Anda di halaman 1dari 3

PERISTIWA YANG MEMBAWA KEPADA RAJA BERPERLEMBAGAAN

DI ENGLAND

ISI-ISI

i. Revolusi Cemerlang

 Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan

dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi
Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang
besar terhadap perubahan landskap politik England selepas
1688.
 Raja Charles II telah ditabal sebagai Raja England selepas
Richard Cromwell meletakkan jawatannya dan mesti
mengamalkan sistem beraja berperlembagaan.

 Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa

kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah
parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya
dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.
 Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang
untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu.

 Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685,

kedudukan raja diganti pula oleh Raja James II yang lebih
cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja.
 Oleh itu, Raja James II telah disingkirkan seterusnya Mary II dan
Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang
baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa
berlaku pertumpahan darah
 Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699.
 Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan
di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai
ketua negara.

ii. Toleration Act dan Bill of Right

 Bertujuan untuk mewujudkan kebebasan beragama bagi

penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England
manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan
berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang
dan percukaian, keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan
serta parlimen.
 Parlimen dianggap sebagai institusi yang mewakili rakyat dan
akan bersidang dari semasa ke semasa.
 Selain itu, parlimen juga mempunyai keutuhan dalam soal
legislatif dan eksekutif.

 Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan

peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi
mempunyai kuasa autokratik.
 Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah
diluluskan oleh parlimen.
 Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan
mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang.

iii. Act of Settlement

 Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of

Settlement diluluskan pada tahun 1701 yang menetapkan hanya
raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja.
 Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi
yang mewakili rakyat dan keutuhan dalam soal legislatif dan
eksekutif.
 Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah
menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam
soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung
telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.
 Selain itu, raja boleh menghadapi Petition of Right yang
dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya
berdasarkan undang-undang.
 Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada
perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi
membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja.

iv. Act of Settlement

KESIMPULAN

 Perkembangan pemerintahan raja berperlembagaan di England

dari abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi adalah berkisar
kepada kuasa raja yang membelakangkan parlimen dan isu
keagamaan.
 Pengamalan sistem raja berperlembagaan di England masih terus
diamalkan sehingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai