Anda di halaman 1dari 7

Dasar luar-negara

. 1. X PENGENALAN Adakah anda tahu bahawa hubungan luar negara Malaysia telah bermula sejak era
Kesultanan Melayu Melaka? Pada masa itu, Melaka telah mengadakan hubungan perdagangan dengan
negara-negara seperti India, Siam, China, Parsi, Arab, Jepun dan negara-negara di sekitar Kepulauan Melayu.
Tradisi ini diteruskan sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada zaman ini, sesebuah negara itu
tidak boleh hidup bersendirian. Mereka tidak boleh hidup terpencil. Tuntutan semasa memerlukan sesebuah
negara saling memerlukan di antara satu sama lain untuk kebaikan bersama, khususnya dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Justeru itu, setiap negara pada hari ini perlu mengadakan hubungan dengan negara-
negara lain bagi mencapai objektif tersebut. Walau bagaimanapun, setiap negara bebas menentukan dasar
luar negara masing-masing atas faktor budaya dan demi menjaga kredibiliti negara itu. TTooppiikk 1122 X
Dasar Luar Negara Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti dasar luar negara Malaysia
dari semenjak kemerdekaan hingga kini; 2. Membincangkan isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan
antarabangsa Malaysia; dan 3. Membincangkan kepentingan diadakan hubungan dengan luar negara. HASIL
PEMBELAJARAN
.
. 2. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 21PERKEMBANGAN DASAR LUAR NEGARA SELEPAS MERDEKA
Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat tahap oleh pemimpin-pemimpin
yang berbeza. 1. Tunku Abdul Rahman (1957ă1970), dasar luar Malaysia lebih bercorak pro- Barat dan
antikomunis memandangkan negara baharu sahaja merdeka dan pada waktu ini ancaman komunis masih
kuat; 2. Tun Abdul Razak Hussein (1970ă1976), dasar luar Malaysia menitikberatkan pembangunan dan
integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira
ideologi politik; 3. Tun Hussein Onn (1976ă1981), penekanan dasar luar adalah berdasarkan kerjasama
pertahanan dan keselamatan negara; dan 4. Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1981ă2003) dasar luar negara lebih
mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain itu, soal keamanan dan
keadilan masyarakat antarabangsa juga turut menjadi agenda penting. 12.1.1 Pendekatan Dasar Luar Malaysia
1. Bilateral ă melibatkan hubungan dengan sebuah negara sahaja. 2. Multilateral ă melibatkan hubungan
dengan beberapa buah negara secara berkumpulan seperti Malaysia dengan PBB, ASEAN, OIC dan
sebagainya. 12.1.2 Penggubalan Dasar Luar Negara (a) Persekitaran Geostrategik Kedudukan Malaysia
sesungguhnya amat strategik, iaitu terletak di persimpangan laut di antara Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi
menjadi laluan utama bagi rantau Asia Tenggara. Kebanyakan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur
Tengah melalui perairan Selat Melaka. Keadaan ini menyebabkan perlunya Malaysia mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan negara luar bagi memastikan wilayah ini 5 bebas, aman dan terhindar daripada tekanan
pengaruh luar. (b) Sistem Politik Sistem politik Malaysia yang demokratik sentiasa memberi laluan kepada
hubungan dengan negara luar. Malaysia mengamalkan konsep demokrasi yang menyokong penuh kebebasan
manusia dan kemakmuran rakyat. 12.1
.
