Anda di halaman 1dari 5

TEMA: SEJARAH SENI DAN KEBUDAYAAN

TAJUK : USTAZ SUHAIZI AL-MADADI : LATAR BELAKANG DAN USAHA

SERTA PERANAN BELIAU DALAM MEMPERKEMBANGKAN KEGIATAN

KESENIAN ISLAM DI PULAU PINANG (2005 – 2015)

2.0 PENGENALAN

Tokoh merupakan orang yang sangat berharga di mata masyarakat yang boleh dijadikan

teladan bagi generasi pada masa kini dan pada masa yang akan datang. Kejayaan yang dicapai

dan sumbangan yang dicurahkan dijadikan sebagai inspirasi dan motivasi bagi melahirkan

masyarakat yang berwawasan dan berakhlak mulia. Pergorbanan dan kepahitan mereka dalam

mendidik masyarakat bagi membangunkan negara terutamanya untuk mencapai wawasan

2020 di mana masyarakat terus maju dalam pelbagai bidang.

Antara tokoh yang boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada masyarakat ialah Ustaz

Suhaizi bin Semail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Suhaizi Al-Madadi. Masyarakat setempat

seharusnya mencontohi keperibadian tokoh berkenaan dalam menyumbang bakti kepada

masyarakat, agama, bangsa, dan negara. Beliau memainkan peranan penting dalam bidang

pendidikan iaitu menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Penyelaras Bantuan

Sekolah Agama dan pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Kawalan Akidah

dan Pemikiran Islam di Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan

pernah bertugas sebagai guru pada suatu ketika dahulu.

Selain bertugas sebagai seorang pegawai pendidikan, Ustaz Suhaizi Al-Madadi juga

aktif sebagai pendakwah bebas di masjid, surau, sekolah,institusi- institusi pendidikan awam &

swasta. Suaranya juga berkumandang di radio Malaysia Mutiara FM Pulau Pinang dalam

rancangan bual bicara remaja “Pesan Abi”. Beliau juga berdakwah dalam bidang kesenian
Islam dan suaranya juga tidak asing didengar melantunkan qasidah, nasyid, selawat dan

doa pengantin di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi seperti walimatul urus, malam kesenian

Islam, Malam Cinta Rasul, kursus motivasi dan sebagainya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti latar belakang Ustaz Suhaizi

Al-Madadi sebagai seorang pendakwah dalam kegiatan seni Islam dan juga dalam bidang

pendidikan. Selain itu, penyelidik ingin mengkaji usaha-usaha beliau dalam

memperkembangkan kegiatan kesenian Islam di Pulau Pinang. Hasil usaha yang dilakukan

oleh beliau, kini Pulau Pinang cukup terkenal dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan kesenian

Islam. Kajian ini juga akan meneliti peranan yang dimainkan oleh beliau sepanjang beliau

bergiat aktif dalam menyebarkan dakwah.

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini ialah untuk mengetahui apakah latar belakang kehidupan Ustaz

Suhaizi Al-Madadi. Hal ini kerana beliau adalah tokoh yang boleh dijadikan contoh dari

pelbagai aspek seperti kesenian Islam dan juga bidang pendidikan. Kajian ini juga adalah untuk

mengkaji sejauh manakah usaha yang dilakukan oleh beliau dalam kegiatan menyebarkan

dakwah melalui kesenian Islam di sekitar Pulau Pinang. Melalui kajian ini juga, pengkaji akan

meneliti peranan yang dimainkan oleh beliau dalam memperkembangkan dakwah Islam

kepada masyarakat secara langsung mahupun tidak langsung.


5.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu aspek yang dikaji, tempoh

kajian dan kawasan kajian. Dari segi aspek yang dikaji, terdapat tiga aspek yang difokuskan. Ia

tertumpu kepada latar belakang dan kehidupan Ustaz Suhaizi Al-Madadi sebagai pendakwah

di Pulau Pinang. Di akhir kajian ini, penyelidik akan dapat mengetahui asal usul kehidupan

beliau secara terperinci dan dapat dijadikan panduan untuk masyarakat. Kajian ini juga

memfokuskan kepada usaha Ustaz Suhaizi Al-Madadi dalam meluaskan dakwahnya di negeri

Pulau Pinang serta peranan beliau dalam menegakkan kebenaran ajaran Islam.

Dari segi tempoh kajian pula, kajian ini bermula dari tahun 2005 hingga tahun 2017

kerana sepanjang tempoh inilah terdapat pelbagai perubahan, perkembangan serta peningkatan

yang berlaku sepanjang beliau memainkan peranan sebagai pendakwah di Pulau Pinang. Skop

kajian ini juga melihat kepada kejayaan yang beliau kecapi sehingga kini.

Kajian yang dijalankan ini turut membataskan kawasan kajian iaitu hanya di negeri Pulau

Pinang.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menhasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah kajian iaitu kaedah

penyelidikan dan kaedah lapangan. Kaedah yang pertama dalam kajian ini ialah kaedah

penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji bagi mendapatkan segala maklumat yang

berkaitan dengan tajuk penyelidikan. Kaedah penyelidikan ini menggunakan sumber seperti

penyelidikan buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal yang berkaitan, majalah, internet dan laman

sesawang. Kaedah ini akan memberikan segala maklumat yang berkaitan dengan mudah.

Disamping itu juga, bagi memantapkan penyelidikan, pengkaji menggunakan kaedah

lapangan. Kaedah lapangan ini bercirikan seperti melawat ke tempat kajian. Kaedah ini
memudahkan pengkaji untuk mengetahui segala maklumat yang berkaitan dengan

penyelidikan.

Tambahan pula,pengkaji akan menjalankan penyelidikan dengan menggunakan kaedah

temu bual untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan. Kaedah

temu ramah ini merupakan kaedah yang amat penting dalam menjalankan penyelidikan.

8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Penulisan ini dapat dibahagikan kepada beberapa buah bahagian iaitu bahagian

pengenalan, bahagian isi, dan bahagian kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji

akan menjelaskan latar belakang dan sejarah kehidupan tokoh tersebut. Seterusnya, pengkaji

akan memaparkan usaha Ustaz Suhaizi Al-Madadi dalam memperkembangkan dalam

pendidikan di Sg.Udang,Melaka iaitu peranan beliau dalam memajukan

akademik ,kokurikulum dan sahsiah pelajar. Dan di akhir pembahagian esei pula, pengkaji

akan membuat kesimpulan dengan menyatakan apa yang akan di manfaatkan daripada hasil

kajian ini.

9.0.PENUTUP
Di harapkan dengan adanya kajian ini,perjalanan hidup sebagai seorang pendidik seperti

En.Muhammad Zulkefli bin Md.Derus akan dapat di rasai oleh masyarakat dalam menjadikan

anak bangsa terus maju dan berjaya. Diharapkan juga, pada masa akan datang dan kini

genaerasi muda akan menjadikan beliau sebagai tamsil untuk menjadi seorang pendidik yang

berjiwa kental dan berwibawa.

Anda mungkin juga menyukai