Anda di halaman 1dari 6

Hubungan Etnik

Aplikasi Kesepaduan Social melalui


Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan
Asimilasi

Akomodasi
Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma
dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
Keadaan ini akan menyebabkan setiap kumpulan etnik menyesuailkan diri dalam
keadaan yang pelbagai budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling
menghormati.
Formula A + B + C = A + B + C
Contoh:
1.

Bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni

2.

BM diiktirafkan sebagai bahasa kebangsaan, namum demikian, bahasa lain masih


boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan .

Akulturasi

Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompak daripada
sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

Terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan
dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga kebudayaan asing itu
akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Formula: A + B + C = A** + B** + C**

Contoh:
1.

Pemakaian tali leher telah diterima oleh hampir semua masyarakat dunia.

2.

Angpau, makanan, hiburan merupakan contoh dalam masyarakat Malaysia.

3.

Pemakaian baju kurung dalam kalangan perempuan bukan Melayu.

4.

Makan nasi ayam di Chicken Rice shop, mi Watan di Old Town Coffee Home.

Amalgamasi
Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk
jenis budaya dan ras baharu.
Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan
terjadinya perkhawinan campur antara kumpulan etnik.
Kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkhawinan campur lalu
membentuk satu generasi baharu atua budaya baharu tanpa menuruti
budaya asal mereka.
Formula: A + B + C = D
Contoh:
1.

Etnik Brazil dan Hawaii.

Asimilasi
Proses yang merujuk kelompak yang berfikir, berperasaan dan bertindak
secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang
sama.
Menurut Abrmson(1980), melalui proses asimilasi ini, masyarakat akan
menjadi semakin homogeneous.
Asimilasi sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
Formula: A + B + C = A
A= golongan dominan B,C = golongan minority.

Proses asimilasi berlaku apabila


a)

Etnik yang berbeza budaya

b)

Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi

c)

Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Contoh:
1.

Orang melayu di Thailand(nama,bahasa,aspek cara hidup kecuali agama)


telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.

2.

Di Malaysia, masyarakat Jawa, Cina Kelantan, baba dan nyonya ( konteks


budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama)

Anda mungkin juga menyukai