Anda di halaman 1dari 7

Tajuk :Tahap Kebolehbacaan Dalam Kalangan Murid Orang Asli (Program Pemulihan) Di Sekolah

Kebangsaan RPS Dala (Perak) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14 Tapah (Perak).

PENGENALAN

Perkembangan membaca dalam kalangan kanak-kanak sangat penting dalam membantu mereka
meningkatkan pengetahuan di dalam pelajaran. Asas pengetahuan dan kemahiran membaca dapat
membantu kanak-kanak untuk cepat belajar dan memahami sesuatu pelajaran yang telah dipelajari di
sekolah. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mencapai taraf negara maju dan memiliki tenaga kerja
professional, kemahiran membaca menjadi aspek penting dalam perkembangan ini. Menurut Juriah
Long, (1990) membaca didefinisikan kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan juga
hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut.
Oleh itu, penguasaan membaca di kalangan kanak-kanak ini sangat penting kerana apabila mereka
sudah menguasai kemahiran membaca, maka mereka dengan mudah boleh memahami dan membaca
setiap ayat yang dipaparkan kepada mereka. Hal ini kerana apabila seseorang kanak-kanak telah
dapat menguasai kemahiran membaca maka mereka juga akan dapat menguasai kemahiran menulis
pada peringkat seterusnya dengan lebih mudah. Oleh itu, pemindahan maklumat ke dalam otak akan
menjadi lebih cepat. Begitu juga dengan usaha kerajaan yang amat berharap agar semua rakyat
Malaysia dapat meningkatkan kualiti hidup mereka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka
termasuklah golongan masyarakat orang asli di negara kita.
Penekanan perlu diberikan terhadap golongan anak orang asli kerana tahap kesedaran ibu bapa orang
asli terhadap pelajaran anak mereka sangat kurang. Oleh itu, pemantauan terhadap modul-modul ini
penting kerana kita dapat mengenalpasti modul yang sesuai digunakan kepada pelajar yang
mempunyai berlainan aras pengetahuan serta kefahaman. Hal ini kerana walaupun di zaman yang
serba canggih ini terutama dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, masih terdapat di
kalangan pelajar sekolah rendah yang masih belum menguasai kemahiran membaca. Perkembangan
kurang baik ini kerana penguasaan terhadap kemahiran membaca sangat penting dalam membantu
pelajar belajar dan memahami setiap ilmu yang dipelajari di sekolah.
Statistik dalam artikel Utusan Malaysia (Julai, 2007) menunjukkan terdapat 34.31 peratus atau 1,322
daripada 3,853 pelajar Orang Asli yang tamat tahun enam gagal untuk menyambungkan pelajaran ke
tingkatan satu. Perkara ini jelas menunjukkan penyertaan dan pencapaian pelajar Orang Asli masih
belum boleh dibanggakan. Oleh itu, langkah untuk menguncupkan jurang pendidikan yang masih
ketara akan tercapai dengan menyediakan kaedah pembelajarn yang sesuai serta keperluan asas
secara berterusan. Sesuai dengan misi dan visi kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun
2020 dan menjadikan rakyatnya mempunyai modal insan berpengetahuan maka kita perlu
memastikan setiap golongan masyarakat di Malaysia mendapat pendidikan yang sewajarnya.

