Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN B

(PEMBANGUNAN MASYARAKAT)
SULALATUS SALATIN SS
ADAT ISTIADAT
KONSEP:
 Mengikut pandangan Norhayati Ab. Rahman dalam makalah beliau Adat dan
Adat Istiadat Dalam Sastera Sejarah Sebagi Peneguhan Kepada Ketuanan dan
Kekuasaan Raja Melayu (2009:2) menyatakan bajawa adat istiadat daoat
dibahagikan kepada dua bahagian
 Pertama adat istiadat yang berhubung dengan upacara dalam kitaran
kehidupan manusia bermula dari detik awal kelahiran sehinggalah ke titik
akhir, iaitu kematian.
 Kedua, adat istiadat yang melambangkan kuasa yang hanya dipraktikkan oleh
golongan raja atau istana.
Adat Merisik
 Setelah Tun Fatimah meningkat dewasa, Bendahara Seri maharaja ingin
menjodohkannya dengan Tun Ali, anak Seri nara Diraja. Sebelum mereka
dikahwinkan, diadakan adat merisik dan adat meminang. Sehubungan dengan
itu, Raja Dibaruh telah dipersilakan oleh Bendahara Seri Mahraja
Adat Berjaga-jaga
 Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan puteri Betara Majapahit iaitu Raden
Galuh Cendera Kirana, terdapat upacara berjaga-jaga selama 40 hari 40
malam. Adat ini diserikan dengan pelbagai jenis permainan serta bunyi-
bunyian untuk bersuka ria.
 Adat ini juga turut dilaksanakan oleh golongan pembesar. Buktinya ketika
perkahwinan Tun Fatimah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dengan
Tun Ali. Dinyatakan bahwa “Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir pun
berjaga-jaga akan mengahwinkan anaknya, Tun fatimah dengan Tuna li, anak
Seri Nara Diraja.
Adat Perkahwinan
 Sewaktu perkahwinan antara Hang Hussain Cengang dengan anak Hang Utuh
dan perkahwinan Tun Fatimah dengan Tun Ali. Dalam majlis perkahwinan ini
kenduri kendara telah diadakan dan ianya akan dihadiri oleh sanak-saudara,
sahabat handai, dan masyarakat setempat.
Adat semasa Kemangkatan Diraja
 Dikisahkan dengan jelas semasa kemangkatan Sultan Muhammad Syah di
Melaka. Semasa kemangkatan baginda, adat kemangkatan Diraja telah
disempurnakan oleh segala Orang Besar-nesar dan rakyat jelata di Melaka.
Adat menyambut kelahiran bayi/putera raja
 Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Semasa dalam pelarian, yakni
sewktu berada di Kopak, Tun Fatimah telah melahirkan seorang putera yang
bakal mewarisi takhta kerajaan Melaka. Sultan Mahmud Syah terlalu sukacita
menyambut kelahiran puteranya ini. Sebagi tanda gembira, baginda telah
menitahkan memalukan gendang kesukaan dan dipasangkannya Meriam dua
belas pucuk. Setelah itu, putera berkenan dimandikan dan diazankan oleh kadi.
Kemudiaan Orang Besar-besar persembahkanlah kepada adat raja itu masing-
masing pada kadarnya sebagai tanda kesyukuran. Setelah tujuh hari, diadakan
pula adat bercukur. Setelah bercukur putera tersebut dinamai Raja Ali, timang-
timangannya Raja Kecil Besar.
Adat menganugerahkan gelaran/pangkat
 Contohnnya setelah Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat yang dianggap
telah menderhaka kepada raja, beliau telah dianugerahkan dengan gelaran
‘Laksaman”. Hang Tuah telah diarak berkelilingan negeri seperti adat anak
raja-raja. Beliau juga didudukkan setara dengan Seri Bija Diraja dikelek-
kelekan. Hang Tuah juga akan bergilir-gilir dengan Seri nara DIraja memikul
pedang kerajaan.
