Anda di halaman 1dari 17

1

SKEMA SEJ S3
BAHAGIAN A

1. Bincangkan struktur sosial golongan diperintah di Negeri-Negeri Melayu sebelum


campurtangan British.

A: Pengenalan
- Susun lapis masyarakat Melayu tradisional kompleks tetapi teratur. Setiap golongan
masyarakat mempunyai kedudukan tertentu dan fungsi masing-masing. Dua golongan itu
ialah golongan memerintah dan diperintah.
- Golongan pemerintah terdiri dari raja, kerabat diraja, bangsawan, golongan agama dan
penghulu.
- Golongan diperintah pula terdiri daripada golongan merdeheka iaitu rakyat tempatan dan
golongan hamba.
- Kedudukan mereka dalam masyarakat ditentukan oleh dua aspek iaitu taraf tersedia iaitu
kedudukan yang diperoleh secara warisan dan taraf capaian iaitu kedudukan meningkat
apabila menerima anugerah atau pangkat dari sultan atau pemerintah

B : Golongan Diperintah
- Di kenali sebagai golongan merdeheka dan hamba. Golongan merdeheka terdiri dari
rakyat biasa/ tempatan dan rakyat asing. Sementara golongan hamba pula terbahagi kepada
hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa

i) Rakyat Tempatan
- Masyarakat pribumi yang bermastautin tetap. Bilangannya ramai dan tinggal di luar
istana atau kampong-kampung kecil berhampiran lembah sungai atau tanah pamah.
Mereka merupakan pengikut setia golongan pembesar
- Terdiri dari petani, nelayan, pedagang dan tukang Kehidupan mereka sederhana/miskin
dan mudah jatuh menjadi hamba berhutang. Umumnya masyarakat tempatan ini boleh
dibahagikan:
a) Petani, nelayan: menjalankan kegiatan ekonomi seperti menanam padi, menangkap
ikan, memungut hasil hutan/berburu dan aktiviti ekonomi saradiri dan separa
komersil
b) golongan pedagang dan peniaga yg berniaga secara kecil-kecilan
c) golongan buruh dan pekerja biasa
d) tukang-tukang mahir membuat tembikar, ahli-ahli tenun
e) penghibur raja, pemain sandiwara, pawang, bomoh, dukun dan ahli-ahli agama

ii) Rakyat asing


Penduduk bukan Melayu dan dikenali juga sebagai orang dagang. Di kalangan mereka
terdapat yang menetap dan menjadi pedagang runcit atau peniaga, pelombong,tentera
upahan
-Terdapat juga yang berkahwin dengan masyarakat tempatan contohnya mewujudkan
kaum Baba Nyonya dan Kling. Masayarakat Tamil-Islam merupakan penduduk paling
ramai dan kebanyakkannya menjadi peniaga
2

-Golongan ini tidak diwajibkan mengamalkan dan mematuhi tradisi kebudayaan


tempatan

iii) Hamba
- Golongan ini menduduki hiraki paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu.
- Mereka menjadi hamba kepada golongan pemerintah seperti raja, pembesar dan orang
kaya.
- Melakukan pelbagai tugas seperti menjalankan kerja-kerja buruh dan askar.

a) Hamba Raja
- Berasal dari golongan merdeheka dan bekerja di istana atau dikenali juga sebagai hamba
istana. Bagi hamba perempuan mereka menggunakan gelaran Dayang, Beti dan Perwara
- Di kalangan hamba, golongan ini merupakan taraf tertinggi di kalangan hamba-hamba
yang lain
- Sebagai hamba istana mereka akan melakukan semua pekerjaan di istana dan akan
dilepaskan dengan kerelaan raja/ budi bicara raja. Mereka akan menjadi hamba secara
turun temurun
- Mereka yang menjadi hamba raja melalui beberapa cara iaitu :
a) Menghulur (menyerah) diri kepada raja setelah melakukan kesalahan berat dan
kemudian meminta ampun kepada raja
b) Orang tawanan perang akibat dasar perluasan kuasa
c) Secara sukarela terutama yang mengalami kesulitan hidup atau tidak mampu
membayar hutang

b) Hamba Berhutang
Berasal dari golongan merdeheka dan menjadi hamba setelah gagal membayar hutang
dlm tempoh yang ditetapkan. Mereka juga boleh menjadi hamba disebabkan kalah
berjudi, sabung ayam dan berceki. Golongan ini akan dibebaskan setelah selesai hutang
dan jika tidak keturunan dan anak isteri akan turut jadi hamba.
Terdpt 4 jenis hamba berhutang iaitu Orang berhutang : terikat dengan hutang dan
dibebaskan selepas menjelaskan hutang,
Anak Emas : Menjadi hamba melalui perkahwinan : hamba lelaki kawin dengan hamba
wanita, Hamba Waris : Isteri dan anak-anak hamba berhutang dan Hamba Bayar : Abdi
yang diserahkan oleh tuan kepada orang lain sebagai membayar hutang tuannya.
Orang lain boleh menyelesaikan hutang mereka dan mereka akan bebas atau mereka juga
boleh dibeli oleh pembesar/orang kaya yang lain

c) Hamba Biasa
- Hamba yang paling rendah dan diwarisi secara turun temurun atau kekal seumur hidup
menjadi hamba. Golongan ini antaranya terdiri daripada mereka yang melakukan
kesalahan jenayah dan pesalah yang menyerah diri kepada pemerintah kerana tidak
mampu membayar hutang darah atau denda
- Selain itu mereka yang menyerah diri untuk menjadi hamba apabila menghadapi
kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang sanggup
memberi makanan atau nafkah hidupnya.
3

- Selain itu mereka juga terdiri dari anak hamba/keluarga hamba : isteri dan anak-anak
kpd hamba abdi
- Hamba biasa ada 3 jenis iaitu :

i) Hamba abdi: membuat kerja berat seumur hidup dan akan dibebaskan dengan
keizinan
tuannya. tawanan perang, Mereka juga digelar hamba diranggah(orang bukan Islam yang
ditawan spt orang Batak dan orang Asli : ditawan utk dijual pada peniaga hamba, ditawan
lanun

ii ) Hamba Dengan : hamba yang dibeli di pasar hamba terutamnya oleh pedagang.
Kebanyakan terdiri dari orang Habsyi yang diimport dari Afrika iatu orang kulit hitam
yg dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji atau diekport oleh saudagar –
saudagar Arab ke Tanah Melayu

iii) Hamba biduanda : budak suruhan raja yang bekerja di istana.

C: Kesimpulan
- Di Negeri-Negeri Melayu sistem sosialnya hampir antara satu sama lain. Hanya nama atau
gelaran yang berbeza tetapi masih mempunyai konsep yang sama. Contohnya di Pahang
golongan hamba dikelaskan kepada hamba berhutang dan abdi. Hamba hutang disebut dengan
anak emas dan diikuti hamba biasa atau abdi.
- Sistem masyarakat ini walau bagaimanapun telah berubah dengan campur tangan barat dengan
penghapusan sistem perhambaan
- Selepas British perhambaan ditamatkan dan dihapuskan iaitu J.W.W Birch telah menentang
system perhambaan dan telah memberi perlindungan kepada hamba abdi yang lari dan
berlindung di kediamannya. Pada pandangan British penghapusan amalan ini perlu kerana sistem
ini bertentangan dengan kerajaan yang bertamadun. Oleh itu contohnya di Perak pada tahun 1875
Birch cuba menghapuskan sIstem perhambaan tetapi telah ditentang dan menjadi antara faktor
pembunuhannya
4

2. Sejauh manakah faktor ekonomi menjadi faktor utama campurtangan British di


Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1870-an.

A:Pengenalan
. Pada akhir abad ke -19, British berusaha untuk campurtangan secara langsung di NNM
dengan menggunakan pelbagai alasan antara nya perebutan takhta dan pergaduhan antara kongsi
gelap Cina. Setelah berjaya, British memperkenal kan pelbagai dasar bertujuan mengukuhkan
kedudukan mereka contohnya pengenalan Sistem Residen.
- Selepas tahun 1870-an keadaan politik antarabangsa mula berubah dengan negara-negara
barat terutama mula menjalankan dasar perluasan kuasa. Keadaan ini membimbangkan golongan
pemodal di Tanah Melayu kerana bimbang campur tangan kuasa asing yang lain sementara
Britain mengamal kan dasar tidak campurtangan. Akhirnya di atas beberapa desakan dan
kebimbangan British mengubah dasarnya kepada campurtangan atas beberapa faktor terutama
kerana faktor ekonomi. Walau bagaimanapun terdapat juga factor-faktor lain yang tidak kurang
pentingnya seperti faktor politik dan sosial.

B: Faktor-Faktor Campurtangan

* Ulas tentang kepentingan ekonomi sebagai faktor utama


1. Faktor Ekonomi : Bahan Mentah/ Revolusi Perindustrian
- Ekonomi merupakan faktor penting yang mendorong campur tangan kuasa British di
Tanah Melayu/Negeri-Negeri Melayu. Sejak abad ke-15 kuasa-kuasa barat telah menunjukkan
minat untuk menguasai kawasan yang kaya dengan rempah ratus,sutera dan teh. Sikap ini
berubah setelah Revolusi Perindustrian berlaku di Eropah.
Mereka berminat untuk menguasai kawasan-kawasan pengeluaran bahan mentah yang
diperlukan bagi kilang perusahaan mereka serta mendapatkan pasaran bagi hasil keluaran
mereka. Pada masa itu negara-negara Asia Tenggara amat kaya dengan bahan mentah seperti
bijih timah yang diperlukan dalam industri membuat tin yang sesuai digunakan untuk
menyimpan makanan dan minuman. Tambahan pula permintaan ter hadap bijih timah
meningkat dan bijih timah di Cornwall England berkurangan.
NNM kaya dengan bijih timah seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan . Ramai pemodal
melabur contohnya pada 1873 pelaburan di Selangor dan Sg Ujong berjumlah RM1/2 hingga
satu juta. Oleh itu British perlu menguasai NNM supaya bekelan berterusan
Revolusi juga menyebabkan perlunya kepada pasaran-pasaran baru akibat pengeluaran
barang-barang dikeluarkan secara besar-besaran. Keadaan ini menyebabkan negara-negara barat
mulai menguasai China,India,Indonesia,Indochina dan negara Asia yang lain.

ii) Pasaran Barangan


Revolusi menyebabkan keluaran industri meningkat dan mereka perlu mencari pasaran lain
selain Eropah. NNM dianggap boleh menjadi pasaran dan kuasa beli baru bagi barangan British.
Untuk memastikan pasaran terjamin British mesti menjajah NNM

iii) Kepentingan Perdagangan


Pada tahun 1833 monopoli perdagangan China dibubarkan dan saudagar-saudagar barat
boleh membuat hubungan dagangan secara lansung. Begitu juga Hong Kong dan Shanghai yang
5

menamatkan monopoli perdagangan pada tahun 1842 dan saudagar NNS kehilangan kuasa
monopoli
Mereka terpaksa mencari kawasan baru untuk menampung kerugian kawasan lain yang
dikuasai oleh kuasa-kuasa barat yang lain contohnya Indonesia: Belanda, Filipina: Sepanyol dan
mendesak British untuk campur tangan di NNM

 Ulas terdapat faktor lain yang menyebabkan British campurtangan

iv) Bimbang Campurtangan kuasa barat yang lain


- Berlaku dasar imperialisme di Asia Tenggara iaitu Belanda di Indonesia, Perancis di
Indochina, Sepanyol di Filipina. Barat terdorong untuk meluaskan kuasa politik di Asia. Kuasa-
kuasa barat berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan dengan tujuan untuk menaikkan imej
negara mereka dan membentuk empayer yang luas dengan Britain sebagai pelopor. Diikuti oleh
Sepanyol, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat yang menganggap negara mereka sebagai satu
kuasa besar.
- Dalam proses imperialisme berlaku persaingan kuasa. Contohnya Jerman selepas
penyatuan Bismarck begitu juga dengan Itali di bawah pimpinan Count Carour. Negara-negara
Eropah terutamanya Jerman dan Itali ingin menguasai tanah jajahan untuk meningkatkan
kepentingan ekonomi serta imej mereka sebagai kuasa besar dunia.
- British turut bimbang dengan kebangkitan Jerman pada tahun 1871 contohnya yang cuba
menguasai Pulau Langkawi, Rusia cuba mendapatkan Ujong Salang dan Amerika Syarikat di
Terengganu. Kepentingan politik dan ekonomi British akan terancam jika mereka tidak
menyekat perluasan kuasa, kuasa-kuasa barat yang lain dan untuk itu British telah mengubah
dasarnya untuk campur tangan di NNM

v) Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Telegraf


- Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama
Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India,
China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan. Pembukaan nya
menyebabkan kuasa barat memperkukuh kan kedudukan politik mereka di Asia terutama apabila
British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.
- Dengan penguasaan British ini maka imperialisme barat dapat mara dengan cepat ke Asia
Tenggara terutama ke NNM. Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan pelabuhan-pelabuhan
baru dibuka seperti Singapura. Kedudukan Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang
dan penjajah barat terutama British dan Belanda. Ciptaan telegraf juga membantu dalam
mempercepatkan lagi urusan perdagangan kerana peniaga-peniaga Eropah dapat menghubungi
ejen-ejen mereka di kawasan lain dengan cepat.

vi) Faktor Sosial


Barat menganggap orang-orang Asia belum bertamadun kerana barat telah maju dalam
bidang sains dan teknologi. Britain dan Amerika contohnya menganggap mereka
bertanggungjawab untuk mengubah kebudayaan penduduk kepada satu sistem Kebudayaan Barat
yang lebih baik.
Mereka mengulas tugas mereka sebagai “Beban Orang Putih” atau(White Men Burden).
Keyakinan itu digunakan sebagai alas an untuk menjelajah dunia. Orang Perancis pula
6

menggunakan dasar ‘tugas menyebarkan tamadun’ kerana menganggap penduduk yang bukan
Eropah adalah mundur dan perlu diserapkan tamadun Eropah.
Kedatangan kuasa barat juga untuk menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan
agama Islam. Pada mereka ini adalah tugas yang suci dan mulia. Mereka menyebarkan konsep
bahawa peradaban barat lebih tinggi daripada peradaban bangsa lain. Keadaan ini jelas apabila
ramai penduduk tanah jajahan dikristiankan seperti Belanda di Indonesia, Sepanyol di Filipina,
British di Burma dan Perancis di Indochina.
Keaadaan yang sama berlaku di NNM, menurut Frank Swettenham British campur
tangan di atas sebab kemanusiaan iaitu menjadi tanggungjawab British sebagai satu kuasa yang
superior dan bertamadun untuk menamatkan kekacauan dan mengubah kebudayaan penduduk
kepada satu sistem Kebudayaan Barat yang lebih baik.

vii) Kemajuan Sistem pengangkutan (Sains dan Teknologi)


Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan penciptaan baru iaitu kapal wap dan
penciptaan ini lebih memudahkan proses perluasan kuasa kerana :
a) selamat dan tidak bergantung kepada angin.
b) kos pengangkutan barangan lebih rendah dan boleh membawa muatan banyak
c) masa perjalanan dipendekkan
d) kekuatan kapal perang dengan senjata moden membolehkan mereka membolot
perdagangan di Asia Tenggara.
Faktor perhubungan ini juga turut menarik kemasukkan pelabur-pelabur Eropah untuk
melabur modal di NMM kerana memudahakan dan mempercepatkan urusan perdagangan
terutama import dan eksport.
Perkembangan dalam bidang teknologi telah meningkatkan lagi permintaan ke atas bahan-
bahan mentah yang tidak dikehendaki dulu

viii) Peranan Sir Andrew Clarke


Andrew Clarke telah dilantik sebagai Gabenor NNS yang baru pada September 1873.
Beliau telah diarahkan untuk menyiasat dan membuat laporan tentang keadaan di NNM dan
mengesorkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh British untuk memulihkan keamanan di
NNM
Andrew Clarke telah bertindak mendahului arahan yang diberikan oleh Lord Kimberly
dengan mencampuri urusan dalam pertelingkahan politik di NNM sebelum diarahkan oleh
Pejabat Tanah Jajahan

ix) Keadaan Anarki di Negeri-negeri Melayu


NNM seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang berada dalam ketidak stabilan
politik kerana :
a) Perebutan tahta antara pewaris-pewaris sultan seperti di Perak antara Raja Abdullah
dan Raja Ismail
b) Perebutan kuasa pembesar-pembesar Melayu terutama merebut kawasan yang kaya
dengan bijih timah contohnya Raja Abdullah dan Raja Mahdi di Selangor, Dato Kelana
dan Dato Bandar di Sg Ujong
c) Masalah kongsi gelap Cina iaitu kumpulan Ghee Hin dan Hai San kerana berebut
kawasan bijih timah contohnya di Perak, Selangor dan Sg Ujong dan semakin genting
apabila pembesar-pembesar campur tangan
7

d) Masalah perlanun terutama yang menyerang kapal-kapal British yang belayar di Selat
Melaka terutama di Selangor
Keadaan-keadaan ini menimbulkan kebimbangan British kerana menggangu kegiatan
melombong bijih timah dan merugikan syarikat-syarikat British yang melabur modal di
NNM termasuk di NNS. British perlu campur tangan untuk menjaga kepentingan dan
kedudukannya di NNM

C: Kesimpulan
-Faktor ekonomi telah menjadi faktor pendorong utama campur tangan barat di Asia. Keperluan
bahan mentah, pasaran telah menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan.
Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan factor-faktor lain turut menjadi penyumbang kepada
campur tangan British di NNM pada tahun 1870-an.
- British telah mengorak langkah dengan campurtangan di Perak melalui Perjanjian Pangkor.
Kesannya beberapa buah negeri lain seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Campurtangan British telah memberi kesan ke atas sosial, politik dan ekonomi.
8

3. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat. Pelbagai strategi telah dilaksanakan untuk
mencapai matlamat tersebut. Bincangkan pernyataan di atas..

A: Pengenalan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu
Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa
13 Mei 1969. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan
mengambil langkah mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum
bumiputera yang jauh ketinggalan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB).  DEB merupakan
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990.
Rancangan2 pembangunan di bawah DEB dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Kerajaan telah
melakukan pelbagai strategi dan usaha untuk melaksanakan DEB ini.

B: STRATEGI KERAJAAN KE ARAH PELAKSANAAN DEB

1. Strategi Membasmi Kemiskinan


a. Penyediaan kemudahan asas Di Bandar dan luar Bandar.
Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah memodenkan
keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar
dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan asas dan memberi bantuan buku dan
biasiswa. Keadaan masyarakat Malaysia sebelum DEB sangat berbeza-beza apatah lagi hanya
masyarakat yang tinggal di bandar sahaja menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti
perubatan, pendidikan dan sebagainya manakala masyarakat di luar jauh ketinggalan.
Kerajaan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas iaitu
pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik. Tegasnya kemudahan
asas yang disediakan ini telah dapat membantu mengurangkan jurang kemiskinan.

b. Menyediakan peluang pekerjaan


Selain itu kerajaan turut meluaskan lagi peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah
membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar
ekonomi pecah dan perintah penjajah. Kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum
dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan,
perindustrian dan juga perkhidmatan. Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai
modal yang besar dapat membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum.
Contohnya Kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan
bidang-bidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan kegiatan pertanian sara
diri di luar bandar. Begitu juga dengan kaum lain seperti Cina dan India turut diberi peluang
9

mencebur diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian.
Jelaslah bahawa penyertaan semua kaum dalam semua bidang ekonomi ini dapat membasmi
kemiskinan.

c. Memajukan daya pengeluaran golongan miskin


Strategi lain yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan lagi daya
pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk.
Kerajaan berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan
kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali
setahun; tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit
demi membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar.
Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan
kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan
tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan,
pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang
pendidikan dan latihan. Tegasnya peningkatan daya pengeluaran ini telah dapat menambahkan
peluang pendapatan khususnya golongan miskin

2. Strategi Menyusun semula masyarakat


a. Menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta
Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menambahkan pemilikan rakyat dalam
sektor swasta. Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-
kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Perkara ini tidak
bermakna menafikan hak bukan bumiputera kerana DEB juga jelas menggariskan bahawa
penglibatan mereka boleh mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama dan
selebihnya pelabur-pelabur asing. Hal ini disebabkan kaum bumiputera memang ketinggalan
dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai kemerdekaan.
Contohnya penubuhan Permodalan Nasional Berhad dan Dasar Penswastaan Negara, kerajaan
telah mengembangkan pemilikan harta dan saham perindustrian serta memindahkan
perkhidmatan,perusahaan,pelaburan kepada sector swasta untuk mempercepatkan pembangunan
ekonomi. Tegasnya strategi ini berjaya mengurangkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia

b. Membina masyarakat perdagangan


Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga termasuk membina satu masyarakat
perdagangan dalam kalangan bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui
pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama
dengan bumiputera.
Antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pedagang ialah
menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA .Selain itu, Akta
10

Penyelarasan Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Perkara ini jelas
ingin memastikan penglibatan 30% bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai. Kerajaan
juga telah menyediakan beberapa pakej sokongan baru untuk mencapai matlamat ini seperti
Dasar Persyarikatan Malaysia bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuka
lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus kadar pengangguran negara dapat dikurangkan.
Jelaslah bahawa langkah yang dilakukan ini merupakan strategi berkesan untuk menyusun
semula masyarakat
c. Membangunkan kawasan yang mundur
Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah membangunkan
kawasan-kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah
pembangunan wilayah. Objektif rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah
mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan
menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang
membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia dan fizikal di
kawasan kurang membangun dan dengan menyamaratakan agihan perkhidmatan-perkhidmatan
dan kemudahan-kemudahan asas
Contohnya Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan seperti Johor Tenggara
(KEJORA), Pahang Tenggara (DARA) dan Rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat
pertumbuhan, termasuklah Rancangan Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau Pinang, Rancangan
Johor Selatan dan Rancangan Kuantan. Tegasnya perancangan pembangunan wilayah ini dapat
merapatkan jurang perbezaan ekonomi dan menyusun semula masyarakat
d. Pembangunan Bandar
DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan
perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum
Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum
Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan.
Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang
Melayu yang berhijrah ke bandar pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda dalam
lingkungan umur antara 20-30 tahun
Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera
iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), dan Urban
Development Authority (UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan
kewangan kepada kaum Melayu dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara
keseluruhan ataupun secara usaha bersama. Jelaslah bahawa penubuhan institusi-institusi ini
telah dapat membantu kaum Melayu dan seterusnya membangunkan kawasan bandar

e. Meluaskan peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri


Di samping itu, dalam menyusun semula masyarakat kerajaan juga telah berusaha meluaskan
lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri. Hal ini bermaksud kerajaan telah
11

mengalakkan lebih golongan bumiputera melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara demi
menambahkan jumlah pekerja bumiputera dalam bidang profesional seperti guaman, perubatan
dan lain-lain lagi. Kerajaan juga telah membina dan menyediakan lebih banyak sekolah-sekolah
di kawasan luar bandar dan juga turut menyediakan kemudahan sampingan yang lain bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat.
Kerajaan turut menyediakan kemudahan biasiswa dan memberi kuota kepada orang Melayu
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Hal ini juga disebabkan kaum bumiputera jauh
ketinggalan ke belakang dalam bidang pendidikan dan ini juga menjadi asas penting kepada
perubahan besar ekonomi Malaysia serta pemindahan secara beransur-ansur pekerja-pekerja
Bumiputera ke sektor-sektor moden industri dan bidang yang diharapkan.
Hasilnya daripada itu, kenaikkan pendapatan purata bulanan isi rumah kaum Melayu di
Semenanjung adalah 5 kali ganda antara tahun 1970 dengan 1990, berbanding kaum Cina yang
cuma 4 kali ganda pada tempoh yang sama. Dari segi guna tenaga, didapati kaum Melayu yang
terlibat dalam sektor pertama, khususnya pertanian masih tinggi. Walau bagaimanapun,
penglibatan kaum Melayu dalam sektor kedua dan ketiga telah bertambah. Keahlian bumiputera
dalam kumpulan profesional seperti arkitek, akauntan, jurutera dan doktor di Malaysia juga telah
berkembang dengan cepat. Tegasnya peluang pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan ini telah
berjaya meningkatkan pendapatan dan taraf kaum Melayu

C: Kesimpulan
Dengan ini jelaslah kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencapai matlamat DEB
Tahun 1990, telah menandakan berakhirnya DEB yang menjadi asas rancangan pembangunan
negara untuk jangka masa 1970 -1990 . Secara keseluruhannya DEB tidaklah mencapai sasaran
100% matlamatnya, namun DEB telah berjaya dalam beberapa strategi yang dibuat dengan
jayanya. Antara faktor yang dilihat mengekang dasar DEB ialah masalah kemeseletan ekonomi
dunia yang berterusan sejak awal tahun 1980-an turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Apa yang pasti, DEB banyak memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan
masyarakat majmuk di negara kita sekali gus keamanan dapat dikekalkan sehingga hari ini. DEB
tamat pelaksanaannya pada tahun 1990.
12

BAHAGIAN B
(40 markah)

4. Jelaskan sistem pembesar di Vietnam sebelum campurtangan Perancis

A: Pengenalan
- Sistem pemerintahan kerajaan di Asia Tenggara turut didominasi oleh golongan pembesar.
Golongan ini berperanan membantu raja/maharaja dalam pentadbiran selaras dengan
kesucian dan ketinggian darjat/kedudukan maharaja/raja. Golongan pembesar atau
hulubalang ditakrifkan sebagai golongan pentadbir atau pegawai yang ditugaskan untuk
membantu raja atau maharaja mengendalikan urusan negara. Terdapat gelaran khusus kepada
pembesar-pembesar dan ianya berbeza mengikut peringkat dan negara.
- Walaupun mempunyai gelaran yang berbeza-beza tetapi pembesar mempunyai kesamaan
dari segi peranan iaitu menasihati raja/maharaja, mengutip cukai, menjalankan tugas-tugas
kerahan mengikut yang termaktub di dalam surat perlantikan atau tauliah. Terdapat
peruntukan tugas berdasarkan jabatan/kawasan yang ditadbir. Bermakna pembesar tidak
bebas melakukan sesuka hati dan mereka hanya memiliki kuasa yang terhad tertakluk
kepada bidang kuasa masing-masing berdasarkan arahan dan kuasa yang diberikan oleh raja
atau maharaja. Pembesar Vietnam digelar quan/mandarin berdasarkan tradisi Confuzius

B: SISTEM PEMBESAR VIETNAM

1. Pembesar Pusat
- Dinasti Nguyen telah mewujudkan satu pemerintahan yang sistematik semasa berkuasa
memerintah Vietnam. Raja telah dibantu oleh beberapa orang quan. Quan yang penting
adalah Quan Awam dan kedudukannya lebih tinggi daripada Quan Tentera. Selain dari
Quan, jabatan-jabatan penting turut diwujudkan yang diketuai oleh ketua-ketua yang terpilih
seperti perkhidmatan awam , pelajaran, peperangan dan perundangan. Sebuah Majlis Sulit
atau Co-Mat-Vien yang dipengerusikan oleh maharaja turut dibentuk.Terdapat empat orang
pembesar bertaraf kanan dan pegawai istana menganggotai Majlis Sulit ini dan ia
bertanggungjawab memberikan pandangan kepada semua hal berkaitan dengan negara.
- Susunan politik di bawah Gia Long dan pemerintah selepasnya pula bercorak biokrasi
yang diasaskan kepada hiraki mandarin . Coraknya mengikut pemerintahan Kerajaan
Manchu di China. Kerajaan pusat diperkuatkan. Pentadbiran Negeri dibahagikan kepeda tiga
wilayah pentadbiran yang dipanggil ky
- Annam yang terletak di tengah merupakamn ibu negeri sementara Bandar Hue diajadikan
Bandar Diraja dan sebuah istana telah didirikan. Pentadbiran Annam terletak di bawah
maharaja.
- Tongking yang terletak di sebelah utara pula ditadbir oleh seorang Wizurai
- Cochin-China di selatan juga ditadbirkan oleh Wizurai
Wilayah-wilayah itu telah dibahagikan kepada beberapa provinsi. Annam mempunyai
sembilan provinsi diikuti Tongking tiga belas dan Cochin-China empat.
Provonsi pula dipecahkan kepada phu, phu dipecahkan kepada huyen, huyen kepada
canton(tong) dan tong kepada komun yang disebut xa.
Perlantikan pegawai-pegawai tadbir dilakukan oleh kerajaan pusat kecuali diperingkat
tong dan komun.
13

- Seperti di China pembesar-pembesar yang disebut mandarin yang dipilih melalui


Peperiksaan Perkhidmatan Awam Confucius telah dilantik untuk membantu tugas-tugas
pentadbiran maharaja. Hanya pemilik ijazah kedoktoran sahaja yang akan diberi jawatan di
dalam perkhidmatan awam. Manakala yang lainnya diberikan jawatan rendah.
- Hal ehwal pentadbiran kerajaan adalah dibawah arahan kerajaan pusat yang terdiri dari
enam menteri (quan) iaitu hal ehwal awam, kerja raya, kewangan, upacara-upacara,
kehakiman dan perang. Setiap kementerian diketuai oleh menteri kanan dan dibantu oleh dua
orang timbalan.
- Kedudukan menteri pula hanya sebagai pengerusi kepada menteri- menteri di bawahnya
dengan persetujuan suara terbanyak baru dasar dapat dilaksanakan. Perkara-perkara yang
tidak dapat diselesaikan akan dibawakan ke Noi-Cac (majlis tertinggi) yang terdiri dari enam
orang menteri yang diketuai ole maharaja.
- Dengan kuasa yang ada pada kerajaan pusat Maharaja Gia Long dapat menjalankan
usaha-usaha pemulihan struktur sosial dan ekonomi Vietnam. Maharaja juga
memperkenalkan sebuah Mahkamah Penapis (TRIBULAL OF CENCORS) yang ditugaskan
untuk menyelia, memeriksa dan mengkriktik atau menapis semua aspek yang berkaitan
dengan pentadbiran kerajaan termasuk juga maharaja sendiri. Orang-orang yang diberi tugas
untuk menjalankan penapisan dipilih oleh maharaja yang dianggap sebagai penjamin moral
rakyat. Dalam tahun 1834, Minh-mang menubuhkan sebuah Badan Siasatan Rahsia (co-mat)
yang mengawal keselamatan negara dan hal ehwal politik.

2. Pembesar Wilayah/Provinci/Daerah
- Seterusnya pentadbiran di peringkat pronvinsi pula dikuasai oleh Hue. Pegawai-
pegawai di peringkat pronvisi menjalankan tugas-tugas kerajaan seperti mengutip cukai,
menjalankan upacara adat resam, mengambil dan melatih tentera, kerja awam dan
pentadbiran umum baik di bidang awam ataupun mahkamah.

3. Pembesar Kampong/Komun
- Peringkat paling rendah dalam susunan pentadbiran ialah komun di peringkat kampong.
Setiap orang adalah anggota komun. Komun-komun merupakan satu agensi yang
menyatukan seluruh tenaga ahlinya dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan agama sebagai
satu unit.
- Di dalam lingkungan sebuah kampong pula wujud adat kampong dan di luarnya pula
undang-undang maharaja. Sebuah badan atau majlis yang dipilih dari orang-orang kampong
sendiri untuk mengendalikan hal ehwal kampong. Mengikut tradisi autonomi di peringkat
kampong sangat di pandang tinggi. Di peringkat ini pembesar berperanan memelihara
keamanan, melaksanakan arahan istana, mengutip cukai dan turut menyelesaikan perselisihan
yang berlaku.

C: Kesimpulan
- Sistem pembesar merupakan tunjang kepada sistem pentadbiran beraja atau pemerintahan
di Asia. Pembesar menjadi tonggak atau nadi utama kepada sistem berkerajaan. Walau
bagaimanapun peranan dan kepentingan sistem ini mula berubah setelah kedatangan kuasa
barat yang mengenepikan penglibatan mereka terutama dalam menjawat jawatan penting.
Peranan mereka digantikan oleh pegawai-pegawai barat dan institusi pembesar mengalami
14

kemerosotan. Sistem pemerintahan tradisonal Vietnam juga terjejas setelah campur tangan
barat dan fungsi pembesar tradisional diketepikan.

5. Bincangkan perjuangan Parti Nasional Indonesia (PNI) dalam gerakan


nasionalisme di Indonesia dari tahun 1927 hingga tahun 1941.

Pengenalan
Pada tahun 1922 sekumpulan pelajar Indonesia di Holland telah menubuhkan perhimpunan
Indonesia yang akhirnya berjuang untuk menuntut kemerdekaaan Indonesia. Parti Nasional
Indonesia dipimpin oleh golongan muda. Antara tahun 1923-1927, ahli-ahli Perhimpunan
Indonesia telah pulang ke Indonesia dan menubuhkan kelab-kelab pelajar yang dijadikan
saluran untuk berbincang tentang kemerdekaan Indonesia seterusnya Sukarno telah
menubuhkan Persyarikatan Nasional Indonesia pada 4 Julai 1927. Selain Sukarno pemimpin
lain ialah Sartono dan Dr Samsi. Parti ini telah menggerakkan perjuangan kemerdekaan
Indonesia melalui gerakan secular.

Perjuangan PNI
- PNI merupakan sebuah parti massa sekular yang popular di Indonesia. Tujuan
penubuhan PNI adalah untuk menyatukan rakyat Indonesia dan mengamalkan cara tidak
bekerjasama dengan Belanda. Dasar ini telah menunjukkan perjuangan yang radikal dalam
kalangan masyarakat.
Mulai tahun 1927, peranan PNI dalam pergerakan nasional Indonesia amat besar. Antara
sebab dan matlamat penubuhan PNI:
(a) Menuntut kemerdekaan mutlak.
(b) Menyatukan rakyat Indonesia melalui gabungan Parti-Parti politik kebangsaan
Indonesia.
(c) Membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada semua
rakyat.
(d) Memartabatkan penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.
- PNI berjuang secara aktif dan radikal demi mencapai matlamat untuk membebaskan
Indonesia daripada penjajahan Belanda. Antara usaha PNI ialah:
(a) Mengamalkan dasar penentangan pasif.
(b) Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda.
(c) Menyeru pegawai Indonesia memulaukan Volksraad dan perkhidmatan awam
kerajaan.
(d) Menubuhkan kesatuan buruh.
(e) Memajukan syarikat kerjasama.
(f) Menyokong pendidikankebangsaan.
(g) Menganjurkan kursus dan mendirikan sekolah.
(h) Mengadakan rapat-rapat umum.
(i) Menyebarkan idea nasionalis melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di
Bandung dan Persatuan Indonesia di Jakarta.
- Perjuangan PNI dijelaskan semasa Kongres Pemuda yang telah mengeluarkan
"sumpah Pemuda" yang menekankan tiga perkara, iaitu:
15

(a) Semua rakyat Indonesia adalah sebangsa, sebahasa, dan senegara. '. Berdasarkan
prinsip tersebut, PNI menegaskan tidak akan menggunakan agama Islam sebagai dasar
perjuangannya kerana soal kemerdekaan turut melibatkan rakyat Indonesia beragama
Kristian yang berbeza bahasa dan budaya.
(b) Pertubuhan belia seperti Pemuda Jawa, Pemuda Sulawesi, Pemuda Sumatera dan
Pemuda Ambon digabungkan menjadi Persatuan Pemuda Indonesia.
(c) Lagu kebangsaan akan dicipta dan digunakan secara rasmi. Idea nasionalisme dapat
disalurkan melalui ciptaan lagu kebangsaan.
- Oleh yang demikian, pergerakan pemuda PNI telah menganjurkan Kongres Pemuda
yang menghasilkan Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928. Melalui slogan “Satu
Negara, Satu Bangsa dan Satu Bahasa”, maka perjuangan PNI berjaya menyatukan parti
di Indonesia sehingga terbentuk Parti Indonesia Raya. Bagi memantapkan lagi
perjuangan PNI untuk mencapai kemerdekaan Indonesia,
- Kebijaksanaan Soekarno mengutamakan soal perpaduan dan persefahaman
membolehkan PNI mendapat sokongan ramai dan menjadi parti politik yang paling
popular. Dalam masa dua tahun sahaja, PNI berjaya meraih sokongan seramai 10 000
orang.
- Selaras dengan hasrat menyatukan rakyat Indonesia tanpa mengira perbezaan
keturunan,bangsa, dan agama, PNI berusaha menggabungkan parti-parti politik yang
sedia ada seperti Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Kaum Betawi, Kelab Pelajar
Surabaya, dan Sarekat Islam dalam satu gabungan yang besar, iaitu Permuafakatan
Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Melalui PPPKI, PNI telah berusaha
membentuk perpaduan kebangsaan.[
- PNI telah berjaya menarik semua kaum yang terdapat di Indonesia sebagai
anggotanya.
Oleh sebab PNI begitu popular dalam kalangan rakyat dan perjuangannya yang anti-
Barat, khususnya Belanda maka Belanda telah mengharamkan penerbitan akhbar
Persatuan Indonesia yang menjadi lidah rasmi PNI.
- Malahan kelantangan Sukarno dan beberapa orang pemimpin utama PNI
mengkritik
Belanda menyebabkan mereka ditangkap oleh Belanda. Penangkapan Sukarno telah
menyebabkan perpecahan dalam parti yang menyaksikan wujud PPPKI dan PNI. Selain
itu, wujud beberapa parti baru yang merupakan serpihan daripada PNI, iaitu Parti
Indonesia, Parti Rakyat Indonesia dan Kelab Pendidikan Nasional Indonesia. Bagi
melenyapkan perjuangan PNI, Belanda telah mengharamkan parti tersebut pada tahun
1929. Dengan itu, berakhirlah perjuangan Parti Nasional Indonesia.

