Anda di halaman 1dari 17

Skema Sejarah Set 1 2019

1. Bincangkan peranan masyarakat Quraisy dalam bidang ekonomi dan sosial di


Mekah.

A Pendahuluan:

 Perkataan Quraisy berasal daripada perkataan “taqarrasya” yang membawa maksud


penyatuan. Penyatuan kaum Quraisy yang berlaku di Makkah disebabkan oleh
kejayaan Qusai bin Kilab.
 Diasaskan oleh Qusai bin Kilab yang merupakan datuk keempat Nabi Muhammad
 Kota Mekah dahulunya dikuasai oleh Kaum Khuzzah sebelum Qusai bin Kilab dan
tenteranya menawan kota Mekah pada tahun 440 Masihi.
 Masyarakat Quraisy terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan Al-bitah yang
merupakan golongan Hadhari - menetap di tengah-tengah Kota Makkah
 Golongan kedua ialah golongan Al-zawahir yang mendiami luar kota
Makkah.Masyarakat ini terkenal sebagai kumpulan pedagang yang disegani dan
menguasai ekonomi Tanah Arab

B Isi-isi utama:

Peranan dalam bidang ekonomi:

 Setelah berjaya menguasai kota Makkah, masyarakat Arab Quraisy mengambil pelbagai
langkah untuk mengekalkan keamanan kota ini - bertujuan menjadikannya sebagai pusat
tumpuan kegiatan ekonomi dan keagamaan utama penduduk Arab di Semenanjung
Tanah Arab – menubuhkan pasukan pengawal keamanan dan menyediakan makanan
percuma untuk para pengunjung kota Makkah yang kurang mampu.
 Bagi mempergiatkan kegiatan ekonomi di kota Makkah, masyarakat Arab Quraisy turut
mengadakan beberapa galakan dan menyediakan hadiah untuk pengunjung setiap tahun
– antaranya pertandingan syair dan sebagainya
 Pasar Ukaz merupakan pusat perdagangan yang dikendalikan oleh kabilah Arab Quraisy
– pasar ini telah berkembang dengan pesat kesan daripada galakan berkenaan –
hasilnya, kota Makkah telah berjaya meningkatkan kegiatan perdagangannya sehingga

1
50,000 dinar setahun – lebih daripada 1,000 ekor unta dari kawasan Ghazzah membawa
perdagangan ke kota Makkah setiap tahun
 Masyarakat Arab Quraisy adalah pedagang yang handal – Al-Quran sendiri
menceritakan tentang kisah perdagangan bermusim mereka yang menuju ke utara pada
,musim panas dan ke selatan pada musim sejuk – sangat berpengaruh sehingga mana-
mana pedagang lain yang bernaung di bawah keluarga pemerintah Arab Quraisy tidak
akan diganggu oleh sesiapa pun.
 Bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar, perjanjian perdagangan dengan
pemerintah-pemerintah wilayah jiran kota Makkah telah ditemeterai – contohnya, Bani
Hashim membuat perjanjian dengan Maharaja Byzantine dan Ghassan – mereka dapat
memasuki Syria untuk berdagang dengan aman tanpa gangguan.

Peranan dalam bidang sosial:

 Dari segi norma sosial, kabilah Arab Quraisy merupakan masyarakat yang
mengutamakan aspek material – kedudukan harta menjadi faktor penentu status dalam
masyarakat – Contohnya, Abu Sufyan berjaya menjadi pemimpin Quraisy dan individu
berpengaruh di kota Makkah bukan berdasarkan kebolehannya semata-mata, bahkan
kerana asset kekayaannya.
 Selain harta, kebolehan dan bakat juga menjadi penentu taraf sosial seseorang – Abu
Talib menjadi pemimpin Quraisy yang berpengaruh kerana kebolehannya menguasai
ilmu-ilmu kehidupan – masyarakat Quraisy amat menghormati orang-orang tua yang
banyak pengalaman hidup, khasnyadalam ilmu-ilmu nasab (keturunan), ilmu mengesan
jejak, ilmu peperangan, ilmu sihir dan sebagainya – kebolehan sedemikian merupakan
satu kriteria yang digunakan apabila melantik seseorang pemimpin atau untuk menjadi
anggota Majlis Kabilah – sikap ini wujud kerana dorongan sikap assabiyah.
 Sebahagian masyarakat Arab Quraisy menganggap status wanita sebagai golongan
yang rendah dan lemah – amalan seperti membunuh anak-anak perempuan tidaklah
dianggap sebagai suatu tindakan tidak berperikemanusiaan.
 Nilai-nilai sosial bersifat negatif yang menjadi pegangan ialah merompak dan
membunuh – perbuatan tersebut dianggap sebagai tindakan mulia kerana ia menjadi
ukuran terhadap keberanian seseorang dalam masyarakatnya.