PERNYATAAN MASALAH

Adalah menjadi visi dan misi 2020 untuk menghasilkan modal insan berpengetahuan,
berketrampilan dan berarah kendiri. Menyedari perkara tersebut, Kementerian Pelajaran telah
melancarkan Pelan Induk Pendidikan (PIPP) yang bertujuan memperkasakan pendidikan di semua
peringkat termasuk pendidikan sekolah rendah dalam usaha menghasilkan modal insan yang
kompetetif dalam pasaran tenaga kerja bertaraf dunia. Dalam usaha membantu guru menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah dan sekolah rendah, terdapat banyak modul
membaca, menulis, mengira terdapat dalam pasaran. Perkembangan ini adalah menggalakkan untuk
perkembangan ilmu tetapi perlu ada pemantauan dan kajian tentang keberkesanannya.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat pencapaian kanak-kanak Orang Asli dalam
kemahiran membaca. Kajian ini akan mengenalpasti sejauh mana penguasaan yang telah dicapai oleh
kanak-kanak tersebut, serta mempraktikkan modul yang telah disediakan oleh pihak UPSI bagi
melihat pencapaian murid selepas penggunaan modul tersebut di tiga buah negeri iaitu Perak,
Kelantan dan Pahang telah dipilih bagi melaksanakan kajian ini yang mana responden merupakan
suku kaum Orang Asli iaitu kanak-kanak dalam masyarakat tersebut.
Disamping itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana tahap kebolehbacaan dalam kalangan anak
Orang Asli. Hal ini demikian, keadaan tempat tinggal mereka serta kemudahan prasarana sekolah
yang kurang menyebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang perkembangan teknologi
terkini sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan. Oleh yang demikian, kajian ini akan
melibatkan kajian di SK Brinchang, Cameron Highland , Pahang. Kajian ini juga akan melihat
sejauh mana penguasaan anak Orang Asli dalam pendidikan terutama dalam kemahiran
membaca dan menulis Bahasa Melayu. Hal ini kerana, penguasaan kemahiran membaca dan
menulis sangat penting kepada kanak-kanak sebelum mereka melangkah masuk ke sekolah
menengah. Selain itu juga, apabila murid-murid ini sudah dapat menguasai kemahiran tersebut,
mereka akan mudah untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru dengan mudah.

Epstein (1986), dari 1,259 ibu bapa di Maryland 18% menyatakan mereka tidak menerima
sebarang surat pemberitahuan dari sekolah, 35% menyatakan bahawa tiada perjumpaan antara
ibu bapa dan guru, 60% tidak pernah berbincang dengan guru melalui telefon kerana semua
laporan maklumat dihantar melalui pos ke rumah ibu bapa kanak-kanak. Kebanyakan aktiviti
adalah sehala iaitu dari sekolah ke rumah. Tiada kerjasama yang nyata yang dapat terjalin di
antara pihak sekolah dan ibu bapa sama ada dari segi perancangan aktiviti serta komunikasi dua
hala. Elizabeth Fraser (1959) dalam buku beliau yang bertajuk “Home Environment and School”
telah menerangkan hubungan yang amat signifikan antara taraf pendidikan ibu bapa dengan
pencapaian akademik anak mereka. Ini menjurus kepada situasi persekitaran yang berlaku dalam
keluarga itu sendiri yang mendorong kepada kehendak kanak-kanak belajar dan cemerlang
dalam akademik. Menurut Fraser, andainya dibandingkan antara dua orang kanak-kanak yang
mempunyai kecerdasan yang hampir sama tetapi berbeza dari segi taraf pendidikan, pendidikan
yang lebih tinggi akan memperolehi pencapaian yang lebih baik. Contohnya ibu bapa yang
membentuk sikap positif terhadap anak-anak mereka menunjukkan kejayaan yang lebih baik
berbanding dengan ibu bapa yang tidak memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutama
dalam bidang pelajaran. Begitu juga dengan sikap, dorongan, minat serta hubungan yang
diberikan akan meningkatkan lagi prestasi akademik anak-anak mereka (dalam Hazil, 1990).

TINJAUN LITERATURE

Tinjauan literatur ini dengan teori budaya kemiskinan persekitaran kekeluargaan, gaya pengajaran
guru dan pengaruh rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan pencapaian murid terutama
dalam kemahiran membaca.
Khamis Maarof (1984) dalam Lee Chong Eng (1988), satu percubaan untuk mengukur kebolehan
membaca murid-murid diperingkat darjah 2 (Tahap 1) ialah;
1. Murid-murid yang telah membaca ayat dengan baik adalah terdiri daripada murid-murid yang
telah dapat kuasai kemahiran-kemahiran mengenal bentuk-bentuk huruf, bunyikan huruf-huruf
vokal dan beberapa huruf konsonan, baca secara lepas serta berpandu dan mengesan suku kata-
suku kata dalam perkataan.
2. Kebolehan dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas adalah lebih kurang sama dan tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara murid-murid sekolah kebangsaan yang terletak
di bandar dengan murid-murid sekolah diluar bandar.
3. Latar belakang sosio ekonomi murid tidak memperlihatkn pengaruh yang signifikan dalam
pencapaian murid-murid pada peringkat darjah 2 ini kecuali jantina. Terdapat perbezaan yang
penting antara pencapaian murid-murid lelaki dengan pencapaian murid-murid perempuan
adalah lebih tinggi.
4. Kemahiran-kemahiran asas bacaan lisan iaitu menamakan huruf-huruf abjab besar dan kecil,
membaca dan membunyikan suku kata-suku kata, membaca dan membunyikan suku kata-suku
kata dalam perkataan, membaca terus perkataan dan ayat tanpa mengeja dengan bersuara dan
seterusnya, menjawab soalan kefahaman mempunyai hubungan yang rapat.
5. Berdasarkan kemahiran-kemahiran asas di dalam ujian-ujian, terdapat 3 faktor yang
memperlihatkan kelompok-kelompok kemahiran yang saling menyokong.
I. Faktor berstrukturkan suku kata dan perkataan.
II. Faktor berstrukturkan huruf-huruf abjab.
III. Faktor berstrukturkan gambar

