Anda di halaman 1dari 29

PENGGAL PERTAMA

SEJARAH DUNIA (1500-1955)


940 SEJARAH

TEMA 1 - MASYARAKAT
Tema ini membincangkan tentang bentuk
masyarakat dalam sejarah manusia. Setelah 16
waktu pengajaran calon seharusnya dapat
membincangkan bentuk masyarakat dan proses
perubahan yang bermula dari masyarakat
feudal sehingga masyarakat industri.
Bagi
mendalami tema ini, calon mempelajari empat
bentuk masyarakat, iaitu

1.1
1.2
1.3
1.4

Masyarakat feudal,
Masyarakat agraria,
Masyarakat maritim, dan
Masyarakat industri.

Setiap tajuk merujuk kepada dua buah negara tertentu.


Setelah mempelajarinya, calon seharusnya dapat:

(a) menjelaskan definisi dan ciri dan susun lapis


masyarakat feudal di England dan Jepun pada
abad ke-16 dan abad ke-17, dan dapat
membandingkan ciri-ciri feudalisme di England dan
Jepun.
(b) menghuraikan definisi dan ciri masyarakat agraria
di Belanda dan China pada abad ke-16 dan ke-17.
(c) menjelaskan definisi dan ciri masyarakat maritim di
Portugal dan Jepun dalam abad ke-16 dan ke17,dan

(d) menerangkan definisi dan ciri masyarakat


industri di England dan Jerman dalam abad
ke-18 dan ke-19.
Setiap tajuk di atas perlu dipelajari dalam masa
4 waktu pengajaran setiap satunya.

TEMA 2 - PEMERINTAHAN DAN


PENTADBIRAN
Setelah melalui 20 jam pengajaran, calon seharusnya
dapat membincangkan corak pemerintahan dan
pentadbiran bermula daripada pemerintahan beraja
kepada sistem pemerintahan berparlimen. Tajuk ini
dipecahkan kepada tajuk-tajuk berikut, iaitu
2.1 Institusi pemerintahan, dan
2.2 Negara bangsa.

Di bawah tajuk institusi pemerintahan tumpuan


adalah kepada:
2.1.1
Institusi raja dan maharaja
2.1.2
Pembesar
Kedua-duanya merujuk kepada China dan Russia
dalam abad ke-16 hingga ke-20. Setelah empat
waktu
pengajaran
setiap
satunya,
calon
seharusnya dapat menghuraikan:
(a) kedudukan dan peranan raja/maharaja dalam
pemerintahan dan juga,
(b) membandingkan peranan pembesar dalam
pemerintahan.
7

Tajuk 2.2 Negara bangsa dipecahkan kepada tiga


subtajuk, iaitu,
2.2.1
Raja mutlak dan Raja Berperlembagaan,
2.2.2
Negara kesatuan dan negara
persekutuan, dan
2.2.3
Penyatuan negara bangsa.

Setiap satunya memerlukan empat waktu


pengajaran.
Calon mempelajari subtajuk 2.2.1 dengan rujukan
khusus kepada England dan Perancis dalam
abad ke-16 hingga ke-18.
Hasilnya, calon
seharusnya dapat: (a) membincang dan
membandingkan sistem pemerintahan beraja
mutlak dan raja berperlembagaan.

Pembelajaran
subtajuk
2.2.2.
akan
membolehkan pelajar: (b) membincangkan
sistem pemerintahan negara republik dan
negara persekutuan berdasarkan penelitian ke
atas Perancis dan Amerika Syarikat pada abad
ke-18 hingga ke-19.

10

10

Subtajuk 2.2.3 menumpukan kepada proses


penyatuan negara bangsa dengan merujuk
kepada Itali dan Jerman dalam abad ke-19.
Setelah mempelajarinya, calon seharusnya
dapat: (c) membincangkan proses penyatuan
negara bangsa yang berlaku di dua buah
negara itu.

11

11

TEMA 3 - KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN


Tema ini memerlukan 40 waktu pengajaran.
Setelah mempelajarinya, calon seharusnya
dapat membincangkan perubahan dalam bidang
ekonomi, pendidikan, dan intelektual. Untuk
perinciannya tema ini dipecahkan kepada
beberapa tajuk, iaitu
3.1
Sistem ekonomi
3.2
Intelektual, dan
3.3
Kemajuan pendidikan.
12

12

Di bawah tajuk 3.1 Sistem ekonomi, pembelajaran


ditumpukan kepada aspek-aspek berikut:
3.1.1
Feudalisme dan kapitalisme.
Setelah mempelajari subtajuk ini, dengan merujuk
kepada China dan Jepun abad ke-16 dan Jerman
dan Perancis abad ke-16 hingga ke-18 calon
seharusnya dapat:
(a) menghuraikan sistem ekonomi feudalisme di
Asia dan Eropah.

13

13

Calon juga dapat: (b) menghuraikan sistem


kapitalisme menerusi penelitian khusus ke
atas England dan Amerika Syarikat dalam
abad ke-18 dan ke-19. Penelitian subtajuk ini
memerlukan empat waktu pengajaran setiap
satunya.

