Anda di halaman 1dari 56

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tentang tahap penguasaan membaca di kalangan murid-murid prasekolah.Sekolah yang dipilih adalah Prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, 82000 Pontian, Johor.Seramai 25 orang murid telah dipilih dalam menjalankan kajian ini.Pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif sewaktu mentadbir kajian ini.Instrumen yang telah digunakan adalah ujian membaca dan diuji kepada murid prasekolah serta soal selidik yang diberikan kepada guru dan ibu bapa murid-murid tersebut.Tujuan Ujian Membaca dijalankan adalah untuk memperolehi maklumat tentang tahap penguasaan kebolehan membaca di prasekolah tersebut.Ianya dilakukan kerana ujian ini dapat mengesan secara spesifik pada tahap manakah murid tersebut berada iaitu sama ada lancar atau lemah penguasaannya.Murid-murid dikaji secara individu dalam kajian ini.Ujian membaca yang dijalankan terdiri daripada ujian mengecam dan membunyikan huruf kecil,huruf besar,membunyikan suku kata terbuka KV,membaca perkataan daripada suku kata KVKV,KVKVK dan membaca ayat-ayat mudah.Soal selidik pula dibuat untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang murid dan persekitaran keluarga dalam membantu tahap kebolehan anak mereka untuk belajar membaca.Data yang diperolehi, dianalisis secara statistik mudah.Hasil dapatan dari kajian ini dapat melihat ibu bapa dan guru turut memberikan peranan dalam membantu murid-murid belajar membaca.Justeru, sememangnya guru dan ibu bapa memainkan peranan yang seiring bagi memastikan murid-murid mencapai kemahiran membaca sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar kelak.

BAB

PENGENALAN

1.1

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Menjelang 2020, Kerajaan Malaysia berhasrat untuk melahirkan warganegara yang berilmu dan berdaya saing di dalam era maklumat.Sehubungan dengan itu,Malaysia perlu memupuk masyarakat agar gemar membaca yang sekaligus dapat membentuk masyarakat Malaysia menjadi insan yang benar-benar cintakan ilmu. Kesedaran ini sememangnya memerlukan satu usaha yang telus untuk melihat semula kurikulum prasekolah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum benar-benar digunapakai oleh semua pihak sebagai pengasas melahirkan murid yang mempunyai semangat juang, keyakinan diri, bercita-cita tinggi, gigih berusaha, daya tahan dan mampu mengubah diri sebagaimana yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Selaras dengan itu, pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berusia antara 4 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki Tahun 1 di sekolah formal. Pendidikan prasekolah bermatlamatkan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk Tahun 1 di sekolah rendah.Antara kemahiran tersebut adalah kemahiran membaca.Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperolehi walaupun kanak-kanak masih di peringkat prasekolah.Hal ini sedemikian lantaran ianya merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai.Kebolehan membaca adalah satu tingkah laku yang kompleks di mana pada dasarnya ianya merupakan suatu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak.Dalam proses ini, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut yang umumnya bahan bertulis. Berdasarkan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah,Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Komponen Bahasa dan Komunikasi untuk mengenal huruf,

bunyi vokal, membina perkataan serta ayat mudah untuk memberi pendedahan awal kepada murid sebelum melangkah ke Tahun 1.Murid yang sudah boleh membaca ayatayat mudah dengan lancar dan boleh mengeja perkataan sebelum memasuki Tahun 1 berada dalam kedudukan lebih selesa, mudah dan menyakinkan jika dibandingkan dengan murid yang belum menguasainya. Pun begitu, Kementerian Pelajaran Malaysia sedar wujudnya segelintir murid yang masih buta huruf.Terdapat 114,994 murid Tahap 1 (Tahun 1-Tahun 3) yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu 7.7% daripada jumlah keseluruhan murid Tahap 1.Mereka dikenalpasti melalui ujian yang menggunakan instrumen Penentu Penguasaan Membaca, Menulis dan Mengira (JPP 3M) (Salihah,Rahmah & Lee Lai Guan,1997).Masalah keciciran murid yang tidak menguasai kemahiran asas membaca dan menulis adalah membimbangkan.Kajian oleh Kementerian Pelajaran mendapati 138,271 murid Tahun 1 di Semenanjung Malaysia tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, indeks tersebut diperolehi menerusi Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di seluruh Semenanjung Malaysia pada 2 7 April 2005.Seramai 392,029 murid Tahun 1 telah menduduki ujian asas membaca, menulis dan lisan dengan menggunakan instrumen yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bagi menilai tahap kebolehan mereka.Justeru, dalam usaha untuk mengatasi permasalahan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah untuk memulihkan masalah seawal yang mungkin bagi mencegahnya menjadi kritikal. Berdasarkan fakta dan kenyataan yang berasas ini, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kebolehan membaca di kalangan murid prasekolah.Kajian ini merujuk 3 elemen utama iaitu tahap kebolehan membaca, masalah yang dihadapi dalam menjalankan ujian membaca dan peranan ibu bapa dalam membentuk persekitaran budaya membaca murid-murid.Menerusi tinjauan literatur, ianya telah menunjukkan murid-murid yang menguasai kemahiran membaca mampu menguasai perbendaharaan kata, membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengeja serta membatang dengan tepat perkataan yang belum pernah dibacanya.(Durkin,D.R.(1966). Kajian di Malaysia (Mohamad Zaidi,1994: Zulbahharen,1997: Mohd Ghani,1998) menyokong hampir semua keputusan ini.Kesignifikan kajian ini adalah untuk

mendapatkan maklumat baru tentang tahap penguasaan kemahiran membaca muridmurid di prasekolah. 1.2 PERNYATAAN MASALAH

Kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk membasmi kadar buta huruf di kalangan murid-murid sekolah rendah.Namun begitu, masih wujud murid yang keciciran lantaran gagal untuk menguasai kemahiran 3M.Berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai seorang pendidik, masih terdapat murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang gagal menguasai kemahiran membaca.Mengapa hal sebegini masih berlaku?Apakah peranan guru dalam mengatasi permasalahan ini? Menerusi kajian ini, masalah yang hendak dilihat oleh pengkaji adalah tahap penguasaan kebolehan membaca di Prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian, Johor.Persoalan bagi kajian ini adakah tahap penguasaan membaca murid prasekolah ini telah mencapai kemahiran yang sepatutnya sewaktu kajian dijalankan?Kemahiran yang sepatutnya yang telah dikuasai adalah membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV. Di samping itu, kajian ini dijalankan selaras dengan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan menengah.Bahasa Malaysia adalah merentasi interaksi seharian.Melalui kebolehan membaca, murid-murid dapat menceritakan isi bacaan yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan mereka.Ironinya, guru perlu memantapkan kemahiran asas membaca murid.Guru boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik seperti menggunakan perisian komputer, kaedah latih tubi, kaedah bacaan kuat, kaedah kooperatif di dalam kelas dan sebagainya.Bagi murid yang telah lancar bacaannya, mereka tidak perlu diberikan aktiviti prabacaan, sebaliknya latihan yang mencabar minda.Manakala murid yang lemah perlu terus diberikan bimbingan. Kemahiran lain iaitu kemahiran mendekod merupakan mengeja dan membatang perlu ditekankan dalam membimbing murid yang lemah.Kaedah pengajaran secara individu perlu diberi penekanan dalam bimbingan membaca kerana kebolehan membaca dan cara belajar murid adalah berbeza.Memandangkan bacaan kuat kepada

murid sudah terbukti faedahnya (Kimmel,1988: Rudman & Pierce,1988), maka aktiviti bacaan kuat kepada murid perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan dan dijalankan di rumah.Seseorang murid sudah menguasai kemahiran membaca apabila murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak serta memahami makna perkataan dan ayat yang dibaca. Sememangnya belum lewat untuk murid belajar membaca ketika di Tahun 1 , namun dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, maka akan berlaku bimbingan membaca yang kurang sempurna.Guruguru prasekolah perlu mengambil tahu mengenai tahap kemahiran membaca murid di prasekolah di bawah bimbingannya.Kegagalan menguasai kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan menyebabkan murid tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dalam kebanyakan mata pelajaran yang menggunakan Bahasa Malaysia sebelum kanak-kanak ini bersedia untuk mempelajari bahasa kedua. Masalah kegagalan menguasai kemahiran membaca tidak dapat dikekang pada Tahun 1 dengan segera mungkin ada kaitannya dengan amalan sekarang yang tidak mewajibkan rekod perkembangan murid-murid dari prasekolah disampaikan kepada guru-guru di sekolah rendah bagi membolehkan guru-guru Tahun 1 membuat rujukan.Manakala murid prasekolah yang menguasai kemahiran membaca di peringkat prasekolah pasti mempunyai banyak perbendaharaan kata yang telah dikuasai. Keupayaan mereka menguasai perbendaharaan kata ini akan menyebabkan murid-murid sudah mampu membaca ayat-ayat dari peringkat yang mudah hinggalah ke peringkat yang sukar dan sekaligus dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan.Penemuan perbendaharaan kata yang baru tidak menjadi masalah terhadapnya kerana mereka sudah boleh membaca hasil daripada bacaan asas yang mantap.Gambaran yang diketengahkan menegaskan bahawa betapa pentingnya kebolehan membaca di kalangan murid-murid prasekolah diberikan perhatian yang sewajarnya.Bertitik tolak dari pandangan ini, maka satu kajian kes bagi mengenal pasti tentang tahap penguasaan kebolehan membaca di kalangan murid-murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian, Johor dijalankan.

1.3

TUJUAN KAJIAN

Perkembangan pendidikan prasekolah yang pesat di Malaysia memang tidak dapat dipertikaikan lagi.Terdapatnya murid-murid yang mampu mengikuti arus perkembangan ini, namun ada juga yang tidak mendapat peluang yang sewajarnya.Ini mungkin disebabkan faktor sikap murid-murid, kecerdasan serta persekitaran yang turut tidak membantu proses pembelajaran. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tentang tahap penguasaan kebolehan membaca di kalangan murid-murid prasekolah.Pengkaji ingin melihat adakah sewaktu kajian dijalankan, murid prasekolah ini telah menguasai tahap kemahiran berdasarkan Sukatan Pelajaran prasekolah.Apa yang berlaku sepatutnya murid sudah mengenali huruf kecil, huruf besar, membaca suku kata terbuka dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.Pengkaji pastinya akan menemui situasi di mana masih wujudnya murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca dan ada juga yang sudah lancar membaca ayat-ayat mudah.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif-objektif kajian ini adalah; 1) Untuk meninjau sejauh manakah penguasaan kebolehan membaca di kalangan murid-murid Prasekolah Asuhan Bestari di Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian,Johor. 2)Untuk mendapatkan maklumat tentang penguasaan kebolehan dan kelemahan membaca murid Prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran selaras dengan kemahiran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran yang sepatutnya sudah dikuasai. 3)Untuk mengetahui tentang sejauh manakah peranan ibu bapa/penjaga di rumah di dalam membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran asas membaca.

1.5

SOALAN KAJIAN

Penganalisaan ini adalah untuk menjawab 3 persoalan utama iaitu; a) Apakah pencapaian penguasaan kebolehan membaca di kalangan murid-murid prasekolah? b) Apakah kebolehan dan kelemahan membaca yang telah dikuasai di kalangan murid-murid prasekolah? c) Adakah peranan ibu bapa turut membantu dalam penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah?

1.6

KEPENTINGAN

KAJIAN

Seringkali kita didedahkan dengan masalah keciciran/masih buta huruf di kalangan murid prasekolah, sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah.Namun adakah kita samasama membuat pemerhatian serta tinjauan dan mengkaji hingga di peringkat akar umbi iaitu bermula dari prasekolah lagi untuk melihat masalah kegagalan menguasai kemahiran membaca murid-murid prasekolah.Justeru,kajian yang dijalankan ini sangat penting dan akan dibuat dengan teliti bagi mendapatkan maklumat yang spesifik dan tepat. Realitinya, wujud kemungkinan-kemungkinan di mana adakah muridmurid kanak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran serta mampu menguasai kemahiran asas membaca dengan baik?Adakah sebaliknya mereka gagal dan ketiadaan pihak yang mempedulikan?Justeru, sebelum permasalahan ini kian meruncing dan parah, maka semua pihak dari peringkat atasan hinggalah bawahan perlu menggembeling tenaga untuk memastikan agar sifar buta huruf terlaksana dan menjadi realiti.Bersesuaian dengan pepatah melayu,Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya yang mana menjadi

peranan ibu bapa dan guru dalam membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dengan baik.Guru perlu memastikan murid-murid prasekolah sudah menguasai kemahiran yang sepatutnya semasa kajian ini dijalankan.Murid-murid yang lambat menguasai kemahiran membaca pula perlu diberikan perhatian dan latih tubi agar mampu belajar seiring dengan murid-murid lain. Semua murid prasekolah tersebut sepatutnya telah mencapai objekif iaitu membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.Ibu bapa/ penjaga pula tidak boleh menyerahkan bulat-bulat segala tanggungjawab mengajar anak membaca kepada guru semata-mata.Ibu bapa turut memainkan peranan penting sewaktu di rumah dengan membimbing, memantau serta memastikan persekitaran yang kondusif turut membantu perkembangan pembelajaran murid-murid. Hasil kajian ini nanti sangat berguna dan boleh dijadikan ukuran oleh guru-guru prasekolah, rendah dan menengah, golongan pentadbir, pembangunan kurikulum dan murid-murid.Kajian ini turut menyumbang maklumat yang boleh dimanfaatkan kerana kita akan melihat penguasaan perkembangan murid-murid dari segi kognitif dan bukan kognitif.Kajian ini dijalankan secara telus dan disusun secara sistematik, lebih-lebih lagi berkenaan hubungan dapatan ini dengan perspektif pendidikan, isu-isu yang terlibat dan tinjauan literatur yang boleh membantu dalam kepentingan kajian ini.

1.7

BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada 25 orang murid-murid Prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian, Johor.Seramai 14 orang ibu bapa murid terlibat.Ia tidak bertujuan untuk digeneralisasikan terhadap kumpulan murid dan ibu bapa yang lain. Penguasaan kebolehan membaca yang dimaksudkan terbatas kepada pencapaian murid kajian dalam ujian mengecam dan membunyikan huruf kecil, huruf besar, membunyikan suku kata terbuka KVKV, membaca perkataan suku kata KVKV dan KVKVK serta membaca ayat-ayat mudah.

BAB

TINJAUAN

LITERATUR

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti penguasaan kebolehan membaca di kalangan murid-murid prasekolah.Menerusi kajian ini,pengkaji telah membuat tinjauantinjauan ke atas kajian-kajian yang berkaitan dan pernah dijalankan di Malaysia dan negara Barat. 2.1 Literatur Berkaitan

Di dalam memartabatkan profesion perguruan, pastinya guru-guru mahir di dalam mengaplikasikan strategi pengajaran, teknik, kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran.Hal ini sedemikian agar anak-anak didiknya mendapat manfaat demi masa depan mereka.Guru-guru perlu mampu menggabungjalinkan kemahiran yang berkaitan bagi membentuk suatu pendidikan yang lebih bermakna sebagaimana selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan mampu memenuhi cabaran Wawasan 2020 kelak.Sehubungan dengan itu,pendidikan prasekolah turut menerima tempiasnya hasil dari reformasi pendidikan ini.Bagi memastikan hasrat ini tercapai sepenuhnya, sewajarnya pendidikan prasekolah perlu diberikan keutamaan bagi memberi peluang kepada murid-murid mendapat pendedahan awal sebelum memasuki alam persekolahan sebenar. Menjelang 2007, program pendidikan prasekolah akan diperluas dengan tambahan sebanyak 1,600 kelas dibuka.Sasaran Kementerian Pendidikan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak seluruh negara mengikuti pendidikan prasekolah sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke Tahun 1.Ironinya, pertambahan jumlah kelas bererti guru-guru perlu bersedia dari segi fizikal dan mental bagi membantu tercapainya hasrat kerajaan untuk memberi didikan dan perhatian.Ini bermaksud ianya memastikan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang hendak disampaikan/diajar telah dikuasai terlebih dahulu dan dapat dilakukan serta diamalkan dengan betul dan berkesan.

Antara aspek kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid prasekolah adalah kemahiran asas membaca.Penguasaan tahap kebolehan membaca adalah berbeza di antara setiap individu.Hal ini sedemikain lantaran kebolehan membaca merupakan tingkah laku yang kompleks dan merupakan salah satu komunikasi manusia dengan bahan bercetak.Kemahiran membaca merangkumi kemahiran membaca prabacaan,bacaan mekanis dan bacaan dengan pemahaman.Penguasaan kebolehan membaca bermakna murid prasekolah berupaya membaca dengan lancar, sebutan, intonasi serta jeda yang betul dan dapat memahami, mengesan isi-isi/idea penting.Menerusi kajian ini, penguasaan kemahiran membaca lebih diberi penekanan kepada kemahiran prabacaan dan bacaan mekanis. Fokus kemahiran prabacaan dalam kajian ini adalah kebolehan mengecam dan mengenal huruf.Bagi bacaan mekanis pula, kajian ini berfokus kepada membunyikan huruf, membunyikan suku kata, membaca perkataan daripada suku kata dan membaca ayat mudah.Terdapatnya teori dan model yang boleh dikaitkan dengan kajian ini.Teoriteori dan model ini turut membantu pengkaji di dalam menjalankan kajian.Antara teoriteori tersebut yang dapat membantu murid-murid prasekolah boleh menguasai kemahiran membaca ialah Teori Tingkah Laku (Behavioris),Teori Motivasi Pencapaian dan Teori Keperluan Maslow. Berdasarkan Teori Tingkah Laku (Behavioris), setiap rangsangan yang diberi menimbulkan gerak balas dan pembelajaran berlaku akibat perkaitan dengan rangsangan dan gerak balas.Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lepas akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai Pelaziman.Umpamanya dalam pembelajaran Bahasa Melayu bertajuk Suku Kata yang menggunakan perisian komputer digunakan.Minat murid-murid terhadap tajuk ini disebabkan cara pengajaran guru yang menggunakan komputer sebagai medium telah menarik minat dan memberikan pemerhatian.Rangsangan pertama di sini adalah komputer manakala rangsangan kedua adalah cara pengajaran yang menarik.Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif, maka gerak balas yang berlaku juga positif.Tingkah laku memberikan perhatian akan dilazimkan iaitu murid akan terus memberikan perhatian apabila belajar suku kata dengan menggunakan perisian komputer.Tumpuan pembelajaran adalah tingkah laku

luaran yang dipengaruhi oleh proses peneguhan.Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru mmpertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Teori seterusnya,berdasarkan pendapat Abdul Razak Habib ( dalam Khalid Abdullah et.al.,1999) mencadangkan Model Pengajaran dan Pembelajaran MURE untuk membantu murid meningkatkan pencapaian.Berdasarkan model ini,terdapat 4 faktor yang sama mepengaruhi pencapaian akademik murid-murid iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan peperiksaan.Model ini menekankan kepentingan motivasi yang menyumbang kepada pencapaian seseorang murid.Motivasi terdiri daripada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.Motivasi intrinsik adalah merujuk kepada dalam diri murid itu sendiri seperti kepuasan diri, minat, keseronokan dan kegemaran.Manakala motivasi ekstrinsik pula adalah dorongan luaran seperti hadiah, gred, pujian, ganjaran, sijil, pengiktirafan sama ada dari guru, ibu bapa dan sebagainya.Model MURE ini boleh diaplikasikan kepada murid di prasekolah. Masalah keciciran membaca di kalangan murid-murid prasekolah boleh dibantu dengan menggunakan Model MURE ini.Guru, murid dan ibu bapa perlu menjalankan peranan masing-masing agar masalah sifar buta huruf dapat dicapai sebelum menjelangnya Wawasan 2020.Bukannya mudah untuk mencapainya tanpa adanya kesungguhan untuk melakukan anjakan paradigma dalam dunia pendidikan khasnya di kalangan murid-murid prasekolah.Teori Motivasi Pencapaian mendapati bahawa individu boleh bergerak menuju ke arah kejayaan. Merujuk Teori Keperluan Maslow pula, terdapatnya 5 asas keperluan manusia iaitu psikologikal, keselamatan, sosial, sanjungan dan kenyataan diri.Sekiranya keperluan bawahan dipenuhi, ianya menjadi penggalak kepada keperluan atasan.Contohnya, murid prasekolah yang mendapat kelima-lima keperluan asas tersebut akan membantu murid ini berkebolehan membaca selagi murid-murid itu tidak mempunyai masalah pembelajaran dan sempurna sejak lahir. 2.2 Kajian Berkaitan

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa penguasaan kebolehan membaca murid-murid boleh diperbaiki dan mendatangkan kesan yang positif dan mampu

meningkatkan kualiti serta pencapaian dalam kemahiran membaca.Pengkajian ini akan berfokus kepada kajian-kajian lepas yang dijalankan di dalam dan di luar negara yang berkaitan dengan kajian yang dipilih. 2.2.1 Dapatan dari kajian yang dijalankan di negara Barat Menurut kajian yang telah dibuat oleh Daimond, Theimer dan Charp (1971) mendapati bahawa murid yang mempelajari bahasa Inggeris dengan menggunakan bahan berbantukan komputer telah menunjukkan kesan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional.Kumpulan murid telah lebih berjaya mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bahagian pemahaman dan perbendaharaan kata. Kajian lain oleh Howell (1971) telah berusaha menentukan keberkesanan pengajaran berbantukan komputer dalam kursus bahasa Perancis di peringkat universiti.Beliau menaruh harapan agar bahan berbantukan komputer dapat memberikan maklumat dan rangsangan tambahan berkenaan perkara yang telah disampaikan oleh guru di dalam kelas.Lockard et al., (1989) pula telah membuat kajian dan mendapati bahawa teknik mengajar menggunakan perisian komputer berjaya mengekalkan tumpuan muridmurid pada masa yang lama berbanding dengan kelas biasa.Justeru, dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun terdapatnya sedikit halangan, sikap murid-murid secara umumnya terhadap bahan berkomputer adalah berminat dan menarik.Ramai murid mendapati bahawa bahan berkomputer telah memberikan manfaat terhadapnya.Ada di kalangan mereka bersikap positif terhadapnya serta sanggup mengemukakan cadangan kepada rakan yang lain.Dapatan ini boleh dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu di mana guru boleh menarik minat murid untuk mempertingkatkan penguasaan mengecam dan membunyikan huruf vokal dan konsonan, membaca suku kata dan ayat mudah dengan menggunakan perisian komputer serta cara penyampaian guru yang menarik serta berkesan. Vygotsky (Teori Vygotsky) di dalam teorinya, Zon Perkembangan Proksimal adalah jarak di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara sendirian dan tahap perkembangan potensi yang dicapai

melalui penguasaan ilmu di bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran.Umpamanya, dalam kalangan murid-murid yang baru mula membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV + KV seperti perkataan pasar, bakul, sukar dan sebagainya.Kemahiran pada peringkat ini hanya boleh dicapai melalui bantuan dari orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.Seterusnya, mereka boleh maju dan dapat membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKVKVK seperti perkataan belajar,selamat dan sebagainya. 2.2.2 Dapatan dari kajian yang dijalankan di Malaysia Mohd. Ghani Madon, Universiti Kebangsaan Malaysia (1998), telah mengkaji Masalah Ketidakupayaan Membaca di Kalangan Murid-murid Dalam Kelas Pemulihan: Satu Kajian Kes Terhadap Pelajar Pemulihan Di Sekolah Jalan Enam, Bandar Baru Bangi, Selangor.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyelidik masalah ketidakupayaan membaca oleh murid-murid dalam kelas pemulihan.Walaupun telah dilaksanakan program KBSR di kalangan murid-murid Tahun 1,2 dan 3 namun masih lagi wujud murid-murid dari tahun 4, 5 dan 6 yang masih gagal membaca.Justeru, kajian itu bertujuan untuk mengenal pasti ketidakupayaan murid-murid untuk menguasai kemahiran bacaan.Kajian ini menumpu kepada latihan membunyikan konsonan dan vokal, latihan membunyikan suku kata, latihan menghubungkaitkan bunyi antara suku kata dan bacaan secara terus. Kajian di atas menggunakan seorang subjek iaitu murid Tahun 2 yang mana merupakan salah seorang daripada murid yang ditempatkan dalam Kelas Pemulihan di sekolah berkenaan.Hasil kajian mendapati murid ini sesuai menggunakan kaedah latihtubi yang dijalankan dalam bentuk pengajaran individu.Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru pemulihan terutamanya dalam meningkatkan keupayaan membaca di kalangan murid-murid kelas pemulihan.Selain dari itu juga, kajian ini juga bukan sahaja boleh digunakan di sekolah tersebut sebaliknya ianya boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh seluruh kelas pemulihan di Malaysia supaya murid yang menghadapi masalah ketidakupayaan membaca dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