. 3. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA216 Sistem politik Malaysia juga memberi kebebasan untuk negara
mengadakan hubungan dengan mana-mana negara khususnya yang memberi faedah kepada pembangunan
negara. (c) Demografi Dari segi demokrasi, Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum. Setiap kaum
mendapat hak yang sewajarnya sepertimana kaum Bumiputera. Penduduk pelbagai kaum ini pula mempunyai
pertalian dengan negara asal mereka seperti India dan China. Ini menguatkan lagi hubungan Malaysia dengan
negara-negara berkenaan. (d) Keselamatan Negara Keselamatan merupakan elemen penting bagi sesebuah
negara. Setiap negara sudah pasti tidak mahu diancam musuh. Justeru itu keselamatan negara menjadi
agenda penting yang mempengaruhi dasar luar Malaysia. Kedudukan Malaysia yang strategik perlu diawasi
daripada dicerobohi oleh anasir-anasir tertentu seperti lanun dan pengganas. Oleh itu, Malaysia perlu
mengadakan hubungan dengan negara luar supaya dapat bersama- sama menentang pengganas. (e) Faktor
Sejarah Hubungan dengan negara luar juga sangat berkaitan dengan latarbelakang sejarah sebelum ini.
Contohnya, hubungan Malaysia dengan Indonesia, Brunei dan Singapura penting kerana pada asalnya,
negara-negara ini menjadi sebahagian daripada rumpun Melayu. Demikian juga hubungan Malaysia dengan
negara-negara Komanwel adalah kerana negara-negara yang menganggotai Komanwel merupakan negara
bekas tanah jajahan British. Hubungan Malaysia dengan negara Asia Barat dan Asia Timur juga ada kaitan
dengan sejarah lampau. (f) Faktor Ekonomi Pada zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur melalui
kemajuan ekonomi. Melalui faktor ini, Malaysia perlu mengadakan dasar luar kerana Malaysia memerlukan
negarab luar untuk memperkembangkan ekonominya. Selain itu, pemindahan teknologi daripada negara luar
dapat dibawa masuk ke negara ini. Oleh sebab rakan dagangan hanya boleh dibentuk melalui hubungan
diplomatik, jadi dasar luar adalah amat perlu. (g) Undang-undang Antarabangsa Sebagai salah sebuah
komponen antarabangsa, Malaysia menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa lain. Jadi
hubungan antarabangsa adalah perlu bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
.
. 4. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 217 (h) Faktor Globalisasi Di era globalisasi, mahu tidak mahu
sesebuah negara itu terpaksa mengadakan hubungan dengan negara luar sama ada untuk kepentingan politik,
ekonomi mahupun sosial. Kita sendiri sedar kemusnahan yang berlaku di negara lain boleh memberi kesan
secara langsung kepada Malaysia. Di dalam hal ini, dasar luar negara yang proaktif dan bervisi adalah
mustahak untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Selain daripada itu, Malaysia juga perlu
meletakkan dirinya sebaris dengan negara lain agar pandangan dan pendapat Malaysia sentiasa diambil kira.
12.1.3 Objektif Dasar Luar Negara Secara ringkas, objektif-objektif dasar luar negara antara lain, adalah: 1.
Untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa; 2. Menjaga dan
mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia; 3. Mempertahankan prinsip
menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal
dalaman negara lain. 4. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di
peringkat antarabangsa 5. Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam
semua bidang; dan 6. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara- negara lain.
12.1.4 Kementerian yang Bertanggungjawab terhadap Dasar Luar Negara Hubungan luar negara dikendalikan
oleh Kementerian Luar Negeri. Kementerian ini menguruskan perkara-perkara berhubung dengan hubungan
politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan dan promosi sosial dan kebudayaan. Antara objektif kementerian
adalah: 1. Menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala dengan negara-negara
asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangs. Hubungan ini merangkumi bidang politik, ekonomi dan
kebudayaan. 2. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing;
.
