Anda di halaman 1dari 10

Tema:Tokoh

TAJUK

Peranan dan sumbangan Puan Baizura binti Ab Ghani dalam bidang Pendidikan di sekolah
menengah kebangsaan Alor Akar,Kuantan dari tahun 1987 hingga tahun 2015

PENGENALAN

Dalam mencapai aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu akses ,kualiti,
ekuiti,perpaduan dan kecekapan,guru yang berkualiti dari segi cara dan keberkesanan cara
pembelejaran dapat menghasilkan kualiti individu yang tinggi keperibadian serta nilai moral
dalam diri.Di dalam sistem pendidikan guru adalah watak penting bagi menjayakan sistem
pendidikan kerana peranan seorang guru amat besar dalam menyampaikan objektif
pendidikan dalam proses persekolahan mahupun di peringkat universiti.Tanpa dukungan dan
sokongan daripada guru objektif di dalam sistem pendidikan tidak akan berjaya dicapai serta
dilaksanakan.Kualiti seorang guru dapat dinilai menerusi prestasi kerja meliputi kehadiran,
penglibatan, kecekapan, kepimpinan, tanggungjawab dan sebagainya.Guru yang
mengamalkan tingkah yang mesra kepada pelajar akan mendapat tempat di hati mereka dan
akan meningkatkan tahap kefahaman serta minat murid terhadap subjek yang diajar akan
meningkat.Apabila di dalam bilik darjah pula,seorang guru perlu memastikan pelajar mereka
duduk di dalam Susana yang kondusif dan selesa kerana akan mempengaruhi semangat
mereka untuk belajar.Peranan guru adalah rumit kerana jika seorang guru cekap tentang
pengajaranya tetapi tidak mesra dengan pelajar-pelajarnya ia boleh menjejaskan
keberkesanan dalam proses pembelajaran itu sendiri.Guru juga bukan sahaja bertindak
sebagai pengajar bagi pelajar tetapi guru juga boleh menjadi pembimbing,penasihat,
pendorong dan sebagai tempat rujukan pelajar-pelajarnya.Di samping itu,seorang guru juga
turut bertanggungjawab memupuk minat pelajarnya terhadap proses pembelajaran serta
membimbing mereka dengan cara belajar yang berkesan,menjelaskan keraguan dan
membantu mereka menyelesaikan masalah di rumah ataupun di sekolah.Apabila usia seorang
guru sudah mencapai batasnya,mereka sudah pasti akan dirindui oleh pelajar-pelajar mereka
dan mereka juga menjadi seorang tokoh pendidik yang mempunyai sumbangan yang
tersendiri di dalam bidang pendidikan serta di sekolah mereka berkhidmat selama mereka
bergelar sebagai seorang guru.Selain itu,sumbangannya yang sangat berguna menjadikan
tajuk ini sesuai untuk dikaji.Tokoh Pendidikan bukan sahaja orang yang berjasa dalam bidang
Pendidikan di Malaysia tetapi mereka juga berjasa dalam melahirkan pelapis-pelapis yang
berkualiti untuk negara serta menjadi contoh kepada mereka yang ingin mencemburui bidang
Pendidikan. Kejayaan yang dicapai dan sumbangan guru dijadikan aspirasi dan motivasi
kepada semua lapisan masyarakat. Masyarakat perlu mencontohi teladan dan nilai-nilai murni
dalam menyumbang tenaga dan memajukan pendidikan.

Dalam konteks ini, di daerah Kuantan Pahang terdapat seorang tokoh yang amat
disenangi.Beliau ialah Puan Baizura bin Ab Ghani iaitu merupakan guru Pengajian Am di
Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar yang banyak memberi sumbangan kepada murid-
murid prauniversiti sekolah tersebut. Beliau bukan sahaja guru pengajian am bagi murid
paruniversiti tetapi beliau turut berkebolehan dalam mengajar subjek lain seperti
geografi,sejarah,dan ekonomi.

OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji ingin mengkaji latar belakang tokoh dari segi tahun kelahiran,pendidikan
awal,dan perjalanan tokoh di dalam Pendidikan.