1414

3.1.2

Perkembangan ekonomi
Subtajuk ini dipelajari dengan membuat
rujukan khusus kepada negara tertentu, calon
seharusnya
dapat
membincangkan
perubahan
orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang
perdagangan
dan perniagaan, pertanian dan
perindustrian. Bagi mendalaminya, subtajuk 3.1.2 ini
dibahagikan kepada tiga aspek, setiap satu aspek ini
dipelajari selama empat waktu pengajaran. Aspek itu
ialah:

15

15

3.1.2.1

Perdagangan dan perniagaan,


dengan
merujuk
kepada
perkembangan
di
Portugal
dan
Belanda pada abad ke-16 hingga ke18.
3.1.2.2 Pertanian, dengan merujuk kepada
kemajuan pertanian di Belanda dan
England pada abad ke-17 hingga ke-18
3.1.2.3
Perindustrian, dengan tumpuan
kepada perkembangan di Jerman dan
Jepun dalam abad ke-19 hingga ke-20.
16

16

3.2 Intelektual.
3.2.1 Perkembangan ilmu, dengan merujuk
kepada perkembangan di England dan Perancis
dalam abad ke-17 hingga ke-19. Dalam tiga
waktu pengajaran calon diharap dapat: (a)
membincangkan proses perubahan pemikiran dan
kemajuan ilmu pengetahuan kesan daripada
Renaisans, Reformasi Protestan, Revolusi Sains,
dan Gerakan Pencerahan.

17

17

3.2.2 Sumbangan
tokoh.
Menerusi
penelitian ke atas perkembangan intelektual di
England dan Perancis sepanjang abad ke-18 dan
ke-19, dalam tiga waktu pengajaran, calon
seharusnya dapat:
(b) menilai idea dan
sumbangan tokoh seperti:
(i)
Charles Louis Montesquie
(ii) Adam Smith
(iii) Jean Jacques Rousseau

18

18

3.3 Kemajuan Pendidikan. Dengan meneliti


perkembangan di Perancis dan Jerman dalam
abad ke-18 dan ke-19, calon seharusnya dapat:
(c) menghuraikan proses perubahan pendidikan
dari sistem pendidikan tradisional kepada
pendidikan moden.

19

19

TEMA 4 - NASIONALISME DAN


PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Tema ini dipelajari dalam masa 44 waktu
pengajaran. Setelah mempelajarinya, calon
seharusnya dapat membincangkan proses,
kesan, dan respons masyarakat tempatan
terhadap penjajahan dan peranan negara
negara
baru
merdeka
dalam
politik
antarabangsa.
Bagi mendalami tema ini,
penelitian dipecahkan kepada empat tajuk
utama, iaitu:
20

20

4.1

Reaksi masyarakat tempatan terhadap


perluasan kuasa Barat dan kesan
penjajahan Barat.
Untuk mempelajari tajuk ini, rujukan
khusus diberikan kepada perkembangan
di India dan China dalam abad ke-19 dan
ke-20. Jangka masa pembelajarannya
adalah enam waktu pengajaran. Setelah
mempelajarinya, calon seharusnya dapat:

21

21

(a)
menganalisis
respons
masyarakat
tempatan
terhadap
perluasan kuasa Barat, dan
(b)
membincangkan
transformasi sosial, ekonomi, dan
kemunculan intelektual tempatan.

22

22

4.2 Konflik antarabangsa


Tajuk ini dipecahkan kepada tiga subtajuk
untuk membolehkan calon memahami punca
konflik dalam politik antarabangsa. Subtajuk itu
ialah tentang:
4.2.1 Perang Dunia Pertama, 1914-1918
4.2.2 Perang Dunia Kedua, 1941-1945
4.2.3 Perang Dingin, 1945-1955

23

Setiap bahagian memakan enam waktu pengajaran.


Setelah mempelajari ketiga-tiga subtajuk ini, calon
hendaklah:
(a)
berupaya membincangkan sebab dan kesan
Perang Dunia Pertama, dengan rujukan khusus
kepada perkembangan
di Jerman dan Rusia.
(b)
berkemampuan menganalisis sebab dan
kesan Perang Dunia Kedua, dengan meneliti
perkembangan di Jepun dan Amerika Syarikat, dan

24

(c) seharusnya dapat menganalisis sebab


dan kesan Perang Dingin, yang melibatkan
Rusia dan Amerika Syarikat.

25

4.3 Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan


Dalam tajuk ini, calon menggunakan sebanyak
enam
waktu
pengajaran
mempelajari
perkembangan di China dan India pada abad ke20. Menerusi pembelajaran tajuk ini, calon
seharusnya dapat:
(a)
menerangkan langkah-langkah
mendapatkan kedaulatan dan dekolonisasi oleh
orang tempatan.

26

4.4 Perhubungan luar


Tajuk
ini
membincangkan
hubungan
antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua.
Menerusi tajuk ini calon seharusnya dapat:
(a)
membincangkan kerjasama antara
negara dalam organisasi antarabangsa selepas
perang tersebut. Penelitian ditumpukan kepada:

27

(i)
Kerjasama Soviet Union dan Amerika
Syarikat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu selama enam waktu pengajaran
(ii)
Kerjasama United Kingdom dan India
dalam Komanwel
(Commonwealth of
Nations) selama empat jam waktu pengajaran.
(iii) Kerjasama Amerika Syarikat dan United
Kingdom dalam North Atlantic
Treaty
Organisation (NATO) selama empat jam waktu
pengajaran

28

29

Anda mungkin juga menyukai