Anda di halaman 1dari 9

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian,

disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agamaYahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosadosa Adam(original sin). Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbandingkalender Gregory). Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daunmistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah

1.1 Dies Natalis Solis Invicti

2 Sambutan

2.1 Tradisi Gereja

o o

2.1.1 Paparan kelahiran Jesus Christ 2.1.2 Lingkaran Kedatangan 2.1.3 Pembacaan kitab 2.1.4 Karol

2.2 Sambutan awam dan komersil 2.3 Sambutan seisi keluarga


3 Rujukan 4 Lihat juga

2.3.1 Pokok Krismas

5 Pautan luar

[sunting]Sejarah

Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus. Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran [3] Jesus. Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, Isaac Newtonmendakwa tarikh Krismas telah dipilih [4] agar bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk Rom kuno. Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 [5] Disember. Pada tahun 1889, Louis Duchesneberpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai [6] sembilan bulan selepas 25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung Maria. Orang Kristian awal [7] percaya bahawa Jesusdisalib pada 25 Mac, tarikh ekuinoks musim bunga mengikut takwim [8] Rom. Pendapatinkarnasi berlaku pada tarikh yang sama dengan hari kewafatan Jesus selaras [9] dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi mati apabila berusia kamiran. 9 bulan sebelum [9] Krismas, disambut pula Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.

[2]

Mozek Jesus Christ yang digambarkan sebagai Sol, tuhan Matahari, di Mausoleum M di nekropolis pra-abad ke-4 di bawah Basilika St. Peter di Rom, bernama Christo Sole (Kristus Sang Suria) dan bertarikh penghujung abad ke-3 oleh ahli arkeologi Itali.[10]

[sunting]Dies

Natalis Solis Invicti

Hermann Usener, pada tahun 1899, menyatakan bahawa tarikh hari Krismas diambil dari suatu pesta [11] orang Rom, Sol Invictus. Beliua mengatakan, Gereja pada masa itu mengambil tindakan demikian supaya penyembah berhala Rom pada masa itu akan menganut agama Kristian, tetapi pada masa [11] yang sama dapat mengekalkan tradisi mereka. Dies Natalis Solis Invicti, "Kelahiran Dewa Matahari," disambut pada 25 Disember. Gelaran pesta tersebut, Sol Invictus, menyebabkan dewadewa matahari disembah, yang mana ianya termasuklah dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria; Sol, dewa maharaja Aurelia (AD 270274); dan Mithras, dewa tentera dalam mitologi [12] Parsi. Maharaja Elagabalus (218222) memperkenalkan pesta tersebut dan menjadi popular [13] semasa pemerintahan Aurelia, yang menjadikan pesta tersebut sebagai cuti umum. [sunting]Sambutan Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan negara di dunia, termasuk yang majoriti penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing. Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia,Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.

Di seluruh dunia, sambutan Krismas dirai dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspekaspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas. [sunting]Tradisi

Gereja

Lakon pentas "kelahiran Nabi Isa" di Jerman

Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja. [sunting]Paparan kelahiran Jesus Christ Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke banyak negara lain. Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.

An Advent wreath on the Second Sunday in Advent

[sunting]Lingkaran Kedatangan Lingkaran Kedatangan (Advent wreath) ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi, dengan lima batang lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan pohon Krismas. [sunting]Pembacaan kitab Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang

bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia. [sunting]Karol Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin, kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga para penganut yang taat. [sunting]Sambutan

awam dan komersil

Sebatang pokok Krismas gergasi di Lisbon, Portugal

Kawasan sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk, panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiang-tiang lampu, dan pokok-pokok di sekeliling bangunan. Banyak juga bandaraya besar yang meletakkan sepohon pokok Krismas di tempat-tempat awam, seperti di Trafalgar Square di London, Times Square di New York dan Martin Place diSydney. Tidak lupa juga kegiatan amal untuk menyeru warga kota agar menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Waktu perniagaan kedai dan pusat beli-belah dilanjutkan sebelum hari Krismas agar orang ramai diberi lebih banyak masa bagi membeli juadah makanan dan hadiah-hadiah Krismas. Tingkap kedai sentiasa dihias babak kelahiran Jesus, termasuk di gedung membeli-belah besar yang mampu menyediakan babak animasi untuk menghiburkan kanak-kanak. Gedung beli-belah besar juga menyediakan seorang pelakon watakSanta Claus yang duduk di atas singgahsana untuk mendengar permintaan kanak-kanak pada hari Krismas, di samping diambil gambar bersama para pengunjung.

