Anda di halaman 1dari 5

NAMA: VENGADESH A/L RAMESH

NO. KAD PENGENALAN: 031112-01-1639

NO. ANGKA GILIRAN: SJ0703/1024

TEMA: PENDIDIKAN

TAJUK:

Encik Bardin Bin Uteh: Peranan dan Sumbangan sebagai guru pendidikan dari tahun
1987 hingga 2012.

PENGENALAN

Kepimpinan guru memerlukan pengetahuan, kecekapan, pengalaman mengajar . Guru


juga dikenali sebagai jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,
masyarakat dan negara. Profesion penguruan merupakan profesion paling utama di dalam
proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Sumbangan seorang
guru sangat berguna menjadikan tajuk ini sesuai untuk dikaji. Dalam konteks ini, di daerah
Segamat terdapat seorang tokoh yang amat disenangi. Beliau ialah Encik Bardin bin Uteh.
Beliau memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan di Daerah Segamat sepanjang
beliau berkhidmat sebagai guru.

OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji latar belakang Encik Barden
bin Uteh. Dengan adanya kajian ini, pengkaji dapat mengetahui asal usul Encik Bardin bin
Uteh.

Malah tujuan kajian ini juga dilaksanakan untuk mengkaji sumbangan Encik Bardin
bin Uteh sebagai guru pendidikan. Ini kerana dalam tempoh kajian tersebut beliau telah
memainkan sumbangan yang tinggi dalam bidang pendidikan di daerah Segamat.
Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengkaji pencapaian yang dicapai oleh Encik
Bardin bin Uteh atas sumbangan dalam bidang Pendidikan.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dilakukan adalah apakah latar belakang Encik Bardin bin
Uteh. Dengan adanya kajian ini, pengkaji dapat mengetahui latar belakang Encik Bardin bin
Uteh.

Kajian ini dilaksanakan untuk apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh
Encik Bardin bin Uteh sebagai guru pendidikan dalam tempoh kajian. Dengan kajian ini
dapat mengetahui sumbangan dan peranan beliaunya.

Di samping itu, kajian ini dijalankan juga untuk meninjau apakah pencapaian dan
penghargaan yang dicapai oleh Encik Bardin bin Uteh.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh
kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada daerah Segamat
yang terletak di Negeri Johor. Ini kerana di kawasan kajian pengkaji, Encik Bardin bin Uteh
bekerja sebagai guru dan guru besar.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1987 hingga
2012. Tempoh kajian selama 25 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku
perkembangan yang pesat dalam sumbangan Encik Bardin bin Uteh sebagai guru.

Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat 3 aspek yang difokuskan. Ia tertumpu
kepada latar belakang Guru Encik Bardin bin Uteh. Dengan kajian ini juga dapat mengetahui
sumbangan beliau di daerah Segamat sebagai guru pendidikan. Malah kajian ini juga
berfokus kepada pencapaian dan penghargaan yang dicapainya dalam sepanjang tempoh
kajian.
SOROTAN KAJIAN LEPAS

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan tokoh-
tokoh politik di Malaysia. Namum kebanyakan kajian lebih tertumpu kepada kajian tentang
tokoh Politik. Hanya sebilangan kecil kajian tertumpu kepada tokoh pendidikan. Antaranya
adalah penulisan yang dihasilkan oleh Chua Yan Piaw, bertajuk “ Penilaian Guru Pendidikan
Seni Terhadap Kreativiti Catan Pelajar” dalam tesis FPP_1998_66_A.pdf (upm.edu.my).
Penulisan ini telah memperlihatkan penilaian guru Pendidikan Seni terhadap kreativiti catan
pelajar. Ianya juga bertujuan untuk mengenalpasti kriteria penilaian catan guru Pendidikan
Seni seta melihat perhubungan latihan Pendidikan Seni dan kreativiti guru pendidikan seni.
Hasil pembacaan kajian ini telah membantu pengkaji untuk menjelaskan sumbangan
seseorang tokoh dengan pemikiran sendirinya.