2
 Perhambaan merupakan satu institusi sosial utama yang mempunyai hubungan rapat
dengan status ekonomi seseorang.
C Kesimpulan:

 Keadaan ekonomi dan sosial inilah yang menjadi salah satu punca dan halangan utama
bagi Nabi Muhammad SAW menyebarkan risalah Islam kepada kaum Arab Quraisy –
ajaran berkenaan bukan sahaja menjejaskan sistem dan norma-norma sosial yang dianuti
turun temurun bahkan akan menjejaskan juga kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.

2. Bincangkan konsep jihad dan kepentingan terhadap Negara Islam pada zaman
Rasulullah

A Pendahuluan:

1. Sejarah jihad dalam Islam bermula sejak lahirnya Islam di Makkah. Masyarakat Islam sedaya
upaya mempertahankan akidah Islam.

2. Semangat jihad ini berkembang apabila penghijrahan orang-orang Islam ke Madinah apabila
tercetusnya Perang Badar, Uhud dan Khandak.

3. Ramai tokoh-tokoh Islam bangkit berjihad dan gugur syahid seperti Sumaiyyah, Ammar bin
Yasser . Selepas kewafatan Rasulallah , jihad berterusan dan tak pernah terhenti.

B1 Isi Penting

Konsep:

 Jihad berasal daripada perkataan Arab al-Jahad dan al-Jihad yang bermaksud pengerahan
segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu
yang dibenci.
 Dari sudut bahasa, jihad bukan sekadar perjuangan, ia merupakan perjuangan di jalan
Allah S.W.T dan fisabillah.
 Jihad ialah memerangi musuh-musuh Islam dengan sedaya upaya dan ikhlas semata-mata
kerana Allah S.W.T, bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan sejagat.
 Pengertian yang luas jihad bermaksud menegakkan agama Allah, menghapuskan
kezaliman , kefasikan, kemaksiatan dan menegakkan keadilan dan kesejahteraan seperti
menuntut ilmu dan meningkatkan ekonomi.
 Jihad merupakan fardu kifayah ke atas umat Islam apabila sebahagian umat Islam telah
melaksanakannya. Namun begitu ianya menjadi fardu ain sekiranya tiada orang yang

3
melaksanakannya. Jihad juga menjadi fardu ain terhadap setiap umat Islam
mempertahankan tanah air sekiranya musuh berada dalam negara.

B2 Kepentingan:

1. Pengabdian kepada Allah SWT

• Islam menekankan perang jihad fisabilillah semata-mata satu pengabdian kepada


Allah, suatu perang untuk memenuhi tuntunan syariat Islam seperti mana dalam perang
Badar bilamana tentera Islam telah berjuang bersungguh-sungguh dengan mengenepikan
segala kesenangan.

• Maka peranan jihad telah memperkasakan ketahanan dan pertahanan tentera Islam

2. Sebahagian daripada tuntutan agama

• Golongan ulama berpendapat bahawa ia adalah satu tuntutan sama ada fardu ‘ain
mahu pun fardu kifayah

• Jika tujuan jihad adalah untuk mempertahankan diri daripada serangan bukan
islam,maka hukumnya fardu’ ain, sementara jika ia bertujuan untuk menyebarkan islam
ia adalah fardu kifayah. Jesteru jihad berperanan dalam memperkukuhkan ketahanan dan
pertahanan islam.

3. Menjadi doronga dalam menghadapi musuh

• Semangat jihad menuntut supaya tentera islam melawan musuh yang


bilangannnya besar tanpa rasa takut dan gentar.

• Sikap jihad, keberanian dalam kebenaran dan taktik peperangan yang baik
membolehkan mereka mendapat kejayaan dalam perang Badar walaupun bilangan musuh
tiga kali ganda

4. Ganjaran syurga

• Kematian dalam satu perang jihad membolehkan mereka syahid, satu ketetapan
dan jaminan hidup bahagia di akhirat kelak seperti yang dinyatakan dalm al-Quran dalam
Surah Ali-Imran ayat 169-170.

• Malah orang yang mati syahid kerana jihad fisabilillah menetang orang kafir bagi
menegakkan kalimah Allah tidak dimandikan dan disembahyangkan, tetapi cukup
dengan pakaian yang dipakai semasa berperang dan dikebumikan di tempat berlakunnya
peperangan tersebut.

4
• Dalam Surah al-Taubah ayat 111, Allah menjanjikan balasan syurga kepada
mereka yang berjuang kepada jalan Allah.

• Kesemua perkara ini telah menjadi pendorong dan penguat semangat tentera-
tentara islam bagi melaksanakan jihad

5. Mempertahankan Islam, maruah diri dan negara

• Sekaligus ia turut memperkembangkan Islam

• Dalam zaman Nabi S.A.W berlaku pelbagai peristiwa peperangan terutama menentang
golongan kaum Quraisy di Makkah.

