Anda di halaman 1dari 4

TEKS SYARAHAN - AKHLAK MULIA ISLAM SEMPURNA

Assalamualaikum w.b.t.

Sekalung apresiasi buat peneraju acara, yang dihormati


barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, sekuntum
senyuman dilontarkan kepada penjaga masa yang setia
bersama loceng keramatnya, guru – guru pencetus revolusi
Negara, hadirin hadirat, para cendekiawan sekalian.

Andai patah sayap rajawali,


Bertongkat jua patik kemari,
Bukan kerana ingin mencari autoriti,
Tetapi untuk membawa kita semua, memahami, menorokai
serta menghayati tajuk syarahan saya pada hari ini
iaitu “akhlak mulia islam sempurna”.

Saudara dan saudari,


Sebelum lidah menutur baik kata, sebelum bibir rancak
berbicara , izinkan saya terlebih dahulu untuk mendefinisikan
tajuk syarahan saya pada hari ini iaitu “akhlak mulia islam
sempurna”
Menurut falsafah Islam secara umumnya, akhlak mulia ialah
perilaku yang dilakukan berlandaskan syariat manakala dari
segi istilah ulamak pula ialah suatu sifat yang tertanam dalam
jiwa dengan keimanan yang daripadanya timbul perbuatan-
perbuatan yang diredhai berlandaskan Islam.

Saudara saudari yang saya hormati


Hari ini saya akan konsikan lima kunci utama bagi menguatkan
hujah syarahan saya pada hari ini. 

Pertama “Akhlak mencorak tingkah laku”


Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan
tingkah laku dan kehidupan seseorang.Setiap tingkah laku
yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cerminan
daripada apa yang tersemat dalam dirinya. Sebagaimana
menurut imam Al-Ghazali: “Setiap yang ada didalam hati akan
menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah
setiap pergerakannya adalah berlandaskan kepadanya”. Maka
dengan ini, apabila akhlak menjadi sebati di dalam  diri kita, ia
akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai
akhlak yang ada padanya.

Saudara dan saudari,


Hujah kedua yang berada di bawah kata kunci “Neraca akhlak
mempengaruhi pertimbangan” 
Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan
mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai sesuatu
perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan ini
bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang
dipegangnya. Jika baik akhlaknya, maka baiklah
pertimbangannya, jika sebaliknya, maka sebaliknyalah
pertimbangannya. Jangan disebabkan akhlak yang tidak
sempurnya memberi pertimbangan yang tidak berguna dan
akhirnya tubuh badan yang merana.

Ketiga “Akhlak mencerminkan keimanan”


Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata
lain, iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak yang
mulia atau dengan perumpamaan mudah, ibarat pohon yang
bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda rasulullah S.A.W.
Yang bermaksud: di kalangan mu’minin yang paling sempurna
imannya ialah umat yang terbaik akhlaknya.

Sahabat-sahabat yang saya hormati,


Keempat “akhlak sebagai simbol tamadun manusia”
Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana
penghayatan dan kemurnian sumber peradaban. Akhlak adalah
sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat
dalam melakukan proses kemajuan pembanguan. Tanpa
akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan
biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan.
Faktor membelakangkan akhlak juga adalah yang
menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai
ketemadunan yang sebenarnya. Contohnya kepercayaan hindu
yang membelakangkan etika akhlak mengakibatkan umatnya
tiada bertamadun seperti berlakunya perhambaan diri kepada
hawa nafsu. Begitu juga tamdun barat yang berasaskan oleh
ideologi kapitalis dan lain lain,jatuh satu persatu kerana
mengasingkan nilai nilai akhlak.

Yang terakhir “Akhlak adalah mangkin perubahan”


Aspek keluhuran dan kerohanian perlulah diambil berat diberi
pengfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda
perubahan kepada masyarakat. Ini kerana akhlak sebagai
mankin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam
As Syahid Hassan Al-Banna akhlak ialah “tongkat perubahan”.
Saudara,
rasulullah telah menjadi suri teladan buat kita sebagaimana
firman allah yang bermaksud :
 " Sesungguhnya telah ada pada rasulullah itu contoh teladan
yang baik bagimu" (Surah Al-ahzab : 21)
Maka sudah terbukti dengan iman yang sempurna akan
mencorakkan akhlak yang terpuji.

Saudara saudari generasi kelas pertama,


Akhir kalam sabda rasulullah 

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan


disoal di atas setiap kepimpinannya iaitu setiap apa yang kamu
lakukan.Maka adakah kita bersedia jika ditanya oleh Allah?
tepuk dada tanya iman 
Apa yang penting, ayuh kita semaikan akhlak mulia dalam diri
kita, keluarga kita, dan masyarakat kita. Agar hidup diberkati
dunia dan akhirat. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya
pada hari ini, saya akan ungkapkan serangkap pantun,
Hari ini bertanam jagung,
Hari esok bertanam serai,
Entah bila bertanam padi,
Hari ini kita bergabung,
Hari esok kita bercerai,
Entah bila berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai