Anda di halaman 1dari 6

TEMA:SEJARAH PENDIDIKAN

SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN PUAN ROZITA BINTI MOHD SUAN DALAM

BIDANG PENDIDIKAN DI SMK SULTAN MUZAFAR SHAH I DAN SMK SERI

ISKANDAR DARIPADA TAHUN 2011 SEHINGGA 2020

PENGENALAN

Tokoh adalah seseorang yang menyumbang jasa dan telah memberikan khidmat

kepada negara dalam sesuatu bidang.Tokoh memainkan peranan penting dalam menjadi

modal insan kepada masyarakat sekeliling serta generasi muda yang akan datang

kelak.Kejayaan yang dicapai dan hasil sumbangan yang telah dicurahkan kepada negara dan

masyarakat sekeliling dapat dijadikan sumber inspirasi kepada golongan muda di masa

hadapan.Dalam hal ini,terdapat seorng tokoh Pendidikan yang amat disegani oleh masyarakat

di Daerah Perak Tengah.Tokoh tersebut adalah Puan Rozita Binti Mohd Suan yang

merupakan tokoh Pendidikan tempatan yang telah banyak mencurahkan jasa dan menabur

khidmat kepada perkembangan bidang Pendidikan dan negara kearah membina generasi yang

lebih berkualiti.

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif yang dapat dilaksanakan dalam menjalankan kajian

ini.Objektif yang pertama adalah untuk menjelaskan latar belakang Puan Rozita binti Mohd

Suan dengan lebih spesifik.Kajian ini wajar dilaksanakan bagi mengenali tokoh Pendidikan

yang akan dikaji dengan lebih mendalam.


Selain itu,kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan peranan yang dimainkan

oleh Puan Rozita binti Mohd Suan dalam bidang pendidikan dari tahun 2011 hingga 2020 .

Pengkajian aspek ini perlu dalam menyatakan peranan Puan Rozita binti Mohd Suan bukan

hanya setakat sebagai pendidik di sekolah,namun juga dalam bidang lain yang berkaitan

dengan keperibadian beliau.

Seterusnya, kajian ini juga dilaksanakan menzahirkan sumbangan yang telah

dilakukan oleh Puan Rozita binti Mohd Suan dalam memajukan bidang pendidikan didaerah

Perak Tengah. Aspek yang dikaji ini adalah wajar bagi memaparkan segala jasa yang

dicurahkan tokoh ini dalam membantu masyarakat setempat dan sewajarnya diberi

pengiktirafan.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini ialah unutuk mengenalpasti bagaimanakah latar belakang

Puan Rozita Binti Mohd Suan Berjaya danmenjadi tokoh dalam bidang pendidikan.Kajian ini

juga mengfokuskan tentang apakah sumbangan yang dilakukan oleh Puan Rozita binti Mohd

Suan dalam memajukan bidang pendidikan di SMK Sultan Muzafar Shah 1 di Daerah Perak

Tengah,tempat beliau menabur bakti dan mencurahkan jasa dalam bidang tersebut.Selain tu

juga,kajian ini berhasrat untuk memperlihatkan pencapaian yang telah dicapai oleh Puan

Rozita binti Mohd Suan untuk memajukan bidang pendidikan di kawasan tempat beliau

menabur khidmat.
SKOP KAJIAN

Dari segi isu kajian, skop kajian ini menceritakan latar belakang Puan Rozita binti

Mohd Suan dan sumbangan beliau yang banyak dicurahkan dan bakti yang telah ditabur

dalam memajukan bidang Pendidikan di SMK Sultan Muzafar Shah 1. Isu kajian ini telah

mendapat perhatian memandangkan Puan Rozita binti Mohd Suan adalah antara tokoh yang

tersohor dengan sumbangan dan pencapaian beliau.

Selain itu, aspek yang lain pula adalah dari segi kawasan kajian . Kajian ini berfokus

di SMK Sultan Muzafar Shah 1 iaitu tempat tokoh menabur khidmat sebagai seorang guru

Bahasa inggeris.

Akhir sekali,tempoh masa kajian dijalankan.Kajian ini bermula dari tahun 2011

hingga 2020. Dalam tempoh masa kajian tersebut, terdapat banyak sumbangan dan

pencapaian yang telah dicapai oleh beliau sebagai guru dalam mengembangkan bidang

pendidikan.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Dalam penulisan ilmiah terdapat banyak kajian yang membincangkan tentang tokoh

dalam pelbagai bidang.Namun pengkaji mendapati tiada sebarang penulisan ilmiah yang

membicarakan tentang yang dikaji iaitu Puan Rozita Binti Mohd Suan.Oleh itu,terdapat
beberapa buah buku yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam penulisan

ilimiah tokoh.

Selain itu, Rabiah Saidin dalam buku yang berjudul “Tokoh Pendidikan Melayu”

(2007) menceritakan tentang pengalaman, sumbangan,perancangan dan pencapaian sebenar

tokoh-tokoh. Antara tokoh yang diperkatakan dalam buku tersebut ialah Tan Sri Rashdan

Hahi Bab, Tan Sri Halimah Haji Muhammad, Prof Dr.H. Mahmud dan lain-lain. Pada

pendapat pengkaji, buku tersebut sesuai dijadikan panduan kajian ini kerana En. Mohamad

Tamyes Bin Sujak juga telah memainkan peranan dan memberi sumbangan yang besar

kepada masyarakat sekelilingnya dalam pendidikan dan sebagai guru.

Seterusnya,menurut Awang Mohammad (2010) dalam buku yang berjudul

“Ketokohan Profesion Keguruan” menerangkan tentang bidang pendidikan memberikan

sumbangan yang besar dan penting dalam menentukan arah pembangunan dan kemajuan di

sesebuah negara. Memandangkan penguasaan ilmu dan peningkatan teknologi menjadi asas

kemajuan negara, maka peranan guru dan pendidik menjadi lebih maju dari zaman dahulu.

Tokoh-tokoh pendidik menjadi cemerlang kerana mereka menyokong dan menunjukkan

nilai-nilai pendidik yang mantap.

KAEDAH KAJIAN

Dalam penghasilan kajian sejarah ini,kaedah kajian yang diguna pakai amat

penting,dalam usaha mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tokoh yang dikaji.

Antara kajian yang pengkaji jalankan ialah kaedah temubual bagi memperoleh sumber

primer secara lisan.Temubual dianggap antara kaedah paling penting kerana melalui pelbagai

sumber primer yang dapat diperoleh.temubual boleh dijalankan dengan individu yang
berautoriti dan rapat dengan tokoh serta mampu memberikan maklumat yang tepat dan

jitu.Pengkji dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan tokoh .

Seterusnya,Kaedah kepustakaan dimana pusat sumber menjadi sumber rujukan dan

Kawasan lokasi utama bagi mencari maklumat-maklumat yang benar dan tepat.Sumber

rujukan termasuklah akhbar,jurnal,majalah,buku dan lain-lain.

Akhir sekali,kaedah yang digunakan adalah sumber internet.Kemudahan internet

diguna pakai bagi memudahkan proses pencarian maklumat tetang tokoh yang akan dikaji

serta mengkaji latar belakang tokoh seperti sekolah yang telah beliau mencurahkan bakti dan

sebagainya.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Dalam bahagian ini,pengkaji akan menceritakan kepimpinan Puan Rozita Binti Mohd

Suan,guru Bahasa inggeris SMK Sultan Muzafar Shah 1 yang memulakan khidmatnya

sebagai guru daripada tahun 2011 sehingga kini.Secara keseluruhanya,Kajian ini dibahagikan

kepada 3 bahagian iaitu pendahuluan,isi dan kesimpulan.Dalam bahagian kesimpulan

pengkaji akan menceritakan latar belakang Puan Rozita Binti Mohd Suan.

Dalam bahagian isi pula,Pengkaji akan mengceritakan dengan lebih terperinci tetang

sumbangan dan pencapaian yang telah disemai oleh Puan Rozita Binti Mohd Suan dalam

bidang Pendidikan sepanjang karier beliau sebagai seorang guru.Pengkaji juga akan

menghuraikan dengan lebih lanjut pencapaian yang telah dicapai oleh Puan Rozita Binti

Mohd Suan.
Akhirnya, dalam bahagian kesimpulan,pengkaji akan merumus hasil kajian berkenaan

dan harapan serta kata-kata semanga Puan Rozita Binti Mohd Suan

PENUTUP

Diharapkan dengan pelaksanaan kajian ini,pengkaji dapat mengkaji dan menyelidik

perjalanan hidup seorang warga pendidik iaitu Pun Rozita Binti Mohd Suan supaya dapat

dijadikan bahan bacaan dan contoh pada masa akan datang untuk dijadikan rujukan.Malah

diharapkan juga agar generasi pada masa kini dan akan datang dapat menjadikan beliau

sebagai contoh untuk menjadi seorang pendidk yang berjaya.

BIBLIOGRAFI

SUMBER SEKUNDER

Rabiah Sidin.. Tokoh Pendidikan Melayu. Shah Alam; Ampang Press Sdn Bhd. 2007

Syed Ismail Bin Mustafa. 2009. Guru Dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur; Medium

publication.

Rabiah Sidin. 2006. Prof Diraja ungku Aziz. Kuala Lumpur; Medium Publication.

SUMBER LISAN

Puan Rozita Binti Mohd Suan

Anda mungkin juga menyukai