Anda di halaman 1dari 2

1.

Huraikan maksud analisis parametrik dan bukan parametrik

Analisis parametrik adalah ujian statistik yang melibatkan data normal, sebagaimana data
dalam populasi untuk menganggarkan parameter. Statistik jenis ini digunakan hanya
apabila pemboleh ubah bersandar bersifat kuantitatif.
Analisis bukan parametrik pula digunakan untuk melakukan untuk melakukan analisis
pada data muka atau ordinal. Statistik ini tidak mensyaratkan bentuk sebaran parameter
populasi dan boleh digunakan pada data yang mempunyai sebaran normal atau tidak.

2. Huraikan perbezaan diantara statistik deskritif dan statistik inferens.

Statistik deskritif
- Memberi gambaran awal data yang dikumpulkan dan digunakan dalam sesuatu
penyelidikan.
- Melibatkan analisis univariat.

Statistik inferens
- Hasil daripada ujian statistik yang dapat digunakan untuk membuat inferens
tentang data penyelidikan dan mengaitkan dapatan kepada sampel.
- Melibatkan analisis bivariat dan analisis multivariat.

3. Skala pengukuran terbahagi kepada empat (4), huraikan setiap jenis skala
pengukuran tersebut.

Nominal - Kategori data yang bebas.


Ordinal - Kategori data yang bebas tetapi disusun secara menaik atau menurun seperti
mempunyai pangkatan.
Selang - Data bebas dan selanjar dan jarak adalah sama dan tidak mempunyai nilai 0.
Nisbah – Data bebas dan selanjar dan jarak adalah sama tetapi boleh mempunyai nilai 0.

4. Berdasarkan gambar rajah yang diberikan, huraikan apakah yang berlaku


kepada taburan data dalam penyelidikan ini.
Mengikut rajah di atas, data tersebut merupakan data tidak normal dan dipanggil
‘Positively Skewed Distribution’. Hal ini berlaku apabila data tidak terdistribusi dengan
normal. Data tidak normal ini mungkin terjadi apabila terlalu banyak nilai-nilai ekstrem
dalam satu set data, tumpang tindih dari dua atau lebih proses, kurangnya data
diskriminasi, data yang diurutkan dan akhir sekali berlakunya proses memiliki banyak nilai
mendekati nol. Normalitas data hanya dapat dicapai setelah masalah tersebut ditangani.
Antara salah satu langkahnya adalah dengan mneghapuskan data tersebut dari data yang
digunakan akibat daripada kesalahan menentukan pengukuran, kesalahan data-entry dan
outlier.

5. Berdasarkan rajah 3.1, pilih carta yang bersesuaian untuk menggambarkan


data yang diberikan.

Carta yang bersesuaian untuk menggambarkan data yang diberikan adalah carta pai. Hal
ini kerana data yang diperoleh mempunyai peratus kekerapan yang mana kalau ditambah
kesemuanya memberikan nilai 100%. Carta pai kebiasaannya digunakan untuk
mempamerkan data kualitatif dalam bentuk peratus. Kesuluruhan bulatan akan mewakili
sesuatu sampel atau populasi. Bulatan akan dibahagikan kepada setiap sektor di mana
setiap sektor akan mewakili peratusan sampel bagi kategori yang berbeza. Maka itu,
pengkaji lebih mudah untuk membezakan dan melihat pekerjaan yang mana mempunyai
nilai kekerapan yang tinggi dengan melihat keluasan sektor bagi setiap sampel tersebut.

Anda mungkin juga menyukai