. 5. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA218 3. Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej
negara di luar negeri; dan 4. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan, pentadbiran
am, kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi. Kementerian Luar Negeri mempunyai misi berikut:
‰Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa
yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif‰. KERJASAMA SERANTAU Dalam menghadapi
persaingan yang semakin sengit disebabkan impak globalisasi, jalinan kerjasama dengan negara lain adalah
diperlukan bagi memanfaatkan idea, amalan terbaik dan pengalaman selain menggubal dasar bersesuaian
demi faedah bersama. Dalam bidang kewangan dan perdagangan, Malaysia terus menjalinkan kerjasama dua
hala dan pelbagai hala. Kerjasama serantau banyak ditumpukan ke arah memajukan Asean. Keutamaan
dikenal pasti ke arah meningkatkan daya saing dan pembangunan sektor kewangan serantau termasuk
membangunkan Asean, memperkasakan liberalisasi perkhidmatan kewangan, mengukuhkan bina upaya dan
mempertingkatkan pembiayaan prasarana. Asean terus mempromosikan rantau ini sebagai destinasi
pelaburan utama dengan mengambil kira integrasi ekonomi serantau lebih erat. Bagi mengukuhkan Asean
sebagai organisasi yang relevan, beberapa usaha perlu dilakukan seperti: 1. Memupuk semangat „kekitaan‰;
2. Mengurangkan jurang pembangunan antara anggota Asean; 3. Menerapkan kesamarataan nilai mengenai
isu-isu seperti demokrasi, hak asasi manusia dan pemerintahan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat
(good governance); 4. Memperkukuhkan insititusi Asean; dan 5. Meningkatkan kesedaran dan juga
pengetahuan mengenai Asean yang lebih mendalam di kalangan warga negara Asean. Untuk itu Asean juga
telah mengambil langkah dengan mewujudkan Komuniti Asean menjelang tahun 2020. Bagi mewujudkan
komuniti keselamatan Asean, setiap negara anggota mempunyai tanggungjawab bersama supaya
mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Bagi mencapai tujuan itu langkah-langkah
berikut perlu diikuti: 12.2
.
. 6. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 219 1. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara aman
melalui rundingan; 2. Menangani cabaran-cabaran yang merentasi sempadan yang boleh memberi kesan
negatif kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat; dan 3. Memastikan supaya tidak wujud di
rantau ini sebarang senjata pemusnah besar-besaran dan supaya rantau ini bebas daripada ancaman senjata.
Adalah diharapkan dengan penubuhan Komuniti Asean akan dapat mewujudkan satu pasaran tunggal dan
pusat pengeluaran setempat di mana barangan, perkhidmatan, pelaburan, buruh dan modal untuk pelaburan
boleh beraliran secara bebas di antara negara Asean. Untuk memperkembangkan lagi ekonomi antara negara
Asean, usaha juga sedang dilaksanakan bagi mewujudkan kawasan perdagangan bebas (FTA) antara Asean
dengan negara-negara jiran seperti Repulik rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New
Zealand. Penubuhan kawasan perdagangan bebas akan menguntungkan negara-negara anggota Asean. Selain
daripada itu, penawaran dan permintaan dari luar Asean juga akan meningkat. MALAYSIA DAN PERTUBUHAN
PERSIDANGAN NEGERA-NEGARA ISLAM (OIC) 12.3.1 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Apa itu
Asean dan bilakah ia ditubuhkan? Apakah peranan yang dimainkan oleh Asean ini. Apakah kejayaan-kejayaan
yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN setakat ini? 12.3 Pada pandangan anda, apakah nilai-nilai murni yang
perlu dipraktikkan oleh sesebuah negara apabila mengadakan hubungan dengan sesebuah negara lain bagi
membentuk satu dasar luar yang berkesan? SEMAK-KENDIRI 12.1
.
. 7. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA220 Asean ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah
negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Kini, Asean dianggotai 10
buah negara termasuk, Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar. Menerusi Asean, Malaysia telah banyak
mengadakan perhubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama
sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya dengan
negara anggota lain. x Kejayaan-kejayaan yang Dicapai oleh Asean 1. Konsep Zone of Peace Freedom and
Neutrality (ZOPFAN) ZOPFAN atau konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali diamalkan di semua negara
anggota ASEAN. 2. Konsep South East Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ) Konsep ini membawa maksud
seluruh rantau Asean adalah bebas senjata dan dari ujian senjata nuklear. 3. Projek Ekonomi Kerjasama dalam
bidang ekonomi pula merangkumi projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B dan sebagainya. Bagi aspek
integrasi ekonomi, Asean pasti boleh berbangga apabila berjaya menghapuskan tarif ke atas 11 sektor utama
yang akan dilaksanakan oleh enam negara menjelang 2007 iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura,
Filipina dan Brunei; manakala empat lagi negara anggota iaitu Laos, Kemboja, Myanmar dan Vietnam akan
melaksanakannya pada 2012. 4. Kerjasama dalam Bidang Sosial dan Kebudayaan Merangkumi aspek
kebudayaan dan kesenian, sukan dan telekomunikasi. Contohnya penganjuran Sukan SEA, Pesta Filem Asean,
Pesta Kebudayaan Asean, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB. Dalam
bidang pelancongan pula, terdapat program Tahun Melawat Asean pada tahun 1996. 5. Kerjasama Pendidikan
Bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut- penuntut dari negara anggota. Oleh itu,
Asean telah menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asean (SEAMEO). Pelaksanaannya telah
diagihkan kepada beberapa buah negara Asean seperti RESCAM untuk melatih guru sains dan matematik di
Pulau Pinang, RELC melatih pegawai untuk meningkatkan prestasi penguasaan bahasa Inggeris di Singapura,
INOTEC di Filipina untuk melahirkan penyelidik pertanian dan TROMPED di Negara Thailand bagi menjalankan
penyelidikan kesihatan awam. Selain itu, negara anggota juga turut bekerjasama dalam
.
. 8. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 221 bidang penyelidikan penyakit-penyakit seperti denggi, hepatitis
dan coxsakie B. 6. Penubuhan Wawasan ASEAN 2020 bagi mewujudkan rantau ekonomi Asean yang
mempunyai daya saing yang tinggi, maju dan stabil dengan memastikan kebebasan kemasukan barang-
barang, perkhidmatan, pelaburan, modal dan pembangunan ekonomi serta mengurangkan kemiskinan. 7.
ASEAN+3. Merupakan Kerjasama antara Asean, Korea, Jepun dan China. Melalui ASEAN+3 ia bercita-cita
untuk membentuk sebuah Komuniti Asia Timur (East Asia Community). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
telah menggariskan tiga pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Asean
secara lebih berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak
Aseandi Laos tidak lama dulu. Tiga pendekatan itu ialah : (a) Meneruskan integrasi ekonomi secara lebih
meluas, (b) Mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang dan (c) Mempromosikan inisiatif
pembangunan serantau. 12.3.2 Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) Tahukah
anda OIC ditubuhkan atas cadangan Malaysia? Malahan Malaysia telah diberi penghormatan apabila Tunku
Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab
Saudi. Ekoran daripada itu, ia ditubuhkan pada tahun 1971. Organisation of Islamic Conference (OIC) atau
Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau
terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada
penduduk dunia. OIC merupakan forum khusus untuk menyatupadukan kesemua negara-negara Islam di
dunia demi untuk kebaikan semua pihak. x Matlamat Penubuhan Pertubuhan ini bermatlamat untuk
mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan
teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meninggikan syiar Islam. Selain itu, OIC juga
berperanan untuk membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia. OIC juga
akan menjadi
.
. 9. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA222 rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-
hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat. x Peranan Malaysia dalam OIC adalah seperti berikut. 1.
Penubuhan Bank Pembangunan Islam; 2. Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan; 3. Mmenyokong
perjuangan rakyat Palestin; 4. Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia-Herzegovina; 5.
Membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan
pembangunan; 6. Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di
Iran; 7. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan
Musabaqah al-QurÊan pada tiap-tiap tahun; 8. Dalam bidang pendidikan pula, negara-negara OIC turut
memajukan pendidikan di kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam
seperti Universiti Al- Azhar, Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya; 9. Malaysia juga telah menjadi tuan
rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting, antaranya ialah Sesi Luar Biasa Menteri-
Menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan [1-3 April 2002], Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone [13-14
Jun 2002], Mesyuarat susulan peringkat pegawai kanan mengenai Pelancongan [5-7 September 2003], Sidang
Ke-27 Menteri-Menteri Luar OIC [27 Jun 2000], Sidang Kemuncak Ke-10 OIC [16-18 Oktober 2003], dan
berbagai mesyuarat lain di peringkat Menteri dan juga pegawai- pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah
naungan OIC; dan 10. Selain daripada itu, Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat Khas Peringkat Menteri
Luar OIC Mengenai Timur Tengah pada bulan April 2004 untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq.
Usaha Malaysia mengadakan mesyuarat tersebut membuktikan kesungguhan Malaysia untuk mencari
penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur Tengah. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai
Delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU,
Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet tersebut mengambil langkah
segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
.
. 10. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 223 12.3.3 Komanwel Komanwel dianggotai oleh negara-negara
bekas tanah jajahan British, termasuk Malaysia. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Matlamat Penubuhan ă Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan
dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik
antara semua negara bekas jajahan British. Peranan Malaysia dalam Komanwel adalah seperti berikut: 1.
Pembentangan isu mengenai masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu
aparteid di Afrika Selatan. Dalam Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas (1985)
dan di Vancouver (1987), Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih agresif
dalam menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta masalah
apartaeid; 2. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Isu yang
dibincangkan ialah isu aparteid, kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika,
ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kemboja dan isu alam sekitar. Ekoran
kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa
rancangan atau tindakan yang merangkumi: (a) Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam
sekitar. (b) Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun. (c)
Pengurangan pencemaran laut. (d) Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon; 3. Faedah kerjasama
pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan
sebagainya. Dalam bidang pertahanan, misalnya Malaysia mendapat bantuan ketenteraan khususnya untuk
peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan; 4. Mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa
buah negara Komanwel. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju dalam Komanwel
umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barangan Malaysia. Melalui skim ini, cukai bagi
barangan Malaysia direndahkan dan secara tidak langsung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia
dengan barangan negara lain di pasaran luar; dan
.
. 11. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA224 5. Pengenalan Rancangan Colombo telah menaikkan lagi nama
Malaysia di mana Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan, pertanian, teknikal,
kesihatan dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, misalnya negara Komanwel telah memberi nasihat
dalam penubuhan maktab-maktab perguruan, A-level, HSC dan dalam bidang sosial pula, perpaduan negara-
negara Komanwel telah disalurkan melalui aktiviti sukan, iaitu Sukan Komanwel yang mana Malaysia telah
menjadi tuan rumah pada tahun 1998. 12.3.4 Kumpulan Lima Belas (K-15) x Apa itu K-15 dan Apakah Tujuan
ia Ditubuhkan? Ahli-ahli kumpulan K-15 terdiri daripada Algeria, Argentina, Brazil, Chile, Egypt, India,
Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe. x
Objektif Penubuhan K-15 diwujudkan untuk memupuk lebih kesefahaman dan faedah kerjasama di antara
negara membangun terutama sekali dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi. 12.3.5 Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Semua telah sedia maklum mengenai penubuhan PBB dan peranan yang
sepatutnya di mainkan oleh pertubuhan antarabangsa ini. Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957
selepas mencapai kemerdekaan. x Objektif Penubuhan Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan
hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal-ehwal negara lain.
Selain itu, PBB juga bermatlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Untuk itu,
kerjasama dalam pelbagai bidang Sejak kemerdekaan sehingga kini, cuba anda fikir sudah berapa pertubuhan
antarabangsa yang telah dianggotai oleh Malaysia? Berikan juga contoh-contoh pengendalian program
peringkat antarabangsa yang telah diadakan di Malaysia. AKTIVITI 12.1
.
. 12. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 225 adalah diperlukan. PBB memainkan peranan dalam dua
perkara yang berkaitan dengan politik dunia, iaitu: 1. Perhimpunan Agung PBB 2 . Majlis Keselamatan Untuk
melaksanakan agenda PBB beberapa sekretariat ditubuhkan seperti: (a) Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO); (b) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); (c) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan
(UNESCO); dan (d) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); x Penglibatan Malaysia dalam PBB 1. Malaysia juga
pernah dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu
pembangunan dunia; 2. Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT, iaitu agensi antarabangsa yang
ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah; dan 3. Malaysia terlibat dalam memberikan
pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, serta turut terlibat dalam melaksanakan dasar
PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan
Iran-Iraq (1990). 12.3.6 Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) NAM, atau singkatan bahasa Inggerisnya
„Non-Aligned Movement‰, yang juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, telah diasaskan
pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia. Asas penubuhan
tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat
dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu. Pertubuhan ini berpegang kepada dasar
berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat atau Blok Timur. Dalam hal ini, NAM berpegang kepada
prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak
campur tangan dalam hal-ehwal negara lain. x Penglibatan Malaysia Malaysia menyertai NAM pada tahun
1969. Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Ini kerana dasar
.
. 13. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA226 NAM secocok dengan pendirian Malaysia. Dalam hal ini,
Malaysia mahu berinteraksi dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik mereka dan mendapat
faedah daripadanya: 1. Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dilantik menjadi Naib Presiden NAM
dalam persidangannya di Belgrade pada tahun 1989. Dalam persidangan ini, Malaysia telah dilantik
menganggotai Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk
membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerjasama politik dan ekonomi negara anggota NAM. Pada
bulan Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan NAM; dan 2. Malaysia
kini adalah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota
iaitu 2/3 daripada jumlah keangotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB). x Peranan Malaysia dalam
NAM Menjadi pengerusi NAM. Melalui pertubuhan ini ia berperanan untuk memberikan kepimpinan yang jitu
bagi mewakili negara-negara anggotanya yang majoritinya adalah negara - negara membangun untuk terus
bersuara. NAM juga mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah mengekalkan
keamanan dunia, dengan mempromosikan keamanan melalui platform-platform politikal, melalui pendekatan
diplomasi pelbagai hala (multilateralism), terutamanya; melalui badan-badan dunia seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB. Malaysia juga berperanan memberikan tumpuan
kepada isu-isu seperti ekonomi dan perdagangan, Kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan dan
pembasmian kemiskinan serta pembangunan sosial dan kemanusiaan yang bersifat sejagat serta isu-isu yang
berkepentingan kepada NAM. x Mengapa Malaysia sebagai Pengerusi NAM? 1. Keupayaan Malaysia di dalam
memberikan kepimpinan kepada NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesanan NAM setelah
berakhirnya Perang Dingin; 2. Kebolehan Malaysia untuk merangsang perpaduan serta penyatuan sesama
negara-negara anggota dalam keadaan di mana mereka menghadapi tekanan daripada negara-negara maju
yang lebih berkuasa dan berpengaruh; 3. Keberkesanan Malaysia di dalam mempromosi serta menguatkan
lagi mekanisma diplomasi pelbagai hala bagi menghadapi kecenderungan ke arah penyelesaian secara
unilateral oleh kuasa-kuasa besar, seperti Amerika Syarikat;

. 14. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 227 4. Keupayaan untuk menyuarakan dan mempromosikan
kepentingan negara-negara sedang membangun dalam aspek-aspek hubungan antarabangsa khususnya
dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan sosial; 5. Keupayaan Malaysia memperkenalkan Pelancaran
„Portal e-Sekretariat NAM‰ pada Mac 2004 yang bertindak sebagai pangkalan data kepada ke semua isu
berhubung NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta koordinasi mempercepatkan proses membuat
keputusan dan merapatkan jurang perbezaan digital serta perpaduan di antara negara anggota NAM. Inisiatif
ini diambil kerana kita sedar bahawa ICT memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi
terutama sekali di dalam konteks globalisasi, di mana kebanyakan negara anggota NAM agak terkebelakang
dalam bidang tersebut; dan 6. Penganjuran Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM Mengenai Palestin di
Putrajaya pada 13 Mei 2004, sebagai reaksi segera kepada pergolakan yang meruncing di wilayah Palestin,
disusuli dengan Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos
2004. Pada mesyuarat tersebut, persetujuan telah dicapai ke atas draf Pernyataan mengenai Palestin yang
kemudiannya digabungkan ke dalam Dokumen Muktamad. 12.3.7 Kerjasama Selatan-Selatan (KSS) x Tujuan
Ditubuhkan KSS ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan ekonomi negara-negara
membangun dan mengelakkan tekanan daripada negara- negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan
Britain. Tekanan negara maju biasanya dalam penguasaan pasaran terhadap bahan-bahan mentah dari negara
membangun. Oleh itu, bahan mentah negara membangun sukar menembusi pasaran luar. Dalam hal ini,
negara maju akan membelinya dengan harga yang murah dan fenomena ini jika dibiarkan akan menyebabkan
negara membangun semakin miskin. Keadaan ini juga menyebabkan negara membangun terpaksa berhutang
dengan negara maju yang mengenakan syarat yang membebankan negara membangun. Oleh itu, Malaysia
mencadangkan agar ditubuhkan Kerjasama Selatan-Selatan. Penubuhan KSS ini diutarakan oleh Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad pada tahun 1981 di Zimbabwe. Antara resolusi yang dikemukakan bagi penubuhan KSS
ialah: 1. Memperbaiki keadaan ekonomi negara membangun; 2. Mengatasi masalah ketidaktentuan harga
bahan mentah yang disebabkan tekanan negara maju;
.
15. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA228 3. Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangun;
dan 4. Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan untuk mengemukakan syor untuk mengelakkan tekanan
negara maju. 12.3.8 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Kerjasama Ekonomi Asia-Pacific (APEC)
ditubuhkan pada 1989 adalah disebabkan peningkatan ketidak bergantungan di antara ekonomi negara-
negara Asia-Pasifik dan menggambarkan anggaran separuh daripada perdagangan dunia. Malaysia
berperanan menjadi pengerusi kepada mesyuarat dan aktiviti APEC pada tahun 1998. x Objektif Penubuhan 1.
Bertujuan untuk mengekal dan mengawal peningkatan ekonomi di rantau ini dan dunia; 2. Meningkatkan
matlamat positif dengan menggalakkan pengaliran barang, perkhidmatan, modal dan teknologi; 3.
Membangunkan dan menguatkan sistem perdagangan terbuka pelbagai hala; 4. Mengurangkan sekatan; dan
5. Menyelaraskan perdagangan barang dan perkhidmatan dengan prinsip ÂGeneral Agreement on Tariffs and
Trade (GATT)Â. Tiga kekuatan APEC adalah liberalisasi perdagangan dan pelaburan; kemudahan perdagangan
dan pelaburan; dan kerjasama ekonomi dan teknikal. x Penglibatan Malaysia di arena antarabangsa setakat ini
sangat membanggakan. x Peranan kerajaan Malaysia, serta kestabilan politik negara. x Faktor ini banyak
membantu negara membangunkan ekonomi dan politik serta menarik ramai pelabur ke negara ini. x Malaysia
telah berjaya menaikkan nama sebaris dengan negara-negara maju yang lain khususnya melalui hubungan
antarabangsa. x Kejayaan Malaysia mempertahankan identiti dan pendirian Malaysia terhadap sesuatu isu
menjadi pemangkin ke arah ini.
.
16. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 229 Dasar Luar Negara Kumpulan Lima Belas (K-15) Kerjasama Ekonomi
Asia Pasifik (APEC) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Kerjasama Selatan-selatan (KSS)
Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kerjasama Serantau Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Komanwel Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) Bajet 2006. (2006). Berita Harian. Hasnah
Hussiin & Mardiana Nordin. (2009). Pengajian Malaysia (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti, Sdn. Bhd.
Laman web Utusan Malaysia. Diakses pada Ogos 22, 2009 daripada
www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/ Bab27.pdf-

Anda mungkin juga menyukai