Anda di halaman 1dari 8

Tengkolok DiRaja dijalin daripada kain tenunan warna

hitam bersulam benang emas. Bentuk ikatan atau solek


dinamakan Dendam Tak Sudah. Di sebelah depan
tengkolok terdapat ukiran melambangkan padi dan jata
negeri Kedah Darul Aman.
Jata ini diperbuat dengan menggunakan batu zamrud
dan 4 biji berlian (perisai), 5 biji berlian (bulan sabit),
dan 30 biji berlian (bunga padi). Di sekeliling Jata
terdapat 23 lekuk bertatahkan berlian 3 biji lambang

matahari dan bintang. Dari lekuk ini terdapat 9 rumpun


batang padi bertatah 69 biji batu berlian, setiap ikatan
berbentuk bunga lawang.

Keris ini untuk pemakaian Kebawah Duli Yang M


Mulia Tuanku Sultan dan merupakan lambang ke
Baginda. Pemakaiannya adalah untuk majlis Istia
DiRaja mengikut ketetapan yang diperkenankan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Cogam Agama adalah satu lagi lambang kekuasaan Baginda Sultan


yang diperbuat daripada perak. Panjangnya 162.66 cm. Ia berupa
tongkat berkepala besar dengan berukiran emas dengan perkataan
"Allah". Pada kepala cogam terukir kalimah suci, dan pada
tongkatnya terukir ayat Al-Quran.

Alat kebesaran ini diperbuat daripada perak, panjangnya


162.66 cm. Ia berupa satu bulatan tanda alam semesta dan
diterapkan dengan lambang 11 buah daerah Negeri Kedah
Darul Aman. Di bawahnya tertera bunga padi, lambang
Negeri Kedah Darul Aman sebagai Negeri Jelapang Padi
serta Pengairan Muda sumber pembekalan air yang
mengairi sawah padi. Tongkat pula dihiasi dengan ukiran
daun telepok Siam dan bunga orkid Langkawi serta ayat
suci Al-Quran.

Pending DiRaja berbentuk bulat dan bertatahkan


12 biji batu berlian. Di tengahnya diperbuat daripada
'enamel' dan terdapat bintang 8 penjuru bertatahkan
16 biji batu berlian. Di tengahnya terletak sebiji
permata berlian. Di kiri kanan terdapat ukiran
berbentuk bunga ketola bertatahkan 3 biji permata
berlian. Tali pinggangnya diperbuat daripada anyaman emas 112 mayam.

Nobat ialah alat permainan muzik atau orkestra DiRaja yang


mengandungi satu Gendang, satu Nafiri, dua Gendang Nobat, satu
Serunai dan satu Gong. Nobat DiRaja Negeri Kedah adalah yang
tertua di negara ini dan dimainkan di istiadat-istiadat rasmi sejak
turun temurun seperti Istiadat Pertabalan DiRaja, Istiadat
Perkahwinan DiRaja, Istiadat Permakaman DiRaja dan sebagainya.
Pemain-pemain Nobat dipilih mengikut keturunan. Nobat hanya
dimainkan apabila diperintahkan oleh Baginda Sultan dan untuk
Istiadat tertentu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai