Anda di halaman 1dari 27

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Penguasaan literasi sangat penting dalam proses pembelajaran agar


murid-murid dapat berjaya dalam bidang pendidikan (A. Bordia, 1985; G.
Carron &; Zinitulniza, 2011; Baroody & Alison E; Diamond & Karen E,
2012). Keberjayaan dalam bidang pendidikan akan menurunkan kadar
kemiskinan

kerana

melalui

pendidikan

manusia

akan

menimba

pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk mereka merancang masa


depan yang lebih baik lagi (UNESCO). UNESCO telah menjalankan kajian
pada tahun 2008 tentang hubung kait antara kadar kemiskinan dan
penguasaan terhadap literasi dan mendapati bahawa di Burkina Faso
hanya 12.8 peratus sahaja menguasai literasi, Niger 14.4 peratus dan
Mali 19 peratus.
Kemahiran literasi dapat diperoleh melalui pendidikan yang formal
di sekolah di mana institusi pendidikan memainkan peranan yang
penting dalam memastikan setiap murid menguasai kemahiran asas ini
(White Paul & Cranitch Maya, 2010). Pendidikan formal di sekolah
bermula dengan pengenalan kepada 26 abjad (A-Z) dan seterusnya
murid diajar sebutan dan bunyi bagi setiap huruf di mana sebutan dan
bunyi bagi setiap huruf sangat penting dalam proses pembelajaran
membaca. Menurut Liberman, 1973 tanpa phonemic awareness muridmurd tidak akan dapat memahami fungsi sebenar abjad ini dalam
pembelajaran mereka.
Negara-negara maju amat menitik beratkan penguasaan literasi di
kalangan rakyatnya. Ini kita dapat lihat melalui penyelidikan-penyelidikan
literasi yang dijalankan di negara-negara maju telah bermula dari abad
ke-13 lagi di mana Goswami yang merupakan ahli teori menyatakan
hubungkait antara neurosains dan kebolehan membaca dalam pelbagai
cara (History of Literacy Research).

Tanggal

September,

kita

akan

menyambut

Hari

Literasi

Antarabangsa. Sambutan Hari Literasi Antarabangsa merupakan masa


untuk mengingatkan kepada semua masyarakat antarabangsa betapa
pentingnya literasi kepada seseorang individu, keluarga, komuniti dan
masyarakt seluruhnya. Sempena sambutan Hari Literasi Antarabangsa
pada tahun 2006, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Bangs-Bangsa Bersatu (UNESCO), Koichiro Matsuura berkata
dalam mesejnya literasi bukan sahaja skil kognitif dalam membaca,
menulis dan aritmetik, tetapi juga membantu masyarakat membina
kemahiran serta kekuatan bagi mencapai kemajuan yang berterusan.
(Utusan Online; 8 September 2006).
Selain itu, penguasaan terhadap kemahiran numerasi juga amat
penting

dalam

bidang

pendidikan.

Penguasaan

asas

numerasi

membolehkan murid-murid lebih mudah memahami dan menguasai


kemahiran-kemahiran lain dalam matapelajaran
Partnership

for Education

(GPE) mengatakan

matematik.

kemahiran

Global

numerasi

memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dalam hidup


seseorang dan merupakan asas kepada kelangsungan pembelajaran
sampai ke peringkat yang lebih tinggi. GPE juga menyatakan negaranegara yang berpendapatan rendah mempunyai tahap penguasaan
numerasi

yang

rendah

dibandingkan

dengan

negara-negara

yang

berpendapatan tinggi.
Secara kesimpulannya, penguasaan asas kemahiran iaitu literasi
dan numerasi boleh mendatangkan impak yang besar kepada kemajuan
negara secara umumnya dan kepada kehidupan murid itu sendiri secara
khususnya. Kegagalan menguasai kemahiran literasi dan numerasi
adalah salah satu isu global (Cumming-Potvin, Wendy; Renshaw, Peter;
Van Kraayenoord & Christa, 2003; Guzel & Cigdem; Berberoglu, 2005;
Dennis, Lindsay; Lynch, Sharon& Stockall, 2012;) di mana semua negara
inginkan rakyatnya celik huruf dan celik nombor. Bayangkan, dalam era
globalisasi ini, bagaimana sebuah negara yang mempunyai kadar buta
huruf dan buta nombor yang tinggi mampu bersaing dengan negara

yang mempunyai kadar buta huruf dan buta nombor yang sangat rendah
atau sifar buta huruf dan nombor?
Oleh itu, kemahiran asas ini sangat ditekankan dari awal
pembelajaran supaya murid-murid akan mudah mempelajari kemahiran
yang lebih tinggi lagi seperti kemahiran ICT dan sebagainya. Deklarasi
Hamburg menyatakan di bawah Resolusi 11: Literasi dianggap sebagai
pengetahuan dan kemahiran asas yang harus ada bagi semua golongan
masyarakat dalam merentasi arus kemodenan dunia (UNESCO, 1997).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil beberapa inisiatif
untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran literasi dan numerasi
melalui sistem pendidikan dengan mengadakan pelbagai program di
sekolah. Salah satu program oleh KPM yang dilaksanakan di sekolah yang
berfokuskan kepada sekolah rendah Tahap Satu adalah program LINUS
yang

bermatlamat

semua

murid

mampu

menguasai

kemahiran

membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga tahun mendapat


pendidikan di sekolah kecuali murid yang berkeperluan khas.
1.2
Pelan

Latar Belakang
Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2015 telah

menggariskan hala tuju penguasaan literasi dan numerasi merupakan


asas yang amat penting dalam melahirkan modal insan cemerlang dan
seimbang yang berpengetahuan, memiliki kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan rohani serta mempunyai
identiti nasional.

Menurut Stormquist, 2005, p.12, kemahiran literasi

adalah asas untuk maklumat, membuat keputusan, memperkasakan


peribadi, penglibatan secara aktif dan pasif dalam sosial masyarakat
tempatan dan global.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Jabatan Statistik telah
menjalankan kajian membaca di kalangan rakyat Malaysia pada tahu
2005 dan mendapati bahawa kadar literasi di kalangan kanak-knak yang
berusia 5 hingga 9 tahun jatuh kepda 75 peratus berbanding 79 peratus
pada

tahun

1996.

Manakala

kadar

literasi

di

kalangan

rakyat

Semenanjung Malaysia pada tahun 2005 berada pada tahap 91 peratus,


Sabah 86.4 peratus dan Sarawak 83 peratus. Sementara kadar literasi di
3

kalangan rakyat Malaysia yang berusia 10 tahun ke atas turun satu


peratus daripada 93 peratus pada tahun 1996 kepada 92 peratus pada
tahun 2005. (Utusan Online: 15 Julai 2006)
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandang serius tentang
isu ini
dan telah menyediakan satu rangka kerja untuk melahirkan insan yang
berkualiti tinggi bagi menerajui negara dan mampu bersaing dengan
negara-negara yang membangun pada masa hadapan. Pada bulan Ogos
2009, mantan Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji
Mohd Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama National
Key Result Areas (NKRAs) bagi pendidikan. Dalam NKRA pendidikan,
kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA bagi meluaskan
akses pendidikan berkualti dan berkemampuan (PEMANDU) iaitu: 1)
Prasekolah; 2) Literasi dan Numerasi (LINUS); 3) Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT); 4) Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah.
Sebelum program LINUS ini dilaksanakan, banyak program yang
telah dilaksanakan oleh KPM untuk meningkatkan kadar literasi dan
numerasi

di

kalangan

rakyat

umumnya

dan

di

kalangan

murid

khususnya. Program-program tersebut adalah seperti dalam Jadual 1.2.1


di bawah:
Jadual 1.2.1
Tahun
1961
19671970

1975

Program-Program Literasi dan Numerasi KPM

Masalah
Program / Aktiviti
Kemahiran 3M
Laporan Rahman Talib dan Akta
(Membaca, menulis
Pelajaran 1961
dan Mengira)
Semua kanak-kanak Pilot Project
wajib
menerima Seramai 3 orang guru dihantar ke
pendidikan
(Public
England untuk mendapatkan
Law 94-142, Children
latihan.
Act, 1989)
Hanya melibatkan 9 buah sekolah
rendah di seluruh Malaysia.
Melalui projek ini, Program
Pendidikan Pemulihan amat perlu
untuk membantu murid yang
mempunyai masalah pembelajaran.
Kepentingan
Penyediaan guru pemulihan dengan
pemulihan di
mengadakan Seminar Pengajaran

peringkat sekolah.
19721981

25% murid-murid
sekolah rendah
tercicir (Laporan
Murad 1971)

Pemulihan untuk guru-guru sekolah


rendah yang dipilih.
Projek Pendidikan Imbuhan
Guru kelas biasa mengajar
pemulihan
untuk murid-murid yang
mempunyai
masalah ringan dalam
pembelajaran
Bahasa Melayu dan Matematik.
Guru Pemulihan Khas akan
mengajar murid-murid yang
mempunyai masalah kompleks
dalam pembelajaran Bahasa
Malaysia dan Matematik.
Kursus Dalam Cuti, Kursus Jangka
Pendek
Untuk guru-guru biasa yang
terlatih di sekolah rendah bagi
menampung kekurangan guru
pemulihan.

Sambungan Jadual 1.2.1


1983
Masalah menguasai
kemahiran asas

1986

1997

1998-

Memperkenalkan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR)
Penekanan kepada penguasaan
kemahiran 3M.
Penglibatan murid dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP)
diutamakan.
Penekanan PdP berpusat kepada
murid.
Perbezaan kebolehan murid diberi
perhatian.
Mengutamakan pendekatan
gabungjalin.
Penerapan nilai murni dalam PdP.
Bahasa merentas kurikulum.
Guru Pemulihan Khas Program Pemulihan Khas
tidak mencukupi.
Menyediakan Guru Pemulihan Khas
Seramai 6,700 Guru
yang terlatih dan mencukupi.
Pemulihan Khas yang Menaik taraf kelas Pemulihan Khas.
diperlukan tetapi
hanya 4,331 orang
guru yang ada.
Seramai 75,000
Tinjauan Kadar Celik Huruf
orang murid Tahun 1 Selepas 6 bulan bersekolah, muriddi seluruh negara
murid Tahun 1 akan diuji sama ada
buta huruf.
berupaya mengenal semua abjad
ataupun sebaliknya.
Masalah
Penerbitan Buku Panduan

1999
20062009

pembelajaran
Kegagalan
menguasai 2M
(membaca dan
menulis).

2008 sekaran
g

Kegagalan
menguasai Bahasa
Melayu dan
Matematik
Kegagalan
menguasai
matematik

2008 sekaran
g

Program Pemulihan Khas.


Kelas Intervensi Awal Membaca
dan Menulis (KIA2M)
Fokus kepada murid Tahun 1 agar
dapat menguasai kemahiran
membaca dan menulis.
Program Pemulihan 3M (ProTiM)
Fokus kepada murid-murid di Tahap 2
(Tahun 4, 5 dan 6).

Program Bimbingan Kemahiran


Mengira (ProBiM)
Fokus kepada murid-murid di sekolah
menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
2009
Kegagalan
Literasi dan Numerasi (LINUS)
sekaran
menguasai 3M
Fokus kepada murid-murid di Tahap 1
g
(Tahun 1, 2 dan 3)
2011Mencapai sasaran
Program Pemulihan Khas dan
sekaran
sifar Literasi dan
Intervensi (P1NCH)
g
Numerasi (3M)
Merangkumi semua murid pemulihan
khas dan murid pemulihan LINUS.
Sumber: (KPM, 1982; KPM, 1999; KPM, 2008; Nazariyah bt Sani, 2014 )

Kerajaan Malaysia memandang serius terhadap kadar penguasaan


kemahiran asas di kalangan murid-murid dan dari semasa ke semasa
KPM akan mengkaji semula program-program yang dilaksanakan sama
ada

mencapai

sasaran,

masih

releven

di

diteruskan

atau

perlu

penambahbaikan. Begitu juga dengan program KIA2M yang telah


digantikan dengan program LINUS (Nazariyah bt Sani, 2014) sejajar
dengan kadar kemahiran asas di kalangan murid-murid masih berada
pada tahap yang tidak memuaskan. Berikut merupakan perbezaan
program KIA2M dan program LINUS seperti dalam Jadual 1.2.2.
Jadual 1.2.2
Aspek
Perbezaa
n
Definisi

Perbezaan Diantara Program KIA2M dan


Program LINUS
Program LINUS

Program KIA2M

LINUS adalah singkatan bagi


Saringan Literasi dan Numerasi
Literacy
and
Numeracy
Screening
yang
berfokus
kepada murid tahp satu.

KIA2M adalah singkatan


bagi
Program
Kelas
Intervensi Asas Membaca
dan Menulis dalam Bahasa
Melayu
yang
berfokus
kepada murid-murid tahun
satu.

Matlamat

Memastikan
murid-murid
menguasai
kemahiran
3M
dalam tempoh 3 tahun di awal
persekolahan mereka kecuali
murid yang berkeperluan khas.

Objektif

Memastikan
semua
murid
menguasai
kemahiran
3M
selepas tiga tahun mendapat
pendidikan di sekolah kecuali
murid yang berkeperluan khas
Semua murid di Tahap 1 (Tahun
1, 2 dan 3) yang belum
menguasai kemahiran 3M
kecuali murid yang
berkeperluan khas.

Kumpulan
Sasaran

Strategi
i.
Pelaksanaa
n
ii.

iii.

iv.

Memastikan
murid-murid
dapat
mengenal
huruf,
mengeja
dan
menyebut
perkataan dengan tepat
dan memahami ayat yang
dibaca.
Memastikan semua murid
tahun satu menguasai 2M.

Murid-murid Tahun 1 yang


belum menguasai
kemahiran membaca dan
menulis tidak kira murid
berkeperluan khas atau
murid yang hanya perlukan
pemulihan dalam kelas
sahaja.
Penyaringan
murid
yang i. Program ini dilaksanakan
dilakukan dua kali setahun
selama 3 atau 6 bulan.
iaitu pada bulan Mac danii. Murid akan menjalani ujian
penapisan
sebelum
September.
Pengunaan
modul
dalam
masuk program ini. Hasil
proses
PdP.
Modul
ini
daripada
ujian
yang
merangkumi set kemahiran
dibuat,
murid
akan
aktiviti dan latihan yang
dikelaskan seperti yang
sesuai dengan tahap murid
berikut:
LINUS.
a) 0-9 : dirujuk pengamal
Kompetensi guru dikukuhkan
perubatan
dan dimantapkan melalui
b) 10-44 : menjalani
latihan intensif yang telah
program KIA2M
dirancang
untuk
c) 45-60 : P&P kelas
meningkatkan
ilmu biasa.
pengetahuan dan kemahiran
iii. PdP yang dijalankan
pedagogi supaya guru-guru
berpandukan kepada
dapat
menjalankan
PdP
modul yang telah
dengan lebih berkesan.
disediakan.Walau
Menjalankan
aktiviti
serta
bagaimanapun, guruintervensi
kesedaran
guru
diberi
komuniti
dan
pihak
kebebasan
untuk
berkepentingan
yang
memberikan aktiviti
dianjurakan
di
peringkat
dann latihan yang
Jabatan Pendidikan Negeri
sesuai dengan tahap
(JPN), Pejabat Pendidikan
murid.
Daerah (PPD), di kalangan
iv. Dalam
proses
Guru
Besar,
guru-guru,
pengajaran,
teknikPersatuan Ibu Bapa dan Guru
teknik yang pelbagai

Sambungan Jadual 1.2.2

(PIBG) serta komuniti.


diberi penekanan.
v. KPM
melaksanakan
v. Bahasa
Melayu
pemantauan dan penilaian
merentas kurikulum
secara
menyeluruh
dan
mestilah
dijalankan
berterusan. Manakala JPN,
sepenuhnya dengan
PPD
dan
sekolah
kaedah gabungjalin.
melaksanakan penilaian dan
bimbingan secara intensif
supaya dapat mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan
program LINUS seterusnya
melakukan penambahbaikan.
vi. Pegawai
fasilitator
LINUS
(FasiLINUS)
bagi
literasi
Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris dan Matematik di
setiap PPD diwujudkan untuk
melaksanakan
bimbingan
dan
pementoran
kepada
guru-guru LINUS di sekolah.
Kandungan Program ini menggunakan
PdP berlandaskan kepada
Program
Kurikulum Standard Sekolah
modul yang disediakan.
Rendah (KSSR) dalam
menentukan skop PdP.
Bahan dan i. Murid menggunakan modul i. Guru merancang proses PdP
Instrumen
yang telah dibekalkan.
dengan merujuk kepada
ii. Menggunakan
instrumen
modul pengajaran yang
saringan
yang
terdiri
telah dibekalkan.
daripada 12 konstruk untuk
ii. Instrumen saringan digubal
menetukan
tahap
dan
digunakan
untuk
penguasaan murid dalam
menentukan sama ada
literasi
dan
numerasi.
murid telah menguasai
Instrumen saringan digubal
oleh Lembaga Peperiksaan
asas 2M dalam Bahasa
(LP).
Melayu.
Sumber : (KPM, 2008; Sharifah Nor Puteh dan Juti Ranti,2009; Buku
Panduan dan Pengoperasian Program LINUS, 2011)
Pada awal pelaksanaan program LINUS pada tahun 2009, hanya
dua matapelajaran yang terlibat iaitu Bahasa Malaysia dan Matematik.
Program

ini

dikaji

semula

dan

telah

diperluaskan

skop

dengan

pengenalan program LINUS dalam Bahasa Inggeris (LINUS 2.0) pada


tahun 2013. Menyedari akan kepentingan Bahasa Inggeris terutama
sekali dalam era globalisasi ini, KPM mengambil inistiaf untuk membantu
murid-murid dalam penguasaan asas literasi Bahasa Inggeris melalui
program LINUS 2.0.

Waktu pembelajaran yang diperuntukkan untuk melaksanakan


program ini adalah mengikut waktu yang diperuntukkan dalam KSSR
iaitu

Bahasa

Melayu

360

waktu

dalam

seminggu

bagi

sekolah

kebangsaan dan 300 waktu dalam seminggu bagi sekolah jenis


kebangsaan.

Pengajaran

numerasi

dalam

Matematik

pula

memperuntukkan 180 waktu dalam seminggu bagi sekolah kebangsaan


dan sekolah jenis kebangsaan. Pengajajaran Bahasa Inggeris pula
memperuntukan 300 waktu dalam seminggu bagi sekolah kebangsaan
dan 150 waktu bagi sekolah jenis kebangsaan (KSSR,2011).
Penguasaan

murid-murid

terhadap

literasi

dan

numerasi

berdasarkan kepada penadaarasan Amerika Syarikat dan Canada seperti


yang ditunjukan dalam Jadual 1.2.3 di bawah:
Jadual 1.2.3: Jadual Penandaarasan Penguasaan dalam Literasi
dan Numerasi.
Penand
aarasan
Tahun 1

Tahun 2

Literasi Bahasa
Melayu
Minima 500
perkataan mudah
dan ayat tunggal

Numerasi

i) mengenal nombor
sehingga 20.
ii) Fakta asas untuk
tambah dan tolak.
i) Mengenal nombor
sehingga 100.
ii) Aplikasi tambah dan
tolak.
iii) Fakta asas untuk darab
dan bahagi (2, 5, 10 dan
4).
i) Mengenal nombor
sehingga 1,000.
ii) Aplikasi tambah dan
tolak.
iii) Fakta asas untuk darab
dan bahagi (3, 6, 7, 8,
dan 9).

Minima 800
perkataan mudah
yang selalu
digunakan. Ayat
tunggal dan ayat
majmuk dengan
kata hubung.
Tahun 3
Minima 1000 patah
perkataan mudah.
Ayat tunggal dan
ayat majmuk
dengan
menggunakan kata
hubung dalam
perenggan pendek.
Sumber: (Buku Pengoperasian LINUS 2.0, 2015)

Literasi Bahasa
Inggeris
Minima 200
perkataan
frekuensi tinggi
dan frasa mudah.
Minima 300
perkataan
frekuensi tinggi,
frasa dan ayat
mudah.

Minima 400
perkataan
frekuensi tinggi,
frasa mudah, ayat
mudah dan
perenggan
pendek.

Saringan murid yang dilaksanakan dua kali setahun berdasarkan


kepada dua belas konstruk. Setiap konstruk akan menguji tahap

perkembangan murid. Senarai dua belas konstruk bagi literasi Bahasa


Malaysia, literasi Bahasa Inggeris dan numerasi adalah seperti berikut;
Jadual 1.2.4: Senarai Konstruk LINUS
Konstru
k
1

Bahasa Melayu

Numerasi

Bahasa Inggeris

Keupayaan membaca
(membunyikan)
dan
menulis huruf vokal
dan konsonan.
Keupayaan membaca
(membunyikan)
dan
menulis suku kata
terbuka.
Keupayaan membaca
dan
menulis
perkataan suku kata
terbuka.
Keupayaan membaca
(membunyikan)
dan
menulis suku kata
tertutup.
Keupayaan mambaca
dan
menulis
perkataan suku kata
tertutup.
Keupayaan membaca
dan
menulis
perkataan
yang
mengandungi
suku
kata tertutup ng.
Keupayaan mambaca
dan
menulis
perkataan
yang
mengandungi diftong.

Keupayaan
pranombor dan
mengenal angka.

Keupayaan membaca
dan
menulis
perkataan
yang
mengandungi
vokal
berganding.
Keupayaan membaca
dan
menulis
perkataan
yang
mengandungi digraph

Keupayaan
mengendalikan
operasi
asas
melibatkan
mata
wang Malaysia.
Keupayaan
mengukur panjang
objek, jisim objek
dan isipadu.

Keupayaan
membilang.

Keupayaan
memahami
nombor.

nilai

Keupayaan
membuat seriasi.

Keupayaan
mengenal
mata
wang Malaysia.
Keupayaan
menyatakan
waktu.

Keupayaan
mengendalikan
operasi asas.

10

Able to identify and


distinguish
the
shapes
of
the
alphabet.
Able to associate
sounds with the
letters
of
the
alphabet.
Able
to
blend
phonemes
into
recognisable
words.
Able to segment
words
into
phonemes.
Able to understand
and
use
the
language at word
level.
Able to participate
in
daily
conversations
using appropriate
phrases.
Able to understand
and
use
the
language at phrase
level
in
linear
texts.
Able to understand
and
use
the
language
at
phrases level in
non-linear texts.
Able to read and
understand
sentences
with
guidance.

dan
konsonan
bergabung.
Keupayaan membaca
dan
menulis
10
perkataan
berimbuhan
Sambungan
Jadual 1.2.4 awalan
dan akhiran.
Keupayaan membaca
dan
menulis
ayat
mudah.
11

Keupayaan
menterjemah ayat
biasa kepada ayat
matematik
dan
sebaliknya.
Keupayaan
mengaplikasi
pengetahuan dan
kemahiran dalam
kehidupan harian
terhad
kepada
nombor bulat.
Keupayaan membaca, Keupayaan
memahami
dan mengaplikasi
menulis berdasarkan pengetahuan dan
bahan rangsangan.
kemahiran dalam
12
kehidupan harian
melibatkan
mata
wang, masa dan
ukuran panjang.
Sumber: (Buku Pengoperasian LINUS 2.0, 2015)

1.3

Able to understand
and
use
the
language
at
sentence level in
non-linear texts.
Able to understand
and
use
the
language
at
paragraph level in
linear texts.

Able to construct
sentences
with
guidance.

Pernyataan Masalah Kajian

Program LINUS merupakan salah satu sub dalam NKRA pendidikan


sebagai inisiatif untuk membasmi buta huruf di kalangan masyarakat
Malaysia yang berfokus kepada generasi baru iaitu murid-murid yang
berada di Tahap 1 sekolah rendah dimana program ini mula dilaksanakan
pada tahun 2010. Matlamat utama program LINUS adalah memastikan
semua murid celik literasi dan numerasi selepas tiga tahun mendapat
pendidikan di peringkat rendah kecuali murid yang berkeperluan khas.
Secara hakikatnya, matlamat utama program LINUS ini masih tidak
dapat

dicapai

tetapi

menunjukkan

peningkatan

dari

segi

tahap

penguasaan murid dalam literasi dan numerasi. Pada akhir tahun 2012,
pencapaian LINUS untuk murid-murid tahun satu, tahun dua dan tiga
ditunjukkan dalam Jadual 1.3.1.

11

Jadual 1.3.1: Pencapaian LINUS (Kebangsaan) di Akhir Tahun


2012

Tahun

Menguasai
Tidak
Menguasai

Literasi
Tahun Tahun

Tahun

Numerasi
Tahun Tahun

1
82.14

2
96.31

3
99.84

1
89.82

2
97.76

3
99.92

3.18 %

0.13 %

9.30 %

1.92 %

0.07 %

0.51 %

0.02 %

0.88 %

0.32 %

0.01 %

15.05
%

(K3-K12)
Sambungan Jadual 1.3.1
Tidak
Menguasai

2.81 %

(K1K2)
Sumber : (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM)
Pencapaian LINUS pada tahun 2013, tiga buah negeri yang
mendapat di bawah 96% dalam literasi iaitu Perlis, Kelantan dan Pahang.
Bagi numerasi pula,negeri yang mendapat di bawah 97% ialah Perlis dan
Kelantan (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM). Ini menunjukkan
bahawa masih terdapat segelintir murid yang tidak dapat menguasai
kemahiran literasi dan numerasi. Perkara yang paling membimbangkan
adalah murid yang berada di LINUS tegar iaitu tidak menguasai konstruk
1 dan 2. Murid LINUS tegar bermaksud murid yang tidak mengenal abjad
bagi literasi dan tidak mengenal nombor bagi numerasi.
Pelaksanaan sesuatu dasar sering memerlukan keupayaan dan
kemahiran tertentu yang mana kepelbagaian kemahiran ini boleh
diwujudkan melalui perancangan tenaga kerja yang berkesan (Australia
National Audit Office). Sumber yang sama juga menyatakan bahawa
perkembangan kemahiran bagi setiap tenaga kerja untuk memastikan
mereka

berkebolehan,

tangkas

dan

terlatih

juga

penting

dalam

pelaksanaan sesuatu dasar. Dari aspek pelaksanaan program LINUS dan


berdasarkan kepada strategi pelaksanaan (Rujuk Jadual 1.2.2), tenaga
kerja yang dimaksudkan di sini adalah guru, pentadbir sekolah dan
fasiLINUS yang terlibat secara langsung.

12

UNESCO melaporkan dalam Laporan Pemantauan Global bagi


Pendidikan 2011, seramai 1.9 juta tambahan guru diperlukan untuk
mencapai sasaran supaya semua kanak-kanak mendapat pendidikan
awal di seluruh dunia menjelang tahun 2015. Melalui laporan ini, kita
dapat lihat guru merupakan tenaga kerja yang sangat diperlukan dalam
aspek pendidikan.
Di

mata

masyarakat,

guru

merupakan

orang

yang

bertanggungjawab menyampaikan ilmu dan seterusnya memberi didikan


kepada anak-anak mereka supaya menjadi manusia yang berguna di
masa hadapan. Dalam buku The First-Year Teachers Survival Guide (Julia
G. Thompson, 2007) menyatakan bahawa sesetengah ibu bapa atau
penjaga murid mengharapkan guru dapat membentuk akhlak anak-anak
mereka manakala ibu bapa atau penjaga yang lain tidak mementingkan
pembentukan akhlak tetapi mementingkan pencapaian akademik anakanak mereka. Walau bagaimanapun setiap ibu bapa mengharapkan yang
terbaik untuk anak-anak mereka.
Falsfah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal untuk menjadi
panduan dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta
menjelaskan jenis guru yang diperlukan dalam negara Malaysia. FPG
adalah seperti berikut:
Guru yang berpeketi mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara
suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.
Menurut John Hattie, 2015, kepakaran, inspirasi dan kesungguhan
guru merupakan pengaruh yang sangat besar dalam perkembangan
pembelajaran murid. Oleh yang demikian, KPM telah menyediakan
latihan-latihan pemulihan kepada semua guru sedia ada yang terlibat
dengan program LINUS dan memantapkan kemahiran guru mengenai
kaedah

pengajaran

pemulihan

supaya

guru-guru

mempunyai

pengetahuan dan kepakaran dalam mendidik murid-murid yang lemah.


Pada tahun 2015, seramai 7,750 guru Bahasa Inggeris (BI) Tahun Tiga di

13

Malaysia dan 327 fasiLINUS BI telah mendapat latihan intensif supaya


pencapaian literasi BI meningkat (Utusan Online, 28 Julai 2015).
Pendidikan merupakan sebab utama kejayaan Negara Finland
berubah secara drastik dari industri pertanian secara tradisional kepada
industri inovasi moden yang berasaskan pengetahuan. Pada tahun 1960,
tahap pendidikan rakyat Finland adalah setaraf dengan tahap pendidikan
di Malaysia tetapi pada tahun 2000, Finland telah mengejutkan seluruh
dunia dengan mendapat skor yang tertinggi dalam Programme for
International Student Assessment (PISA) dari aspek literasi, sains dan
matemaik. Pasi Sahlberg, September 2010, menyatakan dalam kajiannya
tentang rahsia kejayaan Finland bahawa guru merupakan penyebab
utama kejayaan Finland di mana semua guru di Finland mempunyai
pengetahuan dan kemahiran secara teori dan praktikal yang seimbang.
Guru yang berkualiti adalah guru yang tahu disiplin kerja mereka,
guru yang boleh melibatkan murid terlibat aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran, mempunyai kaedah-kaedah yang mudah dalam proses
menyampaikan sesuatu pengetahuan, sukakan ilmu dengan belajar
secara berterusan dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap
pencapaian keseluruhan sekolah (Darling-Hammond, 2000). Seorang
guru

harus

mempunyai

pengetahuan

yang

menyeluruh

dalam

menyelaraskan objektif PdP dan pedagogi PdP yang akan dilaksanakan


dalam kelas seperti pengetahuan yang luas dalam matapelajaran yang
diajar, pengetahuan tentang pendekatan pedagogi yang pelbagai dan
pengetahuan tentang aras pembelajaran setiap murid dalam kelas (Cindy
E. Hmelo-Silver & Howard S. Barrows, 2006). Lampert, 2001 pula
menyatakan bahawa guru yang pakar menganggap pengajaran adalah
suatu proses penyelesaian masalah yang bukan hanya membetulkan
kesilapan yang dilakukan oleh murid tetapi mengambil kira dan
memahami idea-idea yang diutarakan oleh murid.
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji sumbangan guru-guru
terhadap

pelaksanaan

program LINUS

manakah sumbangan guru

di

sekolah

rendah.

Sejauh

dapat menjayakan program LINUS dan

seterusnya meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi di kalangan

14

murid-murid. Banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik


murid tetapi faktor yang paling mempengaruhi adalah kepelbagaian
pengajaran yang berkesan oleh guru (John Hattie, 2015).
Selain itu, pengkaji

juga ingin mengkaji tentang sokongan

pentadbir terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah. Guruguru sangat perlukan sokongan pentadbir sekolah (Parker & Shapiro,
1993) dalam segala aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan di sekolah tidak
kira melibatkan murid, ibu bapa atau komuniti sekeliling. Pentadbir
sekolah terdiri daripada Guru Besar (sekolah rendah) atau Pengetua
(sekolah menengah) dan Guru Penolong Kanan (GPK). Setiap sekolah di
Malaysia

mempunyai

tiga

atau

empat

GPK.

Bagi

sekolah

yang

mempunyai satu sesi, terdapat tiga GPK sahaja iaitu GPK Kurikulum, GPK
Hal-Ehwal Murid dan GPK Ko-Kurikulum. Bagi sekolah yang mempunyai
dua sesi, satu GPK tambahan dari sekolah satu sesi iaitu GPK Petang.
GPK yang dilantik di sekolah mempunyai tanggungjawab yang
sama dalam aspek pentadbiran sekolah di bawah pimpinan Guru Besar.
Peranan utama GPK ialah 1) merangka matlamat dan objektif sekolah; 2)
mewujudkan

takwim

sekolah

sepanjang

tahun;

3)

menguruskan

kakitangan dan sumber-sumber sekolah; 4) memantau progress kerja


guru melalui pencerapan; 5) mengawal keadaan sekolah terutama sekali
apabila Guru Besar tidak berada di sekolah atau mempunyai urusan di
luar sekolah (Dfe, 1995, pr.,36).
Kepercayaan penuh dan sokongan padu daripada pihak pentadbir
sekolah kepada guru dalam proses PdP merupakan salah satu motivasi
kepada guru-guru dalam melakukan tugasan harian mereka di sekolah.
Weick, 1985 dan Foster-Fishman, 1997 menyatakan bahawa kepercayaan
dalam sesuatu organisasi membantu mewujudkan hubungan yang baik
antara pekerja dengan pihak atasan dan meningkatkan kesediaan
pekerja tersebut untuk menyokong sebarang perubahan yang berlaku
dalam organisasi tersebut. Sekolah juga merupakan suatu organisasi dan
nilai kepercayaan antara semua individu di sekolah sangat penting dalam

15

mewujudkan

kerjasama

dalam

menggembleng

tenaga

untuk

melaksanakan sebarang dasar baru kerajaan.


Menurut pensyarah University Vanderbilt, Professor Madya Jason
Grissom,

pentadbir

sekolah

seharusnya

memberi

tumpuan

dalam

mewujudkan kerjasama di antara guru-guru bagi memastikan guru-guru


sentiasa bersama-sama dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia
pendidikan kerana kerjasama yang padu dari guru-guru memberikan
kesan positif terhadap PdP dan pencapaian murid (The Journal, 7 Jun
2015). Dari aspek program LINUS, kerjasama satu sekolah untuk
memastikan pelaksanaan program ini berhasil sangat penting. Sebagai
contoh, dalam mesyuarat intervensi program LINUS, pentadbir sekolah
seharusnya terlibat sama supaya guru-guru akan lebih bersemangat
dalam merancang

aktiviti

intervensi dan

pentadbir sekolah

akan

memainkan peranan dalam memastikan guru telah melaksanakan


rancangan aktiviti intervensi itu atau sebaliknya dan meminta laporan
sama ada aktiviti itu memberikan impak positif terhadap perkembangan
murid atau sebaliknya.
Pentadbiran sekolah akan berkesan apabila pentadbir sekolah
sentiasa peka tentang isu-isu pendidikan dalam dan luar negara
(Association of Supervision and Curriculum Development, 1990) dan
mempunyai kemahiran dalam membuat perbincangan dengan semua
lapisan masyarakat (Reihl, 2000; Rusch,1998) serta sentiasa bersedia
dengan sebarang perubahan yang berlaku tidak kira dari segi budaya
sekolah mahu pun perubahan dalam sistem pendidikan (Reihl, 2000).
Satu

hasil

yang

diinginkan

atau

objektif

dapat

dicapai

melalui

pengurusan sumber manusia yang efektif (Boxall & Parcell, 2003; Purcell,
1993; Storey, 1993; Schuler & Jackson, 1987). Pentadbiran sekolah yang
berkesan dan efisien sangat penting kerana memberikan impak pada
pencapaian akademik sekolah dan kepada warga sekolah tidak kira guru,
murid mahu pun masyarakat sekeliling.
Tenaga kerja yang terlibat dalam pelaksanaan program LINUS di
sekolah yang ingin dikaji oleh pengkaji yang seterusnya ialah fasilitator

16

LINUS (FasiLINUS) yang telah diwujudkan di setiap PPD. Peranan


fasiLINUS yang telah digariskan dalam Buku Pengoperasian LINUS 2.0,
2015 adalah seperti yang berikut:
i.

Bertindak sebagai fasilitator.

ii.

Koordinator LINUS 2.0 di daerah dan negeri.

iii.

Membimbing dan membantu pentadbir sekolah, guru dan murid.

iv.

Melaksanakan latihan berterusan kepada guru.

v.

Merancang dan melaksanakan program sokongan, pemulihan dan


intervensi pendidikan kepada guru dan murid.
Telah banyak kajian yang telah dilaksanakan dan mendapati

bahawa fasilitator yang diwujudkan dalam sesuatu organisasi amat


membantu dalam pelaksanaan sesuatu program untuk mencapai objektif
yang ingin dicapai. Oleh itu, tindakan KPM untuk melantik dan
mewujudkan pegawai FasiLINUS di setiap daerah adalah relevan. Dalam
kajian ini, pengkaji ingin mengkaji sejauh mana FasiLINUS memainkan
peranan dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah.
Fasilitator adalah orang yang menyediakan sumber dan peluang
untuk belajar tetapi tidak terlibat dalam menguruskan atau mengawal
proses pembelajaran itu sendiri (Rogers, 1977; Prokopenko, 1998, p.272).
Bagi FasiLINUS, mereka tidak telibat secara langsung dalam proses PdP
dalam kelas tetapi mereka menyediakan sumber-sumber atau bahan
bantu mengajar yang boleh diguna oleh guru-guru dalam PdP untuk
membantu murid-murid lemah. Tugas FasiLINUS yang telah digariskan
oleh KPM juga tidak menyatakan FasiLINUS terlibat dalam PdP dalam
kelas tetapi hanya memberi bimbingan kepada pentadbir sekolah, guru
dan murid apabila saringan LINUS dilaksanakan.
Analisis sosio-budaya menunjukkan bahawa fasilitator mempunyai
peranan yang penting dalam mewujudkan budaya di mana ahli pasukan
berusaha untuk mencapai kata sepakat, mengesahkan idea antara satu
sama lain dan mewujudkan norma atau kebiasaan (Palincsar, 1999)
dengan mengwujudkan persekitaran yang berkongsi pengetahuan di
mana

setiap

ahli

pasukan

digalakkan

untuk

merancang

dan

melaksanakan sesuatu penyelesaian masalah (Christina Macneil, 2001)


17

berdasarkan masalah yang mereka hadapi. Dalam konteks FasiLINUS,


mereka diharapkan untuk membantu guru-guru LINUS bekerjasama
untuk merancang dan melaksana tindakan susulan bagi murid-murid
yang tidak melepasi saringan LINUS.
Tidak dinafikan bahawa sebuah organisasi kadang-kadang tidak
menyedari punca utama masalah yang timbul dalam organisasi tersebut.
Kehadiran fasilitator dalam organisasi akan membantu merungkai
permasalahan yang dihadapi. Begitu juga dengan guru-guru yang
menghadapi masalah yang sama iaitu tidak menyedari akan kelemahan
PdP yang dijalankan di dalam kelas. Kehadiran FasiLINUS memantau
pelaksanaan program LINUS di sekolah, di harapkan dapat membantu
guru-guru mengenal pasti punca utama masalah dalam melaksanakan
saringan LINUS dalam kelas dan membantu guru-guru membuat refleksi
tentang PdP yang telah dirancang untuk mengajar murid-murid LINUS.
Kognitif

mendapati

bahawa

fasilitator

membantu

mewujudkan

pendekatan terancang dan bersepadu untuk penakulaan masalah


(Frederiksen, 1999) dengan membuat refleksi diri dan mengubah cara
mereka

berfikir

untuk

meningkatkan

tahap

keberkesanan

(Roger

Schwarz, 2002).
Tiga faktor yang menyumbangkan kepada keberkesanan fasilitator
iaitu pengetahuan yang sesuai berdasarkan topik atau bidang yang
diceburi, kesanggupan untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran
dan kemahiran komunikasi yang baik ( Schmidt & Mousts, 2000, p.47) di
mana kebolehan berkomunikasi yang baik dan bersoal jawab akan
merangsang pembelajaran melalui permodelan dan bimbingan (Cindy
E.Hmelo-Silver & Howard S. Barrows, 2006). Oleh itu, KPM telah
menyediakan latihan dan kursus untuk semua pegawai FasiLINUS yang
telah dilantik bagi memnatapkan pengetahuan dan kemahiran mereka
supaya mereka dapat bertindak secara efektif dalam melaksanakan
tugas

mereka

sebagai

FasiLINUS

di

sekolah

yang

mereka

dipertanggungjawabkan kerana menurut Roger Schwarz, 2002, tindakan


fasilitator yang tidak efektif akan menyebabkan ahli dalam pasukan
bertindak secara tidak efektif juga.

18

Selain itu, FasiLINUS juga harus tahu cara pendekatan yang sesuai
untuk setiap guru dan murid yang berbeza untuk memastikan bimbingan
yang diberikan adalah sesuai atau pun sebaliknya. Menurut Sheenan dan
Kearns, 1996, fasilitator harus menggunakan pendekatan yang pelbagai
berdasarkan penilaian terhadap keperluan setiap individu atau pasukan
pada masa tertentu kerana pendekatan dan kemahiran yang pelbagai
akan

menggabungkan

tahap

individu

yang

berbeza

dari

segi

pengetahuan, proses pembelajaran dan bimbingan yang sesuai (Van


Maurick, 1994).
Secara kesimpulannya, kajian ini dijalankan untuk mengkaji
peranan FasiLINUS, sokongan yang diberikan oleh pentadbir sekolah dan
sumbangan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah.

1.4

Objektif Kajian

Setiap kajian yang dilaksanakan harus mempunyai objektif yang ingin


dikaji. Objektif bagi kajian ini adalah seperti yang berikut:
1.4.1 Mengenal pasti perbezaan skor min pelaksanaan program
LINUS di sekolah berdasarkan faktor demografi di kalangan
guru-guru.
1.4.2 Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara aspek
peranan pegawai FasiLINUS terhadap pelaksanaan program
LINUS di sekolah.
1.4.3 Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara aspek
sokongan pentadbir sekolah terhadap pelaksanaan program
LINUS di sekolah.
1.4.4 Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara aspek
sumbangan guru LINUS dengan pelaksanaan program LINUS
di sekolah.