• Tentera Nabi S.A.W dapat menewaskan mereka dengan semangat jihad yang tinggi.

• Konsep jihad fisabillah turut dapat diperhatikan sewaktu zaman pemerintahan Khulafa al-
Rasyidin menghadapi ancaman dari Rom dan Parsi

C Kesimpulan:

Jelaslah bahawa jihad memainkan peranan penting dalam perkembangan syiar

Islam dan pembentukan ummah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan zaman selepas
baginda.

Catatan :
Markah Konsep 10 – pastikan konsep dibincangkan sebaik mungkin. Konsep wajib
diperenggan kedua sebagai isi pertama. Jika konsep diletakkan dlm perenggan pertama
dianggap pengenalan tiada jawapan konsep ( Pertimbangan pemeriksa)

3. Huraikan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh Abad Ke- 16 hingga Ke-17 Masihi.

A Pendahuluan

 Pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan zaman kegemilangan


keilmuan di Acheh yang melahirkan ramai tokoh ilmuan Islam Asia Tenggara dan
pelbagai institusi pendidikan cambah di Acheh.
 Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian Agama Islam yang utama di
Nusantara.. Institusi pendidikan islam di Acheh merupakan institusi yang tersususn &
terancang..
 Pendidikan asas bermula di madrasah @ meunasah, diikuti dengan pendidikan
menengah di Rangkang ,dan seterusnya pendidikan tinggi. Pengajian Islam berkembang
dengan pesat merangkumi fiqah,usuluddin, dan tasawwuf.

5
B Isi Penting

Institusi pendidikan Islam di Acheh ialah

1. Madrasah atau meunasah

 Merupakan institusi pendidikan awal yang biasanya didirikan di setiap kampung. Para
pelajar diajar membaca Al-Quran, membaca & menulis huruf Arab ,dan belajar perkara
asas dalam islam. Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman,
Rukun Islam, fiqah, ibadat ,dan akhlak.
 Para pelajar dilatih bernasyid , berzikir, berselawat pada setiap malam jumaat. Kanak-
kanak yg khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang di tulis dalam bahasa Jawa
dan Acheh seperti kitab perukunan dan risalah masail al-muhtadin. Sejarah islam diajar
dengan cara bercerita.

2. Masjid

 Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pusat kegiatan umat islam. Merupakan pusat
pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah pertama. Pelajar diajar
bahasa Arab, fiqah, tauhid, tasawuf, ilmu tajwid dan tafsir al-Quran secara asas untuk
disambung pada institusi seterusnya.
 Beberapa masjid di naik taraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid
Baiturrahman.

3. Rangkang

 Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di rangkang
atau disebut pondok, pasantren, atau madrasah. Para pelajar mendirikan pondok-pondok
kecil mengelilingi masjid yang dijadikan asrama . Terdapat beberapa tahap rangkang
yang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki olh guru yg mengajar.. Pelajar yang
pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang yang lain untuk
mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir. Ada antara pelajar yang
melanjutkan pelajaran ke makkah , india , dan mesir.
 Rangkang yg terkenal ialah terletak di banda acheh barussalam. Banyak ulama terkenal
dari luar Negara datang mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai
daerah. Mata pelajaran yang di ajar ialah fiqah ,ibadat ,tauhid, tasawwuf, sejarah islam,
dan bahasa Arab. Pelajar menggunakan buku-buku yg di tulis dalam bahasa melayu
selain daripada buku bahasa Arab. ilmu umum turut diajar seperti geografi, sejarah, dan
matematik.

4.Dayah

 Di Acheh, dayah disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia atau madrasah
Aliyah. Hampir setiap daerah Nanggore (negeri) terdapat dayah. Terdapat dayah yang
berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakkan dayah berdiri sendiri di luar
lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama, iaitu aula yang di
gunakan sbagai tempat belajar sembahyang. Pusat pengajian Tinggi Dayah Cot Kala
6
merupakan pusat pendidikan islam tinggi yang pertama di Asia yang melahirkan banyak
ulama yang menjadi pendakwah islam di nusantara. Kesemua mata pelajaran diajar dalam
bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab
 Dua jenis dayah,iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum. Dayah bersifat
khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus untuk mengajar dalam
bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan, dan sebagainya menurut syariat
Islam. Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala dan Dayah Teungku Chik.
 Mata pelajaran yang diajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, fiqah, jinayat(
hukum pidana ) , fiqah munakahat( hukum perkhawinan ) ,fiqah duali( hukum tatanegara
) , sejarah islam, sejarah negara-negara, ilmu mantik, tauhid/filsafat, tasawwuf, akhlak,
ilmu falak, tafsir, hadis, dan sebagainya. Menurut Beaulieu (pengembara perancis ) yang
mengunjungi Acheh pada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran islam yang
berkembang sejak sekian lama telah dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu.