Adat menyambut dan menghantar surat atau utusan
 Adat ini sama dengan adat menyambut atau menerima surat atau utusan dari
negeri luar. Adat yang dilaksanakan ini bergantung kepada taraf atau
kedudukan sesebuah negeri. Jika surat dari negeri yang besar seperti Pasai dan
Haru, ia disambut dengan segala kelengkapan dan alat kerajaan kecuali
medali. Sekirannya surat itu dating dari negeri yang lebih kecil dari Melaka,
umpamannya Siak, adat yang dilaksanakan tidaklah sebegitu besar. Setelh
selesai istiadat penerimaan atau penyerahan surat, setiap utusan akan diberi
persalinan.
 Buktinya Sultan Mansur Syah menghantar utusan ke Siam, pasai dan China,
juga ketika baginda menerima surat dan utusan dari China. Pelaksanaan adat
istiadat ini memberi penghormatan kepada raja-raja berkenaan dan utusan
yang dihantar seperti Tun Telanai dan Menteri Jana Putera(Siam), Bendahara
Paduka Raja Tun Perak, Hang Tuah, dan Seri Bija Diraja (Pasai), Tun Perpatih
Putih (China).
(Istiadat Perkahwinan Diraja Johor-Pahang)
Adat menghantar makanan kepada pengantin lelaki
 Sultan Alau’d Din menyuruh orang menghantar berjenis-jenis makanan
sebagai santapan pihak pengantin lelaki iaitu Raja Omar.
Adat meminang
 Sultan Pahang telah menghantar rombongan untuk meminang Raja Fatimah
anak Sultan Alau’d Din di Johor
Adat menghantar belanja
 Sultan Pahang menghantar sirih dan emas belanja kepada Sultan Alau’d Din
untuk perkahwinan Raja Omar dengan Raja Fatimah
Adat berjaga-jaga
 Sultan Alau’d Din dan Raja Pahang memulai adat berjaga-jaga dengan
menyediakan muzik/bunyi-bunyian, permainan yang pelbagai jenis, dan
memasang bedil bedil 7 pucuk sebelah pagi dan petang. Baginda juga
menyediakan makanan dengan menyembelih beberapa ratus ekor kerbau,
lembu,kambing,ayam,itik dan sebagainnya untuk dihidangkan kepada orang
yang berkerja dan berjaga-jaga. Adat ini diadakan selama 40 hari 40 malam
Busana/pakaian pengantin
 Raja Omar dan raja Fatimah telah dihiasi dengan pakaian kerajaan ratna mutu
intan baiduri
Majlis akad nikah
 Raja Omar dan Raja Fatimah telah dinikahkan oleh kadi sebagai satu ikatan
yang sah sebagai suami isteri.
Adat makan nasi adap-adap
 Setelah dinikahkan, raja Omar dan Raja Fatimah telah disuapu nasi adap-adap
oleh isteri raja-raja yang tua.
Adat bersanding
 Selepas disuapi dengan nasi adap-adap maka Raja Omar dan Raja Fatimah
didudukkan di atas pelamin
Adat menjamu makan
 Sultan Alau’d Din dan Sultan Pahang keluar semayam di penghadapan, dan
duduk di atas peterana, lalu menitahkan bentara menyuruh orang makan.
Istiadat menyembah dan menjunjung duli
 Istiadat ini menyebtuh kedudukan pembesar dalam balairung dan protokol
pembesar-pembesar seperti bendahara, temenggung, penghulu bendahari,
syahbandar dan segala menteri
Istiadat menyambut utusan
 Istiadat ini bergantung kepada besar dan kecilnya sesebuah kerajaan. Jika
utusan atau surat dari negara yang diiktiraf oleh kerajaan Melaka, maka akan
disambut dan diarak dengan gajah, manakala jika sederhana akan disambut
dengan gendang.