19

1.4.5 Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara aspek


kerjasama FasiLINUS, pentadbir sekolah dan guru terhadap
pelaksanaan program LINUS di sekolah.

1.5

Persoalan Kajian

Persoalan yang sering kali menjadi perbualan guru-guru di masa kini


mengenai dasar-dasar baru yang diimplementasikan oleh KPM dan salah
satunya tentang pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah yang
telah diimplementasikan sejak tahun 2010 hingga sekarang. Berdasarkan
KPI yang diberikan oleh KPM iaitu semua murid menguasai kemahiran
literasi dan numerasi selepas tiga tahun mendapat pendidikan awal di
sekolah kecuali murid yang berkeperluan khas belum dapat dicapai,
pengkaji berasa perlunya menjalankan kajian dengan mengambil kira
aspek peranan pegawai FasiLINUS yang dilantik di setiap daerah,
sokongan

pentadbir

dan

sumbangan

guru

terhadap

pelaksanaan

program LINUS di sekolah rendah. Persoalan kajian yang ditimbulkan


antarannya ialah:
1.5.1 Adakah

faktor

demografi

di

kalangan

guru-guru

LINUS

mempengaruhi pelaksanaan progam LINUS di sekolah?


1.5.2 Adakah

terdapat

hubungan

antara

aspek

peranan

pegawai

FasiLINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah?


1.5.3 Adakah terdapat hubungan antara aspek sokongan pentadbir
sekolah terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah?
1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara aspek sumbangan guru LINUS
terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah?
1.5.5 Adakah terdapat hubungan antara aspek kerjasama pegawai
FasiLinus, pentadbir sekolah dan guru LINUS terhadap pelaksanaan
program LINUS di sekolah.
Pengkaji berharap agar hasil kajian ini memberi manfaat kepada
semua pihak yang telibat dalam pelaksanaan program LINUS untuk
mencapai KPI KPM agar murid-murid mampu menguasai kemahiran asas

20

dan seterusnya dapat menaikkan pencapaian murid dalam bidang


akademik.

1.6

Hipotesis Kajian

H01

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pelaksanaan


program LINUS di sekolah berdasarkan jantina guru.

H02

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pelaksanaan


program LINUS di sekolah berdasarkan opsyen guru.

H03

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pelaksanaan


program LINUS di sekolah berdasarkan kelayakan akademik guru.

H04

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pelaksanaan


program LINUS di sekolah berdasarkan pengalaman mengajar
guru.

H05

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pelaksanaan


program LINUS di sekolah berdasarkan jenis sekolah.

H06

Terdapat hubungan yang signifikan antara aspek peranan pegawai


FasiLINUS terhadap pelaksanaann program LINUS di sekolah.

H07

Terdapat

hubungan

yang

signifikan

antara

aspek

sokongan

pentadbir sekolah terhadap pelaksanaann program LINUS di


sekolah.
H08

Terdapat hubungan yang signifikan antara aspek sumbangan guru


LINUS terhadap pelaksanaann program LINUS di sekolah.

H09

Terdapat hubungan yang signifikan antara aspek kerjasama


pegawai

FasiLINUS,

pentadbir

sekolah

pelaksanaann program LINUS di sekolah.

1.7

Kepentingan Kajian

21

dan

guru

terhadap

Sejak dulu lagi telah banyak program yang telah dilaksanakan oleh KPM
di sekolah untuk memastikan semua murid di Malaysia dapat menguasai
kemahiran asas iaitu literasi dan numerasi (rujuk jadual 1.2.1) namun
sehingga kini isu tentang penguasaan kemahiran asas ini masih belum
dapat direalisasikan. Program LINUS telah dilaksanakan pada tahun 2010
(LINUS 1.0) dan ditambahbaik pada tahun 2013 dengan penambahan
mata pelajaran Bahasa Inggeris (LINUS 2.0).
Kepentingan kajian ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak
sumbangan dan maklumat yang bermanfaat kepada semua pihak yang
telibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program
LINUS di sekolah. Kajian ini juga menambahkan koleksi kajian tentang
program LINUS untuk dijadikan rujukan ilmiah. Dari aspek amalan, kajian
ini penting dijalankan bagi memahami secara terperinci akan tugas
setiap pelaksana yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program
LINUS di sekolah.
Pelaksanaan program LINUS melibatkan kos yang tinggi, masa
yang banyak, tenaga dan kepakaran. Tapi sehingga kini KPI program
LINUS

masih

tidak

tercapai.

Oleh

itu

kajian

ini

penting

untuk

mendapatkan maklum balas pelaksana utama program LINUS iaitu guru


sama ada program LINUS wajar dan relevan dijalankan di sekolah atau
sebaliknya atau harus ditambahbaik. Melalui kajian ini, penggubal
program LINUS akan dapat mengambil tindakan yang seterusnya
berkaitan dengan pelaksanaan program LINUS.
Selain itu, kajin ini berguna bagi pelajar di peringkat Institut
Pengajian Guru Malaysia (IPGM) atau Institut

Pengajian Tinggi Awam

atau Swasta (IPTA/S) yang mengambil bidang dalam pendidikan supaya


mendapat gambaran awal tentang pelaksanaan program LINUS dan
dapat bersedia lebih awal tentang pendekatan yang digunakan dalam
kelas kelak untuk menangani murid yang lemah. Mereka juga boleh
menjadikan kajian ini sebagai sumber rujukan dalam tugasan mereka.
Kajian

ini

juga

berguna

kepada

pegawai

FasiLINUS

untuk

mengetahui pandangan guru tentang peranan mereka di sekolah sama


ada memberikan impak yang positif atau sebaliknya dan kaedah
22

pendekatan yang mereka gunakan di sesebuah sekolah relevan atau pun


tidak. Melalui dapatan kajian ini nanti, FasiLINUS boleh membuat refleksi
tentang peranan mereka dan kaedah yang mereka gunakan supaya lebih
berkesan di masa akan datang.
Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan sebagai asas dan petunjuk
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu bagi menjalankan sesuatu
program atau dasar baru di sekolah kerana pandangan pelaksanan
utama harus dititik beratkan sebelum sesuatu program atau dasar baru
diimplementasikan.
mendatangkan

hasil

Sesuatu
yang

dasar
positif

atau
sekiranya

program

baru

pelaksana

akan

diberikan

kefahaman yang mendalam akan cara pelaksanaan.

1.8

Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu, Sabah yang
merangkumi sekolah kebangsaan (SK) sebanyak 43 buah sekolah,
sekolah jenis kebangsaan (SJK) sebanyak 8 buah sekolah dan sekolah
mubaligh (M) sebanyak 5 buah sekolah. Responden bagi kajian ini adalah
guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan
Matematik di tahap satu (guru LINUS) untuk mengkaji kelima-lima
objektif kajian.