Menurut Colin Nicholas (July 2006), “To illustrate the point, I can cite the case of the Semai
community in Woh, Tapah whre prior to 1993 no Orang Asli went to school from that area.
However, a parent then was very keen for his child to attend school and asked the JHEOA to help
with transport. The JHEOA agreed on the condition that there be more students in order to justify
the cost of hiring a school van monthly. With this assurance, 18 children began school within a
month. Clearly it was not a case of the „poor attitude‟ of the parents towards education.”
Berdasarkan kenyataan Colin tadi, nyata bahawa masalah kemiskinan telah menyebabkan ramai
dalam kalangan anak-anak Orang Asli yang ketinggalan dalam pendidikan. Ini bukan merupakan satu
fenomena yang biasa, tetapi kita perlu berusaha membantu agar anak-anak Orang Asli ini terbela dan
mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak yang lain, serta mampu mengubah kehidupan
mereka menjadi lebih baik di masa akan datang. Newman (1995) pula melihat kewujudan budaya
kemiskinan sukar dihapuskan. Hal ini kerana, jalan hidup sebegini mempunyai penerusannya.
Kanak-kanak yang berumur enam atau tujuh tahun, kebanyakan akan menyerap nilai dan tingkah
laku asas daripada subbudaya yang berkaitan dengan kemiskinan. Newman (1995) berpendapat
bahawa kita boleh bawa keluar kanak-kanak dari kawasan setinggan tetapi kita tidak boleh membawa
keluar sifat setinggan yang ada pada kanak-kanak itu.
Keluarga ialah satu-satunya agensi sosial yang terpenting dalam sesebuah masyarakat. Hal ini
kerana, keluarga mempunyai tanggungjawab memberikan kanak-kanak pengalaman ketika peringkat
kanak-kanak. Di rumahlah kanak-kanak mula menerima norma dan nilai budaya yang diamalkan
dalam sesebuah masyarakat. Apabila kanak-kanak itu masuk ke sekolah mereka menjalani proses
asosialisasi berdasarkan pengalaman mereka semasa di rumah. Sejauh manakah kanak-kanak ini
dapat menerima nilai-nilai sekolah dan mudah diasosialisasikan ke dalamnya, bergantung kepada apa
yang telah mereka alami di rumah.
Tinjauan literature atas hubungan persekitaran keluarga dengan pencapaian murid dibuat oleh
beberapa kajian seperti Clark (1994) dan Fatanah (1997) menunjukkan bahawa persekitaran keluarga
mempunyai hubungan dengan pencapaian murid.Berdasarkan pernyataan di atas, peranan
persekitaran keluarga amat mempengaruhi prestasi pembelajaran kanak-kanak itu. Sekiranya ibu
bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku maka mereka akan lebih terdorong untuk
meminati dalam pelajaran dan begitulah sebaliknya.
Menurut Colin Nicholas (July 2006), “However, merely attending school is not fully indicative of
educational attainment. Pass rates among Orang Asli schoolchildren have not been too
encouraging, though it has been increasing over the years. For example, Lim (1997:45) comments
that, the percentage of passes among Orang Asli schoolchildren taking the SRP (Primary 6) exam in
1990-1992 was between 43 to 59 per cent, compared to 69 to 78 per cent at the national level.
Similarly, for the 1993-1995 period, the proportion of Orang Asli passing the SPM (Secondary 5)
exams was 51 to 54 per cent, compared to 66-67 per cent nationally. While the pass rate is expected
to the higher in recent years, it is not expected to be significantly higher since many Orang Asli
students would have dropped out prior to these public examinations.” Berdasarkan maklumat di atas,
akibat kurangnya kesedaran terhadap Pendidikan, maka anak-anak orang asli tidak mementingkan
pendidikan sebagai jalan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Akibat tidak mahu keluar daripada
penempatan masyarakat mereka, dan lebih berminat dengan kerja-kerja kampung menyebabkan
anak-anak muda masyarakat Orang Asli tidak mementingkan pelajaran mereka.
Menurut Rozumah, Rohani dan Yew (1996), telah menjalankan kajian untuk menentukan perkaitan
antara status sosio ekonomi, persekitaran rumah dan prestasi mental kanak-kanak prasekolah.
Responden dari kajian ini terdiri daripada 34 orang kanak-kanak berumur 6 tahun (17 Cina, 17
Melayu) dari sebuah tadika Cina dan sebuah tadika Melayu di Kampung Haji Ismail, Bagan Serai
Perak. Kajian ini telah mengukur persekitaran rumah dengan menggunakan Inventori HOME
manakala prestasi mental kanak-kanak telah diukur dengan menggunakan Weshler Intelligence Scale
Faor Children dan „Gooenough Draw-a-man Test.‟ Hasil kajian mendapati pendidikan ibu bapa,
pendapatan keluarga dan saiz keluarga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan HOME.
Pendapatan keluarga juga mempunyai perkaitan yang positif dengan skor mental kanak-kanak
manakala saiz keluarga menunjukkan perkaitan yang negatif. Kolerasi yang signifikan telah didapati
antara kualiti persekitaran rumah dan skor mental kanak-kanak. Berdasarkan hasil kajian pengkaji-
pengkaji ini telah menyimpulkan bahawa kebolehan mental kanak-kanak mempunyai hubungan
dengan persekitaran rumah. Persekitaran rumah menyediakan persekitaran untuk pembelajaran
peringkat awal kanak-kanak sebelum mereka di hantar ke sekolah. Kajian juga mendapati status
sosio ekonomi mempunyai hubugan secara langsung dengan persekitaran rumah dan secara tidak
langsung dengan kebolehan mental kanak-kanak. Dalam kajian Raden, William dan Coggins (1993)
mendapati ibu bapa banyak berinteraksi secara dua hala dengan anak-anak dapat memberikan
ransangan, galakan dan juga menjalin hubungan kasih sayang serta kemesraan dengan anak-anak.
Melalui hubungan mesra ini, anak-anak akan merasa selamat, dipunyai, dihargai dan dikasihi.
Sebaliknya bagi keluarga yang mempunyai taraf sosio ekonomi yang rendah, ibu bapa didapati
kurang sekali mempengaruhi perkembangan sosio psikologi kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan
seramai 1379 orang pelajar berumur 11 hingga 17 tahun dari keluarga yang berpendapatan rendah
bersikap negatif terhadap sekolah dan pencapaian akademik mereka berada di tahap rendah.

TUJUAN DAN OBJEKTIF

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan membaca dalam kalangan murid –murid
Orang Asli suku Semai di sekolah rendah . Selain itu, kajian juga dijalankan untuk mendapatkan
perbendaharaan kata Orang Asli kaum Semai untuk dimasukkan dalam modul dan kamus yang akan
dibina. Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk membina satu modul membaca yang sesuai
untuk mengajar kanak-kanak Orang Asli yang lemah dalam membaca ini dan juga kamus Melayu-
Semai.
Objektif khusus kajian ini adalah untuk:
1. Mengkaji sejauh mana penguasaan dalam kebolehbacaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-
murid Orang Asli kaum Semai di sekolah rendah.
2. Mengkaji kebolehsuaian modul-modul membaca Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru-guru
dalam pengajaran murid-murid Orang Asli kaum Semai di sekolah rendah.
3. Membina modul membaca alternatif untuk Orang Asli kaum Semai

Anda mungkin juga menyukai