Istiadat raja bekerja
 Apabila raja mengadakan adat istiadat seperti perkahwinan, pembesar-
pembesar istana akan memikul tugas-tugas yang telah ditetapkan
Istiadat berhubung keagamaan
 Istiadat seperti menyambut malam “Tujuh Likur” melibatkan istiadat
mengarak serban dan mengarak sejadah dengan didahului temenggung yang
mengepalai gajah
Istiadat menyambut tetamu
 Masyarakat dahulu amat menghormati tetamu. Oleh sebab itu, ada pembesar
tertentu yang akan menyambut tetamu bergantung kepada kedudukan mereka.
SUSUN LAPIS
KONSEP:
 Mengikut pendapat Dr Haron Daud, struktur social adalah merujuk kepada
sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua komponen atau “set
social” di mana setiap komponen itu berfngsi sehingga membolehkan
masyarakat tersebut terus wujud
(Peranan susun lapis masyarakat)
SOSIAL
KONSEP:
 Social membawa satu pengetian yang luas merangkumi segala hal yang
berkaitan dengan masyarakat.
 Antara termasuklah system social, struktur social mobility social, bentuk
kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat dan strafikasi social
(1989:26)
Perpaduan dalam kalangan masyarakat
 Orang Melayu, Sunda, Banja dan sebagainya, terlibat dalam pembinaan istana
Sultan Mansur Syah yang terbakar. Begitu juga dalam hal pentadbiran Melaka,
di samping orang Melayu seperti Tun Perak dan Tun Mutahir, bangsa/kaum
lain juga terlibat sama mentadbir Melaka, antaranya seperti Raja Mandelier
yang dilantik menjadi Syahbandar
Susun lapis masyarakat/strafikasi social
 Lapis di atas terdiri dari golongan Diraja. Lapis kedua merupakan golongan
pembesar/bangsawan. Lapis ketiga terdiri daripada golongan rakyat, manakala
lapis terakhir,iaitu lapis di bawah sekali terdiri daripada golongan hamba.
 Lapis diraja merangkumi raja/sultan,permaisuri raja/raja perempuan dan anak-
anak raja. Golongan pembesar/bangsawan yang berada pada lapis kedua terdiri
daripada Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, Tmenggung,
Laksamana, Syahbandar, pembesar-pembesar yang lain,serta keluarga mereka
yang lain. Manakala golongan rakyat yang berada pada lapis ketiga terdiri
daripada dua golongan iaitu golongan menengah dan rakyat biasa. Golongan
menengah terdiri daripada peniaga-peniaga, pedagang, saudagar,ulamak/tokoh
agama,tukang-tukang mahir,biaperi, dan golongan kiwi. Rakyat biasa terdiri
daripada buruh, petani, nelayan dan tukang. Akhir sekali ol hamba terdiri
daripada hamba raja/budak raja/biduanda, hamba berhutang, dan hamba abdi.
Mobility social
 Badang pada asalnya merupakan seorang hamba, tetapi apabila beroleh
kekuatan yang luar biasa dengan memakan muntah hantu, beliau berbuat jasa
kepada tuannya. Jasa yang dicurahkan oleh Badang kepada tuannya
menyebabkan Badang dimerdekakan. Jasa yang disumbangkan oleh Badang
kepada tuannya, telah menjadikan tuannya seorang yang kaya, dan digelarkan
‘Orang Kaya Sayung”. Daripada orang biasa, statusnya terus meningkat lagi
setelah menjadi orang suruhan Rakna Wikrama. Budi pekerti dan akhlak yang
baik yang ditunjukkan oleh Badang menyeybabkan Badang dijadikan “sadim
sani2. Status Badang terus meningkat apabila berjaya mengambil buah kuras
untuk raja, dan melancarkan perahu besar ke air. Badang akhirnya diberi
jawatan hulu balang.
 Daripada rakyat biasa Raja Mendelier telah dilantik menjadi Syahbandar,
manakala Maulana Yusof dan Munawar dilantik menajdi kadi pada zaman
kesultanan Melayu Melaka.