Satu lagi penulisan jurnal Hasil Riset (Januari – Jun 2012) 37:83-116 yang bertajuk
“Kedudukan Guru Sebagai Pendidik”. Hasil ilmiah ini amat menarik dijadiakn sebagai bahan
bacaan ilmiah. Kajian ini telah membantu pengkaji utnuk mengetahui meneliti peranan utama
guru yang perlu dimainkan dalam tugasan mereka. Dalam penulisan ini juga menerangkan
berkewajiban seseorang guru iaitu membantu perkembangan anak menuju kedewasaan yang
sesuai dengan ajaran islam. Ini telah membantu untuk pengkaji utnuk menulis esei tentang
Encik Bardin bin Uteh.

Selain itu, kajian berkenaan tokoh pendidikan juga terdapat dalam buku yang
dihasilkan oleh Awang Mohammad (2010) yang berjudul Ketokohan Profesion Keguruan.
Penulisan ini telah menerangkan tentang bidang pendidikan memberikan sumbangan yang
besar dan penting dalam menentukan jatuh bangun dan maju sesebuah negara.
Memandangkan penguasaan ilmu dan teknologi menjadi asas kemajuan, maka peranan guru
dan pendidik menjadi lebih penting dari paman dahulu. Tokoh-tokoh pendidik menjadi
cemerlang keranamereka mendukung dan mempamerkan nilai-nilai pendidk yang unggul.
Tambahan pula, pengkaji juga menggunakan buku yang ditulis oleh Rabiah Saidin yang
berjudul Tokoh Pendidikan Melayu (2007) menceritakan tentang pengalaman, peranan,
sumbangan dan identiti sebenar tokoh-tokoh. Antara tokoh yang disebut dalam buku ini ialah
Tan Sri Rashdan Hahi Bab, Tan Sri Halimah Haji Muhammad dan lain-lain. Pengkaji
menjadikan buku ini sebagai panduan kajian ini kerana Encik Bardin bin Uteh juga telah
memainkan peranan dan sumbangan yang besar dalm bidang pendidikan.

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan 2 kaedah untuk mendapatkan


maklumat. Pada mulanya, pengkaji menjalankan penyelidikan perpustakaan nagi
memperolehi sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan perpustakaan dijalankan
dengan menggunakan internet utnuk mencari maklumat tentang Guru, Encik Bardin bin Uteh.

Selain itu pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan-
soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kaji ini. Antara yang berikut
terlibat adalah Encik Bardin bin Uteh. Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan dirakam.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseuluruhannya kaian ini dapat membahagiakn kepada 3 bahagian iaitu


bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan
menjelaskan asal usul tokoh yang pengkaji telah dikajikan.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membahagikan fokus atau isu kajian yang
terbahagi kepada 3 aspek. Aspek pertama adalah latar belakang Encik Bardin bin Uteh.
Seterusnya pengkaji akan menghuraikan sumbangan-sumbangan yang dimainkan oleh Encik
Bardin bin Uteh. Malah pengkaji juga akan menghuraikan pencapaian yang diterima dan
dicapai oleh Encik Bardin bin Uteh.

Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumus hasil kajian
berkenaan.

PENUTUP
Diharapakan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan pengetahuan
tentang Encik Bardin bin Uteh sebagai guru yang memberi sumbangan tinggi terutamanya di
kawasan daerah Segamat. Ini sekaligus akan membolehkan pengkaji dapat memahamikan
tentang salah satu tokoh yang memberikan sumbangan yang tinggi dalam bidang pendidikan
di Segamat.

BIBLIOGRAFI

Awang Mohammad, ‘Ketokohan Profesion Keguruan’, Medium Publication, Kuala


Lumpur, 2010.
Rabiah Sidi, ‘Buku Tokoh Pendidikan Melayu’, Ampang Press Sdn. Bhd. Shah Alam,
2007.
M. Yusuf Seknun. “ Kedudukan Guru Sebagai Pendidik”. Jurnal Hasil Riset (Januari
– Jun 2012) 37:83-116. Diakses pada Januari 2012.
KEDUDUKAN GURU SEBAGAI PENDIDIK - E-JURNAL
Chua Yan Piaw. “ Penilaian Guru Pendidikan Seni Terhadap Kreativiti Catan
Pelajar”. Tesis Universiti Putra Malaysia, 1998.

Anda mungkin juga menyukai