Di samping itu, Mohamad Zaidi Ahmad, Universiti Pertanian Malaysia (1994), telah membuat kajiannya bertajuk Masalah Mengenai Abjad Bahasa Melayu Dalam Kemahiran Membaca.Kajian ini merupakan satu tinjauan ke atas masalah murid-murid mengenal abjad Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca.Tujuan utama kajian tersebut adalah untuk mengenal pasti kesukaran mengenal abjad yang dialami oleh murid-murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Sayong.Dapatan kajian ini diperolehi dengan menggunakan 2 set ujian iaitu Ujian Kefahaman Bacaan Am dan Ujian Diagnostik Kesukaran Khusus Peringkat Abjad. Hasil Ujian Kefahaman Bacaan Am yang diberi kepada contoh telah menunjukkan bahawa seramai 6 orang murid membaca pada peringkat bimbingan dan 6 orang murid membaca pada peringkat kecewa.Murid-murid yang membaca pada peringkat bimbingan dan kecewa, kemudiannya diuji pengetahuan mereka tentang bentuk, nama dan bunyi fonik huruf-huruf abjad Bahasa Melayu.Kesukaran yang paling tinggi dihadapi oleh murid-murid adalah kesukaran untuk mengenal bunyi huruf secara fonik diikuti oleh mengenal nama huruf dan paling rendah ialah mengenal (memadankan) bentuk huruf.Dari aspek kesukaran mengenal bentuk huruf besar berbanding dengan mengenal huruf kecil, tidak menunjukkan perbezaan yang nyata dalam ujian mengenal nama huruf dan bunyi huruf secara fonik. Berdasarkan Ujian Diagnostik Kesukaran khusus Peringkat Abjad yang telah dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan menunjukkan bahawa murid-murid yang membaca pada peringkat kecewa menghadapi kesukaran yang lebih tinggi daripada murid yang membaca pada peringkat bimbingan.Akhirnya, hasil kajian itu merumuskan bahawa terdapat hubungan yang logik antara kesukaran murid-murid mengenai abjad dengan peringkat bacaan am mereka berdasarkan purata peratus kegagalan murid-murid kedua-dua kumpulan dalam ujian yang telah dijalankan. Manakala, Salihah, Rahmah & Lee Lai Guan (1997), dalam kajiannya tentang Satu Tinjauan Pelbagai Aspek Membaca Murid-Murid Tadika bertujuan meninjau pelbagai aspek membaca di kalangan murid-murid Tadika Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) iaitu; i) tahap kebolehan membaca ii)masalah dalam Ujian Membaca

iii)peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga. Kajian ini telah melibatkan seramai 18 murid dan 7 orang ibu bapa.Murid kajian telah ditadbirkan dengan ujian membaca yang telah dibina oleh pengkaji sendiri.Ujian membaca tersebut adalah Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring.Ibu bapa murid kajian pula ditemubual untuk memperoleh maklumat berkenaan persekitaran keluarga dalam membantu anak-anak mereka belajar membaca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid kajian mempunyai kebolehan membaca yang baik.Namun perbezaan skor antara murid yang memperolehi pencapaian yang tinggi dan rendah dalam ujian ini amat ketara.Murid yang memperolehi pencapaian rendah dalam ujian membaca didapati lemah dari segi mendekod(mengeja) perkataan yang tidak dikenali.Selain dari itu, kebanyakan ibu bapa murid memainkan peranan yang aktif dalam membantu anak mereka belajar membaca.Ramai yang membaca kuat kepada anak tetapi tidak kerap.Buku-buku cerita juga disediakan untuk anak-anak mereka. Berdasarkan dari kajian Profil Rakyat Malaysia (1996), amalan kanakkanak di Malaysia memulakan budaya membaca pada peringkat umur 2 tahun.Bilangannya semakin meningkat hingga 4 tahun dan seterusnya meningkat hingga umur 7 tahun.Pada tahun 1996 pula, lebih kurang 2.4 juta kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 5 hingga 7 tahun yang mewakili 12 % daripada jumlah penduduk Malaysia.70 % boleh membaca dan yang mengamalkan membaca 56 %.Dari segi kumulatif, 78 % kanak-kanak boleh membaca dengan baik dan 9.4 % boleh membaca secara sederhana pada umur 7 tahun.Ini bererti kanak-kanak berkemungkinan lebih berkembang dalam penguasaan dan amalan membaca sekiranya mereka dibacakan cerita sama ada sebelum tidur atau pada masa-masa terluang yang lain.Oleh itu, program pendidikan sekolah yang tersusun amat penting bagi memenuhi keperluan kanak-kanak sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1.Oleh yang demikian, tugas pendidikan prasekolah adalah sebagai pengembang kemahiran.Keupayaan murid-murid prasekolah untuk menguasai kemahiran membaca dapat membantu murid-murid lebih bersedia untuk menerima pengajaran dan pembelajaran yang lebih mencabar pada Tahun 1 nanti.

Seterusnya, bagi murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca pula, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan menimbulkan kesan apabila murid-murid ini naik ke Tahun 2 dan seterusnya.

BAB 3

METODOLOGI

KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penguasaan kebolehan kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah.Kajian yang dijalankan mengikut kaedah tinjauan (survey).Pengkaji meninjau tahap pencapaian dalam kebolehan membaca, keupayaan dan kelemahan membaca yang dihadapi oleh murid-murid serta peranan ibu bapa dalam membantu meningkatkan kebolehan membaca murid-murid di prasekolah.

3.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif di mana ujian membaca huruf kecil dan huruf besar, membunyikan suku kata KV, membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV, KVKVK dan membaca ayat mudah.Kajian ini dijalankan ke atas 25 orang murid , manakala soal selidik dijalankan ke atas guru prasekolah.Seramai 14 orang ibu bapa murid yang terlibat dalam kajian ini.Kajian yang dijalankan adalah mengikut kajian deskriptif di mana pengkaji tidak memberi rawatan kepada subjek kajian sebaliknya mengukur variabel kajian yang sedia wujud.Kajian ini terhad kepada tinjauan tentang penguasaan kebolehan membaca di kalangan murid-murid Prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran,Pontian,Johor sahaja tanpa melibatkan prasekolah yang lain. 3.2 Sampel

Sampel kajian ini terdiri daripada 25 orang murid Prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian, Johor.Dalam memilih sampel, pengkaji telah memilih persampelan kelompok kerana pengkaji perlu mengambil kesemua murid untuk dijadikan

sampel kajian.Semasa kajian ditadbirkan, purata umur murid di prasekolah adalah 5 tahun. Semua murid kajian adalah murid-murid normal dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan berkesan.Kebolehan membaca yang akan ditunjukkan oleh murid semasa ujian mungkin dipengaruhi oleh keadaan membaca guru tersebut serta peranan yang telah dimainkan oleh ibu bapa dan interaksi dengan persekitarannya.Berikut adalah senarai responden kajian. 1) Izyan Khalisa bt.Haron 2) Mohd.Fauzi b.Samarudin 3) Mohd.Norfaiq b.Ahmad 4) Muhd.Aliff b.Othman 5) Muhd.Asyraf b.Mohaini 6) Muhd.Azli b.Azman 7) Muhd.Ezzam b.Habib 8) Muhd.Fahmi b. Norman 9) Muhd.Faiz b.Mohamad 10)Muhd.Hasif b.Salleh 11)Muhd.Mazlan b.Atip 12)Muhd.Najman b.Sahadi 13)Muhd.Nurilman b.Yusof 14)Norazizah bt.Jalil 15)Norliza bt.Hanapi 16)Noraliah bt.Norazli 17)Nurhaziqah bt.Kassim 18)Nurulain bt.Rizal 19)Salwa bt.Hussein 20)Noraqilah bt.Mokhtar 21)Siti Umairah bt.Arif 22)Nurul Izzah bt.Nizam 23)Nur Syahirah bt.Hanafi 24)Syakinah bt.Mohd.Zainal 25)Zuraini bt.Helmi

3.3

Lokasi

Bangunan prasekolah ini terletak di dalam kawasan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaaan Parit Sapran,Pontian,Johor .Ia dibina di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Kedudukannya terletak di sebelah kanan bangunan sekolah rendah bersebelahan dengan makmal komputer sekolah berkenaan.Ia juga berada di kawasan luar Bandar Pontian.Bangunan ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga jam 11.30 pagi pada setiap hari Isnin hingga Khamis kecuali pada hari Jumaat jam 11.00 pagi .

3.4

Kriteria Pemilihan Murid

Semua warganegara Malaysia yang berumur 5 dan 5 + tahun boleh mendaftar.Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan jumlah tanggungan ibu bapa atau penjaga.Setelah tawaran ditutup, golongan berada boleh membuat permohonan sekiranya terdapat kekosongan bagi kelas tersebut.Terhad kepada 25 orang murid sahaja bagi setiap kelas.

3.5

Geran Perkapita (PCG)

Geran perkapita yang diluluskan oleh kerajaan adalah sebanyak RM100 seorang murid setahun.Ini bermakna RM 100 X 1 murid X 200 hari.Oleh itu jumlah tersebut adalah RM 2500 setiap kelas setahun.

3.6

Bantuan Makanan

Setiap murid mendapat bantuan bernilai RM 1.50 sehari.Ini bererti RM 1.50 X 1 murid X 200 hari iaitu berjumlah RM 300 bagi seorang murid setahun.

3.7

Instrumen

Ujian membaca dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian.Instrumen yang digunakan adalah kertas ujian untuk membaca bagi murid, borang soal selidik untuk guru dan ibu bapa.Ujian yang baik akan memberi ukuran variabel dengan tepat dan sah.Proses pembinaan alat kajian dibuat dengan menentukan objektif alat kajian dan kandungan kajian.Ujian membaca yang dijalankan iaitu membaca huruf kecil, huruf besar, membunyikan suku kata KV, membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV, KVKVK dan membaca ayat-ayat mudah. Manakala borang soal selidik guru dijalankan ke atas guru prasekolah tersebut iaitu Puan Z.Beliau mempunyai 3 tahun pengalaman di sekolah tersebut.Soal selidik dibangunkan dengan 9 kemahiran iaitu kebolehan menamakan huruf kecil dan huruf besar, membezakan bentuk huruf yang hampir sama (b,p,m dan n), boleh membaca huruf vokal dan konsonan, membaca suku kata KV,KVKV,KVKVK dan ayat mudah.Penanda aras yang digunakan adalah petunjuk amat baik, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah.Soal selidik yang dijalankan ke atas guru perlu kerana guru mengetahui penguasaan kebolehan membaca murid-murid prasekolah. Soal selidik dari ibu bapa dibuat adalah berkaitan dengan peranan mereka di dalam membantu anak-anak membaca dan menyediakan bahan bacaan.Maklumat daripada ibu bapa sangat penting kerana mereka adalah insan yang paling hampir dengan anak-anak.Berdasarkan kaedah soal selidik ini, pengkaji akan dapat mengesan bagaimana ibu bapa memainkan peranannya terhadap penguasaan kebolehan membaca murid-murid serta masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca. 3.3 Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji telah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kementerian Pelajaran Malaysia,Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO),Guru besar Sekolah Kebangsaan Parit Sapran,Tuan Haji Mohd.Jani b.Sariyan

untuk

menjalankan

kajian.Ujian

ditadbir

sendiri

oleh

pengkaji

di

sekolah

berkenaan.Dalam proses pengutipan data, guru kelas telah mengutipnya.Guru kelas mengutip data beliau dan murid-murid prasekolah.Murid-murid prasekolah telah diberi ujian dan ibu bapa diminta mengisi borang soal selidik.Semua maklumat yang diperolehi dianggap sulit. 3.4 Analisis Data

Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada ujian dan soal selidik, banyak maklumat yang diperolehi berkenaan penguasaan kebolehan membaca murid-murid di samping masalah yang dihadapi dan peranan ibu bapa serta guru dalam membantu menguasai kemahiran membaca.Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan kekerapan dan peratus.Pengkaji akan mengolah dan menganalisa secara statistik mudah.Kiraan kekerapan akan ditukar kepada peratus untuk membuat perbandingan yang mudah.Data bagi beberapa item dikumpulkan kepada bahagian-bahagian tertentu untuk memudahkan pengkaji membuat penilaian dan perbezaan tentang prestasi murid-murid.Ketepatan data dapat membuktikan keesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian.

BAB

ANALISIS 4.1 Ujian Membaca

DATA

Ujian membaca dijalankan kepada murid-murid prasekolah yang majoritinya berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun pada tahun 2009 bermula pada awal sesi persekolahan pada bulan Januari hingga sekarang.Ujian membaca yang berkaitan adalah terdiri daripada ujian mengecam dan membunyikan huruf kecil dan huruf besar, membunyikan suku kata terbuka KV, membaca perkataan daripada suku kata KVKV, KVKVK dan membaca ayat-ayat mudah.Hasil ujian mendapati wujudnya masih ramai murid di prasekolah yang belum menguasai bacaan dengan baik. 4.1.1 Keputusan Ujian Membaca Huruf Kecil Secara Rawak

Semasa kajian dibuat untuk meninjau penguasaan kebolehan membaca murid-murid Prasekolah Asuhan Bestari di Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian, Johor,pengkaji telah mendapat maklumat seperti Jadual 1 di bawah. JADUAL KEPUTUSAN ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 UJIAN MEMBACA 1 HURUF KECIL SECARA RAWAK

HURUF a b c d e f g h

BETUL 14 ( 56 %) 10 (40%) 11 ( 44 %) 6 ( 24 %) 10 (40 %) 6 (24 %) 8 ( 32 %) 5 ( 20 %)

SALAH 11 ( 44 %) 15 ( 60 %) 14 (56 %) 19 ( 76 %) 15 ( 60 %) 19 ( 60 %) 17 ( 68 %) 20 ( 80 %)

JUMLAH 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 (100 %) 25 (100 %) 25 (100 %) 25 ( 100 %)

9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

i j k l m n o p q r s t u v w x y z

11 ( 44 %) 11 ( 44 %) 10 ( 40 %) 6 ( 24 %) 5 (20 %) 6 ( 24 %) 25 (100 %) 8 (32 %) 5 ( 20 %) 5 ( 20 %) 10 ( 40 %) 7 ( 28 %) 10 ( 40 %) 5 ( 20 %) 10 ( 40 %) 10 ( 40 %) 6 (24 %) 11 ( 44%)

14 ( 56 %) 14 ( 56 %) 15 ( 60 % ) 19 ( 76 %) 20 (80 %) 19 ( 76 %) 0 ( 0 %) 17 ( 68 %) 20 ( 80 %) 20 ( 80 %) 15 ( 60 %) 18 ( 72 %) 15 ( 60 %) 20 ( 80 %) 15 ( 60 %) 15 ( 60 %) 19 ( 76 %) 14 ( 56 %)

25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100%) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %)

Bagi item ujian membaca menunjukkan jumlah murid yang boleh mengecam dan membunyikan huruf kecil o menunjukkan 100 % murid dapat mengecam dan membunyikannya dengan betul.Item 1 pula menunjukkan huruf a ialah seramai 14 orang iaitu hanya 56 % daripada jumlah murid seramai 25 orang.Huruf c, i dan z menunjukkan seramai 11 orang menguasai iaitu 44 %.Bagi huruf b, e, k, s, u, w dan x pula adalah seramai 10 orang iaitu 24 % daripada jumlah murid prasekolah tersebut. Bagi huruf g dan p pula seramai 8 orang yang menguasainya.6 orang murid dapat mengecam huruf d, f, l, n dan y. Manakala 5 orang murid dapat mengecam dan membunyikan huruf m, q, r dan v.Ini bererti hanya 20 % daripada 25 orang murid dapat mengecam dan membunyikan kesemua huruf kecil a hingga z dengan betul iaitu seramai 5 orang.20 orang murid prasekolah yang bakinya belum boleh mengecam dan membunyikan huruf kecil dengan betul.Dapatan kajian menunjukkan ada murid-murid yang masih keliru dengan bentuk huruf kecil b dan d, h dan n, p dan q, m dan n serta I dan i.Terdapatnya 4 murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang terlalu lemah membaca. 4.1.2 Keputusan Ujian Membaca Huruf Besar Secara Rawak Jadual di bawah menunjukkan keputusan Ujian Membaca Huruf Besar Secara Rawak.

JADUAL 2 KEPUTUSAN UJIAN MEMBACA HURUF BESAR SECARA RAWAK ITEM HURUF BESAR 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) A B C D E F G H I J K UJIAN MEMBACA HURUF BESAR SECARA RAWAK BETUL SALAH JUMLAH 18 ( 72 %) 7 ( 28 %) 25 ( 100%) 12 ( 48 %) 17 ( 52 %) 25 ( 100 %) 12 ( 48 %) 17 ( 52 %) 25 ( 100%) 10 ( 40 %) 15 ( 60 %) 25 ( 100 %) 7 ( 28 %) 18 ( 72 %) 25 ( 100 %) 7 ( 28 %) 18 ( 72 %) 25 ( 100%) 7 ( 28 %) 18 ( 72 %) 25 ( 100%) 7 ( 28 %) 18 ( 72 %) 25 ( 100 %) 7 ( 28 %) 18 ( 72 %) 25 ( 100 %) 8 ( 30 %) 17 (70 %) 25 ( 100 %) 10 ( 40 %) 15 ( 60 %) 25 ( 100 %)

12) 13) 14) 15) 16) 17) 18) 19) 20) 21) 22) 23) 24) 25) 26)

L M N O P Q R S T U V W X Y Z

18 ( 72 %) 7 ( 28 %) 7 ( 28 %) 25 (100 %) 10 ( 40 %) 18 ( 72 %) 12 ( 48 %) 10 ( 40 %) 12 ( 48 %) 10 ( 40 %) 12 ( 48 %) 12 ( 48 %) 18 ( 72 %) 15 ( 60 %) 12 ( 48 %)

7 ( 28 %) 18 ( 72 %) 18 ( 72 %) 0 ( 0 %) 15 ( 60 %) 7 ( 28 %) 17 ( 52 %) 15 ( 60 %) 17 ( 52 %) 15 ( 60 %) 17 ( 52 %) 17 ( 52 %) 7 (28 %) 10 ( 40 %) 17 ( 52 %)

25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100%) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %)

Berdasarkan maklumat di atas, didapati kanak-kanak masih keliru di antara huruf kecil dan huruf besar iaitu item 9.Hanya 7 orang murid yang menjawab betul pada item tersebut.Begitu juga item 13 dan 14 yang sering kali terbalik iaitu M dan N .

4.1.3 Keputusan Ujian Membunyikan Suku Kata KV Apabila merujuk kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Prasekolah kini, murid-murid sepatutnya sudah boleh menguasai kemahiran mengecam dan membunyikan huruf kecil, huruf besar, membunyikan huruf vokal , dan menguasai suku kata KV.Murid-murid juga sepatutnya sudah boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV.Dapatan telah menunjukkan masih ramai murid di prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian, Johor masih belum menguasai kemahiran membaca suku kata KV.Jadual 3 di bawah menunjukkan keputusan Ujian Membaca Suku Kata KV. JADUAL 3 KEPUTUSAN UJIAN MEMBUNYIKAN SUKU KATA ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 SUKU KATA ba ca gi gu je ka ko lu mu po se ti BETUL 10 ( 40 %) 10 ( 40 %) 6 ( 24 %) 6 ( 24 %) 5 ( 20 %) 8 ( 30 %) 7 ( 28 %) 6 ( 24 %) 10 ( 40 %) 8 ( 30 %) 6 ( 24 %) 5 ( 20 %) SALAH 15 ( 60 %) 15 ( 60 %) 19 ( 80 %) 19 ( 80 %) 21 ( 84 %) 17 ( 70 %) 18 ( 72 %) 19 ( 80 %) 15 ( 60 %) 17 ( 70 %) 19 ( 80 %) 21 ( 84 %) JUMLAH 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %)

Hasil ujian mendapati ada 5 orang murid yang sudah boleh membunyikan item 1 hingga 12 dengan pantas dan lancar iaitu ba, ca, ka, je, se, ti, gi, gu, mu, lu, po dan ko.Dapatan kajian menunjukkan jumlah murid yang boleh membaca item 1,2 dan 9 seperti ba, ca,dan mu seramai 10 orang murid.Sebanyak 30 % murid boleh membunyikan item 6 dan 10 orang murid iaitu ka dan po. Manakala 24 % daripada jumlah murid dapat membunyikan item 3, 4, 8, dan 11 iaitu gi, gu, lu dan se.Bagi item 5 iaitu je hanya sebanyak 20% daripada 25 orang murid.

4.1.4 Keputusan Ujian Membaca Perkataan Yang Mengandungi Suku Kata KVKV Tinjauan terhadap penguasaan kebolehan membaca murd-murid diteruskan dengan mengadakan Ujian Membaca Perkataan Yang Mengandungi Suku Kata KVKV.Muridmurid yang sudah boleh membaca sebelum memasuki prasekolah menunjukkan keputusan bacaan yang baik sewaktu ujian pra membaca suku kata KVKV.Ini dapat dilihat menerusi jadual di bawah; JADUAL 4 KEPUTUSAN UJIAN MEMBACA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI SUKU KATA KVKV ITEM 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) SUKU KATA baju bola buku cili dada jari topi raga pasu meja mata lima BETUL 10 ( 40 %) 10 ( 40 %) 6 ( 24 %) 6 ( 24 %) 5 ( 20 %) 8 ( 30 %) 5 ( 20 %) 6 ( 24 %) 8 ( 30 %) 10 ( 40 %) 6 ( 24 %) 7 ( 28 %) SALAH 15 ( 60 % ) 15 ( 60 %) 19 ( 80 %) 19 ( 80 %) 21 ( 84 %) 17 ( 70 %) 21 ( 84 %) 19 ( 80 %) 17 ( 70 %) 15 ( 60 %) 19 ( 80 %) 18 ( 72 %) JUMLAH 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %)

Berdasarkan keputusan dari ujian di atas, kelima-lima orang murid yang sudah menguasai kemahiran membaca dengan baik kesemua perkataan dari item 1 hingga 12.Keputusan ujian menunjukkan 40 % murid boleh mengeja item 1, 2 dan 9 iaitu perkataan bola,baju dan meja.Manakala sebanyak 30 % daripada jumlah murid boleh membaca item 6 dan 10 iaitu jari dan pasu.Seramai 6 murid iaitu 24 % boleh mengeja dan membaca item 3, 4, 8 dan 11 iaitu buku, cili, mata dan raga dan seramai 20 % murid boleh membaca item 5 dan 12 iaitu dada dan topi.

4.1.5 Keputusan Ujian Membaca Suku Kata KVKVK

Pengkaji telah menjalankan ujian membaca dengan menggunakan 12 perkataan yang menggunakan suku kata KVKVK.Murid-murid belum mempelajari kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKVK.Jadual 5 di bawah menunjukkan dapatan ujian membaca yang telah dijalankan. JADUAL 5 KEPUTUSAN UJIAN MEMBACA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI SUKU KATA K V K V K ITEM 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 13) SUKU KATA bakul bedak bukit jarum lemah malam murah nipis pasir rumah sabit tamak BETUL 5 ( 20 %) 5 ( 20 %) 3 ( 12 %) 3 ( 12 %) 3 ( 12 %) 5 ( 20 %) 5 ( 20 %) 5 ( 20 %) 3 ( 12 %) 5 ( 20 %) 3 ( 12 %) 5 (20 %) SALAH 21 ( 84 %) 21 ( 84 %) 22 ( 88 %) 22 ( 88 %) 22 ( 88 %) 21 ( 84 %) 21 ( 84 %) 21 ( 84 %) 22 ( 88 %) 21 ( 84 %) 22 ( 88 %) 21 ( 84 %) JUMLAH 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 ( 100 %) 25 (100 %) 25 ( 100 %)

Sememangnya hanya 3 daripada 25 murid iaitu 12 % boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV iaitu item 3, 4, 5, 9, dan 11 seperti bakul, bedak, jarum, bukit, malam, lemah, nipis, murah, rumah, pasir, sabit dan tamak.Hanya 5 murid sahaja iaitu 20 % daripada 25 murid dapat membaca item 1, 2, 6, 7, 8, 10, dan 12 iaitu bakul, bedak, malam, murah, nipis, rumah dan tamak dengan betul dan tepat.Walaupun mereka belum mempelajari kemahiran membaca suku kata KVKVK namun ada yang boleh membaca dengan baik.Berdasarkan borang soal selidik didapati murid ini pernah bersekolah tadika sebelum ini dan ibu bapa pula kuat membimbing mereka . 4.1.6 Keputusan Ujian Membaca Ayat Mudah Ujian Membaca Ayat Mudah telah ditadbirkan dengan menggunakan ayat

tunggal.Didapati beberapa murid boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKVK boleh membaca ayat tunggal yang diberi.Jadual 6 di bawah menunjukkan hasil dapatan kajian. JADUAL 6 KEPUTUSAN UJIAN MEMBACA AYAT MUDAH ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 AYAT MUDAH Ini bola saya. Baju saya merah. Mama beli susu. Limau nipis rasa masam. Dalam semak ada ular. Bapa membeli basikal. Dia mendayung sampan. Sungai itu sangat dalam. MENGUASAI 10 murid (40 %) 3 murid (12 %) 10 murid (40 %) 3 murid (12 %) 5 murid ( 20 %) 3 murid ( 12 %) 3 murid (12 %) 3 murid (12 %)

Hasil kajian menunjukkan 3 orang murid prasekolah sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dari item 1 hingga 8 dengan lancar tanpa ada kesalahan walaupun ada perkataan berimbuhan.Manakala seramai 10 orang murid iaitu sebanyak 40

% boleh membaca item 1 dan 3.Selain dari itu, 20 % murid boleh membaca item item 5 dengan betul.Hanya terdapat 12 % murid boleh membaca item 2, 4, 6, 7 dan 8.Dapatan telah menunjukkan ketiga-tiga murid sudah menguasai asas membaca yang kukuh dalam kemahiran membaca.Ayat-ayat tersebut mengandungi imbuhan pada item 6 dan 7 iaitu perkataan membeli dan mendayung. 4.1.7 Tahap Penguasaan Membaca Murid-Murid Berdasarkan jadual 7 di bawah, tahap penguasaan kebolehan membaca murid-murid dapat dilihat dengan jelas.Terdapat murid yang sudah menguasai kemahiran membaca dengan baik dan ada juga yang masih belum menguasai kemahiran yang sepatutnya sudah dikuasainya.Contohnya membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV. JADUAL 7 TAHAP PENGUASAAN KEBOLEHAN MEMBACA MURID-MURID BIL. NAMA MURID 1) Murid A 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Murid B Murid C Murid D Murid E Murid F Murid G Murid H TAHAP PENGUASAAN MEMBACA Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan sedikit huruf sahaja. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Mengecam sedikit huruf kecil dan huruf besar. Mengecam dan menyatakan huruf kecil, huruf besar dan suku kata KV. Dapat mengecam dan menyatakan huruf besar, huruf kecil, suku kata KV dan

9) 10)

Murid I Murid J

KVKV. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil, huruf besar, suku kata KV dan KVKV. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam sedikit huruf kecil dan huruf besar. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil, huruf besar dan suku kata KV, KVKV, dan KVKVK. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil, huruf besar dan suku kata KV, KVKV dan KVKVK dan membaca ayatayat mudah. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar,suku kata KV,KVKV,KVKVK dan boleh membaca. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil, huruf besar dan suku kata KV, KVKV, KVKVK dan lancar membaca ayat-ayat mudah. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan huruf

11) 12) 13)

Murid K Murid L Murid M

14)

Murid N

15) 16)

Murid O Murid P

17)

Murid Q

18) 19) 20) 21) 22)

Murid R Murid S Murid T Murid U Murid V

23)

Murid W

kecil dan huruf besar sedikit. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar, suku kata KV,KVKV,KVKVK dan lancar membaca

24)

Murid X

ayat-ayat mudah. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dan huruf besar,suku kata KV,KVKV,KVKVK dan lancar membaca

25)

Murid Y

ayat-ayat mudah. Dapat mengecam dan menyatakan huruf kecil dah huruf besar, suku kata KV,KVKV,KVKVK dan lancar membaca ayat-ayat mudah.

4.2

Soal Selidik

Soal selidik merupakan salah satu instrumen yang sangat penting dalam menjalankan kajian ini.Keputusan soal selidik akan menentukan keesahan dan kebolehpercayaan ujian membaca yang telah dijalankan.Soal selidik telah dijalankan ke atas seorang guru Prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian, Johor.Selain daripada itu, seramai 14 orang ibu bapa murid tersebut yang terlibat dalam kajian ini. 4.2.1 Keputusan Soal Selidik Guru Keputusan soal selidik guru telah dikutip dan menunjukkan ketepatan ujian membaca yang telah dijalankan iaitu sejauh mana penguasaan kebolehan membaca murid-murid Prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian, Johor.Dalam lampiran A, penanda aras ditunjukkan dengan menanda (/) pada aras yang dirasakan tepat oleh guru berkenaan.Berikut adalah penanda aras yang digunakan; 1) Amat baik

2) Baik 3) Sederhana 4) Lemah 5) Sangat lemah Hasil dapatan soal selidik guru adalah seperti berikut; ITEM KEMAHIRAN 1) Boleh menamakan huruf kecil. 2) Boleh menamakan huruf besar. 3) Boleh membezakan bentuk huruf yang 4) 5) 6) 7) 8) 9) hampir sama (b,p,m,n). Boleh membaca huruf vokal. Boleh membaca huruf konsonan. Boleh membunyikan suku kata KV. Boleh membaca suku kata KVKV. Boleh membaca suku kata KVKVK. Boleh membaca ayat mudah. 5 / 4 / / / / / / / / 3 2 1

Keputusan soal selidik oleh guru telah menunjukkan tahap penguasaan kebolehan muridmurid mengecam dan membunyikan huruf kecil sangat lemah.Manakala kebolehan menamakan huruf besar, membezakan bentuk huruf yang hampir sama seperti huruf m dan n,membaca huruf vokal, membaca huruf konsonan, membunyikan suku kata KV, membaca suku kata KVKV, KVKVK dan membaca ayat-ayat mudah adalah di tahap yang lemah.Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas guru tersebut, ternyata sama dengan hasil dapatan dari tinjauan membaca yang dijalankan.Ini menunjukkan ujian tersebut mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan.Ini adalah kerana hasil dapatan ujian membaca menyamai dengan maklumat daripada soal selidik yang telah dijalankan ke atas guru tersebut.Ramai murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas lagi iaitu kegagalan untuk mengecam dan membunyikan huruf kecil dan besar dengan lancar dan baik. 4.2.2 Keputusan Soal Selidik Ibu Bapa Seramai 14 orang ibu bapa murid yang terlibat dalam kajian ini.Keputusan soal selidik dari ibu bapa menunjukkan maklumat yang diperlukan untuk melihat peranan ibu bapa

dalam memastikan anak-anaknya di prasekolah telah menguasai kemahiran membaca dan darjah tingkah laku murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca.Berikut adalah hasil dapatan soal selidik tersebut; ITEM PERANAN IBU BAPA KEKERAPAN 1) Menolong membuat kerja rumah. 14 2) Menyediakan bahan bacaan (buku cerita,komik,majalah kanak-kanak,buku 3) 4) 5) 6) latihan/kerja). Mengajar mengenal huruf. Mengajar membaca suku kata. Mengajar membaca perkatan. Mengajar membaca kuat perkataan dan ayat. 11 11 7 6 6 PERATUS 100 % 79 % 79 % 50 % 43 % 43 %

Dapatan kajian menunjukkan pada item 1 menunjukkan semua ibu bapa murid terlibat memberikan bantuan terhadap anak-anaknya membuat kerja rumah dengan peratus yang penuh iaitu 100 %.Sebanyak 79 % ibu bapa yang menyediakan bahan-bahan bacaan seperti komik, buku-buku cerita, majalah kanak-kanak, dan buku-buku latihan /buku kerja.Selain dari itu juga, sebanyak 79 % juga ibu bapa yang mengajar anak mereka mengenal huruf kecil dan huruf besar.Sebanyak 50 % ibu bapa yang terlibat dengan mengajar anak mereka membaca suku kata.Manakala 43 % ibu bapa yang mengajar anak membaca perkataan dan mengajar membaca kuat perkataan dan ayat.Tidak dapat dinafikan peranan ibu bapa memberi impak yang besar dalam membantu perkembangan penguasaan kebolehan kemahiran membaca murid-murid prasekolah. Ketika soal selidik dijalankan, pengkaji mendapati kebolehan membaca murid-murid turut dipengaruhi oleh peranan ibu bapa, murid-murid dan persekitaran mereka.Berdasarkan Lampiran B,berikut adalah hasil dapatan darjah tingkah laku muridmurid yang mempengaruhi penguasaan kebolehan membaca mereka.Tidak dapat dinafikan juga, sikap murid-murid turut mempengaruhi tahap penguasaan kebolehan membaca mereka.Berikut adalah keputusan darjah tingkah laku murid-murid yang dikaji; ITEM DARJAH TINGKAH LAKU MURID KEKERAPAN PERATUS

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) 16) 17) 18) 19) 20)

Suka menonton televisyen. Gemar bermain dengan rakan sebaya. Gemar membaca buku. Gemar menolong ibu bapa. Kerja rumah diajar oleh kakak/abang. Membuat kerja rumah dengan bantuan ibu bapa. Membuat kerja rumah dengan bantuan jiran. Membuat kerja rumah dengan bantuan orang lain. Gemar membaca komik . Gemar membaca buku cerita. Gemar membaca majalah kanak-kanak. Selalu membuat latihan dalam buku kerja/latihan. Ibu bapa mengajar mengenal huruf. Ibu bapa mengajar membaca suku kata. Ibu bapa mengajar membaca perkataan. Ibu bapa mengajar anak membaca kuat perkataan/ayat. Sangat minat membaca. Kurang berminat untuk membaca. Tidak berminat untuk membaca. Pernah menghadiri kelas Tadika.

8 8 9 3 7 14 0 5 1 7 3 13 11 7 6 6 11 3 0 5

57 % 57 % 64 % 21 % 50% 100 % 0% 36 % 7% 50 % 21 % 93 % 79 % 50 % 43 % 43 % 79 % 21 % 0% 38%

Keputusan soal selidik item 1 dan 2 menunjukkan 57 % murid-murid lebih gemar menonton televisyen dan bermain dengan rakan sebaya.Manakala item 3 pula menunjukkan hanya 64 % sahaja murid-murid yang gemar membaca buku.Bagi item 4 menunjukkan 21 % anak-anak menolong ibu bapa di rumah.Sebanyak 50 % kakak/abang membimbing mereka membuat kerja rumah.Selain dari itu,100 % ibu bapa yang diselidik menyatakan bahawa mereka membimbing anak-anak membuat kerja rumah.Tiada jiran yang membantu membimbing murid-murid membaca, namun saudara rapat menyumbang 36 % termasuk nenek, ibu saudara dan orang yang lebih rapat.Ibu bapa masih memainkan peranan yang besar membantu/membimbing anak-anak mereka membuat kerja rumah. Item 9 hingga 12 pula menunjukkan ibu bapa turut menyediakan bahan bacaan untuk menyuburkan lagi minat murid-murid membaca.Bahan bacaan yang

disediakan

seperti

komik,

buku

cerita,

majalah

kanak-kanak

dan

buku

latihan/kerja.Sebanyak 93 % buku kerja/latihan yang diberikan oleh ibu bapa yang mana ianya menyumbang peratusan tertinggi, komik sebanyak 7 %, buku cerita 50 %, dan majalah kanak-kanak 21 %.Hasil keputusan soal selidik item 13 menunjukkan sebanyak 79 % ibu bapa mengajar anak-anak mengecam huruf kecil dan huruf besar.Kegagalan anak-anak menguasai kemahiran mengecam dan membunyikan huruf kecil dan huruf besar mungkin disebabkan kurangnya latihtubi membaca, membaca kuat serta kelemahan anak itu sendiri.Item 14 menunjukkan 53 % ibu bapa mengajar anak mereka membaca suku kata dan item 15 pula seramai 43 % ibu bapa mengajar anak mereka membaca perkataan.Item 16 pula menunjukkan hanya 43 % ibu bapa mengajar anak mereka dengan membaca kuat perkataan/ayat.Ini disebabkan anak-anak mereka sudah menguasai penguasaan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV, KVKVK dan ayat-ayat mudah.Dari aspek sikap, ternyata item 17 menunjukkan 79 % murid-murid prasekolah sangat berminat membaca manakala 21 % kurang berminat.Apa yang baik dan menarik sekali adalah tidak ada murid yang tidak minat untuk membaca iaitu 0 %.Terdapatnya 5 orang murid-murid iaitu 38 % daripada 14 murid yang pernah belajar di tadika lain sebelum ini (item 20 ).Merekalah yang sudah menguasai kemahiran mengecam huruf kecil dan huruf besar,membaca suku kata KV,KVKVK dan membaca ayat-ayat mudah. 4.2.3 Tingkah Laku Murid Yang Mempengaruhi Penguasaan Kebolehan Membaca Berdasarkan soal selidik ke atas ibu bapa murid-murid,data darjah tingkah laku muridmurid yang mempengaruhi penguasaan kebolehan membaca diperolehi.Berikut adalah jadual yang menunjukkan darjah tingkah laku tersebut secara terperinci. BIL. 1) NAMA LAKU Murid MURID/ TINGKAH A TAHAP PENGUASAAN KEBOLEHAN mengecam kecil lambat dan dan besar MEMBACA membaca Lemah,hanya dapat huruf tetapi

buku,kerja rumah dibantu ibu menyatakan bapa,bahan bacaan buku kerja sedikit,rajin diberikan,mengenal

menguasai

huruf membaca.Ibu bapa rajin membimbing

melalui ibu bapa dan sangat mengenal berminat membaca/belajar. 2) Murid oleh B

huruf.Faktor

genetik

boleh

menjadi punca kelemahan.Murid ini tidak

pernah ke tadika. menonton Lemah,menguasai sedikit huruf kecil dan bacaan minat belajar dan tidak pernah ke tadika.

televisyen,kerja rumah dibantu huruf besar,ibu bapa prihatin tetapi tidak ibubapa,bahan buku kerja,kenal huruf melalui 3) ibu bapa,kurang minat belajar. Murid C menonton Lemah,menguasai sedikit huruf kecil dan televisyen,kerja rumah dibantu huruf besar,rajin tetapi lambat menguasai oleh ibu bapa,bahan bacaan membaca, ibu bapa prihatin dengan buku kerja,kenal huruf melalui mengajar anak.Tidak pernah ke tadika. ibu 4) bapa,kurang berminat menonton Lemah,menguasai sedikit huruf besar dan dengan huruf kecil,ibu bapa prihatin dengan untuk belajar. Murid D

televisyen,bermain

rakan sebaya,membaca komik, memberi bimbingan tetapi murid ini tidak suka menolong ibu bapa,kenal minat belajar dan tidak pernah ke tadika. huruf melalui ibu bapa,kurang 5) minat belajar. Murid E bermain dengan Lemah,menguasai sedikit kuruf kecil dan rakan dibantu sebaya,kerja oleh rumah huruf besar,ibu bapa prihatin tetapi tidak ibu banyak membantu murid ini.Mungkin ,menolong tidak pernah ke tadika dan sikap suka

bapa,abang/kakak

ibu bapa,membaca buku,minat bermain. 6) belajar. Murid F bermain dengan Lemah,menguasai sedikit huruf kecil dan rakan sebaya,kerja rumah huruf besar,ibu bapa prihatin tetapi tidak membantu murid ini.Tidak dibimbing oleh ibu bapa,bahan banyak

bacaan buku kerja,kenal huruf pernah ke tadika.Suka bermain mungkin melalui ibu bapa dan minat menjadi punca murid ini lemah. 7) belajar. Murid H membaca Sederhana,mengenal huruf kecil dan

buku,kerja rumah dibantu oleh huruf besar,membaca suku kata KV dan abang/kakak bapa,bacaan dan ibu KVKV, ibu bapa rajin mengajar huruf buku dan suku kata dapat membantu murid

kerja,mengenal huruf dan suku ini.Murid ini berminat walaupun tidak 8) kata melalui ibu bapa,sangat pernah ke tadika. Murid M bermain dengan Baik,dapat menguasai huruf kecil dan rakan sebaya,kerja rumah huruf besar.Boleh membaca perkataan kata KV,KVKV,KVKVK dan dibimbing oleh ibu bapa,bahan suku melalui ibu bapa dan minat tadika. 9) belajar. Murid N- membaca buku,bahan Baik,dapat mengenal huruf kecil dan bacaan buku kerja,membaca huruf kuat ayat dan perkataan. 10) Murid O besar,membaca dan suku sedikit kata ayat KV,KVKV,KVKVK

bacaan buku cerita,kenal huruf membaca 3 ayat mudah kerana pernah ke

mudah,rajin belajar membaca. menonton Lemah,hanya dapat menguasai sedikit rumah huruf kecil dan huruf besar,ibu bapa latihan,kenal tidak pernah ke tadika.

televisyen,kerja bacaan buku

dibimbing oleh ibu bapa,bahan prihatin tetapi tidak minat belajar dan huruf melalui ibu bapa,kurang 11) minat belajar. Murid P- membaca buku,kerja Sederhana,mengenal rumah kakak/abang bapa,bahan melalui 12) ibu dibantu serta bacaan huruf kecil dan

oleh huruf besar,membaca suku kata KV dan ibu KVKV,ibu bapa rajin mengajar huruf dan buku suku kata di mana ia dapat membantu

kerja,kenal huruf dan suku kata murid ini.Minat belajar dan tidak pernah bapa,sangat ke tadika sebelum ini. menonton Cemerlang,boleh membaca ayat dengan ibu lancar tanpa kesalahan.Ibu bapa dan dengan keluarga banyak membantu,rajin belajar berminat belajar. Murid Qtelevisyen,menolong bapa,bermain ibu

rakan,kerja rumah dibantu oleh dan pernah ke tadika sebelum ini. bapa,abang/kakak,bahan

bacaan

buku

cerita,buku

kerja,kenal huruf kecil dan huruf besar,suku kata dan juga ayat melalui ibu bapa dan 13) sangat berminat belajar. Murid W membaca Cemerlang,boleh membaca ayat dengan buku,kerja rumah dibantu oleh lancar tanpa kesalahan.Ibu bapa ibu bapa,bahan bacaan buku membantu,rajin belajar dan pernah ke kerja,perkataan dan ayat diajar tadika sebelum ini. oleh ibu bapa,sangat berminat 14) belajar. Murid X menonton Cemerlang,boleh membaca ayat dengan ibu lancar tanpa kesalahan.Ibu bapa dan rakan keluarga banyak membantu,serta murid dibantu ini rajin belajar dan pernah ke tadika ibu sebelum ini. buku cerita dan dengan rumah

televisyen,menolong bapa,bermain sebaya,kerja oleh bapa,abang/kakak,bahan bacaan

majalah, ,kenal huruf,suku kata dan ayat melalui ibu bapa, sangat berminat belajar. Dapatan daripada soal selidik yang diisi oleh 14 orang ibu bapa menunjukkan bahawa ibu bapa,keluarga dan murid-murid sendiri sangat mempengaruhi penguasaan pencapaian kebolehan membaca murid-murid.4 orang murid cemerlang dalam membaca suku kata,perkataan dan ayat mudah adalah murid-murid yang sememangnya berminat membaca,mendapat dorongan ibu bapa dan keluarga yang begitu mengambil berat dengan mengajar dan membimbing dalam kemahiran membaca, menyediakan bahan bacaan dan membantu menyiapkan kerja rumah.Murid-murid yang cemerlang juga berpengalaman belajar di tadika lain sebelum ini.Ini menunjukkan pengetahuan sedia ada murid-murid sangat membantu dalam kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran murid.Kemahiran membaca turut diperkukuhkan oleh guru di prasekolah.

Namun begitu, ada juga murid-murid yang belum pernah ke tadika sudah boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV dan KVKVK dengan baik.Seorang murid sudah menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV iaitu selaras dengan kemahiran yang perlu dicapai mengikut Sukatan Pelajaran Prasekolah pada masa kajian dijalankan.Manakala seorang lagi sudah boleh membaca perkataan dan ayat yang mengandungi suku kata KV dan KVKVK walaupun tidak pernah ke tadika.Ibu bapa mereka telah memperkenalkan huruf kecil dan huruf besar sebelum melangkah ke prasekolah.Bagi kanak-kanak yang lemah pula,ada yang tidak pernah ke tadika.Daripada 14 orang murid, 2 murid tidak berminat membaca dan belajar.Sikap ini amat mempengaruhi penguasaan kebolehan membaca mereka walaupun ibu bapa berusaha mengajar anak-anak membaca.Sikap tidak berminat membaca menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sukar.Hal ini berbanding murid yang sangat berminat membaca tetapi masih lemah.Faktor genetik,pemakanan,persekitaran turut menjadi punca.Ada murid-murid yang suka menonton televisyen dan bermain dengan rakan sebaya berbanding belajar membaca.Ini boleh menjejaskan penumpuan mereka dalam menguasai kemahiran membaca walaupun diajar oleh ibu bapa, keluarga dan guru.

BAB

DAPATAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Dapatan Kajian Analisis terhadap maklumat-maklumat dari ujian membaca ke atas murid-murid Prasekolah Asuhan Bestari Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, Pontian, Johor dan soal selidik terhadap ibu bapa dan guru menunjukkan perbezaan penguasaan kebolehan membaca yang nyata.Prestasi pencapaian yang ditunjukkan oleh murid-murid yang mendapat perhatian ibu bapa sejak awal, berminat belajar dan membaca serta pernah mengikuti kelas tadika jauh baik berbanding murid-murid yang lewat mendapat perhatian, tidak berminat untuk membaca dan tiada pengalaman ke kelas tadika. 5.2 Pencapaian Penguasaan Kebolehan Membaca Murid-Murid Sewaktu tinjauan dibuat, murid-murid sepatutnya sudah menguasai kemahiran mengecam huruf kecil dan huruf besar, membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV.Hasil tinjauan mendapati terdapat murid-murid yang belum menguasai kemahiran di atas. 5.2.1 Mengecam dan Membunyikan Huruf Kecil Dapatan kajian menunjukkan huruf kecil iaitu o bagi item 15 menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 100 % bagi murid-murid mengecam dan membunyikan huruf tersebut.Peratusan kedua tertinggi mengecam huruf kecil ialah huruf a iaitu seramai 56 % atau 14 orang murid.Terdapatnya 11 murid iaitu 44 % yang boleh mengecam dan membunyikan huruf c,i dan z.Peratusan ketiga tertinggi pula adalah huruf b,e,k,s,u,w,x iaitu 24 %.Hanya 20 % daripada 25 murid prasekolah iaitu 5 murid yang dapat mengecam dan membunyikan semua huruf kecil dengan betul dan tepat.Murid-murid ini

pernah menghadiri tadika dan sudah mengenal huruf kecil sebelum memasuki prasekolah lagi. 5.2.2 Mengecam dan Membunyikan Huruf Besar Peratusan tertinggi menunjukkan huruf besar iaitu O bagi item 15 masih menunjukkan peratusan paling tinggi iaitu 100% bagi jumlah murid-murid yang boleh mengecam dan membunyikan huruf itu.Ini bererti kesemua murid dapat mengecam dan membunyikan huruf tersebut sama ada huruf kecil atau pun huruf besar dengan betul.Item 1 iaitu huruf A menunjukkan seramai 18 murid yang mewakili 72 % dapat mengecam dan membunyikan huruf besar dengan betul. Manakala peratus kedua tertinggi adalah huruf Z iaitu sebanyak 52 % daripada jumlah murid.Hanya 6 murid yang mewakili sebanyak 12 % daripada 25 murid dapat mengecam dan membunyikan huru besar dengan betul dan lancar.Keupayaan mereka menguasai kemahiran tersebut dapat membantu mereka untuk membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan.Kegagalannya pula akan menyebabkan murid-murid ini mengalami masalah untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. 5.2.3 Membunyikan Suku Kata KV

Semasa kajian dijalankan, murid-murid sudah mempelajari kemahiran membunyikan suku kata KV.Hasil dapatan kajian menunjukkan sudah adanya murid yang menguasai dan ada juga yang gagal membunyikan suku kata KV.20 % iaitu mewakili 5 murid sudah boleh menguasainya dengan tepat dan betul.Manakala item 1, 2, dan 9 seperti ba, ca dan mu menunjukkan seramai 40 % iaitu mewakakili 10 murid.Hanya terdapat 30 % murid yang boleh membunyikan item 6 dan 10 iaitu ka dan po.Ini menunjukkan masih ramai lagi yang belum dapat membunyikan suku kata KV.Kegagalan mengecam dan membunyikan huruf kecil mempengaruhi penguasaan kebolehan membaca murid-murid tersebut.