Budaya/adat istiadat-cara hidup dan kepercayaan seharian
 Adat berjaga-jaga. Adat ini diadakan sebelum majlis perkahwinan
dilangsungkan. Adat berjaga-jaga ini biasanya diserta oleh anggota
masyarakat/rakyat/ dalam adat ini, tetamu dan orang yang berkerja akan
dihidangkan dengan hiburan seperti muzik/bunyi-bunyian,permainan serta
dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan
 Sultaun Alau’d Din dan Raja Pahang memulai adat berjaga-jaga dengan
menyediakan muzik/bunyi-bunyian, permainan yang pelbagai jenis dan
memasang bedil 7 pusuk sebelah pagi dan petang.baginda juga menyediakan
makanan dengan menyembelih beberapa ratus ekor
kerbau,lembu,kambin,ayam,itik dan sebaginya untuk dihidangkan kepada
orang yang berkerja dan berjaga-jaga. Adat berjaga-jaga ini diadakan selama
empat puluh hari empat puluh malam.
Agama dan kepercayaan
 Masyarakat Melaka merupakan masyarakat yang beragama Islam. Raja Kecil
Besar merupakan raja Melaka terawal yang memeluk agama Islam selepas
diislamkan oleh Syed Abdul Aziz. Setelh memeluk agama Islam Raja Kecil
Besar digelar Sultan Muahmmad Syah. Agama islam berkembang pesat di
Melaka dengan kehadiran ulamak dan pendakwah di Melaka seperti Syed
Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, Maulana Sadar Jahan dan
sebagainya.
Teknolgi
 Kehebatan Bendahara Paduka Raja Tun Perak membina istana Sukatan
Mansur Syah yang dinamai “Mahligai Hawa Nafsu”. Bangunan ini merupakan
binaan yang hebat dengan menggunakan kepakaran Tun Perak dan teknologi
binaan pada waktu itu. Sultan Mansur Syah juga dikatakan mempunyai
kemahiran dan kepakaran dalam binaan bangunan. Baginda mengeur hasil
binaan Tun Perak yang menggunakan satu rasuk penangahan yang putih dan
kecil. Pada pandangan baginda. Rasuk penangahan yang digunakan untuk
membina istananya oleh Tun Perak adalah tidak sesuai kerana kayu yang
digunakan adalah dari kayu yang muda dan bersaiz kecil.
Interkasi sosial- masyarakat majmuk yang saling berhubungan antara satu sama lain
 Bilangan pnduduk Melaka telah bertambah dengan pesat terutama dengan
kemasukan orang-orang asing daripada pelbagai keturunan. Orang Melayu
merupakan teras kepada masyarakat Melaka, diikuti oleh etnik Tamil-Muslim,
Arab, Jawa, Cina dan sebaginya- merancakkan dan menyemarakkan interaksi
sosial
Pendidikan
 Sultan Mansur Syah belajar agama dengan Kadi Yusuf dan Maulana Abu
Bakar. Baginda juga menggalakkan anak tuan-tuan untuk menuntut ilmu gajah
dengan Maharaja Dewa Sura.
 Sultan Mahmud Syah dan Sultan Ahmad Syah, belajar ilmu tasawuf dengan
Maulana Sadar Jahan, dengan adanya ilmu tasawuf dalam dada, akhirnya
menjadikan Sultan Mahmud Syah menjadi seorang yang redha di atas segala
ketentuanNya dan menyesali atas perlakuan buruknya selama ini. Baginda
akhirnya turun takhta dan menyerahkan kerajaan Melaka kepada anaknya
Sultan Ahmad Syah.
Politik
 Raja diletakkan setaraf dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka
bumi ini. Hal ini dapat dilihat melalui wasiat Bendahara Paduka Tun Perak
kepada segala anak cucunya. Selain daripada itu juga, sistem politik yang
diamalkan di Melaka berdasarkan teks Sulalatus Salatin adalah sistem beraja
berkuasa mutlak
Kegiatan ekonomi
 Badang dan Raja Kassim menjalankan aktiviti menangkap ikan. Bendahara
seri Maharaja menternak kerbsu berkandang-kandang di Kayu Ara
Adat Istiadat
 Istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang, iaitu perkahwinan antara Raja
Fatimah dengan Raja Oma

PERPADUAN
KONSEP:
 Bergabung menjadi satu, sepakat
 Rakyat bergabung bahu untuk melakukan sesuatu dan menyelesaikan masalah
secara musyawarah
 Hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja antara kaum
dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama
(elemen pemantapan perpaduan)
Hormat-menghormati
 Hang Tuah menghormati keputusan Sultan Mansur Syah yang menitahkan
beliau untuk membunuh Hang Jebat yang merupakan sahabat baiknya dan
penghormatan keputusan Hang Tuah ini
Berkerjasama
 Rakyat Melaka berkerjasama membina istana yang baharu untuk Sultan
Mansur Syah bagi menggantikan istana baginda yang telah terbakar
Kasih saying
 Sultan Mahmud Syah amat menyayngi Seri Wak Raja dan para pembesar
Melaka yang membantu baginda menjalankan pentadbiran di negeri Melaka.
Bertolak ansur
 Seri Nara Diraja bertolak ansur dengan Seri Paduka Raja apabila beliau tidak
membantah perlantikan Seri Paduka Raja sebagai pembesar Melaka walaupun
mereka pernah bermusuhan sehingga berlakunya perkahwinan antara Tun
Kudu dengan Seri Nara Diraja yang akhirnya menyatupadukan kembali rakyat
Melaka.
Menghargai
 Sultan Mahmud Syah menghargai jasa Hang Nadim yang berjaya membawa
pulang Tun Teja ke Melaka dengan menganugerahi beliau dengan persalinan
yang cantik dan emas yang banyak.
Taat
 Rakyat negeri Gangga Negara taat akan perintah raja mereka, iaitu Raja
Gangga Syah Johan yang memerintahkan mereka untuk mempertahankan
negeri daripada serangan Raja Suran serta rakyatnya yang ingin menawan
negeri tersebut.
(Elemen pemantapan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat dan penduduk
luar)
Elemen perkahwinan
 Sultan Mansur Syah yang berkahwin dengan Puti Hang Liu telah mewujudkan
hubungan diplomatic antara negeri Melaka dan Cina.
Elemen pendidikan
 Sultan Mansur Syah dan pembesar Melaka telah berguru dengan Maulana Abu
Bakar di istana. Hal ini telah mengeratkan hubungan tokoh Islam dan para
pembesar serta merapatkan jurang antara raja dengan pembesar
Elemen riadah/permainan
 Tun Besar yang merupakan anak Tun Perak telah bermain sepak raga dengan
penduduk setempat. Permainan Tun Besar memantapkan perpaduan antara
mereka di samping mewujudkan kerjasama antara penduduk
Elemen bantuan
 Tub Bija Wabgsa menolong Sultan Zainal Abidin di Pasai kerana diancam
oleh adiknya sendiri. Situasi ini bukan sahaja dapat mengeratkan perpaduan
antara penduduk Melaka dan Pasai bahkan dapat membantu Sultan Zainal
Abidin menaiki takhta asai.
Elemen kerjasama dalam pentadbiran
 Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dan pembesarnya Hang Isap dan Hang Ishak
turun padang untuk membanteras penjenayah dan kes kecurian. Keadaan ini
telah mengeratkan perpaduan antara raja dan pembesar serta penduduk
Melaka.
(Elemen membentuk perpaduan)
Hormat menghormati dalam kehidupan sosial masyarakat majmuk.
 Sultan Muhammad Syah menghormati Mani Purindam yang berasal dari
kerabat diraja Pahili Benua Keling apabila beliau didudukkan oleh Sultan
Muhammad Syah setaraf dengan menteri di Melaka. Mani Purindam juga
dijadikan menantu oleh Seri Nara Diraja setelah berkahwin dengan Ratna
Sandari. Sultan Mansur Syah juga amat menghormati dan memuliakan
Maulana Abu Bakar. Baginda berguru dengan Maulana Abu Bakar yang
mengajar Ilmu Tasawuf menggunakan kitab Duri’l-Maslum
Berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan Melaka
 Saidi Arab, Mia Ruzul, Laksamana Khoja Hassan dan sebagainya
mempertahankan Melaka dan negeri naungannya dari ancaman musuh. Saidi
Arab yang berketurunan Arab telah membantu Melaka semasa pemerintahan
Sultan Muzaffar Syah dari serangan Siam dibawah pimpinan Awi Dicu.
Begitu juga Mia Razul yang berketurunan Tamil- Muslim telah membantu
Melaka menentang Haru.
Bertolak ansur apabila berhadapan dengan konflik dalam pentadbiran.
 Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, telah berlaku perselisahan antara
Tun Perak (orang Melayu) dengan Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil-Muslim),
dan ini amat membimbingkan baginda. Untuk menyelesaikan masalah
tersebut, Sultan Muzaffar Syah sanggup menceriakan isterinya Tun Kudu,
yakni kakak kepada Tun Perak untu dikahwini oleh Seri Nara Diraja Tun Ali
demi untuk mengekalkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan dalam
kalangan masyarakat. Setelah Tun Kudu berkahwin dengan Tun Ali maka
wujudlah ikatan kekeluargaan antara Tun Ali dengan Tun Perak. Akhirnya
wujudlah perpaduan antara puak-puak Tun Ali (Tamil-Muslim) dengan puak-
puak Tun Perak (orang Melayu). Seri Nara Diraja telah menyerahkan jawatan
Bendahara kepada Tun Perak.
Kasih sayang melalui ikatan perkahwinan juga dapat melahirkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat majmuk.
 Ikatan perkahwinan antara Tun Kudu (orang Melayu) dengan Sero Nara Diraja
Tun Ali (Tamil-Muslim) telah melahirkan rasa kasih dan sayang antara
mereka. Perkahwinan ini juga telah mewujudkan ikatan kekeluargaan antara
Tun Ali dengan Tun Perak yang sebelum ini berselisih faham kerana Tun
Kudu adalah kakak kepada Tun Perak. Hubunga kekeluragaan antara
pembesar ini telah mewujudkan perpaduan antara puak-puak Tun Ali (Tamil-
Muslim) denga puak-puak Tun Perak (orang Melayu). Atas dasar hubungan
kekeluargaan dan tolak ansur, maka Seri Nara Diraja secara sukarela telah
melepaskan jawatan Bendahara dan menyerahkan jawatan tersebut kepada
Tun Perak yang lebih berhak ke atas jawatan tersebut.
Berkerjasama memajukan dan membangunkan sektor ekonomi
 Raja Mandelier (Syahbandar) bekerjasama dengan Tun Mutahir (Bendahara)
untuk memajukan Melaka dalam kegiatan perdagangan di Melaka.
Perkongsian kuasa dalam politik/pentadbiran
 Terdapat pelbagai etnik/kaum yang bersama-sama mentadbir Melaka. Mani
Purindam keturunan Tamil-Muslim telah didudukkan setara dengan menteri
sewakti pemerintahan Sultan Muhammad Syah Tun Ali yang bergekar Seri
Nara Diraja adalah anak Mani Purindam telah dilantik menjadi bendahara
Melaka. Begitu juga Sultan Muzaffar Syah (Rsjs Kasim) yang berketurunan
Tamil-Muslim dilantik menjadi Sultan Raja Mandelier dilantik menjadi
Syahbandar, dan Kadi Yusuf keturunan Arab dilantik menjadi kadi. Mereka
sama-sama mentadbir Melaka sehingga membawa pembangunan kepada
Masyrakat di Melaka.

PENDIDIKAN
KONSEP:
 Merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses
membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan
secara umum seperti memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan
rohani manusia kearah tahap kesempurnaan
(Peranan Sultan Mansur Syah mengenai kepentingan Pendidikan)
Menaungi golongan yang berilmu
 Sultan Mansur Syah memberikan kebernaran kepada Maulana Abu Bakar,
iaitu anak murid kepada Maulana Abu Ishak untuk mengajar ilmu agama
Bertanggungjawab dalam penterjemahan kitab
 Baginda menitahkan agar kitab Duril’l Mazlum yang dibawa ke Pasai
ditafsirkan kepada Makhdum Patakan agar mudah difahami
Menjadikan istana sebagai tempat menuntut dan menyebarkan ilmu
 Baginda menitikberatkan pendidikan sehingga istana dijadikan sebagai tempat
untuk menuntut dan menyebarkan ilmu. Maulana Abu Bakar diberikan ruang
untuk mengajar ilmu agama berdasarkan kitab yang dibawa dari Mekah.
MOBILITI SOSIAL
KONSEP:
 Satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan social kepada
lapisan social yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru
dalam lapisan yang sama
 Mobility berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak dan mendatar.
 Mobility menegak sama ad ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan
status seseorang daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain
 Mobility mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam
golongan atau kelasnya saja
Zalim kepada insaf/menyesal
 Pada peringkat awalnya Sultan Mahmud merupakan sultan yang zalim.
Kezaliman baginda dapat dilihat apabila baginda membunuh Tun Ali Sandang,
bermukah dengan isteri Tun Biajid, dan membunuh Bendahara Seri Maharaja
Tun Mutahir. Akhirnya baginda insaf di atas segala perbuatannya.
Cinta dunia kepada zuhud
 Sultan Muhammad telah menyerahkan kerajaan Mutabari kepada anaknya
dan memakai gelaran Fakir Muhammad untuk berdakwah.
 Begitu juga dengan Sultan Abdul Jamal telah bersyaikh di Lubuk Pelang.
 Sultan Syah juga sanggup menggelarkan dirinya sebagai Fakir Mahmud untuk
berguru dengan Maulana Yusuf
Pemarah/zalim kepada pengasih
 Sultan Mahmud Syah amat mengasihi Tun Fatimah walaupun sebelum ini
baginda amat mendendami keluarga Tun Fatimah sehingga sanggup
membunuh suami dan ayahandannya. Akhirnya baginda amat kasih dan saying
kepada Tun Fatimah sehingga sanggup menuruti segala permintaan Tun
Fatimah.
 Mobility yang berlaku kea ta Sultan Mahmud Syah ialah mobility mendatar
iaitu berlaku perubahan sikap baginda tanpa merubah status baginda.
Pendendam kepada menginsafi segala kesilapan
 Sultan Mahmud Syah amat mendendami Bendahara Seri Maharaja kerana
telah mengahwinkan Tun Fatimah dengan Tun Ali tanpa menunjukkan kepada
baginda terlebih dahulu. Tun Mutahir akhirnya telah dijatuhkan hukuman
bunuh kerana telah difitnahkan oleh Kitul dan Raja Mandelier. Namun
akhirnya baginda sangat menyesal kerana membunuh Bendahara Seri
Maharaja. Lantaran itu baginda turun takhta dan digantikan dengan Raja
Ahmad. Setelah turun takhta, baginda ke Kayu Ara di Hulu Melaka.
(mendatar)
Angkuh/membesarkan diri kepada redha
 Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dikatakan angkuh apabila enggan
mendengar nasihat Raja Dibaruh supaya menunjukkan Tun Fatimah kepada
Sultan Mahmud Syah terlebih dahulu sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali.
Raja Dibaruh menyatakan bahawa apabila negeri Melaka tidak mempunyai
raja perempuan/permaisuri maka mengikut adat raja-raja Melayu, anak
Bendaharalah yang akan jadi raja perempuan. Nasihat Raja Dibaruh tidak
diendahkan oleh Tun Mutahir. Sikap Tun Mutahir ini akhirnya memakan diri,
apabila beliau akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud
Syah. Redha ata segala ketentuan Allah
Angkuh/sombong kepada rendah diri
 Kadi Yusuf dikatakan angkuh dengan ilmu yang dimilikinya apabila beliau
enggan berguru dengan Maulana Abu Bakar walaupun Sultan Mahmud Syah
dan segala Orang Besar-besar Melaka semua berguru dengan Maulana Abu
Bakar. Setelah melihat betapa keramahnya maulana Abu bakar, barulah Kadi
Yusuf berguru dengan Maulana Abu Bakar. Akhirnya Kadi Yusuf meletakkn
jawatan sebagi kadi dan menggekarkan dirinya sebagai Maulana Yusuf.
Gelap hati kepada terang hati
 Maulana Abu Bakar menyatakan bahawa Sultan Mansur Syah sangat terang
hati/mudah menerima ilmu sewaktu baginda belajar kitab Duri’l-mazlum.
(Perubahan corak hidup masyarakat)
Perubahan status atau darjat akibat perkahwinan
 Perkahwinan Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud telah mengangkat status
dirinya menjadi Raja Perempuan Melaka. Hal ini ekoran dari kekesalan Sultan
Mahmud Syah yang telah membunuh keluarga Tun Fatimah. Baginda juga
berjanji untuk melantik anak Tun Fatimah sebagai pengganti baginda
walaupun pada masa itu baginda sudah mempunyai penggantinya.
Perkahwinan tersebut telah menyebabkan Tun Fatimah menjadi pemaisuri.
Perubahan status kerana anugerah
 Hang Tuah yang banyak berjasa dengan menewaskan orang yang mengamuk
di Melaka telah dianugerah gelaran Laksamana. Pelantikan beliau
membuktikan sumbangan bakti hulubalang diiktiraf oleh raja.

Perubahan status kerana jawatan


 Kebijaksanaan Bendahara Tun Perak dalam menangani ancaman luar seperti
Siam pada zaman Sultan Muzaffar Syah menjadikan namanya dijulang tinggi.
Pada masa itu, Melaka menjadi sebuah negara yang hebat dan disegani pada
mata masyarakat luar.
Perubahan status akibat penceraian.
 Tun Kudu telah mengalami penurunan status setelah diceraikan oleh Sultan
Muzaffar Syah untuk dikahwinkan dengan Tun Ali bagi menyelesaikan
masalah perebutan jawatan bendahara. Penceraian tersebut menyebabkan
kedudukannya sebagai permaisuri raja bertukar menjadi isteri pembesar. Hal
ini telah mengembalikan keamanan dalam pentadbiran Melaka.
Perubahan taraf hidup rakyat
 Kemakuran Melaka juga telah mendorong kedatangan para pedangan luar ke
Melaka. Hal inj secara tidak langsung menggalakkan masyarakat setempat
untuk turut terlibat dalam kegiatan perniagaan dan perkhidmatan seperti
menjadi buruh, membuat senjata dan barang perhiasan yang sekali gus
mengubah corak kegiatan ekonomi sara diri kepada ekonomi perniagaan.-
perubahan taraf hidup rakyat
BUDAYA
KONSEP
 Kamus Dewan edisi keempa (2017) mendefinasikan budaya sebagai
tamadun.peradaban,kemajuan fikiran, sksl budi (cara berfikir, berkelakuan dan
sebagainya). Tegasnya budaya boleh didefinasikan sebagai satu cara hidup
yang diamalkan oleh kumpulan tertentu danmeliputi system social, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam,sikap,nilai
dsbnya yang diwarisi sesuatu masyarakat atau bangsa
ALAM SEKITAR
KONSEP
 Alam sekitar dapat diterjemahkan kepada dua perkataan yang berbeza.
 Alam bermaksud keseluruhan atau keadaan. Alam juga melibatkan semua
jenis hidupan, kedaan sesuatu benda (contohnya cuaca) dan juga benda yang
tidak hidup.
 Sekitar ialah sekeliling
 Alam sekitar merangkumi semua atau satu daripada komponen air,udara,tanah
dan perhubungan sesame komponen dan semua jenis hidupan

Anda mungkin juga menyukai