5. Jamiah/universiti baiturrahman

 Masjid baiturrahman dinaik taraf menjadi jamiah / universiti baiturrahman. Sultan


Iskandar Muda Makhota mendirikan Masjid Baiturrahman yang digunakan khas untuk
dijadikan tempat menuntut ilmu. Terdapat 17 dar ( fakulti ) seperti fakulti ilmu tafsir dan
hadis, fakulti ilmu kedoktoran, fakulti ilmu kimia, fakulti pertanian,fakulti peperangan,
dan lain-lain.
 Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan Negara Islam yng
lain seperti Arab, Turki, Parsi, India, dan lain-lain. Pada zaman pemerintahan Sultan
Alaidin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah (1607-1636), terdapat 44 orang guru
besar di Jamiah baiturrahman.

C Kesimpulan

 Kewujudan institusi pendidikan ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual
islam seperti syeikh Nuruddin Al-Raniri, Abdul Ra’uf Singkel, Hamzah fansuri, dan lain-
lain
 Kesannya telah membantu perkembangan agama Islam di nusantara
.
Catatan : Pelajar harus menghurai institusi pendidikan yang wujud dan ilmu yang
diajar diinstitusi tersebut

7
4. Huraikan ciri-ciri senibina Islam di Andalusia

A Pendahuluan

1. Seni bina bermaksud seni mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina
oleh manusia. Seni bina Islam adalah salah satu daripada cabang kebudayaan dan
keseniaan Islam, merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi
keperluan jasmani dan rohani, memandangkan jiwa manusia sangat dipengaruhi oleh
rohaninya.
2. Andalusia ialah nama yang diberikan kepada kawasan yang dikuasai oleh umat Islam di
Semenanjung Iberia ( Sepanyol dan Portugal ).
3. Kerajaan Islam telah memerintah Andalusia selama lebih kurang 800 tahun ( 93-897
Hijrah ). Kini Andalusia dikenal sebagai Sepanyol.
4. Abad ke 13 menyaksikan kemunculan kerajaan Nasriyyah atau Bani al-Ahmar yang
diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang lebih dikenali sebagai Ibn al-Ahmar
sebagai kerajaan Islam yang terakhir muncul di Andalusia. Meskipun begitu kerajaan
tersebut telah memberi sumbangan yang membanggakan khususnya berkaitan pembinaan
dan perkembangan seni bina.

B Isi-isi utama

1. Asas seni reka.


i) Bidang ilmu matematik, kejuruteraan, geologi, seni khat dan seni ukir menjadi asas
kepada seni bina di Andalusia.
ii) Ukiran dan pembinaan bangunan Alhamra dibina berdasarkan pengiraan geometri
bersama gabungan matematik. Setiap penjuru dan sudut istana ini mempunyai ukiran
yang sukar dilakukan di atas konkrit, kayu, besi dan setiap penjuru tiang, siling dan
sudut yang sukar untuk dilakukan ukiran kerana bukan bahagian yang rata. Setiap
ukiran banyak bermotifkan kalimah Allah, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
iii) Keindahan bangunan-bangunan di Andalusia merangkumi bentuk luaran dan
bahagian dalamannya.
2. Pengaruh luar dalam seni bina tempatan.
i) Seni bina Andalusia banyak dipengaruhi oleh model-model daripada Timur dengan
bercirikan seni khat, berbentuk Arabesque dan bercorak geometri.
ii) Seni ukir Islam turut berkembang pesat pada zaman pemerintahan kerajaan Islam di
Andalusia. Ukiran yang mempamerkan imej seni khat dan corak geometri merupakan
ciri utama seni bina di Andalusia. Ukiran dan hiasan berbentuk ayat-ayat al-Quran,
hadis-hadis dan kata-kata himat menghiasi dinding istana dan masjid.
iii) Di istana Alhamra, dindingnya dihiasi ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat
menggunakan tulisan Arab seperti “al-Qudratul bi’llah”(Kekuasaan itu dengan

8
Allah), “al-Mulku li’llah” (Kerajaan itu bagi Allah) dan “La ghaliba illa’lah” (Tiada
yang menang selain Allah).
iv) Keindahan seni bina Andalusia ini mempengaruhi dunia Barat.

3. Seni bina bangunan bukan hanya berfokus kepada masjid.


i) Seni bina bercirikan Islam Andalusia bermula di kota Cordova diikuti bandar Toledo,
Serville, Granada, Amneria, Saragossa dan Valencia meliputi pelbagai jenias
bangunan dan binaan.
ii) Antaranya bangunan masjid, menara, hamman, taman dan istana yang cantik sama
ada di bahagian luaran mahupun dalamannya.
iii) Akhir abad ke 10 M, kota Cordova telah mempunyai banyak binaan seperti 1600
masjid, 900 tempat mandi awam (hamman, 60,300 rumah orang-orang kenamaan,
setiausaha dan ketua-ketua tentera.
4. Menara.
 Seni bina di Andalusia juga tidak terkecuali daripada mempunyai menara yang tinggi.
Menara ialah tempat muazzin melaungkan azan dan dibina tinggi dengan maksud
untuk memanggil orang ramai melakukan sembahyang berjemaah di masjid atau
suara muezzin itu kedengaran ke tempat yang jauh.
 Menara masjid Cardova menjulang 36 meter dan mempunyai dua tangga untuk naik
dan turun. Kebanyakkan Menara azan di Andalusia berbentuk segi empat dan
dipanggil murabba’ yang memperlihatkan gaya yang dipinjam dari masjid-masjid di
Syria.
 Menara-menara yang dibina diistana merupakan satu lagi ciri seni bina Islam di
Andalusia. Di sekeliling dinding istana Alhamra, terdapat menara yang megah
sebanyak 13 buah dan ada antaranya yang menjangkau setinggi 26 meter.
5. Kompleks pelbagai guna
i) Seni bina Islam Andalusia terpenting pada abad ke 13 M ialah istana Alhamra yang
dibina oleh dinasti Nasriyyah di wilayah Granada.
ii) Dinamakan istana Alhamra (Istana Merah) kerana bangunan itu dihiasi jubin, seramik
dan batu-bata yang berwarna merah.
iii) Pemberiaan nama istana ini turut merujuk kepada warna pada benteng, menara dan
dinding yang keseluruhannya akan kelihatan bercahaya dengan warna perak pada
waktu malam dan kelihatan keemasan pada waktu siang.
iv) Umpamanya dalam istana Alhamra mempunyai ruang untuk Sultan (Baitul al-Mulk),
ruang istirehat sultan dan permaisuri, ruang duta, ruang Barkah, ruang as-Safra iaitu
ruang terbesar dan terindah, ruang persiraman diraja dan lain-lain yang menjanjikan
kelebihan dan keterasingan yang tersendiri dari segi keindahannya
6. Motif corak hiasan
 Keindahan bangunan-bangunan di Andalusia bkan sahaja terletak pada bentuk luar
sahaja tetapi bahagian dalamnya. Hiasan-hiasan yang indah banyak menggambarkan
corak atau
9
motif tumbuh-tumbuhan dan haiwan Andalusia. Hasil daripadanya, lahir ilham reka
bentuk geometri yang halus dan kompleks disulami dengan tulisan dan ukiran Arab
yang indah.
 Bahagian dalam istana Alhamra dihias indah dengan ukiran berbentuk geometri yang
bermotif bunga-bungaan, lukisan orang memburu dan ukiran dalam bentuk kufi dan
Naskh.

7. Kategori seni bina


i) Seni bina Andalusia terdiri daripada dua kategori utama iaitu seni bina yang
dipengaruhi
pelbagai unsur luar seperti di Granada dan seni bina yang hanya dipengaruhi unsur
Islam sahaja seperti di Serville.
8. Mengutamakan kemasukan cahaya matahari ke dalam bangunan
i) Dalam seni bina Islam, teknik pencahayaan amat dititikberatkan agar isi bangunan
lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terlalu terik mahupun tidak terlalu
kurang sehingga menyebabkan ruang dalam sesebuah bangunan nampak suram.
ii) Dalam sistem pencahayaan yang baik, bangunan yang dibina kelihatan lebih cerah
dan terang. Jesteru itu bangunan-bangunan yang dibina di Andalusia sama ada masjid
atau istana mengambil kira soal pancaran cahaya yang menembusi sesuatu bangunan
itu.
9. Mihrab
i) Binaan lain yang terdapat ialah sebuah masjid kecil yang mempunyai reka bantuk
yang indah yang dikenali sebagai masjid al-Mulk yang telah didirikan oleh Sultan
Muhammad II. Di atas pintu masjid tersebut tertera sepotong tulisan Arab, Azza
Maulana al-Sultan-Abdillah dan di bawah perkataan tersebut terdapat sebuah syair
yang menyentuh kemurniaan agama Islam.
ii) Terdapat mihrab pada masjid al-Mulk dengan hiasan diperbuat daripada emas dan
bertatahkan permata zamrud, yaqut dan sebagainya.
iii) Mihrab masjid Cardova banyak diperkatakan kesempurnaannya dalam syair-syair
pendeta yang datang ke Andalusia. Dinding mihrabnya diperbuat daripada emas 8 ela
panjang, 7.5 ela lebar dan 13.5 ela tinggi.