Pasar Krismas di Dresden, Jerman.

Perarakan, hiburan jalanan dan konsert Krismas juga diadakan di bandar raya. Sesetengah pekan mengadakan tradisi nyanyian karol oleh kumpulan koir dan persembahan penghibur ternama di dewan perbandaran atau di kawasan luar bangunan.

[sunting]Sambutan

seisi keluarga

Sebuah keluarga berhibur sempena Krismas.

Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan stoking merah besar pada tempat pendiangan api. [sunting]Pokok Krismas Tradisi menghias pohon Krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokokmalar hijau menjadi pilihan, khususnya pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan. [sunting]Rujukan
Christmas as a Multi-faith Festival BBC News. Dicapai pada 30 September 2008. "Christmas, Encyclopdia Britannica Chicago: Encyclopdia Britannica, 2006. Roll, p. 129. Contohnya, pada tahun 1761, Paus Benedict XIVberhujah bahawa para ketua gereja pasti mengetahui tarikh sebenarnya dari catatan bancian kerajaan Rom kuno. (Roll, p. 129). 4. Newton, Isaac, Observations on the Prophecies of Daniel, and the Apocalypse of St. John (1733), Ch. XI. "They who began first to celebrate them, placed them in the cardinal periods of the year; ... and the birth of Christ on the winter Solstice, Decemb. 25,"

1. 2. 3.

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember setiap tahun bagi memperingati keputeraan Jesus (Nabi Isa a.s.), pengasas agama Kristian. Menurut Kitab Injil Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Siti Maryam di Baitulmaqdis. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Jesus menepati ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang penyelamat dari susur galur Nabi Daud, yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir, Habsyah, Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mereka mengikuti takwim yang berlainan (takwim Julius berbanding takwim Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk memberi hadiah, sambutan gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi dan lakonan kelahiran Jesus. Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal yang dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitos Nordic dan Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai timbul pada abad ke-19. Krismas bukan sahaja disambut oleh seluruh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang bukan Kristian sebagai perayaan kebudayaan yang sekular. Oleh sebab pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan. Dipetik daripada: Blog Sumber Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Negeri Johor

Link: http://psksksd.blogspot.com [Online database: 24 Disember 2009]

Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

Hari Natal (25 Disember) Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia. Bagaimanapun, kajian menunjukkan Hari Natal bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ. Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan. Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi, hadiah akan diberikan oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat lebih komersial di mana gedung-gedung jualan akan berhias dan membuat persediaan jualan hari Natal semenjak awal Disember lagi.

