Anda di halaman 1dari 5

Soalan 1 Huraikan proses penglibatan Turki Uthmaniyyah semasa

berlakunya Perang Dunia Pertama


Perang Dunia Pertama ( 1914-1918) berlaku di antara dua pihak iaitu Jerman,
Austria Hungary dan Turki Uthmaniyah yang dikenali sebagai Triple Alliance
(Perikatan Tiga Kuasa) dengan Rusia, Britain dan Perancis yang dikenali
sebagai Triple Entente ( Pakatan Tiga Kuasa) yang kemudiannya disertai Itali
pada tahun 1907. 2. Semasa meletus Perang Dunia Pertama, Turki
Uthmaniyah diperintah oleh Sultan Abdul Hamid 11. Namun , kuasa sebenar
kerajaan Turki Uthmaniyah dipegang oleh tiga serangkai pemimpin Turki
Muda, iaitu Enver Pasha (Menteri Peperangan), Said Halim Pasha (Perdana
Menteri) dan Tal’at Pasha (Menteri Dalam Negeri).
Fakta KRISIS KETENTERAAN DENGAN RUSIA DI LAUT
HITAM
Huraian Pada 28 Oktober 1914, Rusia mengganggu armada Turki
Uthmaniyah pimpinan Admiral Jerman, Wilhelm Souchon
menjalani latihan ketenteraan di Laut Hitam, utara Turki dan ini
mencetuskan konflik ketenteraan antara kedua negara. Pasukan
armada Turki Uthmaniyah kemudiannya bertindak menyerang
kapal perang Rusia iaitu Pruz dan Kubanetz.
Contoh Menteri Perang Turki, Enver Pasha memaklumkan kepada
Perdana Menteri, Said Halim Pasha mengenai serangan oleh
Rusia diketuai oleh komander yang berkhidmat di Istanbul dan
menyifatkan serangan tersebut merupakan perancangan perang
yang telah lama diatur.
Huraian Rentetan peristiwa yang melibatkan konflik tentera antara Turki
contoh Uthmaniyah-Rusia di Laut Hitam ini menjadi asas penglibatan
secara rasmi Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
Penegasan Jelaslah bahawa kerajaan Turki Uthamaniyyah adalah ancaman
isi kepada kuasa-kuasa Eropah

Fakta PEPERANGAN DENGAN RUSIA DI CAUCASUSU


Huraian Peperangan dengan Rusia bermula dengan percubaan tentera
Turki Uthmaniyah menguasai wilayah Caucasus, timur Turki
dan mengalahkan Azerbaijan serta terus mara ke Iran yang
ketika itu bersifat zon bebas (bukan wilayah Uthmaniyah) dan
berkecuali iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam
Perang Dunia Pertama. Pada akhir tahun 1914, tentera Rusia
pimpinan Jeneral lllarion Vorontsov Dashkov dan Nicolai
Yudenich berjaya menguasai semula wilayah Caucasus dan
berjaya memasuki wilayah timur Turki Uthmaniyah seperti
Erzurum, Erzinjan dan Van. Faktor kekalahan tentera Turki
Uthmaniyah kerana terpaksa berperang ketika musim salji.
Sebahagian besar tentera terkorban akibat cuaca dingin dan
kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah tidak dilengkapi dengan
pakaian tentera musim dingin berbanding dengan tentera Rusia
yang memilikinya dan telah biasa berperang pada musim
dingin.
Contoh Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang
kawasan utara Persia yang berada di bawah pengaruh Rusia dan
berjaya menguasai Tabriz.
Huraian Namun pada 30 Januari 1915, tentera Rusia berjaya
contoh menguasainya semula. Setelah menewaskan Turki Uthmaniyah
di wilayah Caucasus, Rusia bersiap sedia untuk melakukan
serangan ke atas Istanbul, ibu kota Turki Uthmaniyah. Namun
Revolusi Bolshevik 1917 telah menghentikan semua operasi
ketenteraan Rusia di wilayah Caucasus. Kesemua 500 ribu
tentera Rusia dipanggil pulang bagi memadamkan gerakan
penentangan oleh sebahagian tentera Rusia yang masih setia
kepada maharaja Tsar Nicholas II.
Penegasan Jelasnya, penglibatan Turki dalam perang dengan Rusia
isi membuktikan penglibatannya dalam era Perang Dunia Pertama

Fakta PEPERANGAN DENGAN BRITISH DI


MESOPOTAMIA , IRAQ
Huraian Pada November 1914, tentera British telahpun berada di selatan
Iraq untuk menjaga dan mengawal telaga minyak di
Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki Uthmaniyah). Pada
awal abad ke-20M, minyak mula menggantikan arang batu
sebagai sumber utama tenaga industri. Tujuan utama pihak
British menduduki Iraq adalah urituk menguasai wilayah
Basrah, Iraq dan akhirnya akan bergabung dengan tentera Rusia
yang datang dari wilayah Caucasus.
Contoh Gabungan tentera British dan Rusia diharap dapat memutus
dan menutup jalan perhubungan penting tentera Turki
Uthmaniyah.
Huraian Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya
contoh mengalahkan British pada bulan April 1916 di bandar lama
Ctesiphon, berdekatan Baghdad. Namun, Pada Mac 1917,
Baghdad ibu kota Iraq telah dikuasai oleh tentera British dan
Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah
Penegasan Dengan gabungan British dan Rusia telah mendorong tentera
isi Turki Uthmaniyah terlibat menentang kedua-dua kuasa yang
terlibat dalam Perang Dunia Pertama

Fakta PEPERANGAN DENGAN BRITISH DI SEMENANJUNG


SINAI , MESIR
Huraian Pada Februari 1915, tentera Turki Uthmaniyah cuba melintasi
Terusan Suez, Mesir tetapi digagalkan oleh tentera British. 146
British yang menguasai Mesir sejak tahun 1882 telah
menambahkan jumlah askar di Terusan Suez dengan membawa
masuk tentera yang kalah di medan Gallipoli. Pada tahun 1916,
tentera British cuba melintasi Semenanjung Sinai untuk
menguasai Palestin dan Syria. Pada bulan Mei 1917, tentera
Turki Uthmaniyah dengan bantuan tentera Jerman menyerang
tentera British di Palestin tetapi gagal apabila Komander
British, Allenby berjaya menguasai Jerusalem, Palestin. Pada 9
Disember 1917. Kejayaan British ini membawa kepada
penjajahan secara langsung kuasa Barat ke atas bumi Palestin
yang sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki
Uthmaniyah (1517-1918). Syria turut dikuasai oleh tentera
British pada bulan September 1918.
Contoh
Huraian
contoh
Penegasan Maka jelaslah, apabila British telah menguasai Mesir, Palestin
isi dan Syria membuktikan penglibatan kerajaan Turki
Uthmaniyah secara langsung dalam kancah Perang Dunia
Pertama.

Fakta PEPERANGAN DENGAN PEMIMPIN ARAB DI HIJAZ


Huraian Tentera Turki Uthmaniyah ditentang oleh tali barut British iaitu
Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah yang mengetuai
kelompok nasionalisme Arab. Beliau memainkan sentiment
kemuliaan keturunannya dari Arab Bani Hashim (keturunan
Nabi Muhammad SAW) dan mendakwa layak menjadi
penguasa umat Islam sejagat. Anaknya, Faisal Sharif yang
memimpin tentera Arab telah berjaya menghalau tentera Turki
Uthmaniyah dari Semenanjung Tanah Arab (Hijaz). Namun,
dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak mendapat
balasan seperti dijanjikan. Akhirnya British melantik Sharif
Husain sebagi penguasa Jordan. Di Damsyik, Faisal Sharif
membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan
mendapat pengesahan dan bantuan dari British. Turki
Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut British iaitu keluarga
Saud pada bulan Disember 1915. British mengisytiharkan Ibn
Saud sebagai pemimpin Arab di Najd (tengah Arabia). British
membiarkan Ibn Saud menguasai kawasan Tanah Arab dan
sekaligus menghalau kuasa Turki Uthmaniyah. Keluarga Saud
telah bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki
Uthmaniyah. Malahan Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh
bumi Arabia di bawah penguasaan Turki Uthmaniyyah kecuali
Aden dan Teluk Parsi. Sharif Husain berjanji akan membantu
British menghadapi tentera Turki Uthmaniyah dan akhirnya
beliau mengisytiharkan perang pada bulan Jun 1916.
Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama dua tahun berakhir
apabila kerajaan Turki Uthmaniyah meminta diadakan
perdamaian pada 30 Oktober 1918.
Contoh
Huraian
contoh
Penegasan Jelaslah, perjanjian tersebut membuktikan bahawa kerajaan
isi Turki UIthmaniyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

Fakta PEPERANGAN DENGAN BRITISH , PERANCIS DAN


ITALI DI UTARA AFRIKA
Huraian Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis
dan Itali yang cuba menguasai Libya di Utara Afrika. British
akhirnya berjaya menguasai Libya untuk diserahkan kepada
Itali sebagai memenuhi janji Pakatan Berikat sekiranya Itali
menyertai blok mereka menghadapi Jerman dalam Perang
Dunia Pertama. Selain itu, Tentera Turki Uthmaniyah juga
berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia dan Algeria
yang akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaan
Contoh
Huraian
contoh
Penegasan Oleh itu, peperangan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan
isi Turki Uthmaniyah melibatkan diri dalam Perang Dunia
Pertama.

Kesimpulan Pada Oktober 1918. Kerajaan Turki Uthmaniyah dan British


memeterai Perjanjian Versailles bagi menamatkan Perang.
Tentera pakatan Eropah Berjaya menduduki Istanbul dan
akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah. Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama turut memberi impak negative terhadap dunia
Islam terutama apabila berhadapan dengan kuasa imperialism
Barat.

Anda mungkin juga menyukai