C Kesimpulan

i) Kemampuan kerajaan Nasriyyah pada abad ke-13 M membina bangunan-bangunan


yang mempunyai nilai kesenian yang unik iaitu gabungan antara seni Islam dengan
seni-seni tempatan menggambarkan ketamadunan Islam tetap terserlah walaupun
kerajaan Islam di Andalusia pada abad tersebut berada pada era kemerosotan.
ii) Sebagaimana yang berlaku di Cardova setelah jatuhnya kerajaan Islam, bangunan yang
indah telah diambil alih oleh kerajaan Kristian dengan mengekalkan reka bentuk dan
binaan sedia ada.

10
Catatan:
i) Calon mesti menyebut CIRI dahulu bukannya BINAAN.
ii) Jika calon menyebut 4 ciri dengan huraian lengkap dan contoh yang sesuai
boleh diberi
maksimum 8 markah untuk pengetahuan.
iii) Jika calon sebut kurang daripada 4 isi dengan huraian lengkap dan contoh
yang sesuai, markah pengetahuan kurang daripada 8.
iv) Contohnya, calon beri 2 ciri- hanya 3 - 4 markah untuk pengetahuan.
3 ciri- hanya 5 - 6 markah
4 ciri- 7 – 8 markah
v) Dari segi mekaniknya, calon mesti menulis perkataan CIRI.

5. Huraikan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke 20.

A. Pendahuluan

- Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan
empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab Islam.
- Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah.
- Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut.
- Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun mereka
telah menjajah negara tersebut selama tujuh tahun.
- Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh
Parti Blok Nasional.
- Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan
penuh.

B. Isi
Pengaruh Agama
- Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua negara dab bangsa
Arab sehingga mewujudkan penggerak-penggerak nasionalis di Syria.
- Kesusukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan
penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin.
- Gerakan yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin
jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh
pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi.
- Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang
penjajah.

11
Peranan Bahasa dan Kesusasteraan
- Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak
dan kepentingan golongan minoriti.
- Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti.
- Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di
Syria.
- Antara kesan ketara dasar berkenaan termasuklah perjuangan bahasa sukuan oleh
golongan minoriti.
- Bangsa Kurdi, menginginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi dikawasan
yang didiami oleh puak Kardish.
- Di Alexandretta, perkara yang sama turut berlaku apabila penduduk kawasan tersebut
yang majoritinya berbangsa Turki diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa Turki.

Pengaruh Kewartawanan
- Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme pembaharuan dan
tajdid di Kaherah.
- Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria.
- Majalah ini mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea
pembaharuan yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh dalam
al-‘Urwa al-Wuthqa.
- Fokusnya ke arah pembaharuan dan dakwah Islamiah.
- Akhbar lain turut membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu.
- Al-Manar mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat
Islam.
- Al-Manar mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat
Islam.
- Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah,
menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan ajaran
akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme, nasionalisme, dan
mempelopori dialog dan pertukaran idea antara budaya dan meneropong pemikiran
baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya serta menangani isu-isu social dan
peradaban.
- Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang
memuatkan lapan halaman, menyiarkan berita mutakhir, di samping artikel utama yang
ditulis oleh ketua editor iaitu Rasyid Rida sendiri.

Peranan Pendidikan
- Sebuah akademi telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpul ahli linguistic dari seluruh
pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
- Tumpuan akademi bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing dengan
keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya.
12
- Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu
perkara iaitu bahasa Arab.
- Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab merdeka
di Syria termasuklah Abu Khaldun Sati al-Husri.
- Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai
pendidikan Turki Uthmaniyah.
- Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan perdebatan
golongan terpelajar tempatan.

Peranan Golongan Intelektual


- Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan
modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad
Abduh.
- Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu, dibandingkan dengan
masyarakat kolonial Barat.
- Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam
kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi
kehidupan moden.
- Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan
Islam ketika itu termasuk di Syria.
- Beliau berhijrah dari Syria ke Mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.

Pengaruh Luar
- Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki
Uthmaniyah.
- Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah, maka dasar
ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak Barat.
- Shakib Arslan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah
kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahu penduduk Syria
menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.
- Shakib Arslan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara
sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1916.

C. Kesimpulan
- Beberapa faktor tersebut telah menyumbang kepada kemunculan semangat nasionalisme
masyarakat tempatan di Syria pada abad ke-20.
- Penindasan dilakukan oleh penjajah ke atas masyarakat tempatan di Syria telah
menyedarkan golongan nasionalis untuk bangkit menentang ketidakadilan penjajah
Perancis.

13
6. Bincangkan bentuk-bentuk imperialisme Barat terhadap wilayah Turki
Uthmaniyah sehingga awal abad ke 20.

A Pendahuluan

5. Imperialisme merupakan satu dasar yang berhubung dengan penubuhan dan


pemeliharaan sebuah empayar melalui jalan penaklukan, penempatan, penguasaan
ekonomi atau politik. Imperialisme juga boleh dikaitkan dengan proses peluasan kuasa
oleh sebuah negara ke atas negara-negara lain melalui cara politik, militer atau ekonomi.
6. Pada abad ke-19 M, empayar Turki Uthmaniyah mula mengalami kemerosotan apabila
menghadapi tekanan dan percaturan kuasa-kuasa Barat. Akhir abad ke-20 M, seluruh
dunia Islam berada dalam cengkaman imperialism Barat termasuk kerajaan Turki
Uthmaniyah.
7. British dan Perancis merupakan dua buah kuasa imperialisme utama pada zaman moden
hingga pertengahan abad ke-20 M.
8. Kuasa-kuasa imperialisme Barat menggunakan pendekatan berbeza untuk menguasai
wilayah Turki Uthmaniyah demi meningkatkan imej sebagai kuasa hegemoni di mata
dunia.

B Isi-isi utama

1 Penguasaan Secara langsung


 Penguasaan secara langsung ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dilakukan oleh
Perancis di Algeria (1830), Itali di Libya (1911), British di Mesir (1882) dan Rusia ke
atas wilayah-wilayah Asia Tengah. Setelah menguasai kawasan yang diidamkan,
penjajah meletakkan seluruh kawasan itu di bawah pemerintahan mereka sendiri.
Contohnya semenjak tahun 1882 hingga 1918, British mempunyai pengaruh besar di
Mesir. Wakil British, Sir Lord Cromer sangat berkuasa dalam pentadbiran Mesir.
 Kawasan jajahan itu juga dibuka seluas-luasnya kepada rakyat Eropah sendiri.
Mereka digalakkan berpindah secara besar-besaran dan menduduki kawasan kolonial
tanpa sebarang sekatan seperti mana yang berlaku di Algeria. Oleh sebab Perancis
ingin menjadikan Algeria sebahagian daripada wilayahnya, beribu-ribu pendatang
dari Perancis, Itali, Sepanyol dan Malta telah berpindah ke bumi Algeria untuk
membuka kebun dan tanah pertanian. Mereka juga menduduki hampir semua kota-
kota Algeria.
 Pada waktu yang sama, rakyat pribumi tidak dibenarkan sama sekali untuk
mengambil bahagian dalam bidang pentadbiran dan kebanyakan hak asasi mereka
dinafikan seperti hak untuk mengundi.

14
2 Penguasaan Secara Tidak Langsung
 Penguasaan dilakukan oleh pihak penjajah secara lebih flexible iaitu mereka
menjalankan sistem naungan (Protectorate Treaty). Pihak British lebih menyukai
pendekatan ini. Biasanya dari segi amalan, rakyat British hanya dihantar ke tanah-
tanah jajahan sebagai para pentadbir dan tentera.
 Mereka tidak digalakkan untuk mengusahakan sebarang penerokaan tanah atau
mendirikan perkampungan kulit putih secara besar-besaran di wilayah tersebut.
 Di samping itu, struktur-struktur politik tempatan yang sedia ada di kawasan
berkenaan terus dikekalkan, namun semuanya diletakkan di bawah penguasaan para
pegawai British.
 Penguasaan secara tidak langsung telah dilaksanakan oleh pihak British di Mesir
(1840) dan Perancis semasa menguasai Tunisia (1881) dan Morocco.
 British turut menukar polisi perjanjian persahabatan dengan kabilah Arab di sekitar
Aden kepada dasar perlindungan apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menduduki
semula Sana’a pada tahun 1872.

3 Perjanjian Persahabatan
 Penjajahan juga boleh berlaku melalui perjanjian yang disebutkan selama ini sebagai
perjanjian persahabatan.
 Pendekatan ini biasanya dipraktikkan oleh British dalam hubungan mereka dengan
wilayah-wilayah di kawasan Teluk Parsi dan Arab Selatan. Contohnya, sekitar tahun
1839 hingga 1880-an, British telah menduduki Aden, Yaman.
 Ketika tempoh ini, British mengamalkan dasar berkecuali atau pun tidak campur
tangan dalam hal ehwal negeri di sekitar Aden. Oleh itu, perjanjian persahabatan telah
ditandatangani antara British dengan kabilah-kabilah Arab seperti al-‘Adali, al-
‘Aqrabi, al- Awali dan lain-lain untuk tujuan keselamatan dan kepentingan
perdagangan British. Aden merupakan tempat pelabuhan kapal-kapal British untuk ke
India dan Asia.
 Pengawalan ke atas setiap daerah ini dilaksanakan melalui seorang pegawai yang
bergelar residen atau penasihat dan para pembantunya yang dipinjamkan kepada para
pemimpin tempatan atas dasar kononnya untuk menasihatkan mereka dalam hal
ehwal pentadbiran.
 Tetapi anehnya, segala nasihat para penasihat itu mestilah dipatuhi. Keadaan ini juga
bermakna bahawa ketetapan yang dibuat oleh para penasihat itu selalunya
menentukan corak atau arah dasar yang perlu diamalkan oleh pemimpin tempatan.