Seterusnya,Pengkaji ingin mengkaji peranan tokoh dalam bidang pendidikan sepanjang


perkhidmatan tokoh di dalam bidang pendidikan di Sekolah menengah kebangsaan Alor
Akar,Kuantan.

Akhir sekali,kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kejayaan yang telah dicapai oleh
tokoh dalam bidang Pendidikan dari tahun 1987 sehingga 2015 iaitu merupakan zaman
kegemilangan beliau sebagai guru pengajian am di peringkat daerah ataupun di peringkat
negeri.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian dilakukan untuk mengetahuiapakah latar belakang tokoh yang


meliputi aspek sejarah hidup, pendidikan awal sehingga ke peringkat universiti.
Seterusnya,Kajian,ini juga dilaksanakan bagi mengetahui apakah peranan tokoh dalam
bidang pendidikan sepanjang perkhidmatan beliau dari tahun 1987 sehingga 2015 di Sekolah
Kebangsaan Alor Akar Kuantan.

Akhir sekali, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti apakah pencapaian yang
dicapai oleh Puan Baizura binti Ab Ghani sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang
guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar Kuantan.

SKOP KAJIAN

Aspek tema kajian dipilih melibatkan Puan Baizura binti Ab Ghani dalam bidang
pendidikan dimana beliau merupakan anak tempatan yang banyak menyumbang kepada
Sekolah Kebangsaan Alor Akar Kuantan sepanjang perkhidmatan beliau.

Dalam usaha menonjolkan tokoh tempatan ini skop masa yang dipilih meliputi tempoh
tahun iaitu dari tahun 1987 hingga 2015. Tempoh kajian tersebut dipilih memandangkan
sepanjang tempoh kajian, terdapat banyak sumbangan dan pencapaian yang telah dilakar oleh
tokoh sebagai guru dan warden asrama.

Bagi skop kawasan pula,Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar Kuantan dilihat sangat
sesuai memandangkan sepanjang tempoh kajian tokoh berkhidmat di kawasan tersebut dan
impak pencapaian tokoh sangat jelas di sini serta memudah pengkaji mencari maklumat
tentang tokoh.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat beberapa sorotan kajian lepas yang dijadikan panduan dalam usaha penghasilan
kajian berkaitan tokoh Puan Baizura binti Ab Ghani.Antaranya ialah jurnal sejarah oleh
Ermy Azziaty Rozali dan Mohammad Redzuan Othman yang bertajuk ‘Jalan keselamatan
Bagi Orang-Orang Melayu’ : Pemikiran Za’Ba bagi memajukan Pendidikan dan Ekonomi
pada tahun 1920-an.Pengkaji memilih jurnal sejarah ini kerana barkait rapat dengan Puan
Baizura binti Ab Ghani yang mempunyai sumbangan beliau tersendiri dalam bidang
Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar Kuantan,Pahang.Jurnal ini turut
dijadikan panduan untuk pengkaji merangka penulisan ilmiah.
Seterusnya,Jurnal ‘teori kepimpimnan guru dalam Pendidikan berasaskan pemikiran Al-
Ghazali : Satu perbandingan dengan teori Pendidikan barat yang disediakan Ahmad Sukari
Mohamad dan Mohd Nizam Sahad,Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Universiti Sains
Malaysia. 11800. Pulau Pinang. Malaysia.Jurnal dijadikan panduan tentang kepimpinan
berasaskan pemikiran berasaskan pemikiran Al-Ghazali serta mengambil ciri-ciri
kepimpinan yang positif.

Di samping itu, karya Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia :


Pengalaman 50 tahun Merdeka oleh Nor Aini bt. Idris terbintan 2008, Utusan Publication
dapat memberi gambaran penulisan sejarah yang dilakukan mengikut kaedah kronologi.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang pertama adalah ke perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tok
Sera dan Perpustakaan Awam Negeri Pahang bagi mencari maklumat yang berkaitan dengan
Puan Baizura Bin Ab Ghani.

Seterusnya,mencari maklumat di laman web,jurnal,e-book dan sebagainya bagi


memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan
penulisan ilmiah.

Akhir sekali,pengkaji menggunakan kaedah lapangan iaitu pergi ke Sekolah Kebangsaan


Alor Akar Kuantan bagi mencari maklumat berkenaan dengan Puan Baizura binti Ab Ghani.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Pada bahagian pengenalan pengkaji ingin menerangkan perkara umum berkaitan


pendidikan dan peranan seorang.Pengkaji juga menerangkan secara umum latar belakang
Puan Baizura binti Ab Ghani.

Pada bahagian isi pula pengkaji menerangkan tiga objektif yang dikaji iaitu isi pertama
berkenaan latar belakang,isi kedua berkenaan peranan dan isi ketiga berkenaan pencapaian
yang dicapai oleh Puan Baizura binti Ab Ghani semasa perkhidmatan beliau dalam bidang
pendidikan di Sekolah Kebangsaan Alor Akar.

Pada bahagian kesimpulan pengkaji ingin merumuskan secara menyeluruh berkaitan Puan
Baizura binti Ab Ghani dari segi sumbangan dan peranan beliau sebagi guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Alor Akar,Kuantan,Pahang.
PENUTUP

Diharapkan kajian ini dapat diteruskan oleh pengkaji-pengkaji lain pada masa akan
datang.Diharapkan juga tokoh ini menjadi contoh serta menjadi idola kepada masyarakat
yang ingin menceburi bidang Pendidikan serta dapat meningkatkan kualiti perguruan dari
masa ke semasa dan dapat menghasilkan generasi yang bersedia bagi menjadi pucuk
pimpinan negara pada masa akan datang.
BIBLIOGRAFI

SUMBER SEKUNDER

a.Buku

1.Abdul Rahman Md Aroff ,Keguruan Beritika,Pencetakan Haji Jantan,Kuala Lumpur,2018

2.Nurulhuda Abd Rahman&Md Nasir Ibrahim,Pemikiran Kritis Dan Kreatif,Reka


Cetak,2013

3.Nor Aini bt Idris,Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia : Pengalaman 50


tahun merdeka,Utusan Publication,2008

b.Internet

4.https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/5.Manuskrip-ICIP.Dr-Atiqah-_-Prof-Ong-
B.pdf : Diakses pada 29/5/2021

5.https://www.sistemguruonline.my/2017/04/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-
pppm.html : Diakses pada 29/5/2021

6.file:///C:/Users/DELL/Downloads/download%20(1).pdf : Diakses pada 5/6/2021

7.http://www.ukm.my/jurfpend/40(2)2015/Chap1new.pdf : Diakses pada 5/6/2021

8.https://www.academia.edu/7887102/Sejarah_merupakan_mata_pelajaran_teras_yang_wajib
_dipelajari_oleh_semua_murid_dalam_Kurikulum_Standard_Sekolah_Rendah : Diakases
pada 10/6/2021

9.https://www.stsimon.edu.my/mn/wp-content/uploads/2015/05/Sukatan-Pelajaran-Geografi-
KBSM.pdf : Diakses pada 10/6/2021

Sumber Lisan

10.Temu bual Bersama Puan Baizura Binti Ghani

11.Temu bual Bersama Muhammad Shuib bin Nordin (anak bongsu Puan Baizura binti Ab
Ghani)
1.0 Pengenalan

Dalam mencapai aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu akses


,kualiti,ekuiti,perpaduan dan kecekapan,guru yang berkualiti dari segi cara dan
keberkesanan cara pembelejaran dapat menghasilkan kualiti individu yang tinggi
keperibadian serta nilai moral dalam diri.Di dalam sistem pendidikan guru adalah watak
penting bagi menjayakan sistem pendidikan kerana peranan seorang guru amat besar
dalam menyampaikan objektif pendidikan dalam proses persekolahan mahupun di
peringkat universiti,Apabila usia seorang guru sudah mencapai batasnya,mereka sudah
pasti akan dirindui oleh pelajar-pelajar mereka dan mereka juga menjadi seorang tokoh
pendidik yang mempunyai sumbangan yang tersendiri di dalam bidang pendidikan serta
di sekolah mereka berkhidmat selama mereka bergelar sebagai seorang.Selain itu,
sumbangannya yang sangat berguna menjadikan tajuk ini sesuai untuk dikaji.Tokoh
Pendidikan bukan sahaja orang yang berjasa dalam bidang Pendidikan di Malaysia tetapi
mereka juga berjasa dalam melahirkan pelapis-pelapis yang berkualiti untuk negara serta
menjadi contoh kepada mereka yang ingin mencemburui bidang Pendidikan. Kejayaan
yang dicapai dan sumbangan guru dijadikan aspirasi dan motivasi kepada semua lapisan
masyarakat. Masyarakat perlu mencontohi teladan dan nilai-nilai murni dalam
menyumbang tenaga dan memajukan pendidikan.

Dalam konteks ini, di daerah Kuantan Pahang terdapat seorang tokoh yang amat
disenangi.Beliau ialah Puan Baizura bin Ab Ghani iaitu merupakan guru Pengajian Am di
Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar yang banyak memberi sumbangan kepada
murid-murid prauniversiti sekolah tersebut. Beliau bukan sahaja guru pengajian am bagi
murid paruniversiti tetapi beliau turut berkebolehan dalam mengajar subjek lain seperti
geografi,sejarah,dan ekonomi.
2.0 LATAR BELAKANG PUAN BAIZURA BINTI AB GHANI

Puan Baizura binti Ab Ghani merupakan anak jati Pahang,beliau dilahirkan pada 10 oktober
1962 di rumah beliau di Kampung Beserah,Kuantan,Pahang dalam sebuah keluarga
pendidik.Bapa beliau iaitu Ab Ghani bin Jaafar merupakan seorang guru Bahasa Melayu di
Sekolah Kebangsaan Beserah,Kuantan, dan ibu beliau Hendon binti Ab Aziz merupakan
seorang suri rumah.Hasil perkahwinan daripada kedua pasangan ini mereka dikurniakan
empat belas orang cahaya mata iaitu tujuh orang lelaki dan tujuh orang perempuan, Abang
Sulung beliau iaitu Saharuddin bin Ab Ghani diikuti Sarah binti Ab Ghani, Dzulkarnain bin
Ab Ghani,Fakhruddin bin Ab Ghani,Azhar bin Ab Ghani,Asmah binti Ab Ghani,Norliah binti
Ab Ghani,Fardhiah binti Ab Ghani,Khuzmaimah Binti Ab Ghani,Jaimaiyah Binti Ab
Ghani,Iskandar bin Ab Ghani,Nor Aishah binti Ab Ghani,Jaafar bin Ab Ghani dan beliau
sendiri Puan Baizura Binti Ab Ghani.Beliau merupakan anak bongsu dan antara yang berjaya
mengikut jejak langkah ayahnya iaitu menjadi warga pendidik,tiga orang abang beliau juga
merupakan warga pendidik dan dua orang kakak beliau kemudian diikuti oleh beliau
sendiri.Sejak dari kecil beliau diasuh di dalam lingkungan keluarga yang besederhana,beliau
diasuh supaya mempunyai sifat lemah-lembut dan hormat menghormati dan selalu bersyukur
dengan apa yang ada.

Pada tahun 1969 beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan
Galing,Kuantan dari darjah 1 sehingga darjah 6 pada tahun 1975.Sepanjang bersekolah di
Sekolah Rendah kebangsaan Galing beliau mendapat keputusan yang cermerlang di dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Berjaya melepasi Peperiksaan Penilaian Darjah Lima
(PPDL). Pada tahun berikutnya iaitu 1976 beliau dimasukkan ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Alor Akar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 pada tahun 1981.Antara subjek
yang diambil beliau ialah Bahasa Melayu,Pendidikan Islam,Geografi,Sains,Kemahiran
Hidup, Sejarah dan matematik.Semasa tingkatan 3 beliau Berjaya melepasi peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran dengan baik dan dapat menyambung ke tingkatan 4 sehingga tingkatan 5 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar.Selepas tamatnya zaman persekolahan,beliau
memilih untuk sambung ke tingkatan 6 di Kolej Budaya Kota Bharu,Kelantan.Setelah tamat
pengajian tingkatan 6,beliau menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda sastera di
Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1883 sehingga 1886.Beliau memilih kerjaya
sebagai seorang guru dan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar pada 4
Mei 1987 sehingga 31 Disember 2018.
2.0 PERANAN PUAN BAIZURA BINTI AB GHANI

