Anda di halaman 1dari 2

Bismillah hirrahman nirrahhim

Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha,

____________________________________________________________

Yang Dihormati

Ahli Jawatankuasa Pengelola

Karnival Bahasa Tamil Negeri Johor

Guru-guru Bahasa Tamil Negeri Johor

Para hadirin jemputan

Guru-guru pengiring peserta karnival dan

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T


kerana dengan berkat izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama hadir bagi
meraikan sebuah majlis yang amat bermakna, iaitu Majlis Perasmian Penutupan Karnival
Bahasa Tamil Negeri Johor tahun 2019.

Saya amat gembira menyaksikan semua guru dan murid berkumpul di dalam dewan ini untuk
sama-sama menjayakan majlis penutupan Karnival Bahasa Tamil Negeri Johor tahun 2019
yang dilaksanakan dengan mendapat sambutan penyertaan yang baik dari sekolah-sekolah
seluruh negeri Johor .

2. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan Pihak PPD Tanah Merah telah berjaya menjadikan
Karnival Bahasa Tamil Negeri Johor tahun 2019 ini menjadi acara tahunan. Saya juga ingin
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Guru-guru Bahasa
Tamil Negeri Johor, ahli jawatankuasa Karnival Bahasa Tamil Negeri Johor tahun 2019 dan
murid-murid yang telah bertungkus-lumus untuk menjadikan karnival ini terlaksana dengan
jayanya.

Hadirin yang dihormati sekalian,


3. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada wakil daripada PPD, Penyelia
Kokurikulum ____________________________________________________________ di
atas kesudian beliau hadir pada majlis ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan terima kasih kepada semua Guru-guru Bahasa Tamil Negeri Johor, ahli
jawatankuasa Karnival Bahasa Tamil Negeri Johor tahun 2019 dan murid-murid yang
membantu serta semua pihak yang membantu menjayakan Karnival Bahasa Tamil Negeri
Johor tahun 2019 ini. Saya ada sebuah pantun untuk pasukan kerja yang telah memastikan
majlis ini berlangsung dengan jayanya.

Berkejar-kejaran ombak di laut,

Menyentuh pantai pasirnya bersih;

Budi tuan kelak disebut-sebut,

Kerja selesai dan terima kasih.

4. Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya memohon kemaafan jika sepanjang penganjuran
karnival ini, dan sehingga berlangsungnya majlis penutupan Karnival Bahasa Tamil Negeri
Johor tahun 2019 ini, terdapat kekurangan dan kepincangan.

Sekian

wabilahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian dan terima


kasih

Anda mungkin juga menyukai