Anda di halaman 1dari 2

Yang Berusaha Tuan Pengetua - Pn.

Che Ensun
Penolong Kanan Pentadbiran - En.Aziz
Penolong Kanan Tingkatan Enam Pn.Habibah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En.Samat
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum En.Syarif
Guru-guru Kanan
Guru-guru
seterusnya pelajar-pelajar sekalian
SELAMAT PAGI SEMUA
Guru bertugas pada minggu lepas adalah
1.
2.
3.
4.
Sepanjang bertugas minggu lepas, beberapa masalah telah
dikenalpasti.
1. Pelajar merokok dan ponteng kelas. Antara tempat-tempat yang
menjadi pilihan pelajar adalah astaka dan belakang-belakang
bangunan. Apabila guru cuba menghampiri mereka maka mereka
melarikan diri.
Oleh itu diminta jika pelajar-pelajar melihat
keadaan sebegini, sila laporkan kepada guru bertugas ataupun
guru disiplin.
2. Masalah kedua ialah, pelajar didapati mempunyai budaya suka
tinggalkan buku teks di bawah meja. Oleh itu ramai pelajar
kehilangan buku teks di hujung tahun. Para pelajar juga didapati
tidak membalut buku teks dan menjaga buku teks. Harus kita
ingat bahawa, abang dan kakak kita menjaga buku dengan baik
dan
serahkan
pada
kita.
Adalah
menjadi
tugas
dan
tanggungjawab kita menjaga buku-buku ini dengan baik sebelum
diserahkan kepada adik-adik kita.
3. Seterusnya terdapat segelintir pelajar yang sengaja masuk lewat
ke kelas terutamanya selepas balik dari makmal, bilik KH
mahupun bilik seni. Kadang-kadang guru terpaksa menunggu 1015 minit sebelum dapat memulakan pengajaran. Keadaan ini
bukan saja mengganggu proses pembelajaran
malah turut
mengganggu konsentrasi pelajar-pelajar lain.
4. Akhirnya, minggu lepas sekolah melancarkan Kempen Menjaga
Alam Sekitar yang dianjurkan oleh Silterra bersama PPD Kulim .
Salah satu aktiviti yang dianjurkan ialah menjimatkan elektrik di
peringkat sekolah. Bil elektrik sekolah akan dijadikan kayu ukuran
untuk melihat keberkesanan kempen jimat elektrik ini. Oleh itu
diminta seluruh warga sekolah menyahut kempen ini dan
berusaha menjimatkan elektrik. Pelajar-pelajar diminta menutup
kipas angin apabila meninggalkan kelas. Malah pada hari-hari
yang cerah, elakkan daripada membuka lampu terlalu lama. Jika
anda melihat lampu menyala di sepanjang koridor, cepat-cepatlah
tutup.
Sikap
menjimatkan
elektrik
ini
bukan
sahaja

mengurangkan
bil
elektrik
malah
membantu
dalam
mengurangkan pemanasan global. Sikap ini perlulah diterapkan
sepanjang masa dan tidak berakhir selepas kempen alam sekitar
ini tamat.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai