Anda di halaman 1dari 4

Isu alam sekitar 3

Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam


menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan
organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi
jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk
menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan
yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.
Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabatpejabat JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa
masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil
masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksana dan
dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk
menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta
ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang
Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap.
Sehingga tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih
lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang
lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja
yang terisi.
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari
bulan Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan
Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk
memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana
ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian,
program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan kerjakerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna
sepertimana yang diharapkan.
Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan
kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti
kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua
kajian dasar sahaja dapat dijalankan berbanding lapan kajian yang dicadangkan.
Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun
dulu. Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang
tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan
penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap
negeri, pegawai penguatkuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin
berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan
Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.
Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak
kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan
alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak

terbabit dalam melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan


terancang seperti yang telah dinyatakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga
hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan
mengambil sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan
jabatan penguatkuasa yang lain agar masalah ini tidak berlarutan dan undangundang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping
perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik.
Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak
berminat dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong.
Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang
dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa.
MASALAH KOS PENGURUSAN
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat
peruntukan perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan
jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia
Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika
dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya
adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan
tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi
10 kali ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan
kakitangan JAS yang semakin meningkat.
Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan
sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan
20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian
menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia
memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu
besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan membuat keputusan
segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan
melibatkan kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi
Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari,
maka ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat bagi setiap
tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.
Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam
melaksanakan kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung
bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit
sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi
tujuan ini.
Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal
berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar
dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah
jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan
dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun jika pencemaran terus
meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk

menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal
alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan
dan pemuliharaan dan sebagainya.
Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak
swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi
atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan
pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun
masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi
untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak
kerajaan akan dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada
kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika
pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan
memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut
memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya
mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan
pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam
sekitar yang bersih.
MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM
Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah
meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik.
Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk
mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya
dengan usaha pembangunan.
Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus
melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan
alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang menggunakan asapasap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang
ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan
Gas) 1977.
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting
dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi
sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan
susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh,
isu bahan toksik yang diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana
bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan
mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih
tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau
memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai
alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah
pengurusan dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik
harus diambil dalam hal ini seperti menlupuskan bahan toksik ini dengan segera

dengan cara yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu
hari nanti memudaratkan penduduk.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan
alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu
ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya
pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa
tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.

Anda mungkin juga menyukai