Kesimpulan
Partai Nasional Indonesia telah berjaya menyatukan penduduk di Indonesia. Pendudukan
Belanda di Indonesia telah ditentang oleh pemimpin nasionalis Indonesia. Tidak dapat
dinafi kan bahawa Partai Nasional Indonesia telah menjadi penggerak penting terhadap
usaha-usaha mencapai kemerdekaan Indonesia daripada penjajah Belanda
16

6. Nilaikan perkembangan dasar ekonomi Filipina dari tahun 1953 hingga tahun
1992

A: Pengenalan
- Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Amerika Syarikat telah menawan semula Filipina
pada 23 Februari 1945. Pemerintahan Amerika Syarikat membawa kepada perubahan
ekonomi dengan pengenalan ekonomi laissez-faire dan kemudiannya sebuah kerajaan
berbentuk republik demokrasi telah ditubuhkan. Pemerintahan Presiden Manual Roxas,
Quiribo dan lain-lain telah mengambil beberapa langkah untuk membangunkan ekonomi di
Filipina pada tahun 1945 hingga 1963.

B: Perkembangan Ekonomi Filipina

1. Presiden Ramon Magsasay 1953 - 1957


- Beliau memberi perhatian khusus kepada kepada masalah ekonomi dan kebajikan rakyat.
Beliau telah menjalankan beberapa langkah seperti :
i) Memindahkan petani ke kawasan tanah baru
ii) Mengembangkan gerakan koperasi pertanian
iii) Mewujudkan Skim Kredit Desa bagi memberi pinjaman kepada rakyat bawahan
iv) Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti memperbaiki jalan raya bagi
memudahkan pengangkutan dalam kawasan penyumbag ekonomi.
- Seterusnya Magsasay telah mengadakan perhubungan dagang dengan Amerika Syarikat
dan memperlihatkan wujudnya peningkatan perdagangan Filipina serta mengadakan undang-
undang tidak menjual barangan luar dan perdagangan eksport impot kecuali Amerika
Syarikat bagi melindungi industri tempatan.

2. Presiden Carlos Gracia (1957-1961)


- Jawatan presiden diambil alih oleh Garlos Garsia yang memerintah dari tahun 1957
hingga tahun 1961. Carlos Garsia masih meneruskan dasar-dasar ekonomi Magsasay dalam
membangunkan ekonomi Filipina. Buktinya pada tahun 1961, Filipina menjadi pengeluar
kelapa kering dan gula utama dunia.

3. Presdiden Macapal, 1961-1965


- Dalam pentadbiran Macapagal pada tahun 1961 hingga taun 1965, menghadapi banyak
cabaran. Pada zaman pemerintahannya, Filipina menghadapi inflasi, pembahagian tanah dan
desakan tuntutan Sabah. Namun beliau telah menjalankan usaha meningkatkan kawalan
pertukaran asing, mengawal keuntungan yang keluar dan memperkenalkan kawalan harga.
- Selain itu, Macapagal menekankan kepada sektor pertanian seperti kelapa kering,
tanaman tebu, abaka, tembakau, dan nanas sebagai hasil eksport.
- Macapagal juga memajukan bidang perindustrian seperti industri ringan, pembungkusan,
dan pemasangan. Dalam masa yang sama, industri besi keluli dimajukan.
- Malahan, kerajaan Macapagal juga telah mengasingkan industri gula dan kelapa melalui
penubuhan Lembaga Kelapa Filipina berikutan kedua-dua industri ini menjadi penyumbang
utama dalam hasil eksport Filipina.
17

4. Presiden Fredinand Marcos, 1965-1987


- Semasa pemerintahan beliau, perancangan ekonomi telah diletakkan di bawah Lembaga
Pembangunan Dan Ekonomi Negara yang bertanggungjawab :
i) Membuka dan mengembangkan peluang pekerjaan
ii) Memaksimumkan pertumbuhan ekonomi
iii) Meningkatkan pencapaian tanggungjawab fiscal dan kestabilan kewangan
iv) Pengagihan pendapatan yang adil

5. Presiden Aquino, 1987 -1992


- Beliau meneruskan dasar Marcos dan dasar ekonominya ialah untuk menghapuskan
monopoli eonomi, melaksanakan pengagihan kuasa dalam membuat keputusan, serta
mengurangkan pengangguran dan kemiskinan terutama di kawasan luar bandar
- Pertumbuhan ekonomi juga digalakkan melalui penyediaan infrastruktur dan insentif
untuk pelaburan oleh modal swasta
- Sektor swasta juga berperanan sebagai pemula dan penggerak utama, sementara kerajaan
bertanggungjawab menggalakkan dan menyokong insentif swasta dalam bidang ekonomi.
- Semasa pentadbiran beliau sebanyak 31 juta peso telah diperuntukkan kepada sektor
awam; syarikat milik kerajaan atau yang dikawal oleh kerajaan dari segi bentuk
campuran ekuiti, subsidi dan pinjaman
- Beliau juga cuba menghapuskan hutang lapuk sebanyak 130 juta peso daripada dua bank
iaitu Bank Pembangunan Filipina dan dan Filipina National Bank

C: Kesimpulan
Kesimpulanya, presiden-presiden Filipina berusaha melaksanakan dasar pembangunan
ekonomi bagi menggalakan pertumbuhan ekonomi di Filipina. Pertumbuhan ekonomi yang
dinikmati Filipina telah meningkatkan taraf hidup golongan petani dan pertambahan sosial di
Filipina. Pada tahun 1990-an ekonomi Filipina sebahagian besarnya semakin pulih dan
mengalami pertumbuhan yang stabil

Anda mungkin juga menyukai