Anda di halaman 1dari 8

TENGKOLOK DIRAJA

Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja


Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu
telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat
dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu.
Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang
dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah
negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya:
ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM
SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM
PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH. Tengkolok Diraja
yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan
benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang
berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini
dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang
Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.Tengkolok DiRaja telah
diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009.

MUSKAT
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara.
Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang
berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi
pegawai-pegawai negeri Kedah.
Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa
pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga
yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman
Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi
pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.
Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang
dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan
bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.
Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang.
Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar
panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis
sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian
Penggal Persidangan Parlimen.

PENDING DIRAJA

Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu


bertatah dan bersulamkan sebelas biji permata delima. Di
tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan
Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain
sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang
emas.Pending DiRaja telah diwartakan sebagai
Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009.

KERIS PENDIK DIRAJA

Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata


keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang
bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu
Pekaka" dan berupa kepala "Garuda". Di sampir keris ini
diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris
ini ialah salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris
Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Keris Pendek
DiRaja telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan
pada 16 Mac 2009.

GANDIK DIRAJA

Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian


ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah
penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di
tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak
bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada
emas putih juga. Gandik ini dipakai oleh Seri Paduka
Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada
waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai
menjadikan loket dan keronsang.Gandik DiRaja telah
diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac
2009.

KALUNG DIRAJA

Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri


Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Kalung ini
diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan
permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian
daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadatistiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung ini boleh
dicerai menjadikannya sepasang subang, kerongsang dan

kerabu.Kalung DiRaja telah diwartakan sebagai


Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009.

COGAN ALAM

Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi


sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan
Malaysia. Cogan Alam diperbuat daripada perak,
panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat
inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat.
Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang
daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan
lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas.
Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau
yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam
tangkai padi daripada emas.

COGAN AGAMA
Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang
menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran
Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada
perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci
dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di
atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan dengan
bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan
kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-

Quran.Cogan Agama telah diwartakan sebagai Warisan


Kebangsaan pada 16 Mac 2009.

COKMAR

Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian


daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar
ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak.
Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan
inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan
tongkat pendek berkepalakan kubah.Cokmar telah
diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac
2009.

KERIS PANJANG DIRAJA

Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah


Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara
yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang
Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda
kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya
hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas
sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan
Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu.
Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari
sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris

ini berbentuk "Tapak Kuda", dengan hiasan yang


merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadatistiadat tertentu sahaja.

PEDANG, KERIS PANJANG DAN SUNDANG

Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis


senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada
alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata
pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala.
Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta
berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.

PAYUNG UBUR-UBUR KUNING

Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian


daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur
Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat
daripada kain sutera yang berwarna kuning raja
iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang
Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Rajarajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan
dengan bintang.

TOMBAK BERAMBU

Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki,


matanya berluk tiga diperbuat daripada tombaktombak pusaka dari sebelas buah Negeri
Semenanjung Malaysia.

NOBAT

Perkataan nobat adalah berasal dari perkataan


Parsi 'naubat' bermaksud sembilan jenis alat.
Nobat ialah pancaragam Diraja yang telah
digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri
Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan
Raja-raja. Antara alat-alat bunyian Nobat ialah
Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong.

Anda mungkin juga menyukai