4 Sistem mandat
 Sistem mandat telah dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat melalui persetujuan sebuah
pertubuhan yang dikenali sebagai Liga Bangsa (League of Nation).

15
 Pendekatan ini pernah dipraktikkan di kawasan-kawasan yang dipanggil Bulan Sabit
Subur selepas Perang Dunia Pertama. Contohnya, pihak Liga Bangsa telah memberi
kuasa kepada British untuk mengendalikan mandat ke atas Palestin, Transjordan dan
Iraq manakala Perancis pula dibenarkan untuk menguasai Syria dan Lubnan.
 Secara prinsipnya segala kawasan yang dikenakan mandat itu dikira sebagai tidak
berupaya untuk melaksanakan pentadbiran sendiri.
 Dengan itu, tugas bagi pihak yang memegang mandat itu adalah untuk menolong
setiap kawasan yang dikelolakannya supaya dapat ditegakkan kerajaan berautonomi
sebagai satu langkah yang akan membawa kepada penubuhan kerajaan sendiri.
 Melalui sistem ini, golongan pribumi diberi sedikit kebebasan untuk menyertai
institusi pentadbiran yang dikelolakan oleh pihak penjajah. Pada waktu yang sama,
seperti dalam sistem penguasaan yang lain, rakyat tempatan telah didedahkan dengan
sistem pemikiran
dan pendidikan Barat hinggakan secara beransur-ansur sebahagian daripada mereka
itu mulai terpisah daripada nilai keislaman dan menjadi pemuja idea-idea Barat.
 Dalam apa jua situasinya, sistem pecah dan perintah dilaksanakan dengan begitu licik
untuk memastikan agar umat Islam terus menjadi lemah dan bergantung kepada
penjajahan Barat.
 Kuasa-kuasa imperialisme membawa idea modenisasi dan kemajuan demi mencapai
cita-cita mereka.

5 Kerajaan Boneka
 Amerika Syarikat dan komunis Rusia telah mengamalkan dasar campur tangan dan
penegakan kerajaan-kerajaan boneka sebagai satu cara untuk melaksanakan misi
penjajahan.
 Biasanya, kedua-dua kuasa ini akan menggunakan kekuatan ekonomi, ketenteraan,
politik dan pengaruh kebudayaan mereka untuk menegakkan pemimpin boneka yang
sanggup tunduk kepada kemahuan mereka.
 Sejajar dengan itu, kepentingan dan perasaan rakyat jelata telah tidak dipedulikan
langsung. Contoh jelas tentang hal ini telah berlaku di Iran, ketika terdapatnya
campur tangan dari Rusia mahupun Amerika Syarikat dan hingga kini terus berlaku
secara halus di Mesir, Turki, Arab Saudi dan negara Islam yang lain. Inilah
sebenarnya yang dipanggil neo-kolonialisme, iaitu penjajahan bentuk baharu.
 Telah diketahui umum bahawa pihak Rusia sejak zaman pemerintahan Tsar lagi telah
menguasai politik dan hal ehwal umat Islam, khususnya di wilayah Asia Tengah.
Dasar ini kemudiannya telah disambung oleh pihak komunis Rusia kononnya atas
alasan untuk membebaskan dunia Islam khasnya daripada penjajahan dan kezaliman
kapitalis Barat.

16
C Kesimpulan

 Kuasa-kuasa Barat sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan untuk menguasai


dunia Islam.
 Persaingan dan ancaman imperialisme Barat terhadap negara Islam membawa kepada
penyerapan idea-idea modenisasi dan sekularisasi sehingga menggugat pemikiran
umat Islam.

Catatan:
i) Calon mesti menyebut bentuk imperialisme dalam setiap fakta @ isi.
ii) Jika calon menyebut 3 fakta @ isi dengan huraian lengkap dan contoh yang sesuai
boleh
diberiksn maksimum 8 markah untuk pengetahuan.
 Jika calon sebut kurang daripada 3 fakta @ isi dengan huraian lengkap dan contoh
yang sesuai, markah pengetahuan kurang daripada 8.
 Contohnya, calon beri 2 fakta @ isi- hanya 5 markah untuk pengetahuan.
1 fakta- 3 markah sahaja

17

Anda mungkin juga menyukai