Perayaan merupakan satu perkara yang paradoks. Ia terjadi melalui suatu jaringan yang saling mempengaruhi. Ia mungkin melibatkan persiapan yang bersungguh-sungguh dan memberikan kegembiraan, ia selalunya diharapkan untuk berlangsung dengan lancar tetapi sukar menjadikannya sebuah perayaan yang sempurna, perayaan boleh mempengaruhi sesuatu yang istimewa, pekerjaan mahupun permainan. Untuk meraikan cinta dan kehidupan, ia memerlukan persiapan yang wajar. Ini adalah kerana masa bermain akan lebih menguntungkan jika disusuli dengan masa bekerja dan masa untuk menjalinkan hubungan akrab, akan lebih bermakna setelah melalui tempoh bersendirian. Ketiadaan seseorang biasanya menyebabkan kita lebih menghargai kehadiran seseorang, begitu juga dengan hubungan akrab yang akan lebih dihargai apabila kita pernah melalui pengalaman berseorangan. Permainan akan lebih menggembirakan setelah kita penah bekerja. Malah Tuhan berehat selepas enam hari bekerja! Kita bergelut dengan perkara ini pada hari ini. Kebanyakan perayaan yang kita raikan tidak terasa kemeriahannya kerana kita telah merayakannya dengan lebih awal. Pada masa dahulu, untuk merayakan sesuatu, sesebuah komuniti akan berpuasa dalam tempoh yang lama. Kemudian, apabila tiba musim perayaan, ia diraikan dengan penuh sukacita. Pada hari ini, keadaan ini menjadi sebaliknya, kita meraikan sesebuah perayaan dalam tempoh yang panjang dan barulah berpuasa. Sebagai contoh, perayaan Natal. Semasa musim Adven lagi perayaan Natal sudah bermula. Pesta-pesta keraian dimulakan, lampu-lampu dan perhiasan dipasang dan muzik Natal dimainkan. Apabila tiba hari Natal, kita sudah kenyang dengan keseronokan, mula letih serta jenuh dengan perkara -perkara Natal malah sudah bersedia untuk kembali kepada kehidupan biasa. Biasanya, musim Natal akan berlangsung sehingga bulan Februari tetapi pada hari ini, ia berakhir pada Disember 25! Bukan itu sahaja. Secara tradisinya, apabila menyambut sesebuah perayaan, diadakan suatu tempoh persiapan yang panjang sebelum meraikan pesta tersebut. Pada hari ini, perayaan itu diutamakan, selepas itu barulah berpuasa. Inilah yang berlaku pada masa ini. Tanpa berpantang dan berpuasa, keindahan serta kemuliaan sesebuah perayaan itu akan lenyap. Seorang rakan sekerja saya selalu menyatakan bahawa masyarakat kita tahu bagaimana merayakan sesebuah majlis tetapi tidak tahu bagaimana mengekalkan kemeriahan itu. Mungkin, hanya sebahagian sahaja daripada kenyataan itu yang benar. Sebenarnya, kita bukan tidak tahu menyusun atau mendahulukan perkara-perkara yang wajar. Kita mencampuradukkan perkaraperkara yang tidak sepatutnya kerana kita tidak tahan sabar, mudah tertekan sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan segera. Berharap, menanti dan berpuasa bukan perkara utama bagi kita dalam meraikan sesuatu. Oleh kerana kita tidak dapat melakukan persiapan yang wajar untuk meraikan sesebuah perayaan maka kita tidak dapat meraikannya dengan sungguh-sungguh. Sesebuah perayaan akan terasa lebih mulia sekiranya kita menyambutnya dengan cara bertentangan. Iaitu, untuk meraikan sesebuah pesta, kita harus berpuasa terlebih dahulu agar dapat menikmati keluhuran perayaan tersebut. Kita harus terlebih dahulu hidup di dalam kemurnian, dan menghargai apa yang biasa barulah dapat merasai keistimewaan perayaan itu. Apabila kita berpuasa, rasa tidak puas hati dan rentak kehidupan yang biasa dipendekkan, semangat yang letih, rasa bosan dan kecewa menenggelamkan kegembiraan perayaan dan kita selalunya akan merasai perasaan yang kosong lalu bertanya, Ini sahajakah yang kita rasai? Ini adalah kerana kita telah meringkaskan proses tersebut. Sesuatu yang luhur dapat memberi makna mulia sekiranya, pertamatama, adanya penyangkalan. Saya telah hidup lama dan mempunyai banyak pengalaman. Seperti pada masa sekarang, terdapat beberapa kesalahan pada masa dahulu tetapi ia juga mempunyai kekuatannya. Salah satu kekuatan itu ialah kepercayaan, kepercayaan yang kekal lama iaitu untuk meraikan sesuatu perayaan yang istimewa, ia terlebih dahulu harus dipersiapkan dengan berpuasa iaitu masa berpantang untuk menikmati keindahan perayaan tersebut.

Saya masih ingat jelas akan kenangan musim Pra-Paskah saya semasa kanak-kanak. Pada masa itu, peraturan pada musim Pra-Paskah amat ketat! Ia adalah musim untuk menolak godaan dan berpuasa, tidak ada majlis perkahwinan, tidak ada tari menari, hampir tidak ada majlis keraian dan kami hanya mendapat pencuci mulut pada hari Ahad. Namun semangat mengurangi ini telah membentuk keistimewaan dan kegembiraan apabila menyambut perayaan tersebut. Gereja-gereja dibungkus dengan kain-kain ungu. Warna-warna yang digunakan pula ialah warna gelap yang melambangkan penyesalan. Tetapi, apabila tiba musim perayaan, ia adalah hari Paskah yang amat istimewa! Mungkin, inilah perkara yang amat saya rindui. Ketika saya masih kanak-kanak, polos dan sangat berkurangan, tetapi dapat meraikan hari Paskah dan perayaan-perayaan lain dengan semangat sukacita. Mungkin, keistimewaan sesebuah perayaan telah hilang atas sebabsebab lain, iaitu kita tidak mempersiapkannya dengan proses yang wajar. Kita memendekkan musim berpuasa, dan mengisi kerinduan kita dengan pelbagai aktiviti sebelum masa perayaan. Ringkasnya, bagaimana menjadikan perayaan Natal sebagai perayaan yang istimewa sekiranya apabila tiba Disember 25, kita berasa letih kerana berparti beberapa minggu sebelum Natal? Bagaimana hari Paskah membawa erti kepada kita sekiranya kita menjalani musim Pra- Paskah sama seperti hari-hari lain? Bagaimana menikmati keindahan sesebuah perayaan sekiranya kita tidak menahan diri dan berpuasa? Kehilangan rasa istimewa dan kegembiraan di dalam hidup pada hari ini, adalah kerana kita mengabaikan masa persiapan dan puasa. Dalam kata lain, Natal bukan lagi perayaan istimewa kerana kita telah merayakannya semasa Adven, majlis perkahwinan tidak lagi membawa makna penting kerana kita telah meniduri pengantinnya, tidak ada yang menarik di dalam segala pengalaman kita dan tidak ada pesta yang menggembirakan kita kerana kita telah merayakannya dengan lebih awal. Pengalaman pramatang sesungguhnya sesuatu yang buruk kerana ia dialami sebelum tiba waktunya. Meraikan Natal semasa Adven, meraikan Paskah tanpa berpuasa, memendekkan tempoh sesuatu untuk membuat persiapan adalah seperti meniduri pengantin perempuan sebelum majlis perkahwinan ini mencemar kesucian sesuatu majlis. Semua pengalaman pramatang ini membawa kesan semangat dan harapan tinggi kita di dalam sesebuah perayaan (menikmati keindahan sesebuah perayaan hanya boleh dicapai melalui menahan diri, bertahan di dalam tekanan dan menunggu dengan sabar). Sekarang ini musim Pra-Paskah. Sekiranya kita menggunakan musim ini untuk berpuasa, memperdalamkan keinginan dan memperbanyakkan usaha yang murni, belajar untuk menolak segala perkara yang bertentangan dengan kemurnian, maka kita akan berpeluang untuk meraikan perayaan yang amat luhur. -- Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2012

Malam Krismas
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malam Krismas juga dipanggil Nochebueno atau "Malam yang Baik" adalah bermulanya pada petang 24 Disember iaitu sebelum HariKrismas. Pada hari tersebutlah secara tradisinya masyarakat yang menyambut Krismas akan menyiapkan perseiapan akhir sebelum Krismas memandangkan masyarakat kini memanjangkan musim Krismas beberapa minggu sebelum (dari Hari Kesyukuran lagi jika diAmerika Syarikat) maka, persiapan dan kehangatan perayaan dirasai lebih awal. Kebanyakan negara, hari sebelum Krismas adalah hari bekerja tetapi dipendekkan. Contohnya, jika jatuh pada hari bekerja, kebanyakan pasaran kewangan akan ditutup pada awal tengah hari manakala kebanyakan perniagaan komersil dan runcit akan ditutup pada awal petang - lazimnya antara 4 dan 6 petang.

Anda mungkin juga menyukai