Anda di halaman 1dari 3

A.

Encik Azhar dan kakitangannya di bahagian latihan sebuah kementerian di Putrajaya


baru selesai menjalankan Analisis Keperluan Latihan (TNA) di semua peringkat.
Nyatakan TIGA

(3) perkara yang sepatutnya dihasilkan oleh Encik Azhar dan

kakitangannya melalui TNA yang telah dijalankannya.


Analisis Keperluan Latihan (TNA) merupakan langkah pertama dalam pusingan latihan. Tiga
(3) perkara yang sepatutnya dihasilkan oleh Encik Azhar dan kakitangan melalui TNA yang
telah dijalankan adalah:
1. ANALISIS ORGANISASI
Aktiviti pertama dalam membuat keperluan latihan ialah menganalisis organisasi bagi
mengenalpasti perkara-perkara yang membawa kepada perlunya latihan dijalankan di
organisasi berkenaan. Menurut Berger (1993), dalam mengenalpasti apakah jenis-jenis
latihan yang diperlukan,menegaskan perkara berikut perlu diberi perhatian:
i.

Apakah strategi dan objektif organisasi tersebut? Adakah terdapat

ii.

sebarang perubahan berbanding dengan sebelum ini?


Bagaimanakah
organisasi
berkenaan
berhadapan

dengan

persekitaran luarannya? Adakah persekitaran tersebut bersifat


iii.

dinamik atau sebaliknya?


Adakah terdapat perubahan terhadap budaya, suasana /iklim serta

iv.

norma-norma dalam organisasi tersebut?


Adakah jawapan terhadap soalan-soalan tersebut mempunyai kesan
terhadap pekerjaan di dalam organisasi berkenaan?

Perubahan-perubahan terhadap perkara yang dinyatakan, mendorong kakitangan organisasi


mempelajari pengetahuan, kemahiran dan memiliki sikap baru. Di samping itu, menambah
pengetahuan atau kemahiran dalam aspek yang sedia ada. Ini membolehkan mereka
melakukan tugas-tugas dengan baik dan berkesan.
TNA dilakukan dengan mengkaji dokumen perancangn perniagaan yang disediakan oleh
organisasi berkenaan. Organisasi berkemungkinan untuk mengubah strategi perniagaan
bagi menghadapi perubahan-perubahan yang pesat belaku dalam persekitarannya.

2. ANALISIS TUGAS

Perkara/ aktiviti yang perlu dilakukan adalah menganalisis tugas. Analisis tugas ini meliputi
proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan dua (2) perkara iaitu:
i.
ii.

Apakah tugas-tugas yang dijalankan oleh seseorang kakitangan?


Apakah pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang diperlukan oleh seseorang
kakitangan yang menjalankan sesuatu tugas dengan baik?

Analisis tugas amat diperlukan bagi tujuan kedua iaitu untuk mengenalpasti apakah
pengetahuan, kemahiran serta kemampuan yang diperlukan oleh seseorang pekerja untuk
menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Walaubagaimanapun, seseorang pekerja
tersebut tidak semestinya melakukan ketiga-tiga perkara tersebut iaitu pengetahuan,
kemahiran dan kemampuan dalam menjalankan tugas.
Terdapat tiga kaedah yang selalu digunakan apabila membuat analisis tugas adalah:
i.

Pemerhatian
Cara ini adalah sesuai untuk sesuatu pekerjaan yang melibatkan banyak pergerakan
fizikal dan hasil kerja dapat dilihat dengan kadar segera. Walaubagaimanapun, tidak
semua maklumat tentang pekerjaan diperolehi melalui pemerhatian. Ada tugas yang
tidak memerlukan pergerakan fizikal dan hasil kerjanyatidak dapat dilihat dalam

ii.

tempoh terdekat.
Temubual
Kebiasaannya kaedah ini dilakukan ke atas pengurusan atasan, atau sekumpulan
pekerja yang memerlukan pengetahuan serta kemahiran yang unik dan berbeza

iii.

dengan pekerja lain.


Analisis rekabentuk tugas
Kaedah ini dilakukan adalah dengan menganalisis rekabentuk tugas (job design).
Pekerja akan diminta untuk menyenaraikan tugas-tugas yang mereka jalankan.
Merekan juag diminta intuk melakarkan aliran kerja ( carta aliran ) tugas mereka
bermula dari A hingga Z. Senarai tugas serta carta aliran akan dianalisis untuk
memastikan kesesuaiannya dengan situasi kerja yng dikehendaki oleh organisasi.
Perbezaan yang terdapat antara senarai tugas lama dan carta aliran lama dan
keperluan baru akan menetukan apakah pengetahuan-pebgetahuan dan kemahiran
yang diperlukn oleh pekerja. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat
tentang pekerjaan ialah dengan menggunakan buku log harian, memerhatikan
rakaman pita video dan mengadakan sesi perbincangan.
3. ANANLISIS INDIVIDU

Perkara/ aktiviti yang ketiga dalam menganalisis keperluan latihan ialah menganalisis
individu pekerja bagi mengenalpasti apakah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan,

serta perubahan sikap yang dikehendaki bagi membolehkan seseorang individu pekerja itu
berperanan dengan lebih baik.
Terdapat tiga cara yang boleh dilakukan untuk menganalisis individu.
i.

Penilaian prestasi.
Merupakan aktiviti dalam pengurusan sumber manusia yang dijalankan setiap tahun.
Terdapat berbagai tujuan penilaian prestasi yang dijalankan umpamanya adalah
memenuhi tuntutan undang-undang, kaedah memutuskan kenaikan gaji serta

ii.

merancang pembangunan kerjaya seseorang kakitangan.


Penilaian Kendiri
Penilaian prestasi kendiri pula merupakan kakitangan itu sendiri menilai diri serta
pencapaian sendiri. Ini bertujuan untuk mengetahui apakah jenis-jenis serta bentuk
bentuk latihan yang diperlukan dan membolehkannya melakukan pekerjaan dengan

iii.

lebih baik.
Ujian kemahiran
Peringkat ini dilakukan dengan mengadakan ujian kemahiran kepada kakitangan
berkenaan. Kakitangan diwajibkan untuk menduduki ujian atau peperiksaan berkaitan
sesuatu bidang. Ujian dan peperiksaan itu dilakukan samada bertulis atau secara
lisan. Markah pencapaian akan dinilai dan diukur untuk menentukan kelayakan untuk
mengikuti sesuatu program latihan.

Anda mungkin juga menyukai