Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran RajaRaja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya.
Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun
dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk
ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu. Bentuk
ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang
dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari
sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah
pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG
MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM
PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK
DAN DENDAM TAK SUDAH. Tengkolok Diraja yang
dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam
bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan
"Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri
Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini
dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak
Muskat
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan PegawaiPegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang
berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.
Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra
Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai
daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.
Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang
emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju
ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai
bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari
Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke
negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.
Pending Diraja
Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan sebelas biji
permata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali
bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.
Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan
gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan berupa kepala
"Garuda". Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah
salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Gandik Diraja
Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong. Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan
permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak
bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga. Gandik ini dipakai oleh
Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai
menjadikan loket dan keronsang.
Kalung Diraja
Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini
merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung ini boleh dicerai menjadikannya sepasang subang,
kerongsang dan kerabu.
Cogan Alam
Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan
Malaysia. Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima
kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat
anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang
sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga
harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas.
Cogan Agama
Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang
Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04 cm
atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala
tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan
kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Cokmar
Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan
Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu
panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini
merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.
Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran
Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia
merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke
sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan
Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja
yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk "Tapak
Kuda", dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.
Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian
daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang
zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu
dan sarungnya.
Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur
Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja
iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran
Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.
Tombak Berambu
Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada tombaktombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia.
Nobat
Perkataan nobat adalah berasal dari perkataan Parsi 'naubat' bermaksud sembilan jenis alat.
Nobat ialah pancaragam Diraja yang telah digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri
Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara alat-alat bunyian Nobat ialah
Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah:
NEGERI PERAK
NEGERI KEDAH
NEGERI SELANGOR
NEGERI TERENGGANU
Gendang Nobat
Gendang Nobat ini biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu.
Nafiri
Nafiri digunakan dalam memulakan sesuatu lagu.
Gendang Nenghara
Gendang Nenghara ialah gendang yang membawa lagu.
Serunai
Serunai ialah alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan.
Gendang Penengkah
Gendang Penengkah ialah gendang yang memasuki irama ke dalam lagu.
Di antara senarai yang tersebut di atas Gendang Nobat adalah paling dihormati. Ianya menduduki
tempat yang tertinggi dan digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu
istiadat dan menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung
kepada bilangan alat-alat yang digunakan. Untuk Nobat Diraja Perak hanya lima daripada
sembilan alat digunakan pada setiap masa.
Pemain-pemain alat Nobat adalah ahli daripada keluarga-keluarga tertentu sahaja iaitu Orangorang Kalur. Pada zaman dahulu kawasan Bilik Nobat dipagarkan dengan bulu ayam dan sesiapa
yang mencerobohi kawasan ini akan dihukum dan didenda. Ketua Nobat diberi gelaran Toh Setia
Guna dan pembantu Toh Setia Indera.
Mengikut Adat Istiadat Negeri Perak tiada Sultan yang boleh dianggap berdaulat sehingga ianya
ditabal dengan bunyian Nobat. Mengikut Adat Lembaga Negeri Perak menyatakan bahawa rangka
yang digunakan di dalam membuat Gendang-gendang adalah berasal daripada Teras Kayu Jerun
dan kulitnya adalah daripada Kulit Tumur. Walau bagaimanapun ini telah bertukar dan
pembaharuan rangka ini sekarang diperbuat daripada kayu keras dan kulitnya adalah daripada
kulit kambing.
Kumpulan Nobat memainkan lagu-lagu Nobat berikut:
ALEH-ALEH PANJANG
ALEH-ALEH PANDAK
DANG GENDANG
JONG BER-ALEH
GENDANG PERANG
NOBAT TABAL
NOBAT RAJA
NOBAT KHAMIS
NOBAT SUBOH
Nobat Diraja Perak dibunyikan untuk upacara atau tradisi yang berikut:
Sesuatu yang berkaitan dengan peribadi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Masa Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Duli Yang Maha
Mulia Raja Permaisuri.
Bersiram Tabal
Hari meletak kerja kerana perkahwinan atau berkhatan Putera dan Puteri Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan.
Istiadat di Balairong Sri Menyambut Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak melawat keluar negeri
Mengiringi Jenazah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri ke
makam Diraja.
Perkahwinan dan Berkhatan Putera dan Puteri Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Perak.
Istiadat Kebesaran negeri iaitu pada masa lawatan Raja-Raja negeri lain ke Negeri
Perak.
Hendak memulakan Puasa pada bulan Ramadhan tiga petang berturut-turut iaitu pada
28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.
Pada masa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bersiram pada hari Raya Aidil Fitri
dan pagi Aidil Adha.
Tiga petang berturut-turut hendak menyambut Hari Raya Aidil Adha, iaitu pada petang
7, 8 dan 9 Zulhijjah.
Menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke
masjid kerana bersembahyang Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha dan berangkat
meninggal masjid.
Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat
dimainkan, iaitu, lagu "Raja Berangkat" semasa Seri Paduka Baginda berdua berangkat
masuk ke Balirong Seri; lagu "palu" semasa Alat-alat Pertabalan dibawa masuk ke
Balairong Seri; lagu "Raja Bertabal" selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
mengangkat Sumpah Diraja dan lagu "Raja Berangkat" sekali lagi apabila Seri Paduka
Baginda berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.
Ketua Kumpulan Nobat bergelar Mahaguru. Mahaguru akan sentiasa bersama kumpulan muzik
dengan memegang Tongkat Cokmar Diraja yang diperbuat daripada semambu (rotan Melaka) dan
dibalut dengan kain kuning. Mahaguru iaitu Ketua Pemain juga dikenali atau bergelar Kalur
Besar. Nobat hanya boleh dimainkan dengan titah Sultan, dan dalam istiadat Diraja seperti
pertabalan, perkahwinan Diraja atau kemangkatan Diraja. Alat-alat Nobat hanya boleh dimain
oleh pemain Diraja yang dipilih dari keluarga yang tertentu.
Telah dirawayatkan bahawa munculnya Nobat Kedah ini semasa hayat Nabi Allah Ibrahim
Khalilullah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaannya. Kemudian diperturunkan ke zaman
Iskandar Dzulkarnain. Seterusnya diturunkan kepada semua Raja-Raja di Tanah Arab,
Nobat berjalan nobat berjalan naik ke lepau Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja yang
sudah berumahtangga.
Istiadat berjalan naik oleh serunai nobat iaitu satu sahaja ke lepau Menteri Tunggal dan
Menteri Empat.
Memberitahu mengenai petang menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
Lagu Belayar
Lagu Seratan
Lagu Arak-Arak
Selain daripada lagu-lagu yang tersebut di atas lagu-lagu pilihan juga dimainkan seperti
mengiringi BARISAN PEMERINTAH KEHORMAT ATAU JENAZAH DIRAJA. Lagu CENDERING PERANG
dimainkan ketika Raja berangkat meninggalkan istana atau sekembali dari pengembaraan atau
pelayaran. Lagu BERLIMAU pula dikhaskan semasa Raja Bersiram pada hari Istiadat Perkahwinan
Diraja.
Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat dimainkan,
iaitu lagu "Raja Berangkat" sekali lagi dimainkan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berdua berangkat pulang dari Balairong
Seri.
Gendang Nobat adalah alat yang paling dihormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan
digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat atau
menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada
bilangan alat-alat yang digunakan.
Pemain-pemain alat nobat adalah terdiri daripada ahli keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-orang
Kalur.
Kumpulan Nobat memainkan lagu-lagu berikut:
Arak-arak Untandi
Aleh-aleh Panjang
Aleh-aleh Pendek
Dong Gendang
Jong Beraleh
Gendang Perang
Nobat Khamis
Nobat Subuh
Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat Raja hanya boleh dimainkan disebelah pagi dan petang
dan lagu Puteri Mandi Mayang dimainkan semasa menyambut ketibaan bulan Ramadhan tiga
petang berturut-turut, iaitu petang 28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun. Dalam
istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XI yang lalu Nobat Negeri
Selangor yang digunakan dalam istiadat tersebut telah memainkan tiga lagu Nobat. Lagu "Raja
Berangkat" dimainkan semasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat masuk ke Balairong Seri. Lagu "Menjunjung Duli"
dimainkan semasa Alat-alat Pertabalan dibawa masuk ke Balairong Seri. Lagu "Raja Bertabal"
dimainkan selepas Seri Paduka Baginda mengangkat Sumpah Diraja. Lagu "Raja Berangkat"
dimainkan sekali lagi apabila Seri Paduka berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.
Lagu Lapan
Lagu Arak-Arak
Lagu Perang
Bagaimanapun daripada tiga belas lagu-lagu yang tersebut di atas hanya tiga lagu sahaja yang
selalu dimainkan dalam istiadat di Singgahsana. Lagu-lagu yang berkenaan adalah seperti
berikut:
Nobat Negeri Terengganu dimainkan pada tiap-tiap hari, pagi dan petang semasa berlangsung
istiadat perkahwinan Diraja dan juga pada waktu-waktu tertentu. Nobat juga dimainkan pada
tiap-tiap petang sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadan dan petang Aidil Fitri dan Aidil
Adha. Nobat turut dimainkan pada tiap-tiap petang Khamis malam Jumaat di Istana.
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah menerima kembali
Nafiri asal istana Sutlan Terengganu yang telah dikembalikan oleh keluarga Tengku Hamid bin
Tengku Mandur yang berasal dari Singapura pada 17 Mac 1990.
Sehingga kini Nobat Diraja Negeri Terengganu ini belum pernah dimainkan dalam Istiadat
Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Panji-Panji Diraja
Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang
dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna
kereta
untuk keretapi
untuk kapal terbang
untuk kapal
Warna latar belakangnya digantikan dari warna kuning (light yellow)kepada warna hijau (light
green).
Ukuran panji-panji Raja Permaisuri Agong ialah 4 x 9, manakala bagi kegunaan kereta pula
ialah 12 x 18.