5.2.4

Membaca Perkataan Suku Kata KVKV

Dapatan hasil kajian menunjukkan peratusan tertinggi kebolehan membaca suku kata KVKV adalah seramai 40 % murid.Item tersebut adalah item 1, 2, dan 9 seperti baju, bola dan meja.Peratusan kedua tertinggi adalah item 6 dan 10 iaitu 30 % murid.Perkataan tersebut adalah jari dan pasu.Hasil kajian juga mendapati 5 daripada 25 murid dapat membaca dengan betul semua perkataan tersebut.Hal ini menunjukkan sekiranya muridmurid dapat membunyikan suku kata KV dengan baik maka mereka dapat membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV dengan baik dan betul.Kebolehan membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV pula dapat membantu muridmurid mempelajari dan seterusnya menguasai kemahiran membaca yang mengandungi suku kata KVKVK dengan mudah sekiranya latih tubi bacaan dijalankan. 5.2.5 Membaca Perkataan Suku Kata KVKVK Sebanyak 20 % murid dapat membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKVK dengan betul dan tepat iaitu item 1, 2, 6, 7, 8, 10 dan 12.Perkataannya adalah bakul, bedak, malam, murah, nipis, tamak, dan rumah.Peratus kedua tertinggi pula adalah sebanyak 16 % daripada 25 murid boleh membaca perkataan rumah dengan betul.Mana kala peratus terendah iaitu item 3, 4, 5, 8 dan 11 iaitu sebanyak 12 % daripada jumlah murid.Dapatan soal selidik menunjukkan murid-murd yang sudah menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV boleh membaca perkatan yang mengandungi suku kata KVKVK.Pengajaran oleh guru dan bimbingan ibu bapa serta sikap rajin murid-murid turut membantu dalam menguasai kemahiran membaca suku kata KVKVK.Latih tubi dan perhatian oleh ibu bapa di rumah serta pengalaman pernah menghadiri tadika sebelum ini turut memudahkan murid-murid menguasai kemahiran tersebut.

5.2.3 Membaca Ayat Mudah Hasil tinjauan telah mendapati 12 % iaitu 3 daripada 25 murid dapat membaca semua ayat yang telah diajukan tanpa ada kesalahan.Walaupun terdapatnya perkataan berimbuhan dalam ayat-ayat tersebut, murid tersebut dapat membaca dengan lancar.Contoh ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan seperti meN, meM iaitu mendayung dan membeli.Sebanyak 20 % murid dapat membaca ayat yang mengandungi suku kata VKV,VKVK dan KVKVK seperti contoh ayat dalam semak ada ular.Manakala 40 % murid pula boleh membaca ayat yang mengandungi suku kata VKV dan KVKV.Dapatan ini jelas menunjukkan ketiga-tiga murid yang boleh membaca kesemua ayat dengan betul telah mempunyai asas kemahiran membaca yang kukuh.Ibu bapa, guru dan persekitaran memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi kebolehan membaca murid-murid. 5.3 Kekuatan/ Kebolehan Dan Kelemahan Membaca Murid-Murid

Dapatan kajian menunjukkan ada murid-murid yang sudah boleh membaca ayat dengan lancar walaupun aras sukar seperti ayat yang menggunakan perkataan berimbuhan meN, dan meM.Kebanyakan murid-murid yang dapat membaca dengan baik ini mempunyai pengalaman belajar di tadika sebelum ini, seterusnya mendapat perhatian dan tunjuk ajar daripada ibu bapa sejak kecil dan sangat berminat membaca/belajar.Penguasaan kebolehan membaca murid-murid dapat dilihat dengan jelas berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui ujian membaca dan soal selidik yang telah dijalankan. Hasil tinjauan juga mendapati ada murid-murid yang sudah menguasai kemahiran membaca ayat mudah dengan baik dan lancar.Ini dapat dilihat apabil 10 murid iaitu sebanyak 40 % sudah boleh mengecam dan membunyikan huruf kecil dan huruf besar serta membaca perkataan dan ayat yang mengandungi suku kata KVKV dengan lancar dan jelas.Ini bermakna 10 orang murid telah dapat menguasai kemahiran yang sepatutnya dikuasai iaitu kebolehan membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV selaras dengan Sukatan Pelajaran Prasekolah pada masa kajian dijalankan.Sementara itu, seramai 5 murid iaitu 20 % sudah boleh membaca ayat mudah

yang mengandungi suku kata VKV dan KVKV.Terdapatnya 20 % iaitu 3 daripada 25 murid sudah boleh membaca semua perkataan yang mengandungi suku kata KVKVK dan perkataan berimbuhan meN dengan lancar.Ternyata mereka telah bersedia dari aspek mental dan fizikal sebelum memasuki alam persekolahan sebenar.Kajian juga mendapati ada juga murid-murid yang belum pernah ke tadika tetapi sudah boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV dan KVKVK dengan baik.Pengetahuan sedia ada, dorongan ibu bapa, persekitaran dan pengalaman yang diperolehi sebelum ini sangat membantu perkembangan mereka dalam menguasai kemahiran membaca, kelancaran bacaan perkataan dan ayat serta mendorong minatnya untuk belajar. Selain dari itu, faktor genetik dan kecerdasan kognitif boleh mempengaruhi tahap perkembangan bahasa mereka.Murid-murid yang mempunyai genetik cemerlang cenderung untuk menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan pantas.Pun begitu, pemakanan yang berkhasiat dan seimbang turut menyumbang kepada kecerdasan kognitif murid-murid.Badan yang sihat akan menjadikan otak murid-murid cerdas.Kecerdasan minda amat penting untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dapat diterima dengan baik.Murid-murid tidak mudah mengantuk dan rajin untuk belajar. Hasil kajian juga mendapati ramai murid yang boleh membaca suku kata dan ayat gemar membaca buku cerita, majalah kanak-kanak dan membuat latihan buku kerja.Ini menunjukkan bahawa selain peranan ibu bapa dan murid itu sendiri, bahan bacaan juga boleh membantu penguasaan kemahiran membaca murid-murid.Umpamanya bahan bacaan yang menarik yang mengandungi animasi dan grafik, berwarna-warni, saiz tulisan yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak boleh mendorong minat murid-murid belajar sekaligus menguasai kemahiran membaca dengan baik dan cepat sekiranya dibimbing dengan betul. Dalam kalangan murid-murid yang boleh membaca, ada yang suka menonton televisyen, menolong ibu bapa dan bermain dengan rakan sebaya.Namun, itu semua tidak menjejaskan kebolehan mereka menguasai kemahiran membaca.Pengurusan masa yang betul di antara masa belajar dan bermain dapat memberi keseimbangan dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid.Proses perkembangan berlaku secara sihat dan seimbang di sini.Masa bermain amat perlu bagi murid-murid kerana pada masa ini otak turut berkembang dan menerima pembelajaran serta pengalaman yang baru.Ini

semua akan mendorong perkembangan afektif yang sihat serta konsep kendiri yang positif.Hasilnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kajian juga mendapati bahawa murid-murid yang tidak pernah menghadiri kelas tadika sebelum ini mempunyai tahap kebolehan membaca yang berbeza.Ini kerana ada yang masih belum dapat mengecam dan membunyikan huruf kecil dan huruf besar dengan baik.Murid-murid yang masih lambat menguasai kemahiran membaca adalah mengecam dan membunyikan huruf kecil dan huruf besar agak ketinggalan.Mereka tahu membaca huruf A hingga huruf Z secara urutan dengan baik tetapi tidak dapat mengecam dan membunyikan dengan betul.Ramai lagi yang masih keliru dengan bentuk huruf kecil b dan d,h dan n,p dan q,m dan n serta I dan i.Begitu juga dengan huruf besar,murid yang selalu keliru di antara huruf L dan I,M dan N.Terdapatnya 4 murid lelaki dan 3 murid perempuan yang terlalu lemah membaca.Hanya huruf O sahaja yang menunjukkan 100 % murid-murid dapat mengecam dan membunyikannya sama ada huruf kecil mahu pun huruf besar kerana bentuknya yang sama. Bagi murid-murid yang belum menguasai huruf kecil dan huruf besar, mereka gagal untuk membaca perkataan dengan baik dan betul.Sepatutnya jika mengikut Sukatan Pelajaran Prasekolah, pada masa ini mereka sudah boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKV.Terdapat ibu bapa dan keluarga yang prihatin dengan mengajar memperkenalkan huruf kecil dan huruf besar kepada anak-anak mereka tetapi kurang membantu dalam meningkatkan tahap kebolehan membacanya.Mungkin teknik pengajaran yang kurang sesuai dan murid-murid tidak didedahkan dengan teknik latih tubi bacaan. Dapatan hasil kajian daripada soal selidik ke atas 14 ibu bapa mendapati hanya 79 % sahaja daripada murid-murid yang berminat untuk belajar.Manakala 21 % murid kurang minat belajar.Sikap tidak berminat belajar ini akan menjadikan muridmurid lambat menguasai kemahiran membaca dengan cepat.Ada juga murid-murid yang minat belajar tetapi masih lemah pencapaiannya dalam menguasai kemahiran mengecam dan membunyikan huruf kecil dan huruf besar.Kemungkinan faktor genetik atau kecerdasan kognitif mereka di tahap yang rendah.Sikap suka menonton televisyen, bermain dengan rakan sebaya dan kurangnya pemantauan oleh ibu bapa serta keluarga juga boleh mempengaruhi tahap kebolehan membaca murid-murid.Kegagalan mengurus

masa dengan baik akan mendorong minat murid-murid lebih kepada hiburan berbanding kemahiran belajar membaca. Ditinjau dari aspek peranan guru, mengajar dan membimbing murid kerana gurulah yang lebih mengetahui aras pencapaian keseluruhan murid-murid prasekolah itu sewaktu soal selidik dijalankan.Guru mengajar dengan tekun dan berdedikasi dengan mengadakan latih tubi bacaan serta latihan penulisan di dalam kelas dengan menggunakan teknik yang menarik selaras dengan Sukatan Pelajaran Prasekolah.Pengayaan dan bahan bacaan tambahan diberikan kepada murid-murid yang sudah boleh membaca dengan lancar.Manakala bacaan pagi kerap dijalankan untuk mengatasi kelemahan murid-murid.Sekiranya murid sudah mengenal huruf kecil dan huruf besar, maka proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.Guru yang kerap menjalankan pemulihan namun terdapatnya sikap murid-murid yang tidak berminat belajar dan ada yang terlalu pendiam akan menyukarkan guru untuk membimbing mereka untuk menguasai kemahiran membaca dengan berkesan. 5.1.2 Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu Murid-Murid Menguasai Kemahiran Membaca Peranan ibu bapa sangat besar dalam memastikan anak-anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik dan berkesan.Ibarat pepatah Anak-anak ibarat kain putih, ibu dan bapalah yang mencorakkan mereka.Dapatan kajian soal selidik menunjukkan ramai ibu bapa yang mengambil berat tentang anak-anak mereka.79 % daripada 14 ibu bapa mengajar anaknya mengenal huruf kecil dan huruf besar, 50 % ibu bapa mengajar anak mereka membaca suku kata dan 43 % ibu bapa mengajar membaca perkataan dan ayat mudah.Murid-murid yang lancar membaca telah didedahkan dengan kemahiran mengecam dan membunyikan huruf kecil dan huruf besar, membunyikan suku kata, membaca suku kata, perkataan dan teknik membaca kuat sejak kecil oleh ibu/bapa/keluarga. Berdasarkan asas yang kukuh ini, ianya memudahkan murid-murid menerima pelajaran yang diajar oleh guru di prasekolah dan tidak akan mengalami masalah kecelaruan minda.Pelbagai kemahiran dan mata pelajaran yang diajar mudah

