Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 1

ALAT KEBESARAN
DAN PERHIASAN
DIRAJA

By Your Name
PENGENALAN
Negara Malaysia mengamalkan sistem raja berpelembagaan dalam demokrasi
berpalimen. Berdasarkan sistem ini, Ketua Persekutuan ialah Seri Paduka Yang di-
Pertuan Agung dan ketua negeri pula digelar sama ada Sultan atau Raja, Yang di-
Pertuan Besar atau Yang di-Pertua Negeri

Institusi beraja ini merupakan kesinambungan daripada warisan Kesultanan Melayu.


Oleh itu terdapat alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang masih diguna pakai
dalam najlis atau istiadat tertentu.

Alatan kebesaran Diraja ini perlu dipelajari dan diketahui oleh generasi hari ini dan
akan datang agar mereka lebih menghormati institusi ini.
JENIS ALAT KEBESARAN
DIRAJA
Alat Kebesaran Diraja
1. Cogan Alam
Cogan Alam diperbuat daripada perak. Panjangnya
162.66 sentimeter berupa suatu bulatan di atas hulu
tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan
dengan bintang daripada emas. Di sekeliling
bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas
Negeri-negeri Tanah Melayu yang diperbuat
daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh
empat lembaga harimau yang berdiri manakala
tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi yang
diperbuat daripada emas.
Alat Kebesaran Diraja

2. Cogan Agama

Cogan Agama adalah juga diperbuat daripada


perak. Panjangnya 155.04 sentimeter berupa
sebatang tongkat bulat berhulu besar. Di atas hulu
tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang
pecah lima daripada emas. Pada batang dan
hulunya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Alat Kebesaran Diraja

3. Cokmar
Cokmar adalah dua batang tongkat pendek
berhulukan kubah merupakan alat perang zaman
dahulu. Cokmar diperbuat daripada perak dan
panjangnya adalah 81.32 sentimeter.
Alat Kebesaran Diraja
4. Keris Panjang Diraja
Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan adalah
keris dan Keris Panjang Diraja adalah alat kebesaran
negara yang utama dalam istiadat pertabalan. Keris
Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan dan merupakan
tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, dari hulu
hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di
atas sampirnya diterapkan lambang Kerajaan
Persekutuan dan lambang sebelas Negeri-negeri
Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja
yang diambil daripada sebelas bilah keris negeri-
negeri itu. Hulu keris ini berbentuk Tapak Kuda dengan
hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya
dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.
Alat Kebesaran Diraja
5. Pedang, Keris Panjang dan Sundang
Diraja
Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja adalah
tiga senjata Melayu lama yang dijadikan
sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu
diambil daripada mata pedang, keris panjang dan
sundang zaman purbakala. Keris Panjang dan
Sundang pula disalut dengan perak serta berukir-
ukir pada hulu dan sarungnya
Alat Kebesaran Diraja
6. Payung Ubur-ubur Juning dan Tombak Payung
Berambu Ubur-ubur
Kuning

Payung Ubur-ubur Kuning dan Tombak Berambu ini


juga adalah sebahagian daripada alat kebesaran
diraja. Terdapat dua puluh kaki Payung Ubur-ubur
Kuning yang diperbuat daripada kain sutera yang
berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang
dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan
menjadi lambang kebesaran Raja-rajanya. Di
Tombak
kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan Berambu
bintang. Di samping itu terdapat dua puluh batang
Tombak Berambu yang matanya berlok tiga diperbuat
daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah
negeri di Semenanjung Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai