Anda di halaman 1dari 3

1.

Mengapa perlu untuk menjalin hubungan diplomatik dalam aspek


pendidikan?

Pada dasarnya pendidikan dan politik saling berkait antara satu sama lain.Hal ini
demikian kerana,jika tiada pendidikan maka tidak akan lahirlah para pemimpin yang akan
menerajui tompok pemerintahan sesebuah negara.Dan jika tidak ada hubungan politik
dalam pendidikan maka sistem pendidikan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna
kerana kekurangan kemudahan atau teknologi terbaru yang berpunca dari tiada
peruntukan khas bagi sektor pendidikan.

Hal ini menegaskan bahawa pendidikan dan politik adalah dua perkara yang
berhubungan erat dan saling mempengaruhi.Dengan kata lain,berbagai-bagai aspek
pendidikan sentiasa mempunyai hubunganya dengan politik.Begitu juga sebaliknya,setiap
aktiviti-aktiviti politik mempunyai kaitannya dengan aspek pendidikan.

2. CONTOH HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA DARI ASPEK


PENDIDIKAN.

Melalui hubungan dua hala ini,kerjasama dari bidang pendidikan telah terjalin,antaranya:

Kerajaan Australia bersetuju untuk membuka 3 buah kampusya di


Malaysia,antaranya:
universiti Monash,Universiti Curtin,Universiti Techno Swinburne.

Seterusnya dianggarkan 200 000 ribu pelajar malaysia sedang menyambung


pelajaran di australia dan 200 000 ribu juga alumni universiti Australia yang kini
berkhidmat di negara kita.Sedikit sebanyak ia dapat menambahbaik dari pelbagai
aspek terutamanya dalam bidang pendidikan melalui pengalaman yang diperoleh dan
dipelajari dari negara-negara maju lain.

Melalui hubungan ini juga,Australia telah memperkenalkan rancangan Colombo


Yg bakal menyaksikan ribuan pelajar Australia akan ke Malaysia untuk
melanjutkan pelajaran.
1. KESAN YANG DIPEROLEH MELALUI HUBUNGAN DIPLOMATIK SEPERTI
BERIKUT ADALAH:

kesan positif yang dapat diperolehi dari hubungan keduanya adalah pihak kerajaan
sebagai pemegang peranan penting dalam institusi politik dapat memberikan subsidi
dan peruntukan kepada sektor pembangunan pendidikan. Dengan adanya peruntukan
tersebut,maka sistem pendidikan dapat berkembang setaraf dengan negara lain.

Melalui kerjasama dua hala seperti ini juga kerajaan malaysia dan negara lain dapat
melakukan pertukaran teknologi dari apek pendidikan dan seterusnya dapat
memperkasa dan menambah baik sistem pendidikan di negara kita.

Seterusnya,melalui hubungan seperti ini dapat memelihara keseimbangan dan


meningkatkan taraf pendidikan negara kita dan seterusnya seluruh rantau asia
tenggara.Hal ini demikian kerana melalui perbicangan seperti ini hubungan akrab
dapat dijalinkan antara negara tersebut dan perselisihan faham antara negara dapat
dielakkan dan seterusnya memanfaatkan kedua-dua negara.

Ukuran kesejahteraan dan kemakmuran hasil hubungan diplomatik yang baik juga
dapat dilihat dengan terdapatnya peluang-peluang melanjutkan pelajaran oleh rakyat
daripada negara-negara membangun ke negara-negara maju seperti UK, Australia,
Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.
1. Hubungan di antara aspek pendidikan dengan sistem politik di negara kita?

Anda mungkin juga menyukai