menyerap ke dalam diri lalu menjadikan situasi pengajaran dan pembelajaran bertambah mudah dan lancar. Penyediaan ibu bapa seperti menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap usia mereka seperti buku-buku latihan, cerita, komik, majalah dan buku kerja boleh mempengaruhi tahap peguasaan kebolehan membaca murid-murid.Bahan bacaan yang menarik, berwarna-warni, mengandungi grafik dan animasi serta saiz tulisan yang besar boleh mendorong minat murid-murid untuk membaca walaupun kadangkala tidak semua perkataan dapat dibaca dengan betul.Selain dari itu juga, sikap ibu bapa yang mengambil berat anak mereka dengan memperkenalkan huruf , suku kata, perkataan, dan membaca kuat juga turut mempengaruhi pencapaian kemahiran membaca muridmurid.Sebanyak 43 % daripada 14 ibu bapa telah mengajar anak mereka membaca perkataan dan ayat dengan kuat.Teknik membaca dengan kuat adalah merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam mengajar kemahiran membaca dan terbukti keberkesannya dalam membantu murid-murid belajar membaca. Ibu bapa dan keluarga yang memberikan dorongan kepada anak-anak mereka membaca di rumah akan menyemai sifat yang rajin serta berminat untuk belajar di dalam jiwa murid tersebut.Ada juga ibu bapa yang meminta bantuan dari abang/kakak/ orang lain mengajar anak mereka membuat kerja rumah dan membaca.Kajian mendapati 100 % ibu bapa membantu anak-anak membuat kerja rumah, 50 % murid diajar oleh kakak/abang dan 36 % murid diajar oleh orang lain.Kerjasama yang erat antara ibu bapa, keluarga dan orang lain dalam membantu murid-murid belajar sangat baik jika menjadi amalan.Kadang kala, ibu bapa terlalu sibuk, maka atas rasa inisiatifnya meminta bantuan daripada orang di sekeliling yang dapat membantu murid-murid memperbaiki tahap penguasaan kebolehan membaca mereka.Namun begitu, berdasarkan soal selidik ke atas 14 ibu bapa murid-murid, hanya 79 % ibu bapa yang mengajar anak-anak mengenal huruf dan 43 % mengajar anak membaca kuat perkataan dan ayat.Mungkin inilah salah satu punca murid-murid lambat menguasai kemahiran membaca.Murid-murid yang memasuki prasekolah tanpa asas mengecam dan membunyikan huruf akan menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca sekiranya kurang mendapat bimbingan ibu bapa di rumah.Ini kerana murid-murid menghabiskan masa di kelas prasekolah hanya 3 jam berbanding masa yang lama di rumah.Hasil kajian menunjukkan 21 % daripada murid-

murid tersebut kurang minat belajar berbanding 79 % yang berminat.57 % murid-murid suka menonton televisyen dan bermain dengan rakan sebaya.Ini boleh mendorong kurangnya minat membaca.Persekitaran yang kurang kondusif, suasana pembelajaran dan membiarkan serta mengabaikan sebahagian besar masa murid-murid menonton televisyen dan bermain dengan rakan sebaya boleh mempengaruhi minat belajar.Pemantauan ibu bapa sangat perlu dalam memberi keseimbangan di antara masa belajar dan berhibur. Hasil dapatan kajian terhadap soal selidik ke atas 14 orang ibu bapa mendapati hanya 64 % murid sahaja yang gemar membaca buku.Manakala 12 % pula suka menolong ibu bapa di rumah.Jika ibu bapa dan murid-murid bijak membahagikan masa, sikap ini baik tetapi jika sehingga mengenepikan kepentingan belajar, ia perlu diseimbangkan agar murid-murid lebih bertanggungjawab terhadap diri mereka.Kakak/abang/nenek/saudara terdekat yang lain boleh diminta membantu bagi memastikan murid-murid mencapai penguasaan kebolehan membaca yang baik.Ternyata dalam proses mengajar murid-murid membaca, ibu bapa tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tugas mengajar membaca kepada guru sebaliknya pendedahan sebelum murid-murid ke prasekolah dan peneguhan mengenal huruf huruf kecil dan huruf besar ketika di rumah sangat menyumbang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran agar mereka tidak ketinggalan. Peranan ibu bapa sangat penting dalam membantu murid-murid bersedia untuk menghadapi sistem persekolahan dan bersedia lebih awal agar mudah mengikuti pelajaran.

5.2.6

Rumusan

Analisis tentang tahap penguasaan kebolehan membaca murid-murid prasekolah telah pun dijalankan.Antara rumusan yang dapat dibuat adalah; 1)Murid-murid prasekolah dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat sekiranya mendapat sepenuh perhatian ibu bapa sejak kecil lagi terutamanya dapat membimbing dan memperkenalkan huruf kecil dan huruf besar seawal mungkin.Murid-murid pada

peringkat ini mudah dan cepat belajar di prasekolah kerana sudah mempunyai pendedahan sejak awal berbanding yang tidak pernah belajar. 2)Tahap penguasaan kebolehan membaca murid-murid normal yang pernah menghadiri kelas tadika sebelum memasuki prasekolah jauh lebih baik berbanding murid-murid yang tidak pernah ke tadika. 3)Prestasi pencapaian dalam bidang bahasa begitu pesat sekiranya persekitaran yang disediakan oleh ibu bapa dan guru mampu merangsang kognitif murid-murid normal seperti penyediaan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap usia dan bantuan daripada keluarga rapat murid-murid. 4)Guru perlu memastikan murid-murid sudah mencapai kemahiran mengecam dan membunyikan huruf kecil dan huruf besar sebelum mengajar membaca suku kata KV,KVKV dan seterusnya. 5)Persekitaran yang kondusif seperti ibu bapa yang rajin memberikan anak mereka tunjuk ajar, bahan bacaan yang mencukupi serta pengurusan waktu yang baik boleh mempengaruhi perkembangan bahasa murid-murid. 6)Masalah kelemahan membaca murid-murid normal di prasekolah boleh diperbaiki dan dipulihkan dengan memastikan pengajaran dan pembelajaran mengikut Sukatan Pelajaran Prasekolah. 7)Faktor genetik juga boleh menjadi punca kecemerlangan atau kegagalan menguasai kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah. 8)Pemakanan yang seimbang turut membantu dalam membentuk perkembangan kognitif kanak-kanak yang pintar dan cerdas kerana mendapat zat-zat yang secukupnya untuk perkembangan sistem saraf otak murid-murid yang sedang membesar.

5.1.2

Cadangan

Memandangkan kemahiran membaca sangat penting kepada murid-murid sebelum melangkah persekolahan sebenar iaitu Tahun 1, maka adalah wajar sekiranya prasekolah mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat.Bagi pihak ibu bapa pula, mereka perlulah memainkan

peranan yang aktif dalam memastikan murid-mrid boleh menguasai kemahiran membaca.Berikut adalah beberapa cadangan iaitu; 1)Penyeliaan dan pengawasan perlu diadakan dengan lebih kerap oleh Pihak Kementerian Pelajaran untuk memastikan agar Kurikulum Prasekolah dan pendekatan pengajaran serta pembelajaran yang sesuai dapat digunakan dan disampaikan dengan baik. 2)Guru prasekolah seharusnya diberikan latihan dan kursus yang berterusan agar sentiasa cemerlang dan profesional dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. 3)Persekitaran di prasekolah perlulah kondusif dan selamat agar murid-murid merasa seronok belajar.Bangunan yang menarik dan berwarna-warni, sudut bacaan yang lengkap, bahan pengajaran bahasa yang pelbagai dan guru yang mesra, penyayang, prihatin serta rajin akan turut memotivasikan murid-murid belajar. 4)Memastikan latih tubi membaca dipraktikkan sama ada dengan menggunakan guru sebagai model, menggunakan kemudahan multimedia, atau perisian komputer yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan mahupu yang dibangunkan sendiri. 5) Memberikan peluang yang sama kepada murid-murid menonjolkan diri kerana ini akan membentuk sikap kendiri positif.Murid-murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai.Oleh itu, kepantasan menguasai kemahiran membaca adalah berbeza di antara satu sama lain. 6)Bahan bantuan mengajar seperti kad-kad huruf, kad-kad bacaan, kad-kad perkataan, buku besar dan buku cerita perlu disediakan dengan lengkap, tersusun dan tahan lama.Permainan bahasa dan aktiviti membaca secara mekanis perlu dijalankan agar murid-murid cepat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

6. Cadangan Kajian Lanjutan Adalah dicadangkan supaya satu kajian dapat dijalankan dengan mengambil kira beberapa faktor lain yang tidak terdapat dalam kajian seperti; a)peranan guru. b)strategi,kaedah dan teknik pengajaran. c)media pengajaran. d)sudut pembelajaran.

Faktor-faktor ini adalah sebagai satu cadangan sahaja.Mungkin terdapatnya faktor-faktor lain yang tidak dinyatakan di sini yang boleh dijalankan dalam satu kajian yang akan datang sama ada oleh pengkaji sendiri atau para pengkaji yang lain.

RUJUKAN 1. Abu Bakar Nordin & Rohaty Mohd.Majzub. (1989). Pendidikan Prasekolah. Selangor Fajar Bakti Sdn.Bhd. 2. Durkin, D.rR. (1966). Children Who Read Early. New York. Teacher College Press. 3. Ee Ah Meng. (2002).Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.Bhd. 4. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1986). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia. 5. Kimmel,M.M. & Segal, E. (1998). For Reading Out Loud. New Jersey: Delacorte. 6. Roselan Baki. (2003). Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: Karisma Publications Sdn.Bhd. 6.Rudman.M. & Pierce, A.M. (1988).For Love Of Reading A Parents Guide; to Encourage Young Readers From Infancy Through Age 5. New York: Consumers Union. 7. Sofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa Melayu di Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn.Bhd. 8. Zoraini Wati Abas. (1992).Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

BAHAN RUJUKAN ELEKTRONIK 1. Arif Sukardi. (1987). Prinsip-prinsip (Teori) Pembelajaran.(atas talian) http://www.Ut.Ac.Id/OI-Supp/Fkip/ Pgsm 3803/.(12 Ogos 2009) 2. Lee Lai Guan, Rahmah & Salihah. 1997. Satu Tinjauan Pelbagai Aspek Membaca Murid-Murid Tadika. (atas talian) http://www.C:/ My Documents/SATU TINJAUAN PELBAGAI ASPEK MEMBACA MURID-MURID TADIKA.htm (12 Julai 2009) 3.Mohammad Zaidi Ahmad. 1994. Masalah Mengenal Abjad Bahasa Melayu Dalam Kemahiran Membaca. (atas talian) http://www.ppk.kpm.my/eprd/reading.htm. (19 Julai 2009) 4.Mohd.Ghani. 1998. Mengkaji Masalah Ketidakupayaan Membaca Di Kalangan KanakKanak Dalam Kelas Pemulihan: Satu Kajian Kes Terhadap Pelajar Pemulihan Di Sekolah Enam,Bandar Baru Bangi,Selangor.(atas talian) http://www.ppk.kpm.my/eprd/reading.htm. 5. Siti Aisyah & Harleeza.1996. Peranan Perpustakaan Negara Malaysia Dalam Galakan Pembacaan Dan Penggunaan Buku Kanak-Kanak (atas talian) http://www.Pembacaan Buku Kanak-Kanak.pdf.kajian+Profil+Rakyat+Malaysia

LAMPIRAN A (Soal Selidik Guru)

Sila tandakan (/) di ruangan yang sesuai untuk menunjukkan tahap pencapaian murid . 1). Amat baik 2). Baik 3). Sederhana 4). Lemah 5). Sangat lemah

ITEM 1)Boleh menamakan huruf kecil. 2)Boleh menamakan huruf besar. 3)Boleh membezakan bentuk huruf yang hampir Sama ( b,p,m,n). 4)Boleh membac huruf vokal. 5)Boleh membaca huruf konsonan. 6)Boleh membunyikan suku kata terbuka. 7)Boleh membaca suku kata terbuka. 8)Boleh membaca suku kata tertutup. 9)Boleh membaca ayat-ayat mudah.(3 perkataan)

LAMPIRAN

Kepada, Ibu bapa, Nama murid : Nama sekolah :

Baca soalan di bawah dan tandakan (/) di tempat-tempat berkenaan.

1)Apakah yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak sewaktu di rumah? 1) 2) 3) 4) Menonton televisyen Bermain dengan rakan sebaya Membaca buku/majalah/komik Menolong ibu bapa

2)Kerja rumah biasanya dibimbing oleh 1) 2) 3) 4) Kakak/abang Ibu bapa Jiran Orang lain/ selain dari di atas

3)Bahan bacaan yang disedikan oleh ibu bapa/penjaga di rumah 1) 2) 3) Komik Buku-buku cerita Majalah kanak-kanak

4)

Buku kerja/ buku latihan

4)Ibu bapa membantu anak-anak belajar mengenai 1) 2) 3) 4) Mengenal huruf Membaca suku kata Membaca perkataan Membaca kuat perkataan dan ayat

5)Adakah anak tuan/puan pernah menghadiri tadika sebelum ini? 1) 2) Pernah Tidak pernah

Anda mungkin juga menyukai