1.9

Definisi Operasional

1.9.1 Pelaksanaan
Menurut Lorin dan David R. Krathwohl, 2008, pelaksanaan bermaksud
penggunaan abstrak dalam keadaan nyata yang berupa idea, kaedahkaedah, prosedur dan kaedah yang bersifat universal. Manakala Nordin,
2002, mendefinisikan pelaksanaan adalah berkisar tentang aktiviti,
tindakan, aksi atau mekanisme yang mempunyai sistem. Maksud lain
pelaksanaan adalah suatu proses untuk melaksanakan dasar menjadi
tindakan (Hanifah Horsono, 2002).
Dalam kajian ini, pelaksanaan membawa maksud suatu kaedah
yang digubal oleh KPM untuk membantu semua murid tahap satu

23

menguasai

kemahiran

asas

iaitu

kemahiran

3M

kecuali

murid

berkeprluan khas dan dijalankan di sekolah rendah.

1.9.2 Program
Menurut

Kamus

Pelajar

edisi

kedua,

program

adalah

rancangan

mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu. Dalam kajian ini,


program adalah suatu tindakan yang diambil berlandaskan NKRA
pendidikan iaitu menjalankan saringan membaca dan menulis kepada
semua murid tahap satu sebanyak dua kali setahun.
1.9.3 LINUS
LINUS adalah singkatan bagi Literacy & Numeracy Screening. LINUS ialah
satu program intervensi yang dirangka untuk memastikan murid
mendapat asas literasi (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) dan asas
numerasi (Matematik) di sekolah rendah. Sasaran utama program ini
adalah murid tahap satu yang belum menguasai kemahiran 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira (NKRA Pendidikan, 2010)
1.9.4 Literasi
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, literasi bermaksud kebolehan
menulis dan membaca. Dengan kata lain, literasi adalah celik huruf.
Dalam kajian ini, literasi bermaksud keupayaan murid untuk membaca,
menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk serta
mengaplikasikan

pengetahuan

tersebut

dalam

pembelajaran

dan

komunikasi harian.
1.9.5 Numerasi
Dalam kajian ini, numerasi bermaksud keupayaan murid menyelesaikan
operasi asas matemtik serta memahami idea matemaik yang mudah dan
mengaplikasikan

pengetahuan

serta

kehidupan harian.
1.9.6 Sekolah Rendah

24

kemahiran

tersebut

dalam

Sekolah rendah adalah tempat kanak-kanak yang berumur 7 tahun


hingga 12 tahun mendapat pendidikan awal atau pendidikan rendah.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran yang
wajib di sekolah rendah. Di Malaysia, sekolah rendah dibahagikan kepada
dua iaitu Sekolah Kebangasaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Keduadua jenis sekolah rendah ini mempunyai kurikulum yang sama tetapi
bahasa pengantara yang digunakan di sekolah berbeza. Bagi Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Melayu adalah bahasa pengantara. Manakala
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, bahasa pengantara yang digunakan ialah
Bahasa

Mandarin

dan

Sekolah

Jenis

Kebangsaan

Tamil

pula

menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantara di sekolah.


Pada akhir sekolah rendah, semua murid akan menduduki
peperiksaan awam iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk
menilai prestasi murid-murid sepanjang mereka mendapat pendidikan
rendah di sekolah rendah. Murid-murid yang telah menduduki UPSR akan
dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.
1.9.7 Murid Tahap Satu
Dalam kajian ini, murid tahap satu bermaksud kanak-kanak yang
berumur dari 7 tahun hingga 9 tahun dan sedang mengikuti sesi
persekolahan di mana-mana sekolah rendah di Malaysia. Murid tahap
satu merangkumi murid yang berada di Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
dan wajib mengikuti program LINUS.
1.9.8 Murid LINUS
Dalam kajian ini, murid LINUS bermaksud murid-murid yang berada di
tahap satu dan belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Seseorang murid akan dikategorikan sebagai murid LINUS
apabalia tidak dapat melepasi 12 konstruk semasa saringan LINUS
dijalankan.
1.9.9 Pegawai FasiLINUS
Dalam kajian ini, pegawai FasiLINUS bermaksud indvidu yang dilantik
untuk membantu pihak sekolah dalam merangka tindakan susulan
berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam pengurusan instraksional,

25

mencerap dan membimbing pelaksanaan PdP LINUS di sekolah dan


membantu pelaksanaan LINUS dari segi sistem fail, pentadbiran saringan
serta media PdP.
Selain itu FasiLINUS ini juga dilantik untuk mengumpul dan
menganalisis data yang berkaitan dengan program LINUS, membantu
guru Pemulihan Khas untuk menempatkan murid berkeperluan khas di
kelas Pemulihan Khas, membantu dan memberi khidmat nasihat atau
cadangan kepada pihak sekolah untuk menyediakan pelan tindakan
LINUS dan menetapkan KPI setiap kali saringan dijalankan berdasarkan
Jadual Sasaran Pengulangan Bilangan Murid LINUS (Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, KPM).
1.9.10

Pentadbir Sekolah

Dalam kajian ini, pentadbir sekolah terdiri daripada Guru Besar dan
semua Guru Penolong Kanan yang terlibat secara langsung dalam
mengurus dan mentadbir sekolah.
1.10 Kerangka Konseptual Kajian

peranan FasiLINUS
Pelaksanaan Program
LINUS di Sekolah

sokongan pentadbir sekolah

sumbangan guru LINUS

Rajah 1.10: Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan Rajah 1.10, dua jenis pemboleh ubah yang terlibat dalam
kajian ini iaitu pemboleh ubah bersandar (DV) dan pemboleh ubah bebas
(IV). DV untuk kajian ini adalah pelaksanaan program LINUS di sekolah
dan pengkaji mengambil tiga IV untuk kajian ini iaitu peranan FasiLINUS,
sokongan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS.

26

1.11 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pelaksanaan program-program di sekolah untuk
memastikan murid-murid menguasai sesuatu kemahiran amat penting.
Kemahiran yang dikuasai oleh murid akan menjadi satu aset kepada
mereka apabila berdepan dengan dunia pekerjaan kelak. Oleh yang
demikian insiatif KPM untuk memastikan semua murid menguasai
kemahiran asas

iaitu membaca, menulis dan mengira adalah satu

insiatif yang baik dan relevan kerana tanpa kemahiran asas ini muridmurid akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran beraras
lebih tinggi. Isu penguasaan kemahiran asas ini hangat diperkatakan di
seluruh dunia. Ini menunujukkan kemahiran asas sangat penting bagi
seseorang

individu.

Negara

Malaysia

ingin

meningkatkan

taraf

pendidikan agar setaraf dengan pendidikan antarabangsa dan untuk


mencapai matlamat ini kadar buta huruf di Malaysia harus dibasmi
terlebih dahulu. Untuk membasmi buta huruf tabiat suka membaca harus
diterapkan sejak dari kecil lagi. Tabiat suka membaca di kalangan rakyat
akan memberikan impak besar kepada negara bukan sahaja dari segi
pendidikan malahan dari segi ekonomi negara.

27

Anda mungkin juga menyukai