Anda di halaman 1dari 3

FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852)

1.0 Latar Belakang


21 April 1782 Friederich Wilhelm August Froebel dilahirkan di Oberweissbach, Jerman, sebagai
anak bungsu dari enam bersaudara. Ayahnya, pastor Johann Jakob Froebel berkhidmat di enam desa
di daerah tersebut. Ibunya meninggal pada saat ia berumur sembilan bulan.
1792 Bapa saudara dari pihak ibunya yang bernama Johann Cristoph Hoffmann yang berkhidmat
di Stadt-Ilm, mengambil Froebel muda yang baru berusia sepuluh tahun dan memeliharanya selama
5 tahun. Bersama pakciknya Froebel muda merasakan kasih dan penghargaan sebagai seorang anak.
1797 Pada musim panas tahun 1797, Froebel pindah ke Hirschberg berhampiran dengan
sempadan ke Bavaria dan beliau belajar tentang perhutanan, penilaian, mengukur tanah serta
geometri.
1800 Froebel belajar di Universiti Jena.
10 Februari 1802 Ayah Froebel, Pastor Johann Jakob Froebel meninggal, pada saat itu Froebel
mula bekerja sebagai pegawai perhutanan (forester).
1804 Froebel belajar seni bina di Universiti Frankfurt.
1805 Froebel mulai mengajar di sekolah milik Anton Gruner di Frankfurt
1807 Ia menuliskan sebuah surat kepada abangnya, ia menjelaskan tentang cita-citanya untuk
membangun sebuah sekolah: "Not to be announced with trumpet tongue to the world, but to win
for itself in a small circle, perhaps only among the parents whose children should be entrusted to his
care, the name of a happy family institution"
18081810 Froebel mengunjungi sekolah Pestalozzi di Yverdun dan menghayati hal-hal yang
diamatinya di sana, antaranya : lingkungan sekolah yang lebih toleran, menekankan pada alam,
objek-objek pelajaran.
18131814 Froebel bergabung dengan pasukan sukarela bagi angkatan bersenjata Prusia di
Ludzow dan bertemu dengan dua orang muda yang kemudian menjadi sahabat dan rakan yang
mendukungnya dalam dunia pendidikan iaitu : Langenthal dan Middendorf.
1817 Ia mendirikan sekolah di Keilhau iaitu Universal German Educational Institute
1826 Ia menerbitkan bukunya yang pertama yang berjudul The Education Of Man dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris tahun 1885. Ia juga menciptakan 500 kotak kubus kayu
(bongkah yang mempunyai 6 permukaan, yg setiap satunya berbentuk segi empat sama)yang
kemudian dipakainya dalam pendidikan taman kanak-kanak.
1831 Froebel diundang ke Switzerland untuk membuka sekolah dan ia tinggal di sana selama 5
tahun.

1837 Setelah tinggal sebentar di Berlin, Froebel pindah ke Blankenburg dan membuka pendidikan
pra sekolah. Ia mebuat konsep tentang kotak kubus (gifts), permainan-permainan, lagu-lagu, cerita,
kerajinan tangan, sebagai sarana belajar bagi anak-anak pra sekolah.
28 Jun 1840 Froebel membuka sekolah taman kanak-kanak yang pertama ditandai dengan
adanya sebidang tanah di lingkungan sekolah yang dipakai sebagai tempat anak-anak bercocok
tanam dan memelihara tanaman.
1847 7 sekolah taman kanak-kanak dibuka di Jerman
1848 40 buah sekolah taman kanak-kanak dibuka di seluruh Jerman
1849 Dimulai adanya latihan bagi guru taman kanak-kanak
21 Jun 1852 Froebel meninggal dunia.
2.0 Konsep Pegangan
Menurut Froebel, pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.
Froebel merupakan seorang penganut Kristian yang taat dan beliau percaya pendidikan adalah untuk
membentuk kanak-kanak supaya berharmoni dengan Tuhan dan persekitarannya.
3.0 Isu-isu Berkaitan Pendidikan
Froebel digelar sebagai Bapa Tadika di Jerman. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman
kanak-kanak yang dinamakan Kindergarten. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan
menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan
manifestasi terhadap Tuhan.
Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun,
kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam
persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui aktiviti bermain
Antara idea-idea Froebel ialah:
Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki
cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit
kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanakkanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat
yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk
dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu
pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi
kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut

beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau
menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau
mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat
dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi
dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia
saling berkaitan antara satu sama lain.
Teori Tingkah Laku Froebel
Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori
pembelajaran ini kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke
atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian
kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan
tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku kanak- kanak sama ada baik atau
sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku kanak- kanak boleh diperhatikan, dikawal
dan juga diramal.
4.0 Perbandingan Dengan Tokoh-tokoh Lain

Beliau menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik. (Mencius,


Vivekananda,Rousseau)
Pendidik umpama tukang kebun (Tagore, Vivekananda,John Locke)
Pendidikan awal kanak-kanak penting (Plato, Aristotle, Ibnu Sina, Rousseau, John Locke)
Pendidikan mesti berasaskan kepercayaan agama. (Al Farabi, Ibnu Sina, Vivekananda)

Anda mungkin juga menyukai