Anda di halaman 1dari 7

SELOKA HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. PADA HARI MULIA INI HAMBA NAK TULIS SATU SELOKA. DENGAR YA........ Dengarlah tuan satu seloka seloka dikarang di musim raya hari raya hari yang mulia orang kita suka bergaya

Yang beraya tentulah suka beraya di kampung bertemu keluarga saudara mara tandang bertandang yang tak beraya pun tak lepas peluang travel juga ambil kesempatan cuti panjang lebuh raya sesak memanjang. Oh Malaysia negara perpaduan banyaklah sungguh perayaan Tahun Baru China, Aidilfitri tambah pula Deepavali Hamba ini nak berimaginasi katakanlah ada kuasa yang menetapkan salah satu raya disambut sekali sebulan agak tuan-tuan manakah yang jadi pilihan? Bagi hamba tak was-was lagi yang dipilih tentulah Aidilfitri sebabnya ? biar hamba ceritakan Kalau dipilih tahun baru cina semua orang kesusahan takut-takut kebuluran di pasar tak ada ikan tak ada barang di kedai orang tak boleh menjual kerana tak ada pembekal Kalau setiap bulan deepavali orang tak berapa gemar pun akan sukar payahlah nak baca buku dan akhbar kerana tak cukup pengedar

Tapi kalau Hari Raya Aidilfitri sebulan sekali

semua orang suka hati penuh sesak pasaraya orang Melayu suka membeli orang Melayu suka bergaya bangsa lain bertambah kaya bengkel kereta ramai pelanggan kerana banyak kemalangan di jalan tak payah sebut tentang yang terkorban hospital swasta kaut untung orang sakit berduyun-duyun darah tinggi naik melambung makan lemang dan daging bersambung-sambung putus tangan main mercun apakah sudah jadi tradisi bangsaku suka menghancurkan diri sendiri

PANTUN SELOKA DI HARI RAYA

by tomkacak on Fri Aug 26, 2011 10:51 am .As Salam...sahabat2 KSM sekelian, izinkan hamba berpantun seloka, semoga terhibur rasa di jiwa... Liuk Lintuk Cahaya Pelita Sinari Alam Desa Nan Damai Hiruk Pikuk Suasana Kota Lebaran Menjelma Pulang Beramai Kuih Talam Manis Dirasa Talam Dibawa Anak Pak Tam Salam Bersalam Sesama Kita Sucikan Jiwa Dosa Nan Silam Berayun Buai Bayu Nyaman Kenangan Dulu Teringat-ingat Berduyun-Duyun Pulang Halaman Pandu Cermat Jiwa Selamat

PANTUN SELAMAT HARI RAYA

Dalam sungai berenang buaya Waktu pagi menjemur diri Orang mukmin tetap berjaya Menundukkan nafsu setiap hari Warna hijau daun pandan Letak sehelai di tepi cermin Sedih meninggalkan bulan Ramadhan Inilah budaya orang mukmin Allah bersumpah dengan masa Manusia bersumpah dalam mahkamah Orang sekular juga berpuasa Jauh daripada rahmat Allah Bergerak perlahan seekor ular Nampak katak terus dimakan Malang nasib puasa sekular Kezaliman ketua tetap dipertahankan Cencaru keluar di waktu petang Mencari makannya di dalam laut Pengkhianat demokrasi wajib ditentang Tuntutan BERSIH selalu disebut Bunga tanjung putih berseri Luruh ke bumi di waktu pagi Bila keredhaan Allah kita cari Baru di akhirat tidak rugi Tapai ubi tapai pulut Sedap dimakan selepas berbuka Bila pimpinan negara kalut Nasib rakyat macam neraka Pisang emas masak sebiji Beri makan kepada isteri Pemimpin zalim rakyat keji Tumbangnya mereka selamat negeri Lelaki muslim pakai cincin Cincin dibuat daripada suasa Khazanah negara disapu licin Mengumpul harta bila berkuasa Cincin emas cincin belian Diguna pakai isteri kenamaan Bila puasa tidak berkesan Dapat lapar dan kehausan Bunga ros warna merah Bunga mawar warna putih Selepas Ramadhan mari berhijrah Tuntut ilmu jangan letih-letih

Tanam sayur di tepi paya Tumbuh sayur berbagai jenis Maaf bermaafan di hari raya Disertai dengan senyuman manis

Koleksi Pantun hari raya dan pantun aidilfitri terbaik khas untuk kawan-kawan dan keluarga. Berikut adalah beberapa pantun yang lawak dan sesuai dikongsikan untuk anda semua.

Lapar puasa terketar-ketar Bila berbuka lega rasanya Kad raya tak sempat nak hantar Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..! Anak Dolah makan lepat Makan lepat sambil melompat Nak hantar kad raya dah tak sempat Pakai MMS pun kira ok what? Lemah lembut tuan puteri Berkain cindai cantik dipandang Meriah menyambut Aidilfitri Sahabat handai datang bertandang Udara dingin hening pagi Tabuh bising mulakan hari Aidilfitri menjelma lagi Masing-masing pakai berseri Tanpa mengira miskin kaya Pangkat kedudukan hamba shaya Sama-sama menyambut raya Maaf-maafan dihari bahagia Aidilfitri hari kemenangan Kejayaan menempuh halangan Mengenali erti kesenangan Bagi mereka yang kekurangan Aidilfitri hari kemaafan Menghapus kesalahan sesama insan Memupuk perpaduan sesama ehsan Mengikat tali keakrapan Cincin disarung hati berdebar Jarinan lembut wajah terhias Ramadan disambut penuh sabar Aidilfitri disambut dengan meriah Saidina Affan menyusun kata Tutur peri yang aulia Maaf-bermaafan sesama kita Di Aidilfitri yang mulia Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Anda mungkin juga menyukai