2.1 Guru bagi subjek Sejarah di Sekolah Kebangsaan Alor Akar,Kuantan dari tahun 1989
sehingga 2015.

Subjek sejarah merupakan mata melajaran yang penting bagi semua murid  dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap dua sekolah rendah dan
dijadikan sebagai subjek elektif bagi pelajar tingkatan 6.Mata pelajaran ini diwajibkan bagi
memberi kefahaman dan penghayatan kepada murid tentang sejarah negara yang berlaku
pada waktu dahulu. Hal ini dapat membina semangat patriotik di dalam diri murid sejak
bangku sekolah rendah lagi dan membuatkan pemikiran lebih matang. Dari segi sejarah Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pelajar harus mempelajari sejarah yang berlaku di seluruh
dunia,sejarah islam dan sejarah Malaysia.Bagi pelajar yang ingin menyambung di dalam
bidang undang- undang subjek sejarah inilah menjadi batu loncatan kepada mereka untuk
terus ke Universiti.Selain itu, perspektif keunikan tanah air yang ditekankan dalam mata
pelajaran Sejarah akan dapat menilai warisan negara kita seterusnya menerangkan kehidupan
dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia.Jika semua nilai murni
dalam pembelajaran sejarah ini dapat dipupuk maka akan terbentuklah kesepaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia kerana telah diterapkan nilai- nilai yang ada dalam mata
pelajaran sejarah itu sendiri.

Puan Baizura binti Ab Ghani mula bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar
pada 4 Mei 1987 dan subjek pertama yang diajar oleh beliau ialah sejarah tingkatan 6.Beliau
ditugaskan untuk mengajar sejarah kertas 1 iaitu sejarah dunia untuk seketika akibat
kekurangan guru dan beliau banyak membantu memberi motivasi kepada pelajar di saat
pelajarnya sudah tidak berdaya untuk meneruskan pengajian.Pada tahun 1988,Beliau bertugas
untuk mengajar sejarah kertas 2 iaitu sejarah islam.Menurut beliau,sejarah islam merupakan
cabaran terbesar bagi beliau untuk memastikan pelajarnya terus mendapat keputusan yang
baik di dalam pelajaran.Sejarah islam memerlukan penghayatan dan kefahaman itu sendiri
dan bagi pelajarnya yang bukan muslim sudah tentu menjadi cabaran bagi beliau dalam
memperkenalkan sesuatu yang baru bagi mereka.Beliau berjaya membantu pelajar-pelajarnya
dalam mendapatkan markah yang baik di dalam peperikasaan STPM pada tahun 1989 dan
1990.
2.2 Guru bagi subjek Geografi di Sekolah Kebangsaan Alor Akar,Kuantan dari tahun 1990
sehingga 2015.

Subjek geografi pula secara umumnya merupakan mata pelajaran teras bagi peringkat
Sekolah Menengah Rendah iaitu dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 dan subjek elektif bagi
peringkat Sekolah Menengah Atas meliputi tingkatan 4 sehingga tingkatan 6.Mata perlajaran
ini diperkenalkan bagi memberi pencerahan kepada murid tentang pemahaman dan
kemahiran asas geografi dalam menjali kehidupan seharian mereka.Kandungan di dalam
sukatan pelajaran geografi adalah relevan dengan kehidupan manusia.Kandungan ini juga
merangkumi alam sekitar dari segi fizikal dan alam sekitar manusia.Pemahaman murid
tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik
serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam yang terjadi pada hari ini yang
berlaku setempat ataupun global.

Anda mungkin juga menyukai