mempunyai kesungguhan yang tinggi. Daya berfikir yang tinggi. Berserah kepada Allah ( Tawakkal dan Pasrah ). b. ADAB PELAJAR TERHADAP GURU: Sentiasa menunjukkan sikap hormat kepada guru. Sentiasa memuliakan martabat dan kedudukan guru. Hindari bicara kosong atau perbualan yang tidak berfaedah. Berdiri sewaktu menghormati guru. Berinteraksi mengikut kesesuaian masa dan tempat. Tidak meninggikan suara kepada guru. Memanggil guru dengan panggilan yang baik. Tidak mendahului guru. c. ADAB SEORANG ANAK TERHADAP IBU BAPA

Anda mungkin juga menyukai